Anda di halaman 1dari 7

Lihat rajah di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang ciri-


ciri pelajar cemerlang. Panjangnya huraian anda hendaklah melebihi
180 patah perkataan.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1. Rajin Membaca

2. Berdisiplin dan menghormati guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa

3. Membuat ulang kaji dan latihan di rumah

4. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas

PENDAHULUAN

JENIS PENANDA
HURAIAN
AYAT WACANA
Belakangan ini,
Marcapada ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat
Pada era globalisasi diperdebatkan oleh masyarakat kita
TEMA kini, dalam media massa di seluruh pelusuk
Sejak akhir-akhir negara.
ini,
Sehubungan para pelajar mestilah menunjukkan
KUMPULAN dengan itu, keiltizaman yang tinggi untuk berusaha
SASARAN Dalam hal ini, dengan bersungguh-sungguh agar
Dalam konteks ini, menjadi seorang yang cemerlang.
Bak kata
BAHASA kalau tidak dipecahkan ruyung
peribahasa,
INDAH manakan dapat sagunya
Slogan,
apakah ciri-ciri seorang pelajar
TUGASAN Persoalannya, cemerlang yang perlu dihayati oleh
para pelajar di negara ini?

ISI 1: MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU


MENGAJAR DI DALAM KELAS

JENIS PENANDA
HURAIAN
AYAT WACANA
Pada pendapat
saya,
antara ciri pelajar cemerlang ialah
Pada pemikiran
AYAT menumpukan perhatian semasa guru
saya,
TOPIK sedang mengajar di dalam kelas.
Pada pandangan
saya,
para pelajar akan mudah memahami ilmu
AYAT Hal ini demikian yang disampaikan oleh guru- guru
HURAIAN kerana, semasa belajar di dalam kelas tanpa
sebarang gangguan.
kejayaan Nik Nur Madihah dalam
AYAT peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
CONTOH (SPM) adalah kerana selalu memberi
Sebagai contoh,
tumpuan semasa belajar di bilik darjah.
hendak seribu daya, tidak hendak seribu
BAHASA dalih sangat sesuai diamalkan oleh para
Persis kata
INDAH pelajar supaya sentiasa memberi
peribahasa,
tumpuan semasa belajar.
apabila para pelajar menumpukan
perhatian kepada pengajaran guru setiap
AYAT
hari sudah pasti mereka akan mudah
SIMPUL Tegasnya,
menguasai ilmu untuk menjadi seorang
pelajar cemerlang.

ISI 2: MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN DI RUMAH


JENIS PENANDA
HURAIAN
AYAT WACANA
membuat ulang kaji dan menyiapkan
latihan di rumah juga merupakah salah
AYAT Selain itu, satu ciri penting seorang pelajar
TOPIK cemerlang.

langkah ini akan meningkatkan lagi


AYAT penguasaan para pelajar dalam mata
Saya berpandangan
HURAIAN pelajaran yang dipelajari di sekolah.
demikian kerana,
setiap pelajar perlu memperuntukan
selama tiga jam sehari untuk
AYAT melaksanakan ulang kaji di rumah
CONTOH Tamsilnya, seperti yang pernah disarankan oleh Dr.
Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi
pelajar.
belakang parang kalau diasah lagikan
BAHASA tajam perlu dipraktikkan oleh para
Orang tua-tua ada
INDAH pelajar dalam kehidupan seharian
berpesan,
mereka.
mengulang kaji pelajaran di rumah wajib
AYAT dilakukan oleh para pelajar untuk
Jelaslah,
SIMPUL mendapat kecemerlangan dalam
pelajaran.

ISI 3: RAJIN MEMBACA BUKU

JENIS PENANDA
HURAIAN
AYAT WACANA
ciri lain sebagai seorang pelajar
cemerlang ialah rajin membaca pelbagai
AYAT Di samping itu,
bahan bacaan seperti akhbar, majalah
TOPIK
dan buku rujukan.
para pelajar akan menjadi lebih matang
semasa berhujah dan dapat menjana
AYAT Dalam konteks ini,
pelbagai idea yang menepati
HURAIAN Dengan itu,
perkembangan dunia sains dan teknologi
Dengan kata lain,
kini.
Amalina seorang pelajar cemerlang SPM
AYAT telah menjadikan kamus dan majalah
CONTOH Misalnya, Siswa sebagai bahan bacaan wajib
baginya untuk peperiksaan.
membaca jambatan ilmu perlu dipupuk
BAHASA
dalam jiwa setiap pelajar untuk menjana
INDAH Slogan,
generasi berilmu pengetahuan.
budaya membaca tidak boleh dipisahkan
AYAT daripada para pelajar yang bercita-cita
SIMPUL Oleh itu, untuk menggapai kecemerlangan dalam
pelajaran mereka.

PENUTUP

JENIS PENANDA
HURAIAN
AYAT WACANA
Tuntasnya,
terdapat banyak ciri pada seseorang
Intihanya,
pelajar cemerlang yang perlu dimiliki
AYAT Walhasilnya,
oleh generasi muda pada hari ini.
PANDANGAN Kesimpulannya,
Sehubungan
semua pihak mestilah komited untuk
dengan itu,
melahirkan seramai mungkin pelajar-
AYAT Perkara ini
pelajar cemerlang untuk membangunkan
CADANGAN secara tidak
negara kita pada masa akan datang.
langsung,
alang-alang berdakwat biar hitam perlu
BAHASA Orang-orang tua dihayati para pelajar agar dapat
INDAH ada berpesan, mencapai hasrat murni ini.
Oleh itu, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan
Dengan itu, generasi yang berilmu pengetahuan dan
AYAT
Hal ini secara berwibawa akan dapat direalisasikan
HARAPAN
tidak langsung, menjelang tahun 2020 nanti.

CONTOH KARANGAN LENGKAP:

Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan


oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk
negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan
keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar
menjadi seorang yang cemerlang. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya sangat mustahak diamalkan oleh para
pelajar di negara ini.Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar
cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?
Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan
perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh
guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai
contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di
bilik darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu
dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi
tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti
mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar
cemerlang.

Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah


juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya
berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi
penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di
sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam
sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh
Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada
berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh
para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji
pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat
kecemerlangan dalam pelajaran.

Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah


rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku
rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang semasa
berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan
dunia sains dan teknologi. Misalnya, Amalina pelajar cemerlang SPM telah
menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya
untuk peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan
daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan
dalam pelajaran mereka.

Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar


cemerlang dalam pelajaran yang perlu dimiliki oleh generasi muda
kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk
melahirkan seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk membangunkan
negara kita pada masa akan datang. Orang-orang tua ada berpesan alang-
alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai
hasrat murni ini., .Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat
direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

Anda mungkin juga menyukai