Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN HICOM

40400 SHAH ALAM, SELANGOR

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 1M1S
2011

TEMPAT
BADMINTON – GELANGGANG BADMINTON
CATUR – LAMAN MURNI
BOLA SEPAK – PADANG
BOLA JARING – PADANG
PING-PONG – DEWAN SAGA

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM
SK HICOM
40400 SHAH ALAM, SELANGOR

PADA
22 OKT – 12 NOV 2011
KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 2011

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya tertumpu pada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana itu, Unit Kokurikulum SK HICOM akan
menganjurkan Karnival Sukan & permaianan bermula 22 Okt hingga 12 Nov 2011 . Karnival ini adalah
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih meluas kepada semua murid. Di samping
itu, murid-murid dapat menonjolkan bakat masing-masing dan melepaskan beban tekanan pelajaran supaya
keseimbangan pembinaan diri dapat direalisasikan selaras dengan falsafah pendidikan Negara.

2.0 RASIONAL

Kebanyakan murid amat berminat dengan aktiviti-aktiviti permainan yang memerlukan ketahanan dan
kekuatan dari segi fizikal dan mental. Justeru itu, aktiviti ini boleh menjadi wadah bagi melahirkan murid-
murid cergas dan cerdas iaitu mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan dapat mengendalikan
pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan diri.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Anggaran Penyertaan = 400 pelajar

Para pelajar yang terdiri daripada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

4.0 TARIKH CADANGAN

22 Okt – 12 Nov 2011

5.0 TEMPAT

BADMINTON – GELANGGANG BADMINTON


CATUR – LAMAN MURNI
BOLA SEPAK – PADANG
BOLA JARING – PADANG
PING PONG - DEWAN SAGA

6.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien.


7.0 OBJEKTIF :

7.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara;

7.2 Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta mampu
memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara;

7.3 Menyediakan peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran
dan kepimpinan;

7.4 Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing,
semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.

7.5 Membina dan memupuk pelajar sentiasa mengamalkan, mempraktikkan semua isi kandungan
kurikulum di dalam kehidupan seharian.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

(Sila Lihat Lampiran 1)

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

(Sila Lihat Lampiran 2)

12.0 JANGKAUAN ISU DAN IMPAK AKTIVITI

12.1 Murid dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan.

12.2 Murid dapat memiliki bersemangat berpasukan, keterampilan diri, berdaya saing, semangat
juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.

12.3 Murid dapat meluaskan minda dan pengalaman.

13.0 PENUTUP

Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan dengan lancar
serta mencapai matlamat dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang
memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


.........……………………………… .......………………………..
(Intan Maria Binti Mahmood) (Mohd Misbah Bin Ajir)
Setiausaha Sukan, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK HICOM. SK HICOM.

Disahkan oleh,
……..........................................
(Hajah Dahlia Binti Haji Abbas)
Pengetua,
SK HICOM.
LAMPIRAN 1

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penaung : Pn. Hajah Dahlia Binti Haji Abbas
(Guru Besar SK HICOM)

Pengerusi : En. Mohd Misbah Bin Ajir


(GPK Ko-kurikulum SMKPD)

Setiausaha : Pn. Intan Maria Binti Mahmood


(Penyelaras Sukan & Permainan)

Bendahari : Pn. Faizatul Sharmila Binti Ariffin

Ahli Jawatankuasa Kecil :

1. PERSEDIAAN TEMPAT :
a) En. Tajul Ariffin Bin Mohd Ali
(N/Setiausaha sukan )
b) AJK Kelab Sukan dan Permainan (Murid)

2. URUSETIA :
a) En. Zairi Bin Awang
b) Pn. Siti Norsilawati Binti Mohd Nor
c) Pn. Norhasliza Binti Mat Hassan

3. PERALATAN :
a) En. Alfee Azli Bin Ajir
b) En. Tan Kok Hwa
c) En. Rosdi Bin Shamsudin

4. KESELAMATAN /RAWATAN :
a) Pn. Norhayati Binti Abd Khadir
b) Pn. Ruby Binti Osman

5. JADUAL DAN BORANG PERTANDINGAN :


a) Pn. Siti Alleyanie Binti Sa’adun

6. HADIAH/SIJIL :
a) Pn. Faridah Binti Idris
b) Pn. Azlina Binti Ahmad Yaakub
LAMPIRAN 2
PUNCA-PUNCA KEWANGAN
Peruntukan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
AGIHAN PERUNTUKAN BAGI PIALA PUSINGAN DAN HADIAH PENYERTAAN

BIL PERMAINAN PERUNTUKAN (RM) CATATAN

1 Dokumentasi 30.00

1 Badminton 700.00 Piala Pusingan


1) Perseorangan L & P = RM 200
2) Beregu l & P = RM 200
Hadiah Penyertaan
50 murid x RM6 = RM 300

2 Catur 700.00 Piala Pusingan


1) Keseluruhan = RM 100
2) Tahun 4,5 & 6 = RM 300
Hadiah Penyertaan
50 murid x RM6 = RM 300

3 Bola Sepak 1500.00 Piala Pusingan


1) Tahun 4,5 & 6 = RM 300
Hadiah Penyertaan
20 pasukan x 10 murid x RM 6 = RM 1200

4 Bola Jaring 1020.00 Piala Pusingan


1) Tahun 4,5 & 6 = RM 300
Hadiah Penyertaan
12 pasukan x 10 murid x RM 6 = RM 720

5 Ping pong 700.00 Piala Pusingan


1) Perseorangan L & P = RM 200
2) Beregu l & P = RM 200
Hadiah Penyertaan
50 murid x RM6 = RM 300

JUMLAH 4650.00
Disemak oleh, Disahkan oleh,

..................................... ..............................................
(Mohd Misbah Bin Ajir) (Hajah Dahlia Binti Haji Abbas)
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Guru Besar,
SK HICOM SK HICOM,
26700 Shah Alam, 40400 Shah Alam,
Selangor. Selangor.

Anda mungkin juga menyukai