Anda di halaman 1dari 2

NAMA : LENISHA NAIR RAJENDRAN (3 SETIA)

TAJUK : PENDIDIKAN MORAL (BAND 1)

NILAI : KERAJINAN (BIDANG 1)

Nilai kerajinan membawa maksud yang amat mendalam serta memainkan peranan mustahak
dalam kehidupan saya. Nilai kerajinan bermakna usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Terdapat pelbagai jenis peribahasa yang melambangkan nilai kerajinan seperti “ringan tulang”,
“kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” dan “genggam bara api biar sampai
jadi arang”. Nilai kerajinan ini sangat mustahak kerana dapat menjamin kejayaan seseorang
sehingga ke menara gading dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada pada diri kita. Selain
itu, dengan bersikap rajin, kita juga dapat menjadi seorang yang berguna dengan meringankan
beban orang lain dan membantu mereka menyelesaikan sebarang masalah. Pada pendapat saya,
nilai kerajinan yang kita amalkan itu turut merupakan salah satu kaedah terbaik bagi mengenang
jasa dan pengorbanan ibu bapa serta guru.

Persoalannya sekarang adalah, bagaimanakah nilai kerajinan itu boleh diamalkan? Sebenarnya,
prosesnya bukan rumit atau susah pun. Cara yang paling mudah adalah dengan sentiasa rajin
mengulang kaji pelajaran, menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar dan
menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan oleh para guru. Di rumah pula, kita perlu rajin
menolong ibu bapa untuk melakukan kerja rumah terutamanya apabila mereka sakit atau tidak
terdaya. Contohnya, saya sentiasa membantu mereka menyapu lantai, mencuci kereta, menjemur
pakaian, melipat pakaian dan menyiram pokok bunga. Di samping itu, saya juga sentiasa
mengamalkan nilai ini menerusi aktiviti-aktiviti ringkas dalam kehidupan seharian. Misalnya,
mengemas katil setelah bangun tidur, berlatih piano untuk mengembangkan bakat dan mencuci
pinggan mangkuk selepas selesai makan bersama-sama ahli keluarga. Aktiviti-aktiviti ini
mungkin kelihatan remeh, tetapi jika diamalkan, impaknya sudah tentu sangat besar.

Konklusinya, nilai kerajinan memang wajib dan wajar diamalkan oleh semua orang untuk
menikmati segala kebaikannya seperti yang telah saya nyatakan di atas. Sekurang-kurangnya,
kita dapat berbuat baik kepada ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat secara tidak
langsung. Lebih-lebih lagi, kita akan disukai oleh orang ramai kerana sikap yang teramat mulia
ini. Kehidupan ini merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Maka, kita perlulah
menjalani kehidupan ini sebagai seorang insan yang bermoral. Nilai kerajinan merupakan salah
satu kemestian dalam kehidupan semua orang untuk mencapai sesuatu impian atau cita-cita.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan nilai kerajinan ini agar kehidupan kita
dipenuhi dengan azam yang kuat dan tinggi.

1
Saya dan rakan-rakan rajin membuat perbincangan sebelum pertandingan bahas
Bahasa Inggeris.

Saya dan rakan-rakan rajin berlatih pada hujung minggu untuk menjuarai
pertandingan “Choral Speaking”.

Anda mungkin juga menyukai