Anda di halaman 1dari 20

ARAHAN KEPADA PELAJAR : Dalam bahagian ini pelajar dikehendaki membuat latihan mengarang

secara teratur. Beberapa langkah hendaklah dipatuhi oleh pelajar sepanjang menjalankan latihan. Sila ikuti
panduan yang telah ditunjukkan semasa dalam ceramah. Beberapa langkah yang wajar dipatuhi adalah
seperti yang berikut ini;

Kenal pasti soalan dengan yakin seperti dalam aspek dimensi, tema, dan fokus.
Buat analisis tentang komponen dalam soalan
Kenal pasti teknik pendahuluan yang diberikan Pelajar boleh menyediakan pendahuluan sendiri
sekiranya mampu
Karangkan dengan lengkap semua isi karangan dengan berpandukan rangka isi yang telah disusun.
Mulakan dengan ayat ISI UTAMA dan diikuti dengan AYAT-AYAT SOKONGAN.
Gunakan aplikasi 1 + 4 + 1 (1 ayat untuk isi utama + 4 ayat sokongan + 1 ayat pelengkap wacana
perenggan (PP).
Jika perlu gunakan penanda-penanda wacana yang sesuai dalam menghubungkan ayat-ayat

LATIHAN 1
Anda bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Bincangkan persediaan yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita anda itu.
Pendahuluan: Berpandukan kata-kata mantan Presiden Sukarno, Gantunglah cita-citamu di bintang
yang tinggi sekalipun kakimu mencecah perlimbahan membuktkan bahawa kita hendaklah
meletakkan impian yang tinggi seandainya mahu mencapai kejayaan. Cita-cita menjadi pandu arah dan
kompas matlamat hidup. Cita-cita hendaklah disemai ketika usia muda dan terus dipupuk sehingga
berjaya. Melihatkan kejayaan golongan korporat dan usahawan, saya sangat teruja untuk menjadi seorang
usahawan dan membina sebuah empayar perniagaan sebaik tamat pengajian. Namun begitu, saya sedar
impian tersebut bukanlah mudah untuk dicapai. Oleh itu, persediaan yang rapi hendaklah saya mulakan
dari sekarang. Saya yakin sekiranya persediaan dibuat dari awal, insya-Allah semua impian akan menjadi
kenyataan.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Saya sedar untuk berjaya sebagai seorang usahawan, saya
hendaklah menanamkan cita-cita untuk berjaya dalam bidang yang dihajati sejak kecil.
H1 : penanda wacana amatlah penting kerana untuk berjaya kita perlu mempunyai hala tuju yang jelas.
H2
:
Saya
sangat
akur
dengan
hakikat
bahawa
hidup
tanpa
cita-cita
ibarat .................................................................................................(masuk peribahasa yang sesuai)
H3 : penanda wacana merealisasikan cita-cita murni itu, saya hendaklah sentiasa mengikuti
perkembangan ikon-ikon .................................................................................................................................
H4 : penanda wacana dimakbulkan Tuhan, saya bercita-cita untuk menjadi usahawan dalam
bidang ........................ (masukkan cita-cita anda sendiri)
PP : penanda wacana hajat terlaksana saya tidak akan putus-putus berdoa ke hadrat Ilahi, moga-moga
memperoleh limpah rahmat-Nya.
Huraian lengkap :
Saya sedar untuk berjaya sebagai seorang usahawan, saya hendaklah menanamkan cita-cita untuk berjaya
dalam bidang yang dihajati sejak kecil. Hal demikian amatlah penting kerana, untuk berjaya kita perlulah
mempunyai hala tuju yang jelas. Saya sangat akur dengan akikat bahawa hidup tanpa cita-cita ibarat gahnya
sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Demi merealisasikan cita-cita murni itu, saya hendaklah sentiasa
mengikuti perkembangan ikon-ikon yang telah berjaya dalam bidang perniagaan seperti mengikuti jejak langkah
Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary. Seandainya, dimakbulkan oleh Tuhan, saya bercita-cita untuk menjadi usahawan
dalam bidang ......................................... (masukkan cita-cita anda sendiri). Untuk memastikan hajat terlaksana,

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Dalam merealisasikan cita-cita tersebut, saya perlulah mengikuti
jurusan pengajian yang sesuai sama ada di peringkat menengah mahupun di IPT.
H1 : Langkah tersebut penting kerana ilmu pengetahuan yang dipelajari akan ........................................
..........................................................................................................................................................................
..
H2 : penanda wacana bidang yang sesuai untuk saya pilih tentulah jurusan akaun dan keusahawanan
H3 : Sebagai asas dan permulaan, saya akan berjinak-jinak dengan berlatih berniaga secara kecil-kecilan
seperti menjual ................................................... (masukkan perkataan anda)
H4 : penanda wacana di sekolah, saya hendaklah bergiat aktif dalam ......................................................
..........................................................................................................................................................................
..
PP : penanda wacana saya amat yakin dengan kata-kita hikmat, Di mana-mana ada kemahuan, di situ
ada jalan.
Huraian lengkap :
Dalam merealisasikan cita-cita tersebut, saya perlulah mengikuti jurusan pengajian yang sesuai sama ada
di peringkat menengah mahupun di IPT. Langkah tersebut adalah penting kerana ilmu pengetahuan yang dipelajari
akan membantu saya meneroka sesuatu bidang yang sesuai dengan matlamat yang diimpi-impikan. Oleh itu, bidang
pengajian yang sesuai untuk saya pilih tentulah jurusan akaun dan ilmu keusahawanan. Sebagai asas dan
permulaan, saya akan berjinak-jinak dengan berlatih berniaga seperti menjual kad prabayar, mencetak kemeja T,
dan menjual bahan-bahan cenderamata yang kecil-kecil dahulu. Sementara itu, sewaktu di sekolah, saya hendaklah
bergiat aktif dalam koperasi sekolah dan menjadi ahi dalam persatuan keusahawanan. Sesungguhnya, saya amat

Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :Langkah yang paling tepat (strategik), saya hendaklah
memulakan kerjaya berniaga sebaik tamat pengajian di IPT.
H1 : Langkah tersebut penting supaya saya tidak perlu teragak-agak untuk .............................................
H2 : penanda wacana semua ilmu yang saya peroleh semasa di sekolah dan di IPT masih lagi segar
dalam ingatan dan dapat ................................................................................................................................
H3 : Apabila menceburi bidang perniagaan pada usia yang masih muda, saya akan dapat merasai
pengalaman ............................................................................. dalam menjalankan perniagaan
H4 : penanda wacana semua pengalaman yang ditempuhi menjadikan saya lebih yakin untuk menjadi
seorang .......................................................................
PP : penanda wacana untung dan rugi adalah lumrah dalam dunia perniagaan, namun saya tetap
berpegang teguh dengan Sabda Nabi SAW bahawa, Sembilan persepuluh daripada kekayaan
adalah datang daripada perniagaan.
Huraian lengkap :
Langkah yang paling tepat (strategik), saya hendaklah memulakan kerjaya berniaga sebaik tamat pengajian
di IPT. Langkah tersebut adalah penting supaya saya tidak perlu teragak-agak untuk mencari kerjaya alternatif (lain)
selain berniaga. Manakala semua ilmu yang saya peroleh semasa di sekolah dan di IPT masih segar dalam ingatan
dan dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin. Apabila menceburi bidang perniagaan pada usia yang masih muda,
saya akan dapat merasai pengalaman jatuh bangun dan pahit getir dalam menjalankan perniagaan. Sebenarnya,
semua pengalaman yang ditempuhi menjadikan saya lebih yakin untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Sememangnya, untung dan rugi adalah lumrah dalam dunia perniagaan, namun saya tetap berpegang teguh dengan
Sabda Nabi SAW bahawa, Sembilan persepuluh daripada kekayaan adalah datang daripada perniagaan. (112 patah

Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Dalam memastikan niat untuk berjaya dalam dunia perniagaan,
saya hendaklah mengamalkan disiplin yang tinggi.
H1 : penanda wacana bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk sesiapa .........................................

H2 : Perihal seperti menepati masa, menguruskan hal-hal kewangan serta mengelak daripada melakukan
aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu penting bagi seseorang usahawan.
H3 : penanda wacana saya hendaklah mengamalkan sikap yang telus, menepati masa dan jujur apabila
berurusan dengan pelanggan.
H4 : penanda wacana saya hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi dan percaya ..........................
..........................................................................................................................................................................
..
PP : penanda wacana saya hendaklah yakin bahawa disiplin, keyakinan diri dan daya usaha adalah
menjadi intipati sesuatu kejayaan
Huraian lengkap :
Dalam memastikan niat untuk berjaya dalam dunia perniagaan, saya hendaklah mengamalkan disiplin yang
tinggi. Jelas sekali bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk sesiapa jua yang inginkan kejayaan. Perihal
seperti menepati masa, menguruskan hal-hal kewangan serta mengelak daripada melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah adalah terlalu penting bagi seseorang usahawan. Dengan hal yang demikian, saya hendaklah
mengamalkan sikap yang telus, menepati masa dan jujur apabila berurusan dengan pelanggan. Oleh itu, saya
hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi dan percaya akan diri sendiri jikalau mahu berjaya. Sudah
sewajarnya, saya perlu yakin bahawa disiplin, keyakinan diri dan daya usaha adalah menjadi intipati kepada

Kesimpulan : Merujuk pepatah, membilang daripada esa, mengaji daripada alif, hujan berpokok
dan kata berpangkal membuktikan bahawa semua urusan hidup kita hendaklah dimulakan dari awal.
Setiap kejayaan hendaklah dimulakan dengan gigih dan ikutlah tertib berkerja dengan disiplin yang tinggi.
Insya-Allah setiap niat yang baik dan disusuli dengan usaha yang gigih pasti beroleh kejayaan.
LATIHAN 2
Isu kenaikan harga barangan keperluan banyak memberikan kesan kepada masyarakat.
Sebagai pengguna yang bijak, anda mempunyai beberapa strategi untuk mengawal
perbelanjaan agar tidak mendatangkan kesan yang lebih serius.
Bincangkan langkah-langkah yang bakal anda ambil.
Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sejak tahun 2008 hinggalah masa kini merupakan
tempoh yang getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram.
Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan
cukup menakutkan banyak pihak. Dengan fenomena seperti itu, bebanan terhadap perbelanjaan isi rumah
mula terasa bahangnya. Bahang tersebut turut dirasai oleh masyarakat Malaysia apabila rata-rata
merungut tentang kos hidup yang amat tinggi sedangkan pendapatan isi rumah tidak bertambah.
Menjelang tahun 2014, timbul pula cakap-cakap bahawa ekonomi dunia akan kembali merudum, justeru
krisis kegawatan akan kembali memuncak. Hal demikian sudah pasti menyedarkan kita agar tidak boleh
berpeluk tubuh untuk menunggu bulan jatuh ke riba, sebaliknya sebagai insan yang berakal, saya harus
mempunyai strategi tersendiri agar tidak terperangkap dalam bencana yang menakutkan itu.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Langkah yang paling praktikal untuk menangani kemelut ini
adalah dengan mengamalkan perbelanjaan secara berhemat
H1 : Langkah ini amatlah sesuai kerana dalam situasi gawat seperti itu amalan bajet hendaklah
mengutamakan
keperluan
.
H2 : Tindakan membuat bajet terlebih dahulu sebelum membeli dapat mengelak ..
hingga terjadi perbelanjaan defisit
H3 penanda wacana rancanglah terlebih dahulu sebelum membeli dengan memberikan .
H4 : Memang fitrah semula jadi manusia yang cepat rambang mata
PP : penanda wacana, saya harus berwaspada dengan kiasan ( ikut suka , ikut rasa ikut hati . )
Huraian lengkap :
Langkah yang paling praktikal untuk menangani kemelut ini adalah dengan mengamalkan perbelanjaan
secara berhemat. Langkah ini amatlah sesuai kerana dalam situasi gawat seperti itu amalan bajet hendaklah
mengutamakan keperluan daripada keinginan yang berpkasikan nafsu semata-mata. Tindakan membuat bajet
3
terlebih dahulu sebelum membeli dapat mengelak pembelian secara tidak terancang hingga terjadi perbelanjaan
defisit. Oleh itu, rancanglah terlebih dahulu sebelum membeli dengan memberikan keutamaan kepada perkaraperkara yang perlu sahaja. Memang fitrah semula jadi manusia yang cepat rambang mata apabila berhadapan
dengan barangan berharga daripada jenama yang termasyhur pula. Oleh sebab itu, saya harus berwaspada dengan

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Inisiatif lain yang tidak kurang pentingnya adalah dengan cara
memperkasakan tradisi berjimat cermat.
H1 : Prakarsa ini amatlah wajar diperkasakan sebelum seseorang itu .

..
H2 : Hakikat berjimat cermat bukan bermaksud tidak berbelanja, sebaliknya.
H3 : Pepatah Melayu yang menyatakan ingat sementara belum kena ..bertujuan mendidik
sikap berwaspada dan berhemat dengan menyimpan sedikit bekal ketika
H4 : Kaedah tabungan dalam era tradisional atau kaedah simpanan dan membeli saham dalam era moden
hendaklah
PP : penanda wacana, saya perlu berwaspada sebelum didatangi musibah, bak kata, sudah terhantuk
.dengan menyesali nasib ibarat buang tangga hayun kaki.

Huraian lengkap :
Inisiatif lain yang tidak kurang pentingnya adalah dengan cara memperkasakan tradisi berjimat cermat.
Prakarsa ini amatlah wajar diperkasakan sebelum seseorang itu dirundung malapetaka atau kesusahan yang tidak
diduga-duga. Hakikat berjimat cermat bukan bermaksud tidak berbelanja, sebaliknya merancangkan perbelanjaan
atas mana-mana yang perlu dan berusaha mengurangi pembaziran. Pepatah Melayu yang menyatakan ingat
sementara belum kena, jimat sementara belum habis bertujuan mendidik sikap berwaspada dan berhemat dengan
menyimpan sedikit bekal ketika datangnya masa sulit kerana malang tidak berbau dan geruh tidak berbunyi.
Kaedah tabungan dalam era tradisional atau kaedah simpanan dan membeli saham dalam era moden hendaklah
dijadikan amalan untuk mencegah tabiat masyarakat masa kini yang amat boros berbelanja. Dengan hal yang
demikian, saya perlu berwaspada sebelum didatangi musibah, bak kata, sudah terhantuk baharu hendak

Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Selain itu, saya juga perlu turut serta dalam kempen-kempen
yang
dianjurkan oleh kerajaan dan NGO untuk mendidik masyarakat tentang
langkah
mengawal perbelanjaan.
H1 : Penglibatan dalam program seperti ini amatlah penting untuk memberi kesedaran

.
H2 : penanda wacana menyertai program seperti ini, saya akan memperoleh pelbagai maklumat
tentang

H3 : Saya hendaklah peka dan akur atas segala nasihat dan bimbingan

..
H4
:
penanda
wacana,
memperoleh
maklumat,
saya
perlu
bijak
.
PP : Pemerkasaan sikap seperti ini barulah dikatakan kita sebagai pembeli yang bijak dan tahu merancang
strategi mengikut nasihat peribahasa, sekali jalan kena, dua jalan tahu, tiga kalai jalan mengena.
Huraian lengkap :
Selain itu, saya juga perlu turut serta dalam kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan dan NGO
untuk mendidik masyarakat tentang langkah mengawal perbelanjaan. Penglibatan dalam program seperti ini
amatlah penting untuk memberi kesedaran atas sikap kita sendiri yang kadang-kadang lalai dan asyik berbelanja.
Apabila menyertai program seperti ini, saya akan memperoleh pelbagai maklumat tentang produk, kawalan harga
dan taktik penipuan oleh peniaga. Saya hendaklah peka dan akur atas segala nasihat dan bimbingan
kepenggunaan yang kerap dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi. Setelah
memperoleh maklumat, saya perlu bijak bertindak untuk memilih waktu yang sesuai untuk berbelanja mahupun
dalam menentukan barangan keperluan mengikut keutamaan. Pemerkasaan sikap seperti ini barulah dikatakan kita

Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Sementara itu, untuk mendapat perlindungan daripada menjadi
mangsa penipuan, saya mestilah menganggotai badan-badan NGO yang berkaitan dengan
kepenggunaan.
H1 : penanda wacana amatlah penting kerana badan yang berautoriti seperti NGO boleh memberi
perlindungan dalam aspek undang-unadang dan insurans apabila pengguna ditipu
H2 : Saya akan menyertai NGO seperti Persatuan Konsumer Malaysia dan Skuad Pemantau Harga agar
dapat

H3 : Dalam situasi turun naik harga barangan saya perlu memperoleh seberapa banyak maklumat supaya
tidak mudah tertipu oleh peniaga ..(peribahasa)
H4 : penanda wacana, pihak kerajaan juga sentiasa memberikan perhatian terhadap segala salah laku
peniaga dengan bantuan .
PP : penanda wacana, sebaik-baik langkah yang perlu saya amalkan adalah dengan cara bekerjasama,
..(peribahasa)

Huraian lengkap :
Sementara itu, untuk mendapat perlindungan daripada menjadi mangsa penipuan, saya mestilah
menganggotai badan-badan NGO yang berkaitan dengan kepenggunaan. amatlah penting kerana badan yang
berautoriti seperti NGO boleh memberi perlindungan dalam aspek undang-unadang dan insurans apabila pengguna
ditipu. Langkah ini amatlah penting kerana badan yang berautoriti seperti NGO boleh memberi perlindungan dalam
aspek undang-unadang dan insurans apabila pengguna ditipu. Saya akan menyertai NGO seperti Persatuan
Konsumer Malaysia dan Skuad Pemantau Harga agar dapat berlindung di bawah payung kuasa autoriti yang
diberikan oleh pihak kerajaan. Dalam situasi turun naik harga barangan saya perlu memperoleh seberapa banyak
maklumat supaya tidak mudah tertipu oleh peniaga yang bersifat lintah darat dan pepat di luar rencong di dalam.
Malahan, pihak kerajaan juga sentiasa memberikan perhatian terhadap segala salah laku peniaga sekiranya

Kesimpulan : Sindiran daripada peribahasa besar periuk besarlah keraknya hendaklah dijadikan panduan
agar kita selalu berhemat dalam berbelanja. Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan
sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis gawat
seperti ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi
perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.
LATIHAN 3
Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar
setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang
kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam
pekerjaan.
Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir kepada
kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka mula mencongak-congak akan
peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran
pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan
yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang
baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Dengan hal yang demikian,
seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkap dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan
sebelum melamar sebarang pekerjaan.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Kemahiran terpenting yang harus dikuasai terlebih dahulu ialah
kemahiran berkomunikasi
H1 : Kemahiran berkomunikasi merupakan gabungan kemahiran seperti petah berbicara, matang
berhujah dan berani berhadapan dengan klien
H2 : penanda wacana dunia yang terbuka seseorang hendaklah mempunyai kebolehan ..

..
H3 : Kebolehan berkomunikasi yang istimewa akan memberi ..
H4 : penanda wacana telah terbukti apabila ikon-ikon berjaya seperti ( contoh : Dato Dr Fadhilah
Kamsah, Profesor Muhaya Mohamed, ) telah menjadi orang ..
PP :
penanda wacana betapa pentingnya kebolehan berkomunikasi, bak kata peribahasa budi
menunjukkan hati, bahasa menunjukkan bangsa.
Huraian lengkap:
Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran
berkomunikasi merupakan gabungan kemahiran seperti petah berbicara, matang dalam melontarkan
idea dan pendapat serta berani lagi yakin apabila berhadapan dengan pelbagai peringkat klien. Hal
tersebut amatlah penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini memerlukan seseorang itu
berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas serta pendapat yang matang. Kebolehan dalam
berkomunikasi juga memberi ruang kepada individu tersebut memperluas rangkaian klien dan tetamu.
Melalui interaksi yang baik di pelbagai peringkat pasti memberi impak besar apabila pelbagai peluang
kerjaya mudah diperoleh. Di peringkat nasional, tokoh-tokoh istimewa seperti Dato Dr Fadhillah Kamsah,
Mahathir Lokman, Dr Fatimah Al Zahra serta ramai lagi telah berjaya membina kerjaya yang lumayan

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul : Lanjutan daripada kemampuan dalam berkomunikasi, memerlukan
seseorang itu menguasai pelbagai bahasa pula.
H1 : penanda wacana kerana menguasai pelbagai bahasa adalah untuk memenuhi keperluan era
globalisasi sejagat masa kini.
H2 : Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang, pelbagai bahasa .
H3 : Demikianlah juga dengan bahasa-bahasa utama di negara kita seperti ( contoh .. ) wajar
dipelajari untuk memudahkan kita merebut peluang pekerjaan
H4 : penanda wacana memenuhi wawasan Malaysia menjadi negara maju rakyat perlu menguasai
pelbagai
bahasa

PP : penanda wacana, sebagai rakyat Malaysia pada abad milenium kita perlu mempelajari pelbagai
bahasa kerana kemampuan berbahasa yang terhad akan menyebabkan kita tertinggal daripada arus
perdana bak kata peribahasa (.
..)
Huraian lengkap :
Lanjutan daripada kemampuan dalam berkomunikasi, memerlukan seseorang itu menguasai pelbagai
bahasa pula. Hal demikian amatlah penting kerana menguasai pelbagai bahasa adalah untuk memenuhi
keperluan era globalisasi sejagat masa kini. Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang, pelbagai
bahasa utama dunia seperti Inggeris, Mandarin, Arab, Perancis dan Jepun perlu dikuasai untuk
memudahkan seseorang itu berkomunikasi. Demikianlah juga dengan bahasa-bahasa utama di negara
kita seperti bahasa Mandarin, bahasa Arab dan bahasa Inggeris wajar dipelajari untuk memudahkan kita
merebut peluang pekerjaan. Dalam memenuhi wawasan Malaysia menjadi negara maju rakyat perlu
menguasai pelbagai bahasa kerana banyak impaknya kepada sesebuah negara. Oleh itu, sebagai rakyat
Malaysia pada abad milenium kita perlu mempelajari pelbagai bahasa kerana kemampuan berbahasa

Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul : Dalam melestarikan dunia tanpa sempadan kini, menguasai bidang
ICT merupakan suatu lagi kemahiran yang mesti dikejar
H1 : Langkah tersebut adalah penting memandangkan ICT menjadi wahana baru penyebaran maklumat
dan
H2 : Setiap individu yang memiliki sudah tentu akan jauh beberapa tapak ke depan

..
H3 : Program-program ICT seperti Microsoft Word ., bukan lagi asing
kepada semua orang khususnya generasi Y yang mula celik komputer
H4 : penanda wacana, kita tidak wajar berpeluk tubuh tanpa bersedia berdepan dengan kekunci
elektronik tersebut jikalau tidak mahu menjadi bangsa yang jumud ibarat .. (peribahasa)
PP : penanda wacana, seseorang itu hendaklah bersedia dengan pakej yang lengkap iaitu kelayakan
akademik dan pengetahuan maklumat di hujung jari sebelum memasuki pasaran kerja.
Huraian lengkap :
Dalam melestarikan dunia tanpa sempadan kini, menguasai bidang ICT merupakan suatu lagi
kemahiran yang mesti dikejar. Langkah tersebut adalah penting memandangkan ICT menjadi wahana
baru penyebaran maklumat dan menjadi jaringan komunikasi sedunia tanpa sempadan. Setiap individu
yang memiliki kemahiran mengakses internet dan literasi komputer sudah tentu akan jauh beberapa
tapak ke depan terutama dalam persaingan mencari ilmu dan maklumat, malah dalam menguruskan
pekerjaan juga. Program-program ICT seperti Microsoft Word, Excel, data analisis, Corell Draw dan
bermacam-macam lagi perisian bukan lagi asing kepada semua orang khususnya generasi Y yang mula
celik komputer. Dengan hal yang demikian, kita tidak wajar berpeluk tubuh tanpa bersedia untuk
berdepan
dengan papan kekunci elektronik tersebut jikalau tidak mahu menjadi bangsa yang jumud
Isi
4:
ibarat katak di bawah termpurung. Justeru, seseorang itu hendaklah bersedia dengan pakej yang lengkap

Ayat Isi Utama/Ayat Judul : Selain itu, perhiasan diri atau kemahiran penampilan diri adalah
menjadi sebahagian daripada perkara yang dinilai sama ada individu tersebut berketrampilan
atau tidak
H1 : Pakej keterampilan diri amatlah penting kepada seseorang sejajar dengan kata-kata Imam al Ghazali,
Ingin
mengenal
wajah
lihatlah
cermin,
ingin
mengenal
diri
bercerminlah
pada
....
H2
:
penanda
wacana
golongan
profesional,
.
H3 : penanda wacana, sebelum melamar sesuatu pekerjaan bersiaplah diri supaya dapat meyakinkan
pihak yang menilai diri kita
H4 : Wajar sekali diambil perhatian, dalam alam pekerjaan seseorang itu .

..
PP : penanda wacana, untuk berkomunikasi dengan semua pihak perihal kekemasan diri sangatlah
penting
diambil
kira
kerana
...

Huraian lengkap :
Selain itu, perhiasan diri atau kemahiran penampilan diri adalah menjadi sebahagian daripada perkara yang dinilai
sama ada individu tersebut berketrampilan atau tidak. Pakej keterampilan diri amatlah penting kepada seseorang
sejajar dengan kata-kata Imam al Ghazali, Ingin mengenal wajah lihatlah cermin, ingin mengenal diri bercerminlah
pada wajah, yakni cerminan peribadi seseorang adalah daripada penampilannya. Sehubungan dengan itu, sebagai
penjawat profesional, diri kita bukan dinilai hanya pada kualiti kerja semata-mata, sebaliknya personaliti yang
meyakinkan turut menjadi pertimbangan. Oleh itu, sebelum melamar sesuatu pekerjaan bersiaplah diri supaya dapat
meyakinkan
pihak yang menilai diri kita. Wajar sekali diambil perhatian, dalam alam pekerjaan seseorang itu
bukan hanya bertanggungjawab terhadap bidang tugasnya sahaja, sebaliknya perlu berkomunikasi dengan pelbagai
peringkat klien. Sejajar dengan itu, agar kita senang untuk berkomunikasi dengan semua pihak perihal kekemasan

Kesimpulan : Tuntasnya, setiap insan telah dianugerahi Allah dengan pelbagai kemahiran yang istimewa.
Tinggal lagi, sama ada insan tersebut sedar atau tidak akan kelebihan yang ada pada dirinya tetap
menjadi persoalan. Dalam memperoleh hasil kerja yang berkualiti, gabungan antara kekuatan kognitif,
psikomotor dan afektif amatlah diperlukan. Tidak dinafikan, seseorang yang mampu menggabungkan
ketiga-tiga unsur tersebut mampu menghasilkan produktiviti yang lebih baik sama ada dalam aspek
kuantiti dan kualiti.
LATIHAN 4
Anak-anak boleh memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan keharmonian dalam
rumah tangga.
Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah keluarga yang
harmoni
Pendahuluan : Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat Rumahku Syurgaku
menjadi hasrat semua keluarga. Kehidupan yang wujud dalam suasana saling sayang, saling menyokong
dan hormat-menghormati bakal melahirkan anak-anak yang baik, cerdas dan futuristik. Itulah sebenarnya
keluarga bahagia. Namun demikian, tidak semua hasrat tersebut mencapai matlamat Ada yang kecundang
dan terbentur ditelan gelombang cabaran. Anak-anak yang diharapkan menjadi permata bonda kadangkadang membawa musibah dek tersalah didik ataupun mengambil sikap pepat di luar rencong di dalam.
Oleh yang demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap
positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga yang progresif, harmoni,
dan sejahtera.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Tanggungjawab yang utama ialah anak-anak hendaklah menjadi
seorang insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa.
H1 : penanda wacana, kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya.
H2 : Ingatlah dengan bersungguh-sungguh bahawa anak-anak adalah sebagai penawar hati dan pelunak
perasaan kepada ibu bapa
H3 : Hormati dan taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah ..
H4 : Apabila ibu bapa diberi patuh dan agama ditaati nescaya lahirlah insan yang ..
PP : penanda wacana, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam
rumah tangga selaras dengan slogan .
Huraian lengkap :
Tanggungjawab yang utama ialah anak-anak hendaklah menjadi seorang insan yang patuh
kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama
ada di sisi agama mahu pun budaya. Ingatlah dengan bersungguh-sungguh bahawa anak-anak adalah
sebagai penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu bapa. Hormati dan taatilah ibu bapa kerana
kesejahteraan dunia dan akhirat adalah dengan redha (reda) daripada ibu bapa juga. Apabila ibu bapa
diberi patuh dan agama ditaati nescaya lahirlah insan yang kenal akan hati budi dan mudah berbakti.
Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti
dan bermoral tinggi
H1 : Budi pekerti dan moral sentiasa ............................................................................................................
H2 : penanda wacana elok pekerti nescaya terserlahlah nilai-nilai insani
H3 : Sudah sewajarnya, anak-anak mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam
al-Ghazali, Hendak mengenal diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada
wajah.
H4 : penanda wacana, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan kejernihan.............................................
H5 : Hormatilah setiap ahli keluarga dengan .................................................................................................
PP : penanda wacana, semulia-mulia insan adalah yang tahu membalasi ibu bapa dengan budi bahasa,
ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.
Huraian lengkap :
Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti dan bermoral tinggi. Selain itu,
anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti dan bermoral tinggi. Budi pekerti dan moral
sentiasa menjadi pakaian peribadi. Apabila elok pekerti nescaya terserlahlah nilai-nilai insani. Sudah
sewajarnya, anak-anak mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali,
Hendak mengenal diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah.
Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita.
Hormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi.
Seandainya, karekter seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah lahirlah sebuah keluarga yang harmoni,
Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak
merupakan kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni.
H1 : Anak-anak seperti ini mudah mesra dan cepat peka terhadap segala kerenah dalam keluarga.
H2 : penanda wacana, ketiadaan mereka di rumah amat dirasakan oleh semua ahli keluarga
H3 : Kadang-kadang berlaku salah faham apabila anak-anak seperti ini dianggap sebagai
.. (peribahasa)
H4 : Sepatutnya, inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu
bapa di samping dapat mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain.
PP : penanda wacana, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air
mata seorang ibu serta keringat seorang ayah.
Huraian lengkap :
Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan kriteria yang amat
baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti ini tidak pernah berkira sama ada
tenaga mahupun penat lelah dalam memberi khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan
cepat peka terhadap segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh
semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anak-anak seperti ini dianggap
anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda
membalas budi ibu bapa di samping mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain.
Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air mata
Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul : Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu
bapa akan berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran
H1 : Memahami situasi hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil
H2 : Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim dengan adik beradik
dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun.
H3 : penanda wacana, nilai-nilai murni ini boleh diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah
tangga akan terbentuk.

10

H4 : Anak-anak seyogia perlu bepandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi cermin kepada ibu
bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya.
PP : penanda wacana, sebagai anak yang baik bersedialah untuk mengambil tanggungjawab
untuk mengharmonikan keluarga.
Huraian lengkap :
Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti, sampai waktu ibu bapa akan berlalu pergi, justeru
anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia
untuk mengambil tanggungjawab. Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan
silaturahim dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut oleh manamana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh diperkasakan sudah pasti keharmonian
dalam rumah tangga akan terbentuk. Anak-anak seyogia perlu bepandangan jauh kerana segala sikap
mereka menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya.
Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk
Kesimpulan : Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat yang dinamik.
Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama
untuk membina keluarga yang harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar
keluarga memperoleh kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, Keluarga bahagia penjana kecemerlangan
ummah.
LATIHAN 5
Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina penampilan diri, daya
kepimpinan, disiplin diri yang tinggi, perpaduan dan pelbagai sifat yang positif dalam
kalangan pelajar
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menegaskan bahawa, setiap individu pelajar
hendaklah dididik agar seimbang dan harmonis dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Bagi
merealisasikan hasrat tersebut komponen dalam pendidikan nasional telah memberikan penekanan dalam
dua aspek yang utama iaitu kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermatlamat membangunkan ummah
yang berminda kelas pertama, sementara kokurikulum pula sebagai pelengkap keterampilan fizikal, emosi,
dan sahsiah pelajar. Berdasarkan pernyataan tersebut, saya bersetuju bahawa penglibatan yang aktif
dalam aktiviti kokurikulum pasti menatijahkan pelbagai impak positif kepada pelajar.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapat
melahirkan remaja yang memiliki keterampilan diri yang hebat, segak dan gagah.
H1 : Keterampilan yang menarik adalah amat penting kerana dapat meningkatkan keyakinan sama ada
kepada diri sendiri mahupun orang lain
H2 : penanda wacana, setiap remaja hendaklah mempersiapkan diri dengan pakej fizikal, mental dan
emosi dengan personalti yang mengagumkan
H3 : penanda wacana, memperlengkap ciri-ciri tersebut, remaja hendaklah sentiasa aktif dalam aktiviti
kokurikulum seperti ...................................................................................atau kegiatan beruniform
H4 : Semua aktiviti tersebut berupaya memberikan impak yang cukup positif apabila individu tersebut
lebih sihat, yakin kepada diri sendiri, dan bermotivasi tinggi.
PP : penanda wacana nilai diri seseorang itu akan dilihat daripada kehebatan susuk tubuhnya, minda
yang cerdas dan emosi yang harmoni.
Huraian lengkap :
Penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapat melahirkan remaja yang memiliki
keterampilan diri yang hebat, segak dan gagah. Keterampilan yang menarik adalah amat penting kerana
dapat meningkatkan keyakinan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sudah sewajarnya
setiap remaja hendaklah mempersiapkan diri dengan pakej fizikal, mental, dan emosi dengan memiliki
personaliti yang mengagumkan. Dalam memperlengkap ciri-ciri tersebut, remaja hendaklah sentiasa
aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti bersukan, menyertai pasukan dan kelab atau kegiatan
11
beruniform. Semua aktiviti tersebut berupaya memberikan
impak yang cukup positif apabila individu
tersebut lebih sihat, yakin kepada diri sendiri, dan bermotivasi tinggi. Pendek kata, nilai diri seseorang

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Daya kepimpinan ialah ciri perwatakan yang sangat berguna akan
diperoleh remaja apabila bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
H1 : ................................... ialah aset yang penting untuk seseorang itu diterima dalam masyarakat,
dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin.
H2 : penanda wacana, amatlah mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah memiliki keyakinan diri
yang tinggi, berfikiran positif, dan matang
H3 : penanda wacana, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, semua bakat istimewa sebagai pemimpin
berjaya dibentuk melalui kegiatan berpersatuan, ................................................. (beri contoh)
H4 : penanda wacana, sifat cemerlang yang dapat dibentuk adalah membina ketahanan diri, berdisiplin,
dan pembinaan jati diri sebagai pemimpin yang memilki karisma dan disegani
PP : Demikianlah nilai kepimpinan yang harus ada pada setiap individu bak kata pepatah, kok kaya
tumpang hartanya, kok cerdik tumpang akalnya.
Huraian lengkap :
Daya kepimpinan ialah ciri perwatakan yang sangat berguna akan diperoleh remaja apabila
bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Daya kepimpinan ialah aset yang penting untuk
seseorang itu diterima dalam masyarakat, dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin. Oleh
itu, daya kepimpinan amatlah mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah memiliki keyakinan diri
yang tinggi, berfikiran positif, dan matang. Sewajarnya, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, semua
bakat istimewa sebagai pemimpin berjaya dibentuk melalui kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan
beruniform seperti ............... Seyogia, sifat cemerlang yang dapat dibentuk adalah membina ketahanan
diri, berdisiplin, dan pembinaan jati diri sebagai pemimpin yang memiliki karisme dan disegani.
Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut memberi impak
mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
H1 : Dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan menjadi penawar yang paling
mujarab bagi mengelak sebarang prasangka dan adu domba
H2 : penanda wacana, akan wujud perpaduan, hubungan mesra, setia kawan, dan toleransi dalam
kalangan masyarakat majmuk.
H3 : penanda wacana, inilah suatu jaminan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu di
bawah payung sebuah negara yang sejahtera.
H4 : Bagi memupuk semangat perpaduan, beberapa aktiviti seperti sukan, ......................................
(contoh lain) boleh dijadikan jambatan untuk mempererat hubungan silaturahim (anda boleh masukkan
apa-apa peribahasa yang sesuai)
PP : penanda wacana , pelajar-pelajar yang selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum biasanya lebih cepat
mesra, bertolak ansur dan berfikiran terbuka.
Huraian lengkap :
Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut memberi impak mengeratkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum. Dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan
menjadi penawar yang paling mujarab bagi mengelak sebarang prasangka dan adu domba. Dengan hal
yang demikian, akan wujud perpaduan hubungan mesra, setia kawan, dan toleransi dalam kalangan
masyarakat majmuk. Sehubungan dengan itu, inilah suatu jaminan untuk melahirkan masyarakat yang
harmoni dan bersatu padu di bawah payung sebuah negara yang sejahtera. Dalam memupuk
semangat perpaduan, beberapa aktiviti seperti sukan, penyertaan dalam badan beruniform dan kem
jati diri boleh dijadikan jambatan untuk mempererat hubungan silaturahim. Justeru, pelajar yang selalu
Isi 4 :

12

Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam
kokurikulum adalah dapat membina prinsip dan disiplin diri yang teguh
H1 : penanda wacana, disiplin merupakan anak kunci kepada semua kejayaan hasil kerja
H2 : Berdasarkan pengalaman tokoh-tokoh ternama, kejayaan mereka berada di puncak kegemilangan
adalah didorong oleh disiplin yang ketat
H3 : penanda wacana, unsur inilah yang mahu diperkasakan ke dalam diri remaja apabila mereka
terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
H4 : Mereka dikehendaki patuh kepada ketepatan masa, menjalankan tugas mengikut peraturan, dan
perlu merancang sesuatu aktiviti dengan baik
PP : penanda wacana, kokurikulum boleh dijadikan platform untuk melahirkan remaja yang teguh jati
diri dan berdisiplin
Huraian lengkap :
Impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam kokurikulum adalah dapat membina
prinsip dan disiplin diri yang teguh. Hal ini demikian kerana, disiplin merupakan anak kunci kepada
semua kejayaan hasil kerja. Berdasarkan tokoh-tokoh ternama seperti Thomas Alva Edison, Oville dan
Wilbur Right, Bill Gate dan ramai lagi, kejayaan mereka berada di puncak kegemilangan adalah
didorong oleh disiplin yang ketat. Sesungguhnya, unsur inilah yang mahu diperkasakan ke dalam diri
remaja apabila mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
Mereka dikehendaki patuh kepada
ketepatan masa, menjalankan tugas mengikut peraturan, dan perlu merancang sesuatu aktiviti dengan
Kesimpulan: Tokoh falsafah agung Yunani, Aristotle pernah menyatakan, Kejayaan sesuatu bangsa itu
adalah bergantung kepada kualiti rakyatnya yang sentiasa berfikiran positif dan dinamik. Oleh hal yang
demikian, dalam usia remaja rakyat perlulah dididik dengan nilai-nilai jati diri dan serba boleh. Justeru,
para pelajar yang berada di bangku sekolah hendaklah menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai platform
untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa, dan agama.
LATIHAN 6
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur.
Jelaskan tindakan-tindakan yang diambil oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat
kejiranan
Cadangan Pendahuluan : Dalam mengutamakan hidup berjiran, berpeganglah kepada falsafah
peribahasa, hidup bagai aur dengan tebing atau hidup ini sandar-menyandar ke gunung sama didaki, ke
lurah sama dituruni. Inilah situasi kehidupan yang menzahirkan keharmonian dan damai. Namun begitu,
belakangan ini impian seumpama itu amat sukar direalisasikan. Semangat kejiranan yang sepatutnya
menjadi agenda penting masyarakat semakin terpinggir daripada arus perdana. Memandangkan kita tidak
boleh hidup dengan berpegang kepada falsafah, Nafsi-nafsi, siapa lu siapa gua justeru wajar sekali kita
kembali kepada landasan sebenar dan bersama-sama mencari jalan untuk memupukkan semula semangat
kejiranan.
Isi 1 :
Tunjang utama kepada kukuhnya kejiranan adalah dengan mewujudkan program khidmat
masyarakat.
H1 : penanda wacana amatlah penting dalam usaha untuk ........................................................................
H2 : program seperti gotong royong perdana dapat ......................................................................................
H3 : penanda wacana kewujudan program seperti itu masyarakat di sesuatu tempat..............................
..........................................................................................................................................................................
..
H4 : penanda wacana aktiviti seperti rondaan malam dan berziarah boleh ..............................................
aktiviti tautan mesra untuk mengeratkan semula hubungan.
PP : Sesungguhnya, inilah tradisi berjiran dengan senang sama dinikmati, sakit sama dirasai.

13

Huraian lengkap
Tunjang utama kepada kukuhnya kejiranan adalah dengan mewujudkan program khidmat masyarakat.
Hal demikian amatlah penting dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang saling bersatu
padu dan saling menyokong. Program seperti gotong-royong perdana dapat membangkitkan perasaan
kekitaan dan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Dengan kewujudan
program seperti itu masyarakat di sesuatu tempat boleh saling berkenal-kenalan, bertegur sapa dan
bekerjasama. Sementara itu, aktiviti seperti roandaan pada waktu malam dan berziarah boleh dijadikan
agenda tetap agar aktiviti tautan mesra untuk mengertakan semula hubungan. Sesungguhnya, inilah
Isi 2 :
Dalam kalangan anggota masyarakat pupuklah sifat ikhlas dan nilai murni yang mulia dalam
kalangan pemimpin dan rakyat
H1 : Sifat seumpama ini amat wajar dipupuk agar dapat melahirkan individu yang benar-benar ikhlas dan
mengamalkan sifat seperti .......................................................................................................................
H2 : Dalam konteks Gagasan 1Malaysia, semua pihak ................................................................................
H3 : penanda wacana kesedaran untuk hidup berjiran perlulah wujud dan ikhlas diamalkan oleh semua
pihak tanpa memilih ............................................................................................................................
H4 : Amalan ini perlulah dipupuk sejadi awal lagi semasa anak-anak masih di bangku sekolah ..........
.........................................................................................................................................................................
PP : Justeru, semua pihak semua pihak jangan terlalu memfokuskan aspek material dengan meminggirkan
nilai moral seperti semangat kejiranan ibarat ......................................................................

14

Huraian lengkap
Dalam kalangan anggota masyarakat pupuklah sifat ikhlas dan nilai murni yang mulia dalam
kalangan pemimpin dan rakyat. Sifat seumpama ini amat wajar dipupuk agar dapat melahirkan individu
yang benar-benar ikhlas dan mengamalkan sifat seperti induk berpayung, pemimpin disanjung dan
rakyat dilindung. Dalam konteks Gagasan 1Malaysia, semua pihak hendaklah mengutamakan
kesamarataan hak dan menghormati persamaan dan perbezaan yang ada dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum. Oleh sebab itu, kesedaran untuk hidup berjiran perlulah wujud dan ikhlas diamalkan oleh
semua pihak tanpa memilih latar, darjat dan pangkat. Amalan ini perlulah dipupuk sejadi awal lagi
semasa anak-anak masih di bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru,
semua pihak jangan terlalu memfokuskan aspek material dengan meminggirkan nilai moral seperti
Isi 3 :
Strategi yang lain pula, pihak kerajaan hendaklah melaksanakan dasar petempatan dan
perumahan yang mengutamakan ciri-ciri pemajmukan kaum.
H1 : penanda wacana penting kerana pola kependudukan (demografi) di Malaysia bercorak
komposisi.......................................................................................
H2 : penanda wacana kerajaan perlu memperkenalkan dasar yang tegas terhadap pembukaan zon
perumahan yang baru dengan mewujudkan komponen ...............................................................................
H3 : Pemerkasaan inisiatif yang sama perlu dilaksanakan oleh pihak swasta yang terlibat secara
aktif...................................................................................................................................................................
.
H4 : penanda wacana, apabila wujud dasar yang tegas seperti itu barulah terbentuk kejiranan .............
..........................................................................................................................................................................
..
PP : Oleh hal yang demikian, pola petempatan tradisi yang bercorak kaum tertentu sahaja wajar diubah
agar terbentuk kejiranan baru masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk.
Huraian lengkap
Strategi yang lain pula, pihak kerajaan hendaklah melaksanakan dasar petempatan dan
perumahan yang mengutamakan ciri-ciri pemajmukan kaum. Strategi ini penting kerana pola
kependudukan di Malaysia bercorak komposisi yang mementingkan kaum tertentu sahaja. Oleh itu,
kerajaan perlu memperkenalkan dasar yang tegas terhadap pembukaan zon perumahan yang baru
dengan mewujudkan komponen kediaman yang melambangkan masyarkat majmuk di Malaysia.
Pemerkasaan inisiatif yang sama perlu dilaksanakan oleh pihak swasta yang terlibat secara aktif
dalam membangunkan estet perumahan yang tumbuh bak cendewan selepas hujan di seluruh
negara. Sebenarnya, apabila wujud dasar yang tegas seperti itu barulah terbentuk kejiranan yang
melambangkan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Oleh hal yang demikian, pola petempatan tradisi
Isi 4 :
Selain itu, dalam memperkasakan semangat kejiranan, agensi media hendaklah menjalankan
kempen masyarakat penyayang dan kempen Jiran Anda Ialah Diri Anda.
H1 : Langkah proaktif ini hendaklah digemblengkan oleh media massa khususnya media elektronik
H2 : Agensi-agensi media perlu melaksanakan tanggungjawab sosial ini secara ikhlas dan bersungguhsungguh supaya masyarakat ......................................................................................................
H3 : penanda wacana harus dipelopori oleh para pemimpin agar contoh teladan tersebut ....................
...........................................................................................
H4 : penanda wacana dalam semua perkara pemimpinlah yang perlu mendahului rakyat
sebagai ............................................................................................................................................................
................
PP : Seandainya semua pihak khususnya media memberikan komitmen yang jitu dalam usaha ini, tidak
mustahil dalam tempoh satu dekad lagi Malaysia akan menjadi rujukan sebagai negara paling berjaya
membentuk masyarakat majmuk yang berjiran.
Huraian lengkap
Selain itu, dalam memperkasakan semangat kejiranan, agensi media hendaklah menjalankan
kempen masyarakat penyayang dan kempen Jiran Anda Ialah Diri Anda. Langkah proaktif ini
hendaklah digemblengkan oleh media massa khususnya media elektronik. Agensi-agensi media perlu
melaksanakan tanggungjawab sosial ini secara ikhlas dan bersungguh-sungguh supaya masyarakat
dapat merasakan kewujudan media sebagai medium untuk menyatupadukan rakyat. Inisiatif seperti itu
harus dipelopori oleh para pemimpin agar contoh teladan tersebut mudah menyerap ke dalam jiwa
15 rakyat akan mengikuti pemimpin dalam apa-apa
rakyat kerana sudah termaktub sejak era silam lagi,
yang mereka lakukan. Justeru, dalam semua perkara pemimpinlah yang perlu mendahului rakyat
sebagai pembuka jalan kepada amalan nilai-nilai murni. Seandainya semua pihak khususnya media
memberikan komitmen yang jitu dalam usaha ini, tidak mustahil dalam tempoh satu dekad lagi

Kesimpulan : Setelah lebih separuh abad negara mencapai kemerdekaan, pelbagai kemajuan telah dapat
dirasai. Kemajuan dalam aspek material dan fizikal adalah begitu hebat sekali. Walau bagaimanapun,
kejayaan tersebut belum mampu menutup ketempangan yang berlaku dalam aspek kejiranan. Dengan hal
yang demikian, semua pihak perlulah sedar bahawa kita tidak akan dapat hidup bebas dan harmoni selagi
amalan berjiran tidak disuburkan dalam kalangan kita.
LATIHAN 7
Kesedaran sivik adalah suatu aspek yang penting dalam kehidupan, lebih-lebih lagi kepada
sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Malangnya sikap ini semakin
luntur dalam kalangan masyarakat.
Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan langkah-langkah yang diambil untuk
menyuburkan kesedaran sivik.
PERINGATAN : Soalan ini terbahagi kepada 2 fokus isi jawapan. Isi jawapan anda hendaklah
seimbang bagi kedua-dua fokus tersebut.
Pendahuluan : Anasir vandalisme, membuang sampah merata-rata, merokok di tempat larangan, dan
mengotori tempat-tempat awam merupakan fenomena biasa yang mudah dilihat dalam kalangan
masyarakat kita. Sekali imbas, kita seakan-akan terfikir bahawa masyarakat kita masih belum bertamadun
sedangkan kita sudah memasuki era milenium. Walaupun tahap celik akal masyarakat juga dikatakan
semakin tinggi, namun tingkah laku yang mempamerkan tahap kerendahan disiplin masih berleluasa juga.
Malu dengan imej kita terhadap masyarakat luar, semua pihak hendaklah lebih prihatin untuk mengenal
pasti punca gejala ini semakin luntur dan seterusnya mengambil beberapa langkah praktikal untuk
memantapkan semula tahap disiplin.
Faktor-faktor lunturnya kesedaran sivik
Isi 1:
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Faktor prima yang membawa kepada menularnya gejala negatif
ini adalah disebabkan oleh lunturnya semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
H1 : penanda wacana, terjadi disebabkan generasi muda tidak pernah merasai susah payah dalam
membangunkan sebuah negara
H2 : Empat puluh lima peratus kalangan rakyat Malaysia dilahirkan setelah negara mencapai
kemerdekaan
H3 : Ramai sekali dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang tanggungjawab
terhadap negara, malah ada yang mempersendakan kemerdekaan negara
H4 : penanda wacana, golongan ini menjadi kelompok buta sejarah lalu berkuburlah semangat patriotik
dalam jiwa mereka
PP : Apabila roh patriotisme mula luntur daripada jiwa dan sanubari, justeru, runtuhlah tembok kekuatan
sivik
Huraian lengkap
Faktor prima yang membawa kepada menularnya gejala negatif ini adalah disebabkan oleh lunturnya
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya, fenomena ini terjadi disebabkan generasi
muda tidak pernah merasai susah payah dalam membangunkan sebuah negara. Empat puluh lima
peratus kalangan rakyat Malaysia dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan. Ramai sekali
dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang tanggungjawab terhadap negara,
malah ada yang mempersendakan kemerdekaan negara. Dengan hal yang demikian, golongan ini
menjadi kelompok buta sejarah lalu berkuburlah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Apabila roh

16

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Selain itu kebankrapan nilai-nilai murni dalam masyarakat turut
menjadi hambatan kepada merosotnya kesedaran sivik.
H1 : Faktor tersebut disebabkan manusia hari ini semakin hilang semangat setia kawan, kurang
menghormati hak orang lain dan tidak menghargai hak dan kepentingan awam
H2 : Dalam kalangan jiran, semangat kejiranan telah luput dan individu lebih selesa hidup secara
bersendirian, ibarat enau ................................................................................................................................
H3 : penanda wacana, Rasa hormat terhadap orang lain semakin hilang, justeru pupuslah budaya tegurmenegur yang secara tradisinya menjadi tautan dalam kalangan masyarakat
H4 : penanda wacana, anutan terhadap nilai kebendaan dan individualistik telah membentuk suatu pola
baru masyarakat yang hidup cara nafsi-nafsi
PP : penanda wacana, terbentuklah suatu pola masyarakat yang bersikap anarkis, menggunting dalam
lipatan dan menjadi duri dalam daging terhadap keharmonian masyarakat.
Huraian lengkap
Selain itu kebankrapan nilai-nilai murni dalam masyarakat turut menjadi hambatan kepada
merosotnya kesedaran sivik. Faktor tersebut disebabkan manusia hari ini semakin hilang semangat
setia kawan, kurang menghormati hak orang lain dan tidak menghargai hak dan kepentingan awam.
Dalam kalangan jiran, semangat kejiranan telah luput dan individu lebih selesa hidup secara
bersendirian, ibarat enau melepaskan pucuk masing-masing. Lantas, rasa hormat terhadap orang lain
semakin hilang, justeru pupuslah budaya tegur-menegur yang secara tradisinya menjadi tautan dalam
kalangan masyarakat. Sebaliknya, anutan terhadap nilai kebendaan dan individualistik telah
membentuk suatu pola baru masyarakat yang hidup cara nafsi-nafsi. Padahnya, terbentuklah suatu
Usaha-usaha meningkatkan kesedaran sivik
Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Pemerkasaan semula sivik hendaklah dimulakan melalui sistem pendidikan
H1 : Langkah ini difikirkan sangat pragmatik kerana sistem pendidikan sahaja yang mampu membentuk
acuan dan hala tuju rakyat
H2 : penanda wacana, perkara yang berkaitan, anak-anak yang masih di bangku sekolah mudah
dibentuk pemikiran dan sikap mereka
H3 : penanda wacana betul cara yang dididik, nescaya betul jugalah hala tuju dan landskap pemikiran
rakyat
H4 : Suatu kaedah yang lebih praktikal, aspek pengetahuan sivik hendaklah digabungjalinkan dalam
subjek akademik.
H5 : Strategi tersebut lebih sesuai apabila pelajar perlu menguasai pengetahuan sivik daripada hanya
belajar semata-mata seperti dalam sistem sekarang.
PP : Tegasnya tepatlah seperti kata-kata hikmat bahawa, Rakyat akan bertindak atas apa-apa yang
difikirkan oleh pemerintah.
Huraian lengkap
Pemerkasaan semula sivik hendaklah dimulakan melalui sistem pendidikan. Langkah ini difikirkan
sangat pragmatik kerana sistem pendidikan sahaja yang mampu membentuk acuan dan hala tuju
rakyat. Sehubungan dengan perkara yang berkaitan, anak-anak yang masih di bangku sekolah mudah
dibentuk pemikiran dan sikap mereka. Sekiranya betul cara yang dididik, nescaya betul jugalah hala tuju
dan landskap pemikiran rakyat. Suatu kaedah yang lebih praktikal, aspek pengetahuan sivik hendaklah
digabungjalinkan dalam subjek akademik. Strategi tersebut lebih sesuai apabila pelajar perlu menguasai
pengetahuan sivik daripada hanya belajar semata-mata seperti dalam sistem sekarang. Tegasnya,
Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Amalan sivik juga harus dikuatkuasakan dalam kalangan
masyarakat umum.

17

H1 : penanda wacana, amatlah perlu kerana masyarakat umum juga mempunyai tanggungjawab
terhadap kepentingan awam dan negara
H2 : Tanpa penegasan dan penguatkuasaan, individu lebih percaya bahawa mengamalkan nilai-nilai murni
bukanlah suatu perkara yang wajib, sebaliknya sebagai imej peribadi sahaja
H3 : Apabila lunturnya perasaan bertanggungjawab, individu berasa bebas untuk melakukan apa-apa
sahaja termasuk menjejaskan kepentingan awam
H4 : penanda wacana, beberapa aspek dalam amalan sivik seperti bertanggunjawab, ketelusan dan
menghormati hak asasi harus dijadikan terma dalam undang-undang.
PP : Sudah tiba masanya rakyat Malaysia digemblengkan komitmen mereka dalam memaksimumkan
amalan sivik bak kata pepatah........................................................................................................................
Huraian lengkap
Selain itu, amalan sivik juga harus dikuatkuasakan dalam kalangan masyarakat umum. amatlah
perlu kerana masyarakat umum juga mempunyai tanggungjawab terhadap kepentingan awam dan
negara. Tanpa penegasan dan penguatkuasaan, individu lebih percaya bahawa mengamalkan nilai-nilai
murni bukanlah suatu perkara yang wajib, sebaliknya sebagai imej peribadi sahaja. Apabila lunturnya
perasaan bertanggungjawab, individu berasa bebas untuk melakukan apa-apa sahaja termasuk
menjejaskan kepentingan awam. Sudah sewajarnya, beberapa aspek dalam amalan sivik seperti
bertanggunjawab, ketelusan dan menghormati hak asasi harus dijadikan terma dalam undang-undang.
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia digemblengkan komitmen mereka dalam memaksimumkan amalan
Kesimpulan : Maruah sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan tingkah laku dan amalan budaya
mereka. Orang lain dengan mudah melabelkan diri kita dengan pelbagai andaian apabila melihat cara kita
bertindak. Oleh itu, jagalah maruah dan budi pekerti agar kita diiktiraf kita sebagai bangsa yang
bertamadun.
Latihan 8
Golongan wanita sentiasa dianggap sebagai tiang seri negara dan penyumbang kepada
kejayaan lelaki. Sumbangan wanita terhadap kemajuan negara bukanlah kecil.
Tulis sebuah rencana yang membincangkan sumbangan wanita terhadap negara.
Catatan : Soalan ini dalam bentuk karangan berformat rencana. Pelajar dinasihatkan supaya mematuhi
arahan format iaitu menulis tajuk rencana dan nama penulis.
Pendahuluan :
Peribahasa ada menyebut bahawa, kejayaan seseorang lelaki itu berdiri di
belakangnya seorang wanita. Pernyataan tersebut membuktikan bahawa fungsi wanita amatlah besar
sebagai inspirasi dalam mencapai sesuatu kejayaan. Lebih-lebih lagi dalam zaman moden kini pencapaian
wanita menjadi golongan profesional sungguh memberangsangkan sekali. Malahan di mana-mana institusi
pengajian tinggi pula peratus wanita telah mengatasi lelaki. Dengan pencapaian yang luar biasa itu,
seyogia sumbangan wanita hendaklah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.
Isi 1 :
Sesunggunya, sejak permulaan tamadun manusia lagi wanita sudah menjadi pelengkap
kebahagiaan dalam rumah tangga.
H1 : penanda wacana hakikat kejadian Siti Hawa sebagai pelengkap kepada kehidupan Nabi Adam yang
menatijahkan ...........................................................................................................................................
H2 : Sumbangan mereka amat penting dan sudah menjadi keperluan sejak azali lagi
H3 : Kelembutan dan sifat penyayang wanita menjadi penyeri yang menjadikan .....................................
..........................................................................................................................................................................
..
H4 : penanda wacana mereka kekal sebagai agen pelaksana slogan Rumahku Syurgaku selain menjadi
penggerak kepada .............................................................................................................................
PP : Demikianlah wanita, hadir mereka sebagai penghias dunia, kepada suami menjadi pelengkap bahagia,
dan kepada anak-anak tempat bermanja.
Huraian lengkap
Sesunggunya, sejak permulaan tamadun manusia lagi wanita sudah menjadi pelengkap
kebahagiaan dalam rumah tangga. Malahan hakikat kejadian Siti Hawa sebagai pelengkap kepada
kehidupan Nabi Adam yang menatijahkan lahirnya umat manusia hingga ke hari ini. Sumbangan mereka
amat penting dan sudah menjadi keperluan sejak18
azali lagi. Kelembutan dan sifat penyayang wanita
menjadi penyeri yang menjadikan rumah tangga bagaikan syurga. Justeru, mereka kekal sebagai agen
pelaksana slogan Rumahku Syurgaku selain menjadi penggerak kepada kewujudan keluarga bahagia.
Demikianlah wanita, hadir mereka sebagai penghias dunia, kepada suami menjadi pelengkap bahagia,

Isi 2 :
Bukan setakat dalam rumah tangga sahaja, malah wanita amat berperanan dalam kehidupan
sosial. H1 : Kehadiran mereka dalam sesuatu program akan menjadi penyokong dan
memeriahkan ...............
..........................................................................................................................................................................
..
H2 : penanda wacana tidak melakukan apa-apa, namun kehadiran mereka sudah cukup untuk
memberirangsangan ........................................................................................................................................
H3 : Mereka mampu menggarami situasi dengan suara lunak dan ............................................................
H4 : penanda wacana keistimewaan golongan wanita kerana mereka sangat rajin, ringan tulang, dan
mampu melaksanakan kerja-kerja yang rumit (renyah)
PP : Jelaslah dan lagi benar, wanita tetap relevan dan menjadi pemacu kejayaan sepanjang zaman.
Huraian lengkap
Bukan setakat dalam rumah tangga sahaja, malah wanita amat berperanan dalam kehidupan
sosial. Kehadiran mereka dalam sesuatu program akan menjadi penyokong dan memeriahkan suasana
menjadi lebih riang. Walaupun tidak melakukan apa-apa, namun kehadiran mereka sudah cukup untuk
memberi rangsangan agar kaum lelaki lebih bersemangat untuk bekerja. Mereka mampu menggarami
situasi dengan suara lunak dan gurauan yang menghiburkan. Malah keistimewaan golongan wanita
kerana mereka sangat rajin, ringan tulang, dan mampu melaksanakan kerja-kerja yang rumit (renyah).
Isi 3 :
Selain itu, dalam alam pendidikan wanita amat cocok sebagai pendidik anak bangsa.
H1: Para guru wanita amat bijak berkomunikasi dengan sentuhan mulut lidah dan tutur bicara yang....
.............................................................
H2 : Ciri-ciri keibuan yang dimiliki oleh mereka mampu memberikan kasih sayang dan
pengajaran ........................................................................................................
H3 : Mereka sangat tabah apabila berdepan dengan kerenah.....................................................................
H4 : penanda wacana menyebabkan golongan wanita telah menguasai 80 peratus daripada tenaga
pengajar .........................................................................................
PP : Sesungguhnya, lembut lidah bertutur fasih, penyayang dan sabar telah menjadi perencah guru wanita
cukup inovatif dan melayakkan mereka menadi pendidik yang berwibasa.
Huraian lengkap
Selain itu, dalam alam pendidikan wanita amat cocok sebagai pendidik anak bangsa. Para guru
wanita amat bijak berkomunikasi dengan sentuhan mulut lidah dan tutur bicara yang berisikan kasih
sayang. Ciri-ciri keibuan yang dimiliki oleh mereka mampu memberikan kasih sayang dan pengajaran
yang kekal berpanjangan. Mereka sangat tabah apabila berdepan dengan kerenah anak-anak didik yang
pelbagai ragam.Dengan hal yang demikian menyebabkan golongan wanita telah menguasai 80 peratus
daripada tenaga pengajar di semua peringkat institusi pendidikan mutakhir ini. Sesungguhnya, lembut
lidah bertutur fasih, penyayang dan sabar telah menjadi perencah guru wanita cukup inovatif dan
Isi 4 :
Dalam alaf baru yang memberikan hak kesamarataan ini, wanita turut bersaing dalam bidang
profesional
H1 : Bidang-bidang seperti perniagaan, politik dan bidang kepakaran tinggi seperti doktor, arkitek dan
peguan mula ...............................................................................................
H2 : Mereka mampu bersaing dengan golongan lelaki dengan merebut peluang-peluang yang terbuka luas
(beri contoh tokoh wanita seperti IndiraGandhi, Margaret Tatcher, Liliance Bettencourt dan

19

Christy Walton)
H3 : penanda wacana di Malaysia juga, wanita telah membuktikan kemampuan mereka apabila
sepasukan arkitek wanita telah diberikan kepercayaan merancang pelan struktur pembangunan bandar
raya moden Putrajaya.
H4 : penanda wacana sentuhan lembut dan gaya kerja yang amat teliti lagi kemas dan berseni telah
melayakkan wanita untuk menjadi pesaing kepada lelaki.
PP :
Huraian lengkap
Dalam alaf baru yang memberikan hak kesamarataan ini, wanita turut bersaing dalam bidang
profesional. Bidang-bidang seperti perniagaan, politik dan bidang kepakaran tinggi seperti doktor,
arkitek dan peguan mula diungguli oleh golongan wanita. Mereka mampu bersaing dengan golongan
lelaki dengan merebut peluang-peluang yang terbuka luas (beri contoh tokoh wanita seperti
IndiraGandhi, Margaret Tatcher, Liliance Bettencourt dan Christy Walton).Sebaliknya, di Malaysia juga,
wanita telah membuktikan kemampuan mereka apabila sepasukan arkitek wanita telah diberikan
kepercayaan merancang pelan struktur pembangunan bandar raya moden Putrajaya. Demikianlah
Kesimpulan : Tangan yang menghayun buaian itu memerintah dunia. Demikian suatu petikan
peribahasa yang mengiktiraf golongan wanita. Mereka merupakan pengaturcaraan dunia melalui fungsi
membina keterampilan insan. Anak-anak yang terdidik daripada belaian seorang ibu mampu bangkit untuk
menjadi jaguh dunia dalam pelbagai bidang. Sesungguhnya, sumbangan besar wanita kepada dunia tidak
boleh diremehkan sama sekali. Hargailah jasa dan pengorbanan mereka demi membina sebuah tamadun
yang agung dan perkasa.

20

Anda mungkin juga menyukai