Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

KEMAHIRAN HIDUP
(PERTANIAN)
PROJEK PERTANIAN DALAM
KOMUNITI KATEGORI SEKOLAH
DI
BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS
AR-RAUDAH
SK PARIT KUDUS

1
1.0 Pendahuluan
Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi Ar-Raudah SK Parit Kudus adalah
merupakan sebuah bangunan baru siap pembinaannya pada tahun ini. Projek pembinaan ini
bermula pada tahun 2020. Penyerahan Projek daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Johor
kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diadakan pada 12 Mei 2022 yang lalu. Oleh itu
bagi mewujudkan suasana persekitaran bertemakan pertanian yang kondusif bagi Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang ceria dan selesa untuk anak-anak ini, pelbagai
aktiviti untuk menceriakan Bangunan ini perlu dijalankan.

2.0 Matlamat
Mewujudkan suasana persekitaran luar bangunan yang lebih ceria dan berinformasi
dalam usaha mewujudkan sebuah Taman Pertanian komuniti Murid Bekeperluan Pendidikan
Khas yang kondusif di masa hadapan.

3.0 Objektif
3.1 Menceriakan Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi Ar-Raudah.
3.2 Menyediakan suasana luar kelas dengan flora dan fauna dengan konsep “Edible
Kitchen”
3.3 Mewujudkan suasana ceria, cantik dan berinformasi pada AJK PIBG, para guru serta
para ibu bapa murid SK Parit Kudus yang menggunakan Bangunan PPKI Ar-Raudah, SK
Parit Kudus

4.0 Tarikh
29 Oktober 2022 (Ahad)

5.0 Tempat
Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi Ar-Raudah, Sk Parit Kudus.

6.0 Cadangan Aktiviti yang akan Dijalankan

Bil Aktiviti
1 Membina Laman “Edible Kitchen” di bahagian belakang bangunan.
2 Menghias bunga, memasang alas meja serta menampal kata-kata hikmah yang
bersesuaian

2
7.0 Jawatankuasa Projek

Penasihat : En Reduan bin Muhamad


Penolong Penasihat : Pn Noraini bt Ngde
En. Azizan bin Musa
Pn. Zarina binti Jamal
Yang Dipertua PIBG : En. Muhammad bin Abdul Rahman
Naib Yang Dipertua : Pn. Siti Haizatul Hana binti Mohd Sunanin
Setiausaha : Pn. Noor Hadilawati Basari
Naib Setiausaha : Pn NurAfazilla bt Abd Gani
Bendahari : Pn Zanariah binti Kaab
AJK : Semua ibubapa

8.0 Sumber Kewangan


8.1 Peruntukan dari pihak PIBG SK Parit Kudus
8.2 Sumbangan dari Badan Permuafakatan Ibubapa Guru Pendidikan Khas

9.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

BIL ITEM ANGGARAN KOS


1. Tanah Top Soil lori 3 tan RM60 x 3 tan RM180.00
2. Cat Minyak RM25 x 8 tin RM200.00
JUMLAH RM380.00

10.0 Penutup
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Jawatankuasa agar Projek Pertanian Komuniti dan
Keceriaan Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi Ar-Raudah dapat diterima dan diberi
sumbangan mengikut anggaran kos yang dinyatakan supaya dapat berjalan dengan lancar serta
seperti yang dirancangkan. Semoga projek ini memberi manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________________ ______________________________

Disahkan Oleh:

_____________________________________

Anda mungkin juga menyukai