Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING

PERSIARAN MAJLIS ,42700 BANTING, KUALA LANGAT


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMIMPIN MUDA BToPS
DALAM TALIAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS), KETUA
KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

TARIKH : 19 OGOS 2021


HARI : KHAMIS
MASA: 3.00 – 5.00 PETANG
MEDIUM: GOOGLE MEET & STREAM YARD
TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT DISIPLIN & PENGAWAS
UNIT ICT

CERAMAH KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA BToPS 2021


1. PENDAHULUAN

Ceramah Pemimpin Muda adalah salah satu aktiviti khas yang dianjurkan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Disiplin dan Pengawas serta Unit ICT untuk
mencungkil bakat kepimpinan murid. Ianya terbuka kepada semua pengawas sekolah ,
Pengawas PSS , Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) , Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas.
Ceramah Kepimpinan Muda ini diadakan secara dalam talian . Diharap dengan
adanya program ini, Pemimpin Muda BToPS dapat melaksanakan tugas dan peranan
mereka ke arah yang lebih baik dan berkesan. Di samping itu, program ini dapat
mengembangkan bakat dan potensi murid menjadi pemimpin kecil dalam kalangan
rakan-rakan di sekolah.

2. RASIONAL

2.1 Memberi ilmu pengetahuan tentang kepemimpinan dalam kalangan peserta;


2.2 Menggalakkan murid mengaplikasi pemikiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi) semasa menjalankan tugas yang diberi; dan
2.3 Mencungkil bakat kepimpinan murid.

3. OBJEKTIF

3.1 Murid dapat melaksanakan tugas dengan berkesan;


3.2 Murid dapat mengintegrasi nilai-nilai murni semasa melaksanakan tugas
sebagai
pemimpin muda di sekolah;
3.3 Murid dapat menyelesaikan masalah berdasarkan situasi terkini menggunakan
elemen KBAT.

4. PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 Tarikh: 19 Ogos 2021
4.2 Hari: Khamis
4.3 Masa: 3.00 – 5.00 petang
4.4 Tempat: Kediaman masing-masing
4.5 Medium: Google Meet dan StreamYard
4.6 Penceramah:Pn. Roziana binti Hj Tahir
Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Labohan Dagang

5. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi: Pn. Siti Hanim binti Sungit


Timbalan Pengerusi: En. Mohd Ayub bin Bakri
Naib Pengerusi: Tuan Syed Mohd Fauzi bin Syed Abdul Latif
Penyelaras: En. Nor Hisham bin Seman
Setiausaha: En. Nor Zihan bin Md Aris
Penolong Setiausaha: Pn. Siti Robiah binti Jayus
Ahli Jawatankuasa: AJK Bimbingan & Kaunseling
AJK Disiplin dan Pengawas
AJK ICT

1
6. SUMBER KEWANGAN
6.1 PCG Bimbingan & Kaunseling
6.1.1 Bayaran Penceramah RM 150.00

Jumlah Keseluruhan: RM 150.00

7. PENUTUP

Diharap program ini dapat berjalan lancar mengikut perancangan yang telah
ditetapkan. Bersama-samalah kita bersatu ke arah kecemerlangan SK Bandar Banting
@ BToPS

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………...... .................................................
NOR ZIHAN BIN MD ARIS MOHD AYUB BIN BAKRI
Setiausaha Program Penolong Kanan HEM
SK Bandar Banting SK Bandar Banting

8. ULASAN GURU BESAR

.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
................

9. SYOR
Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju:
Kertas cadangan untuk Program Pemimpin Muda BToPS 2021 Untuk Ketua Kelas
dan Penolong Ketua Kelas 2021 ini dikemukakan untuk pertimbangan dan
persetujuan pihak tuan.

PERMOHONAN INI PERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI

………………………………………
SITI HANIM BINTI SUNGIT
Guru Besar
SK Bandar Banting

2
3

Anda mungkin juga menyukai