Anda di halaman 1dari 23

Karangan Bahagian B (Unsur KBAT)

Contoh Soalan: Gejala sosial dalam kalangan remaja yang berlaku pada hari ini
berpunca daripada masalah keluarga.Jelaskan masalah keluarga boleh
menyebabkan gejala sosial ini berterusan berlaku dan jalan penyelesaian yang
harus diambil oleh ibu bapa bagi menangani masalah itu .

Cadangan rangka pendahuluan.

 Tema dihubungkan atau dikaitkan dengan isu semasa .


 Contoh gejala sosial yang berlaku kini.
 Buat ayat persoalan tentang tema atau isu .
 Guna ayat peribahasa yang sesuai.
 Gunakan penanda wacana
 Ayat terakhir menjawab dua tugasan soalan yang perlu dikaitkan.

Contoh Penulisan Pendahuluan

Golongan remaja yang terlibat dengan jenayah sering dilaporkan di media massa
utama mutakhir ini. Ada laporan yang menunjukkan bahawa remaja sudah berani
melakukan jenayah-jenayah berat yang tidak masuk akal kewarasan manusia. Antara
kes yang dilaporkan, seperti masalah buli, gengsterisme , dan pembunuhan kejam. Kes
buang bayi dan jenayah ragut yang dilakukan secara kejam amat menyayat hati dan
menyedihkan kita. Oleh sebab itu , siapakah yang harus dipersalahkan? Perlukah kita
menuding jari kepada pihak tertentu atas fenomena ini berlaku ? Kita tidak mahu isu ini
terus menjadi duri dalam daging terhadap keharmonian rumah tangga. Saya
berpendapat bahawa faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja
kerana masalah keluarga itu sendiri. Sesungguhnya, isu keluarga ini harus diperincikan
sedalam-dalamnya agar kita dapat memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik .

Contoh Huraian Idea Kaedah IMBaKUP

Pada pandangan saya, faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan
remaja ialah sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga. (Idea) Hal ini
begitu kerana desakan hidup dunia moden sering memaksa ibu bapa untuk mencari
nafkah bagi menambah pendapatan keluarga. Tambahan pula, cabaran globalisasi yang
semakin menghimpit turut meningkatkan keghairahan ibu bapa untuk mengumpul harta
dan kekayaan. (Mengapakah) Fenomena ini telah menyebabkan ibu bapa yang bekerja
terdorong untuk mengejar kemewahan dan kedudukan mereka sahaja sehinggakan
anak-anak terabai belaian kasih sayangnya. (Bagaimanakah) Oleh sebab itu, ibu bapa

1
haruslah mengubah paradigma mereka daripada mengejar kemewahan dan kebendaan
kepada memberikan ruang terhadap kepentingan keluarga .Sebagai contoh, ibu bapa
yang bekerjaya haruslah bijak menguruskan masa mereka tanpa mengabaikan
tanggungjawab terhadap anak-anak. (Kesan )Fenomena ini turut dinyatakan oleh Dr.
Syukri Abdullah, iaitu pakar motivasi tersohor negara.Beliau menyatakan bahawa
sekiranya ibu bapa mempunyai sistem pengurusan hidup yang cemerlang maka
kehidupan keluarga juga turut lebih cemerlang .(Ungkapan Menarik/ Ayat
Tokoh)Hakikatnya, saya beranggapan bahawa keprihatinan ibu bapa terhadap masa
bekerja dan masa bersama-sama keluarga adalah sangat signifikan dalam menangani
masalah ini daripada terus menggugatkan kedamaian rumah tangga.
( Penegasan)

Contoh Penulisan Kesimpulan

Walhasil, gejala sosial merupakan satu penyakit yang akan membawa kerosakan
dan kehancuran kepada murid , masyarakat dan negara. Fenomena ini telah
menimbulkan kebimbangan dan kerisauan kepada semua warganegara dan masalah ini
perlu ditangani secara bijaksana dan bersepadu oleh pihak yang bertanggungjawab.
(Pandangan) Tegasnya, semua pihak memerlukan anjakan pemikiran dan sikap yang
progresif serta proaktif bagi menangani gejala sosial ini. Sikap yang berat sama dipikul
dan yang ringan sama dijinjing haruslah disepadukan dalam diri setiap insan.(Cadangan
) Murid-murid sebenarnya merupakan tunggak dan pelapis kepimpinan negara pada
masa hadapan. Pada umumnya, merekalah yang akan menjadi generasi pewaris bangsa
yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk pembangunan negara dan seterusnya
dapat merealisasikan hasrat murni pemimpin negara nanti. (Harapan)

Latihan Karangan KBAT 1


Kecemerlangan dalam sesuatu peperiksaan merupakan matlamat utama bagi seseorang
murid. Sebagai seorang murid yang ingin berjaya dalam peperiksaan, terdapat pelbagai
cabaran yang terpaksa dihadapi. Huraikan usaha-usaha yang harus anda lakukan untuk
menghadapi cabaran tersebut agar hasrat anda tercapai.
Pendahuluan

o Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup .


o Mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
o Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai
o Keputusan peperiksaan yang cemerlang akan menjamin masa hadapan .
o Kata orang tua-tua,'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.’
o Persoalannya, apakah cabaran yang perlu saya hadapi?
o Usaha-usaha yang sepatutnya saya lakukan untuk berjaya dalam peperiksaan ?

2
I : Sukar memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar.

M :Gangguan daripada rakan yang malas belajar. Kehidupan keluarga yang bermasalah
telah memberikan tekanan.
Ba:Terlibat aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
Menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru. Bertanya kepada
guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami.
K : Sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk. Dapat mengingati apa-
apa
yang disoal atau ditanya oleh guru. Akan bersikap positif untuk membetulkan
kesilapan
terdahulu.
U /AT:"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan
satu kesalahan lagi." Kata Confucius.
P :Tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan menyiapkan segala kerja rumah
amat penting.

I :Sukar menguruskan masa belajar secara efisien

M:Tiada pengalaman atau kemahiran menyediakan jadual belajar. Gangguan hiburan


dan penggunaan telefon pintar.
Ba:Berbincang dengan guru atau ibu bapa untuk menyediakan jadual belajar.Mengikuti
jadual yang dibuat dengan sebaik-baiknya.Membuat ulang kaji secara berterusan.Ada
jadual belajar untuk kumpulan perbincangan.
K: Mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat nota dan latihan.Dapat
menghabiskan semua tajuk pelajaran. Tidak ketinggalan dalam pelajaran. Akan biasa
dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan
U:Alah bisa tegal biasa.
P: Pengurusan masa yang cekap membantu kejayaan.

I : Kurang terlibat dalam program kecemerlangan dan motivasi

M: Tiada pendedahan maklumat tentang kelebihan program. Kos menyertai program


mahal.
Ba:Menyertai bengkel dan ceramah yang diadakan di sekolah.Mengikuti program
motivasi
yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Terlibat dalam program akademik yang
dijalankan K: Didedahkan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya
dalam
peperiksaan.Meningkatkan semangat dan keyakinan untuk menduduki peperiksaan.
Bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa.
U/AT: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. "Perjalanan seribu batu
3
bermula dari satu langkah." Kata Lao Tze.
P: Membantu untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan

I : Nasihat daripada kedua-dua ibu bapa tidak dipatuhi.

M:Sikap remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya. Kurang mendapat didikan agama
sejak kecil.
Ba:Sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa.Mendengar nasihat mereka untuk
belajar bersungguh-sungguh.
K: Berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang.Mendapat restu
daripada ibu bapa.
U: Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang
taat kepada ibu bapa.” Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat
buah melayang jauh, tampuk dilupakan.
P: Saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa .

Kesimpulan

P: Kejayaan dalam peperiksaan diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita
pada malam-malam yang gelap-gelita.

C: Setiap cabaran itu akan saya hadapi dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai
seorang pelajar. Setiap langkah yang dicadangkan itu perlu dilakukan dengan penuh
iltizam.Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

P: Belajar bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu mampu untuk mencapai kecemerlangan


dalam peperiksaan ,ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

Karangan Lengkap 1

Kecemerlangan dalam sesuatu peperiksaan merupakan matlamat utama bagi


seseorang murid. Sebagai seorang murid yang ingin berjaya dalam peperiksaan,
terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi. Huraikan usaha-usaha yang
harus anda lakukan untuk menghadapi cabaran tersebut agar hasrat anda tercapai.
Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang semakin mencabar kini.Satu aspek penting
yang harus ada dalam diri murid ialah keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. Namun, kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang mudah
untuk dicapai kerana pengorbanan dan usaha yang berterusan adalah sentiasa wujud
dalam diri. Tidak dinafikan bahawa keputusan peperiksaan yang cemerlang akan
menjamin masa hadapan .Pengumuman calon cemerlang SPM tahun 2016 pastinya
4
membakar semangat bagi calon SPM untuk tahun 2017 pula untuk dinobatkan calon
cemerlang nanti. Benarlah kata orang tua-tua,' sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada berguna, jika saya hanya berpeluk tubuh menunggu detik peperiksaan SPM
tiba.Persoalannya, apakah cabaran yang perlu saya hadapi dalam menempuh liku-liku
kehidupan semasa menjelang peperiksaan? Sesungguhnya, saya juga haruslah
melakukan pelbagai usaha bagi menangani setiap cabaran agar impian saya untuk
cemerlang dalam peperiksaan SPM akan tercapai dengan jayanya.
Cabaran pertama yang perlu saya hadapi ialah kesukaran untuk memberikan
perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Masalah ini berlaku kerana saya
sering menerima gangguan daripada rakan yang malas belajar. Kehidupan keluarga saya
bermasalah telah menambahkan tekanan untuk saya mengikuti pembelajaran yang
disampaikan oleh guru. Oleh sebab itu, saya harus menguatkan azam dan tekad untuk
terlibat aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.
Seterusnya, saya juga haruslah menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh
guru-guru. Yang paling penting , saya perlulah sentiasa bertanya kepada guru-guru
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami. Sebagai impaknya,
sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk. Saya juga dapat mengingati
apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru .Dalam erti kata yang lain, saya akan
bersikap positif untuk membetulkan kesilapan terdahulu agar tidak berulang
kembali.Confusis ada menyatakan bahawa ‘Seseorang yang melakukan kesalahan dan
tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.’ Hakikatnya, kesukaran
untuk menerima ilmu daripada guru haruslah ditangani dengan memberikan tumpuan
ketika guru-guru sedang mengajar dan menyiapkan segala kerja rumah agar saya akan
lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan nanti.
Kesukaran saya menguruskan masa belajar secara efisien juga merupakan
cabaran yang perlu ditempuhi untuk berjaya dengan cemerlang. Hal ini berlaku kerana
saya tiada pengalaman atau kemahiran menyediakan jadual belajar. Gangguan hiburan
dan penggunaan telefon pintar. Dengan demikian, saya haruslah berbincang dengan
guru atau ibu bapa untuk menyediakan jadual belajar. Saya juga perlulah mengikuti
jadual yang dibuat dengan sebaik-baiknya. Jadual yang disediakan itu membolehkan
saya membuat ulang kaji secara berterusan .Seterusnya saya memiliki jadual belajar
untuk kumpulan perbincangan di luar waktu persekolahan. Sebagai kesannya, saya
mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat nota dan latihan. Seterusnya , saya
dapat menghabiskan semua tajuk pelajaran dan tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Ketika menjawab soalan peperiksaan nanti, saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan
yang akan ditanya . Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa akan
saya lakukan jika terus berusaha untuk menjawab soalan yang sukar. Hakikatnya,
pengurusan masa yang cekap akan membantu kejayaan yang lebih cemerlang dalam
peperiksaan nanti.

Program kecemerlangan dan motivasi yang sepatutnya dihadiri tidak dapat saya
penuhi juga merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi. Hal ini telah menyebabkan
saya tiada pendedahan maklumat tentang kelebihan program yang menjurus pada
5
kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Selain itu, kos menyertai program yang
dianjurkan oleh pihak luar juga mahal. Oleh hal yang demikian, saya perlulah menyertai
bengkel dan ceramah yang diadakan di sekolah. Sementara itu, saya perlulah mengikuti
program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan terlibat dalam program
akademik yang dijalankan .Sebagai impaknya, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis
soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan oleh guru-guru yang
berpengalaman. Sudah terang lagi bersuluh bahawa program yang dihadiri ini akan
meningkatkan semangat dan keyakinan saya untuk menduduki peperiksaan. Selain itu,
pendedahan yang diperoleh dalam program ini , seperti bersikap sabar, tabah dan tidak
mudah putus asa dapat saya ambil untuk dijadikan pegangan dan amalan. Orang tua-tua
pernah berkata bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hal ini
turut dinyatakan oleh Lao Tze , iaitu ‘perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.’
Seyogia, saya haruslah kerap menghadirkan diri dengan program kecemerlangan dan
motivasi ini dalam membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
nanti.
Cabaran yang terakhir ialah saya kurang mematuhi nasihat daripada kedua-dua ibu
bapa yang sering tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar. Hal ini terjadi kerana saya
merupakan anak bongsu yang terlalu dimanjakan berbanding dengan adik-beradik yang
lain. Selain itu, rakan sebaya telah menjadi tempat yang paling saya percayai untuk
mengadu segala permasalahan diri. Keadaan ini bertambah buruk apabila saya juga
kurang mendapat didikan agama yang sempurna sejak kecil. Oleh hal itu, saya wajar
sentiasa patuh akan nasihat dan asuhan daripada ibu bapa. Nasihat daripada mereka
yang menyuruh saya belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang lebih
cemerlang akan dijadikan pegangan .Sekiranya saya terus mendengar nasihat ibu bapa
maka saya akan terus berusaha dengan gigih untuk memperoleh kejayaan yang
cemerlang. Saya juga akan mendapat restu daripada ibu bapa yang sentiasa
mendoakan kejayaan saya .Benarlah kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong
dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Seterusnya, saya tidak akan
menjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk
dilupakan. Hakikatnya, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa
untuk menjamin kejayaan yang cemerlang nanti.
Secara tuntasnya, kejayaan dalam peperiksaan diibaratkan pelita yang menjadi
penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita. Kita tidak boleh
membiarkan masalah dan cabaran itu menjadi batu penghalang yang besar pada
sesuatu kejayaan. Dengan demikian, setiap cabaran itu akan saya hadapi dengan penuh
rasa tanggungjawab sebagai seorang murid.. Dalam pada itu, setiap langkah yang
dicadangkan itu perlu dilakukan dengan penuh iltizam, seperti kata peribahasa hendak
seribu daya, tak nak seribu dalih.Tegasnya, saya haruslah belajar bersungguh-sungguh
tanpa rasa jemu ,ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang kerana sikap positif ini
juga mampu untuk saya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. ‘Semua A+
Impianku,’ akan menjadi realiti untuk keluarga dan guru-guru yang tersayang.
( 961 patah perkataan)

6
Latihan Karangan 2

Pasar raya besar tidak asing lagi dengan kehidupan masyarakat Malaysia,
khususnya masyarakat bandar.Pasar raya besar telah menjadi tumpuan kerana
terdapat pelbagai kebaikan kepada rakyat.Jelaskan kebaikan pasar raya tersebut.

Pendahuluan :
o Pelbagai nama ,seperti "Jualan Murah", "Diskaun Hebat", "Jualan Penghabisan Stok",
"Jualan Mega" dipamerkan .
o Contoh Giant, Ikea, Jusco dan Tesco.
o Pusat beli-belah bersaiz mega dan menyediakan pelbagai keperluan.
o Terdapat di pusat bandar dan menjadi tumpuan pada awal bulan dan musim
perayaan.
o Seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
o Pengguna pasti akan berpusu-pusu ke pusat beli-belah
o Memberikan banyak manfaat dan keburukan kepada pengguna.

I : Menjimatkan masa

M :Kesibukan masyarakat dalam menguruskan urusan harian dan memenuhi tuntutan


pekerjaan. Kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang .
Ba : Membeli barang keperluan dalam satu bangunan dan dapat membeli barangan
secara pukal .Semua kelengkapan dan kemudahan disediakan oleh pemilik pasar
raya.Barang keperluan harian dan urusan peribadi terletak berdekatan.
K :Tidak perlu ke tempat yang lain untuk membeli barang atau untuk urusan
peribadi.Tiada amalan pembaziran masa.
U/AT :Samuel Johnson, iaitu masa depan itu haruslah dibeli oleh masa sekarang.
P : Pengguna dapat mengurus masa secara teratur dan dimanfaatkan dengan bijak dan
berkesan.

I : Harga berpatutan

M: Harga barang keperluan yang dijual di beberapa pasar raya besar lebih murah
berbanding di kedai biasa dan pasar basah.Tiada unsur penipuan dalam menetapkan
harga.
Ba :Menawarkan potongan harga yang banyak , seperti Karnival Jualan Mega dan Jualan
Akhir Tahun.Membeli secara pukul akan memperoleh potongan harga yang banyak.

7
K : Dapat membeli dengan lebih banyak dan dapat mengurangkan amalan pembaziran.
Dapat memenuhi keperluan pelanggan khususnya menjelang sesuatu perayaan.Boleh
merancang perbelanjaan agar tidak berhutang pada hujung bulan.
U/AT :Beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis.
P :Menjimatkan pengguna dalam membuat urusan pembelian.

I :Membeli dalam keadaan selesa

M: Pasar raya menyediakan ruangan beli-belah yang selesa .Keselesaan amat penting
untuk membeli-belah dalam tempoh masa yang lama.
Ba: Dilengkapi kemudahan pendingin hawa, tandas awam dan tempat bersolat .Tangga
bergerak dan tempat letak kenderaan disediakan untuk pelanggan.
K: Pelanggan berasa nyaman dan tidak berasa panas .Memudahkan pelanggan
membawa barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.Ruangan solat pula dapat
memudahkan pelanggan beragama Islam menjalani ibadat.
U: “Keselesaan dan kepuasan anda ialah keutamaan kami.” Kata-kata daripada
Pengurus Pasar Raya Giant .
P: Keselesaan kemudahan perlu ditingkatkan untuk menarik pengunjung .

I: Membuka peluang pekerjaan

M: Banyak peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan. Belia lepasan sekolah memang
memerlukan pekerjaan untuk membaiki nasib diri dan keluarga.
Ba:Kewujudan pelbagai pasar raya , seperti Giant dan Mydin memerlukan guna tenaga
pekerja tempatan.Iklan jawatan kosong diwara-warakan di media massa .
K:Pekerja tempatan dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan , juruwang tukang
sapu.Membantu melicinkan operasi perniagaan sehingga pukul 10.00 malam.
U/AT: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing
Mersat berkata, keutamaan kepada anak tempatan untuk bekerja harus melibatkan
semua peringkat jawatan.
P:Pekerja yang terdiri daripada rakyat Malaysia akan merancakkan kemajuan pasar raya
di Malaysia.

KESIMPULAN

P : Pasar raya besar merupakan tempat yang popular kepada masyarakat Malaysia
sebagai gedung membeli-belah . Kewujudan pasat raya besar telah memberikan
banyak manfaatnya.

C : Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memajukan dan menyokong kewujudan
pasar raya.Keutamaan barangan buatan Malaysia harus menjadi pilihan pasar raya.

8
H : Kerajaan membangunkan dan menaik taraf pasar-pasar raya yang sedia ada agar
terus menjadi destinasi utama untuk membeli-belah.

Karangan Lengkap 2
Sekiranya kita pergi membeli-belah ke pasar raya besar yang tersohor di bandar-
bandar maka pelbagai iklan ,seperti ‘Jualan Murah’, ‘Diskaun Hebat’, ‘Jualan
Penghabisan Stok,’ ‘Jualan Mega’ telah dipamerkan .Di manakah biasanya iklan ini
dapat kita lihat? Sebagai pengguna, nama-nama kompleks beli-belah yang terkenal dan
sering menjadi tempat pengguna membeli-belah ialah Giant, Ikea, Jusco dan Tesco.
Pusat beli-belah ini bersaiz mega dan telah menyediakan pelbagai keperluan kepada
pengguna. Sudah pasti pusat-pusat bandar akan menjadi tumpuan pada awal bulan dan
musim perayaan. Perkembangan pesat pusat-beli-belah ini seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Oleh itu, pengguna pasti akan berpusu-pusu ke pusat beli-belah.
Tegasnya, kewujudan pusat beli-belah telah banyak memberikan manfaat keburukan
kepada pengguna.
Pada pandangan saya, kelebihan perdana pasar raya besar ialah pengguna akan
dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana pasar raya besar mampu memenuhi tuntutan kehidupan masyarakat di bandar
yang sibuk bekerja. Selain itu, kos sara hidup yang tinggi terpaksa dihadapi oleh
masyarakat , khususnya di bandar. Dengan itu, masyarakat di bandar mahupun di luar
bandar mempunyai tempat yang strategik untuk membeli barangan secara pukal atau
borong. Selain itu, mereka tidak perlu ke tempat yang berbeza untuk membeli-belah.
Sebagai impaknya, tiada pembaziran masa berlaku dan mereka juga dapat membeli
pelbagai barangan dengan harga yang murah. Orang tua-tua ada berkata bahawa masa
itu umpama pedang , jika kamu tidak menggunakannya, ia akan memancung kamu. Hal
ini turut dijelaskan oleh Samuel Johnson, iaitu masa depan itu haruslah dibeli oleh masa
sekarang. Hakikatnya, pengguna yang bijak pastinya dapat menggunakan masa dengan
berhemat ketika berbelanja di pasar raya besar.
Manfaat yang kedua ialah harga yang ditawarkan di pasar raya besar ini adalah
berpatutan jika dibandingkan dengan kedai-kedai kecil yang lain. Hal ini dikatakan
demikian kerana harga barang keperluan yang dijual di beberapa pasar raya besar
adalah lebih murah berbanding di kedai biasa dan pasar basah. Dalam pada itu, tiada
unsur penipuan dalam menetapkan harga oleh peniaga .Sebagai contoh, pasar raya
besar ini ada menawarkan potongan harga yang banyak , seperti ‘Karnival Jualan Mega
‘dan ‘Jualan Akhir Tahun.’ Oleh sebab itu, pengguna yang membeli secara pukul akan
memperoleh potongan harga yang banyak. Sebagai kesannya, pengguna dapat membeli
dengan lebih banyak dan dapat mengurangkan amalan pembaziran. Selain itu, pasar
raya besar ini juga dapat memenuhi keperluan pelanggan khususnya menjelang sesuatu
perayaan. Pengguna yang berbelanja di sini boleh merancang perbelanjaan agar tidak
9
berhutang pada hujung bulan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa beringat
sebelum kena dan berjimat sebelum habis. Sesungguhnya, perbelanjaan di pasar raya
besar ini dapat menjimatkan pengguna dalam membuat sesuatu urusan pembelian.

Pengguna yang membeli-belah di pasar raya juga akan dapat membeli dalam
keadaan selesa dan tidak membosankan. Hal ini dikatakan demikian kerana pasar raya
besar ini telah menyediakan ruangan beli-belah yang kondusif .Keselesaan amat penting
untuk membeli-belah dalam tempoh masa yang lama kepada pengguna. Pasar raya
besar ini kebanyakannya dilengkapi kemudahan pendingin hawa dan tandas awam
.Selain itu, pasar raya besar juga ada menyediakan tangga bergerak dan tempat letak
kenderaan yang mencukupi untuk pelanggan. Sebagai akibatnya, pelanggan berasa
nyaman dan tidak berasa panas .Kemudahan yang disediakan ini akan memudahkan
pelanggan untuk membawa barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Dalam pada
itu, ruangan solat pula dapat memudahkan pelanggan beragama Islam untuk menjalani
ibadat dengan selesa. Hal ini telah dinyatakan oleh seorang Pengurus Pasar Raya Giant
, iaitu ‘Keselesaan dan kepuasan anda ialah keutamaan kami.’ Seyogia, keselesaan dan
kemudahan perlu ditingkatkan untuk menarik pengunjung ke pasar raya besar
berkenaan.
Dalam kesibukan orang ramai mencari pekerjaan yang semakin terhad, kewujudan
pasar raya besar di kawasan yang tertentu telah membuka peluang pekerjaan .Perkara
ini dikatakan demikian kerana banyak peluang pekerjaan yang telah disediakan. Belia
lepasan sekolah memang memerlukan pekerjaan untuk membaiki nasib diri dan
keluarga. Dengan demikian, kewujudan pelbagai pasar raya , seperti Giant dan Mydin
memerlukan guna tenaga pekerja tempatan. Seterusnya, iklan jawatan kosong diwara-
warakan di media massa .Sebagai kesannya, pekerja tempatan dapat bekerja sebagai
pengawal keselamatan , juruwang dan tukang sapu. Kehadiran pekerja ini juga dapat
membantu melicinkan operasi perniagaan sehingga pukul 10.00 malam. Timbalan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing Mersat berkata
bahawa keutamaan kepada anak tempatan untuk bekerja harus melibatkan semua
peringkat jawatan. Seyogia, pekerja yang terdiri daripada rakyat Malaysia akan
merancakkan kemajuan pasar raya di Malaysia.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pasar raya besar merupakan tempat yang
popular kepada masyarakat Malaysia sebagai gedung membeli-belah . Kewujudan pasat
raya besar telah banyak memberikan manfaat kepada semua pihak, sama ada kepada
pengguna ataupun peniaga .Dengan itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk
memajukan dan menyokong kewujudan pasar raya besar ini. Seterusnya, keutamaan
barangan buatan Malaysia harus menjadi pilihan di pasar raya besar. Tegasnya,
kerajaan haruslah membangunkan dan menaik taraf pasar-pasar raya yang sedia ada
agar terus menjadi destinasi utama untuk membeli-belah kepada pelancong asing,
seperti kata peribahasa duduk sama rendah berdiri, sama tinggi dengan negara maju
yang lain.
(777 Patah Perkataan)
10
Latihan 3

Amalan membaca haruslah dipupuk kepada generasi muda untuk melahirkan


golongan yang berilmu pengetahuan. Tuliskan satu rencana tentang cabaran dan
peranan ibu bapa untuk memupuk minat membaca kepada anak-anak.

Pendahuluan

o Masyarakat Malaysia dikatakan masyarakat yang malas membaca.


o Rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun berbanding bilangan buku
yang dibaca oleh rakyat Jepun.
o Budaya membaca dalam kalangan masyarakat masih berada pada takuk lama bagai
hidup segan mati tidak mahu
o Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya harus dijadikan pegangan golongan remaja.
o Siapakah yang harus dipersalahkan?
o Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta tetapi masih gagal.
o Ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk menjadikan amalan membaca itu amalan
hidup.

I: Kurang membeli bahan bacaan secara berkala.

M: Anak-anak tidak mempunyai buku atau bahan makalah untuk dibaca.Bahan yang
ada sudah usang dan tidak menarik ataupun sudah rosak.
Ba: Memperuntukkan sedikit wang dalam sebulan bagi membeli bahan bacaan.
Membelikan bahan bacaan yang sesuai mengikut perkembangan diri anak- anak.
K: Memiliki buku-buku yang dapat mencerna ilmu pengetahuan. Sentiasa berusaha
untuk menjadi orang bijaksana dengan membaca buku.Menarik minat anak untuk
membaca buku tersebut.
U:Belakang parang jika diasah lagikan tajam. Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, ibu
bapa merupakan pencorak budaya membaca dalam jiwa anak- anak.
P: Ibu bapa perlu bersikap murah hati untuk membeli buku.

I :Tidak menyediakan perpustakaan mini di rumah.

M: Anak-anak tiada tempat yang sesuai untuk membaca buku .Suasana membaca tidak
diwujudkan di rumah.Anak-anak akan membuang masa menyertai aktiviti yang tidak
sihat di luar rumah.
Ba: Menyediakan suatu ruang kecil atau pun bilik kecil di rumah bagi menempatkan
bahan bacaan .Menetapkan jadual penggunaan perpustakaan mini tersebut.
K: Amalan membaca diterapkan dalam minda setiap anggota keluarga. Mengeratkan
hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
U:Sambil menyelam minum air.
11
P: Mewujudkan perpustakaan mini mampu melahirkan anak yang cemerlang.

I: Jarang-jarang membawa anak-anak ke ekspo atau pameran buku.

M: Sentiasa sibuk dengan kerjaya dan tugas yang tiada penghujungnya.Anak-anak tiada
peluang untuk memilih bacaan sendiri di pameran tersebut.
Ba:Mendapatkan maklumat tentang pameran buku di Internet atau di televisyen. Semua
ahli keluarga pergi ke ekspo bersama-sama. Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan
pada bulan November setiap tahun.
K: Mantapkan pengetahuan sedia ada anak-anak mereka. Mendidik jiwa dan melahirkan
rasa cinta akan buku dalam diri anak-anak
U:Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P: Peka dengan perkembangan jualan buku untuk hadir .

I: Anak-anak tidak diberikan galakan untuk menyertai pertandingan kebahasaan.

M: Program bahasa yang dijalankan tidak menyeluruh, hanya sekadar melepaskan


batuk di tangga.Murid-murid tidak terlibat secara total dalam program.
Ba:Murid wajib terlibat dengan aktiviti NILAM yang diadakan di sekolah. Menyertai
pertandingan Pidato Piala Diraja dan Pertandingan Bahas Ala Parlimen.Membelikan
hadiah berupa buku kepada anak-anak yang berjaya.
K: Akan membuat ulang kaji dan kajian dengan membaca buku. Menambah ilmu
pengetahuan dan meningkatkan penampilan diri.
U:Ilmu itu pelita hidup
P: Motivasi yang diberikan mampu menggalakan anak terus membaca.

Kesimpulan

P:Amalan membaca mendatangkan pelbagai faedah dan kemaslahatan kepada


seseorang. Amalan membaca dapat diteruskan sepanjang masa.

C: Ibu bapa, pihak swasta dan kerajaan bersama-sama menjalankan usaha memupuk
amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Anak watan Malaysia mestilah
membina azam dan iltizam tinggi untuk menanam amalan membaca dalam jiwa

H:Golongan intelektual merupakan tulang belakang sesebuah negara untuk menggapai


lonjakan masa depan. Malaysia Boleh !

12
Karangan Lengkap 3

Cabaran dan Peranan Ibu Bapa Untuk Memupuk Minat Membaca Kepada Anak-
Anak
Oleh Mohamad Afiq bin Mohamad Nasir

Satu kajian telah dijalankan dan memperlihatkan bahawa masyarakat Malaysia


dikatakan masyarakat yang malas membaca berbanding dengan penduduk di Singapura
.Dalam kajian itu juga didapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku
setahun berbanding bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun. Budaya membaca
dalam kalangan masyarakat masih berada pada takuk lama , iaitu bagai hidup segan
mati tidak mahu .Ironinya, Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya harus dijadikan pegangan
oleh golongan remaja di Malaysia dalam melahirkan modal insan kelas pertama.
Siapakah yang harus dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan? Kita sedia maklum
bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk
meningkatkan budaya membaca ini ,tetapi masih gagal. Sebenarnya terdapat pelbagai
cabaran atau rintangan yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa untuk memupuk budaya
membaca ini. Dalam pada itu, ibu bapa perlu mencari inisiatif yang lebih proaktif untuk
menjadikan amalan membaca itu sebagai rutin kehidupan kepada anak-anak mereka.

Cabaran paling utama yang terpaksa dihadapi ialah ibu bapa kurang membeli
bahan bacaan secara berkala ataupun tidak membeli langsung bahan bacaan tersebut.
Hal ini akan menyebabkan anak-anak tidak mempunyai buku atau bahan makalah untuk
dibaca. Sekiranya buku yang ada di rumah pun hanyalah buku yang ada sudah usang
dan tidak menarik ataupun buku itu sudah rosak .Oleh sebab itu, ibu bapa yang berfikiran
rasional haruslah memperuntukkan sedikit wang dalam sebulan bagi membeli bahan
bacaan. Ibu bapa bolehlah membelikan bahan bacaan yang sesuai mengikut
perkembangan diri anak- anak. Sebagai kesannya, anak-anak akan memiliki buku-buku
yang dapat mencerna ilmu pengetahuan mereka . Selain itu, anak-anak akan sentiasa
berusaha untuk menjadi orang bijaksana dengan membaca buku. Langkah yang bijak ini
pastinya akan menarik minat anak untuk membaca buku tersebut. Peribahasa Melayu
ada menyatakan bahawa Belakang parang jika diasah lagikan tajam. Datuk Dr Haji
Fadzillah Kamsah juga ada menyebut bahawa ibu bapa merupakan pencorak budaya
membaca dalam jiwa anak- anak .Tegasnya, ibu bapa perlu bersikap murah hati untuk
membeli buku untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca buku sebagai hobi
pada masa senggang.
Ibu bapa pada hari ini juga sukar untuk menyediakan perpustakaan mini di rumah
sebagai tempat bacaan yang kondusif di rumah. Hal ini akan menyebabkan anak-anak
tiada tempat yang sesuai untuk membaca buku .Dalam erti kata yang lain, suasana
membaca tidak diwujudkan di rumah. Sementara itu, anak-anak akan membuang masa
untuk menyertai aktiviti yang tidak sihat di luar rumah kerana tiadanya tempat untuk
mereka membaca buku di rumah. Dengan demikian, ibu bapa haruslah menyediakan
13
suatu ruang kecil atau pun bilik kecil di rumah bagi menempatkan bahan bacaan .Selain
itu, ibu bapa boleh menetapkan jadual penggunaan perpustakaan mini tersebut bagi
membentuk disiplin anak-anak. Sebagai akibatnya, amalan membaca dapat diterapkan
dalam minda setiap anggota keluarga. Semantara itu, situasi ini juga dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara ahli keluarga apabila duduk membaca di perpustakaan mini.
Orang tua-tua ada menyatakan bahawa sambil menyelam minum air, iaitu sekali sahaja
kita melakukan sesuatu pekerjaan tetapi dua atau tiga maksud telah tercapai. Tegasnya,
ibu bapa yang berjaya mewujudkan perpustakaan mini akan mampu melahirkan anak
yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Cabaran lain yang terpaksa ditempuhi ialah ibu bapa jarang-jarang membawa
anak-anak ke ekspo atau pameran buku. Hal ini dikatakan terjadi kerana ibu bapa kini
sentiasa sibuk dengan kerjaya dan tugas yang tiada penghujungnya. Oleh sebab itu,
anak-anak tiada peluang untuk memilih bacaan sendiri jika tidak berkunjung ke pameran
tersebut. Ibu bapa yang cakna dengan perkembangan ilmu pengetahuan pastinya perlu
mendapatkan maklumat tentang pameran buku di Internet atau di televisyen. Sekiranya
maklumat yang diperoleh itu benar-benar sah, maka semua ahli keluarga bolehlah pergi
ke ekspo bersama-sama. Sebagai contoh, Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan
pada bulan November setiap tahun haruslah ada dalam diari ibu bapa. Kehadiran anak-
anak ke pesta buku ini akan memantapkan pengetahuan sedia ada anak-anak mereka.
Seterusnya, pengalaman ini akan mendidik jiwa dan melahirkan rasa cinta akan buku
dalam diri anak-anak. Ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pameran buku ini sejak
kecil lagi kerana jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya, ibu
bapa haruslah peka dengan perkembangan jualan buku untuk hadir bersama-sama anak
bagi mendapatkan buku bacaan
Anak-anak tidak diberikan galakan untuk menyertai pertandingan kebahasaan
juga merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam memupuk minat membaca
dalam kalangan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana program bahasa yang
dijalankan di sekolah adalah tidak menyeluruh dan hanya sekadar melepaskan batuk di
tangga. Di samping itu, murid-murid tidak terlibat secara total dalam program bahasa
yang diadakan .Oleh itu, usaha untuk memupuk minat membaca kepada semua murid
akan menemukan jalan buntu. Ibu bapa haruslah memantau bersama-sama guru untuk
mewajibkan anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti NILAM yang diadakan di sekolah.
Murid-murid juga bolehlah menyertai pertandingan Pidato Piala Diraja dan Pertandingan
Bahas Ala Parlimen sebagai landasan kepada mereka untuk membaca buku bagi
membuat persediaan sebelum pertandingan. Ibu bapa bolehlah membelikan hadiah
berupa buku bacaan kepada anak-anak yang berjaya dalam pertandingan bahasa itu.
Sekiranya perkara ini sudah menjadi kebiasaan makan anak-anak ini akan sentiasa
membuat ulang kaji dan kajian dengan membaca buku. Ilmu pengetahuan dan
penampilan diri anak-anak dapat ditingkatkan. Kata slogan ‘Ilmu Itu Pelita Hidup’
haruslah sentiasa dijadikan pembakar semangat kepada mereka untuk terus membaca
buku. Tegasnya, motivasi yang diberikan oleh ibu bapa ini mampu menggalakkan anak
untuk terus membaca.

14
Tuntasnya, amalan membaca yang dijadikan rutin kehidupan pastinya akan
mendatangkan pelbagai faedah dan kemaslahatan kepada seseorang. Selain itu,
amalan membaca ini dapat diteruskan sepanjang masa tanpa ada penghalang untuk
berhenti daripada membaca buku. Dengan demikian, ibu bapa, pihak swasta dan
kerajaan bersama-sama bertindak bagai aur dengan tebing dalam menjalankan usaha
memupuk amalan membaca kepada golongan remaja pewaris bangsa negara. Anak
watan Malaysia ini mestilah membina azam dan iltizam tinggi untuk sentiasa menanam
budaya membaca dalam jiwa .Pada dasarnya, golongan intelektual merupakan tulang
belakang sesebuah negara untuk menggapai lonjakan masa depan. Malaysia Boleh !
( 922 patah perkataan)

Latihan 4
Budaya makan bersama-sama keluarga di rumah semakin kurang diamalkan oleh
masyarakat kita. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap orang sangat sibuk
dengan kerja masing-masing. Huraikan punca budaya ini kurang diamalkan dan
peranan ahli keluarga untuk memupuk budaya makan bersama-sama keluarga .
Pendahuluan
o Waktu makan merupakan masa yang istimewa .
o Membentuk budaya makan bersama di rumah atau di luar rumah.
o Budaya ini semakin dipinggirkan di kawasan bandar raya.
o Anak-anak zaman sekarang makan tanpa mengikut waktu makan .
o Bersikap mementingkan diri sendiri, enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing.
o Terdapat pelbagai punya budaya ini kurang diamalkan.
o Pelbagai usaha haruslah dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk budaya ini.

I: Anak-anak tidak terdidik dengan budaya makan bersama-sama keluarga


M: Adab ketika di meja makan kini semakin hilang. Anak-anak lebih gemar menikmati
makanan ketika menonton televisyen. Anak-anak akan tergesa-gesa menghabiskan
makanan .
Ba: Menetapkan disiplin atau adab di meja makan. Mengajar anak-anak menyediakan
hidangan, membasuh pinggan mangkuk, dan mengemas .
K: Ibu bapa akan ke rumah untuk makan bersama anak-anak tersayang. Kelazatan dan
kebersihan makanan serta minimum tersebut terjamin. Kesihatan dapat ditingkatkan.
U/AT:Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.Hukama Islam juga ada berkata
bahawa semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
P: Mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota
masyarakat yang berhemah.

I: Ruang makan di rumah tidak kondusif


M: Ruang makan terlalu sempit.Tiada kerusi dan meja makan yang
mencukupi.Peralatan dapur yang tidak tersusun dan dalam keadaan kotor.
15
Ba: Ibu bapa harus bekerjasama untuk menyediakan kemudahan ruang makan yang
lebih selesa. Hiasi ruang makan dengan suasana yang menyegarkan seperti bau-bauan
.Perabot dan pinggan-mangkuk disusun rapi. Tidak terlalu banyak barang, ruang yang
lapang serta warna perabot yang lembut dan cerah.
K: Perabot makan akan memberikan inspirasi pada keluarga anda untuk meluangkan
sedikit masa lagi di meja.Ada lebih masa untuk berbual-bual ketika makan.
U: Rumahku Syurgaku.
P: Melahirkan suasana yang aman dan damai serta harmoni jika ruang makan selesa
dan menarik.

I:Kesibukan kerja dan aktiviti masing-masing

M: Tidak dapat meluangkan masa makan bersama anak -anak. Balik kerja lewat
malam.Hanya makan di luar untuk menjimatkan masa.
Ba: Mengatur masa kerja yang lebih efektif. Bersikap mengutamakan ahli keluarga dalam
kerjaya seharian. Anggap meja makan ialah tempat yang sempurna untuk
membincangkan sesuatu berlaku dalam kehidupan setiap ahli keluarga
K: Berkongsi perbualan. Memberi kesempatan berkomunikasi. Membolehkan anak -anak
memerhatikan kelakuan orang lain . Menjalin ikatan dan perhubungan mesra antara satu
sama lain.
U/AT: Hubungan bagai aur dengan tebing. Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang
aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka
P: Bijak merancang masa kerja dan masa santai bersama-sama ahli keluarga.

I: Tarikan makanan segera dan terdapat banyak pilihan makanan di luar.

M: Anak-anak lebih mengutamakan pemakanan ringan. Pengambilan buah-buahan,


sayuran dan makanan yang ada nutrien lebih tinggi tidak digemari.
Ba: Ibu bapa perlulah menyediakan makanan yang menyihatkan di rumah. Sediakn
menu makanan yang menyihatkan dan menyelerakan. Menunjukkan cara pengambilan
makanan yang sihat Menggalakkan anak-anak memilih makanan yang lebih
menyihatkan . Kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan pengambilan
minuman manis..
K:Lebihkan pengambilan makanan berserat dan menyihatkan .Menurunkan kadar
masalah obesiti.
U:Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
P: Mampu memastikan anak membuat pilihan yang baik ketika makan bersama-sama.

Kesimpulan
P: Kebaikan dengan mengamalkan tabiat makan bersama-sama keluarga adalah tidak
ternilai harganya. Perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian.

16
C: Setiap keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama dalam keluarga
mereka. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dijadikan amalan
dan budaya yang berkekalan.
H: Makan bersama ialah resipi kebahagiaan sesebuah keluarga.Individu yang sihat
akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara
.Slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera.”

Karangan Lengkap 4

Apabila kita menyebut perihal makan maka terbayang dalam fikiran kita tentang
menu dan tempat makan . Oleh itu, waktu makan merupakan masa yang istimewa bagi
seseorang ataupun sesebuah keluarga. Hari ini ,pelbagai isu dibangkitkan apabila kita
membincangkan pembentukan budaya makan bersama keluarga sama ada di rumah
atau di luar rumah. Budaya makan bersama-sama keluarga semakin dipinggirkan
khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar raya. Golongan remaja dan kanak-
kanak sekarang makan tanpa mengikut waktu makan yang sebenarnya. Masing-masing
bersikap mementingkan diri sendiri ,bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Dengan demikian, kita perlu membincangkan pelbagai punca budaya ini
kurang diamalkan .Sesungguhnya, perbincangan ini juga haruslah melihat daripada
perspektif peranan ibu bapa untuk memupuk budaya makan bersama-sama keluarga ini
terus subur dalam kita melahirkan keluarga bahagia.
Antara punca budaya makan bersama-sama keluarga ini kurang berjaya
dilaksanakan kerana anak-anak tidak terdidik dengan budaya yang banyak manfaatnya
ini. Hal ini terjadi kerana adab ketika di meja makan kini semakin hilang. Anak-anak pula
lebih gemar menikmati makanan ketika menonton televisyen tanpa mempedulikan
sesiapa yang ada di sebelahnya. Yang penting cerita yang ditonton itu menjadi teman
sejati mereka. Oleh sebab itu, anak-anak akan tergesa-gesa untuk menghabiskan
makanan .Sebagai ketua keluarga, bapa haruslah menetapkan disiplin atau adab di meja
makan. Sementara itu ibu pula bolehlah mengajar anak-anak menyediakan hidangan,
membasuh pinggan mangkuk, dan mengemas tempat makan. Sekiranya, budaya ini
diamalkan maka ibu bapa akan ke rumah untuk makan bersama dengan anak-anak
tersayang. Tambahan pula, kelazatan dan kebersihan makanan serta minimum tersebut
akan terjamin. Kesihatan ahli keluarga juga dapat ditingkatkan. Kata pujangga bahasa ,
iaitu mencegah lebih baik daripada mengubatinya amat benar sekali dalam konteks ini.
Dalam pada itu, hukama Islam juga ada berkata bahawa semiskin-miskin orang ialah
orang yang kekurangan adab dan budi pekerti. Tegasnya, budaya makan bersama
dengan keluarga mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka
sebagai anggota masyarakat yang berhemah dan berbudi bahasa.

Budaya makan bersama dengan keluarga sukar diamalkan juga kerana ruang
makan yang disediakan di rumah adalah tidak kondusif .Perkara ini berlaku kerana ruang
makan di dalam rumah adalah terlalu sempit. Sebagai contoh, tiada kerusi dan meja
makan yang mencukupi untuk ahli keluarga yang jumlahnya agak ramai. Sementara itu,
17
peralatan dapur yang tidak tersusun dan tempat makan juga dalam keadaan kotor turut
menyebabkan ahli keluarga tidak berminat untuk makan di rumah. Oleh sebab itu, ibu
bapa harus bekerjasama untuk menyediakan kemudahan ruang makan yang lebih
selesa. Mereka boleh menggunakan sedikit wang untuk menghiasi ruang makan dengan
suasana yang menyegarkan seperti bau-bauan. Manakala perabot dan pinggan-mangkuk
juga haruslah disusun rapi. Yang paling baik, tidak terlalu banyak barang diletakkan di
meja makan. Sebaliknya ,ruang yang lapang serta warna perabot yang lembut dan cerah
dihiasi di ruang makan ini. Perabot makan yang disusun begini akan memberikan
inspirasi pada keluarga untuk meluangkan sedikit masa lagi di meja , justeru mereka ada
lebih masa untuk berbual-bual ketika makan. Konsep ‘Rumahku Syurgaku’ dapat
dijelmakan dalam keluarga begini kerana sebahagian daripada kesempurnaan
kebahagiaan di dunia adalah dengan memiliki keluarga yang bahagia. Hakikatnya,
suasana yang aman dan damai serta harmoni dapat diwujudkan jika ruang makan
selesa dan menarik.
Selain ruang makan yang tidak kondusif, budaya makan bersama-sama keluarga
ini juga sukar dipupuk kerana kesibukan kerja dan aktiviti harian masing-masing. Perkara
ini terjadi demikian kerana ibu bapa yang sibuk bertugas ini tidak dapat meluangkan
masa makan bersama anak -anak. Ibu bapa yang berkerjaya juga biasanya akan balik
kerja lewat sehingga ke malam. Oleh itu , mereka hanya makan di luar untuk
menjimatkan masa dan anak-anak di rumah ada yang perlu bersikap pandai-pandailah
bawa diri. Dengan demikian, ibu bapa haruslah mengatur masa kerja yang lebih efektif.
Mereka juga mestilah bersikap mengutamakan ahli keluarga dalam kerjaya seharian. Ibu
bapa yang berwawasan akan menganggap bahawa meja makan ialah tempat yang
sempurna untuk membincangkan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan setiap ahli
keluarga. Sebagai impaknya, ahli keluarga yang makan bersama-sama ini akan dapat
berkongsi perbualan dan memberi kesempatan untuk berkomunikasi. Hal ini juga
membolehkan anak -anak memerhatikan kelakuan orang lain bagi membina jati diri yang
lebih kukuh. Yang paling penting, perhubungan mesra antara satu sama lain akan terus
terjalin erat bagai aur dengan tebing jika ada sesuatu masalah yang menimpa. Hukama
Islam turut menjelaskan bahawa sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan
selesa dalam berkongsi suka dan duka. Hakikatnya, ibu bapa perlulah bijak merancang
masa kerja dan masa santai bersama-sama ahli keluarga bagi menyuburkan budaya
makan ini agar terus diamalkan.

Punca seterusnya yang perlu kita bincangkan ialah tarikan makanan segera dan
terdapat banyak pilihan makanan di luar. Hal ini berlaku kerana anak-anak lebih
mengutamakan pemakanan ringan. Pengambilan buah-buahan, sayuran dan makanan
yang ada nutrien yang lebih tinggi tidak digemari oleh kanak-kanak. Dengan itu, ibu bapa
yang bijak tentang pemakanan yang sihat wajarlah bertindak dengan menyediakan
makanan yang menyihatkan di rumah. Ibu bapa juga perlulah menyediakan menu
makanan yang menyihatkan dan menyelerakan. Cara pengambilan makanan yang sihat
haruslah ditunjukkan kepada anak-anak. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak
memilih makanan yang lebih menyihatkan .Ironinya anak-anak akan bertindak dengan
18
kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan pengambilan minuman manis.
Sebagai akibatnya, anak-anak akan melebihkan pengambilan makanan yang berserat
dan menyihatkan badan .Tabiat makanan bersama-sama keluarga ini jika diamalkan
oleh seluruh warga negara Malaysia pastinya dapat menurunkan kadar masalah obesiti
dalam kalangan kanak-kanak pada masa ini. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa
bagaimana acuan begitulah kuihnya dalam membentuk tingkah laku anak-anak dalam
pengambilan makanan yang sihat. Seyogia, budaya makan bersama-sama ini mampu
memastikan anak membuat pilihan yang baik ketika makan bersama-sama ahli keluarga.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kebaikan amalan makan bersama-sama


keluarga adalah tidak ternilai harganya. Budaya makan bersama-sama keluarga ini perlu
dijadikan agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Dengan itu, setiap keluarga
haruslah mengamalkan tabiat makan bersama dalam keluarga mereka sekurang-
kurangnya dua kali dalam masa seminggu. Budaya ini harus dijadikan amalan dan kita
perlulah berusaha ke arah itu kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Pendek kata, makan bersama –sama keluarga ialah resipi kebahagiaan
sesebuah keluarga. Individu yang sihat akan mampu memberikan sumbangan kepada
pembangunan dan kemakmuran negara kerana , ‘Rakyat Sihat Negara Sejahtera.’
( 980 patah perkataan)
Latihan 5

Bidang bioteknologi banyak dimanfaatkan dalam bidang pertanian di negara


Malaysia. Huraikan halangan yang terpaksa dihadapi dalam melaksanakannya dan
langkah yang perlu dilakukan untuk menghadapi cabaran tersebut.

Pengenalan

o Sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting sejak dahulu lagi.
o Sektor ini telah banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
o Bioteknologi bidang sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi
pertanian , perubatan dan kualiti alam sekitar .
o Contoh bioteknologi pertanian penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji.
o Pengaplikasian bioteknologi dalam industri pertanian di Malaysia masih lagi belum
dapat menandingi negara-negara lain yang lebih maju.
o Terdapat pelbagai halangan yang terpakasa dihadapi.
o Langkah-langkah untuk memajukan industri bioteknologi negara.

I : Seminar pelaburan bidang bioteknologi negara kurang diadakan


M: Tiada ketetapan pelaburan yang menggalakkan peningkatan pelaburan. Tiada
seminar yang berkesan dijalankan untuk menarik pelabur asing.
Ba: Membuka peluang kepada syarikat baharu membuat pelaburan .Pelabur asing
digalakkan menyuntikkan dana kepada pengusaha tempatan. Melonggarkan syarat-
19
syarat permohonan kepada syarikat-syarikat pemohon yang masih baharu. Seminar
Biteknologi telah diketuai oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Seri Mustapa Mohamad.
K:Syarikat bioteknologi India seperti telah menyasarkan kemungkinan melabur hingga
RM583 di Malaysia.
U: Di mana ada gula , di situ ada semut.
P: Kerajaan perlu memperbanyak aktiviti yang dapat meningkatkan pasaran dan menarik
pelabur daripada syarikat bioteknologi di dunia

I: Kemudahan pasarana yang sesuai untuk pengusaha-pengusaha baharu kurang


dilaksanakan.

M: Kurang pendedahan tentang maklumat bioteknologi negara. Tiada panduan untuk


memulakan pertanian berasaskan bioteknologi.
Ba: Membina pusat bioteknologi bagi menyampaikan maklumat terkini tentang
bioteknologi dan mempamerkan hasil-hasil kajian bioteknologi. Pembiayaan dan
insentif mempromosi peserta yang komited .
K: Memudahkan pengusaha-pengusaha baharu yang berada dalam proses penceburan
bioteknologi menceburi bidang ini dengan mudah
U: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
P:Malaysia tidak ketinggalan bersaing dalam bidang bioteknologi kerana negara
mempunyai banyak peluang untuk diterokai.

I: Kekurangan pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi


M:Kepakaran daripada rakyat tempatan masih kurang berbanding dengan negara
maju.Banyak menggunakan pakar dari luar negara. Kos yang terpaksa ditanggung oleh
kerajaan pastinya meningkat.
Ba: Meningkatkan jumlah pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi. Jumlah pelajar sains
hayat yang menceburi bidang bioteknologi juga perlu ditingkatkan.
K: Mampu menjalankan kajian bioteknologi dan menempa kejayaan hasil penemuan-
penemuan kajian yang dijalankan. Menghasilkan produk-produk yang berkualiti dalam
masa yang singkat.
U: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P: Mampu memberi impak baik dalam pembangunan bioteknologi dan menghasilkan
produk yang mampu memberi pulangan.

I: Tiada kerjasama kepakaran dariapada rakan kongsi Kajian dan Pembangunan


Bioteknologi .
M: Negara masih tiada rakan kongsi daripada negara maju yang sudah lama berjaya
dalam bidang ini.Tiada perjanjian untuk bekerjasama bagi membangunkan bidang
bioteknologi.
Ba: Menjadikan Amerika Syarikat yang ternyata lebih maju daripada Malaysia sebagai
rakan kongsi dalam industri bioteknologi.
20
K:Kita akan dapat berkongsi kepakaran dalam bidang ini .Kerjasama yang erat akan
dijalin bagi meningkatkan kemajuan bioteknologi.
U: sikap bagai aur dengan tebing.
P: Kerjasama melalui pertukaran idea haruslah digiatkan.

Kesimpulannya,

P:Bioteknologi adalah amat penting kepada manusia kerana mempunyai pelbagai


kepentingan yang dapat membantu kehidupan manusia.
C :Pelbagai langkah yang efisien harus diambil bagi memajukan industri bioteknologi
negara.
H :Kegunaan bioteknologi akan semakin meluas di negara ini untuk terus bersaing
dengan negara maju yang lain. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Karangan Lengkap 5

Tidak dinafikan bahawa sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting
buat negara Malaysia sejak dahulu lagi . Sektor ini telah banyak menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi sumber pendapatan utama penduduk
tempatan. Dalam era pertanian moden pula , bidang bioteknologi telah dapat
meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian , perubatan dan kualiti alam
sekitar .Sebagai contoh, bioteknologi pertanian telah menghasilkan buah jambu batu
dan tembikai tanpa biji. Namun, pengaplikasian bioteknologi dalam industri pertanian di
Malaysia masih lagi belum dapat menandingi negara-negara lain yang lebih maju.
Negara Malaysia terpaksa menghadapi pelbagai halangan yang boleh membantutkan
perkembangan bidang bioteknologi negara. Hakikatnya, pelbagai langkah yang proaktif
dan pragmatik haruslah dilakukan agar industri bioteknologi negara terus berkembang
dengan pesat.
Halangan yang utama ialah seminar pelaburan bidang bioteknologi negara kurang
diadakan .Hal ini dikatakan demikian kerana tiada ketetapan pelaburan yang
menggalakkan peningkatan pelaburan telah dibuat. Dalam erti kata yang lain, tiada
seminar yang berkesan dijalankan untuk menarik pelabur asing melabur dalam bidang
bioteknologi di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlulah membuka
peluang kepada syarikat baharu untuk membuat pelaburan dalam bidang ini. Selain itu,
pelabur asing digalakkan untuk menyuntikkan dana kepada pengusaha tempatan. Yang
paling penting, pihak kerajaan perlulah melonggarkan syarat-syarat permohonan kepada
syarikat-syarikat pemohon yang masih baharu. Sebagai contoh, Seminar Biteknologi
telah diketuai oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri
21
Mustapa Mohamad merupakan satu usaha yang positif dalam menggerakkan bidang
bioteknologi ini. Sebagai kesannya, Syarikat Bioteknologi India telah menyasarkan
kemungkinan melabur hingga RM 583 di Malaysia. Peribahasa Melayu ada menyatakan
bahawa di mana ada gula , di situ ada semut yang pastinya akan membuka lembaran
baharu kepada bidang bioteknologi .Tegasnya, kerajaan Malaysia perlu memperbanyak
aktiviti yang dapat meningkatkan pasaran dan menarik pelabur daripada syarikat
bioteknologi di dunia

Kemudahan prasarana yang sesuai untuk pengusaha-pengusaha baharu kurang


dilaksanakan telah mengakibatkan bidang bioteknologi negara sukar dibangunkan. Hal
ini berlaku kerana kurang pendedahan tentang maklumat bioteknologi negara.
Seterusnya, tiada panduan untuk memulakan pertanian yang berasaskan bioteknologi.
Dengan itu, pihak kerajaan haruslah membina pusat bioteknologi bagi menyampaikan
maklumat terkini tentang bioteknologi dan mempamerkan hasil-hasil kajian bioteknologi.
Seterusnya, pembiayaan dan insentif dalam mempromosi peserta yang komited dalam
bidang ini haruslah diberikan. Sebagai impaknya, keadaan ini akan memudahkan
pengusaha-pengusaha baharu yang berada dalam proses penceburan bioteknologi
menceburi bidang ini dengan mudah tanpa ada masalah yang merumitkan .Orang tua-tua
pernah berkata bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya untuk
mencapai kejayaan. Hakikatnya, negara Malaysia tidak akan ketinggalan untuk bersaing
dalam bidang bioteknologi kerana negara Malaysia banyak peluang untuk diterokai
,khususnya dalam bidang bioteknologi.
Halangan yang seterusnya ialah kekurangan pekerja mahir dan penyelidik dalam
bidang bioteknologi .Hal ini terjadi kerana kepakaran daripada rakyat tempatan masih
kurang berbanding dengan negara maju. Negara Malaysia masih banyak menggunakan
pakar dari luar negara. Oleh sebab itu , kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan
pastinya akan meningkat. Sebagai jalan penyelesaiannya, pihak kerajaan haruslah
meningkatkan jumlah pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi. Sementara itu, jumlah
pelajar sains hayat yang menceburi bidang bioteknologi juga perlu ditingkatkan. Sebagai
akibatnya, negara kita mampu menjalankan kajian bioteknologi dan menempa kejayaan
hasil penemuan-penemuan kajian yang dijalankan. Berkat kesungguhan pakar dan ahli
sains tempatan dalam membangunkan bidang bioteknologi Malaysia amat
membanggakan. Seterusnya, negara kita dapat menghasilkan produk-produk yang
berkualiti dalam masa yang singkat. Namun , proses ini haruslah dijalankan sejak awal
lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya, pekerja
mahir dan penyelidik daripada negara Malaysia ini akan mampu memberi impak yang
baik dalam pembangunan bioteknologi dan menghasilkan produk yang mampu memberi
pulangan kepada petani dan negara.

Tiada kerjasama kepakaran daripada rakan kongsi kajian dan pembangunan


bioteknologi juga telah menjadi halangan dalam memajukan bidang bioteknologi negara.
Hal ini dikatakan demikian kerana negara Malaysia masih tiada rakan kongsi daripada
22
negara maju yang sudah lama berjaya dalam bidang ini. Sementara itu, tiada perjanjian
untuk bekerjasama yang telah dibuat bagi membangunkan bidang bioteknologi negara.
Negara Malaysia memerlukan kepakaran dari luar negara untuk membantu memajukan
bidang bioteknologi negara. Oleh hal yang demikian, kerajaan Malaysia telah menjadikan
negara Amerika Syarikat yang ternyata lebih maju daripada Malaysia sebagai rakan
kongsi dalam industri bioteknologi. Sebagai impaknya, negara Malaysia akan dapat
berkongsi kepakaran dalam bidang ini .Dalam pada itu, kerjasama yang erat akan dijalin
bagi meningkatkan kemajuan bioteknologi. Sikap bagai aur dengan tebing haruslah
diwujudkan antara kedua-dua negara ini agar negara Malaysia terus mendapat teknologi
terbaharu dalm bidang ini. Profesor Dato’ Burhanuddin , Pengarah Institut Kejuruteraan
Mikro dan Nanoelektronik ,UKM pula ada berkata bahawa kerajaan Malaysia telah
mengenal pasti bidang-bidang untuk bekerjasama ketika melakukan lawatan ke negera
Jepun baru-baru ini. Seyogia, kerjasama melalui pertukaran idea haruslah digiatkan
untuk memajukan bidang ini pada masa-masa yang akan datang.
Walhasil, bidang bioteknologi adalah amat penting kepada manusia dan negara
kerana bidang ini mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat membantu kehidupan
manusia agar menjadi lebih menguntungkan. Dengan itu, pelbagai langkah yang efisien
harus diambil bagi memajukan industri bioteknologi negara. Suntikan dana yang lebih
wajar diberikan untuk bidang bioteknologi negara agar dapat dimajukan untuk jangka
masa pendek dan jangka masa panjang. Hakikatnya, kegunaan bioteknologi dalam
bidang pertanian akan semakin meluas di negara ini agar terus dapat bersaing dengan
negara maju yang lain. Bioteknologi dalam bidang pertanian sangat pesat membangun
ketika ini. Oleh itu, kita haruslah berusaha tanpa ada rasa jemu kerana kata peribahasa
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

( 851 patah perkataan)

23

Anda mungkin juga menyukai