Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha, Tuan…………………….

, Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Minden Height, Yang dihormati barisan penolong kanan, guru – guru serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

1. Assalammualaikum dan salam 1Malaysia….

2. Marilah sama – sama kita menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu negaraku,
lagu pulau pinang dan lagu sekolah.

3. Dijemput pengawas yang bertugas untuk membaca doa.

4. Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

5. Berkumpulnya kita di sini adalah untuk Pelancaran Bulan Kemerdekaan


peringkat SK MINDEN. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

6. Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru


dan anak-anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring
menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

7. Dengan tema "Malaysia, Negaraku Sehati SEJIWA" , secara rasminya


menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun yang ke-60 , adalah bagi
menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu
padu untuk menentukan masa depan Negara agar lebih gemilang ,stabil dan
aman damai. sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah
kepimpinan yang mantap.

8. Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60 ini, hakikatnya menjadi


refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Justeru, kita perlu mencerminkan impian dan harapan serta semangat
cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga
menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini,
terutamanya golongan muda.
9. Ekoran itu, bangsa 1Malaysia, terutama golongan muda inilah yang mampu
membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat
Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan
kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang.

10.Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan, Guru Besar SK


minden height . Encik Zubir , sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Hari
Kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Dipersilakan....

11.Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

12.Mari kita sama- sama saksikan gimik pelancaran bulan kemerdekaan.

13.Seterusnya, diminta semua murid berdiri bagi sama-sama menyanyikan


lagu-lagu patriotik iaitu ‘ aku negaraku dan jalur gemilang.

14.Sempena bulan kemerdekaan kali ini, terdapat beberapa aktiviti bagi


menyemarakkan sambutan. Antara aktiviti ialah pertandingan mewarna
murid tahap 1 dan kuiz bagi tahap 2. Hadiah akan disediakan untuk tempat 1
-3 untuk setiap pertandingan.

15.Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini.

Anda mungkin juga menyukai