Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN EHSAN

KERTAS KERJA
__________________________________________________________
WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH/PENGAWAS PSS/
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) & BRIDGET ICT
TAHUN 2020
__________________________________________________________

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN EHSAN

TARIKH/HARI
10 FEBRUARI 2020 (ISNIN)

MASA
7:30 pagi

ANJURAN BERSAMA
BADAN PENGAWAS SEKOLAH,
UNIT PENGAWAS PSS &
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
1.0 PENGENALAN

Program Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah


(PSS), Bridget ICT dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SK Taman Ehsan
merupakan salah satu acara tahunan. Program ini adalah anjuran bersama dengan
Badan Pengawas Sekolah (Unit Disiplin), Unit Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)
dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama
dalam menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum.
Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa
dan berketerampilan. Pengawas PSS pula adalah satu unit yang terdiri daripada murid-
murid sekolah yang berfungsi dalam membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk
mencapai matlamat dan objektif PSS. Badan PRS adalah untuk melatih para murid untuk
menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang
memerlukan pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih
mereka membantu diri sendiri. Briged ICT ditubuhkan bagi membantu sekolah
menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu membudayakan ICT di
sekolah. Bridget ICT juga membantu menggerakkan dan memantapkan penggunaan ICT
di sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas


PSS, PRS dan Bridget ICT supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh
pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
2.2 Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas
dengan baik.
2.3 Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

3.0 LOKASI SASARAN

Dataran perhimpunan, SK Taman Ehsan

4.0 SASARAN KUMPULAN

Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS, PRS dan Bridget ICT yang terdiri daripada murid
Tahun 3 4, 5 dan 6.
5.0 PERALATAN DAN BAHAN YANG DIPERLUKAN

BIL. PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA


1 Kertas Sijil 77 RM165.00
2 Tag nama KETUA PENGAWAS PSS 1 RM 6.00
3 Tag nama PENOLONG PENGAWAS 1 RM 6.00
PSS
4 Tag nama PENGAWAS PSS 60 RM 360.00
5 Tag nama BRIDGET ICT 13 RM78.00
6 Tag nama KETUA BRIDGET ICT 1 RM 6.00
7 Tag nama PEN. KETUA BRIDGET ICT 1 RM 6.00
8 Kertas A4 Berwarna pastel (Kuning Air) 1 rim RM 15.00
9 LCD Projector 1 RM1500.00
JUMLAH

6.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Datin Jamnah @ Intan binti Idrus

Naib Pengerusi : 1) Pn Samsiah bt Md Rais (PK HEM)


2) En Nor Azmi bin Mohamad Rejab (PKP)
3) Pn Noor Sahasliza bt Saidin (PK Ko)
4) En Mohd Faizal bin Alias

Setiausaha : 1) En Mohd Husni bin Mohd Kassim (Unit Pengawas)


2) Pn Asmida binti Ahmad (PRS)
3) Cik Nabila binti Ismail (PSS)

Ahli Jawatankuasa :

Kertas kerja/ Brosur : Cik Nabila binti Ismail

Surat Menyurat : Pn Nurdiana bt Alinifpiah


(Pegawai Seranta)

Juruacara : Pn Asmida binti Ahmad

Penyediaan Sijil :
a) Pengawas Sekolah:
- Pn Aida bt Ismail
- Pn Nurdiana bt Alinifpiah
b) Pengawas PSS:
- Cik Tamil MalarP A/P Subramaniam
c) PRS:
- Pn Haslinda bt Dahalan
d) Bridget ICT:
- Manimeghalai A/P Kanapathy

Dokumentasi : Pn Nurdiana bt Alinifpiah

Pengurus Peserta:
a) Pengawas: Pn Puspa A/P Narayanan & En Nordin Yahaya
b) Pengawas PSS: Cik Sathiavani A/P Raman
c) PRS: Cik Siti Nur Aisyah Phua bt Mohd Hoi
d) Bridget ICT: En Ahmad Fazreen bin Azmi

Bacaan Doa : En Muhammad Hafizan bin Samat @ Darawi

Makanan VIP : Pn Suhaini bt Mat Isa


Pn Izni Farisya bt Mohmad Yusof

Cenderahati : Pn Puspa A/P Narayanan

Jurufoto : Pn Norhasimah bt Dinin

7.0 PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan pemimpin murid
yang cemerlang dan berketrampilan.Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran
yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat ini berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan Oleh:

(NABILA BINTI ISMAIL) (PN SAMSIAH BT MD RAIS) (DATIN JAMNAH @ INTAN BINTI IDRUS
Guru Perpustakaan & Media Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
SK Taman Ehsan SK Taman Ehsan SK Taman Ehsan

Anda mungkin juga menyukai