Anda di halaman 1dari 5

Pengurusan Kurikulum

PENGURUSAN KURIKULUM
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan
peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. 
Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung
mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.

OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.
2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.
3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian
kualiti.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar yang
ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan.
2.  Mesyuarat:
 mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun,
 menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun,
 menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia
mata pelajaran.
3. Sukatan / Rancangan Pelajaran
 menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod
Persediaan Mengajar.
 garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan
rancangan pengajaran.
4. Jadual Waktu
 menetapkan waktu sekolah.
 menetapkan sistem jadual waktu.
 menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar untuk
penyediaan jadual waktu induk dan persendirian.
 menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya
5.  Penilaian Dan Peperiksaan
 menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:
a. jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, dan lain-lain)
b. bilangan dan takwim format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan)
c. syarat lulus
d. kumpulan sasaran jadual penentu ujian ( JPU )
e. pengawasan
f. headcount
6. Anggaran Perbelanjaan
 menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi
setiap panitia /unit.
 menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan
kemudahan prasarana.
7. Pemantauan
 menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan pengurusan
a. P & P
b. pengurusan panitia
c. peperiksaan dan penilaian
d. jadual waktu
e. pengurusan kewangan
f. bilik-bilik khas
 menetapkan jawatankuasa pemantauan
 menetapkan jadual waktu pemantauan

3.1 DASAR KUALITI

Pengurusan Kurikulum yang berkualiti  merangkumi pengurusan panitia yang kemas 

dan  P&P yang berkesan berpusatkan pelajar serta pentaksiran yang sistematik dan

berkualiti.

Sasaran pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam adalah seperti berikut:

 Penilaian Menengah Rendah (PMR) - Pencapaian gred A dalam semua mata


pelajaran
 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Pencapaian 100% lulus dalam semua mata
pelajaran dengan memberi keutamaan kepada pencapaian gred A+, A, dan A-
 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) - Pencapaian 100% lulus dalam semua
mata pelajaran.

3.2  MATLAMAT

3.2.1  Meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa dengan

          penentuan tindakan susulan yang sesuai.

3.2.2  Memastikan kesesuaian  isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan kepada

          pelajar  selaras dengan penetapan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan   

          Malaysia.

3.2.3  Mengkaji dan menilai kesesuaian  buku dan bahan rujukan tambahan bagi          

          kegunaan pelajar.

3.3.4  Melahirkan  pelajar yang berilmu pengetahuan bagi memenuhi konsep 

           k- ekonomi, k-pekerja, dan k-masyarakat selaras dengan perkembangan dan


           ledakan maklumat semasa.

3.3.5   Melahirkan pelajar cemerlang yang layak melanjutkan pelajaran ke luar negara

           dan IPTA/IPTS terbaik di dalam negara.

3.3 STRATEGI

3.3.1  Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian yang mantap

3.3.2  Penyeliaan proses pengajaran-pembelajaran (P&P) yang terancang.

3.3.3  Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum (4 kali setahun)

3.3.4  Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran (sekurang-kurang 8 kali setahun formal atau

          tidak formal.

3.3.5  Bengkel Kemahiran Belajar dan Peta Minda.

3.3.6  Ceramah Motivasi

3.3.7  Kelas-kelas Bimbingan dan Tutorial

3.3.8  Klinik mata pelajaran

3.3.9  Program Khas Kecemerlangan PMR/SPM/STPM

   3.3.9.1  Program KEPONG

   3.3.9.2  Program SEDAR

   3.3.9.3  Program FAJAR

   3.3.9.4  Program Q (Tingkatan 1, 2 dan 4)

 3.3.10  Akujanji Pelajar-Ibubapa, Pelajar-Guru Mata Pelajaran

 3.3.11  Pengurusan bilik darjah yang berkesan.

 3.3.12  Pemeriksaan Buku Latihan / Nota Pelajar secara berkala

 3.3.13  Program Guru Muda

 3.3.14  Program Perkongsian Pintar


 3.3.15  Program PPK (Pelajar Perhatian Khas) Perjumpaan antara Pengetua,

  Penolong Kanan dan Kaunselor.

 3.3.16  Program  Waris Dedikasi Puteri Bestari

 3.3.17  Penganugerahan Cemerlang Akademik

 3.3.18  Pentaksiran/ Penilaian Bulanan/  Penggal/ Percubaan

 3.3.19  Menggunakan kepakaran Guru Cemerlang untuk meningkatkan kecemerlangan

             pelajar.

 3.3.20  Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)

 3.3.21  Majlis Barakah PMR/ SPM/ STPM

 3.3.22  Majlis Restu Ilmu dan Bacaan Yasin PMR/ SPM/ STPM

       3.3.23  Penyelidikan Guru dan Pelajar STPM

 3.3.24  Kolokium – Bimbingan Eksklusif Pelajar Tingkatan 6

Anda mungkin juga menyukai