Anda di halaman 1dari 5

Tatacara

Penggunaan Dewan
Sekolah.
Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang
dapat menempatkan jumlah murid yang ramai dalam satusatu masa. Oleh itu, aspek keselamatan dalam mencegah
kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan
dan kehilangan nyawa boleh berlaku semasa kebakaran
akibat pintu kecemasan terkunci dan laluan kecemasan
terhalang oleh barang-barang dan perabot.
Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam
tertakluk kepada peraturan pembinaan yang memerlukan
pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan
dibina untuk kegunaan menyelamatkan diri semasa
kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan
laluan kecemasan tidak dikunci dan dihalang. Ia juga
hendaklah ditanda dengan arahan yang jelas dan mudah
dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa
kebakaran juga hendaklah dikenalpasti oleh pihak
sekolah.

Tatacara Am penggunaan
Dewan
Tidak boleh digunakan untuk permainan yang
tidak sesuai.
Dewan besar tidak dibenarkan digunakan untuk
permainan hoki, bola sepak, bola tampar, sepak takraw dan
permainan-permainan yang tidak sesuai diadakan di dewan.

Mesti digunakan pada waktu yang bersesuaian.


Murid dan orang ramai tidak dibenarkan menggunakan dewan
besar untuk bermain pada waktu malam kecuali dengan
kebenaran daripada Guru Besar dan pengawasan oleh sekurangkurangnya seorang guru.
Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada
waktu petang sahaja pada hari persekolahan manakala pada hari
cuti, dewan digunakan waktu pagi dan petang.

Pakaian semasa berada di dewan.


Penggunaan dewan pada waktu malam dihadkan tidak
melebihi jam 10.00 malam.Semua pengguna dewan besar untuk

permainan dimestikan memakai pakaian permainan yang sesuai


dan tidak dibenarkan berselipar atau berkaki ayam.

Tatacara Murid menggunakan


Dewan.
Menjaga disiplin semasa di dewan sekolah.
Murid dilarang membuat bising yang melampau ketika berada
di dewan sekolah.

Menjaga kebersihan dewan


Murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan di
luar dewan.Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam
dewan.

Mengendalikan peralatan dengan cermat


Murid dikehendaki mengendalikan peralatan dengan cermat
dan berhati-hati. Pelajar diingatkan supaya tidak merosakkan
sebarang harta benda di dalam dewan ini.

Menjaga keselamatan dewan


Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum
meninggalkan bilik ini. Sila pastikan semua tingkap, pintu dan
grill ditutup dan dikunci selepas menggunakannya untuk tujuan
keselamatan.Sila serahkan kunci Bilik Bahasa ke bilik Pejabat
sebaik sahaja selepas menggunakannya. Guru / pelajar tidak
dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci bilik atau pun
membuat kunci pendua (duplicate) dewan.

Tatacara Guru
menggunakan Dewan
Tempahan dewan
Guru yang berhasrat menggunakan dewan mestilah
memaklumkan dan membuat tempahan 2 hari lebih awal
dengan penyelaras dewan tersebut.

Pengisian rekod penggunaan


Guru yang menggunakan dewan mestilah mengisi buku
Rekod Penggunaan Bilik setiap kali menggunakannya.

Tanggungjawab guru terhadap murid di bawah


penyeliaannya.
Murid tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini tanpa
kebenaran dan pengawasan oleh guru. Setiap guru yang
menggunakan bilik ini adalah bertanggung jawab mengawal
murid masing-masing serta menjaga keselamatan harta benda di
dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai