Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI Kerja Kursus Berportfolio (KKB) merupakan satu tanggungjawab rutin yang diamanahkan kepada pelajar pendidikan jauh

program PPG bagi menunjukkan adanya bukti pengaliran ilmu berlaku antara pensyarah dan guru. Kemunculannya sering kali mengundang pelbagai senario berbeza yang menjelma dalam minda setiap guru. Ada yang menganggap kehadirannya sebagai aset pengalaman bermakna dan ada juga yang berasa kewujudannya hanya sebagai beban yang menyusahkan. Namun apa pun perasaan itu, guru yang berkualiti menghadapinya dengan minda terbuka kerana KKB merupakan salah satu pengaliran ilmu secara tidak disedari yang mampu memberi kesan jangka panjang kepada guru. Setelah mengetahui Budaya dan Pembelajaran merupakan matapelajaran atau subjek yang akan saya pelajari di semester 3 program PPG, saya berasa ianya merupkan subjek yang sangat menarik untuk dipelajari. Ini adalah kerana saya amat gemar mempelajari isu isu yang berkaitan dengan adat resam dan budaya kaum kaum di Malaysia. Ianya memang benar, di dalam subjek Budaya dan Pembelajaran saya mempelajari pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kalangsungan hubungan etnik yang harmonis di Negara kita. Subjek ini juga membantu saya sedar bahawa pentingnya hubungan etnik yang mewarnai kehidupan dimana ianya dapat mempertingkatkan tahap akomodatif terhadap kumpulan etnik yang seiring dengan kehidupan dan persekiran kita setiap hari. Aspek memahami, saling menghormati perlu ditanamkan dijiwa masing masing agar terhapus perasaan salah faham dan prejudis terhadap etnik lain.

Pengumpulan dan Pemurnian Maklumat Aktiviti pengumpulan tertumpu kepada pencarian dapatan data yang relevan bersangkutan dengan budaya dan adat resam dua kaum utama di Malaysia , pengurusan grafik dan membuat refleksi. Setelah segala maklumat saya peroleh, tindakan susulan yang saya lakukan ialah melakukan pemurnian terhadap segala maklumat tersebut agar dapat dijelmakan dalam bentuk nota dan grafik yang mudah difahami. Setelah pemurnian secara manual saya jalankan, proses memasukkan segala nota mahupun grafik yang dihasilkan dalam perisian pemprosesan perkataan dilakukan. 17

Semasa melakukan tindakan ini, saya sering melakukan kolaborasi dengan rakan-rakan agar hasil yang saya manifestasikan mantap dan jitu. Kolaborasi yang pelbagai sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan KKB yang terbaik. Aspek ini bukan sahaja dapat meleraikan sebarang permasalahan yang timbul tetapi juga mampu mewujudkan hubungan interaksi yang positif dengan pihak-pihak yang tertentu. Di samping itu dengan adanya kolaborasi yang aktif, kita akan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan yang tersembunyi dalam diri kita. Hal ini berkaitan dengan penilaian kendiri yang terbaik datangnya daripada penilaian orang lain. Justeru itu, saya telah menjalankan beberapa kolaborasi terutamanya dengan rakan sepelatih dan juga pensyarah terlibat. Melalui kolaborasi saya dengan Encik Yunus B. Yusof, pelbagai input berguna telah saya peroleh. Input tersebut seterusnya saya aplikasikan untuk menghasilkan hasil tugasan yang memberangsangkan serta menepati kehendak JPT. Misalannya, pada mulanya saya menghadapi masalah dalam menghasilkan refleksi . Hal ini demikian kerana saya tidak mengandungi garis panduan yang khas dalam memandu saya menghasilkan refleksi tersebut. Namun setelah berkolaborasi dengan Encik Yunus, akhirnya permasalahan ini dapat saya pecahkan. Menurut beliau, untuk menghasilkan refleksi pemilihan yang berkesan dan mantap, kita seharusnya bersandarkan kepada nukilan minda tokoh-tokoh bahasa dan bukannya terlalu bergantung pada cetusan pemikiran kita semata-mata. Ringkasnya aktiviti kolaborasi amat penting agar kualiti tugasan yang saya manifestasikan mantap dan berkesan. Selain itu, ia juga dapat membina satu nilai kendiri yang positif melalui tindakan susulan yang kita lakukan bagi menyelesaikan setiap permasalahan dan kelemahan diri. Setelah mengenalpasti apakah yang perlu saya lakukan untuk tugasan ini, tanpa membuang masa saya mula membuat rujukan. Internet menjadi bahan rujukan utama dibantu dengan buku buku yang diperolehi dari Pusat Sumber sekolah. Selain itu, saya juga telah menemuramah beberapa rakan saya yang beragama Cina dan Islam. Ini adalah kerana untuk mendapatkan kepastian akan budaya yang mereka amalkan di dalam kehidupan seharian mereka. Apa yang menarik adalah, semasa proses menemuramah kami bertiga dapat berkongsi pelbagai jenis maklumat mengenai budaya masing masing. 18

Ini adalah kerana saya beragama Hindu, manakala dua orang rakan saya masing masing Cina dan Melayu. Kami berbual di sebuah warong dan orang yang lalu lalang di sana mengelar kami Team 1 Malaysia. Ini adalah berkemungkinan kerana di Terengganu, mungkin orang jarang melihat ketiga tiga kaum duduk semeja berbual dengan gembira. Tetapi dengan pengetahuan yang sedia ada juga telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kesukaran yang timbul semasa menyiapkan tugasan ini adalah kekangan masa dan kesibukan tugas mengajar menimbulkan keresahan dalam menyiapkan setiap tugasan ini. Namun saya mendapat kekuatan dan sokongan dari rakan rakan dan keluarga saya. Saya selalu berkata kepada diri saya bahawa jika orang lain boleh, mengapa tidak saya. Saya yakin saya boleh buat dan mampu menghadapi serta mengharungi apa jua jenis cabaran. Akhir sekali ialah saya telah banyak memperolehi ilmu dan maklumat tentang cara menghasilkan sebuah bilik darjah yang kondusif dimana saya dapat memberi ilmu dan pengetahuan kepada murid murid sekaligus cara untuk memupuk semangat kekitaan dan saling hormat menghormati antara etnik etnik yang terdapat di Negara kita. Selain itu, saya baru sedar akan kepentingan bilik darjah mesra budaya dan kesannya terhadap masa depan Negara kita. Sebagai seorang guru, saya patut melaksanakan segala perkara yang saya cadangkan semasa menjalankan tugasan ini. Selama ini saya hanya sekadar mendidik anak murid saya mengenai subjek yang saya mengajar tetapi pada hari ini saya telah mempelajari persekitaran sesebuah bilik darjah sangatlah memainkan peranan dalam pelajaran seseorang murid. Tugas guru bukannya hanya sekadar mengajar tetapi perlu mengaplikasikan unsur unsur patriotik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya. Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. 19

Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini. Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya. Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah. Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita. Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup. 20

Anda mungkin juga menyukai