Anda di halaman 1dari 3

Yang berusaha, Puan Azlina binti Haji Yang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Kampung Tun Razak, Yang dihormati Encik Salleh bin Ali, Pen Kanan Kurikulum, Yang
dihormati Puan Nooraini binti Osman, Pen Kanan HEM, tidak lupa juga tetamu
istimewa kita pada hari in Encik En.Mohd Zulhijri Bin Sabtu,Ketua Unit HEM JPM
Melaka, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.

3) Ceria wajah dalam majlis,

Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

Sematkan gagah di dalam jiwa.

4) Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Kampung


Tun Razak. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan
semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang
maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz ___________________ bagi memimpin
pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

Terima kasih Ustaz.

7) Dengan tema "_________________________________" , secara rasminya


menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun yang ke-60, sekaligus menjadi
lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta
berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
8) Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60 ini, hakikatnya menjadi refleksi
kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957. Sehubungan itu,
sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk
mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada
sekarang.

13) Hadirin sekalian,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan Puan Azlina binti Haji Yang,
Guru Besar SK Kampung Tun Razak, Dipersilakan....

16) Terima kasih atas ucapan itu tadi. Kini saya ingin menjemput En.Mohd Zulhijri
Bin Sabtu , Ketua Unit HEM JPM Melaka untuk memberi ucapan perasmian sekaligus
merasmikan majlis pada hari ini.Dipersilakan.

(GIMIK)

17) Keris Melayu Lambang Pusaka,

Tapak Sirih Lambang Sejahtera,

Negara Sudah Aman Merdeka,

Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,

Bebas Merdeka Dari Sengsara,

Maruah Kita Hendaklah Dijaga,

Benteng Kuat Pertahankan Negara.


18) Hadirin sekalian,

Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati
dan kecapi sekarang ini akan terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar
negara dan rakyat Malaysia terus selamat dan terhindar daripada sebarang bala
bencana.

20) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara
persembahan. Dipersilakan adik ...............................untuk mendeklamasi sajak.

21) Terima kasih atas persembahan tadi. Seterusnya dipersilakan murid murid di
bawah pimpinan CIkgu Shafiq dan CIkgu Syukri untuk meneruskan dengan
persembahan yang ke dua.

Diminta semua murid berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik


______________________________________________________________
______.

23) Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf
andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat
kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan,
kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama,
bangsa dan negara tercinta ini.

24) Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai