Anda di halaman 1dari 3

Teks ucapan majlis permuafakatan tahun 6 2014 Bismillahirrahmanirahim

SERI MURNI HIASAN TAMU INDAH MEKAR TEPIAN MUARA HARI INI KITA BERTEMU MOGA KEKAL MENJALIN MESRA.

Dari Johor hendak ke Pekan, Singgah di Lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan, Buat bingkisan salam pertemuan. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang Berusaha, Guru Besar SK Taman Seroja, Pn Hjh Noredzan Bt A Bakar Yang Dihormati, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tn Hj Helmi B Arsyad Yang dihormati, ____________________________ selaku penceramah jemputan. Yang Dihormati, Guru-guru Penolong Kanan.

Barisan guru Sekolah Kebangsaan Taman Seroja, Dan seterusnya Para ibu bapa dan waris murid tahun 6 2014. Buah pauh si bunga rampai, Kilauan bintang sungguh mengasyikkan, Orang jauh sudahlah sampai, Selamat datang kami ucapkan. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Program Permuafakatan Tahun 6 SK Taman Seroja tahun 2014..Bagi seluruh warga SK Taman Seroja., pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puanpuan ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan menjadi lebih bermakna untuk kebaikan anak-anak kita di tahun 6. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Noor Firdaus B Md Shahid bagi memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada bacaan doa sebentar tadi.

Ustaz Mohd Noor Firdaus B Md Shahid

atas

Hadirin yang dihormati, Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK Taman Seroja, Pn Hjh Noredzan Bt A Bakar. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Guru Besar bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Sekalung penghargaan kepada Yang Berusaha Guru Besar SK Taman Seroja, Pn Hjh Noredzan Bt A Bakar, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK

Taman Seroja bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tn Hj Helmi B Arsyad atas ucapan sebentar tadi. Hadirin sekalian Majlis diteruskan lagi dengan penerangan aktiviti tahun 6 daripada Penyelaras Tahun 6 2014, Pn Selvakumari. Dipersilakan. Majlis mengucapan terima kasih kepada Pn Selvakumari atas menerangan itu tadi. Hadirin, Kini, tibalah kita ke acara yang seterusnya iaitu ceramah mengenai _______________________. Untuk itu, Majlis dengan rasa takzim mempersilakan Yang Dihormati ____________________ bagi memulakan slot motivasi.

Hadirin sekalian, Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati _____________ _________________________ atas kesudian mengendalikan slot motivasi sebentar tadi. Di harap kita sebagai ibu bapa dapat mempraktikkan kepada anak-anak kita.
Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Yg Berusaha Guru Besar SK Taman Seroja untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan kita _______________________. Terima Kasih diucapkan kepada Pn Guru Besar.

Seterusnya dijemput penceramah untuk ke jamuan ringan diiringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Besar SK Taman Seroja. Dipersilakan

Seterusnya, pihak majlis dengan berbesar hatinya menjemput dan mempersilakan ibu bapa, penjaga untuk mengajukan soalan kepada Pihak sekolah, sekiranya terdapat soalan, mahupuin kekeliruan berhubung matapelajaran . Untuk makluman, pihak jawatankuasa pelaksana ada menyediakan mikrofon di bahagian tengah dewan untuk tuan-tuan dan puan-puan mengajukan soalan.

Hadirin yang dikasihi.. Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Sekalung ucapan terima kasih di atas kesudian para ibu bapa untuk sama-sama kita menghadiri Majlis permuafakatan murid tahun 6 ini. Ucapan salam pengakhir kata Segala yang ada dikongsi bersama Apa yang kurang maaf dipinta Sudilah berkunjung di lain masa
Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi di atas kelemahan dan kekhilafan kami. Semoga bertemu lagi, Sekian, Wassalamualaikum warah matullahi wabarakatu dan Salam 1Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai