Anda di halaman 1dari 100

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019

KERTAS 2 RUMUSAN

SET 1 (JOHOR 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan
memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aura boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat dilihat oleh
mata kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Aura
seseorang itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Remaja yang
beraura positif sememangnya senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya
akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya.
Persekitaran keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina
aura positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat membentuk
sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan sebagai suatu
musibah yang besar. Pada masa yang sama, ibu bapa yang mengekalkan aura positif akan
sentiasa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga mampu menjadikan anak-
anak berfikiran matang khususnya dalam membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian
identiti dan tujuan hidup. Selain itu, pendekatan psikologi perlu digunakan dalam mendidik anak-
anak agar anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
Secara umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah
menjadi marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke dalam tubuh
remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif berupaya mengawal keadaan emosi,
mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat
positif tetapi perasaan negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura
negatif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat
mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan pengaruh oleh elemen dari
luar atau dalaman seseorang itu sendiri turut menyumbang kepada perubahan tersebut.
Remaja sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi seperti
media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai untuk ditonton
oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang. Tidak mustahil juga aksi
dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media itu akan ditiru oleh remaja yang akan
mengurangkan lagi aura positif anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti
yang boleh menyuburkan minda mereka dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anak-
anak lebih bijak memilih bahan media yang betul. Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif
memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.

Dipetik dan diubah suai daripada


“ Persekitaran membentuk aura positif remaja”
Oleh Noraziah Mohd Amin
Dewan Bahasa, Julai 2017

MUKA SURAT 1 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/faedah- 2
faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dalam kalangan anak-anak/
remaja/ seseorang.
P2 Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/faedah- 2
faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dan perkara-perkara yang
boleh menukarkan aura positif kepada aura negatif dalam diri seseorang.
P3 Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ 2
faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dan cara-cara
membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
P4 Petikan/Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat- 1
manfaat/faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif.
P5 Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif/ 0
Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif.

ISI TERSURAT (kelebihan-kelebihan memiliki aura positif)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 senang didekati. 2
S2 membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa. 2
S3 tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. 2
S4 menjadikan anak-anak berfikiran matang. 2
S5 anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya. 2
S6 mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam 2
dirinya.
S7 anak lebih bijak memilih bahan media yang betul. 2
S8 memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya. 2

ISI TERSIRAT (cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 mengikuti aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan/majlis ilmu. 2
T2 mendampingi golongan berilmu/peribadi positif. 2
T3 meminta nasihat daripada orang berpengalaman. 2
T4 sentiasa muhasabah diri 2
T5 menjauhi pemikiran negatif 2
T6 sentiasa berdoa/solat hajat 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, remaja perlu berusaha memiliki aura positif agar 2
kehidupan remaja lebih berkualiti/ dihormati.
K2 Kesimpulannya, remaja hendaklah memiliki aura positif. 1

MUKA SURAT 2 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyuburkan minda.


[2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa keadaan yang boleh menukarkan aura positif kepada
aura negatif dalam diri seseorang.
Nyatakan keadaan-keadaan tersebut.
[3 markah]
(iii) Segelintir remaja sering berdepan dengan masalah tekanan perasaan dalam kehidupan
mereka.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca remaja menghadapi masalah tersebut?
[4 markah]

MUKA SURAT 3 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menyuburkan minda :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Mengembangkan/memupuk/menyemai/ 2
akal/pemikiran.
(ii) Mengembangkan/memupuk/menyemai minda. 1
(iii) Menyuburkan akal/pemikiran. 1

SOALAN (ii) Keadaan-keadaan :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Perasaan negatif dalam diri seseorang. 1
2 Keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan. 1
3 Pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri. 1

SOALAN (iii) Punca-punca


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Pengaruh media massa. 1
2 masalah hubungan dalam keluarga. 1
3 Bebanan pelajaran/tanggungjawab terhadap pekerjaan. 1
4 harapan ibu bapa yang terlalu tinggi. 1
5 kurang pengamalan/ mengamalkan ajaran agama. 1
6 inginkan perhatian/dikenali ramai/ disanjungi. 1
7 sikap negatif dalam diri. 1

MUKA SURAT 4 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 2 (SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga
kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan
merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah
yang boleh diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah
kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan
mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita
hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah
yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali
setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal
seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak
diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek
pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan
pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut
piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang
baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang
diperlukan.

Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat
berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan
cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman.
Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan
senaman yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk
mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang
tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai
masanya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat
selain mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke
sehari.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Nilai Kesihatan’
oleh Nur Amira Talib,
Dewan Siswa, November 2016)

MUKA SURAT 5 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / kaedah- 2
kaedah / pendekatan menjaga kesihatan diri di Malaysia / di negara
kita.
P2 Rumusan ini membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / 2
kaedah-kaedah / pendekatan menjaga kesihatan diri dan cabaran
untuk melaksanakannya.

ISI TERSURAT (Cara-cara menjaga kesihatan diri)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. 2
S2 mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan. 2
S3 pemeriksaan kesihatan berjadual sekurang-kurangnya tiga kali 2
setahun.
S4 mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. 2
S5 melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu. 2
S6 amalan meminum air kosong. 2
S7 mengamalkan senaman yang konsisten. 2
S8 rehat dan tidur yang secukupnya. 2

ISI TERSIRAT (Cabaran untuk melaksanakannya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 banyak makanan tidak berkhasiat di pasaran. 2
T2 sibuk dengan tugas harian. 2
T3 kurang pengetahuan tentang cara penjagaan kesihatan diri. 2
T4 nafsu makan yang tidak terkawal. 2
T5 kurang prasarana / kemudahan melakukan aktiviti senaman / riadah. 2
T6 kurang mendapat galakan daripada keluarga / pihak 2
bertanggungjawab.
T7 iklan / promosi / jualan murah. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, setiap individu perlu menjaga kesihatan diri agar 2
dapat melahirkan masyarakat yang sihat.
K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menyedari kepentingan 2
menjaga kesihatan diri agar terhindar daripada penyakit.

MUKA SURAT 6 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tindakan awal.


[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan menjaga kesihatan diri. Apakah
kepentingan-kepentingan tersebut?
[3 markah]

(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
menjaga kesihatan diri. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk
menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid.
[4 markah]

MUKA SURAT 7 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata tindakan awal :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) langkah / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan 2
(ii) tindakan / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan 1
(iii) Langkah / awal 1

SOALAN (ii) Kepentingan-kepentingan :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 menjamin keceriaan hidup individu. 1
2 menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. 1
3 tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari. 1

SOALAN (iii) Peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan
menjaga kesihatan dalam kalangan murid :
ISI JAWAPAN MARKAH
1 kempen / ceramah / pameran kesedaran menjaga kesihatan. 1
2 mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan / Sains. 1
3 aktiviti unit beruniform. 1
4 Program 1Murid 1Sukan. 1
5 pemeriksaan kesihatan di sekolah secara percuma. 1
6 jadual aktiviti riadah dan sukan 1
7 lawatan ke hospital. 1

MUKA SURAT 8 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 3 (KELANTAN 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memulihara
alam sekitar dan kepentingan penjagaannya kepada manusia. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan manusia
kerana kita banyak bergantung pada sumber semula jadi. Namun begitu, alam sekitar kini semakin tercemar
kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran, termasuklah pembuangan
sampah di sungai, penggunaan baja kimia dan pembuangan sisa toksik.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan. Ekosistem dan
ekologi alam semula jadi akan terganggu apabila berlaku kepupusan flora atau fauna. Cuaca juga akan
menjadi panas dan kering jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang. Habitat semula jadi turut
musnah jika pembakaran hutan dilakukan secara terbuka. Pelbagai jenis haiwan bergerak ke kawasan
baharu untuk mencari tempat perlindungan. Akhirnya fenomena ini mengakibatkan kepupusan haiwan dan
tumbuh tumbuhan.
Permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan perlu
ditangani secara bersama. Setiap lapisan masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang
mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah demi memulihara alam sekitar dan sumber yang
semakin berkurang. Hutan yang menjadi sumber ekonomi negara juga perlu dipulihara dan diurus dengan
baik untuk memastikan kelangsungan peranan serta sumbangannya kepada kesejahteraan manusia sejagat.
Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku ada kaitan dengan kegiatan pembalakan dan
kemusnahan hutan. Oleh itu, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan
pembalakan haram untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.
Pencemaran sungai terus berlaku di mana-mana sahaja sehingga menimbulkan pelbagai masalah.
Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menyelamatkan sungai di negara kita, termasuk mengadakan
Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara. Dengan berbuat demikian, orang ramai sentiasa
diingatkan tentang pentingnya menjaga sungai. Skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu
diperluas dalam usaha mendidik generasi muda agar menyedari kepentingan sungai.
Kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal yang diurus dan diklasifikasikan sebagai
hutan perlindungan, hutan berhasil, hutan lipur dan hutan penyelidikan dan pembelajaran. Kawasan hutan ini
bukan sahaja menjadi habitat kepada haiwan, malah berperanan sebagai muzium hidup yang memaparkan
kehidupan alam semula jadi yang perlu dipelihara.
Dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan kerajaan sahaja yang harus dipertanggungjawabkan,
tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara akur. Kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat
sekolah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam. Pelaksanaannya memerlukan kerjasama setiap
individu dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). UMW Toyota telah menyumbangkan
sebanyak RM6 juta bagi mendedahkan golongan pelajar sekolah terhadap kepentingan memelihara alam
sekitar dan menghijaukan bumi.
Secara tuntasnya, alam sekitar yang sihat penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Semua
pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar demi
kehidupan yang berkualiti pada masa depan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memelihara Alam Sekitar’
oleh Samat Buang,
Dewan Siswa, Disember 2016

MUKA SURAT 9 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah / strategi- 2
strategi memulihara alam sekitar di negara kita.
P2 Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah I. strategi- 2
strategi memulihara alam sekitar dan kesan-kesan negatif penebangan hutan
yang dilakukan secara tidak terancang.
P3 Rumusan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaeNah-kaedah / strategi- 2
strategi memulihara alam sekitar dan kepentingan penjagaannya kepada
manusia.
P4 Petikan / Rumusan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah 1
kaedah / strategi-strategi memulihara alam sekitar.
P5 Petikan membincangkan langkah-langkah memulihara alam sekitar. / Rumusan 0
membincangkan langkah-langkah memulihara alam sekitar.

ISI TERSURAT (Langkah- langkah memulihara alam sekitar)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang 2
mengutamakan penggunaan sumber
S2 hutan perlu dipulihara dan diurus dengan baik 2
S3 kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan 2
kegiatan pembalakan haram
S4 mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara 2
S5 skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu diperluas 2
S6 kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal 2
S7 kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat sekolah, institusi pengajian 2
tinggi dan masyarakat awam
S8 kerjasama setiap individu dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan 2
(NGO)

ISI TERSIRAT (Kepentingan penjagaannya kepada manusia)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 dapat membekalkan oksigen yang mencukupi 2

T2 dapat menghirup udara yang segar / nyaman 2


T3 menjadi tempat rekreasi / riadah 2
T4 dapat membekalkan sumber air yang bersih / selamat 2
T5 menjadi punca pendapatan 2
T6 menjadi kawasan yang selamat untuk didiami 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memulihara alam sekitar agar 2
khazanah alam dapat dilestarikan.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memulihara alam sekitar. 1
K3 Kesimpulannya, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan manusia. 0

MUKA SURAT 10 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memastikan kelangsungan.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan bahawa penebangan hutan yang dilakukan secara tidak
terancang akan menimbulkan pelbagai kesan negatif.
Kemukakan kesan-kesan tersebut.
[3 markah]

(iii) Tanggungjawab memelihara alam sekitar perlu dipupuk sejak kecil agar masyarakat
sentiasa menjaga dan menghargainya.
Huraikan peranan pihak sekolah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan
memulihara alam sekitar.
[4 markah]

MUKA SURAT 11 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Menentukan / menetapkan / berterusan . berlanjutan , 2
berkesinambungan
(ii) Memastikan / berterusan / berlanjutan / berkesinambungan 1
(iii) Menentukan / menetapkan / kelangsungan 1

SOALAN (ii) Kesan – kesan :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Cuaca juga akan menjadi panas dan kering 1
2 Habitat semula jadi turut musnah 1
3 Kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan 1
4 Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku 1

SOALAN (iii) Peranan pihak sekolah


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Memperkasa aktiviti kelab / persatuan agar mereka mendapat 1+1
pendedahan yang menyeronokkan tentang alam sekitar
2 Mengadakan gotong- royong membersihkan kawasan agar 1+1
persekitaran terus terjaga
3 Menerapkan dalam mata pelajaran agar mereka lebih memahami 1+1
tanggungjawab menaga alam sekitar
4 Mengadakan kempen berkaitan alam sekitar yang melibatkan semua 1+1
murid untuk menjayakannya

MUKA SURAT 12 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 4 (MELAKA 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian, buat satu rumusan tentang masalah-masalah yang melanda
bidang sukan dan usaha-usaha dalam meningkatkan mutu sukan negara. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pencapaian cemerlang beberapa orang atlet negara di arena antarabangsa baru-baru ini cukup
menggembirakan seluruh peminat sukan tanah air. Pada masa yang sama, kita turut diceriakan dengan kejayaan
hebat atlet paralimpik di peringkat antarabangsa. Muhammad Ziyad Zolkefli meneruskan kecemerlangan dengan
memecah satu lagi rekod dunia acara lontar peluru lelaki F20 pada kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2017 di
London, baru-baru ini. Seorang lagi atlet paralimpik, Abdul Latif Romly turut cemerlang dengan meraih emas dan
memperbaik rekod lompat jauh yang diciptanya sendiri pada tahun 2015.
Kejayaan mereka membuktikan bahawa atlet Malaysia juga mampu pergi jauh dan mencipta
kegemilangan di peringkat antarabangsa. Namun kita sering kali masih berhadapan dengan masalah ketandusan
atlet terutamanya barisan pelapis untuk beberapa jenis sukan. Misalnya, kita belum pasti dan jelas siapa
pengganti jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan juga jaguh skuasy dunia, iaitu Datuk
Nicol Ann David. Jika keadaan seperti ini masih berterusan kita akan menghadapi masalah yang sama selepas
Jun Hoong, Pandelela Rinong, Khairul Hafiz, Ziyad dan juga Abdul Latiff. Masalahnya, pengurusan bakat sukan di
negara ini tidak konsisten dalam melahirkan atlet sukan yang hebat di peringkat antarabangsa. Misalnya, apabila
seseorang muncul secara tiba-tiba kita hanya fokus kepada seseorang atlet tanpa mempedulikan pelan
penggantian kepada atlet tersebut. Selain itu, negara juga berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan
sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Hal ini menyebabkan para atlet tidak
mendapat latihan yang sewajarnya untuk menghadapi kejohanan pada peringkat antarabangsa.
Salah satu masalah yang terlalu lama berlaku tanpa sebarang penyelesaian ialah tampuk
kepemimpinan persatuan sukan yang sering bertukar ganti. Malah tidak kurang hebatnya individu yang terpilih
untuk mengetuai sesebuah persatuan sukan namun hakikatnya keadaan yang sama terus berlaku. Masing-
masing masih gagal untuk melahirkan barisan atlet bertaraf antarabangsa secara konsisten. Hakikatnya negara
ini tidak pernah ketandusan bakat baharu. Baik dalam sukan olahraga, badminton mahupun bola sepak misalnya
banyak atlet yang berbakat, namun ke manakah hala tuju atlet muda dan baharu ini? Siapakah yang menjaga,
menguruskan mereka dan memastikan kumpulan pelapis ini diasah serta dipersiapkan untuk mengambil alih
daripada atlet utama apabila tiba masanya? Malang sekali apabila wujudnya pelbagai kerenah birokrasi sehingga
menghancurkan masa depan atlet muda berbakat dengan begitu sahaja. Hal inilah yang menjadi masalah dan
dilema sukan negara. Semua persatuan sukan di negara ini seharusnya membuat anjakan paradigma.
Hentikanlah daripada terus bersandiwara dan bersembunyi di sebalik bayangan kejayaan seorang dua atlet tetapi
lupa akan hakikat bahawa mereka tidak ada pengganti apabila bersara kelak.
Setiap persatuan sukan dan kepemimpinan persatuan perlu ada misi, visi dan hala tuju yang jelas
dalam melahirkan bakat baharu secara berterusan. Pihak yang bertanggungjawab tidak boleh sekadar mahu
menjawat jawatan untuk pelbagai kepentingan peribadi tetapi culas dalam melaksanakan tanggungjawab hakiki
yang telah diamanahkan . Malah, banyak pihak yang hanya menabur pelbagai janji sebelum dipilih tetapi setelah
mendapat jawatan tidak mampu menunaikan janji-janji tersebut. Untuk itu, kita berharap agar pihak Kementerian
Belia dan Sukan dapat memainkan peranan yang sewajarnya dengan memantau secara rapi pencapaian setiap
persatuan dalam mencapai pelan pembangunan bakat baharu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kemerosotan
dan kekurangan pemain berkaliber adalah berpunca daripada pengurusan yang lemah.

(Dipetik dan diubah suai daripada


“Konsisten Lahirkan Atlet Kelas Dunia oleh
Noor Muhammad Shakil Hameed, Julai 2017)

MUKA SURAT 13 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kesukaran-kesukaran / kesulitan-kesulitan yang 2
melanda bidang sukan di negara kita
P2 Rumusan membincangkan kesukaran-kesukaran / kesulitan-kesulitan yang 2
melanda bidang sukan dan usaha-usaha dalam meningkatkan mutu sukan
negara.
P3 Petikan / Rumusan membincangkan kesukaran-kesukaran / kesulitan- kesulitan 1
yang melanda bidang sukan.

ISI TERSURAT (masalah- masalah yang melanda bidang sukan)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 ketandusan atlet terutamanya barisan pelapis untuk beberapa jenis sukan 2
S2 tidak konsisten dalam melahirkan atlet sukan yang hebat di peringkat 2
antarabangsa
S3 hanya fokus kepada seseorang atlet tanpa mempedulikan pelan penggantian 2
kepada atlet tersebut
S4 negara juga berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan sukan 2
berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya
S5 tampuk kepemimpinan persatuan sukan yang sering bertukar ganti 2
S6 wujudnya pelbagai kerenah birokrasi sehingga menghancurkan masa depan atlet 2
muda berbakat
S7 sekadar mahu menjawatjawatan untuk pelbagai kepentingan peribadi tetapi culas 2
dalam melaksanakan tanggungjawab hakiki yang telah diamanahkan
S8 kemerosotan dan kekurangan pemain berkaliber adalah berpunca daripada 2
pengurusan yang lemah

ISI TERSIRAT (usaha-usaha dalam meningkatkan mutu sukan negara)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Melantik jurulatih yang bertauliah untuk mengajar pelajar-pelajar di sekolah 2
T2 Menambah bilangan kompleks sukan yang mempunyai pelbagai kelengkapan 2
sukan yang moden dan canggih.
T3 Menganjurkan lebih banyak perlawanan persahabatan dengan negara luar 2
T4 Memberikan insentif kepada ahli sukan yang berjaya memenangi sebarang 2
pingat dalam kejohanan sukan di dalam dan luar negara.
T5 Menyemak dan menilai semula pelan pembangunan bakat baharu yang sedia 2
ada
T6 Perlu ada misi, visi dan hala tuju yang jelas dalam melahirkan bakat baharu 2
secara berterusan

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam meningkatkan mutu 2
sukan negara agar dapat memantapkan kualiti sukan negara
K2 Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam meningkatkan mutu 1
sukan negara.

MUKA SURAT 14 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kerenah birokrasi.


[2 markah]

(ii) Penulis ada menyentuh tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak kepimpinan
persatuan sukan negara.
Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[3 markah]

(iii) Penyertaan murid dalam bidang sukan masih berada pada tahap minimum.
Huraikan pendapat anda tentang peranan pihak sekolah dalam menarik minat murid
menyertai aktiviti sukan.
[4 markah]

MUKA SURAT 15 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata kerenah birokrasi :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Ragam pemerintahan / pentadbiran 2

SOALAN (ii) Masalah- masalah :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 persatuan ini turut diterajui oleh individu yang terpilih dan hebat, tetapi 1
tidak mampu menyelesaikan masalah
2 Persatuan ini gagal melahirkan atlet bertaraf antarabangsa secara 1
konsisten
3 Pihak pengurusan gagal menunaikan janji setelah menjawat jawatan 1
dalam persatuan tersebut

SOALAN (iii) Pendapat


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Melatih jurulatih professional dalam sukan tertentu 1
2 Mempelbagaikan anugerah sukan di sekolah 1
3 Memperbanyakkan pertandingan sukan di peringkat sekolah 1

MUKA SURAT 16 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 5 (MRSM 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang
perubatan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang lembut
ataupun keras dan mengandungi air yang banyak. Dahulu, pokok herba ini biasanya digunakan
oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan makanan tambahan
untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering digunakan dalam masakan bagi
menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan herba yang biasa digunakan dalam masakan seperti
lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang menakjubkan.
Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, lalu mereka memilih untuk
menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif menjalankan penyelidikan mengenai
tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan
penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini. Kempen ini
boleh dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media massa agar masyarakat dapat
menyedari kepentingan industri tumbuhan herba.
Bagi menyokong usaha kerajaan ini, agensi berkaitan pertanian telah mewujudkan
taman-taman herba. Kewujudan taman-taman ini akan menarik minat pekerja di agensi tersebut
dan juga pengunjung untuk mendalami ilmu berkaitan tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra
Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian yang menempatkan lebih 500
spesies tumbuhan herba yang berfungsi sebagai ubat-ubatan. Usaha yang digerakkan oleh Institut
Biosains UPM ini telah berjaya menarik minat para penyelidik tempatan dan luar negara untuk
menjalankan kajian perubatan bagi mengatasi pelbagai penyakit. Dalam pada itu, UPM dan Majlis
Kanser Nasional (MAKNA) telah bekerjasama menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal
untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.
Di samping itu, UPM turut menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat ubatan
bagi mendedahkan masyarakat kepada kegunaan tumbuhan herba, kaedah penanaman dan
penjagaannya. Dalam usaha merancakkan penanaman pokok herba ini, semua kerajaan tempatan
disarankan membuat Landskap tanaman herba di kawasan majlis perbandaran masing-masing di
samping menanam pokok-pokok hiasan. Orang ramai juga digalakkan menanam tumbuhan herba
di pekarangan rumah mereka sebagai penghias halaman rumah. Bagi menggalakkan orang ramai
menanam tanaman herba ini, Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan penanaman herba
secara praktikal seperti proses-proses penanaman, penjagaan dan fungsi tumbuhan herba dalam
menyembuhkan penyakit. Usaha-usaha yang giat dijalankan ini mampu menyerlahkan potensi
industri tumbuhan herba agar masyarakat mendapat manfaat daripadanya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Keajaiban Tumbuhan Herba’
oleh Nazrul Azim Sharuddin,
Utusan Malaysia, 10 Julai 2017,

MUKA SURAT 17 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan langka langkah / cara-cara / inisiatif-inisiatif/ kaedah-kaedah / 2
tindakan-tindakan menggalakkan industri tumbuhan herba di negara kita / di Malaysia /
dalam kalangan masyarakat.
P2 Petikan membincangkan langkah-langkah / cara-cara / inisiatif-inisiatif kaedah-kaedah/ 2
tindakan-tindakan menggalakkan industri tumbuhan herba dan kegunaan tumbuhan
herba dalam kalangan masyarakat dahulu.
P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah / cara-cara / inisiatif-inisiatif / kaedah- 2
kaedah / tindakan-tindakan menggalakkan industri tumbuhan herba dan kebaikan
tumbuhan herba dalam bidang perubatan.
P4 Petikan membincangkan langkah-langkah / cara-cara / inisiatif-inisiatif / kaedah-kaedah/ 1
tindakan-tindakan menggalakkan industri tumbuhan herba.
P5 Petikan / Rumusan membincangkan usaha-usaha menggalakkan industri tumbuhan 0
herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.
P6 Petikan /Rumusan membincangkan usaha-usaha menggalakkan industri tumbuhan 0
herba.

ISI TERSURAT (Usaha-usaha menggalakkan industri tumbuhan herba)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif menjalankan 2
penyelidikan mengenai tumbuhan herba.
S2 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani / Kementerian ini juga mengadakan 2
kempen secara besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba.
S3 Agensi berkaitan pertanian telah mewujudkan taman-taman herba. 2
S4 Universiti Putra Malaysia telah menubuhkan Taman Konservatori Pertanian. 2
S5 UPM dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah bekerjasama menjalankan 2
penyelidikan makmal secara klinikal.
S6 UPM telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan Ubat-ubatan. 2
S7 Semua kerajaan tempatan disarankan membuat landskap tanaman herba di kawasan 2
majlis perbandaran masing-masing.
S8 Orang ramai juga digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah mereka. 2
S9 Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan penanaman herba secara praktikal. 2

ISI TERSIRAT (Kebaikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Tumbuhan herba kurang kesan sampingan. 2
T2 Tumbuhan herba lebih murah /kos murah. 2
T3 Tumbuhan herba mudah didapati. 2
T4 Tumbuhan herba bebas daripada bahan kimia. 2
T5 Tumbuhan herba sebagai perubatan alternatif. 2
T6 Mempercepat kesan penyembuhan. 2
T7 Menjadi makanan gantian kepada pesakit tertentu. 2
T8 Meningkatkan daya tahan badan / tahap imunisasi. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memajukan industri tumbuhan 2
herba agar industri ini boleh berkembang maju di peringkat yang lebih tinggi.
K2 Kesimpulannya, kita hendaklah memajukan industri tumbuhan herba. 1

MUKA SURAT 18 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyerlahkan potensi.


[2 markah]

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa kegunaan tumbuhan herba dalam kalangan
masyarakat dahulu. Nyatakan kegunaan-kegunaan tersebut.
[3 markah]

(iii) Penggunaan herba dalam perubatan tradisional kurang mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat pada hari ini.
Pada pendapat anda, mengapakah hal ini berlaku?
[4 markah]

MUKA SURAT 19 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata merealisasikan potensi :
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Memperlihatkan / menampakkan / menonjolkan kebolehan / keupayaan / 2
kemampuan
(ii) Menyerlahkan kebolehan / keupayaan / kemampuan 1
(iii) Memperlihatkan / menampakkan / menonjolkan potensi 1

SOALAN (ii) Kegunaan– kegunaan tumbuhan herba :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Sebagai bahan ubat – ubatan untuk merawat penyakit. 1
2 Makanan tambahan untuk menguatkan tenaga. 1
3 Digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan. 1

SOALAN (iii) Penggunaan herba dalam perubatan tradisional kurang mendapat sambutan
dalam kalangan masyarakat pada hari ini kerana
ISI JAWAPAN MARKAH
1 kurang maklumat sehingga orang ramai tidak mengetahui kemampuan 1
perubatan tradisional dalam merawat sesuatu penyakit.
2 masyarakat kurang yakin akan perubatan tradisional untuk 1
merawat penyakit kerana kaedah perubatan ini dianggap ketinggalan
zaman/ konservatif.
3 premis/ pusat rawatan yang kurang selesa menyebabkan orang 1
ramai kurang berminat untuk mendapatkan rawatan perubatan
tradisional.
4 perkhidmatan perubatan tradisional banyak terdapat di kawasan 1
luar bandar dan jauh sehingga menyukarkan orang ramai untuk pergi
ke tempat itu.
5 layanan para pengamal perubatan tradisional yang kurang cekap 1
atau mesra menyebabkan orang ramai tidak tertarik dengan perubatan
ini.
6 sebahagian perubatan tradisional bercampur dengan unsur- 1
unsur khurafat/ bertentangan agama sehingga masyarakat menjauhi
kaedah perubatan ini.
7 kaedah penyediaan/ rawatan kurang bersih menyebabkan 1
pesakit kurang yakin dengan perubatan ini.
8 terdapat unsur penipuan dalam kaedah perubatan 1
tradisional menyebabkan masyarakat takut untuk menjalani kaedah
perubatan tradisional.
9 Pengusaha produk tiada kelayakan khusus / tidak diiktiraf / 1
tidak mendapat khidmat nasihat daripada pakar perubatan.

MUKA SURAT 20 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 6 (MPSM NEGERI SEMBILAN 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak gejala rasuah
dan punca seseorang terlibat dalam rasuah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Rasuah merupakan penyakit sosial yang banyak memberi kesan buruk bukan sahaja
terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pihak berkuasa, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendidik
masyarakat tentang bahaya rasuah. Tangkapan demi tangkapan membabitkan penjawat awam
telah dilakukan oleh SPRM. Ternyata operasi besar-besaran hasil daripada komitmen dan iltizam
pihak SPRM untuk membersihkan rasuah dalam kalangan penjawat awam mula menampakkan
hasil yang jelas. Hampir setiap minggu pasti ada pendakwaan yang dilakukan oleh SPRM
terhadap penjawat awam yang terlibat dalam rasuah.
Gejala rasuah yang tidak dibendung akan menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi
tidak harmoni. Sebagai contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang
mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Gejala rasuah
yang berlaku juga akan mengganggu-gugat perkembangan ekonomi negara. Hal ini disebabkan
oleh pelabur asing takut untuk datang melabur di negara ini kerana terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang banyak untuk memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan permohonan
perniagaan. Selain itu, perbuatan rasuah dalam pemberian tender kerajaan boleh menyebabkan
kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan.
Rasuah menyebabkan harga barang menjadi lebih mahal kerana peniaga terpaksa
menaikkan harga jualan atau perkhidmatan untuk menampung wang rasuah yang terpaksa
dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya, imej negara pasti akan tercemar jika
amalan rasuah terus berleluasa di negara kita. Impaknya, rakyat negara luar pula akan
beranggapan bahawa rakyat Malaysia kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Kegiatan rasuah juga akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi kerana
tadbir urus meminggirkan integriti.
Selain itu, kerajaan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka kerajaan
kehilangan hasil kerana wang yang sepatutnya menjadi pendapatan negara jatuh ke tangan pihak
yang tidak bertanggungjawab. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah
pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Oleh sebab gejala rasuah memberi impak yang
besar kepada individu, masyarakat, dan negara, kini SPRM lebih giat memberkas mereka yang
terlibat dalam gejala rasuah tanpa memilih bulu. Mereka akan diburu hingga ke lubang cacing.
Semua individu terbabit akan dibawa ke muka pengadilan untuk menjadi pengajaran kepada
masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pulihkan Integriti Penjawat Awam’
oleh Noor Mohamad Shakil Hameed,
Berita Harian, 17 Januari 2017

MUKA SURAT 21 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kesan / akibat rasuah di negara ini / di 2
Malaysia.
P2 Petikan membincangkan kesan / akibat rasuah di negara ini / di 2
Malaysia dan tindakan-tindakan untuk mengurangkan perbuatan
menerima rasuah.
P3 Rumusan membincangkan kesan / akibat rasuah dan punca 2
seseorang terlibat dalam rasuah.
P4 Petikan membincangkan kesan / akibat rasuah. 1
P5 Petikan membincangkan impak rasuah dalam kalangan masyarakat. 0

ISI TERSURAT (Impak gejala rasuah)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni 2
S2 mengganggu-gugat perkembangan ekonomi negara 2
S3 pemberian tender kerajaan boleh menyebabkan kos meningkat 2
S4 harga barang menjadi lebih mahal 2
S5 imej negara akan tercemar 2
S6 melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi 2
S7 kerajaan menjadi lemah 2
S8 pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir 2

ISI TERSIRAT (Punca seseorang terlibat dalam rasuah)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 keinginan yang melebihi kemampuan / ingin hidup mewah 2
T2 tiada jati diri apabila melihat wang yang banyak di depan mata 2
T3 kurang didikan agama dan moral 2
T4 tidak ada rasa tanggungjawab terhadap negara 2
T5 peluang yang terbuka untuk menerima rasuah 2
T6 sifat tamak dan haloba menguasai diri 2
T7 tiada integriti dalam melaksanakan tanggungjawab 2
T8 desakan hidup 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, kita perlu membanteras gejala rasuah agar negara 2
bertambah maju.
K2 Kesimpulannya, kita perlu membanteras gejala rasuah. 1

MUKA SURAT 22 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menampakkan hasil.


[2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa tindakan yang telah dan akan dilakukan untuk
mengurangkan perbuatan menerima rasuah.
Apakah tindakan-tindakan tersebut?
[3 markah]
(iii) Menjadi harapan masyarakat agar negara kita bebas daripada gejala rasuah.
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya negara kita bebas daripada
rasuah?
[4 markah]

MUKA SURAT 23 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menampakkan hasil :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) menampakkan : memperlihatkan / menimbulkan / menerbitkan / 2
dapat dilihat
hasil : penyelesaian / keputusan / kesudahan / kesan
(ii) menampakkan penyelesaian / keputusan / kesudahan / kesan 1
(iii) memperlihatkan / menimbulkan / menerbitkan / dapat dilihat hasil 1

SOALAN (ii) Tindakan- tindakan untuk mengurangkan perbuatan menerima rasuah :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 tangkapan demi tangkapan membabitkan beberapa orang penjawat 1
awam
2 hampir setiap minggu ada pendakwaan terhadap penjawat awam 1
3 SPRM lebih giat memberkas mereka yang terlibat dalam gejala rasuah 1

SOALAN (iii) Sekiranya negara kita bebas daripada rasuah


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Malaysia akan menjadi negara maju 1
2 masyarakat akan menjalani kehidupan yang lebih baik 1
3 sumber kekayaan negara dapat dimanfaatkan untuk masyarakat 1
4 Malaysia akan menerima lebih ramai pelabur dari negara luar 1
5 ekonomi negara akan berkembang pesat 1
6 Malaysia akan dipandang tinggi oleh dunia luar 1

MUKA SURAT 24 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 7 (PPD TEMERLOH, PAHANG 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan-peranan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membantu kecemerlangan sekolah dan faktor-faktor ibu bapa kurang
melibatkan diri dalam PIBG. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 130 (2) (i) memperuntukkan semua
sekolah hendaklah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sehubungan itu, PIBG telah
diwujudkan di tiap-tiap sekolah di Malaysia hasil pelaksanaan syor-syor Laporan Azizi yang diumumkan
pada tahun 1971. PIBG yang dianggotai oleh guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-
anak di sekolah berkenaan menjadi saluran terbaik untuk berbincang mengenai masalah pembelajaran
anak-anak mereka. Ini bermakna ibu bapa dan guru boleh berinteraksi, berkongsi dan bertukar pendapat
mereka. PIBG turut dijadikan sebagai medium untuk memberikan cadangan bagi meningkatkan prestasi
akademik dan kokurikulum di sekolah. Melalui PIBG sekolah boleh menyalurkan pelbagai maklumat
mengenai prestasi akademik seperti pelaksanaan pentafsiran berasaskan sekolah dan sebagainya.
PIBG juga boleh bertindak sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa bagi meleraikan
salah faham yang timbul antara kedua-dua pihak. Hal ini kerana ada segelintir ibu bapa lebih
mempercayai aduan anak-anak berbanding fakta sebenar sehingga guru sering kali disalahkan
termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin. PIBG tidak seharusnya dijadikan sebagai
platform politik untuk mengejar nama tetapi perkara yang harus diutamakan adalah untuk membantu
sekolah melahirkan generasi murid yang berkualiti dalam pelbagai aspek. Jika mampu, PIBG boleh
mengadakan jaringan pintar dengan institusi pendidikan terbaik dalam negara dan luar negara. Menerusi
jaringan pintar ini, murid-murid dapat memperkaya pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang
pendidikan dan kerjaya.
Keupayaan PIBG menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat kepada badan-badan korporat
akan memberi kelebihan kepada sekolah tersebut untuk mendapatkan sumbangan. Dalam hal ini, pihak
sekolah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberikan manfaat kepada murid-murid dan
membantu melengkapkan prasarana sekolah. Sumbangan daripada badan korporat juga dapat
digunakan untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan membeli keperluan belajar seperti
alat tulis dan buku-buku. Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu
program yang dirancang oleh pihak sekolah. Program seperti seminar dan kem motivasi dapat memberi
kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya.
Sesungguhnya, kejayaan PIBG itu terletak kepada sokongan padu daripada para ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa pada zaman sekarang seharusnya mengangkat keupayaan peranan PIBG ini tanpa
memandang remeh akan hal ini. Ibu bapa harus sedar, PIBG telah memainkan peranannya dalam
membantu pihak sekolah menangani masalah sosial murid-murid seperti penagihan dadah, masalah
merokok dan pelbagai bentuk jenayah lain. Inisiatif di peringkat nasional perlu dilaksanakan untuk
meletakkan satu penanda aras bagi mengukur pencapaian PIBG dalam membantu kemajuan sesebuah
sekolah.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Komitmen Ibu Bapa dalam membantu PIBG”
oleh Almaswa Haji Che Ros
Utusan Malaysia, 22 November 2017

MUKA SURAT 25 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan fungsi/ tanggungjawab PIBG membantu 2
kecemerlangan di sekolah.
P2 Petikan membincangkan fungsi/tanggungjawab PIBG dan manfaat daripada 2
sumbangan yang diberikan oleh badan-badan korporat melalui peranan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
P3 Rumusan membincangkan fungsi/ tanggungjawab PIBG membantu 2
kecemerlangan di sekolah dan faktor-faktor ibu bapa kurang melibatkan diri
dalam PIBG
P4 Petikan/ Rumusan membincangkan fungsi/ tanggungjawab PIBG membantu 1
kecemerlangan sekolah.
P5 Petikan/ Rumusan membincangkan peranan-peranan PIBG membantu 0
kecemerlangan sekolah dan faktor-faktor ibu bapa kurang melibatkan diri
dalam PIBG

ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 saluran terbaik untuk berbincang mengenai masalah pembelajaran anak-anak 2
S2 saluran terbaik untuk berbincang mengenai masalah pembelajaran anak-anak 2
medium ibu bapa untuk memberikan cadangan untuk meningkatkan lagi
prestasi akademik dan kokurikulum
S3 bertindak sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa bagi meleraikan 2
sebarang salah faham
S4 membantu sekolah melahirkan generasi murid yang berkualiti 2
S5 mengadakan jaringan kerjasama pintar bersama-sama institusi pendidikan 2
terbaik dalam negara dan luar negara
S6 menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat kepada badan-badan korporat 2
S7 membantu dalam menjayakan sesuatu program 2
S8 membantu pihak sekolah menangani masalah sosial murid- murid 2

ISI TERSIRAT
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Ibu bapa mementingkan kerjaya 2
T2 Kekangan masa 2
T3 Kurang keyakinan dalam organisasi (mesyuarat) 2
T4 Sikap tidak endah akan anak-anak. 2
T5 Tidak berminat untuk tahu akan perkembangan sekolah 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, PIBG perlu ditingkatkan peranannya supaya dapat 2
melahirkan hubungan yang erat antara ibu bapa dan guru.
K2 Kesimpulannya, PIBG perlu ditingkatkan peranannya kerana banyak manfaat 1
yang diperoleh.
MUKA SURAT 26 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memandang remeh.


[2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa terdapat banyak manfaat daripada
sumbangan yang diberikan oleh badan-badan korporat melalui peranan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru.
Nyatakan manfaat-manfaat tersebut.
[3 markah]

(iii) Penyertaan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) antara salah satu
aktiviti sosial untuk mengeratkan hubungan mereka dengan pihak sekolah.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti lain yang harus dilaksanakan untuk
mengeratkan hubungan ibu bapa dengan guru?
[4 markah]

MUKA SURAT 27 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata memandang remeh :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Menganggap/ melihat dengan tidak penting/tidak mustahak 2
(ii) Menganggap/ melihat dengan remeh 1
(iii) Memandang tidak penting/ tidak mustahak 1

SOALAN (ii) Manfaat- manfaat :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 pihak sekolah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberikan 1
manfaat kepada murid-murid
2 membantu melengkapkan prasarana keperluan fizikal sekolah (seperti 1
makmal komputer, kafe siber sekolah dan kemudahan sukan.)
3 membantu murid-murid yang tidak berkemampuan membeli keperluan 1
belajar seperti alat tulis dan buku-buku

SOALAN (iii) Aktiviti-aktiviti lain yang harus dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan ibu
bapa dengan guru
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Kunjungan ke rumah ibu bapa/ guru 1
2 Lawatan 1
3 Melaksanakan aktiviti sukan di sekolah 1
4 Jamuan /meraikan perayaan bersama-sama 1
5 Mengadakan hari bertemu ibu bapa 1

MUKA SURAT 28 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 8 (PERAK – SMK MANIK, TELUK INTAN 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha berjimat
untuk aktiviti melancong dan faedah-faedah melancong. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah
penat bekerja. Untuk melancong, kita perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan
belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian kita berjalan dengan lancar.
Tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika merancang untuk bercuti,
hanya guna duit tabungan yang diasingkan untuk kegunaan bercuti. Apabila hendak bercuti di luar
negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempat-
tempat menarik negara itu supaya percutian diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang
memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Jika melalui pakej pelancongan, cari pakej
pelancongan yang menawarkan harga yang murah tetapi selesa. Biasanya menjelang musim sejuk,
negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan. Seandainya hendak ke negara sejuk
pakaian yang bersesuaian perlu disediakan. Sebelum melancong dan bercuti, perlulah merancang
perbelanjaan dengan rapi dan teliti yang hendak digunakan semasa melancong. Penyediaan
anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makanan, dan
pengangkutan adalah sangat penting. Anggaran perbelanjaan ini untuk mengawal perbelanjaan
semasa bercuti, terutama jika bercuti di luar negara. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat
peranginan yang dilawati sesuai dengan kemampuan kewangan kita.
Sebelum bercuti keperluan utama perlu diadakan supaya tidak kelam kabut pada saat-saat
akhir. Pastikan visa dan pasport sudah diperoleh untuk ke luar negara. Jika perlu pemeriksaan
kesihatan diselesaikan untuk memastikan kesihatan terjamin. Industri pelancongan banyak
bergantung pada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau
asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi
mendapatkan harga yang murah. Tempahan pada saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan
terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Jika
bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka dimasukkan ke
dalam anggaran perbelanjaan. Sebaik sahaja sampai ke destinasi percutian, pastikan mendapatkan
peta tempat tersebut bagi mudah mencari tempat dan kosnya. Maklumat ini penting supaya lebih
selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Selain itu, kita
memilih jenis pengangkutan yang sesuai seperti bas atau teksi untuk pergi melawat ke tempat-tempat
menarik yang telah ditetapkan.
Pilihan pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai
selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan kos dan tidak mudah tertipu. Penggunaan
kad kredit lebih baik daripada membawa wang tunai yang banyak tetapi lebih baik elakkan
menggunakan kad kredit untuk mengelakkan daripada melebihi bajet. Kesimpulannya, perancangan
kewangan yang bijak akan menjimatkan percutian malah memberi pulangan yang bermanfaat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


‘Berjimat Semasa Melancong’
oleh Sidang Pengarang, Ringgit, Nov 2010)

MUKA SURAT 29 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / cara-cara 2
berjimat untuk aktiviti melancong dalam kalangan masyarakat.
P2 Rumusan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / cara-cara 2
berjimat untuk aktiviti melancong dan faedah-faedah melancong.
P3 Petikan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / cara-cara 2
berjimat untuk aktiviti melancong dan persediaan awal sebelum pergi
melancong.
P4 Petikan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / cara-cara 1
berjimat untuk aktiviti melancong.
P5 Rumusan membincangkan langkah-langkah / kaedah-kaedah / cara-cara 1
berjimat untuk aktiviti melancong
P6 Petikan membincangkan usaha-usaha berjimat untuk aktiviti melancong. 0

ISI TERSURAT (Usaha- usaha berjimat untuk aktiviti melancong)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Hanya guna duit tabungan yang diasingkan. 2
S2 Pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. 2
S3 Cari pakej pelancongan yang menawarkan harga yang murah. 2
S4 Merancang perbelanjaan dengan rapi dan teliti. 2
S5 Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan. 2
S6 Menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal. 2
S7 Persiapan makanan dan kelengkapan anak-anak. 2
S8 Mendapatkan peta tempat tersebut. 2
S9 Memilih jenis pengangkutan yang sesuai. 2
S10 Elakkan menggunakan kad kredit. 2

ISI TERSIRAT (Kebaikan mengatasi)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Dapat menimba ilmu tentang negara tersebut. 2
T2 Dapat mengenali budaya negara mereka. 2
T3 Dapat menambah ilmu kemahiran penulisan. 2
T4 Dapat mengetahui bahasa negara tersebut. 2
T5 Dapat mengerat hubungan kekeluargaan. 2
T6 Dapat informasi untuk digunakan dalam pembelajaran. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, usaha-usaha berjimat untuk aktiviti melancong perlu 2
diambil berat oleh masyarakat agar percutian akan lebih menyeronokkan.
K2 Kesimpulannya, masyarakat hendaklah berjimat untuk aktiviti melancong 2
agar dapat bercuti dengan gembira.
MUKA SURAT 30 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memberikan kepuasan.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa persediaan awal yang perlu dilakukan sebelum
pergi melancong sama ada di dalam negara atau ke luar negara
Nyatakan tiga persediaan awal tersebut.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat membantu menarik lebih banyak
pelancong ke negara ini?
[4 markah]

MUKA SURAT 31 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata memberikan kepuasan :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) mendatangkan / menghasilkan kenikmatan / kelegaan / kesenangan 2
(ii) mendatangkan / menghasilkan kepuasan 1
(iii) memberikan kenikmatan / kelegaan / kesenangan 1

SOALAN (ii) Persediaan awal :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 pakaian yang bersesuaian perlu disediakan 1
2 visa dan pasport sudah diperoleh 1
3 pemeriksaan kesihatan 1

SOALAN (iii) Cara-cara menarik lebih ramai pelancong ke negara ini


ISI JAWAPAN MARKAH
1 peramah dan bersopan santun kepada setiap pelancong yang datang 1
2 mengadakan promosi di sesawang Internet 1
3 pengusaha resort / hotel menyediakan tempat yang selesa kepada 1
pelancong yang datang
4 pemandu pelancong memperkenalkan makanan tempatan / tradisional 1
5 mengadakan pertunjukan budaya tradisional tempatan 1
6 peniaga menjual cenderamata dengan harga yang berpatutan 1

MUKA SURAT 32 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 9 (JPN PERAK 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
siswazah menganggur dan kesan-kesan kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan satu masalah besar, bukan
sahaja kepada masa depan siswazah itu sendiri, tetapi juga kepada keluarga dan negara. Menurut
Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran rakyat Malaysia telah meningkat daripada 2.6
peratus pada tahun 1996 kepada 3.7 peratus pada tahun 2009 dan jumlah peratusan masih
melebihi tiga peratus sehingga tahun 2018. Para siswazah menghadapi masalah untuk
mendapatkan pekerjaan kerana mereka tidak dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pihak
industri. Kajian menunjukkan bahawa pengangguran dalam kalangan siswazah adalah disebabkan
ketidaksepadanan kompetensi yang diperlukan oleh industri dengan kemahiran yang dimiliki oleh
siswazah.
Kadar pengangguran yang tinggi merupakan satu malapetaka besar, bahkan dianggap
sebagai “tragedi nasional” bagi sesebuah negara. Masalah pengangguran sudah tentu disebabkan
oleh kemahiran insaniah yang kurang dimiliki dan dipamerkan oleh para siswazah masa ini. Begitu
juga, siswazah tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi iaitu kurang 50 peratus graduan
tidak mempunyai kemahiran kritis, kebolehan menganalisis dan kemahiran menyelesaikan
masalah dengan baik.
Selain itu, pengangguran dalam kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya
siswazah sendiri tidak berusaha mencari alternatif baharu untuk membina kerjaya sendiri. Selain
itu, ada yang mengatakan bahawa siswazah terlalu memilih pekerjaan disebabkan tugas yang
ditawarkan tidak bersesuaian dengan kelulusan mereka. Mereka sanggup menganggur daripada
bekerja dengan jawatan yang dirasakan kurang setaraf, walaupun sebenarnya lebih baik daripada
menganggur. Seterusnya, ramai dalam kalangan siswazah tidak dapat menguasai bahasa Inggeris
dan bahasa lain dengan baik. Berdasarkan kaji selidik juga, siswazah memohon gaji yang tidak
realistik tanpa sebarang pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon.

Secara kesimpulannya, pelbagai cara yang diambil untuk meningkatkan peratusan


siswazah yang diambil bekerja selepas menamatkan pengajian mereka. Antara cara yang
dilaksanakan ketika ini termasuklah menganjurkan program keusahawanan sosial bersama badan
bukan kerajaan, program kesukarelawan dan kepimpinan berimpak tinggi, program
pengantarabangsaan, program penglibatan bersama komuniti dan program kesukanan dan
rekreasi.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Peluang Kerjaya Siswazah Menganggur’
oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim Dewan Siswa, Jun 2018

MUKA SURAT 33 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Rumusan ini membincangkan sebab/punca siswazah menganggur 2
dan kesan-kesan kepada negara.

ISI TERSURAT (Faktor siswazah menganggur)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Mereka / graduan tidak dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh 2
pihak industri.
S2 Ketidaksepadanan kompetensi yang diperlukan oleh industri dengan 2
kemahiran yang dimiliki oleh siswazah
S3 Kemahiran insaniah yang kurang dimiliki dan dipamerkan oleh para 2
siswazah masa ini
S4 Siswazah tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi 2
S5 Kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan 2
S6 Siswazah sendiri tidak berusaha mencari alternatif baharu untuk 2
membina kerjaya sendiri
S7 Siswazah terlalu memilih pekerjaan 2
S8 siswazah tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dan bahasa lain 2
dengan baik
S9 Siswazah memohon gaji yang tidak realistik tanpa sebarang 2
pengalaman bekerja

ISI TERSIRAT (Kesan-kesan kepada negara)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Pendapatan cukai akan berkurangan / mengurangkan pendapatan 2
T2 Kegiatan pembangunan akan menurun / melambatkan pembangunan 2
T3 Daya beli masyarakat akan berkurangan 2
T4 Kadar pelaburan akan menurun 2
T5 Pertumbuhan ekonomi menguncup 2
T6 Negara akan kekurangan hasil / mengurangkan keluaran negara 2
T7 Menambahkan kadar kemiskinan 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, graduan perlulah mengatasi masalah menganggur 2
agar kehidupan mereka lebih selesa.

MUKA SURAT 34 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kemahiran insaniah.


[2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa cara untuk
membantu siswazah mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
Nyatakan cara-cara tersebut.
[3 markah]

(iii) Kerajaan boleh memainkan peranan untuk membantu siswazah menganggur.


Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang boleh diambil oleh pihak kerajaan
untuk membantu siswazah menganggur?
[4 markah]

MUKA SURAT 35 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata kemahiran insaniah :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) kemahiran insaniah ialah kepakaran kemanusiaan 2
(ii) Kemahiran kemanusiaan 1
(iii) Kepakaran insaniah 1

SOALAN (ii) Cara-caranya ialah:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 menganjurkan program keusahawanan sosial bersama badan bukan 1
kerajaan
2 program kesukarelawan dan kepimpinan berimpak tinggi 1
3 program pengantarabangsaan 1
4 program penglibatan bersama komuniti 1
5 program kesukanan dan rekreasi 1

SOALAN (iii) Peranan kerajaan membantu siswazah


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Program Skim Latihan 1Malaysia 1
2 Bantuan modal dan dana 1
3 Bantuan kemahiran / teknikal 1
4 Khidmat nasihat / program motivasi 1

MUKA SURAT 36 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 10 (JPN PERLIS 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sungai dalam
kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermula tamadun manusia, sungai merupakan nadi
kepada kehidupan manusia sejagat. Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan Tuhan dan khazanah yang
banyak memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan. Namun demikian, perkara
yang mengecewakan ialah anugerah Allah itu tidak dijaga, malahan ada pihak yang menjadikan sungai sebagai
tempat pembuangan sampah sehingga menjejaskan kualiti air sungai. Oleh sebab itu, masyarakat hari ini perlu
menyedari bahawa sungai tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian baik dari segi sosial,
ekonomi mahupun politik.
Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan perdagangan,
sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi. Sebagai sumber air utama negara, rakyat
sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik seperti
minuman, memasak dan membasuh walaupun berlaku perubahan dari segi kemodenan serta kecanggihan
teknologi pada setiap peringkat ketamadunan. Pada era 60-an, sungai penting sebagai sumber tenaga hidro
kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah hujan
yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk menghasilkan sumber
hidroelektrik.
Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang
subur apabila berlakunya banjir. Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa bahan-bahan mendapan
yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Jika kita menoleh ke belakang, kita
akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai, justeru sungai berfungsi
sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan
jalan raya, jalan kereta api dan pengangkutan udara menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangkutan
manusia menjadi begitu dominan bak peribahasa tiada rotan akar pun berguna.
Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang membekalkan
sumber protein yang cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam. Keindahan sungai yang dilengkapi
dengan air terjun dan jeram yang berarus deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah dan
berekreasi. Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada
pelancong domestik mahupun pelancong asing. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan
pendapatan kepada manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya
dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai.
Sememangnya mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan sumber air itu bebas
daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap isu pencemaran
sungai kerana pencemaran sungai akan merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air
domestik dan industri serta kepupusan flora dan fauna di samping menggugat ekosistem dan sumber makanan.
Isu alam sekitar khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai merupakan cabaran alam sekitar yang
perlu ditangani oleh generasi kini dan akan datang. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam
sekitar memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak agar dapat dilaksanakan secara
berterusan demi kesejahteraan hidup generasi akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Melestarikan Keindahan Sungai’
oleh Samat Buang,
Dewan Siswa, Mei 2017

MUKA SURAT 37 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/manfaat sungai dalam 2
kehidupan manusia/masyarakat/rakyat.
P2 Rumusan membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/manfaat sungai dalam 2
kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai.
P3 Petikan/Rumusan membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/manfaat 1
sungai dalam kehidupan.
P4 Petikan membincangkan kepentingan sungai dalam kehidupan/Rumusan 0
membincangkan 0 kepentingan sungai dalam kehidupan

ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 pusat tumpuan perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk 2
muka bumi
S2 membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik 2
S3 sumber tenaga hidro/hidroelektrik 2
S4 menghasilkan tanah yang subur apabila berlakunya banjir 2
S5 sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia 2
S6 habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang cukup kepada 2
manusia
S7 tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing 2
S8 mewujudkan peluang pekerjaan 2
S9 menambahkan pendapatan kepada manusia 2

ISI TERSIRAT (Peranan Masyarakat)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 masyarakat tidak membuang sampah/sisa domestik ke dalam sungai 2
T2 masyarakat tidak menyalurkan sisa industri ke dalam sungai 2
T3 masyarakat menyahut seruan kerajaan memelihara keindahan sungai 2
T4 masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan kempen cintai 2
sungai
T5 masyarakat melakukan gotong-royong membersihkan sungai 2
T6 masyarakat melaporkan kejadian pencemaran sungai kepada pihak berkuasa 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara sungai 2
supaya keindahan sungai sentiasa berkekalan.
K2 Kesimpulannya, masyarakat haruslah menjaga keindahan sungai supaya 2
pencemaran alam sekitar dapat dielakkan.
K3 Kesimpulannya, sungai haruslah dipelihara agar pencemaran alam dapat 2
dielakkan.

MUKA SURAT 38 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menjejaskan kualiti.


[2 markah]

(ii) Kerajaan mengambil perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana
mendatangkan pelbagai implikasi buruk.
Apakah kesan utama pencemaran sungai di negara kita?
[3 markah]

(iii) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa inisiatif untuk
menangani masalah pencemaran sungai.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang berkesan untuk menangani
pencemaran sungai?
[4 markah]

MUKA SURAT 39 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menjejaskan kualiti :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) merosakkan/mengurangkan mutu 2
(ii) menjejaskan mutu 1
(iii) merosakkan/mengurangkan kualiti 1

SOALAN (ii) Kesan utama pencemaran sungai di negara kita :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri 1
2 kepupusan flora dan fauna 1
3 menggugat ekosistem 1
4 menggugat sumber makanan 1

SOALAN (iii) Usaha-usaha JPS yang berkesan untuk menangani pencemaran sungai
ISI JAWAPAN MARKAH
1 mengadakan kempen "Cintailah Sungai Kita” 1
2 mewajibkan pendidikan alam sekitar/pendidikan tentang kebersihan 1
sungai pada peringkat sekolah
3 menguatkuasakan undang-undang 1
4 menghijaukan kawasan berhampiran sungai 1
5 memulihara semula sungai tercemar 1
6 menjadikan sungai sebagai kawasan tarikan pelancong 1

MUKA SURAT 40 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 11 (JPN PULAU PINANG 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri anak autisme
dan usaha ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan


kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap
tahun. Autisme ialah sejenis penyakit gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang kanak-
kanak yang mengganggu perkembangan otak dalam jangka masa panjang yang memberikan
kesan dalam pemikirannya. Kadar autisme dalam kalangan kanak-kanak adalah satu atau dua
orang dalam 1000 dan empat kali ganda lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki.
Tanda awal autisme ialah pada usia enam bulan, bayi tersebut tidak mengukir senyuman dan tidak
menunjukkan ekspresi gembira.
Oleh itu, ibu bapa perlu cakna jika mendapati bayi tidak mempunyai hubungan mata
atau hubungan mata yang terhad apabila berlakunya proses interaksi. Walaupun tiada ubat untuk
menyembuhkan anak autisme ini, mereka masih perlu dirawat dengan memfokuskan gejala yang
berkaitan. Tanda lain autisme yang boleh dikenal pasti termasuklah perkembangan pertuturan
yang lambat. Jika didapati anak telah berusia empat tahun tetapi tidak langsung boleh bertutur,
segeralah bertemu doktor. Selain itu, anak istimewa ini juga cepat marah dengan perubahan kecil
dalam rutin atau persekitarannya. Sebagai ibu bapa, janganlah hanya tahu menghukum tetapi
carilah pendekatan yang terbaik.
Penghidap autisme tidak menghiraukan keadaan sekeliling malah tidak merasai
kewujudan orang lain. Sebagai contoh, anak tersebut boleh duduk sendirian di suatu sudut dan
kelihatan bahagia dengan kehidupannya sendiri. Sesetengah daripada mereka boleh mengamuk
dan tidak boleh mengawal tekanan apabila sesuatu keinginannya tidak dipenuhi. Jadi, mereka
perlu diberikan ruang untuk meredakan amuk tersebut kerana jika tidak ditangani dengan
profesional boleh mengundang mudarat. Sesetengah daripada mereka mempunyai tindak balas
luar biasa atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, cahaya, warna dan rasa. Misalnya mereka
menjadi takut apabila mendengar bunyi yang kuat seperti mercun dan guruh.
Memiliki anak autisme merupakan tanggungjawab yang besar dan anugerah Tuhan
yang tidak wajar dikesali. Tanda lain yang boleh diperhatikan termasuklah sering menunjukkan
tingkah laku yang berulang seperti berpusing atau menggoyangkan badan tanpa sebab yang
munasabah. Penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau
kedudukan sosial. Punca autisme masih tidak diketahui namun terdapat beberapa sebab seperti
usia ibu dan bapa yang meningkat atau berkahwin pada usia yang lewat. Seterusnya, faktor
genetik apabila ibu atau bapa mempunyai sejarah autisme dalam keluarga. Komplikasi semasa
proses kehamilan boleh mengganggu fungsi otak akibat jangkitan turut dikatakan penyebab
kepada permasalahan ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Autisme Bukannya
Kekurangan Tetapi Keistimewaan’ oleh Syazanna Hadenan,
Dewan Siswa, April 2018

MUKA SURAT 41 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan sifat-sifat / kriteria-kriteria / tanda-tanda / karakter anak 2
autisme dalam kalangan masyarakat.
P2 Petikan membincangkan sifat-sifat / kriteria-kriteria / tanda-tanda / karakter anak 2
autisme dan punca-punca berlakunya autisme.
P3 Rumusan membincangkan sifat-sifat / kriteria-kriteria / tanda-tanda / karakter 2
anak autisme dan usaha ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka.
P4 Petikan / Rumusan membincangkan sifat-sifat / kriteria-kriteria / tanda-tanda / 1
karakter anak autisme.
P5 Petikan / Rumusan membincangkan ciri-ciri anak autisme. 0
P6 Petikan / Rumusan membincangkan ciri-ciri anak autisme dan usaha ibu bapa 0
untuk membantu perkembangan mereka.

ISI TERSURAT (Ciri-ciri anak autisme)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 pada usia enam bulan, bayi tersebut tidak mengukir senyuman dan tidak 2
menunjukkan ekspresi gembira.
S2 bayi tidak mempunyai hubungan mata/hubungan mata yang terhad apabila 2
berlakunya proses interaksi.
S3 perkembangan pertuturan yang lambat. 2
S4 cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitarannya. 2
S5 tidak menghiraukan keadaan sekeliling malah tidak merasai kewujudan orang 2
lain.
S6 mereka boleh mengamuk. 2
S7 tidak boleh mengawal tekanan apabila sesuatu keinginannya tidak dipenuhi. 2
S8 mereka mempunyai tindak balas luar biasa/reaksi keterlaluan terhadap bunyi, 2
cahaya, warna dan rasa.
S9 sering menunjukkan tingkah laku yang berulang. 2

ISI TERSIRAT (Usaha ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 membawa anak autisme mendapatkan terapi daripada doktor/pakar/kaunselor. 2
T2 memahami emosi anak-anak autisme/melayani kehendak mereka. 2
T3 memberikan kasih-sayang tanpa ada unsur pilih kasih/melebihkan perhatian 2
berbanding anak-anak yang lain.
T4 memberikan galakan, dorongan dan nasihat kepada anak autisme/motivasi. 2
T5 melatih anak autisme berdikari agar boleh meneruskan kehidupan normal. 2
T6 menghantar anak autisme ke sekolah pendidikan khas. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah prihatin kepada anak-anak autisme agar 2
tanggapan negatif terhadap mereka dapat dihakis.
K2 Kesimpulannya, kerajaan haruslah menjaga kebajikan anak-anak autisme agar 2
mereka mendapat layanan yang sama seperti insan biasa.

MUKA SURAT 42 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pendekatan yang terbaik?


[2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang dikenal pasti sebagai
penyebab berlakunya autisme.
Nyatakan punca-punca tersebut?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
membantu kanak-kanak autisme?
[4 markah]

MUKA SURAT 43 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata pendekatan yang terbaik :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) kaedah / cara / langkah / usaha yang berkesan / efektif / efisien 2
(ii) kaedah / cara / langkah / usaha yang terbaik 1
(iii) pendekatan yang berkesan / efektif / efisien 1

SOALAN (ii) Punca-punca berlakunya autisme:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 usia ibu dan bapa yang meningkat/berkahwin pada usia yang lewat 1
2 faktor genetik apabila ibu atau bapa mempunyai sejarah autisme 1
dalam keluarga
3 Komplikasi semasa proses kehamilan boleh mengganggu fungsi otak 1
akibat jangkitan

SOALAN (iii) Usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu kanak-
kanak autisme
ISI JAWAPAN MARKAH
1 menubuhkan lebih banyak sekolah khas bermasalah pembelajaran 1
2 mengadakan sambutan Hari Autisme untuk memberikan pendedahan 1
kepada masyarakat
3 mengadakan kempen kesedaran berkaitan autisme di media elektronik 1
4 memberikan bantuan sara hidup kepada golongan autisme / elaun 1
khas / kad OKU.
5 memberikan peluang pekerjaan kepada penghidap autisme di sektor 1
awam atau swasta tanpa ada pilih kasih
6 potongan / diskaun untuk perubatan, kos perkhidmatan awam. 1

MUKA SURAT 44 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 12 (PENANG FREE SCHOOL (PFS) – 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang strategi kerajaan untuk
memperkasakan bidang kemahiran dan kepentingannya kepada negara. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020 sememangnya memerlukan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang kemahiran dan
teknologi. Peratusan jumlah tenaga mahir di Malaysia sangat rendah, hanya 28 peratus berbanding
Finland yang mempunyai 100 peratus tenaga mahir, manakala Jerman sudah mencapai 80 peratus.
Kerajaan telah mengorak langkah dengan menaik taraf sekolah menengah vokasional kepada
kolej vokasional. Dengan meningkatkan tahap kelulusan daripada sijil kepada diploma mampu
melonjakkan keyakinan pelajar yang selama ini merasakan bidang ini tiada masa hadapan. Kita harus
sedar bahawa bukan semua pelajar mampu mengikuti aliran akademik, maka suatu alternatif patut
diberikan kepada pelajar yang berminat dengan kemahiran. Di samping itu, bagi memastikan lulusan kolej
vokasional mendapat pekerjaan selepas tamat belajar, jalinan kerjasama antara kolej vokasional dengan
syarikat swasta atau kerajaan amat perlu untuk memenuhi kehendak pasaran.
Sesungguhnya , bidang latihan kemahiran merupakan usaha penting dalam pembangunan
modal insan yang mampu mentransformasikan ekonomi negara. Oleh itu, Sistem Latihan Dual Nasional
(SLDN) turut memberikan peluang kepada remaja mempelajari bidang kemahiran. Sistem pendidikan dari
Jerman itu merupakan wadah menjana tenaga mahir negara yang menggabungkan latihan praktikal di
industri dan pengetahuan teori di pusat latihan. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia
memperluas Program Perintis Industri Menengah Atas (PIMA) di semua sekolah bermula tahun 2018.
Program ini menetapkan 70 peratus pembelajaran di industri dan 30 peratus pengajian akademik.
Sementara itu, pada peringkat pengajian tinggi pula, kerajaan menggalakkan pihak industri
menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran. Sesungguhnya, langkah ini
berupaya melahirkan lebih banyak pelajar berkemahiran. Tidak dapat dinafikan, di sebalik usaha proaktif,
masih terdapat persepsi negatif seperti masyarakat melabelkan bidang ini sebagai pilihan kedua. Malah
ada yang beranggapan, bidang ini hanya untuk pelajar yang gagal dalam bidang akademik. Turut
terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa bidang kemahiran tidak mempunyai
kehendak pasaran. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah mewajibkan lepasan SPM untuk
menyambung ke institusi pengajian berteraskan latihan teknikal seandainya mereka tidak berminat dalam
akademik.
Tuntasnya, kerajaan melakukan perubahan dari segi mutu pendidikan dan prasarana agar
mampu menandingi kolej lain dalam usaha memperkasakan bidang ini. Semua inisiatif yang dirangka
oleh kerajaan bertujuan untuk mengangkat kembali bidang kemahiran setanding dengan pendidikan
akademik. Dunia yang semakin mencabar memerlukan tenaga mahir dan memiliki kemahiran insaniah
yang seimbang tanpa meminggirkan bidang akademik. Kajian terdahulu membuktikan bahawa graduan
latihan kemahiran di negara maju seperti Australia, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat merupakan
penyumbang terbesar dalam pembangunan negara mereka.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Ayuh Perkasakan Bidang Kemahiran”,
oleh Samat Buang Dewan Siswa, September 2018)

MUKA SURAT 45 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan langkah / usaha / tindakan / pendekatan / cara kerajaan 2
untuk memperkasakan bidang kemahiran di Malaysia/ di negara ini.
P2 Petikan membincangkan langkah / usaha / tindakan / pendekatan / cara kerajaan 2
untuk memperkasakan bidang kemahiran dan pandangan negatif masyarakat
terhadap bidang kemahiran.
P3 Rumusan membincangkan langkah / usaha / tindakan / pendekatan / cara kerajaan 2
untuk memperkasakan bidang kemahiran dan kepentingannya kepada negara.
P4 Petikan / Rumusan membincangkan langkah / usaha / tindakan / pendekatan / cara 1
kerajaan untuk memperkasakan bidang kemahiran.
P5 Petikan / Rumusan membincangkan strategi kerajaan untuk memperkasakan bidang 0
kemahiran.
P6 Petikan / Rumusan membincangkan strategi kerajaan untuk memperkasakan bidang 0
kemahiran dan kepentingannya kepada negara.

ISI TERSURAT (strategi kerajaan untuk memperkasakan bidang kemahiran)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 menaik taraf sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional 2

S2 meningkatkan tahap kelulusan daripada sijil kepada diploma 2


S3 jalinan kerjasama antara kolej vokasional dengan syarikat swasta atau kerajaan amat 2
perlu untuk memenuhi kehendak pasaran.

S4 Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) turut memberikan peluang kepada remaja 2
mempelajari bidang kemahiran
S5 Kementerian Pendidikan Malaysia memperluas Program Perintis Industri Menengah 2
Atas (PIMA) di semua sekolah
S6 pihak industri menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran 2
S7 kerajaan telah mewajibkan lepasan SPM untuk menyambung ke institusi pengajian 2
berteraskan latihan teknikal seandainya mereka tidak berminat dalam akademik
S8 kerajaan melakukan perubahan dari segi mutu pendidikan dan prasarana agar mampu 2
menandingi kolej lain dalam usaha memperkasakan bidang ini

ISI TERSIRAT (Kepentingannya kepada negara)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir 2
T2 mengurangkan kebergantungan kepada pekerja mahir dari luar negara 2

T3 merancakkan bidang pembuatan dan pembinaan 2


T4 Mengurangkan pengangguran kerana mengisi jawatan dalam bidang kemahiran 2
T5 negara berupaya melahirkan lebih ramai pekerja yang mahir dalam kemahiran insaniah 2
T6 merealisasikan aspirasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan kestabilan ekonomi 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memperkasakan bidang 2
kemahiran agar peluang pekerjaan boleh direbut oleh masyarakat.
K2 Kesimpulannya, pihak sekolah haruslah melatih pelajar untuk memperkasakan bidang 2
kemahiran supaya melahirkan masyarakat yang serba boleh.
MUKA SURAT 46 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Pemahaman: Soalan 2 (a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata melonjakkan keyakinan?


[2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan bahawa terdapat beberapa pandangan negatif masyarakat


terhadap bidang kemahiran.
Nyatakan pandangan-pandangan tersebut?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya negara kita
terlalu bergantung kepada tenaga mahir dari luar negara?
[4 markah]

MUKA SURAT 47 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata melonjakkan keyakinan :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) meningkatkan / meninggikan/ menaikkan kepercayaan / kepastian 2
(ii) meningkatkan / meninggikan/ menaikkan keyakinan 1
(iii) melonjakkan kepercayaan / kepastian 1

SOALAN (ii) Pandangan negatif masyarakat terhadap bidang kemahiran :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 masyarakat melabelkan bidang ini sebagai pilihan kedua. 1
2 bidang ini hanya untuk pelajar yang gagal dalam bidang akademik 1
3 bidang kemahiran tidak mempunyai kehendak pasaran 1

SOALAN (iii) Kesan sekiranya negara kita terlalu bergantung kepada tenaga mahir dari luar
negara
ISI JAWAPAN MARKAH
1 sektor pekerjaan negara dikuasai oleh pekerja luar negara 1
2 pekerja tempatan sukar merebut jawatan yang ditawarkan 1
3 masalah pengangguran akan berlaku 1
4 keuntungan negara dikaut oleh tenaga mahir 1
5 berlakunya kejatuhan nilai mata wang negara 1

MUKA SURAT 48 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 13 (PPD LIMBANG, SARAWAK 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak negatif media
sosial dan punca remaja menggemari media sosial. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan teknologi kini mengalami perubahan yang begitu pesat, terutama dalam
bidang informasi dan komunikasi. Hal ini menyebabkan gaya hidup rakyat Malaysia turut dipengaruhi
oleh kepesatan ini, terutamanya bagi golongan remaja. Remaja kini telah menjadikan media sosial
sebagai gaya hidup yang memudahkan mereka untuk mendapat maklumat dan berkomunikasi
dengan orang lain. Walaupun media sosial banyak kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang
perlu diberikan perhatian oleh golongan remaja. Antara kesan negatif media sosial ialah penyebaran
berita palsu secara berleluasa. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,
penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera.
Selain itu, media sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan
membuang masa dengan mengabaikan pelajaran. Di samping itu, media sosial menyebabkan
golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti melihat gambar dan video lucah.
Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memantau perlakuan anak-anak yang sedang melayari media sosial.
Malah, media sosial banyak mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja dengan meniru aksi
ganas dan berbahaya. Oleh sebab itulah terdapat beberapa kejadian remaja meniru aksi ganas
apabila bertemu dengan rakan sebaya. Terdapat juga pengguna yang terpengaruh dengan iklan
produk yang dipaparkan dan mempercayai produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat produk yang diiklankan itu tidak menepati
faedah yang dipaparkan. Antara jenis produk yang selalu memperdaya pengguna ialah produk
kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan elektrik. Oleh itu, pengguna mesti
berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang diiklankan di media sosial.
Seterusnya, media sosial menjadikan remaja kurang bersabar dalam tindakan kerana telah
biasa memperoleh maklumat yang diingini melalui media sosial dengan pantas. Namun, tatkala
maklumat tidak dapat diproses dengan cepat, remaja akan mudah mengalami kegusaran dan emosi
kebosanan yang menggelegak. Bagi remaja yang berfikiran kurang matang pula akan mempercayai
semua maklumat yang dipaparkan tanpa menyelidiki dengan lebih mendalam. Sebenarnya maklumat
yang disampaikan melalui media sosial belum terbukti kebenarannya. Maklumat itu mungkin ditokok
tambah dengan sengaja untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
Kita harus akui bahawa remaja sekarang tidak seperti dahulu yang memanfaatkan masa
terluang dengan riadah. Menerusi laman sembang pada telefon pintar masing-masing, remaja
menjadi manusia yang sukar bergaul dengan orang lain secara bersemuka. Masa dihabiskan di dalam
rumah sahaja. Dalam aspek keselamatan negara, media sosial kadang-kadang mewujudkan
ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara diperkatakan di laman sembang.
Dalam hal ini, kerajaan perlu memantau media sosial untuk memastikan keselamatan negara
terjamin. Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila penggodam mencuri maklumat peribadi
pengguna media sosial untuk tujuan menipu.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Berita Palsu Musuh Negara”
oleh CMCF, Dewan Siswa, April 2018)

MUKA SURAT 49 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / implikasi / keburukan 2
media sosial dalam kalangan remaja / di Malaysia.
P2 Rumusan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / implikasi / keburukan 2
media sosial dan punca remaja menggemari media sosial.
P3 Petikan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / implikasi / keburukan 2
media sosial dan usaha untuk membendung masalah penggunaan media sosial.
P4 Petikan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / implikasi / keburukan 1
media sosial.
P5 Petikan membincangkan impak negatif media sosial di negara kita. 0

ISI TERSURAT (impak negatif media sosial)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 penyebaran berita palsu secara berleluasa 2
S2 mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa 2
S3 golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif 2
S4 mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja dengan meniru aksi ganas dan 2
berbahaya
S5 pengguna terpengaruh dengan iklan produk dan mempercayai produk tersebut 2
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
S6 remaja kurang bersabar dalam tindakan kerana telah biasa memperoleh 2
maklumat yang diingini melalui media sosial dengan pantas
S7 remaja yang berfikiran kurang matang akan mempercayai semua maklumat 2
tanpa menyelidiki
S8 remaja menjadi manusia yang sukar bergaul dengan orang lain secara 2
bersemuka
S9 mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara 2
diperkatakan
S10 penggodam mencuri maklumat peribadi pengguna media sosial untuk tujuan 2
menipu

ISI TERSIRAT (punca remaja menggemari media sosial)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Memaparkan maklumat dengan pantas dan menarik 2
T2 Boleh berkomunikasi dengan semua orang pada satu-satu masa 2
T3 Kandungan menghiburkan setelah penat melakukan sesuatu aktiviti 2
T4 Dapat memanfaatkan masa terluang 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, pengguna media sosial perlu bijak menyaring maklumat yang 2
diterima supaya unsur negatif tidak melekat dalam diri.
K2 Kesimpulannya, kerajaan harus memantau penggunaan media sosial. 1
K3 Kesimpulannya, kita mestilah berhati-hati melayari Internet. 0

MUKA SURAT 50 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kekeliruan.


[2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa usaha yang dilakukan untuk
membendung masalah penggunaan media sosial.
Nyatakan usaha-usaha tersebut?
[3 markah]

(iii) Pada era moden ini, semua orang menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian.
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya media sosial dilarang
penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita?
[4 markah]

MUKA SURAT 51 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menimbulkan kekeliruan :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) mewujudkan / membangkitkan / menerbitkan / mengakibatkan / 2
mendatangkan kekusutan / kesilapan / kekhilafan
(ii) mewujudkan / membangkitkan / menerbitkan / mengakibatkan / 1
mendatangkan kekeliruan
(iii) menimbulkan kekusutan / kesilapan / kekhilafan 1

SOALAN (ii) Usaha-usaha tersebut ialah :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 ibu bapa sewajarnya memantau perlakuan anak-anak yang sedang 1
melayari media sosial
2 pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang 1
diiklankan di media sosial.
3 kerajaan perlu memantau media sosial untuk memastikan 1
keselamatan negara terjamin

SOALAN (iii) Pada pendapat saya, sekiranya media sosial dilarang penggunaannya
ISI JAWAPAN MARKAH
1 masyarakat akan berkomunikasi hanya menggunakan telefon biasa 1
menyebabkan kesempatan untuk bertanya khabar akan terbatas
2 masyarakat pada peringkat permulaan sudah tentu akan terkejut dan 1
tidak bersetuju, namun akhirnya mereka menerima larangan
tersebut sebagai sesuatu yang sudah tidak dapat dielakkan
3 Komunikasi akan terbatas 1
4 Hubungan kekeluargaan akan semakin renggang. 1
5 Penyampaian maklumat terhad. 1

MUKA SURAT 52 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET14 (SMK CHUNG HWA, MIRI, SARAWAK 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang amalan pemakanan
yang sihat dan sebab-sebab masyarakat gagal mengawal pemakanan. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia yang berfungsi untuk memenuhi
keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Makanan diperlukan untuk manusia bekerja dan
melaksanakan kehidupan harian mereka. Selain itu, makanan membekalkan nutrien penting untuk
keperluan pembesaran dan pertumbuhan seseorang. Oleh itu, kita perlu memakan makanan yang
berkhasiat dan bernutrisi.
Seterusnya, kita hendaklah merancang pengambilan makanan sebelum makan.
Sekiranya kita berhasrat untuk makan malam dengan hidangan yang berat seperti stik dan
kentang, kita perlu mengurangkan atau mengelakkan daripada mengambil makanan berdaging
dan berkanji pada waktu makan dan begitulah sebaliknya. Ketika waktu tengah hari pula, kita
hendaklah makan dalam jumlah yang lebih tetapi berkhasiat. Tengah hari ialah waktu makan
paling penting kerana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Pada waktu itu juga
badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya untuk seharian. Namun begitu,
hal ini bukan bermakna kita boleh makan apa-apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi
perlulah dirancang dan diimbangkan sebaik mungkin. Kita juga digalakkan memakan makanan
berwarna pelangi. Sayuran hijau, oren, anggur, kubis ungu, ada benggala dan pelbagai warna
sayuran serta buah-buahan akan memberikan tubuh badan pelbagai nutrien yang akan membantu
melawan penyakit.
Kadang-kadang, kita akan makan apa-apa sahaja ketika menghadap hidangan
sehingga perut kenyang. Sepatutnya, kita perlu berhenti makan sebelum kenyang. Makan itu
bukanlah untuk kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan
dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Oleh itu terdapat beberapa kesan
negatif makan makanan yang tidak berkhasiat seperti seseorang itu boleh mengalami perut
kembung serta mendapat risiko penyakit berkaitan dengan usus dan perut sekiranya makan
secara berlebihan. Selain itu, sesetengah individu menggunakan diet yang tidak sesuai dan tidak
seimbang boleh mengalami malnutrisi. Peningkatan berat badan juga boleh berlaku apabila
pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang dan menyebabkan obesiti.
Dengan ini, kita perlu menetapkan pola waktu makan yang seragam.
Kita juga digalakkan meminum segelas air suam 20 minit sebelum makan. Cara ini
mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.
Selanjutnya, kita hendaklah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan. Pengurangan
pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori dalam pemakanan seharian. Kita juga
seharusnya mengunyah makanan secara perlahan-lahan. Air liur terdapat enzim yang membantu
menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem penghadaman. Makan dengan cepat
akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik. Seterusnya, kita perlu
mengelakkan daripada makan sebelum tidur. Kebiasaannya kita makan sebelum pukul 6:00
petang. Jika makan pada waktu malam, perut gagal mencerna sepenuhnya makanan tersebut
ketika kita tidur menyebabkan tubuh menjadi obesiti.
MUKA SURAT 53 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/cara- 2
cara/formula/kaedah/strategi pemakanan yang sihat dalam kalangan
masyarakat.
P2 Rumusan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/cara- 2
cara/formula/kaedah/strategi pemakanan yang sihat dan sebab-sebab
masyarakat gagal mengawal pemakanan.
P3 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/cara- 1
cara/formula/kaedah/strategi pemakanan yang sihat
P4 Petikan membincangkan amalan pemakanan yang sihat. 0

ISI TERSURAT (Amalan pemakanan yang menentukan kesihatan)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 memakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi 2
S2 hendaklah merancang pengambilan makanan sebelum makan 2
S3 Ketika waktu tengah hari pula, kita hendaklah makan dalam jumlah 2
yang lebih tetapi berkhasiat
S4 memakan makanan berwarna pelangi 2
S5 berhenti makan sebelum kenyang 2
S6 menetapkan pola waktu makan yang seragam 2
S7 meminum segelas air suam 20 minit sebelum makan 2
S8 hendaklah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan 2
S9 mengunyah makanan secara perlahan-lahan 2
S10 mengelakkan daripada makan sebelum tidur 2

ISI TERSIRAT (Sebab-sebab Gagal Mengawal Pemakanan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Banyak restoran menjual pelbagai jenis makanan yang menarik dan 2
sedap
T2 Ajalan rakan untuk makan tidak mengira waktu 2
T3 Restoran dijadikan tempat berhubung dengan rakan 2
T4 Keinginan mencuba resipi yang baharu seperti yang diiklankan di 2
media

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, kita perlu mengubah gaya pemakanan supaya tubuh 2
kekal sihat dan dapat mengelakkan sebarang penyakit.

MUKA SURAT 54 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menghadap hidangan.


[2 Markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa kesan negatif sekiranya kita tidak
mematuhi pemakanan yang betul. Nyatakan kesan-kesan tersebut.
[3 Markah]

(iii) Sesetengah orang yang mengalami obesiti akan berusaha agar tubuh mereka kembali
ramping dan sihat. Pada pendapat anda, mengapakah mereka yang obesiti menginginkan
tubuh yang ramping?
[4 Markah]

MUKA SURAT 55 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menghadap hidangan:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) menjamu sajian/makanan 2

SOALAN (ii) Kesan negatif sekiranya kita tidak mematuhi pemakanan yang betul :
ISI JAWAPAN MARKAH
1 kita akan mengalami malnutrisi. 1
2 perut akan kembung serta mendapat risiko penyakit berkaitan dengan 1
usus dan perut.
3 Peningkatan berat badan juga boleh berlaku apabila pengambilan 1
gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang dan
menyebabkan obesiti.

SOALAN (iii)
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Supaya yakin untuk tampil di khalayak ramai 1
2 Terpengaruh oleh iklan atau promosi set lansing badan 1
3 Mengekalkan kesihatan tubuh badan 1

MUKA SURAT 56 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 15 (SELANGR (SET 1) 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang persediaan-
persediaan asas menjadi usahawan berjaya dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Berdasarkan premis bahawa keusahawanan boleh dipelajari dan diamalkan untuk


menempa kejayaan, maka terdapat beberapa keperluan asas yang harus dipupuk. Sememangnya
idea perniagaan yang bernas menjadi titik permulaan tetapi hal ini tidak mencukupi untuk
memastikan kejayaan yang berterusan. Penyelidikan yang diusahakan oleh Target Training
International telah membuat kaji selidik terhadap 17 ribu usahawan yang berjaya. Beberapa
dapatan hasil kaji selidik tersebut mendapati mereka yang telah berjaya menjadi usahawan
terkemuka mempunyai personaliti seperti berkebolehan untuk memberikan keyakinan dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat Selain itu, sifat kepimpinan yang berkesan dan kebolehan
berkomunikasi yang baik. Keperluan utama yang dapat memastikan sesuatu kejayaan ialah
seseorang usahawan tersebut perlu menetapkan jangkaan yang realistik. Keterujaan dan
keyakinan amat diperlukan bagi merancang pelan perniagaan yang harus berdasarkan realiti yang
terdapat dalam pasaran.
Seseorang usahawan juga perlu memberikan nilai tawaran yang jelas iaitu produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan harus mempunyai nilai yang sebenar. Jika tawaran nilai tidak jelas,
berkemungkinan perniagaan itu menemui kegagalan. Selain itu, para usahawan perlu
menawarkan produk yang unik kerana hal ini membezakan produk yang dihasilkan dengan
pesaing-pesaing dalam perniagaan. Mereka yang telah berjaya biasanya juga mampu
menyediakan produk atau perkhidmatan yang memberikan nilai yang terbaik kepada orang ramai.
Malah para usahawan yang telah berjaya juga berani meneroka pasaran yang berskala besar.
Contohnya seperti Dato' Aliff Syukri yang mengusahakan produk D'Herbs, yang perniagaannya
semakin berkembang maju. Selain mengusahakan produk yang bersifat monopoli dan sukar
diperoleh, usahawan juga perlu membentuk pelan perniagaan yang berdaya maju. Dengan
adanya pelan perniagaan, usahawan dapat memasarkan produk dan perkhidmatannya dalam
tempoh yang panjang kepada pelanggan yang disasarkan dengan belanjawan yang berpatutan.
Pelanggan merupakan nyawa kepada sesebuah perniagaan. Usahawan yang bijak biasanya
dapat menarik pelanggannya secara berkesan. Hal ini bergantung kepada keberkesanannya dari
segi kos dan jumlah pelanggan yang berupaya ditarik. Penggunaan media sosial untuk tujuan
pengiklanan dan promosi, perbincangan tentang jenama, ulasan dan maklum balas tentang
sesuatu produk merupakan cara yang berkesan.
Setiap individu berpeluang mengecap kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-
ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi
tetapi adalah disebabkan daya inisiatif yang tinggi serta keyakinan yang kuat terhadap
kemampuan diri sendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Keperluan Asas Menjadi Usahawan Berjaya’
Oleh Rahim Aziz,
Dewan Ekonomi, April 2016.
MUKA SURAT 57 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan keperluan-keperluan asas menjadi 2
usahawan berjaya di negara kita.
P2 Rumusan membincangkan keperluan-keperluan asas menjadi 2
usahawan berjaya dan kekangannya.
P3 etikan membincangkan keperluan-keperluan asas menjadi usahawan 2
berjaya dan personaliti usahawan yang terkemuka.

ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 seseorang usahawan tersebut perlu menetapkan jangkaan yang 2
realistik.
S2 Seseorang usahawan juga perlu memberikan nilai tawaran yang jela 2
S3 para usahawan perlu menawarkan produk yang unik 2
S4 menyediakan produk atau perkhidmatan yang memberikan nilai yang 2
terbaik
S5 berani meneroka pasaran yang berskala besar 2
S6 mengusaha produk yang bersifat monopoli dan sukar diperoleh 2
S7 usahawan juga perlu membentuk pelan perniagaan yang berdaya 2
maju
S8 dapat menarik pelanggannya secara berkesan 2

ISI TERSIRAT (Kesan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Melahirkan usahawan yang kreatif. 2
T2 Usahawan lebih berdaya saing. 2
T3 Mengurangkan masalah pengangguran. 2
T4 Membekalkan produk yang diperlukan oleh masyarakat. 2
T5 Meningkatkan ekonomi / pendapatan negara. 2
T6 Meningkatkan produktiviti negara. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, para usahawan hendaklah sentiasa bersiap sedia 2
untuk menjadi usahawan berjaya agar dapat memberi sumbangan
kepada negara.
K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah membantu usahawan yang 2
berjaya agar melahirkan banyak usahawan bertaraf antarabangsa.

MUKA SURAT 58 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1. jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri..

(i) Berikan maksud rangkai kata berdasarkan realiti berdasarkan petikan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa hasil kaji selidik tentang personaliti usahawan
terkemuka. Senaraikan hasil kaji selidik tersebut
[3 markah]

(iii) Di Malaysia, keusahawanan dalam bidang pertanian kurang mendapat tempat dalam
kalangan usahawan muda.
Pada pendapat anda, bagaimanakah bidang ini boleh menarik usahawan muda untuk
menceburi bidang tersebut?
[4 markah]

MUKA SURAT 59 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata berdasarkan realiti :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) berasaskan/berpandukan kenyataan/hakikat 2

SOALAN (ii) Beberapa hasil kaji selidik tentang personaliti usahawan terkemuka ialah:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 berkebolehan untuk memberikan keyakinan 1
2 bertanggungjawab terhadap masyarakat. 1
3 sifat kepimpinan yang berkesan 1
3 kebolehan berkomunikasi yang baik 1

SOALAN (iii)
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Kerajaan menyediakan bantuan/ kewangan/modal. 1
2 Kerajaan memberikan sokongan dari aspek material dan khidmat 1
nasihat.
3 Kerajaan melalui agensi-agensi tertentu menganjurkan kursus 1
usahawan pertanian
4 Menyemarakkan ‘Kempen Pertanian Ialah Satu Perniagaan’ melalui 1
media massa
5 Memperkasakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang 1
pertanian.

MUKA SURAT 60 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 16 (SELANGOR (SET 2) 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan sekolah dalam
memupuk perpaduan antara kaum dan kekangan mewujudkan perpaduan antara kaum. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merujuk satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang
sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti serta dapat diterima oleh
majoriti golongan etnik di negara ini. Sejarah juga menunjukkan bahawa perpaduan penting dalam sesebuah
negara untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Negara yang mengamalkan perpaduan
ternyata mampu mencapai kemajuan dan membina peradaban dengan lebih gemilang di puncak jaya.
Merujuk Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah diberikan kepada sistem persekolahan
yang bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan, khususnya sekolah merupakan satu kaedah
untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Oleh hal yang demikian, penekanan kepada sikap
berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar.
Sekolah juga berperanan dalam memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara
kaum. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan mereka
berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek
pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap
subjek. Semangat perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi
dan moral pelajar. Di samping itu, peranan bahasa Melayu ini perlu dilihat sebagai medium utama yang
mampu menyempurnakan banyak perkara seperti mewartakan arahan-arahan untuk dipatuhi, menyuburkan
nilai manusiawi dan mengukuhkan semangat kekitaan dalam jati diri warga sekolah. Perpaduan sesama
pelajar akan dapat dieratkan sekiranya bahasa kebangsaan digunakan secara meluas mencakupi urusan
rasmi atau tidak rasmi, dalam perbualan sehari-harian dan menjadi bahasa pendidikan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan.
Pelaksanaan Sekolah Wawasan telah memberikan kesan yang positif dalam menanam sifat
perpaduan ke dalam diri pelajar sekolah pada peringkat sekolah rendah lagi. Pelajar dan guru dapat
mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan berkongsi infrastruktur yang sama, sekali gus
mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti aktiviti sukan,
pengurusan kelab dan persatuan serta aktiviti ceramah kesedaran haruslah dipergiat dan ditingkatkan. Aktiviti
ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat kekitaan dalam diri pelajar, malah aktiviti ini
dapat menjadi platform yang berguna untuk membina daya kepemimpinan diri dan mengasah kemahiran
insaniah para pelajar.
Kesimpulannya, di sebalik isu-isu perkauman yang dibakar apinya oleh sesetengah pihak,
hakikatnya kita dapat melihat bahawa peranan sekolah sebagai agen penyatuan untuk memupuk nilai
perpaduan tidak dikesampingkan. Kepelbagaian merupakan kekuatan kita, namun jika tersilap langkah boleh
juga menjadi malapetaka yang bakal menimpa kita pada bila-bila masa. Semua pihak harus mempunyai
kesedaran dan sama-sama berganding bahu mempertingkatkan nilai-nilai perpaduan antara kaum dan
mewujudkan masyarakat madani yang cinta akan negara dan saling bekerjasama.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Perpaduan Kaum Sekolah Sebagai Agen Penyatuan’
oleh Zulfazlan Jumrah,
Dewan Siswa, Ogos 2017.

MUKA SURAT 61 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan tanggungjawab/ usaha/ tugas sekolah dalam 2
memupuk perpaduan antara kaum di negara kita/ Malaysia
P2 Petikan membincangkan tanggungjawab/ usaha/ tugas sekolah dalam 2
memupuk perpaduan antara kaum dan kepentingan perpaduan dalam
sesebuah negara.
P3 Rumusan membincangkan tanggungjawab/ usaha/ tugas sekolah 2
dalam memupuk perpaduan antara kaum dan kekangan mewujudkan
perpaduan antara kaum.
ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Sekolah perlu menerapkan sikap berbangga menjadi warganegara 2
Malaysia dalam jiwa pelajar
S2 Sekolah juga berperanan dalam memupuk semangat muhibah dan 2
semangat toleransi antara kaum
S3 Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan 2
aspek pendidikan yang harmonis
S4 Nilai-nilai rohani dan budaya kebersamaan perlu diberikan keutamaan 2
dalam setiap subjek
S5 Bahasa kebangsaan digunakan secara meluas 2
S6 Pelaksanaan Sekolah Wawasan 2
S7 Pelajar dan guru dapat mewujudkan hubungan komunikasi yang baik 2
S8 Pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan melalui aktiviti 2
kokurikulum di sekolah
ISI TERSIRAT (Kesan)
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Perbezaan agama dan kepercayaan 2
T2 Perbezaan bahasa dan budaya 2
T3 Kesan penjajahan British / pengamalan pecah dan perintah 2
T4 Aktiviti ekonomi yang berbeza 2
T5 Kewujudan sekolah jenis kebangsaan 2
T6 Kewujudan persatuan politik megikut kaum 2
T7 Kesan pendudukan Jepun 2
KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong usaha pihak 2
sekolah dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid supaya
rakyat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.

MUKA SURAT 62 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengasah kemahiran berdasarkan petikan.


[2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan beberapa kepentingan perpaduan dalam


sesebuah negara.
Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut.
[3 markah]

(iii) Ibu bapa berperanan penting dalam memupuk perpaduan antara kaum kepada generasi
muda.
Apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memupuk perpaduan
antara kaum kepada generasi muda?
[4 markah]

MUKA SURAT 63 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengasah kemahiran :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) -memupuk/ meningkatkan/ mengembangkan 2
-bakat/kebolehan/kecekapan

SOALAN (ii) kepentingan perpaduan :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 mengekalkan keharmonian dan keamanan negara 1
2 Negara yang mengamalkan perpaduan ternyata mampu mencapai 1
kemajuan
3 membina peradaban dengan lebih gemilang di puncak jaya 1

SOALAN (iii) usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memupuk perpaduan
antara kaum kepada generasi muda
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Ibu bapa mendedahkan/ mendidik anak-anak supaya bergaul dengan 1
rakan pelbagai kaum
2 Ibu bapa mendedahkan/ mendidik anak-anak tentang Rukun Negara/ 1
Sejarah Malaysia
2 Ibu bapa menjadi suri teladan. 1
3 Ibu bapa menghantar anak ke sekolah kebangsaan 1
4 Ibu bapa membawa anak-anak menyertai aktiviti kemasyarakatan/ 1
aktiviti sosial
5 Ibu mengadakan/ menghadiri majlis rumah terbuka 1
6 Ibu bapa memarakkan budaya ziarah-menziarahi ke rumah kenalan 1
pelbagai kaum

MUKA SURAT 64 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 17 (SELANGOR (SET 3) 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab remaja
perlu didedahkan dengan pengurusan kewangan dan kesannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Melalui artikel yang bertajuk “Kadar Muflis Golongan Muda di Malaysia Merisaukan”
terdapat sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan muda di bawah umur 25
tahun. Menurut Azaddin Ngah Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit (AKPK), faktor utama yang menjadikan mereka muflis ialah ketidakcekapan mengurus
kewangan sendiri yang didorong oleh kegagalan perancangan kewangan yang baik dan
kurangnya pendidikan mengenai hal ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa maklumat yang tepat
tentang pengurusan kewangan yang berkesan perlu dimiliki oleh remaja agar dapat membimbing
mereka untuk tidak melakukan aktiviti kewangan yang berisiko yang menjadikan mereka berstatus
"muflis" yang boleh mendatangkan banyak masalah pada kemudian hari. Panduan menjayakan
perancangan kewangan ialah setiap kali mempunyai duit berlebihan, jadikannya sebagai bahagian
wang yang hendak disimpan dan mewujudkan akaun khas. Selain itu, hadkan penggunaan kad
kredit dan bijak membuat keputusan terhadap kewangan mereka.
Remaja yang bijak mengurus wang dengan teliti turut dapat merancang masa depan
dengan lebih strategik. Tabiat menabung yang diamalkan dapat membantunya untuk melanjutkan
pelajaran pada peringkat pengajian yang lebih tinggi. Walaupun remaja mempunyai aliran masuk
daripada sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan, remaja
yang cekap mengurus kewangannya tidak akan terbelenggu dengan masalah kekurangan wang
saku jika mereka menggunakan wang yang ada dengan sebaik-baiknya. Pengurusan kewangan
yang baik dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman pendidikan setelah
tamat belajar. Mereka boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk menjalankan
perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup sekiranya mereka tidak mendapat sebarang
pekerjaan. Selain itu, sekiranya remaja gemar menabung juga, tidak mustahil simpanannya nanti
dapat membantunya untuk memulakan pekerjaan yang mungkin memerlukannya untuk
membelanjakan sejumlah wang untuk pembelian kenderaan untuk ke tempat kerja.
Remaja yang didedahkan dengan pengurusan kewangan sejak awal boleh menampung
perbelanjaan kehidupan harian dengan menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan
pendapatan sampingan seperti perniagaan kecil-kecilan. Remaja harus bijak merancang
perbelanjaan sendiri demi memastikan keadaan kewangan masa depan yang kukuh. Pilihan
terletak di tangan remaja, sama ada mahu mengurus kewangan dengan cekap dan kurang
berisiko atau terperangkap dalam godaan perbelanjaan tanpa mengikut kemampuan diri seperti
pepatah Melayu ukur baju di badan sendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pengurusan Kewangan Remaja’
oleh Noraziah Mohd Amin,
Dewan Siswa, Mac 2017

MUKA SURAT 65 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan punca-punca / faktor-faktor remaja perlu 2
didedahkan dengan pengurusan kewangan di negara kita.
P2 Petikan membincangkan punca-punca / faktor-faktor remaja perlu 2
didedahkan dengan pengurusan kewangan dan panduan untuk
menjayakan perancangan kewangan.
P3 Rumusan membincangkan punca-punca / faktor-faktor remaja perlu 2
didedahkan dengan pengurusan kewangan dan kesannya.

ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 membimbing mereka untuk tidak melakukan aktiviti kewangan yang 2
berisiko
S2 dapat merancang masa depan dengan lebih strategik. 2
S3 tidak akan terbelenggu dengan masalah kekurangan wang 2
S4 dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman 2
pendidikan
S5 Mereka boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk 2
menjalankan perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup
S6 dapat membantunya untuk memulakan pekerjaan 2
S7 boleh menampung perbelanjaan kehidupan harian 2
S8 Mereka juga mampu menjana pendapatan 2

ISI TERSIRAT (Kesan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Melahirkan remaja yang mempunyai matlamat. 2
T2 Remaja lebih bersedia menghadapi masa hadapan. 2
T3 Remaja tidak dibelenggu dengan beban hutang. 2
T4 Kehidupan masa hadapan lebih terjamin. 2
T5 Mengeratkan hubungan sosial dengan orang sekeliling kerana bebas 2
hutang.

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, remaja haruslah dididik dengan pengurusan 2
kewangan agar melahirkan generasi yang berhemat.

MUKA SURAT 66 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kes kebankrapan berdasarkan petikan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa panduan untuk menjayakan perancangan kewangan.


Kemukakan panduan-panduan tersebut.
[3 markah]

(iii) Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam menyemai


pendidikan berkaitan pengurusan kewangan.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah
bagi membantu murid-murid bijak dalam pengurusan kewangan?
[4 markah]

MUKA SURAT 67 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata kes kebankrupan :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Perkara/hal/kejadian kemuflisan 2

SOALAN (ii)
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Setiap kali mempunyai duit berlebihan, jadikannya sebagai bahagian 1
wang yang hendak disimpan
2 Mewujudkan akaun khas. 1
3 Hadkan penggunaan kad kredit 1
4 Bijak membuat keputusan terhadap kewangan. 1

SOALAN (iii) usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi membantu
murid-murid bijak dalam pengurusan kewangan
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Kempen Pengurusan Kewangan 1
2 Pertandingan Simpanan Wang 1
3 Bekerjasama dengan pihak bank untuk kemudahan murid-murid 1
menabung.
4 Penubuhan Kelab / mempergiat aktiviti kelab yang berkaitan dengan 1
keusahawanan.

MUKA SURAT 68 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 18 (JPN TERENGGANU (SET PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN) 2019)


Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-cabaran dalam
melaksanakan konsep pembelajaran maya dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep
pembelajaran maya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platform
pembelajaran maya yang semakin hari semakin pesat dibangunkan oleh syarikat pembelajaran
maya di Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke-21 yang semakin hari
semakin mendapat tempat dalam hati pengguna Internet. Hampir 25 juta pengguna Internet di
Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur lebar dan peranti komunikasi telefon pintar berbanding
dengan pengguna telefon talian tetap dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Namun begitu,
sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet telah menjadi halangan
kepada pelaksanaan pendidikan maya ini.
Berdasarkan perspektif yang berbeza, ibu bapa pada masa ini masih belum dapat
menerima konsep pembelajaran maya sepenuhnya kerana mereka beranggapan bahawa
pembelajaran secara konvensional di dalam kelas lebih efektif. Ibu bapa lebih meyakini guru dapat
memantau perkembangan anak-anak mereka di dalam kelas. Pada masa yang sama, minda
mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baru. Selain itu, masyarakat juga
beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet untuk mengakses laman-laman yang
tidak bermanfaat. Hal ini dibuktikan dengan peratus penggunaan Internet untuk pengisian hiburan
seperti permainan dalam talian dan sembang amat tinggi dalam kalangan murid. Natijahnya, ramai
murid yang mengabaikan pelajaran dan terlibat dengan perkara-perkara negatif.
Menerusi platform pendidikan maya, murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi
jaguh siber yang membazirkan masa semata-mata. Mereka juga dapat memasuki alam
pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform pendidikan maya. Selain itu, platform ini mampu
mempertingkatkan kefahaman dan kualiti pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama, ibu
bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya dengan muridnya dalam bidang akademik.
Hal ini dikatakan demikian kerana masalah ini akan mengekang perkembangan prestasi akademik
anak-anak mereka.
Persoalannya, mampukah murid-murid di Malaysia untuk mendepani serta
memanfaatkan konsep pembelajaran maya pada hari ini? Hal ini berlaku kerana platform
pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk dan operasinya memerlukan kos yang tinggi.
Murid-murid milenium ini yang mudah berasa bosan juga mahu maklumat diperoleh secepat
mungkin dengan konsep maklumat di hujung jari. Namun begitu, kekurangan dalam pembelajaran
maya juga ialah murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet. Situasi ini tidak
seharusnya berlaku kerana pakej perkhidmatan jalur lebar dan peranti mampu milik sudah lama
bertapak di negara kita. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia perlu seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat agar negara kita mampu bersaing di peringkat global.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Konsep Pembelajaran Maya’
Majalah Pendidik, November 2018

MUKA SURAT 69 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan- 2
rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya di
negara kita / di Malaysia / di sekolah / di institusi pengajian.
P2 Petikan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan- 2
rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan
faedah yang diperoleh seseorang murid.
P3 Rumusan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan- 2
rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan
inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya.
P4 Rumusan / Petikan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / 1
rintangan-rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran
maya.
P5 Petikan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan- 1
rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan
inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya.
P6 Petikan / Rumusan membincangkan cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep 0
pembelajaran maya / dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran
maya.

ISI TERSURAT (Cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet 2
S2 ibu bapa pada masa ini masih belum dapat menerima konsep pembelajaran maya 2
sepenuhnya
S3 minda mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baru 2
S4 masyarakat juga beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet 2
S5 ibu bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya dengan muridnya 2
S6 platform pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk 2
S7 operasinya memerlukan kos yang tinggi 2
S8 murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet 2

ISI TERSIRAT (Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Kerajaan memperbanyak pusat Internet secara percuma 2
T2 Kerajaan meningkatkan keupayaan Internet 2
T3 Kerajaan menyediakan peralatan / peranti di sekolah 2
T4 Peniaga / pengeluar menawarkan harga peranti / pakej Internet yang murah 2
T5 Ibu bapa menyediakan peranti / kemudahan Internet di rumah 2
T6 Pihak sekolah memperkasakan penggunaan Frog VLE di sekolah 2
T7 Media massa menguar-uarkan kepentingan pendidikan maya 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong / bekerjasama pelaksanaan konsep 2
pembelajaran maya agar dapat melahirkan modal insan / murid cemerlang /
memajukan pendidikan negara.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong / bekerjasama pelaksanaan konsep 1
pembelajaran maya.

MUKA SURAT 70 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata lebih efektif.


[2 markah]

(ii) Menerusi platform pendidikan maya, pengarang mengemukakan beberapa faedah yang
diperoleh seseorang murid.
Nyatakan faedah-faedah tersebut.
[3 markah]

(iii) Murid dapat memperoleh pelbagai maklumat daripada Internet untuk meningkatkan
pengetahuan mereka.
Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara lain untuk memperoleh maklumat.
[4 markah]

MUKA SURAT 71 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata lebih efektif :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) sangat / amat berkesan 2
(ii) lebih berkesan 1
(iii) sangat / amat efektif 1

SOALAN (ii) Faedah-faedah :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi jaguh siber 1
2 memasuki alam pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform 1
pendidikan maya
3 mampu mempertingkatkan kefahaman 1
4 mampu mempertingkatkan kualiti pembelajaran 1

SOALAN (iii) Cara-cara lain untuk memperoleh maklumat


ISI JAWAPAN MARKAH
1 membaca buku / akhbar / majalah 1
2 menghadiri kelas / kuliah / seminar / kursus 1
3 bertanya / berbincang dengan guru / rakan / orang-orang tua 1
4 lawatan bermaklumat / melancong 1
5 menonton televisyen / mendengar radio 1
6 pemerhatian / kaji selidik 1

MUKA SURAT 72 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 19 (JPN TERENGGANU 2019)


Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang insentif-insentif menyimpan dalam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap ibu bapa pasti mempunyai impian dan harapan untuk melihat anak mereka berjaya
melanjutkan pengajian ke menara gading selepas menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah. Namun
begitu, ibu bapa sering memikirkan masalah apabila anak-anak mereka mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran terutamanya tentang kos yang tinggi untuk membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup
anak-anak di universiti. Dalam hal ini, perancangan kewangan untuk anak-anak sejak kecil merupakan
perkara paling penting dalam merealisasikan impian berkenaan. Sehubungan dengan itu, amalan
menabung yang diamalkan oleh ibu bapa akan membantu mereka membiayai kos pendidikan yang
sempurna untuk anak-anak.
Kini, pelbagai institusi kewangan menawarkan perkhidmatan tabungan atau simpanan yang
menjanjikan pulangan dividen yang tinggi tetapi ibu bapa perlu berhati-hati dalam membuat simpanan
dan bijak memilih pelan tabungan terbaik untuk anak-anak mereka. Skim Simpanan Pendidikan Nasional
(SSPN) merupakan satu pilihan terbaik untuk ibu bapa menabung. Simpanan ini merupakan pelan
tabungan pendidikan patuh syariah terbaik yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Selain itu, SSPN menawarkan dividen simpanan kompetitif pada setiap tahun dengan kadar 4
peratus. Perolehan daripada dividen ini dapat meningkatkan jumlah simpanan. Tambahan pula, skim ini
dijamin oleh kerajaan dan penyimpan mempunyai risiko yang paling minimum dari segi keselamatan
wang simpanan mereka.
Satu perkara yang kurang diketahui oleh penyimpan SSPN ialah simpanan ini turut
menawarkan manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal seperti penyakit jantung, barah, diabetes, hipertensi
dan penyakit buah pinggang. Hal ini menyebabkan ibu bapa tidak perlu menampung kos rawatan anak-
anak di universiti sekiranya mereka jatuh sakit. SSPN juga menawarkan manfaat perlindungan
kemalangan sehingga RM1 juta dan khairat kematian kepada penyimpan, pasangan dan sehingga tiga
orang anak. Walaupun manfaat ini tidak akan dinikmati oleh penyimpan sepenuhnya, tetapi sekurang-
kurangnya dapat meringankan bebanan ahli keluarga dalam meneruskan kehidupan. Bagi menggalakkan
masyarakat menabung dalam SSPN, kerajaan telah mengumumkan satu insentif paling menarik semasa
pembentangan Belanjawan Tahun 2019, iaitu pelepasan taksiran cukai pendapatan pada setiap tahun
kepada penyimpan sehingga RM8,000.00. Aspek pelepasan cukai ini sepatutnya diambil kira oleh ibu
bapa dalam membuat sebarang pelaburan atau caruman kerana pelepasan cukai dapat mengurangkan
jumlah cukai yang perlu dibayar pada setiap tahun dan mengukuhkan kewangan mereka.
Oleh itu, SSPN ialah instrumen simpanan terbaik yang wajar dipilih oleh ibu bapa, terutama
bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kerajaan dilihat komited dalam meneruskan
usaha menambah baik manfaat apabila mencarum dalam SSPN dengan cara ibu bapa boleh mencarum
secara bulanan serendah RM30.00 sebulan bagi setiap anak dan boleh dilakukan dengan cara potongan
gaji atau arahan bank. Jelas sekali, ibu bapa perlu merebut peluang yang ditawarkan oleh kerajaan demi
masa hadapan anak-anak mereka bagi tujuan menyiapkan mereka dalam menanggung kos pengajian
yang semakin meningkat.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Rebut Tawaran Terbaik Menabung dalam SSPN’
oleh Puteri Atikah Farhanah Mohd Ruzaidi
Berita Harian, 5 Disember 2018
MUKA SURAT 73 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / manfaat- 2
manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada penyimpan.
P2 Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / manfaat- 2
manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan masalah yang difikirkan ibu bapa apabila
anak-anak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti.
P3 Rumusan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / manfaat- 2
manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya.
P4 Rumusan / Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / 1
manfaat-manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
P5 Petikan membincangkan kepentingan-kepentingan / kebaikan-kebaikan / manfaat- 1
manfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan menyimpan dalam Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya.
P6 Petikan / Rumusan insentif-insentif menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan 0
Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya.

ISI TERSURAT (Insentif-insentif menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN))
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 pelan tabungan pendidikan patuh syariah 2
S2 menawarkan dividen simpanan kompetitif pada setiap tahun dengan kadar 4 peratus. 2
S3 dijamin oleh kerajaan 2
S4 menawarkan manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal 2
S5 menawarkan manfaat perlindungan kemalangan sehingga RM1 juta 2
S6 khairat kematian kepada penyimpan, pasangan dan sehingga tiga orang anak 2
S7 pelepasan taksiran cukai pendapatan pada setiap tahun kepada penyimpan sehingga 2
RM8,000.00
S8 ibu bapa boleh mencarum secara bulanan serendah RM30.00 sebulan bagi setiap anak 2

ISI TERSIRAT (Kekangan-kekangannya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 masyarakat tidak mengetahui / tiada pendedahan tentang skim ini 2
T2 kemampuan kewangan untuk menabung / wang tidak mencukupi 2
T3 tidak mempunyai kesedaran kepentingan menabung 2
T4 lebih mementingkan keperluan / kehendak lain 2
T5 tidak berminat untuk menabung dalam skim ini 2
T6 pengurusan kewangan yang lemah 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, masyarakat perlu menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan 2
Nasional (SSPN) agar kehidupan lebih terjamin.
K2 Kesimpulannya, masyarakat perlu menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan 1
Nasional (SSPN).

MUKA SURAT 74 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai risiko.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa masalah yang difikirkan oleh ibu bapa apabila
anak-anak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti.
Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[3 markah]

(iii) Selain menabung untuk anak-anak, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan
oleh ibu bapa untuk menjamin kehidupan anak-anak pada masa hadapan?
[4 markah]

MUKA SURAT 75 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mempunyai risiko :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) mendatangkan / menimbulkan / mengundang kesan / implikasi / impak 2
/ akibat
(ii) mendatangkan / menimbulkan / mengundang risiko 1
(iii) mempunyai kesan / implikasi / impak / akibat 1

SOALAN (ii) Masalah-masalah :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 kos yang tinggi untuk membiayai yuran pengajian 1
2 kos sara hidup anak-anak di universiti 1
3 ibu bapa tidak perlu memikirkan masalah untuk menampung kos 1
rawatan anak-anak di universiti sekiranya mereka jatuh sakit

SOALAN (iii) Persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menjamin
kehidupan anak-anak pada masa hadapan
ISI JAWAPAN MARKAH
1 memberikan pendidikan 1
2 menyediakan rumah / tempat tinggal 1
3 memastikan kesihatan anak-anak terjaga 1
4 mencari pasangan hidup yang sesuai 1
5 menentukan / membimbing hala tuju kerjaya 1
6 memastikan aspek keselamatan anak-anak 1

MUKA SURAT 76 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 20 (YAYASAN ISLAM Kelantan (YIK) 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa
dalam mengatasi penurunan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian
akademik kepada pelajar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kebanyakan ibu bapa di negara ini amat mementingkan pencapaian akademik anak
mereka. Namun belakangan ini, banyak masalah yang mengganggu pencapaian akademik pelajar
seperti masalah tidak minat belajar. ponteng sekolah. dan masalah disiplin. Masalah ini perlu
ditangani dengan segera supaya tidak menular sehingga menggugat pembangunan modal insan
di negara ini. Masalah tidak minat terhadap pelajaran bukan sahaja menyebabkan masa depan
pelajar menjadi suram malah boleh menjejaskan nilai moral. Hal ini dikatakan demikian kerana
pelajar yang tidak minat terhadap pelajaran banyak terlibat dalam kes jenayah terutamanya bagi
pelajar yang suka ponteng sekolah.
Menurut kajian pakar psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga menyebabkan
seseorang anak itu tidak mempedulikan pencapaian akademiknya dan melakukan vandalisme
malah terjerumus dalam kegiatan jenayah. Begitu juga dengan ibu bapa yang sibuk mengejar
kemewahan hidup tidak akan dapat mendidik anak dengan sempurna. Tambahan pula, perubahan
sistem sosial dan persekitaran mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak, menyebabkan
mereka melakukan perbuatan negatif. bersikap agresif dan enggan mendengar nasihat. Hal ini
akan mengecewakan ibu bapa mereka.
Bagi mengatasi masalah kemerosotan pencapaian akademik ini, ibu bapa perlu
memberikan tumpuan kepada punca berlakunya kemerosotan tersebut. Apabila mengetahui
puncanya akan memudahkan masalah itu diatasi. Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka
amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ibu bapa juga perlu mengutamakan
kebahagiaan rumah tangga dan mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan
hubungan kekeluargaan kerana anak-anak ialah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai.
Dalam dunia realiti, keluarga yang bahagia tidak semestinya melahirkan anak-anak
yang bijak. Namun dengan cara menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni
di sumping mendidik anak-anak dengan cara banyak meluangkan masa bersama dengan mereka
seperti ketika belajar dan beriadah akan dapat membuahkan hasil yang positif. Tidak kurang
pentingnya juga ialah ibu bapa perlu mempelajari cara-cara yang berkesan untuk membimbing
anak-anak. Ibu bapa juga perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah
emosi mereka. Jelaslah bahawa dalam usaha melahirkan generasi cemerlang, segala usaha perlu
bermula daripada institusi keluarga kerana mereka merupakan tonggak penting dalam sesebuah
keluarga.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Dilema Kemerosotan Pencapaian Akademik’
oleh Tam Cai Lian,
Dewan Masyarakat, April 2009

MUKA SURAT 77 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan 0
pencapaian akademik pelajar
P2 Petikan membincangkan tugas/ tanggungjawab ibu bapa dalam mengatasi 2
kemerosotan pencapaian akademik pelajar sekolah di Malaysia
P3 Rumusan ini / Rumusan membincangkan tugas / tanggungjawab ibu bapa dalam 2
mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan
pencapaian akademik bagi masa depan pelajar
P4 Rumusan ini / Rumusan membincangkan tugas / tanggungjawab ibu bapa dalam 0
mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar.

ISI TERSURAT (peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar)
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada punca berlakunya kemerosotan 2
tersebut.
S2 Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam menentukan 2
kejayaan anak- anak.
S3 Ibu bapa perlu mengutamakan kebahagiaan rumah tangga. 2
S4 Mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan hubungan 2
kekeluargaan.
S5 Menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni. 2
S6 Mendidik anak- anak dengan cara meluangkan masa lebih banyak bersama 2
mereka
S7 Ibu bapa perlu mempelajari cara- cara berkesan untuk membimbing anak – anak 2
S8 Ibu bapa perlu mendengar keluhan anak-anak 2

ISI TERSIRAT (kepentingan pencapaian akademik bagi masa depan pelajar)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Masa depan pelajar akan terjamin 2
T2 Pelajar dapat menjawat jawatan yang tinggi 2
T3 Cita-cita dan impian pelajar akan dicapai 2
T4 Pelajar mampu memenuhi peluang kerja yang ditawarkan oleh kerajaan / majikan 2
T5 Pelajar dapat bersaing di peringkat global 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan sebaik- 2
baiknya agar generasi berilmu akan dapat dilahirkan dalam masyarakat.
K2 Kesimpulannya, pihak ibu bapa perlu mengambil berat masalah penurunan 2
pencapaian akademik anak- anak supaya / agar masa depan anak- anak
terjamin.
K3 Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha untuk mengatasi penurunan 2
pencapaian akademik pelajar agar melahirkan pelajar yang cemerlang.

MUKA SURAT 78 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menjejaskan nilai moral.


[2 markah]

(ii) Pengarang berpendapat bahawa terdapat pelbagai punca anak-anak mereka melakukan
perbuatan negatif.
Apakah punca-punca tersebut?
[3 markah]

(iii) Banyak cara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dalam meningkatkan pencapaian
akademik mereka.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk
meningkatkan pencapaian akademik mereka?
[4 markah]

MUKA SURAT 79 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menjejaskan nilai moral :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Merosakkan / mengganggu / menggugat kualiti diri / harga diri / 2
meninggalkan kesan tidak baik

SOALAN (ii) Punca anak- anak mereka melakukan perbuatan negatif :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Masalah perhubungan dalam keluarga 1
2 Ibu bapa yang sibuk mengejar kemewahan hidup tidak akan dapat 1
mendidik anak- anak dengan sempurna
3 Perubahan sistem sosial dan persekitaran yang mudah mempengaruhi 1
tingkah laku anak- anak

SOALAN (iii) usaha- usaha yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan
pencapaian akademik mereka
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Mereka perlulah belajar bersungguh sungguh sehingga mendapat 1
keputusan cemerlang
2 Merekan hendaklah tidak mudah berputus asa supaya memperoleh 1
kejayaan
3 Mereka perlulah sentiasa berbincang dengan kawan- kawan / 1
mengadakan kumpulan belajar agar mampu meningkatkan
pencapaian akademik
4 Mereka perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan Allah untuk 1
memohon restu

MUKA SURAT 80 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 21 (PPD KOTA MARUDU, SABAH 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memupuk
pengurusan kewangan dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk pengurusan
kewangan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada masa ini, kehidupan manusia dipermudahkan dengan adanya objek yang dicipta
daripada kertas atau logam yang digelar ‘wang’ dan tidak mustahil juga wang dapat menjadikan
masyarakat begitu sengsara sehingga ada yang dikategorikan sebagai muflis. Remaja sebagai
golongan yang baru berjinak-jinak untuk menguruskan perbelanjaan sendiri harus mengambil
langkah yang bijak dan pengendalian kewangan yang cekap kerana menjanjikan pelbagai
kebaikan kepada mereka. Terdapat 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan di bawah
umut 25 tahun yang direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama yang menjadikan
mereka muflis ialah ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri didorong kegagalan
perancangan kewangan yang baik dan kurangnya pendidikan kewangan. Antara strategi
perbelanjaan secara bijak termasuklah mengelakkan perbelanjaan tidak berkepentingan seperti
membeli barangan mewah kerana ikutan rakan sebaya atau peniruan trend golongan muda terkini
yang gemar menayangkan kemewahan.
Untuk memupuk pengurusan kewangan yang berhemah, remaja seharusnya melakukan
tabungan yang sistematik dan berterusan. Walaupun remaja mempunyai aliran masuk wang
daripada sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa, remaja yang cekap menguruskan
kewangannya tidak akan menghadapi masalah. Secara umumnya, remaja perlu mempraktikkan
sikap berjimat cermat dan pandai mencari ruang menambahkan wang yang semakin susut.
Amalan membelanjakan wang secara ekonomi ini memerlukan perancangan belanjawan yang
bijak seperti melakukan pembelian secara pukal dengan berkongsi bersama-sama rakan atau
ketika berlangsungnya jualan murah. Di samping itu, pemilihan kedai yang tepat untuk harga yang
berpatutan juga perlu dilakukan oleh remaja.
Remaja boleh menampung perbelanjaan kehidupan harian sebagai pelajar dengan
menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan sampingan seperti perniagaan kecil-
kecilan. Sebagai contoh, pelajar institusi pengajian tinggi yang layak mendapat kad debit pelajar
berjumlah RM250 yang menggantikan Baucar Buku 1 Malaysia boleh meringankan beban
pembelian buku dan alat tulis. Selain itu, remaja juga boleh bekerja secara sambilan selepas kelas
tamat atau ketika cuti semester. Sehubungan dengan itu, penjanaan wang turut dapat dilakukan
dengan menggunakan bakat serta kemahiran yang ada seperti mengambil upah dengan
menghasilkan lukisan video grafik dan laman sesawang. Oleh itu, setiap remaja disarankan
mendalami ilmu pengurusan kewangan yang berkesan.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Pengurusan Kewangan Remaja’
Oleh Noraziah Mohd Amin,
Dewan Siswa, Mac 2017)

MUKA SURAT 81 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/inisiatif- 2
inisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan memupuk pengurusan
kewangan dalam kalangan remaja di Malaysia.
P2 Rumusan ini membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/ kaedah- 2
kaedah/pendekatan-pendekatan memupuk pengurusan kewangan dalam
kalangan remaja dan kepentingan memupuk pengurusan kewangan.
P3 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/ kaedah- 1
kaedah/pendekatan-pendekatan memupuk pengurusan kewangan dalam
kalangan remaja.
( tiada sasaran/lokasi)
P4 Petikan membincangkan cara-cara memupuk pengurusan kewangan 0
dalam kalangan remaja di negara ini/Malaysia
P5 Rumusan ini membincangkan cara-cara memupuk pengurusan kewangan 0
dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk pengurusan kewangan.

ISI TERSURAT (Cara-cara)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Mengelakkan perbelanjaan tidak berkepentingan 2
S2 Remaja seharusnya melakukan tabungan yang sistematik dan berterusan 2
S3 Remaja perlu mempraktikkan sikap berjimat cermat 2
S4 Remaja perlu pandai mencari ruang menambahkan wang yang semakin 2
susut
S5 Remaja melakukan pembelian secara pukal 2
S6 Pemilihan kedai yang tepat untuk harga yang berpatutan oleh remaja 2
S7 Remaja boleh menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan 2
sampingan
S8 Remaja juga boleh bekerja secara sambilan 2

ISI TERSIRAT (kepentingan memupuk pengurusan kewangan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Menggelakkan pembaziran wang 2
T2 Mengurangkan beban hutang 2
T3 Menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi 2
T4 Meringankan beban ibu bapa 2
KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, remaja perlulah menyedari cara-cara memupuk 2
pengurusan kewangan diri agar tidak menyusahkan ibu bapa.

K2 Kesimpulannya, remaja harus memupuk pengurusan kewangan agar 2


melahirkan pengguna yang bijak.

MUKA SURAT 82 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata penjanaan wang.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa faktor yang menjadikan remaja muflis.


Apakah faktor-faktor tersebut?
[3 markah]

(iii) Remaja digalakkan bekerja secara sambilan untuk menampung kekurangan wang tetapi
bimbang menjejaskan prestasi akademik.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh remaja yang
memilih untuk bekerja secara sambilan dengan tidak menjejaskan pelajaran?
[4 markah]

MUKA SURAT 83 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata pinjaman wang :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Penghasilan duit 2

SOALAN (ii) Faktor-faktor yang menjadi remaja muflis :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri yang didorong 1
kegagalan perancangan kewangan yang baik dan kurangnya
Pendidikan kewangan
2 ikutan rakan sebaya 1
3 peniruan trend golongan muda terkini yang gemar menayangkan 1
kemewahan

SOALAN (iii) perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh remaja yang memilih untuk bekerja
secara sambilan dengan tidak menjejaskan pelajaran
ISI JAWAPAN MARKAH
1 mendapatkan masa rehat yang cukup supaya boleh fokus dalam 1
kelas
2 meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman agar dapat 1
mengikutinya
3 menyediakan jadual belajar yang sistematik supaya tidak 1
menjejaskan akademik
4 bekerja dengan masa yang minimum agar tidak mendatangkan 1
keletihan

MUKA SURAT 84 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 22 (PPD BARAM, SARAWAK 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif
penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya


memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan
menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi
maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi
inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.
Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu.
Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu
bangsa jelas menunjukkan bahawa Internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara yang
mendatangkan pelbagai keburukan. Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa
sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini
telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baharu ini.
Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan Internet sering dijadikan
wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.
Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang
diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan
pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Selain itu, rangkaian ini juga
digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain kerana iklan itu
melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan wanita dan menarik cita rasa kanak-
kanak. Kebebasan penyebaran maklumat ini menyebabkan Internet digunakan untuk
menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut
menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan
hak asasi.
Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa izin
pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara
ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut tertumpu
terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet
menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar amalan budaya dan
moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan Internet.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Penggunaan Internet: Kesan kepada Pengguna”
oleh Salmah Ali
Majalah Siswa,Jun 2012

MUKA SURAT 85 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Rumusan ini membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk / implikasi 2
negatif penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung
penyalahgunaannya.
P2 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk / implikasi 2
penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat di negara kita / Malaysia.
P3 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk penggunaan 1
Internet.
P4 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk penggunaan 1
Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.
P5 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak buruk penggunaan 0
Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.
P6 Petikan membincangkan masalah-masalah penggunaan Internet dan langkah- 0
langkah untuk membendung penyalahgunaannya.
ISI TERSURAT (Kesan negatif Internet)
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Internet menyebarkan imperialisme yang meruntuhkan nilai budaya / moral. 2
S2 Internet dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral dan secara talian 2
terus.
S3 Internet menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah 2
negara.
S4 Internet menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta penerbitan. 2
S5 Internet menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain. 2
S6 Internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap 2
kerajaan / organisasi tertentu.
S7 Internet menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang 2
harta intelek dan kebebasan hak asasi.
S8 Jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku. 2
S9 Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. 2
S10 Internet sering mencabar amalan budaya dan moral. 2
ISI TERSIRAT (Langkah membendung untuk penyalahgunaan Internet)
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Ibu bapa memberi pendidikan / membimbing anak melayari Internet secara sihat. 2
T2 Ibu bapa memantau / menapis laman yang dilayari oleh anak-anak. 2
T3 Kerajaan menggubal akta / undang-undang mengharamkan penyebaran karya 2
cetak rompak dalam Internet / memperketat undang-undang jenayah siber.
T4 Kerajaan menyekat akses ke laman web yang negatif. 2
KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, penggunaan Internet perlu dikawal agar penyebaran bahan yang 2
menyalahi norma masyarakat dapat dielakkan.
K2 Konklusinya, semua pihak perlu mengawal penyalahgunaan Internet agar dapat 2
melahirkan masyarakat minda kelas pertama.
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu membendung kesan negatif penggunaan 1
Internet.

MUKA SURAT 86 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata sering dijadikan wahana.


[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kebaikan Internet.


Nyatakan kebaikan tersebut.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri laman sesawang mata pelajaran yang mampu
menarik minat pelajar? Kemukakan tiga pendapat anda.
[4 markah]

MUKA SURAT 87 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Selalu digunakan sebagai saluran 2

SOALAN (ii) Kebaikan Internet :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Memberikan maklumat tanpa sekatan 1
2 Memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebasnya 1
3 Menjelaskan konsep demokrasi maklumat 1
4 Mengubah cara manusia berkomunikasi 1
5 Sesiapa sahaja dapat menerbitkan bahan dengan kos yang sangat 1
murah
6 Berupaya menyebarkan imej digital 1

SOALAN (iii) Ciri-ciri laman sesawang mata pelajaran yang menarik


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Penerangan yang mudah difahami 1
2 Ilustrasi yang menarik / berwarna-warni / cantik 1
3 Ada ruangan soal jawab / kuiz 1
4 Banyak bahan latihan / nota / contoh 1
5 Percuma untuk dilayari / dimuat turun 1
6 Ada pautan dengan laman web lain yang berkaitan 1
7 Kandungan yang sentiasa dikemas kini 1

MUKA SURAT 88 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 23 (SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2019)


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
penggunaan dron dalam pengurusan hutan dan cara-cara untuk menggalakkan penggunaan
dron . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) ialah pesawat tanpa juruterbang yang dikawal jauh
oleh juruterbang, sama ada juruterbang ini berada di stesen kawalan atau UAV diterbangkan secara
automatik berdasarkan penerbangan praprogram yang dirancang oleh individu yang pakar atau
terlatih sahaja. Belakangan ini, keupayaan dron lebih terserlah setelah ditingkatkan perkakasan
kemudahan rakaman. Lantaran itu, seiring dengan perkembangan teknologi globalisasi pada hari ini,
penggunaan dron menjadi pilihan pengkaji dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan pengurusan
perhutanan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dron dapat diubah suai daripada pelbagai aspek
untuk membantu memberikan hasil yang terbaik.
Aktiviti pengumpulan maklumat lapangan dengan menggunakan dron memerlukan
perancangan kerja yang teliti kerana keadaan keliling kawasan perlu diambil kira. Bagi kawasan hutan
yang agak ekstrem, perancangan yang teliti seperti mengenal pasti keadaan awan, cuaca dan faktor
keliling perlu diambil kira. Dalam konteks ini, pihak Jabatan Perhutanan mengorak langkah dengan
menggunakan dron untuk melakukan kerja pemantauan dan pengurusan hutan. Dron mampu
bergerak dengan jarak yang laju dan jauh, iaitu sehingga 100 kilometer dengan sekali penerbangan.
Oleh hal yang demikian, alat tersebut dapat membantu jabatan ini memantau aktiviti kawasan hutan
dengan lebih sistematik dan berkesan. Sementara itu, penambahan kemudahan rakaman dalam
bentuk audio - visual membolehkan gambar kawasan hutan yang diambil, diolah menjadi data
pelbagai guna seterusnya menambahkan nilai cerapan.
Di samping itu, penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengkaji
kegunaan dron untuk membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan dan kajian keadaan status
kesihatan hutan untuk membolehkan tindak balas terhadap kawasan difokuskan serta tindakan
segera kepada kawasan berimpak, seperti tanah runtuh atau kebakaran, dapat dilakukan.
Berdasarkan hasil awal daripada kajian FRIM, didapati bahawa pengaplikasian dron dengan konsep
perhutanan dapat membantu perolehan data untuk pemetaan yang lebih jitu. Pada masa yang sama,
penggunaan tenaga kerja dalam bidang perhutanan dapat diminimumkan. Bagi aktiviti pemantauan
hutan yang luas, dron jenis sayap kekal digunakan. Dron jenis ini mampu bergerak jauh dan tempoh
penerbangannya lama. Walau bagaimanapun, ada juga kekangan terhadap penggunaan dron jenis ini
dalam aktiviti pemantauan kawasan hutan kerana dron ini memerlukan kawasan untuk berlepas dan
mendarat.
Sektor perhutanan tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi terkini, seperti dron,
dalam pengurusan dan penyelidikan perhutanan. Penggunaan dron oleh Jabatan Perhutanan dalam
pemantauan kawasan hutan, dan oleh FRIM dalam penyelidikan ternyata dapat menjimatkan kos
dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan dron menyumbang aktiviti yang berkaitan dengan
pengurusan hutan secara signifikan. Berdasarkan hasil penggunaan dan penyelidikan, didapati
bahawa dron ialah fenomena baharu dalam sektor perhutanan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dron dalam Pengurusan
Hutan’ oleh Mohd. Izwan Ramlan
Dewan Kosmik, Mac 2017

MUKA SURAT 89 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan manfaat/ kelebihan/keistimewaan/kebaikan penggunaan 2
dron dalam pengurusan hutan di Malaysia/di negara ini.
P2 Petikan membincangkan manfaat/ kelebihan/ keistimewaan/kebaikan pengganan 2
dron dalam pengurusan hutan dan kekangan-kekangan dalam penggunaan dron.
P3 Rumusanmembincangkan manfaat/kelebihan/keistimewaan/kebaikan penggunaan 2
dron dalam pengurusan hutan dan kekangan-kekangan dalam penggunaan dron
P4 Rumusan membincangkan manfaat kelebihan keistimewaan/kebaikan penggunaan 1
dron dalam pengurusan hutan.

P5 Petikan membincangkan manfaat/ kelebihan/ keistimewaan/kebaikan penggunaan 1


dron dalam pengurusan hutan dan kekangan-kekangan dalam penggunaan dron.
P6 Petikan membincangkan faedah-faedah penggunaan dron dalam pengurusan hutan. 0
P7 Rumusan membincangkan faedah-faedah penggunaan dron dalam pengurusan 0
hutan.

ISI TERSURAT (Faedah-faedah penggunaan dron dalam pengurusan hutan)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 dapat diubah suai daripada pelbagai aspek untuk membantu memberikan hasil yang 2
terbaik
S2 mampu bergerak dengan jarak yang laju dan jauh 2
S3 memantau aktiviti kawasan hutan dengan lebih sistematik dan berkesan 2
S4 membolehkan gambar kawasan hutan yang diambil diolah menjadi data pelbagai 2
guna
S5 membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan dan kajian keadaan status 2
kesihatan hutan
S6 dapat membantu perolehan data untuk pemetaan yang lebih jitu 2
S7 penggunaan tenaga kerja dalam bidang perhutanan dapat diminimumkan 2
S8 mampu bergerak jauh dan tempoh penerbangannya lama 2
S9 dapat menjimatkan kos dalam jangka masa yang panjang 2

ISI TERSIRAT (Cara-cara untuk menggalakkan penggunaan dron)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Mengadakan kursus/ latihan/ bengkel / demonstrasi penggunaan dron 2
T2 Harga yang berpatutan di pasaran. 2
T3 Kerajaan menyediakan dana / peruntukan. 2
T4 Memperbanyak pusat penyelenggaraan dron/ servis. 2
T5 Menubuhkan kelab dron 2
T6 Mempelbagai aplikasi penggunaan dron. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bijak menggunakan dron dalam pengurusan 2
hutan supaya/agar kehidupan manusia lebih efisien.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu bijak menggunakan dron dalam pengurusan 1
hutan.
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu bijak menggunakan dron 0

MUKA SURAT 90 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata ditingkatkan perkakasan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa masalah daripada penggunaan dron
dalam pengurusan hutan.
Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[3 markah]

(iii) Dron digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang pada hari ini.
Pada pendapat anda, selain fungsinya merakamkan gambar atau video apakah fungsi-
fungsi dron yang lain?
[4 markah]

MUKA SURAT 91 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata ditingkatkan perkakasan :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Ditambahkan peralatan 2
(ii) Ditambahkan perkakasan 1
(iii) Ditingkatkan peralatan 1

SOALAN (ii) Masalah-masalah :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Keadaan keliling Kawasan perlu diambil kira 1
2 Mengenal pasti keadaan awam, cuaca 1
3 Memerlukan kawasan untuk berlepas dan mendarat 1

SOALAN (iii) Fungsi-fungsi


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Mencari dan menyelamat 1
2 Pengawasan trafik dan cuaca 1
3 Hobi / mengisi masa lapang 1
4 Bantuan memadamkan kebakaran 1
5 Penghantaran barang 1
6 Promosi perniagaan / iklan 1

MUKA SURAT 92 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 24 (PPD SEMPORNA, SABAH 2019)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-cabaran guru
abad ke-21 dan impaknya terhadap pembelajaran murid. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Era teknologi digital abad ke-21 merupakan suatu era perubahan dan juga inovasi yang
berkembang pesat di seantero dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana belum pernah lagi ada
dalam sejarah manusia, kita didedahkan dengan pelbagai maklumat secara terbuka. Dalam
bidang pendidikan, guru dan pelajar boleh mendapatkan akses kepada data dan maklumat di
mana-mana dan pada bila-bila masa dengan sangat mudah. Oleh hal yang demikian, guru pada
abad ke-21 haruslah sedar bahawa pendidikan kini tidak lagi tertumpu kemahiran menghafal
semata-mata. Para guru hendaklah menyedari antara cabaran yang perlu dihadapi ialah cara
belajar untuk menilai dan memanfaatkan maklumat untuk kegunaan seharian.
Agenda utama untuk memastikan transformasi berlaku dalam pendidikan ialah pola
pemikiran guru perlu berubah. Dalam hal ini, para guru perlu mencorakkan pemikirannya berkaitan
kemahiran dan kemenjadian murid. Selain itu, strategi dan kejayaan dalam pembelajaran
sepatutnya berubah lebih sesuai dengan tuntutan zaman sekarang. Dengan adanya banyak media
sosial, sebenarnya telah membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk para guru meningkatkan
perkembangan profesionalisme pendidikan. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk bertukar-tukar idea
dan pendapat tentang aktiviti di dalam kelas. Pada masa yang sama, para guru harus berfikiran
terbuka untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dari serata dunia untuk menambah baik kualiti
pengajaran.
Oleh sebab itu, guru pada era abad ke-21 seyogianya memerlukan kepekaan yang
tinggi bahawa murid mengawal sepenuhnya proses pembelajaran mereka. Prinsip asas dalam
pendidikan adalah melahirkan generasi yang mampu melakukan perkara baharu. Generasi baharu
perlu kreatif, mencipta, menemukan, kritis dan mampu memberi pilihan lain terhadap perkara yang
diberikan kepada mereka. Guru bukan satu-satunya sumber ilmu. Dengan sekian banyak data dan
maklumat daripada Internet boleh diakses, sikap keterbukaan guru dalam menerima maklumat
baharu termasuklah maklumat daripada murid itu sendiri perlu diperkukuh. Dalam hal ini, guru
menyiapkan diri sebagai pemudah cara yang berkesan kepada anak didiknya.
Konklusinya, Internet dan teknologi digital ternyata memberi impak signifikan dalam
membantu murid menyelesaikan tugasan mereka dan mendatangkan kesan positif terhadap
pembelajaran di sekolah. Hal ini, bertepatan dengan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar
untuk mengakses lebih banyak maklumat untuk keperluan pembelajaran mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘ Cabaran Menjadi Guru Abad 21’
Oleh Norhailmi Abdul Mutalib, Pendidik, Mac 2017

MUKA SURAT 93 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan / halangan / kekangan / aral/ rintangan / gangguan guru abad 2
ke-21 di Malaysia
P2 Petikan tentang / halangan / kekangan / aral / rintangan / gangguan guru abad ke- 21 di 2
Malaysia
P3 Rumusan membincangkan / halangan / kekangan / aral/ rintangan / gangguan 2
guru abad ke-21 dan impaknya terhadap pembelajaran murid
P4 Rumusan tentang / halangan / kekangan / aral/ rintangan / gangguan guru 1
abad ke-21 dan impaknya terhadap pembelajaran murid
P5 Rumusan tentang / halangan / kekangan / aral/ rintangan / gangguan guru 1
abad ke-21
P6 Rumusan membincangkan / halangan / kekangan / aral/ rintangan / 1
gangguan guru abad ke-21
P7 Petikan membincangkan tentang ... 0
Rumusan ini membincangkan tentang…
Petikan membincangkan cabaran-cabaran…
Rumusan ini membincangkan cabaran-cabaran…

ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 sedar bahawa pendidikan kini tidak lagi tertumpu kepada kemahiran menghafal semata- 2
mata
S2 cara belajar untuk menilai dan memanfaatkan maklumat untuk kegunaan seharian 2
S3 guru perlu mencorakka pemikirannya berkaita kemahiran da kemenjadian 2
murid
S4 strategi dan kejayaan dalam pembelajaran sepatutnya berubah lebih sesuai 2
dengan tuntutan zaman
S5 guru perlu bersedia untuk bertukar-tukar idea dan pendapat maengenai 2
aktiviti di dalam kelas
S6 berfikiran terbuka untuk berkerjasama dengan guru lain dari serata dunia 2
S7 memerlukan kepekaan yang tinggi bahawa murid mengawal sepenuhnya 2
proses pembelajaran mereka
S8 sikap keterbukaan guru dalam menerima maklumat baharu 2
S9 menyiapkan diri sebagai pemuda cara yang berkesan kepada anak 2
didiknya

ISI TERSIRAT
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 murid proaktif mencari maklumat 2
T2 interaktif Antara murid dapat dilaksanakan 2
T3 motivasi terhadap pelajaran meningkat 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, guru-guru mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kerjaya 2
mereka agar dapat mendidik generasi muda menjadi insan yang cemerlang.
K2 Kesimpulannya, guru-guru mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kerjaya 1
mereka.
K3 Kesimpulannya, guru-guru mestilah tabah 0

MUKA SURAT 94 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berkembang pesat


[2 markah]

(ii) Pengarang berpendapat bahawa Internet dan teknologi digital mempunyai kebaikan-
kebaikan kepada murid. Nyatakan kebaikan-kebaikan tersebut.
[3 markah]

(iii) Bukan guru sahaja bertanggungjawab mendidik murid dalam bidang akademik semata-
mata tetapi warga guru juga berperanan membentuk personaliti dan sahsiah murid-murid
supaya dapat melahirkan modal insan yang seimbang.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar
anak-anak menghormati guru?
[4 markah]

MUKA SURAT 95 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata berkembang pesat :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Bertambah maju 2

SOALAN (ii) Kebaikan Internet dan teknologi kepada murid:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 membantu murid menyelesaikan tugasan mereka 1
2 memberi kesa positif kepada proses pembelajaran di sekolah 1
3 murid dapat mengakses lebih banyak sumber berbanding sebelumnya 1

SOALAN (iii) Usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak menghormati guru
ISI JAWAPAN MARKAH
1 mendidik anak-anak supaya menghormati guru 1
2 sentiasa berbincang dengan guru supaya dapat mengetahui perilaku 1
anak-anak terhadap guru mereka di sekolah.
3 menunjukkan contoh teladan yang baik,iaitu ibu bapa sendiri 1
menghormati guru.
4 menerangkan kepada anak-anak tentang kebaikan menghormati 1
guru

MUKA SURAT 96 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SET 25 (KOLEKSI RAMALAN CIKGU TAN CL)


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang manfaat
pemakanan petai kepada kesihatan dan usaha-usaha untuk mempopularkan amalan
pemakanan petai. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan bau nafas yang kurang
menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh itu, berkemungkinan besar ada yang tidak
menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan pada siang hari ketika waktu bekerja. Petai
merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika, seperti di negara kita Malaysia dan
juga Indonesia. Dengan nama saintifik parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik
ketidakenakan bau nafas, sebenarnya petai sejenis ulam yang banyak memberikan manfaat
kesihatan kepada kita.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, petai ialah sumber gizi penting
terhadap kesihatan manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah petai memiliki
kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah sumber gula semula jadi
yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan
protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada buah epal. Kandungan zat besi yang tinggi
dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia.
Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi stres dan depresi yang kita
alami. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya
berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.
Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri petai yang rendah garam mampu
menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit kardiovaskular. Tekanan darah
yang terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit jantung dan merendahkan risiko gejala strok
di samping mengurangkan masalah migrain. Dalam jurnal perubatan baharu edaran The New
England Journal of Medicine, hasil penelitian turut mengatakan bahawa pemakanan petai secara
teratur mampu melancarkan sistem pencernaan dalam usus. Serat yang banyak terkandung
dalam petai berguna melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan. Bagi yang sering
mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit, pemakanan petai akan dapat membantu
mengurangkan penderitaan sembelit. Dengan amalan pemakanan petai, toksin tubuh yang
mengganggu kesihatan dapat diatasi segera.
Petai juga memiliki manfaat yang pelbagai. Kementerian Kesihatan Malaysia harus
menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti khasiat petai kepada kesihatan
manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana khasiat dalam petai yang mudah dicari di Malaysia
mampu memberikan impak baharu kepada bidang perubatan tradisional. Amalan pemakanan
yang sihat mampu memberikan nikmat kesihatan yang baik dan menyejahterakan kehidupan
manusia.
(Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Khasiat Petai kepada Manusia
dalam blog akademik www.cikgutancl.blog.spot.com)

MUKA SURAT 97 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN Markah
1 Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai kepada 2
kesihatan manusia.
2 Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai kepada 2
kesihatan pengamalnya.
3 Petikan ini membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai 2
kepada kesihatan dan kebaikan daripada penjagaan tekanan darah.
4 Rumusan ini membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai 2
kepada kesihatan dan usaha-usaha untuk mempopularkan amalan pemakanan petai.
5 Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan / kemaslahatan/ faedah pemakanan petai kepada 1
kesihatan
6 Petikan membincangkan manfaat pemakanan petai kepada kesihatan manusia. 0

Isi Tersurat [ 4 hingga 12 markah ]


(manfaat pemakanan petai kepada kesihatan)
S1 sumber gizi penting terhadap kesihatan manusia 2
S2 mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia 2
S3 mengatasi stres dan depresi yang kita alami 2
S4 meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak 2
S5 meningkatkan daya ingatan semasa belajar 2
S6 mampu menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit kardiovaskular 2
S7 melancarkan sistem pencernaan dalam usus 2
S8 melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan 2
S9 mengurangkan penderitaan sembelit 2
S10 toksin tubuh yang mengganggu kesihatan dapat diatasi segera 2

Isi tersirat : (usaha-usaha untuk mempopularkan amalan pemakanan petai)


T1 kerajaan mengadakan kempen amalan pemakanan makanan tradisional 2
T2 ibu bapa menggunakan petai dalam masakan 2
T3 pihak hotel memperkenalkan petai dalam menu 2
T4 pengusaha kantin menyediakan petai dalam sajian 2
T5 Kementerian Kesihatan mengedarkan risalah manfaat petai 2
T6 media massa membicarawarakan khasiat petai dalam rancangan kesihatan 2
T7 pemilik restoran mempromosikan makanan berasaskan petai dengan harga yang berpatutan 2

Kesimpulannya [ 2 markah ]
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah mula makan makanan tradisional seperti petai supaya / agar 2
dapat menjamin kesihatan tubuh badan.
K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah mula makan makanan tradisional. 1
(tidak ada harapan/ kesan / implikasi)
K3 Kesimpulannya, semua pihak haruslah mengkomersialkan penanaman petai. 1
(tidak menyentuh isu)
Kesimpulannya, petai mestilah dimakan mulai hari ini. 0
(tiada pihak yang memainkan peranan)

MUKA SURAT 98 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata toksin tubuh.


[2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kebaikan daripada penjagaan tekanan darah.
Nyatakan kebaikan-kebaikan tersebut.
[3 markah]
(iii) Anak-anak kecil kurang meminati makanan tradisional seperti petai, jering, ulam-ulaman,
dan herba dalam amalan pemakanan mereka.

Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka
mengamalkan pemakanan makanan tradisional?

[4 markah]

MUKA SURAT 99 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 RUMUSAN

SKEMA RUMUSAN
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata toksin tubuh:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) racun tubuh 2

SOALAN (ii) kebaikan penjagaan tekanan darah:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 -menurunkan risiko diserang sakit jantung 1
2 -merendahkan risiko gejala strok 1
3 -mengurangkan masalah migrain 1

SOALAN (iii) peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka mengamalkan
pemakanan makanan tradisional
ISI JAWAPAN MARKAH
1 -memberitahu anak tentang khasiat petai untuk meningkatkan 1
kesedaran mereka
2 -menggunakan herba dan ulam-ulaman dalam masakan yang 1
disediakan di rumah sejak anak kecil lagi
3 -membeli petai dan jering pada setiap minggu sebagai makanan 1
mingguan seisi keluarga
4 -memanfaatkan petai sebagai ulam-ulaman di samping salad dan 1
herba lain

MUKA SURAT 100 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

Anda mungkin juga menyukai