Anda di halaman 1dari 3

Pada hari Ahad yang lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.

Sukan
tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas dan menghijau.Padang dihiasi
dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di
tepi padang.Para peserta sukan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh.Hari Sukan bermula
tepat pada pukul 8:00 pagi.Semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan
berkumpul di padang.
Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Kemudian acara senamrobik telah
dijalankan.Pelbagai persembahan lain diadakan seperti pancaragam, tarian dan
sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikan tepukan yang
gemuruh.
Perbarisan peserta sukan juga diadakan.Papan tanda dan bendera persatuan serta rumah sukan
masing-masing dihias dengan sangat cantik.Pasukan sorakan telah kelihatan sangat ceria.Maskot
rumah sukan juga sangat kreatif dan menarik.Tujuan Hari Sukan diadakan adalah untuk
mencungkil bakat baru dan menyihatkan badan.
Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan
sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari
dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak dengan bersemangat untuk
memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan
meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai
juara.Rohini telah terpilih sebagai olahragawati 2016.Guru Besar menyampaikan piala dan
pingat kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan
menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa dan lebih gigih berusaha.
Setelah majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid telah melakukan sorakan
Hip,Hip,Hooray! dengan penuh bertenaga.Walaupun mrid-murid telah berasa sangat letih,
temasya sukan tersebut merupakan suatu pengalaman yang sukar dilupai.Mereka pulang ke
rumah dengan perasaan gembira dan memori indah.
16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna bagi pendidik bangsa. Pada setiap
tahun Hari Guru pasti akan diraikan setiap sekolah di Malaysia. Tujuan menyambut Hari Guru
adalah untuk meraikan mereka yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik
para pelajar agar menjadi seorang insan yang berjaya dan berguna kepada bangsa, agama dan
negara. Sekolah saya juga tidak ketinggalan untuk menyambut perayaan Hari Guru yang penuh
bermakna walaupun serba sederhana.
Pada 16 Mei yang lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Guru dengan begitu meriah.Tepat
pada jam 8.30 pagi, semua guru dan pelajar diarahkan masuk ke dewan untuk bersama-sama
menyaksikan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh para guru di sekolah kami. Dewan
sekolah kami juga telah dihias cantik dengan kad-kad ucapan Hari Guru kepada semua guru dan
belon-belon yang diikat cantik bergantungan pada setiap pintu dewan.Murid-murid turut
membawa hadiah yang terdiri daripada pelbagai warna dan saiz.
Acara yang pertama diadakan ialah memotong kek sempena hari guru secara beramai-ramai.
Selepas acara tersebut, para guru diminta untuk menyanyikan lagu sempena Hari Guru.Para
pelajar bersorak gembira mendengar nyanyian yang dipersembahkan oleh para guru.Setelah
selesai melakukan aktiviti menyanyikan lagu Guru Malaysia, para guru dibahagikan mengikut
kumpulan yang telah ditetapkan untuk melakukan aktiviti teka silang kata yang disediakan.
Setelah aktiviti di luar dewan dijalankan, para guru dan murid dibenarkan untuk keluar rehat.
Tepat pada pukul 10.30 pagi, semua pelajar dan guru dikehendaki masuk ke dalam dewan semula
untuk melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Para pelajar juga telah membawa hadiah yang
hendak diberikan kepada guru-guru mereka. Setelah para pelajar dan guru duduk di kerusi
masing-masing, pengerusi majlis menyuruh pelajar yang terlibat dalam aktiviti persembahan
lakonan dan sajak tampil ke atas pentas untuk melakukan persembahan mereka.
Sekitar jam 12.30 tengah hari, lakonan yang disampaikan oleh para pelajar telah berjaya mencuit
hati guru-guru.Selepas lakonan dipersembahkan, aktiviti membalas pantun juga mendapat
sorakan yang begitu gemuruh. Kemudian, pengerusi majlis membenarkan pelajar untuk
menyerahkan hadiah yang ingin dihadiahkan kepada guru masing-masing. Setelah selesai,
pelajar memberi hadiah kepada guru, pengerusi majlis mengumumkan pemenang yang
memenangi aktiviti yang telah disediahkan.
Menjelang jam 2.00 petang,pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar
dan guru yang berjaya melaksanakan Hari Guru pada kali ini. Kemudian, semua pelajar
dibenarkan pulang. Kami semua pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira.

Anda mungkin juga menyukai