Anda di halaman 1dari 7

CADANGAN KERTAS KERJA APRISIASI MURID SK ROMPIN

DALAM PERTANDINGAN / PERMAINAN/ KO KURIKULUM

PENGENALAN

Kertas kerja serta cadangan Program yang julung kali diadakan ini adalah untuk meraikan kejayaan
murid Sk Rompin yang telah berusaha dengan gigih dalam mencapai kejayaan di pelbagai
peringkat. Hasil usaha yang gigih ini diberikan penghargaan yang sewajarnya agar generasi pelapis
dapat diwujudkan. Motivasi serta galakan seperti ini dapat meningkatkan lagi prestasi murid agar
berusaha dengan lebih gigih lagi.Program ini diharapkan dapat memberikan suntikan motivasi
yang kepada pelajar lain yang bakal mewakili sekolah di masa yang akan datang.

RASIONAL

1. Penat serta jerih yang diberikan oleh setiap murid demi untuk mengharumkan nama
sekolah seharusnya diberikan penghargaan agar pelajar merasa dihargai.
2. Dapat mewujudkan pasukan yang lebih mantap di masa yang akan datang kerana pelajar
merasa dihargai dan bermotivasi tinggi.
3. Menarik minat semua murid agar dapat menceburu atau melibatkan diri dengan secara
aktif lebih lagi dalam bidang Ko Kurikulum.
4. Menonjolkan murid yang Berjaya serta berjasa pada sekolah , daerah dan negeri agar
menjadi contoh serta ikutan yang baik pada murid yang lain.

OBJEKTIF

1. Untuk menghargai jasa murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah di dalam
permainan dan sukan serta aktiviti lain yang telah di sertai di peringkat Daerah, Negeri dan
Kebangsaan.
2. Untuk menjadi contoh kepada murid-murid yang lain serta mewujudkan generasi pasukan
pelapis yang lebih baik.
3. Di samping itu juga untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa aktiviti Ko
kurikulum juga sangat penting untuk tubuh badan yang sihat.
4. Menghargai semua penat dan leleh murid dalam mengharumkan nama sekolah . Daerah dan
Negeri.
MATLAMAT

1. Mencari bakat serta pelapis baru yang akan menggalas cabaran sekolah ke peringkat yang
lebih tinggi lagi.
2. Memberikan motivasi kepada murid yang masih mampu lagi mewakili sekolah untuk tahun
yang akan datang agar sentiasa berusaha dan bersemangat dalam mendepani cabaran.
3. Memberikan penghargaan kepada murid yang akan ke sekolah menengah agar dapat
meneruskan kecemerlangan mereka di sana pula.
4. Mewujudkan Kerjasama era tantara semua guru dan masyarakat setempat yang sentiasa
memberikan sokongan terhadap anak mereka dalam menbawa cabaran sekolah ke
peringkat yang lebih tinggi lagi.

KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Tahun 4, 5dan 6 SK Rompin yang telah mewakili sebarang jenis pertandingan sukan
di Peringkat Daerah , Negeri dan Kebangsaan.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

TARIKH : 13 November 2023


MASA : 8.00 PG - SELESAI
TEMPAT : Padang Sekolah dan Dewan Sk Rompin

KONSEP PELAKSANAAN

1 Pelaksanaan program ini adalah untuk menghargai murid-murid yang telah


mengharumkan nama sekolah di dalam semua bidang aktiviti Ko Kurikulum yang
merangkumi Bidang Sukan dan Permainan, Bidang Unit Beruniform Serta Bidang Ko
Akedemik peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
2 Pelaksanaan program ini di jalankan di peringkat sekolah sahaja dengan jemputan
Pegawai Mesra Sekolah yang mewakili Pejabat Pendidikan Dearah.
3 Antara program yang di jalankan ialah mengadakan perlawanan persahabatan diantara
murid-murid yang mengharumkan nama sekolah dan murid-murid yang lain.
4 Perlawanan ini diadakan pada waktu Ko Kurikulum. Antara permainan yang diadakan
Sepaktakraw, Bolasepak dan Bola Jaring.
5 Murid-murid yang terlibat juga telah di berikan token berupa wang mengikut peringkat
yang diwakilinya.
6 Murid yang terlibat juga diberikan jamuan sebagai menghargai jasa mereka.
.

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
EN RAMLI BIN GAISUN
(GURU BESAR)

PENOLONG PENASIHAT
EN AHMAD LUFTI BIN HUSIN
(YDP PIBG SK ROMPIN)

EN MAZLI BIN MUSA


(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

EN SHAHIBOL BIN MAZLAN


(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

EN OTHMAN BIN ADAM


(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA
PN NOR FAZILAH BT JAMIL

BENDAHARI
CIK NURFATIHASH BT SAUDIN
(BENDAHARI PIBG SK ROMPIN)
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PENDAFTARAN
1. En. Mohd Fairuzi Bin Mohd Kamaruddin
2. En. Mohd Fairus Bin Mokhtar
3. En. Sanusi Bin Saat

AJK BUKU PROGRAM / SIJIL


1. Siti Nur Fadhillah Binti Abu Bakar
2. Siti Hidayu Binti Karim
3. Pn. Siti Aishah Bt Husen

AJK PELAPORAN
1. En. Mohd Aidill Bin Alias

AJK PERSEDIAAN DEWAN / BANNER


1. Pn. Nurul Rahmah Binti Main
2. Pn. Nor Azhana Binti Abdullah
3. Pn. Siti Nor Masita Binti Ahmad

AJK SIARAYA
1. En. Mohd Zulhelmi Bin Jazmani
2. En. Mohamad Nur Faizan Bin Mokhtar

AJK DISIPLIN / KAWALAN MURID


1. En. Mantasan Bin Mat
2. En. Mohd Hazley Bin Yaakob
3. SEMUA GURU YANG TIDAK TERLIBAT DALAM PROGRAM

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA


1. Pn Muhaiza Binti Mohamad
2. Pn Fazilawati Binti Bahar
3. Pn Roslizawatie Bt Jamal

AJK JAMUAN
Pn Saidah binti Ramly
Pn Silawati Binti Mat Yusof
Pn Soriyazana Binti Mansor
Pn Thalasiah Binti Md Tan

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI NILAI JUMLAH

1 BANNER 1 RM100 RM100.00

2 AIR MINERAL 20 RM15 RM300.00

3 JAMUAN MURID 127 RM6 RM762.00

4 HADIAH PERINGKAT ANTARABANGSA 14 RM20 RM280.00

5 HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN 25 RM15 RM375.00

6 HADIAH PERINGKAT NEGERI 7 RM10 RM70.00

7 HADIAH PERINGKAT DAERAH 127 RM5 RM635.00

8 JAMUAN VIP,GURU DAN AJK PIBG 45 RM10 RM450.00

9 SIJIL 200 RM1 RM200.00

10 BUKU PROGRAM 20 RM3 RM60.00

  JUMLAH BESAR RM3232.00


ANGGARAN PENDAPATAN

BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH

1 SUMBANGAN KELAB GURU DAN STAF RM300


2 SUMBANGAN PIBG RM500
3 SUMBANGAN KEDAI BUKU RM1,000
4 SUMBANGAN AWAM RM1,432

  JUMLAH BESAR RM3,232

TENTATIF PROGRAM

7.45 Pagi Murid berkumpul di dataran perhimpunan


8.00 pagi Ucapan guru bertugas
8.15 pagi Ucapan PK Kokurikulum
8.30pagi Perlawanan Bola Jaring dan Bola Sepak di padang sekolah
10.00pagi Rehat
(minuman di sediakan bagi murid-murid yang mengambil bahagian)
11.00pagi Murid berkumpul di Dewan sekolah
11.15 pagi Ucapan Guru Besar
11.30 pagi Penyampaian hadiah
PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya program ini menambahkan lagi semangat murid-murid untuk
memajukan diri di dalam bidang kokurikulum. Disamping itu juga dapat memberikan motivasi
kepada murid-murid yang lain untuk meminati bidang sukan yang di ceburi. Segala usaha dan
kerjasama dari semua pihak diucapkan ribuan terima kasih dan diharapkan membantu dalam
memotivasikan murid dengan usahasama yang diberikan.

DISEDIAKAN OLEH: DI SOKONG OLEH

……………………………………… ………………………………………
(PN NORFAZILAH BT JAMIL) (EN RAMLI BIN GAISUN)
SETIAUSAHA PIBG SK ROMPIN GURU BESAR SK ROMPIN

DISAHKAN OLEH ,

…………………………………………
(EN LUTFI BIN HUSIN)
YDP PIBG SK ROMPIN

Anda mungkin juga menyukai