Anda di halaman 1dari 2

1) Yang berusaha, Tuan Hj Mohd musstafa Bin Man, Pengetua Sekolah Kebangsaan

Methodist, Dr Sivasanggar a/l Subramaniom, Penolong Kanan Pentadbiran, En


Dainuri Bin Mohd Ramli Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Sivajothi a/l Arumugam
Pen Kanan Kokurikulum, Barisan Guru Kanan, Guru-guru serta murid-murid sekalian.

Selamat sejahtera

3) Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sayangi Malaysiaku penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

4) Selamat datang ke Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Methodist.


Sama-sama kita panjatkan rasa syukur kepadaNya kerana dengan izinNya kita dapat
bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan
kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

6) Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan
anak-anak didik di sekolah ini bersamas melangkah seiring menggenggam iltizam
menjadi warganegara yang patriotik.

7) Dengan tema "Sayangi Malaysiaku" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan


meraikan ulang tahun yang ke-61 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara
di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh
disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang
dikecapi secara berterusan.

16) Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

17) Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,


Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.

18) Hadirin sekalian,

19) Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati
dan kecapi sekarang ini akan terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar
negara dan rakyat Malaysia terus selamat dan terhindar daripada sebarang bala
bencana.
20) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan
acara persembahan. Dipersilakan kumpulan koir ............................... dengan lagu
Parajurit Tanah Air dan Warisan, diikuti dengan sajak ............................................ yang
akan dibacakan oleh Siti Hazwany binti Zaini.

21) Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid berdiri bagi sama-sama
menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Negaraku.

22) Mengakhiri majlis, diminta ................................................... untuk membacakan doa.

23) Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf
andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat
kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan,
kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama,
bangsa dan negara tercinta ini.

24) Sekian, terima kasih

Dicatat oleh Cikgu Mimi di 6:34 PTG


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Anda mungkin juga menyukai