Anda di halaman 1dari 2

Aishwariyaa Angelina Stephen

970364-14-5386

Nama saya Aishwariyaa Angelina Stephen dan bagi subjek Hubungan Etnik pada kali ini telah
banyak memberi ilmu pengetahuan baru pada saya. Setelah berpenat lelah dengan
pembentangan, kini akhirnya siap sudah tugasan Hubungan Etnik kali ini.

Semasa saya membuat tugasan ini, banyak perkara yang sapat saya pelajari. Saya dapat belajar
tentang pembentukan Malaysia dengan lebih mendalam. Malah, hubungan antara kaum juga
dapat saya peroleh ilmunya yang tidak boleh dikutip di mana-mana. Selainitu, saya juga telah
meningkatkan kemahiran pencarian maklumat saya seperti di Internet, buku-buku dan
perbincangan. Bahan-bahan bagi tajuk ini tidak begitu banyakdan kebanyakkanya semua di
dalam bahasa Indonesia, namun secara gigih saya berjaya menukarkan ke dalam Bahasa Melayu.
Kemudian, saya juga belajar untuk menghargai semua cara pembentukan Malaysia yang mana
selama ini saya kurang titikberatkan. Secara jujurnya, dengan pembelajaran hubungan etnik ini,
saya makin menghargai kedamaian sistem pemerintahan negara ini.

Namun, pelbagai kekangan juga yang saya hadapi semasa menyiapkantugasan ini seperti
kekurangan sumber rujukan,dan kekurangan informasi dan ilmu yang lebih mendalam dalam
bidang ini semasa pembentangan. Saya sedaya upaya untuk mencari pelbagai jenis sumber
rujukan dengan perkongsian bersama rakansekelas dan mencari buku-buku yang berkaitan
dengan tajuk ini. Saya dan rakan kumpulan juga banyak berkumpul membuat perbincangan dan
bersama-samaberkongsi idea. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan
saya.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur dengan tugasan ini dan saya berharap dapatmenggunakan
ilmu ini sebaik mungkin untuk anak murid saya kelak yang mana kitaperlu lebih memahami
sistem pemerintahan kita yang berlandaskan sistem rajaberpelembagaan ini dan seterusnya kita
harus mencurahkan segala rasa taat setia kita kepadanya.
Tugasan yang diberi telah mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada sayatentang cabaran dan
rintangan yang dihadapi oleh negara kita Malaysia dalam mengekalkan keharmonian dan
perpaduan kaum. Saya juga menyedari betapa besarnya pengorbanan pemimpin-pemimpin
negara kita dalam merealisasikanWawasan negara.Sebagai seorang rakyat Malaysia yang
prihatin, saya juga sedar akan tanggungjawab saya untuk berusaha mengekalkan keharmonian
dan perpaduannegara. Tanpa kerjasama yang erat, sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan dapat
hidup dengan aman dan bersatu-padu. Sesungguhnya, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai