Anda di halaman 1dari 2

refleksi HUZAIFAH BINTI ABDUL TALIB 900316 05 5184PISMP PENDIDIKAN KHAS 2REFLEKSIPada 23 Februari 2011 yang lalu, saya

telah diberikan tugasan bagimatapelajaran WAJ 3106 Hubungan Etnik. Tugasan ini meminta agar membuat cartagaris masa berkaitan dengan sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhanMalaysia. Tugasan kedua ialah mengupas lima isu semasa berkaitan PerlembagaanMalaysia dan tugasan terakhir berkaitan peranan guru memperkukuh perpaduan danintegrasi nasional semasa melaksanakan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh begitu banyak pengetahuanberkaitan sejarah Malaysia dan yang menariknya sebelum ini saya tidak berminatdengan sejarah namun saya menjadi begitu teruja dan bersungguh-sungguh dalammelaksanakan tugasan ini. Saya berusaha untuk memahami apa yang saya bacamengenai Perlembagaan Malaysia dan saya mula faham sedikit sebanyak sejarahberkaitan dengan penubuhan Malaysia serta Perlembagaan Malaysia.Sebagai seorang bakal pendidik juga, adalah sangat penting untuk mengisi ilmudi dada terutama berkaitan dengan agama, bangsa dan negara. Ini adalah kerana, iadapat membantu saya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid sayakelak seperti mewujudkan semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan negara.Saya juga boleh menerapkan unsur-unsur sikap toleransi dan sikap saling bantu-membantu tanpa mengira kaum dan agama.Saya sedar akan kelemahan diri saya yang sebelum ini tidak begitu endahdengan perkembangan negara ini namun begitu melalui tugasan ini ia telahmenyedarkan saya bahawa adalah penting bagi seorang rakyat Malaysia itu untukmengetahui sejarah negara dan perlembagaannya kerana ini akan memupuk semangat kecintaan yang sangat mendalam kepada agama, bangsa dan negara. Tatkala ini, sayatersedar betapa pentingnya perlembagaan diwujudkan di dalam sesebuah negarakerana itulah yang akan menjamin keadaulatan sesebuah negara tersebut. Jikasebelum ini saya jahil jika berbicara mengenai isu ini tetapi sekarang saya sudahmempunyai ilmu berkaitan dengan perlembagaan dan sejarah penubuhannya.Memahami sejarah penubuhan Malaysia serta memahami isi kandunganPerlembagaan Malaysia telah membuka ruang dan peluang kepada saya untuk lebihpeka dengan keadaan sekeliling saya di mana saya dapat mengetahui apakah isu-isusemasa yang sedang dibangkitkan pada hari, tidaklah saya nanti dikatakan sepertikatak di bawah tempurung yang tidak tahu perkembangan semasa yang berlaku didalam negara ini. Saya juga berpeluang untuk mengupas isu-isu yang saya anggapmenarik di mana isu pertiakaian kuasa Raja-Raja Melayu, isu kewarganegaraan, isuBahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai agama rasmi danhak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra. Saya anggap tugasan ini telah banyakmemberikan saya p[eluang untuk lebih memahami dan memupuk kesedaran di dalamdiri saya untuk memperjuangkan hak yang sedia ada untuk kaum Melayu dan bukansewing-wenangnya memberikan hak-hak tersebut kepada bangsa asing.Namun begitu, agak sukar juga bagi saya untuk memahami isi kandungan yangterdapat di dalam Pelembagaan Malaysia ini. Ini merupakan kekangan yang hebatuntuk saya ketika mencari isu-isu yang boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Malaysiaini. Tetapi atas bantuan dan sokongan daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnyasaya mampu juga untuk memahami dan mengupas isu-isu yang telah dipilih. Selain itu,terdapat kekeliruan juga ketika saya ingin menyelesaikan tugasan berkaitan carta garismasa tersebut kerana sukar untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar tepattetapi hasil daripada perbincangan dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan yang lain, iadapat diselesaikan dengan jayanya. Di sini, saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana saya danrakan sekumpulan saya, Fatin Athirah Binti Yusof telah berjaya juga akhirnyamenyelesaikan tugasan yang diberikan ini dengan baik. Sesungguhnya, tugasan initelah banyak mengajar saya erti kehidupan dan kecintaan kepada negara Malaysia ini.Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Pn..kerana telah memberikan sokongan yang padu kepada kami dalam melaksanakantugasan ini. Kepada rakan sekumpulan, terima kasih juga saya ucapkan kerana telahmemberika komitmen yang sepenuh ketika melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakanrakan-rakan sekelas saya yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan berkongsiidea bersama-

sama saya, terima kasih saya ucapkan kepada kalian. Sesungguhnyabudi baik kalian akan saya kenang selagi jasad benyawa. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai