Anda di halaman 1dari 11

1

BAHASA MELAYU SPM (KERTAS 2)

OLEH :
PUAN ASMAH BINTI TAYEB
SMK AGAMA JOHOR BAHRU

RUMUSAN

TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN

1. PEMARKAHAN

BIL PERKARA MARKAH CATATAN


1 Pendahuluan 2 Satu Ayat Sahaja
2 Isi Tersurat 6 6 atau 7 isi
3 Isi Tersirat 4 2 isi
4 Kesimpulan 2 2 Perkara (Cadangan dan Tujuan)

Pendahuluan/kesimpulan - ________ markah


Markah penuh isi - ________ markah
Markah penuh bahasa - ________ markah
Jumlah Keseluruhan - ________ markah

 Markah bahasa adalah 50 % daripada jumlah markah isi yang diperoleh pelajar.
 Jika terdapat kesalahan ejaan,tanda baca dan tatabahasa, markah bahasa
akanditolak I markah daripada jumlah markah bahasa.
 Jika bahasa sangat baik, I markah akan ditambah kepada markah bahasa.

2. PANDUAN MERUMUS KARANGAN

a. Pelajar digalakkan membuat rumusan dalam empat perenggan yang


berasingan iaitu :
Perenggan 1 : ____________________________________
Perenggan 2 : ____________________________________
Perenggan 3 : ____________________________________
Perenggan 4 :____________________________________

b. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi _____ patah perkataan.

c. Antara perkataan yang dikira sebagai satu perkataan ialah :


 Nama Khas (Hospital Sultan Ismail)
 Perkataan berulang (Usaha-usaha)
 Penggunaan Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ (di hadapan, ke kanan)
 Tarikh (01 Oktober 2011)
 Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan (20101dua ribu
sebelas)
 Gelaran (Yang Berhormat, Tan Sri)
2

Contoh Soalan November 2017

3. KAEDAH MENULIS PENDAHULUAN

a. Buat dalam perenggan pertama.

FORMULA KATA TUGAS PENDAHULUAN RUMUSAN


TEKNIK “KUAH + S “

K Kebaikan / Faedah/ Kelebihan / Manfaat / Kepentingan

U Usaha / Langkah / Kaedah / Cara / Tindakan

A Akibat / Kesan / Implikasi / Natijah / Impak

H Halangan / Kekangan / Masalah/ Rintangan


+

S Sebab / Faktor / Punca

CARA 2 : (GUNAKAN PERKATAAN RUMUSAN…)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) (PERKARA PERTAMA) dan cara-cara pihak
sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS (PERKARA KEDUA). Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh jawapan:

Rumusan membincangkan kebaikan / manfaat / kepentingan / kelebihan pembelajaran


Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid
mempelajariKOMSAS (2 markah)

Rumusan membincangkan kebaikan / manfaat / kepentingan / kelebihan pembelajaran


Komponen Sastera (KOMSAS). ( 1 markah)

Rumusan membincangkan faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS)


dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. ( 0 markah)
3

LATIHAN MENULIS PENDAHULUAN

1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan
pemanasan global dan punca-puncanya..

2. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
menjaga kesihatan dan cara menjaga kesihatan.

3. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah memupuk minat membaca dan kebaikan yang diperoleh.

4. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat
mengunjungi perpustakaan dan cara-cara menggalakkan masyarakat
mengunjunginya.

5. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-
punca penyakit berjangkit dan langkah-langkah menanganinya.

6. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
bersenam dan cara-cara menggalakkan masyarakat bersenam

4. KAEDAH MENULIS ISI TERSURAT

a. Buat dalam perenggan kedua.

b. Isi Tersurat ialah isi yang terdapat dalam petikan berkaitan dengan perkara pertama
dalam tajuk.Biasanya terdapat 9 hingga 12 isi tersurat yang terdapat dalam petikan.

CARA MUDAH MENCARI ISI TERSURAT

KATA TUGASAN PENANDA / KATA KUNCI


K Kebaikan / Faedah/ Kelebihan / Dapat / mampu / boleh
Manfaat / Kepentingan

U Usaha / Langkah / Kaedah / Cara / Pihak / hendaklah /haruslah /perlu /mesti


Tindakan
A Akibat / Kesan / Implikasi / Natijah / Akan menyebabkan / akan mengakibatkan/
Impak akan mengalami / akibatnya / kesannya /
4

H Halangan / Kekangan / Masalah/ Masalahnya / kekangannya / halangannya /


Rintangan

S Sebab / Faktor/ Punca Antasa sebab / faktor lain /

Kata kunci lain untuk isi tersurat

a. Kata Penegas – juga,pula


b. Penanda Wacana – Selain itu,seterusnya.
c.
d. Perkataan lain – malahan, turut
e. Kata kerja Transitif – me, mem, men, meng,menge

(CONTOH KATA KUNCI BERDASARKAN KATA TUGASAN DALAM RUMUSAN)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
berpeluh kepada manusia dan cara-cara menggalakkan masyarakat melibatkan diri
dalam aktiviti yang mengeluarkan peluh.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Dalam suasana kehidupan di bandar, kebanyakan penduduknya tidak suka akan


pekerjaan yang terlalu banyak mengerah tenaga. Mereka lebih suka bekerja di pejabat tanpa
mengeluarkan peluh.Sikap ini perlu diubah kerana pakar perubatan telah membuktikan
bahawa berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan. Hal ini demikian kerana peluh
mengalirkan kotoran keluar daripada tubuh dan tidak membiarkan bahan toksik bergelumang
dalam darah.

Berdasarkan sistem biologi tubuh manusia, orang yang sering berpeluh akan
mempunyai kulit yang lebih bersih. Kulit manusia yang mengalirkan sisa toksik keluar daripada
badan menjadikannya berfungsi sebagai ginjal ketiga tubuh manusia. Kulit yang berpeluh
akan membuang kekotoran yang sama banyak dengan kerja yang dilakukan oleh ginjal
selama 24 jam. Peluh yang keluar dapat mengekalkan keanjalan kulit secara semula jadi.
Kadar peluh yang keluar itu dikawal oleh sel saraf di bahagian otak yang mendapat input
daripada reseptor yang mengesan suhu pada permukaan kulit. Tujuan pengeluaran peluh ini
adalah untuk menyejukkan tubuh badan kerana peluh dapat mengimbangkan suhu badan
supaya kekal stabil. Oleh sebab itu, terapi peluh dilakukan di rumah mandi wap sebagai salah
satu cara perubatan tertua yang diamalkan turun temurun dalam pelbagai budaya di dunia
seperti sauna di Finland, hamam di Timur Tengah, sifutu di Afrika, dan sento di Jepun. Selain
menggunakan air panas dan wap untuk merembeskan peluh, mandi wap juga dapat
menenangkan perasaan. Di samping itu, rembesan peluh dapat mencegah penyakin ekzema
dan jerawat yang berpunca daripada liang roma yang tersumbat.

Seseorang yang bekerja di pejabat dalam jangka masa yang lama, tanpa
mengeluarkan peluh, sering berasa letih. Sehubungan dengan itu, mereka perlu sedar akan
kepentingan berpeluh. Kajian perubatan telah membuktikan bahawa berpeluh sebenarnya
dapat mengurangkan keletihan di samping untuk membuang asid laktik yang terkumpul dalam
otot. Selain melalui najis dan kencing, bahan urea atau sisa metabolisme juga dinyahkan
dengan cara berpeluh. Perlu diingat bahawa sisa urea yang terkumpul dalam tubuh boleh
5

menyebabkan sakit kepala dan loya.Jika jumlahnya banyak dan dibiarkan terkumpul terlalu
lama pula bahan kotoran itu boleh mengakibatkan koma serta kematian.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak sekali kebaikan berpeluh dalam kehidupan
dalam kehidupan seharian.Sesungguhnya setitik keringat yang mengalir pada kulit bukanlah
sesuatu yang remeh dan boleh diseka buang begitu sahaja sebaliknya menyimpan pelbagai
hikmah tentang kesihatan.

5. KAEDAH MENULIS ISI TERSIRAT

a. Buat dalam perenggan ketiga.

b. Isi tersirat ialah isi yang pelajar perlu difikirkan sendiri berdasarkan perkara kedua
dalam tajuk yang diberi.

c. Teknik mudah menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – ISI TERSIRAT

(TEKNIK BASuT)

1.Baca soalan yang diberikan.

2. Analisis soalan dengan teliti.

3. Subjek. Tentukan soalan berbentuk terbuka atau tertutup (satu pihak atau banyak pihak)
untuk menentukan subjek ( pelaku / siapa dalam jawapan ISI TERSIRAT)

4. Terbuka atau banyak pihak (DI, KE,MA,SE, N, MM )

DI Diri, pelajar/murid seseorang, remaja, rakan sebaya,


pengguna
KE Keluarga, ibu bapa, adik beradik
TERBUKA ATAU
BANYAK PIHAK MA Masyarakat, komuniti setempat
SE Sekolah , guru disiplin, kaunselor, pentadbir, guru
mata pelajaran
N Negara, kerajaan, kementerian, pihak berwajib.

MM Media Massa, televisyen, surat khabar, media sosial.

TERTUTUP atau SATU PIHAK Satu subjek sahaja (Contoh : - remaja


- ibu bapa
- masyarakat
- sekolah
- kerajaan
- media massa
6

CADANGAN ISI :

PIHAK TINDAKAN

SEKOLAH • Pengajaran di dalam kelas


• Aktiviti kokurikulum
• Peranan guru
IBU BAPA • Memberikan didikan/asuhan
• Memberikan kasih sayang
• Menjadi contoh teladan
M MEDIA MASSA • Pengiklanan /Promosi berterusan
• Membuat dokumentari / edarkan
risalah
RAKAN SEBAYA • Pengaruh positif /Menasihati
• Sokongan
K KERAJAAN • Penguatkuasaan undang-undang /
dendaan/hukuman
• Memberikan dana / bantuan
kewangan/pemasaran
• Membuat kempen

6. KAEDAH MEMBUAT KESIMPULAN

a. Buat dalam perenggan keempat .

b. Kesimpulan perlu ditulis dalam satu ayat sahaja (ada dua unsur iaitu cadangan dan
tujuan).

c. Cadangan ditunjukkan oleh perkataan perlu / harus / hendaklah … (lihat tajuk)

d. Tujuan ditunjukkan oleh perkataan supaya / agar / bagi / untuk / demi .(rujuk kesan
kepada diri, rakyat, masyarakat ,organisasi atau negara).
7

CARA MENULIS KESIMPULAN


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik
minat murid mempelajari KOMSAS.

(AMBIL DARIPADA SOALAN

cadangan

1. Kesimpulannya, murid hendaklah mempelajari KOMSAS agar bahasa Melayu dapat


dimartabatkan.
Kata hubung Matlamat/harapan/tujuan

PIHAK CADANGAN TEMA SOALAN HARAPAN

Semua pihak Hendaklah Rujuk petikan Supaya


Remaja/Kita Mestilah Agar
Ibu bapa Haruslah Demi
Kerajaan, Sekolah Perlulah Untuk
[boleh diukur/dinilai]
[Disesuaikan
mengikut tema
soalan]

Kesimpulannya, Hendaklah Mempelajari agar bahasa Melayu


murid KOMSAS dapat
dimartabatkan.
8

CONTOH MENULIS RUMUSAN LENGKAP

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak
sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

Rumusan membincangkan kebaikan pembelajaran Komponen Sastera


(KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid
mempelajari KOMSAS.

(Digalakkan menulis arahan soalan lengkap)


Antara faedah pembelajaran Komponen Sastera ialah murid dapat
meningkatkan minat membaca dan mampu melahirkan murid yang
menghargai karya-karya sastera . Selain itu, murid-murid dapat
memperluas perbendaharaan kata , membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa dan memberikan banyak
pengajaran kepada murid . Seterusnya, murid menjadi lebih peka untuk
menghargai kesusasteraan warisan bangsa dan mematangkan murid
dalam berfikir dan berkomunikasi

Cara-cara pihak sekolah ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu


mengajar menggunakan kaedah yang menarik seperti pembelajaran
abad ke-21 dan pihak sekolah mengadakan bengkel KOMSAS dengan
mengundang penulis karja sastera.

Kesimpulannya murid perlu mempelajari KOMSAS agar mata


pelajaran ini tidak dilupakan.

( patah perkataan )
9

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya
berbelanja secara berhemat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Umumnya, hanya sebilangan kecil generasi muda di negara kita yang bijak menguruskan
kewangan. Kebanyakan daripada mereka gagal menguruskan kewangan atas pelbagai faktor.
Antaranya, mereka lebih mementingkan gaya hidup tanpa memikirkan kesannya terhadap
kemampuan kewangan mereka. Amalan suka memiliki telefon pintar atau alat berteknologi
tercanggih di pasaran dan bertukar-tukar model terbaharu menjadi trend generasi kini. Hal ini
menunjukkan generasi muda perlu mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan lebih-lebih lagi
semasa berlakunya kegawatan ekonomi. Sewajarnyalah, generasi muda dinasihati supaya tidak
membazir ketika berbelanja. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada mereka gemar membeli
barangan berjenama yang mahal harganya yang menyebabkan mereka menghadapi masalah
dalam menguruskan kewangan. Mereka sepatutnya menyediakan senarai perbelanjaan untuk
memastikan kewangan sentiasa terurus.

Kebanyakan generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu membayar balik
wang pinjaman pembiayaan pelajaran. Dalam hal ini, mereka sepatutnya memperuntukkan
sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk membayar balik wang pinjaman tersebut.
Perkara ini sangat penting bagi memastikan mereka dapat menguruskan kewangan masing-
masing. Dalam hal perkahwinan pula generasi muda gemar memilih pakej perkahwinan yang
terdapat di pasaran. Mereka seharusnya memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan
masing-masing. Pada masa yang sama, kos yang tinggi diperlukan untuk memulakan
penghidupan baru dalam berkeluarga. Oleh hal yang demikian, pasangan yang baru berkahwin
disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu bapa sebagai langkah penjimatan. Dalam tempoh
berkenaan, pasangan tersebut dapat menabung untuk untuk dijadikan wang pendahuluan bagi
membeli rumah. Sebenarnya, pembelian rumah pada usia muda adalah lebih baik untuk
mendapatkan tempoh pembiayaan yang lebih anjal. Bagi pasangan yang menyewa rumah,
mereka perlulah memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus pendapatan bulanan
isi rumah.

Pengurusan kewangan juga perlu diberi perhatian sebelum sesebuah keluarga


merancang untuk melancong. Kebanyakan keluarga di Malaysia akan melancong sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun kerana pelancongan merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, perancangan awal untuk menguruskan
kewangan bagi tujuan melancong perlu dilakukan. Kita juga janganlah, mengikut nafsu ketika
berbelanja terutamanya apabila kita mempunyai wang yang lebih. Sebagai contoh, apabila
mendapat bonus, pelbagai keinginan akan terlintas dalam fikiran seperti kereta baharu, perabut
baharu dan percutian. Pengurusan kewangan menjadi semakin mencabar apabila kad kredit
mudah dimiliki. Penggunaan kad kredit secara sewenang-wenangnya menyebabkan
penggunanya menanggung beban hutang. Oleh itu, perbelanjaan dengan menggunakan kad
kredit perlu dikawal. Sesungguhnya kejayaan dalam pengurusan kewangan seseorang
bergantung pada usaha masing-masing.
10
11

Anda mungkin juga menyukai