Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga
yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada guru tercinta saya, Pn,
Juliana binti Jumaat kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap
pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan kes kajian ini terdapat beberapa objektif yang saya capai.Antaranya ialah

Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidaklangsung ini akan dapat
memberi pemahaman dan melatih diri saya dalammembuatkan satu kajian yang bersifat
ilmiah.Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketikamenjalankan
kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untukmendapatkan maklumat. secara
tidak langsung, hubungan dalam masyarakatdapat dieratkan dan semangat kerjasama akan
wujud.Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain.
Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan yang terdapat di negara ini.
KAEDAH KAJIAN

Terdapat tiga kaedah kajian yang telah diajalankan oleh saya bagi memastikan kajian kes ini disiapkan
dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta yang tepat

1.BERTULIS

Kaedah kajian yang pertama saya gunakan ialah secara bertulis saya mendapatkan maklumat dari buku
teks Sejarah Tingkatan 4 dan juga saya mendapatkan maklumat dari nota ii yang terdapat di rumah saya

2.LISAN

Saya menggunakan deria pendengaran saya untuk kaedah kajian saya agar kajian kes ini dapat
diselesaikan dengan sempurna.Contohnya saya menngunakan kaedah audio visual untuk mendengar
maklumat tentang kajian kes ini

3.PEMERHATIAN

Akhir sekali,kaedah kajian yang saya gunakan untuk membuat kajian kes ini ialah secara
pemerhatian.Saya telah menonton beberapa video di Youtube sebagai bahan rujukan untuk saya
menyelesikan kajian kes ini
SUMBER KAJIAN

Terdapat 3 sumber kajian yang saya gunakan untuk membuat rujukan tentang kajian kes ini

1.ORANG SUMBER

Saya berjumpa dengan orang orang tempatan yang mempunyai maklumat untuk kajian kes ini.Selain
itu,saya merujuk daripada guru sejarah saya untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk di kajian kes ini

2.MAJALAH

Saya mendapatkan maklumat daripada majalah yang terdapat di rumah saya,internet dan di
perpustakaan awam di perumahan saya.Dengan ini saya mendapatkan banyak maklumat yang berguna
untuk kajian kes ini

3.JURNAL DAN AKHBAR

Akhir sekali saya menggunakan sumber kajian dari jurnal dan akhbar.Saya mendapatkan maklumat dari
jurnal yang da maklumat tentang kajian kes sejarah ini dan juga surat khabar
TAJUK TUGASAN

Nasionalisme di Tanah Melayu telah muncul dan berkembang pesat pada awal abad ke-20.Buktikan
penglibatan tokoh-tokoh tempatan yang mendapat Pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung
Malim dalam Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada masa itu
PENGENALAN

1.JELASKAN MAKSUD NASIONALISME DAN SENARAIKAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN DI TANAH MELAYU


YANG MENDAPAT PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM SEKITAR
AWAL ABAD KE-20

Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada tempat
yang tinggi. Atau yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa
Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Ia
berbeza dengan patriotisme.Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa
"kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah
liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan
kedua-dua teori.Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan
yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para
saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti
nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

Antara tokoh tokoh tempatan di Tanah Melayu yang mendapat Pendidikan di Maktab Perguruan Sultan
Idris Tanjung Malim sekitar awal abad ke-20 ialah Haji Hassan Bin Muhammad adalah seorang Tokoh
Sejarah Segamat. Beliau dilahirkan di Segamat Johor pada 22hb April 1930. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Latihan Tanjong Malim (1936-1941), kemudian di Sekolah Lelaki Bandar Segamat (1941-
45). Setelah itu beliau telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Beliau merupakan
pelajar termuda yang berjaya mengikuti pengajian tersebut. Setelah tamat pengajian di MPSI beliau terus
berkhidmat sebagai guru yang bertauliah dan merupakan guru termuda di Johor ketika itu. Pada tahun
1962 beliau lulus Federal Malayan Certificate|Federal Malayan Certificate (FMC) dan merupakan anak
tempatan aliran Melayu yang pertama lulus dalam peperiksaan tersebut. Kemudian beliau dilantik
menjadi Guru Besar termuda di Daerah Segamat.
PERKEMBANGAN IDEA

2.SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN TOKOH-TOKOH TERSEBUT DALAM GERAKAN NASIONALISME


NEGARA KITA

Haji Hassan bin Muhammad pernah menjadi guru dan guru besar di beberapa buah sekolah di Segamat
sejak tahun 1948. Pada tahun 1961, beliau dilantik sebagai Guru Besar yang termuda di Daerah
Segamat, ketika itu. Di atas kecemerlangan beliau, beliau kerap-kali dilantik oleh Jabatan Pelajaran
sebagai mentor kepada guru besar-guru besar yang baru dilantik bagi memantapkan lagi perkhidmatan
pelajaran di negeri Johor. Beliau juga sangat cergas dalam bidang politik terutamanya semasa musim
berkempen. Antara kenalan rapat beliau dalam dunia politik ialah Tan Sri Hajjah Zainon Munshi Sulaiman
@Ibu Zain (ibu saudara beliau); Dato Haji Elias bin Abu Bakar, Bekas exco kerjaan Negeri Johor; Dato’
Haji Talib Ali, bekas Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang; Dato’ Abdul Aziz Bin Ismail, Bekas
Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya; Dato’ Sulaiman Mohd Noor (sepupu beliau), Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor; Dato Abdul Ajib Ahmad, Bekas Menteri Besar Johor; Dato' Haji Ahmad Arshad,
Bekas Senator dan Dato’ Md Noor Md Dom, Bekas ADUN Serom yang juga Bekas Naib Ketua UMNO
Bahagian di mana Tun Musa Hitam adalah Ketua Bahagian Segamat, ketika itu. Beliau juga adalah
seorang setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) peringkat Daerah Segamat, ahli jawatan-kuasa
Pesatuan Sejarah Malaysia peringkat Negeri Johor dan ahli jawatan-kuasa Arkib Bahagian Selatan
Malaysia. Dalam persatuan Sejarah, beliau sangat rapat dengan Dato’ Haji Ahmad Arshad yang juga
merupakan pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia peringkat Daerah Segamat. Penglibatan beliau yang
terakhir dalam Persatuan Sejarah Malaysia ialah apabila dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja dalam
Konvensyen Persatuan Sejarah Malaysia yang diadakan di Johor Bahru pada tahun 1978Dalam bidang
pengurusan ekonomi, beliau merupakan ahli Koperasi Syarikat Kerjasama yang bertauliah, ahli lembaga
pengarah Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) cawangan Segamat, ahli lembaga
pengarah Syarikat Guru-Guru Melayu Segamat, ahli lembaga Persatuan Peladang Daerah Segamat dan
lembaga pengarah Koperasi Peladang Mukim Jabi. Cita-cita beliau apabila bersara nanti ialah untuk
mencebur dalam bidang perniagaan persendirian bersama keluarga.
3.JELASKAN KESAN PENGLIBATAN GOLONGAN GURU DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME DI
NEGARA KITA

Penglibatan golongan guru dalam nasionalisme di negara kita amat penting kerana ianya memberikan
impak yang kuat terhadap murid-murid dalam menguatkan semangat nasionalisme dalam diri.Antaranya
ialah dengan menerapkan semangat cinta akan negara kepada pelajar bermula dengan pendidikan yang
awal.Kesannya pelajar akan lebih menjiwai dan menganggap sifat nasionalisme itu penting.Oleh
itu,rakyat Malaysia lebih prihatin dan mengambil berat terhadap sesuatu yang berlaku dalam dan luar
negarasecara alaminya.Lpeasan pendidikan yang mendaftar untuk berkhidmat sebagai guru dapat
menyebarkan secara meluas lagi akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri yang mampu menaikkan
martabat diri sebagai orang yang berpelajaran.

Seterusnya,dengan sokongan dari Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor dan Persatuan


Negeri,dana telah berjaya diasakan dari Akhbar Bahasa Inggeris untuk membantu orang Melayu.Akhbar
The Malaya Tribune dan The Malay Mail adalah contoh akhbar Bahasa Inggeris yang telah membantu
orang Melayu untuk melanjutkan pembelajaran ke luar negara dengan dana yang diperolehnya.Dengan
peluang yang ada di depan mata ini,anak-anak Melayu akan lebih terdedah dengan cara hidup yang lebih
memacu kearah pemodenan kehidupan serta pemikiran rakyat di luar negara dapat diadaptasikan di
Tanah Melayu.Selain itu,Za’ba yang merupakan guru yang sangat dihormati sentiasa memberi kesedaran
kepada guru yang lain akan kepentingan pendidikan tinggi dan kokurikulum Bahasa Inggeris dalam
mengembangkan nasionalisme di kalangan orang Melayu.Hal ini berentetan dengan isu penekanan dari
pihak British terhadap system pendidikan pada tahap rendah sehingga menyukarkan usaha untuk
meningkatkan taraf kehidupan anak bangsa.

Kemudian,dengan pergaulan dan perbincangan golongan guru berintelektual dari Maktab Perguruan
Sultan Idris(SITC),terlahirlah semangat untuk membangkitkan kesedaran dan memajukan nasib orang
Melayu.Tenaga pelajar disini sangat berperanan penting dalam usaha nasionalisme terhadap orang
Melayu untuk memperbaiki diri mereka.Akhir sekali,guru di SITC melahirkan lebih ramai pelajar yang
seiring dalam dengan perkembangan borma dalam pengetahuan yang cukup mendalam dalam cara
memperjuangkan nasib orang Melayu.Guru-guru di sini telah berganding bahu menghidupkan lebih ramai
anak bangsa yang berilmu serta berpengetahuan tinggi dan mampu menghadirkan sifat Nasionalisme
dalam jati diri setiap insan
4.BAGAIMANAKAH GOLONGAN INTELEKTUAL BOLEH MEMANFAATKAN ILMU BAGI MEMARTABATKAN
NEGARA PADA MASA KINI

Sejak negara menikmati arus kemerdekaan ini,pelbagai fasiliti dan kemudahan dalam pendidikan yang
telah disediakan kepada rakyat Malaysia seperti university awam.Universiti awam ini telah melahirkan
ramai golongan intelektual yang mampu memanfaatkan ilmu untuk memartabatkan negara.Antaranya,
adalah dengan mengadakan bengkel seminar dalam sesuatu bidang kepada siswi dan siswa untuk
berkongsi rahsia kejayaan bersama.Dengan perkongsian ini lebih ramai golongan intelektual yang dapat
dilahirkan dan mendapatkan kerjaya yang baik untuk menigkatkan teraf kehidupan di Malaysia

Selain itu,ramai juga golongan intelektual yang berfikiran di luar kotak dengan menyebarkan ilmu
yang dimiliki dengan mengunggahnya menjadi video atau paparan yang menarik dan memuat naik di
aplikasi media social.Dengan kehidupan moden kini,pelbagai aplikasi media social yang dapat diguna
pakai untuk tujuan yang baik.Dengan anak muda yang lebih kreatif dan berinovasi,lebih ramai nak muda
yang lebih tertaik untuk mempelajari dengan mendalam akan sesuatu bidang itu.Oleh itu juga,lebih ramai
siswazah yang berjaya pada era globalisasi yang akan datang.Seterusnya untuk standing negara luar
terutamanya negara barat,golongan intelektual perlulah terlibat secara aktif untuk membangun budaya
nasional yang moden,bersikap kritis dan keberanian intelektual.Mereka perlulah menuntut segala hal
yang terbaik dari Barat dan menyerlahkan kemahiran yang ada untuk membantu melestarikan peradaban
negara bangsa.Maka,ilmu yang diperoleh dapat diajarkan di Malaysia dan menjadi negara yang setaraf
dengan barat hasil usaha anak bangsa sendiri.

Selepas itu,Kerjasama antara golongan intelektual dengan pemerintah juga amat penting.Dengan
menggunakan kearifan serta sentuhan idea golongan intelektual ini,pelbagai cara hidup dapat diubah
dengan bantuan oleh pemerintah dengan menggubal beberapa undang-undang untuk dinaiktaraf.Hal ini
menjadi punca utama negara mempunyai rakyat yang harmoni serta tenteram tanpa konflik politih yang
sering terjadi.Akhir sekali,golongan intelektual ini juga perlulah memahami serta mengenali jiwa bangsa
masyarakat di seluruh pelusuk.Dengan ini,setiap maslaha yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan
dengan cara yang berhemah dan efisyen.Rakyat juga tidak akan terbeban dengan pelbagai masalah yang
menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang bermartabat dalam berkhidmat kepada rakyat.Oleh itu,lebih
ramai golongan intelektual perlu dilahirkan sejajar dengan perkembangan dunia untuk meningkatkan
Malaysia ke seluruh pelusuk negara yang lain.
5.LANGKAH DAN CABARAN UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN NASIONALISME DALAM KALANGAN
GENERASI MUDA INI

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan
rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1Malaysia
yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan.  
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum
disiarkan.Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.  
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses
maklumat yang positif dan bermanfaat .Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan
tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.  
Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program
berunsurkan nasionalisme.Contohnya,Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana
pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.

Manakala Cabarannya ialah,kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian


kaum yang terdapat dalam negara.Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya
sendiri, Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme
teutama dalam kalangan remaja.Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat
berkaitan sejarah negara. Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan
program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semangat nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum
masing-masing.Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.
KESIMPULAN

Kesimpulan yang saya diperolah daripada kajian kes ini ialah saya dapat menanamkan semangat
Nasionalisme.

Selain itu, saya dapat mengetahui perjuangan tokoh-tokoh dahulu dalam membangkitkan semangat
Nasionalisme dalam kalangan orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan.Seterusnya,saya dapat
mempelajari sifat juang yang tinggi seperti yang dicontohi oleh pejuang Tanah Melayu.

Akhir sekali, saya dapat menerapkan semangat juang ini kepada rakyat Malaysia yang lain agar
dapat diterapkan kepada semua orang.

Kesimpulannya,saya berharap agar semua rakyat Malaysia kini mempunyai kesedaran dan sifat
Nasionalisme yang sama seperti pejuang kita terdahulu
SUMBER KAJIAN

BUKU TEKS

Saya menggunakan buku teks Sejarah Tingkatan empat sebagai sumber kajian untuk kajian kes ini

Nama Pengarang: Riduan Bin Hassan

Sharifah Afidah Binti Syed Hamid

Muslimin Bin Fadzli

Subramaniam A/L Raman

Tahun Terbit : 2019

Tempat Terbit : Kuala Lumpur

Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka

MELAYARI INTERNET

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_Muhammad

Sejarah Pembukaan SITC

https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris

Haji Buyung Adil

https://www.orangperak.com/haji-buyung-adil-sejarawan-negara-kelahiran-perak.html

.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai