Anda di halaman 1dari 2

Kata kata Ke Pekan Nilai membeli bingka,

aluan Sayang pesanan terlupa sudah;


Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Puan Unaizah Binti Attas


Pengetua SMS Johor

En Sahnizam Bin Miswan


GPK Kurikulum
En Sahrol Nizam bin Haji Ayop
GPK HEM
Tuan Haji Zakaria Bin Mohd Yatimin
GPK Kokurikulum

Guru-guru,
Ibu bapa
Dan para hadirin sekalian

Selamat datang ke Hari Gotong-royong Perdana Sek Men Sain Johor untuk
tahun 2023. Saya selaku pengacara majlis mewakili SMS Johor ingin
mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru , kakitangan sekolah dan
murid-murid sekalian kerana dapat meluangkan masa dan waktu untuk
bersama-sama bagi memperindahkan lagi kawasan sekolah tercinta.

untuk pengetahuan hadirin sekalian, objektif program gotong-royong


perdana ini dijalankan adalah 1) meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan
dan keselamatan sekolah. 2) memupuk perpaduan dalam kalangan ibu
bapa dan masyarakat setempat. 3)membudayakan amalan gotong royong
dalam kalangan warga sekolah dan yang terakhir sekali, memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan murid-murid seperti kerjasama, bertanggungjawab,
tolak ansur dan rajin.

Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha esa.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Ust Mohd Fauzan Bin Mohammad Nor bagi
mengetuai bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Amin..amin..amin.. Amin ya rabbal alamin:.


Terima kasih diucapkan kepada Ust Mohd Fauzan atas bacaan doa.

Senamrobik Baiklah hadirin,


Seterusnya, saya serahkan majlis kepada Guru senamrobik, Puan Norziatul
Hana Binti Mohd Yasin untuk menyampaikan taklimat berkenaan
senamrobik kita pada hari ini. Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Norziatul Hana di atas


bimbingan senamrobik sebentar tadi

Ucapan Hadirin sekalian, tak molek jika ada alu tiada lesungnya
pengetua tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
tak berkat ilmu tanpa amalannya
tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Majlis seterusnya dengan segala hormatnya menjemput yang Dihormati,


Puan Unaizah binti Mohammad Attas, Pengetua sekolah SMS Johor bagi
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepadaPuan Pengetua di atas ucapan


yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Seterusnya, majlis dengan ini menjemput Dr Haji Mohd Taib bin Ismail, Naib
perasmian Pengerusi Persatuan zon ekonomi perdagangan pelaburan asia pasifik
untuk memberi sepatah dua kata seterusnya merasmikan hari gotong
royong perdana Sek menengah sains Johor untuk tahun 2023.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Haji Mohd Taib Bin Ismail di
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Taklimat Seterusnya, saya serahkan majlis kepada …… untuk menyampaikan


gotong royong taklimat berkenaan program gotong-royong kita pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai