Anda di halaman 1dari 26

ARAHAN KEPADA PELAJAR : Dalam bahagian ini pelajar dikehendaki membuat

latihan mengarang secara teratur. Beberapa langkah hendaklah dipatuhi oleh pelajar
sepanjang menjalankan latihan. Sila ikuti panduan yang telah ditunjukkan semasa
dalam ceramah. Beberapa langkah yang wajar dipatuhi adalah seperti yang berikut
ini;

Kenal pasti soalan dengan yakin seperti dalam aspek dimensi, tema, dan
fokus.
Buat analisis tentang komponen dalam soalan
Kenal pasti teknik pendahuluan yang diberikan Pelajar boleh menyediakan
pendahuluan sendiri sekiranya mampu
Karangkan dengan lengkap semua isi karangan dengan berpandukan rangka
isi yang telah disusun. Mulakan dengan ayat ISI UTAMA dan diikuti dengan
AYAT-AYAT SOKONGAN.
Gunakan aplikasi 1 + 4 + 1 (1 ayat untuk isi utama + 4 ayat sokongan + 1
ayat pelengkap wacana perenggan (PP).
Jika perlu gunakan penanda-penanda wacana yang sesuai dalam
menghubungkan ayat-ayat

LATIHAN 1
Anda bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Bincangkan persediaan yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita
anda itu.
Pendahuluan: Berpandukan kata-kata mantan Presiden Sukarno, Gantunglah
cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu mencecah
perlimbahan membuktkan bahawa kita hendaklah meletakkan impian yang tinggi
seandainya mahu mencapai kejayaan. Cita-cita menjadi pandu arah dan kompas
matlamat hidup. Cita-cita hendaklah disemai ketika usia muda dan terus dipupuk
sehingga berjaya. Melihatkan kejayaan golongan korporat dan usahawan, saya
sangat teruja untuk menjadi seorang usahawan dan membina sebuah empayar
perniagaan sebaik tamat pengajian. Namun begitu, saya sedar impian tersebut
bukanlah mudah untuk dicapai. Oleh itu, persediaan yang rapi hendaklah saya
mulakan dari sekarang. Saya yakin sekiranya persediaan dibuat dari awal, insya-Allah
semua impian akan menjadi kenyataan.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Saya sedar untuk berjaya sebagai seorang
usahawan, saya hendaklah menanamkan cita-cita untuk berjaya dalam
bidang yang dihajati sejak kecil.

H1 :
penanda wacana amatlah penting kerana untuk berjaya kita perlu
mempunyai hala tuju yang jelas.
H2 : Saya sangat akur dengan hakikat bahawa hidup tanpa cita-cita
ibarat
.................................................................................................(masuk
peribahasa yang sesuai)
H3 : penanda wacana merealisasikan cita-cita murni itu, saya hendaklah sentiasa
mengikuti
perkembangan
ikonikon ................................................................................................................................
.
H4 : penanda wacana dimakbulkan Tuhan, saya bercita-cita untuk menjadi
usahawan dalam bidang ........................ (masukkan cita-cita anda sendiri)
PP : penanda wacana hajat terlaksana saya tidak akan putus-putus berdoa ke
hadrat Ilahi, moga-moga memperoleh limpah rahmat-Nya.
Huraian
: :
Huraianlengkap
lengkap
Saya untuk
sedarberjaya
untuk sebagai
berjaya seorang
sebagai usahawan,
seorang usahawan,
saya hendaklah
Saya sedar
saya hendaklah
menanamkan
untuk
berjaya
dalam
bidang
yang dihajati
sejak kecil.
Halkecil.
demikian
menanamkancita-cita
cita-cita
untuk
berjaya
dalam
bidang
yang dihajati
sejak
Hal
amatlah
penting
kerana,
untuk
berjaya
kita perlulah
mempunyai
hala
tuju yang hala
jelas.
demikian
amatlah
penting
kerana,
untuk
berjaya kita
perlulah
mempunyai
Saya
sangat
akurSaya
dengan
akikat
bahawa
hidup
tanpa
cita-citahidup
ibarattanpa
gahnya
sepohon
tuju yang
jelas.
sangat
akur
dengan
akikat
bahawa
cita-cita
yang
tidak
berbuah.
Demi
merealisasikan
cita-cita
ibaratrendang
gahnya tetapi
sepohon
yang
rendang
tetapi
tidak berbuah.
Demi murni itu, saya
hendaklah
sentiasa
mengikuti
perkembangan
ikon-ikon yang
telah mengikuti
berjaya dalam bidang
merealisasikan
cita-cita
murni
itu, saya hendaklah
sentiasa
perniagaan
seperti
mengikuti
Seri
Syed perniagaan
Mokhtar Alseperti
Bukhary.
perkembangan
ikon-ikon
yangjejak
telahlangkah
berjaya Tan
dalam
bidang
Seandainya,
dimakbulkan
sayaMokhtar
bercita-cita
untuk menjadi
usahawan dalam
mengikuti jejak
langkaholeh
Tan Tuhan,
Seri Syed
Al Bukhary.
Seandainya,
bidang
.........................................
(masukkan cita-cita
anda sendiri).
Untuk dalam
memastikan
dimakbulkan
oleh Tuhan, saya bercita-cita
untuk menjadi
usahawan

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Dalam merealisasikan cita-cita tersebut, saya
perlulah mengikuti jurusan pengajian yang sesuai sama ada di peringkat
menengah mahupun di IPT.
H1 :
Langkah tersebut penting kerana ilmu pengetahuan yang dipelajari
akan ........................................
........................................................................................................................................
....................................
H2 : penanda wacana bidang yang sesuai untuk saya pilih tentulah jurusan akaun
dan keusahawanan
H3 : Sebagai asas dan permulaan, saya akan berjinak-jinak dengan berlatih
berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual ...................................................
(masukkan perkataan anda)
H4
:
penanda
wacana
di
sekolah,
saya
hendaklah
bergiat
aktif
dalam ......................................................
........................................................................................................................................
....................................
PP : penanda wacana saya amat yakin dengan kata-kita hikmat, Di mana-mana
ada kemahuan, di situ ada jalan.
Huraian lengkap :
Dalam merealisasikan cita-cita tersebut, saya perlulah mengikuti jurusan
pengajian yang sesuai sama ada di peringkat menengah mahupun di IPT. Langkah tersebut
adalah penting kerana ilmu pengetahuan yang dipelajari akan membantu saya meneroka
sesuatu bidang yang sesuai dengan matlamat yang diimpi-impikan. Oleh itu, bidang
pengajian yang sesuai untuk saya pilih tentulah jurusan akaun dan ilmu keusahawanan.
Sebagai asas dan permulaan, saya akan berjinak-jinak dengan berlatih berniaga seperti
menjual kad prabayar, mencetak kemeja T, dan menjual bahan-bahan cenderamata yang
kecil-kecil dahulu. Sementara itu, sewaktu di sekolah, saya hendaklah bergiat aktif dalam
koperasi sekolah dan menjadi ahi dalam persatuan
keusahawanan. Sesungguhnya, saya
2

Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Langkah yang paling tepat (strategik), saya
hendaklah memulakan kerjaya berniaga sebaik tamat pengajian di IPT.
H1 : Langkah tersebut penting supaya saya tidak perlu teragak-agak
untuk .............................................
H2 : penanda wacana semua ilmu yang saya peroleh semasa di sekolah dan di IPT
masih
lagi
segar
dalam
ingatan
dan
dapat .............................................................................................................................
...
H3 : Apabila menceburi bidang perniagaan pada usia yang masih muda, saya akan
dapat merasai pengalaman ............................................................................. dalam
menjalankan perniagaan
H4 : penanda wacana semua pengalaman yang ditempuhi menjadikan saya lebih
yakin untuk menjadi seorang .......................................................................
PP : penanda wacana untung dan rugi adalah lumrah dalam dunia perniagaan,
namun saya tetap berpegang teguh dengan Sabda Nabi SAW bahawa, Sembilan
persepuluh daripada kekayaan adalah datang daripada perniagaan.
Huraian lengkap :
Langkah yang paling tepat (strategik), saya hendaklah memulakan kerjaya
berniaga sebaik tamat pengajian di IPT. Langkah tersebut adalah penting supaya saya
tidak perlu teragak-agak untuk mencari kerjaya alternatif (lain) selain berniaga. Manakala
semua ilmu yang saya peroleh semasa di sekolah dan di IPT masih segar dalam ingatan
dan dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin. Apabila menceburi bidang perniagaan
pada usia yang masih muda, saya akan dapat merasai pengalaman jatuh bangun dan
pahit getir dalam menjalankan perniagaan. Sebenarnya, semua pengalaman yang
ditempuhi menjadikan saya lebih yakin untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Sememangnya, untung dan rugi adalah lumrah dalam dunia perniagaan, namun saya

Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Dalam memastikan niat untuk berjaya dalam
dunia perniagaan, saya hendaklah mengamalkan disiplin yang tinggi.
H1 : penanda wacana bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk
sesiapa .........................................
H2 : Perihal seperti menepati masa, menguruskan hal-hal kewangan serta mengelak
daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu penting bagi
seseorang usahawan.
H3 : penanda wacana saya hendaklah mengamalkan sikap yang telus, menepati
masa dan jujur apabila berurusan dengan pelanggan.
H4 : penanda wacana saya hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi dan
percaya ..........................
........................................................................................................................................
....................................

PP : penanda wacana saya hendaklah yakin bahawa disiplin, keyakinan diri dan
daya usaha adalah menjadi intipati sesuatu kejayaan
Huraian lengkap :
Dalam memastikan niat untuk berjaya dalam dunia perniagaan, saya hendaklah
mengamalkan disiplin yang tinggi. Jelas sekali bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk
sesiapa jua yang inginkan kejayaan. Perihal seperti menepati masa, menguruskan hal-hal
kewangan serta mengelak daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu
penting bagi seseorang usahawan. Dengan hal yang demikian, saya hendaklah
mengamalkan sikap yang telus, menepati masa dan jujur apabila berurusan dengan
pelanggan. Oleh itu, saya hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi dan percaya akan
diri sendiri jikalau mahu berjaya. Sudah sewajarnya, saya perlu yakin bahawa disiplin,
keyakinan diri dan daya usaha adalah menjadi intipati kepada sesuatu kejayaan (96 patah

Kesimpulan : Merujuk pepatah, membilang daripada esa, mengaji daripada


alif, hujan berpokok dan kata berpangkal membuktikan bahawa semua urusan
hidup kita hendaklah dimulakan dari awal. Setiap kejayaan hendaklah dimulakan
dengan gigih dan ikutlah tertib berkerja dengan disiplin yang tinggi. Insya-Allah
setiap niat yang baik dan disusuli dengan usaha yang gigih pasti beroleh kejayaan.

LATIHAN 2
Isu kenaikan harga barangan keperluan banyak memberikan kesan kepada
masyarakat. Sebagai pengguna yang bijak, anda mempunyai beberapa
strategi untuk mengawal perbelanjaan agar tidak mendatangkan kesan
yang lebih serius.
Bincangkan langkah-langkah yang bakal anda ambil.
Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sejak tahun 2008 hinggalah
masa kini merupakan tempoh yang getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada
suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak,
perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan
banyak pihak. Dengan fenomena seperti itu, bebanan terhadap perbelanjaan isi
rumah mula terasa bahangnya. Bahang tersebut turut dirasai oleh masyarakat
Malaysia apabila rata-rata merungut tentang kos hidup yang amat tinggi sedangkan
pendapatan isi rumah tidak bertambah. Menjelang tahun 2014, timbul pula cakapcakap bahawa ekonomi dunia akan kembali merudum, justeru krisis kegawatan akan
kembali memuncak. Hal demikian sudah pasti menyedarkan kita agar tidak boleh
berpeluk tubuh untuk menunggu bulan jatuh ke riba, sebaliknya sebagai insan yang
berakal, saya harus mempunyai strategi tersendiri agar tidak terperangkap dalam
bencana yang menakutkan itu.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :Langkah yang paling praktikal untuk
menangani kemelut ini adalah dengan mengamalkan perbelanjaan secara
berhemat

H1 : Langkah ini amatlah sesuai kerana dalam situasi gawat seperti itu amalan bajet
hendaklah
mengutamakan
keperluan
.
H2 : Tindakan membuat bajet terlebih dahulu sebelum membeli dapat mengelak
..
hingga terjadi perbelanjaan defisit
H3 penanda wacana rancanglah terlebih dahulu sebelum membeli dengan
memberikan .
H4 : Memang fitrah semula jadi manusia yang cepat rambang mata

PP : penanda wacana, saya harus berwaspada dengan kiasan ( ikut suka , ikut
rasa ikut hati . )

Huraian lengkap :
Langkah yang paling praktikal untuk menangani kemelut ini adalah dengan
mengamalkan perbelanjaan secara berhemat. Langkah ini amatlah sesuai kerana dalam
situasi gawat seperti itu amalan bajet hendaklah mengutamakan keperluan daripada
keinginan yang berpkasikan nafsu semata-mata. Tindakan membuat bajet terlebih dahulu
sebelum membeli dapat mengelak pembelian secara tidak terancang hingga terjadi
perbelanjaan defisit. Oleh itu, rancanglah terlebih dahulu sebelum membeli dengan
memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang perlu sahaja. Memang fitrah semula
jadi manusia yang cepat rambang mata apabila berhadapan dengan barangan berharga
daripada jenama yang termasyhur pula. Oleh sebab itu, saya harus berwaspada dengan

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Inisiatif lain yang tidak kurang pentingnya
adalah dengan cara memperkasakan tradisi berjimat cermat.
H1 : Prakarsa ini amatlah wajar diperkasakan sebelum seseorang itu
.

..
H2
:
Hakikat
berjimat
cermat
bukan
bermaksud
tidak
berbelanja,
sebaliknya.
H3 : Pepatah Melayu yang menyatakan ingat sementara belum kena
..bertujuan mendidik sikap berwaspada dan berhemat dengan
menyimpan sedikit bekal ketika
H4 : Kaedah tabungan dalam era tradisional atau kaedah simpanan dan membeli
saham
dalam
era
moden
hendaklah

PP : penanda wacana, saya perlu berwaspada sebelum didatangi musibah, bak


kata, sudah terhantuk .dengan menyesali nasib
ibarat buang tangga hayun kaki.

Huraian lengkap :
Inisiatif lain yang tidak kurang pentingnya adalah dengan cara memperkasakan
tradisi berjimat cermat. Prakarsa ini amatlah wajar diperkasakan sebelum seseorang itu
dirundung malapetaka atau kesusahan yang tidak diduga-duga. Hakikat berjimat cermat
bukan bermaksud tidak berbelanja, sebaliknya merancangkan perbelanjaan atas manamana yang perlu dan berusaha mengurangi pembaziran. Pepatah Melayu yang menyatakan
ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis bertujuan mendidik sikap
berwaspada dan berhemat dengan menyimpan sedikit bekal ketika datangnya masa sulit
kerana malang tidak berbau dan geruh tidak
5 berbunyi. Kaedah tabungan dalam era
tradisional atau kaedah simpanan dan membeli saham dalam era moden hendaklah
dijadikan amalan untuk mencegah tabiat masyarakat masa kini yang amat boros
berbelanja. Dengan hal yang demikian, saya perlu berwaspada sebelum didatangi musibah,

Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Selain itu, perlu juga saya turut serta dalam
kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan dan NGO untuk mendidik
masyarakat tentang langkah mengawal perbelanjaan.
H1 : Penglibatan dalam program seperti ini amatlah penting untuk memberi
kesedaran

.
H2 : penanda wacana menyertai program seperti ini, saya akan memperoleh
pelbagai
maklumat
tentang

H3 : Saya hendaklah peka dan akur atas segala nasihat dan bimbingan

..
H4
:
penanda
wacana,
memperoleh
maklumat,
saya
perlu
bijak
.
PP : Pemerkasaan sikap seperti ini barulah dikatakan kita sebagai pembeli yang bijak
dan tahu merancang strategi mengikut nasihat peribahasa, sekali jalan kena, dua
jalan tahu, tiga kalai jalan mengena.

Huraian lengkap :
Selain itu, perlu juga saya turut serta dalam kempen-kempen yang dianjurkan
oleh kerajaan dan NGO untuk mendidik masyarakat tentang
langkah mengawal
perbelanjaan. Penglibatan dalam program seperti ini amatlah penting untuk memberi
kesedaran atas sikap kita sendiri yang kadang-kadang lalai dan asyik berbelanja. Apabila
menyertai program seperti ini, saya akan memperoleh pelbagai maklumat tentang
produk, kawalan harga dan taktik penipuan oleh peniaga. Saya hendaklah peka dan akur
atas segala nasihat dan bimbingan kepenggunaan yang kerap dikeluarkan oleh
Kementerian Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi. Setelah memperoleh maklumat,
saya perlu bijak bertindak untuk memilih waktu yang sesuai untuk berbelanja mahupun
dalam menentukan barangan keperluan mengikut keutamaan. Pemerkasaan sikap seperti
ini barulah dikatakan kita sebagai pembeli yang bijak dan tahu merancang strategi

Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Sementara itu, untuk mendapat perlindungan
daripada menjadi mangsa penipuan, saya mestilah menganggotai badanbadan NGO yang berkaitan dengan kepenggunaan.

H1 : penanda wacana amatlah penting kerana badan yang berautoriti seperti NGO
boleh memberi perlindungan dalam aspek undang-unadang dan insurans apabila
pengguna ditipu
H2 : Saya akan menyertai NGO seperti Persatuan Konsumer Malaysia dan Skuad
Pemantau
Harga
agar
dapat

H3 : Dalam situasi turun naik harga barangan saya perlu memperoleh seberapa
banyak
maklumat
supaya
tidak
mudah
tertipu
oleh
peniaga
..(peribahasa)
H4 : penanda wacana, pihak kerajaan juga sentiasa memberikan perhatian
terhadap
segala
salah
laku
peniaga
dengan
bantuan
.
PP : penanda wacana, sebaik-baik langkah yang perlu saya amalkan adalah
dengan cara bekerjasama, ..(peribahasa)
Huraian lengkap :
Sementara itu, untuk mendapat perlindungan daripada menjadi mangsa penipuan,
saya mestilah menganggotai badan-badan NGO yang berkaitan dengan kepenggunaan.
amatlah penting kerana badan yang berautoriti seperti NGO boleh memberi perlindungan
dalam aspek undang-unadang dan insurans apabila pengguna ditipu. Langkah ini amatlah
penting kerana badan yang berautoriti seperti NGO boleh memberi perlindungan dalam
aspek undang-unadang dan insurans apabila pengguna ditipu. Saya akan menyertai NGO
seperti Persatuan Konsumer Malaysia dan Skuad Pemantau Harga agar dapat berlindung di
bawah payung kuasa autoriti yang diberikan oleh pihak kerajaan. Dalam situasi turun naik
harga barangan saya perlu memperoleh seberapa banyak maklumat supaya tidak mudah
tertipu oleh peniaga yang bersifat lintah darat dan pepat di luar rencong di dalam.
Malahan, pihak kerajaan juga sentiasa memberikan perhatian terhadap segala salah laku
peniaga sekiranya laporan dikemukakan oleh pihak NGO. Sesungguhnya, sebaik-baik

Kesimpulan : Sindiran daripada peribahasa besar periuk besarlah keraknya


hendaklah dijadikan panduan agar kita selalu berhemat dalam berbelanja. Janganlah
disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan,
kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis gawat seperti ini. Janganlah
sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi
perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak
papa bertabur urai.

LATIHAN 3
Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan
seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan
formal.
Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh
seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.
Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi
terakhir kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah
mereka mula mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau

bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan


akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan
yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di
samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan
oleh para majikan. Dengan hal yang demikian, seseorang pelajar itu wajarlah
memperlengkap dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum
melamar sebarang pekerjaan.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Kemahiran terpenting yang harus dikuasai
terlebih dahulu ialah kemahiran berkomunikasi
H1 : Kemahiran berkomunikasi merupakan gabungan kemahiran seperti petah
berbicara, matang berhujah dan berani berhadapan dengan klien
H2 : penanda wacana dunia yang terbuka seseorang hendaklah mempunyai
kebolehan ..

..
H3
:
Kebolehan
berkomunikasi
yang
istimewa
akan
memberi
..
H4 : penanda wacana telah terbukti apabila ikon-ikon berjaya seperti ( contoh :
Dato Dr Fadhilah Kamsah, Profesor Muhaya Mohamed, ) telah menjadi
orang ..
PP : penanda wacana betapa pentingnya kebolehan berkomunikasi, bak kata
peribahasa budi menunjukkan hati, bahasa menunjukkan bangsa.
Huraian lengkap:
Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran
berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi merupakan gabungan kemahiran
seperti petah berbicara, matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta
berani lagi yakin apabila berhadapan dengan pelbagai peringkat klien. Hal
tersebut amatlah penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini
memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas
serta pendapat yang matang. Kebolehan dalam berkomunikasi juga memberi
ruang kepada individu tersebut memperluas rangkaian klien dan tetamu. Melalui
interaksi yang baik di pelbagai peringkat pasti memberi impak besar apabila
pelbagai peluang kerjaya mudah diperoleh. Di peringkat nasional, tokoh-tokoh
istimewa seperti Dato Dr Fadhillah Kamsah, Mahathir Lokman, Dr Fatimah Al Zahra
serta ramai lagi telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan
Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul : Lanjutan daripada kemampuan dalam
berkomunikasi, memerlukan seseorang itu menguasai pelbagai bahasa
pula.
H1 : penanda wacana kerana menguasai pelbagai bahasa adalah untuk memenuhi
keperluan era globalisasi sejagat masa kini.
H2 :
Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang, pelbagai bahasa
.
H3 : Demikianlah juga dengan bahasa-bahasa utama di negara kita seperti ( contoh
.. ) wajar dipelajari untuk memudahkan kita merebut peluang pekerjaan

H4 : penanda wacana memenuhi wawasan Malaysia menjadi negara maju rakyat


perlu
menguasai
pelbagai
bahasa

PP : penanda wacana, sebagai rakyat Malaysia pada abad milenium kita perlu
mempelajari pelbagai bahasa kerana kemampuan berbahasa yang terhad akan
menyebabkan kita tertinggal daripada arus perdana bak kata peribahasa
(...)
Huraian lengkap :
Lanjutan daripada kemampuan dalam berkomunikasi, memerlukan
seseorang itu menguasai pelbagai bahasa pula. Hal demikian amatlah penting
kerana menguasai pelbagai bahasa adalah untuk memenuhi keperluan era
globalisasi sejagat masa kini. Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang,
pelbagai bahasa utama dunia seperti Inggeris, Mandarin, Arab, Perancis dan Jepun
perlu dikuasai untuk memudahkan seseorang itu berkomunikasi. Demikianlah juga
dengan bahasa-bahasa utama di negara kita seperti bahasa Mandarin, bahasa
Arab dan bahasa Inggeris wajar dipelajari untuk memudahkan kita merebut
peluang pekerjaan. Dalam memenuhi wawasan Malaysia menjadi negara maju
rakyat perlu menguasai pelbagai bahasa kerana banyak impaknya kepada
sesebuah negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia pada abad milenium kita perlu
mempelajari pelbagai bahasa kerana kemampuan berbahasa yang terhad akan

Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul : Dalam melestarikan dunia tanpa sempadan kini,
menguasai bidang ICT merupakan suatu lagi kemahiran yang mesti dikejar
H1 : Langkah tersebut adalah penting memandangkan ICT menjadi wahana baru
penyebaran
maklumat
dan

H2 : Setiap individu yang memiliki sudah tentu akan jauh


beberapa
tapak
ke
depan

..
H3 : Program-program ICT seperti Microsoft Word .,
bukan lagi asing kepada semua orang khususnya generasi Y yang mula celik
komputer
H4 : penanda wacana, kita tidak wajar berpeluk tubuh tanpa bersedia berdepan
dengan kekunci elektronik tersebut jikalau tidak mahu menjadi bangsa yang jumud
ibarat .. (peribahasa)
PP : penanda wacana, seseorang itu hendaklah bersedia dengan pakej yang
lengkap iaitu kelayakan akademik dan pengetahuan maklumat di hujung jari sebelum
memasuki pasaran kerja.
Huraian lengkap :
Dalam melestarikan dunia tanpa sempadan kini, menguasai bidang ICT merupakan
suatu lagi kemahiran yang mesti dikejar. Langkah tersebut adalah penting memandangkan
ICT menjadi wahana baru penyebaran maklumat dan menjadi jaringan komunikasi sedunia
tanpa sempadan. Setiap individu yang memiliki kemahiran mengakses internet dan literasi
komputer sudah tentu akan jauh beberapa tapak ke depan terutama dalam persaingan
mencari ilmu dan maklumat, malah dalam menguruskan pekerjaan juga. Program-program
ICT seperti Microsoft Word, Excel, data analisis, Corell Draw dan bermacam-macam lagi
perisian bukan lagi asing kepada semua orang khususnya generasi Y yang mula celik
komputer. Dengan hal yang demikian, kita tidak wajar berpeluk tubuh tanpa bersedia untuk
berdepan dengan papan kekunci elektronik tersebut jikalau tidak mahu menjadi bangsa
9 Justeru, seseorang itu hendaklah bersedia
yang jumud ibarat katak di bawah termpurung.
dengan pakej yang lengkap iaitu kelayakan akademik dan pengetahuan maklumat di

Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul : Selain itu, perhiasan diri atau kemahiran
penampilan diri adalah menjadi sebahagian daripada perkara yang dinilai
sama ada individu tersebut berketrampilan atau tidak
H1 : Pakej keterampilan diri amatlah penting kepada seseorang sejajar dengan katakata Imam al Ghazali, Ingin mengenal wajah lihatlah cermin, ingin mengenal diri
bercerminlah
pada
....
H2
:
penanda
wacana
golongan
profesional,
.
H3 : penanda wacana, sebelum melamar sesuatu pekerjaan bersiaplah diri supaya
dapat meyakinkan pihak yang menilai diri kita
H4 : Wajar sekali diambil perhatian, dalam alam pekerjaan seseorang itu
.

..
PP : penanda wacana, untuk berkomunikasi dengan semua pihak perihal
kekemasan
diri
sangatlah
penting
diambil
kira
kerana
...

Huraian lengkap :
Selain itu, perhiasan diri atau kemahiran penampilan diri adalah menjadi
sebahagian daripada perkara yang dinilai sama ada individu tersebut berketrampilan atau
tidak. Pakej keterampilan diri amatlah penting kepada seseorang sejajar dengan kata-kata
Imam al Ghazali, Ingin mengenal wajah lihatlah cermin, ingin mengenal diri bercerminlah
pada wajah, yakni cerminan peribadi seseorang adalah daripada penampilannya.
Sehubungan dengan itu, sebagai penjawat profesional, diri kita bukan dinilai hanya pada
kualiti kerja semata-mata, sebaliknya personaliti yang meyakinkan turut menjadi
pertimbangan. Oleh itu, sebelum melamar sesuatu pekerjaan bersiaplah diri supaya dapat
meyakinkan
pihak yang menilai diri kita. Wajar sekali diambil perhatian, dalam alam
pekerjaan seseorang itu bukan hanya bertanggungjawab terhadap bidang tugasnya sahaja,
sebaliknya perlu berkomunikasi dengan pelbagai peringkat klien. Sejajar dengan itu, agar
kita senang untuk berkomunikasi dengan semua pihak perihal kekemasan diri sangatlah

Kesimpulan : Tuntasnya, setiap insan telah dianugerahi Allah dengan pelbagai


kemahiran yang istimewa. Tinggal lagi, sama ada insan tersebut sedar atau tidak
akan kelebihan yang ada pada dirinya tetap menjadi persoalan. Dalam memperoleh
hasil kerja yang berkualiti, gabungan antara kekuatan kognitif, psikomotor dan afektif
amatlah diperlukan. Tidak dinafikan, seseorang yang mampu menggabungkan
ketiga-tiga unsur tersebut mampu menghasilkan produktiviti yang lebih baik sama
ada dalam aspek kuantiti dan kualiti.

LATIHAN 4

10

Anak-anak boleh memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan


keharmonian dalam rumah tangga.
Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi melahirkan
sebuah keluarga yang harmoni
Pendahuluan : Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat
Rumahku Syurgaku menjadi hasrat semua keluarga. Kehidupan yang wujud dalam
suasana saling sayang, saling menyokong dan hormat-menghormati bakal
melahirkan anak-anak yang baik, cerdas dan futuristik. Itulah sebenarnya keluarga
bahagia. Namun demikian, tidak semua hasrat tersebut mencapai matlamat Ada
yang kecundang dan terbentur ditelan gelombang cabaran. Anak-anak yang
diharapkan menjadi permata bonda kadang-kadang membawa musibah dek tersalah
didik ataupun mengambil sikap pepat di luar rencong di dalam. Oleh yang demikian,
bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap
positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga
yang progresif, harmoni, dan sejahtera.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Tanggungjawab yang utama ialah anak-anak
hendaklah menjadi seorang insan yang patuh kepada agama dan taat
kepada ibu bapa.
H1 : penanda wacana, kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama
mahu pun budaya.
H2 : Ingatlah dengan bersungguh-sungguh bahawa anak-anak adalah sebagai
penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu bapa
H3 : Hormati dan taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah
..
H4 : Apabila ibu bapa diberi patuh dan agama ditaati nescaya lahirlah insan yang
..
PP : penanda wacana, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk
mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga selaras dengan slogan
.
Huraian lengkap :
Tanggungjawab yang utama ialah anak-anak hendaklah menjadi seorang
insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian
kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya.
Ingatlah dengan bersungguh-sungguh bahawa anak-anak adalah sebagai
penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu bapa. Hormati dan taatilah ibu
bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah dengan redha (reda)
daripada ibu bapa juga. Apabila ibu bapa diberi patuh dan agama ditaati
nescaya lahirlah insan yang kenal akan hati budi dan mudah berbakti.
Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan
keharmonian dalam rumah tangga selaras dengan slogan Baiti Jannati.
Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang
mulia budi perkerti dan bermoral tinggi

11

H1
:
Budi
pekerti
dan
moral
sentiasa ............................................................................................................
H2 : penanda wacana elok pekerti nescaya terserlahlah nilai-nilai insani
H3 : Sudah sewajarnya, anak-anak mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan
santun, bak kata Imam al-Ghazali, Hendak mengenal diri lihatlah pada cermin,
hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah.
H4 : penanda wacana, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan
kejernihan.............................................
H5
:
Hormatilah
setiap
ahli
keluarga
dengan .................................................................................................
PP : penanda wacana, semulia-mulia insan adalah yang tahu membalasi ibu bapa
dengan budi bahasa, ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.
Huraian lengkap :
Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti dan
bermoral tinggi. Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti
dan bermoral tinggi. Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi.
Apabila elok pekerti nescaya terserlahlah nilai-nilai insani. Sudah sewajarnya,
anak-anak mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al
Ghazali, Hendak mengenal diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi
bercerminlah pada wajah. Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan
kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli
keluarga dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi.
Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada
sesetengah anak merupakan kriteria yang amat baik untuk membentuk
keluarga yang harmoni.
H1 : Anak-anak seperti ini mudah mesra dan cepat peka terhadap segala kerenah
dalam keluarga.
H2 : penanda wacana, ketiadaan mereka di rumah amat dirasakan oleh semua ahli
keluarga
H3 : Kadang-kadang berlaku salah faham apabila anak-anak seperti ini dianggap
sebagai .. (peribahasa)
H4 : Sepatutnya, inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda
membalas budi ibu bapa di samping dapat mengikat hubungan mawaddah dengan
ahli keluarga yang lain.
PP : penanda wacana, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan
darah, peluh dan air mata seorang ibu serta keringat seorang ayah.
Huraian lengkap :
Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak
merupakan kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni.
Anak-anak seperti ini tidak pernah berkira sama ada tenaga mahupun penat lelah
dalam memberi khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka
terhadap segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa
oleh semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anakanak seperti ini dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar
ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping
mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai anak,
ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air

12

Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul : Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti.
Sampai waktu ibu bapa akan berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang
mengambil giliran
H1 : Memahami situasi hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil

H2 : Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim


dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut
oleh mana-mana masyarakat pun.
H3 : penanda wacana, nilai-nilai murni ini boleh diperkasakan sudah pasti
keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk.
H4 : Anak-anak seyogia perlu bepandangan jauh kerana segala sikap mereka
menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada
daunnya.
PP : penanda wacana, sebagai anak yang baik bersedialah untuk
mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.
Huraian lengkap :
Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti, sampai waktu ibu bapa akan
berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi
hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab.
Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim
dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut
oleh mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh
diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk.
Anak-anak seyogia perlu bepandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi
cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya.
Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang
Kesimpulan : Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada
masyarakat yang dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif
dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang
harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar keluarga
memperoleh kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, Keluarga bahagia penjana
kecemerlangan ummah.

LATIHAN 5
Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina
penampilan diri, daya kepimpinan, disiplin diri yang tinggi, perpaduan dan
pelbagai sifat yang positif dalam kalangan pelajar
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menegaskan bahawa, setiap
individu pelajar hendaklah dididik agar seimbang dan harmonis dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Bagi merealisasikan hasrat tersebut komponen
dalam pendidikan nasional telah memberikan penekanan dalam dua aspek yang

13

utama iaitu kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermatlamat membangunkan


ummah yang berminda kelas pertama, sementara kokurikulum pula sebagai
pelengkap keterampilan fizikal, emosi, dan sahsiah pelajar. Berdasarkan pernyataan
tersebut, saya bersetuju bahawa penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum
pasti menatijahkan pelbagai impak positif kepada pelajar.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :Penglibatan yang aktif dalam aktiviti
kokurikulum akan dapat melahirkan remaja yang memiliki keterampilan diri
yang hebat, segak dan gagah.
H1 : Keterampilan yang menarik adalah amat penting kerana dapat meningkatkan
keyakinan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain
H2 : penanda wacana, setiap remaja hendaklah mempersiapkan diri dengan pakej
fizikal, mental dan emosi dengan personalti yang mengagumkan
H3 : penanda wacana,
memperlengkap ciri-ciri tersebut, remaja hendaklah
sentiasa
aktif
dalam
aktiviti
kokurikulum
seperti ...................................................................................atau kegiatan beruniform
H4 : Semua aktiviti tersebut berupaya memberikan impak yang cukup positif apabila
individu tersebut lebih sihat, yakin kepada diri sendiri, dan bermotivasi tinggi.
PP : penanda wacana nilai diri seseorang itu akan dilihat daripada kehebatan
susuk tubuhnya, minda yang cerdas dan emosi yang harmoni.
Huraian lengkap :
Penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapat melahirkan
remaja yang memiliki keterampilan diri yang hebat, segak dan gagah.
Keterampilan yang menarik adalah amat penting kerana dapat meningkatkan
keyakinan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sudah sewajarnya
setiap remaja hendaklah mempersiapkan diri dengan pakej fizikal, mental, dan
emosi dengan memiliki personaliti yang mengagumkan. Dalam memperlengkap
ciri-ciri tersebut, remaja hendaklah sentiasa aktif dalam aktiviti kokurikulum
seperti bersukan, menyertai pasukan dan kelab atau kegiatan beruniform. Semua
aktiviti tersebut berupaya memberikan impak yang cukup positif apabila individu
tersebut lebih sihat, yakin kepada diri sendiri, dan bermotivasi tinggi. Pendek kata,

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Daya kepimpinan ialah ciri perwatakan yang
sangat berguna akan diperoleh remaja apabila bergiat secara aktif dalam
aktiviti kokurikulum
H1 : ................................... ialah aset yang penting untuk seseorang itu diterima
dalam masyarakat, dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin.
H2 : penanda wacana, amatlah mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah
memiliki keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif, dan matang
H3 : penanda wacana, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, semua bakat
istimewa
sebagai
pemimpin
berjaya
dibentuk
melalui
kegiatan
berpersatuan, ................................................. (beri contoh)
H4 : penanda wacana, sifat cemerlang yang dapat dibentuk adalah membina
ketahanan diri, berdisiplin, dan pembinaan jati diri sebagai pemimpin yang memilki
karisma dan disegani

14

PP : Demikianlah nilai kepimpinan yang harus ada pada setiap individu bak kata
pepatah, kok kaya tumpang hartanya, kok cerdik tumpang akalnya.
Huraian lengkap :
Daya kepimpinan ialah ciri perwatakan yang
sangat berguna akan
diperoleh remaja apabila bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Daya
kepimpinan ialah aset yang penting untuk seseorang itu diterima dalam
masyarakat, dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin. Oleh itu,
daya kepimpinan amatlah mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah
memiliki keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif, dan matang. Sewajarnya,
dengan menyertai aktiviti kokurikulum, semua bakat istimewa sebagai pemimpin
berjaya dibentuk melalui kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan beruniform
seperti ............... Seyogia, sifat cemerlang yang dapat dibentuk adalah membina
ketahanan diri, berdisiplin, dan pembinaan jati diri sebagai pemimpin yang
memiliki karisme dan disegani. Demikianlah nilai kepimpinan yang harus ada pada

Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut
memberi impak mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum
H1 : Dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan menjadi
penawar yang paling mujarab bagi mengelak sebarang prasangka dan adu domba
H2 : penanda wacana, akan wujud perpaduan, hubungan mesra, setia kawan, dan
toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk.
H3 : penanda wacana, inilah suatu jaminan untuk melahirkan masyarakat yang
harmoni dan bersatu di bawah payung sebuah negara yang sejahtera.
H4 : Bagi memupuk semangat perpaduan,
beberapa aktiviti seperti
sukan, ......................................(contoh lain) boleh dijadikan jambatan untuk
mempererat hubungan silaturahim (anda boleh masukkan apa-apa peribahasa yang
sesuai)
PP : penanda wacana , pelajar-pelajar yang selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum
biasanya lebih cepat mesra, bertolak ansur dan berfikiran terbuka.
Huraian lengkap :
Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut memberi impak mengeratkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Dalam konteks
masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan menjadi penawar yang paling
mujarab bagi mengelak sebarang prasangka dan adu domba. Dengan hal yang
demikian, akan wujud perpaduan hubungan mesra, setia kawan, dan toleransi
dalam kalangan masyarakat majmuk. Sehubungan dengan itu, inilah suatu
jaminan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu di bawah
payung sebuah negara yang sejahtera. Dalam memupuk semangat perpaduan,
beberapa aktiviti seperti sukan, penyertaan dalam badan beruniform dan kem jati
diri boleh dijadikan jambatan untuk mempererat hubungan silaturahim. Justeru,
pelajar yang selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum biasanya lebih cepat mesra,
Isi 4 :

15

Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Impak lain yang bakal diperoleh melalui
penglibatan dalam kokurikulum adalah dapat membina prinsip dan disiplin
diri yang teguh
H1 : penanda wacana, disiplin merupakan anak kunci kepada semua kejayaan
hasil kerja
H2 : Berdasarkan pengalaman tokoh-tokoh ternama, kejayaan mereka berada di
puncak kegemilangan adalah didorong oleh disiplin yang ketat
H3 : penanda wacana, unsur inilah yang mahu diperkasakan ke dalam diri remaja
apabila mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
H4 :
Mereka dikehendaki patuh kepada ketepatan masa, menjalankan tugas
mengikut peraturan, dan perlu merancang sesuatu aktiviti dengan baik
PP : penanda wacana, kokurikulum boleh dijadikan platform untuk melahirkan
remaja yang teguh jati diri dan berdisiplin
Huraian lengkap :
Impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam kokurikulum
adalah dapat membina prinsip dan disiplin diri yang teguh. Hal ini demikian
kerana, disiplin merupakan anak kunci kepada semua kejayaan hasil kerja.
Berdasarkan tokoh-tokoh ternama seperti Thomas Alva Edison, Oville dan
Wilbur Right, Bill Gate dan ramai lagi, kejayaan mereka berada di puncak
kegemilangan adalah didorong oleh disiplin yang ketat. Sesungguhnya, unsur
inilah yang mahu diperkasakan ke dalam diri remaja apabila mereka terlibat
dalam aktiviti kokurikulum. Mereka dikehendaki patuh kepada ketepatan
masa, menjalankan tugas mengikut peraturan, dan perlu merancang sesuatu
aktiviti dengan baik. Dengan hal yang demikian, kokurikulum boleh dijadikan

Kesimpulan: Tokoh falsafah agung Yunani, Aristotle pernah menyatakan, Kejayaan


sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada kualiti rakyatnya yang sentiasa
berfikiran positif dan dinamik. Oleh hal yang demikian, dalam usia remaja rakyat
perlulah dididik dengan nilai-nilai jati diri dan serba boleh. Justeru, para pelajar yang
berada di bangku sekolah hendaklah menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai
platform untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara,
bangsa, dan agama.

LATIHAN 6
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian
luntur.
Jelaskan tindakan-tindakan yang
memupuk semangat kejiranan

diambil

oleh

pelbagai

pihak

untuk

Cadangan Pendahuluan : Dalam mengutamakan hidup berjiran, berpeganglah


kepada falsafah peribahasa, hidup bagai aur dengan tebing atau hidup ini sandarmenyandar ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Inilah situasi kehidupan
yang menzahirkan keharmonian dan damai. Namun begitu, belakangan ini impian
seumpama itu amat sukar direalisasikan. Semangat kejiranan yang sepatutnya
menjadi agenda penting masyarakat semakin terpinggir daripada arus perdana.
Memandangkan kita tidak boleh hidup dengan berpegang kepada falsafah, Nafsi-

16

nafsi, siapa lu siapa gua justeru wajar sekali kita kembali kepada landasan sebenar
dan bersama-sama mencari jalan untuk memupukkan semula semangat kejiranan.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Tunjang utama kepada kukuhnya kejiranan
adalah dengan mewujudkan program khidmat masyarakat.
H1
:
penanda
wacana
amatlah
penting
dalam
usaha
untuk ........................................................................
H2
:
program
seperti
gotong
royong
perdana
dapat ......................................................................................
H3 : penanda wacana kewujudan program seperti itu masyarakat di sesuatu
tempat..............................
........................................................................................................................................
....................................
H4 : penanda wacana aktiviti seperti rondaan malam dan berziarah
boleh ..............................................
aktiviti tautan mesra untuk mengeratkan semula hubungan.
PP : Sesungguhnya, inilah tradisi berjiran dengan senang sama dinikmati, sakit sama
dirasai.
Huraian lengkap
Tunjang utama kepada kukuhnya kejiranan adalah dengan mewujudkan program
khidmat masyarakat. Hal demikian amatlah penting dalam usaha untuk membentuk
sebuah masyarakat yang saling bersatu padu dan saling menyokong. Program
seperti gotong-royong perdana dapat membangkitkan perasaan kekitaan dan
silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Dengan
kewujudan program seperti itu masyarakat di sesuatu tempat boleh saling berkenalkenalan, bertegur sapa dan bekerjasama. Sementara itu, aktiviti seperti roandaan
pada waktu malam dan berziarah boleh dijadikan agenda tetap agar aktiviti tautan
mesra untuk mengertakan semula hubungan. Sesungguhnya, inilah tradisi berjiran
dengan senang sama dinikmati, sakit sama dirasai, ibarat ke lurah sama dituruni
Isi 2 :
Dalam kalangan anggota masyarakat pupuklah sifat ikhlas dan nilai murni
yang mulia dalam kalangan pemimpin dan rakyat
H1 : Sifat seumpama ini amat wajar dipupuk agar dapat melahirkan individu yang
benar-benar
ikhlas
dan
mengamalkan
sifat
seperti .......................................................................................................................
H2
:
Dalam
konteks
Gagasan
1Malaysia,
semua
pihak ................................................................................
H3 : penanda wacana kesedaran untuk hidup berjiran perlulah wujud dan ikhlas
diamalkan
oleh
semua
pihak
tanpa
memilih ..........................................................................................................................
..
H4 : Amalan ini perlulah dipupuk sejadi awal lagi semasa anak-anak masih di bangku
sekolah ..........
........................................................................................................................................
.................................
PP : Justeru, semua pihak semua pihak jangan terlalu memfokuskan aspek material
dengan
meminggirkan
nilai
moral
seperti
semangat
kejiranan
ibarat ......................................................................

17

Huraian lengkap
Dalam kalangan anggota masyarakat pupuklah sifat ikhlas dan nilai murni
yang mulia dalam kalangan pemimpin dan rakyat. Sifat seumpama ini amat wajar
dipupuk agar dapat melahirkan individu yang benar-benar ikhlas dan
mengamalkan sifat seperti induk berpayung, pemimpin disanjung dan rakyat
dilindung. Dalam konteks Gagasan 1Malaysia, semua pihak hendaklah
mengutamakan kesamarataan hak dan menghormati persamaan dan perbezaan
yang ada dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Oleh sebab itu, kesedaran
untuk hidup berjiran perlulah wujud dan ikhlas diamalkan oleh semua pihak tanpa
memilih latar, darjat dan pangkat. Amalan ini perlulah dipupuk sejadi awal lagi
semasa anak-anak masih di bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Justeru, semua pihak jangan terlalu memfokuskan aspek material
Isi 3 :
Strategi yang lain pula, pihak kerajaan hendaklah melaksanakan dasar
petempatan dan perumahan yang mengutamakan ciri-ciri pemajmukan
kaum.
H1 : penanda wacana penting kerana pola kependudukan (demografi) di Malaysia
bercorak komposisi.......................................................................................
H2 : penanda wacana kerajaan perlu memperkenalkan dasar yang tegas terhadap
pembukaan
zon
perumahan
yang
baru
dengan
mewujudkan
komponen ...............................................................................
H3 : Pemerkasaan inisiatif yang sama perlu dilaksanakan oleh pihak swasta yang
terlibat
secara
aktif.................................................................................................................................
...................................
H4 : penanda wacana, apabila wujud dasar yang tegas seperti itu barulah
terbentuk kejiranan .............
........................................................................................................................................
....................................
PP : Oleh hal yang demikian, pola petempatan tradisi yang bercorak kaum tertentu
sahaja wajar diubah agar terbentuk kejiranan baru masyarakat Malaysia yang
bersifat majmuk.
Huraian lengkap
Strategi yang lain pula, pihak kerajaan hendaklah melaksanakan dasar petempatan dan
perumahan yang mengutamakan ciri-ciri pemajmukan kaum. Strategi ini penting kerana
pola kependudukan di Malaysia bercorak komposisi yang mementingkan kaum tertentu
sahaja. Oleh itu, kerajaan perlu memperkenalkan dasar yang tegas terhadap pembukaan
zon perumahan yang baru dengan mewujudkan komponen kediaman yang melambangkan
masyarkat majmuk di Malaysia. Pemerkasaan inisiatif yang sama perlu dilaksanakan oleh
pihak swasta yang terlibat secara aktif dalam membangunkan estet perumahan yang
tumbuh bak cendewan selepas hujan di seluruh negara. Sebenarnya, apabila wujud dasar
yang tegas seperti itu barulah terbentuk kejiranan yang melambangkan rakyat Malaysia
yang pelbagai kaum. Oleh hal yang demikian, pola petempatan tradisi yang bercorak kaum
tertentu sahaja wajar diubah agar terbentuk kejiranan baru masyarakat Malaysia yang

Isi 4 :

18

Selain itu, dalam memperkasakan semangat kejiranan, agensi media


hendaklah menjalankan kempen masyarakat penyayang dan kempen Jiran
Anda Ialah Diri Anda.
H1 : Langkah proaktif ini hendaklah digemblengkan oleh media massa khususnya
media elektronik
H2 : Agensi-agensi media perlu melaksanakan tanggungjawab sosial ini secara ikhlas
dan
bersungguh-sungguh
supaya
masyarakat ......................................................................................................
H3 : penanda wacana harus dipelopori oleh para pemimpin agar contoh teladan
tersebut ....................
...........................................................................................
H4 : penanda wacana dalam semua perkara pemimpinlah yang perlu mendahului
rakyat
sebagai ..........................................................................................................................
..................................................
PP : Seandainya semua pihak khususnya media memberikan komitmen yang jitu
dalam usaha ini, tidak mustahil dalam tempoh satu dekad lagi Malaysia akan menjadi
rujukan sebagai negara paling berjaya membentuk masyarakat majmuk yang
berjiran.
Huraian lengkap
Selain itu, dalam memperkasakan semangat kejiranan, agensi media hendaklah
menjalankan kempen masyarakat penyayang dan kempen Jiran Anda Ialah Diri Anda.
Langkah proaktif ini hendaklah digemblengkan oleh media massa khususnya media
elektronik. Agensi-agensi media perlu melaksanakan tanggungjawab sosial ini secara ikhlas
dan bersungguh-sungguh supaya masyarakat dapat merasakan kewujudan media sebagai
medium untuk menyatupadukan rakyat. Inisiatif seperti itu harus dipelopori oleh para
pemimpin agar contoh teladan tersebut mudah menyerap ke dalam jiwa rakyat kerana
sudah termaktub sejak era silam lagi, rakyat akan mengikuti pemimpin dalam apa-apa
yang mereka lakukan. Justeru, dalam semua perkara pemimpinlah yang perlu mendahului
rakyat sebagai pembuka jalan kepada amalan nilai-nilai murni. Seandainya semua pihak
khususnya media memberikan komitmen yang jitu dalam usaha ini, tidak mustahil dalam
tempoh satu dekad lagi Malaysia akan menjadi rujukan sebagai negara paling berjaya

Kesimpulan : Setelah lebih separuh abad negara mencapai kemerdekaan, pelbagai


kemajuan telah dapat dirasai. Kemajuan dalam aspek material dan fizikal adalah
begitu hebat sekali. Walau bagaimanapun, kejayaan tersebut belum mampu
menutup ketempangan yang berlaku dalam aspek kejiranan. Dengan hal yang
demikian, semua pihak perlulah sedar bahawa kita tidak akan dapat hidup bebas dan
harmoni selagi amalan berjiran tidak disuburkan dalam kalangan kita.

LATIHAN 7
Kesedaran sivik adalah suatu aspek yang penting dalam kehidupan, lebihlebih lagi kepada sebuah negara yang sedang membangun seperti
Malaysia. Malangnya sikap ini semakin luntur dalam kalangan masyarakat.
Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan langkah-langkah yang
diambil untuk menyuburkan kesedaran sivik.
PERINGATAN : Soalan ini terbahagi kepada 2 fokus isi jawapan. Isi jawapan
anda hendaklah seimbang bagi kedua-dua fokus tersebut.

19

Pendahuluan : Anasir vandalisme, membuang sampah merata-rata, merokok di


tempat larangan, dan mengotori tempat-tempat awam merupakan fenomena biasa
yang mudah dilihat dalam kalangan masyarakat kita. Sekali imbas, kita seakan-akan
terfikir bahawa masyarakat kita masih belum bertamadun sedangkan kita sudah
memasuki era milenium. Walaupun tahap celik akal masyarakat juga dikatakan
semakin tinggi, namun tingkah laku yang mempamerkan tahap kerendahan disiplin
masih berleluasa juga. Malu dengan imej kita terhadap masyarakat luar, semua
pihak hendaklah lebih prihatin untuk mengenal pasti punca gejala ini semakin luntur
dan seterusnya mengambil beberapa langkah praktikal untuk memantapkan semula
tahap disiplin.
Faktor-faktor lunturnya kesedaran sivik
Isi 1:
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :Faktor prima yang membawa kepada
menularnya gejala negatif ini adalah disebabkan oleh lunturnya semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat.
H1 : penanda wacana, terjadi disebabkan generasi muda tidak pernah merasai
susah payah dalam membangunkan sebuah negara
H2 : Empat puluh lima peratus kalangan rakyat Malaysia dilahirkan setelah negara
mencapai kemerdekaan
H3 : Ramai sekali dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang
tanggungjawab terhadap negara, malah ada yang mempersendakan kemerdekaan
negara
H4 : penanda wacana, golongan ini menjadi kelompok buta sejarah lalu
berkuburlah semangat patriotik dalam jiwa mereka
PP : Apabila roh patriotisme mula luntur daripada jiwa dan sanubari, justeru,
runtuhlah tembok kekuatan sivik
Huraian lengkap
Faktor prima yang membawa kepada menularnya gejala negatif ini adalah
disebabkan oleh lunturnya semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Sebenarnya, fenomena ini terjadi disebabkan generasi muda tidak pernah merasai
susah payah dalam membangunkan sebuah negara. Empat puluh lima peratus
kalangan rakyat Malaysia dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan.
Ramai sekali dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang
tanggungjawab terhadap negara, malah ada yang mempersendakan kemerdekaan
negara. Dengan hal yang demikian, golongan ini menjadi kelompok buta sejarah
lalu berkuburlah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Apabila roh patriotisme
mula luntur daripada jiwa dan sanubari, justeru, runtuhlah tembok kekuatan sivik.

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Selain itu kebankrapan nilai-nilai murni dalam
masyarakat turut menjadi hambatan kepada merosotnya kesedaran sivik.
H1 : Faktor tersebut disebabkan manusia hari ini semakin hilang semangat setia
kawan, kurang menghormati hak orang lain dan tidak menghargai hak dan
kepentingan awam
H2 : Dalam kalangan jiran, semangat kejiranan telah luput dan individu lebih selesa
hidup
secara
bersendirian,
ibarat

20

enau ...............................................................................................................................
.
H3 : penanda wacana, Rasa hormat terhadap orang lain semakin hilang, justeru
pupuslah budaya tegur-menegur yang secara tradisinya menjadi tautan dalam
kalangan masyarakat
H4 : penanda wacana, anutan terhadap nilai kebendaan dan individualistik telah
membentuk suatu pola baru masyarakat yang hidup cara nafsi-nafsi
PP : penanda wacana, terbentuklah suatu pola masyarakat yang bersikap anarkis,
menggunting dalam lipatan dan menjadi duri dalam daging terhadap keharmonian
masyarakat.
Huraian lengkap
Selain itu kebankrapan nilai-nilai murni dalam masyarakat turut menjadi
hambatan kepada merosotnya kesedaran sivik. Faktor tersebut disebabkan
manusia hari ini semakin hilang semangat setia kawan, kurang menghormati hak
orang lain dan tidak menghargai hak dan kepentingan awam. Dalam kalangan
jiran, semangat kejiranan telah luput dan individu lebih selesa hidup secara
bersendirian, ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Lantas, rasa hormat terhadap orang lain semakin hilang, justeru pupuslah budaya
tegur-menegur yang secara tradisinya menjadi tautan perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Sebaliknya, anutan terhadap nilai kebendaan dan individualistik telah
membentuk suatu pola baru masyarakat yang hidup cara nafsi-nafsi. Padahnya,
terbentuklah suatu pola masyarakat yang bersikap anarkis, menggunting dalam

Usaha-usaha meningkatkan kesedaran sivik


Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Pemerkasaan semula kesedaran sivik hendaklah
dimulakan melalui sistem pendidikan
H1 : Langkah ini difikirkan sangat pragmatik kerana sistem pendidikan sahaja yang
mampu membentuk acuan dan hala tuju rakyat
H2 : penanda wacana, perkara yang berkaitan, anak-anak yang masih di bangku
sekolah mudah dibentuk pemikiran dan sikap mereka
H3 : penanda wacana betul cara yang dididik, nescaya betul jugalah hala tuju dan
landskap pemikiran rakyat
H4 : Suatu kaedah yang lebih praktikal, aspek pengetahuan sivik hendaklah
digabungjalinkan dalam subjek akademik.
H5 : Strategi tersebut lebih sesuai apabila pelajar perlu menguasai pengetahuan
sivik daripada hanya belajar semata-mata seperti dalam sistem sekarang.
PP : Tegasnya tepatlah seperti kata-kata hikmat bahawa, Rakyat akan bertindak
atas apa-apa yang difikirkan oleh pemerintah.

Huraian lengkap
Pemerkasaan semula kesedaran sivik hendaklah dimulakan melalui sistem
pendidikan. Langkah ini difikirkan sangat pragmatik kerana sistem pendidikan
sahaja yang mampu membentuk acuan dan hala tuju rakyat. Sehubungan dengan
perkara yang berkaitan, anak-anak yang masih di bangku sekolah mudah dibentuk
pemikiran dan sikap mereka. Sekiranya betul cara yang dididik, nescaya betul
jugalah hala tuju dan landskap pemikiran rakyat. Suatu kaedah yang lebih
praktikal, aspek pengetahuan sivik hendaklah digabungjalinkan dalam subjek
akademik. Strategi tersebut lebih sesuai apabila pelajar perlu menguasai
pengetahuan sivik daripada hanya belajar semata-mata seperti dalam sistem
sekarang. Tegasnya, tepatlah seperti kata-kata
hikmat bahawa, Rakyat akan
21

Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Amalan sivik juga harus dikuatkuasakan dalam
kalangan masyarakat umum.
H1 : penanda wacana, amatlah perlu kerana masyarakat umum juga mempunyai
tanggungjawab terhadap kepentingan awam dan negara
H2 : Tanpa penegasan dan penguatkuasaan, individu lebih percaya bahawa
mengamalkan nilai-nilai murni bukanlah suatu perkara yang wajib, sebaliknya
sebagai imej peribadi sahaja
H3 : Apabila lunturnya perasaan bertanggungjawab, individu berasa bebas untuk
melakukan apa-apa sahaja termasuk menjejaskan kepentingan awam
H4 : penanda wacana, beberapa aspek dalam amalan sivik seperti
bertanggunjawab, ketelusan dan menghormati hak asasi harus dijadikan terma
dalam undang-undang.
PP : Sudah tiba masanya rakyat Malaysia digemblengkan komitmen mereka dalam
memaksimumkan
amalan
sivik
bak
kata
pepatah........................................................................................................................

Huraian lengkap
Selain itu, amalan sivik juga harus dikuatkuasakan dalam kalangan
masyarakat umum. amatlah perlu kerana masyarakat umum juga mempunyai
tanggungjawab terhadap kepentingan awam dan negara. Tanpa penegasan dan
penguatkuasaan, individu lebih percaya bahawa mengamalkan nilai-nilai murni
bukanlah suatu perkara yang wajib, sebaliknya sebagai imej peribadi sahaja.
Apabila lunturnya perasaan bertanggungjawab, individu berasa bebas untuk
melakukan apa-apa sahaja termasuk menjejaskan kepentingan awam. Sudah
sewajarnya, beberapa aspek dalam amalan sivik seperti bertanggunjawab,
ketelusan dan menghormati hak asasi harus dijadikan terma dalam undangundang. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia digemblengkan komitmen mereka
dalam memaksimumkan amalan sivik bak kata pepatah, buat baik berpada-pada,
Kesimpulan : Maruah sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan tingkah laku dan
amalan budaya mereka. Orang lain dengan mudah melabelkan diri kita dengan
pelbagai andaian apabila melihat cara kita bertindak. Oleh itu, jagalah maruah dan
budi pekerti agar kita diiktiraf kita sebagai bangsa yang bertamadun.

Latihan 8

22

Golongan wanita sentiasa dianggap sebagai tiang


penyumbang kepada kejayaan lelaki. Sumbangan
kemajuan negara bukanlah kecil.

seri negara dan


wanita terhadap

Tulis sebuah rencana yang membincangkan sumbangan wanita terhadap


negara.
Catatan :
Soalan ini dalam bentuk karangan berformat rencana. Pelajar
dinasihatkan supaya mematuhi arahan format iaitu menulis tajuk rencana dan nama
penulis.
Pendahuluan : Peribahasa ada menyebut bahawa, kejayaan seseorang lelaki itu
berdiri di belakangnya seorang wanita. Pernyataan tersebut membuktikan
bahawa fungsi wanita amatlah besar sebagai inspirasi dalam mencapai sesuatu
kejayaan. Lebih-lebih lagi dalam zaman moden kini pencapaian wanita menjadi
golongan profesional sungguh memberangsangkan sekali. Malahan di mana-mana
institusi pengajian tinggi pula peratus wanita telah mengatasi lelaki. Dengan
pencapaian yang luar biasa itu, seyogia sumbangan wanita hendaklah diberikan
pengiktirafan yang sewajarnya.
Isi 1 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :Sesunggunya, sejak permulaan tamadun
manusia lagi wanita sudah menjadi pelengkap kebahagiaan dalam rumah
tangga.
H1 : penanda wacana hakikat kejadian Siti Hawa sebagai pelengkap kepada
kehidupan
Nabi
Adam
yang
menatijahkan .................................................................................................................
..........................
H2 : Sumbangan mereka amat penting dan sudah menjadi keperluan sejak azali lagi
H3 : Kelembutan dan sifat penyayang wanita menjadi penyeri yang
menjadikan .....................................
........................................................................................................................................
....................................
H4 : penanda wacana mereka kekal sebagai agen pelaksana slogan Rumahku
Syurgaku
selain
menjadi
penggerak
kepada ...........................................................................................................................
..
PP : Demikianlah wanita, hadir mereka sebagai penghias dunia, kepada suami
menjadi pelengkap bahagia, dan kepada anak-anak tempat bermanja.

Huraian lengkap
Sesunggunya, sejak permulaan tamadun manusia lagi wanita sudah
menjadi pelengkap kebahagiaan dalam rumah tangga. Malahan hakikat kejadian
Siti Hawa sebagai pelengkap kepada kehidupan Nabi Adam yang menatijahkan
lahirnya umat manusia hingga ke hari ini. Sumbangan mereka amat penting dan
sudah menjadi keperluan sejak azali lagi. Kelembutan dan sifat penyayang wanita
menjadi penyeri yang menjadikan rumah tangga bagaikan syurga. Justeru, mereka
kekal sebagai agen pelaksana slogan Rumahku Syurgaku selain menjadi
penggerak kepada kewujudan keluarga bahagia. Demikianlah wanita, hadir
mereka sebagai penghias dunia, kepada suami menjadi pelengkap bahagia, dan

23

Isi 2 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Bukan setakat dalam rumah tangga sahaja,
malah wanita amat berperanan dalam kehidupan sosial. H1 : Kehadiran
mereka
dalam
sesuatu
program
akan
menjadi
penyokong
dan
memeriahkan ...............
........................................................................................................................................
....................................
H2 : penanda wacana tidak melakukan apa-apa, namun kehadiran mereka sudah
cukup
untuk
memberirangsangan ......................................................................................................
..................................
H3
:
Mereka
mampu
menggarami
situasi
dengan
suara
lunak
dan ............................................................
H4 : penanda wacana keistimewaan golongan wanita kerana mereka sangat rajin,
ringan tulang, dan mampu melaksanakan kerja-kerja yang rumit (renyah)
PP : Jelaslah dan lagi benar, wanita tetap relevan dan menjadi pemacu kejayaan
sepanjang zaman.
Huraian lengkap
Bukan setakat dalam rumah tangga sahaja, malah wanita amat berperanan
dalam kehidupan sosial. Kehadiran mereka dalam sesuatu program akan menjadi
penyokong dan memeriahkan suasana menjadi lebih riang. Walaupun tidak
melakukan apa-apa, namun kehadiran mereka sudah cukup untuk memberi
rangsangan agar kaum lelaki lebih bersemangat untuk bekerja. Mereka mampu
menggarami situasi dengan suara lunak dan gurauan yang menghiburkan. Malah
keistimewaan golongan wanita kerana mereka sangat rajin, ringan tulang, dan
mampu melaksanakan kerja-kerja yang rumit (renyah). Jelaslah dan lagi benar,
wanita tetap relevan dan menjadi pemacu kejayaan sepanjang zaman.

Isi 3 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :- Selain itu, dalam alam pendidikan wanita amat
cocok sebagai pendidik anak bangsa.
H1: Para guru wanita amat bijak berkomunikasi dengan sentuhan mulut lidah dan
tutur bicara yang....
.............................................................
H2 : Ciri-ciri keibuan yang dimiliki oleh mereka mampu memberikan kasih sayang
dan pengajaran ........................................................................................................
H3
:
Mereka
sangat
tabah
apabila
berdepan
dengan
kerenah.....................................................................
H4 : penanda wacana menyebabkan golongan wanita telah menguasai 80 peratus
daripada tenaga pengajar .........................................................................................
PP : Sesungguhnya, lembut lidah bertutur fasih, penyayang dan sabar telah menjadi
perencah guru wanita cukup inovatif dan melayakkan mereka menadi pendidik yang
berwibasa.

24

Huraian lengkap
Selain itu, dalam alam pendidikan wanita amat cocok sebagai pendidik
anak bangsa. Para guru wanita amat bijak berkomunikasi dengan sentuhan mulut
lidah dan tutur bicara yang berisikan kasih sayang. Ciri-ciri keibuan yang dimiliki
oleh mereka mampu memberikan kasih sayang dan pengajaran yang kekal
berpanjangan. Mereka sangat tabah apabila berdepan dengan kerenah anak-anak
didik yang pelbagai ragam.Dengan hal yang demikian menyebabkan golongan
wanita telah menguasai 80 peratus daripada tenaga pengajar di semua peringkat
institusi pendidikan mutakhir ini. Sesungguhnya, lembut lidah bertutur fasih,
penyayang dan sabar telah menjadi perencah guru wanita cukup inovatif dan
melayakkan mereka menadi pendidik yang berwibawa.
Isi 4 :
Ayat Isi Utama/Ayat Judul :Dalam alaf baru yang memberikan hak
kesamarataan ini, wanita turut bersaing dalam bidang profesional
H1 : Bidang-bidang seperti perniagaan, politik dan bidang kepakaran tinggi seperti
doktor,
arkitek
dan
peguan
mula ...............................................................................................
H2 : Mereka mampu bersaing dengan golongan lelaki dengan merebut peluangpeluang yang terbuka luas (beri contoh tokoh wanita seperti IndiraGandhi, Margaret
Tatcher, Liliance Bettencourt dan
Christy Walton)
H3 : penanda wacana di Malaysia juga, wanita telah membuktikan kemampuan
mereka apabila sepasukan arkitek wanita telah diberikan kepercayaan merancang
pelan struktur pembangunan bandar raya moden Putrajaya.
H4 : penanda wacana sentuhan lembut dan gaya kerja yang amat teliti lagi kemas
dan berseni telah melayakkan wanita untuk menjadi pesaing kepada lelaki.
PP :
Huraian lengkap
Dalam alaf baru yang memberikan hak kesamarataan ini, wanita turut
bersaing dalam bidang profesional. Bidang-bidang seperti perniagaan, politik dan
bidang kepakaran tinggi seperti doktor, arkitek dan peguan mula diungguli oleh
golongan wanita. Mereka mampu bersaing dengan golongan lelaki dengan
merebut peluang-peluang yang terbuka luas (beri contoh tokoh wanita seperti
IndiraGandhi,
Margaret
Tatcher,
Liliance
Bettencourt
dan
Christy
Walton).Sebaliknya, di Malaysia juga, wanita telah membuktikan kemampuan
mereka apabila sepasukan arkitek wanita telah diberikan kepercayaan merancang
pelan struktur pembangunan bandar raya moden Putrajaya. Demikianlah
hebatnya seorang wanita yang lembut lidah fasihnya mampu menggoncangkan
Kesimpulan : Tangan yang menghayun buaian itu memerintah dunia.
Demikian suatu petikan peribahasa yang mengiktiraf golongan wanita. Mereka
merupakan pengaturcaraan dunia melalui fungsi membina keterampilan insan. Anakanak yang terdidik daripada belaian seorang ibu mampu bangkit untuk menjadi jaguh
dunia dalam pelbagai bidang. Sesungguhnya, sumbangan besar wanita kepada dunia
tidak boleh diremehkan sama sekali. Hargailah jasa dan pengorbanan mereka demi
membina sebuah tamadun yang agung dan perkasa.

25

26

Anda mungkin juga menyukai