Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN

TAMAN SEROJA
2011

Dokumentasi Merentas Desa


Tarikh:26 Januari 2011(Rabu)
Masa:3.30-5.30 petang.
Tempat:Sekitar Taman Seroja dan Taman Mawar

Sekolah Kebangsaan Taman Seroja telah mengadakan aktiviti merentas desa


pada 26 Januari 2011.Aktiviti ini bermula pada jam 3.30 petang di padang sekolah SKTS.
Murid – murid yang terlibat ada dikalangan murid-murid di tahap dua iaitu murid dari tahun
4, 5 dan 6.

Sebelum acara merentas desa dijalankan, jawatankuasa merentas desa telah


membuat persiapan yang lebih awal.Laluan yang akan digunakan oleh murid-murid telah
di pacakkan check point yang akan dikawal oleh guru-guru yang telah ditugaskan. Ini
bertujuan memudahkan murid-murid melalui laluan yang betul dan memastikan
keselamatan murid-murid terjamin sepanjang larian tersebut.

Sebelum acara larian dimulakan, murid-murid telah diberi taklimat oleh cikgu Azian
berkaitan undang-undang dan peraturan merentas desa bagi memastikan setiap peserta
mengikut peraturan yang ditetapkan.Setiap murid telah diberikan pelekat khas mengikut
rumah sukan masing-masing untuk memudahkan urusetia dan panel hakim mengenal
pasti pelajar mengikut kategori masing-masing.

Tepat jam 3.45 petang, tuan guru besar Encik Misnon bin Ramli telah melepaskan
para peserta mengikut kategori yang ditetapkan. Kita bersyukur kerana dengan kerjasama
semua guru-guru dan murid-murid, tiada kemalangan yang berlaku ke atas para
peserta.Semua peserta telah selamat tiba tiba semula di padang SKTS tanpa sebarang
kemalangan yang serius.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang
terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di kaki kerana ditolak oleh murid-murid lain
ketika berlari.Semua murid yang tercedera dirawat oleh ahli AJK Keselamatan.

Pada pukul 5.00 petang, majlis penyampaian hadiah oleh Encik Amran bin
Tajuddin yang telah dilaksanakan di padang SKTS.

Anda mungkin juga menyukai