Anda di halaman 1dari 2

Antara ciri pelajar cemerlang adalah bermoral tinggi dan mempunyai akhlak yang baik.

Hal
ini demikian kerana, pelajar yang bermoral tinggi akan menerapkan nilai-nilai murni yang
baik dalam kehidupan seharian mereka. Dengan akhlak yang baik pula, pelajar dapat
menerapkan nilai keagamaan yang dipelajari dalam membuat keputusan yang betul. Ciri ini
dapat membantu pelajar untuk tidak terjebak dengan permasalahan sosial seperti
membuang masa melepak di pusat membeli belah dan bergaul bebas dengan golongan
yang bermasalah. Pernahkah anda dengar melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu dan
bapa perlu menjadi tauladan terbaik kepada anak-anak di rumah manakala guru akan
menambah nilai dalam memantapkan sahsiah pelajar di sekolah. Kesannya, pelajar yang
bermoral tinggi dan berakhlak baik pasti akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang
dalam akademik mahupun kokurikulum.

Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menumpukan perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah. Bukan sahaja dalam
persekolahan tetapi dalam kehidupan harian, jika kita menumpukan perhatian dalam
melakukan sesuatu hasil yang baik akan diperoleh. Guru di sekolah saban tahun mengajar
anak murid input yang sama, justeru pelajar yang perlu peka dan cakna atas setiap tutur
kata yang diberikan oleh mereka. Tambahan pula, tips-tips yang sering kali tiada dalam
buku teks adalah merupakan sebab kenapa pelajar perlu menumpukan perhatian bagi
menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih. Intihannya, pelajar yang menumpukan perhatian dalam kelas dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang.

Pada masa yang sama, pelajar yang cemerlang akan sentiasa memastikan latihan yang
diberikan oleh guru disiapkan dan mengulang kaji pelajaran di rumah. Apabila pelajar
berusaha melengkapkan latihan yang ditugaskan, mereka pasti memahami dan berjaya
menguasai subjek tersebut dengan baik. Manakala, mengulang kaji pelajaran adalah
penting bagi mengaktifkan memori jangka masa panjang dalam pembelajaran yang telah
diulang kaji. Sebagai contoh, pelajar memperuntukkan masa sebanyak tiga jam setiap hari
bagi mengulang kaji pelajaran. Jika pelajar berjaya mengekalkan disiplin ini, mereka akan
menjadi seorang yang menepati masa. Seperti pesanan orang-orang tua, belakang parang
kalau diasah, lagikan tajam yang bermaksud sekiranya pelajar ingin menjadi cemerlang
latihan yang kerap akan membantu diri mereka untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.

Keutuhan Semantik Ibu dan bapa perlu menjadi tauladan


terbaik kepada anak-anak di rumah
manakala guru akan menambah nilai dalam
memantapkan sahsiah pelajar di sekolah.
Kesannya, pelajar yang bermoral tinggi dan
berakhlak baik pasti akan menjadi seorang
pelajar yang cemerlang dalam akademik
mahupun kokurikulum
Keutuhan Fonologi Seperti pesanan orang-orang tua, belakang
parang kalau diasah, lagikan tajam yang
bermaksud sekiranya pelajar ingin menjadi
cemerlang latihan yang kerap akan
membantu diri mereka untuk menjadi insan
yang lebih cemerlang.

Keutuhan Leksikal Pernahkah anda dengar melentur buluh


biarlah dari rebungnya
Keutuhan Gramatikal . Hal ini demikian kerana

Anda mungkin juga menyukai