Anda di halaman 1dari 5

Tema/Isu : Pelajar yang cemerlang

Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada


Format karangan : Ceramah

Rangka Isi Butiran

Pendahuluan Kata alu-aluan format ceramah hendaklah diberikan


– Konsep dan prinsip pelajar cemerlang, mengapa pelajar harus cemerlang, gambaran
kecemerlangan, peribahasa

Isi Cemerlang di dalam akademik


Karangan – Pencapaian memberangsangkan dalam pembelajaran, pencapaian dalam
peperiksaan awam, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Cemerlang di dalam kokurikulum


– Penglibatan dalam apa jua program, perkhidmatab dan sumbangan serta
kepimpinan

Cemerlang disiplin
– Peraturan dipatuhi, masa ditepati, tugas dapat diselesaikan

Cemerlang sahsiah
– sopan-santun, baik budi pekerti, asertif, boleh dipercayai

Pegangan agama yang teguh

Penutup Konkusi atau kesimpulan am, saranan, nasihat dan harapan

Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi ‘Destinasi Permata’, yang saya hormati
para guru serta pelajar-pelajar SMK Invictus yang disayangi sekalian. Assalamualaikum dan
selamat sejahtera saya ucapkan.

Terlebih dahulu, marilah kita semua merakamkan dan memanjatkan kesyukuran kepada
Tuhan kerana pada yang mulia ini, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam program
motivasi ‘Destinasi Permata’ yang sangat berfaedah terutama kepada para pelajar peperiksaan
umum tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PPMR dan juga SPM yang akan
menyusul tidak lama sahaja lagi. ‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang’ adalah tajuk ceramah yang akan
saya kongsikan pada hari ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Kecemerlangan dalam kehidupan pasti diimpikan dan diinginkan oleh semua insan.
Malah, keinginan menjadi pelajar cemerlang juga sudah tentu diinginkan oleh semua pelajar
yang berada di dalam Dewan Indah yang permai dan harmoni ini. Pendek kata, semua pelajar
mahu cemerlang dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Contohnya, kecemerlangan
dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya diimpikan oleh para pelajar.
Pelajar yang cemerlang adalah seperti umpama benih yang baik, campak ke laut mejadi pulau.
Persoalannya, apakah sebenarnya ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pelajar yang
cemerlang? Apakah pelajar di hadapan saya ini adalah kategori pelajar yang cemerlang?
Bersedialah wahai para pelajar, tajuk ciri-ciri yang cemerlang akan dikupas sebentar lagi.

Para pelajar yang saya sayangi sekalian,

Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan dan
ditunjukkan ialah dari segi pencapaian akademik. Pencapaian akademik yang
memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan akan diusahakan dan dipastikan oleh
pelajar cemerlang ini. Contohnya, pelajar cemerlang akan mengutamakan pembelajaran
menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan pembelajaran menerusi aktiviti yang terancang
dan teratur di dalam kelas, dan pembelajaran kendiri serta kumpulan dan kelompok sebaya di
luar pembelajaran luar kelas. Bagi memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum dan
optimus, segala potensi dan kelebihan yang ada di dalam diri akan sentiasa digembleng.
Matlamat pembelajaran yang logik dan munasabah akan ditetapkan oleh mereka dan seterusnya
berusaha dan fokus untuk mencapainya. Dengan itu, sebarang bentuk gangguan dan masalah
akan diketepikan oleh pelajar cemerlang untuk memastikan mereka sentiasa cemerlang dalam
pencapaian akademik.

Selain itu, tumpuan yang sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran terancang


bersama para guru sentiasa diberikan oleh pelajar cemerlang semasa berada di dalam kelas.
Sebagai contoh, motivasi pembelajaran yang optimum dan maksimum akan ditunjukkan oleh
pelajar cemerlang dengan memberikan kerjasama dan sepenuh perhatian yang tidak berbelah
bahagi. Hasutan negatif tidak mengira sama ada dari segi dalaman atau luaran diri sendiri
mahupun persekitarannya tidak akan mudah dipengaruhi oleh golongan cemerlang ini. Syarat
yang banyak tidak akan dikenakan oleh pelajar cemerlang dalam pembelajaran hingga
semuanya berkenan di hati. Mereka tidak mempunyai sifat dan elemen sentimental dengan
terlalu mengharapkan tentang guru yang hebat sempurna atau persekitaran dan suasana kelas
yang sempurna. Mereka mempunyai ketahanan dalam menerima iklim pembelajaran yang
seadanya.
Demikian juga, peranan yang seimbang akan ditampilkan oleh pelajar cemerlang
terutama apabila kumpulan belajar disertai atau tugasan kumpulan dilaksanakan, mereka tidak
hanya sebagai penumpang dan tidak pula terlalu menonjol. Mereka mempunyai kesabaran
untuk mendengar idea rakan sekumpulan walapun sebenarnya banyak idea bernas dimilik oleh
pelajar cemerlang ini. Pelajar cemerlang akan menjadi pemimpin yang adil dan boleh
dipercayai dan tidak cuba untuk terlalu menguasai sesuatu perbincangan. Persediaan yang
mencukupi akan disediakan oleh mereka dan bukan hanya dengan tanan kosong sahaja. Impak
dan kesan positif akan sentiasa ditinggalkan oleh pelajar cemerlang ini dengan hadirnya mereka
dalam mana-mana aktiviti pembelajaran yang berorientasikan secara berkumpulan yang kesan
yang diberikan bukan sekadar hanya melukut di tepi gantang, datang tidak menambah, pergi
tidak disuruh.

Para guru dan para pelajar sekalian,

Selanjutnya ialah, sasaran yang tinggi hendaklah diletakkan oleh pelajar


cemerlang dalam peperiksaan awam. Strategi dan usaha yang maksimum dan optimum
hendaklah dibuktikan dan bukan hanya sekadar cakap kosong selaras dengan sasaran yang
dilakukan. Fokus yang berterusan akan dilakukan oleh mereka terhadap kefahaman yang
mendalam terhadap perancangan jawapan yang bersesuaian dengan kehendak dan tugasan
soalan dan tidak hanya melakukan pergantungan kepada soalan ramalan. Segala kehendak
sukatan pelajaran yang menjadi asas item soalan peperiksaan awam digubal akan dipatuhi oleh
pelajar cemerlang dengan menggunakan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman
pembelajaran di dalam kelas. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian atau kursus
yang diminati atau kursus yang boleh diklasifikasikan sebagai kritikal boleh diintai oleh pelajar
cemerlang, di samping tempat di institusi pengajian tinggi terkemuka boleh dilamar berserta
tajaan biasiswa yang menarik dan berprestij.

Adakah ciri pelajar yang cemerlang akan dinilai dengan tingkah laku atau tindak
tanduk yang membawa buku ke sana ke mari sehingga diberikan gelaran ‘ulat buku’?
Sebenarnya, mereka tidak direlakan untuk dilabel dan dicop sebagai ulat buku semata-mata.
Pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum kebiasaannya akan ditunjukkan oleh
mereka. Sebenarnya pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam kelas ialah bidang
kokurikulum. Aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sebagai platform dan medium dalam
memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial, menggilap bakat kepimpinan dan
suka mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan menggunakan kebolehan dan
potensi diri sama ada sebagai pemimpin, petugas atau peserta di mana-mana aktiviti persatuan,
kelab, unit pakaian seragam, sukan dan permainan. Sikap ringan tulang dalam menolong pihak
sekolah untuk menjayakan program dan aktiviti kurikulum akan diamalkan oleh mereka dan
seberapa banyak pengalaman akan dicari oleh pelajar cemerlang ini.

Pelajar-pelajar yang dihormati sekalian,


Seperti ramai yang kita sudah tahu disiplin adalah asas bagi sesuatu kejayaan.
Oleh itu, amalan disiplin yang tinggi sangat sinonim dengan pelajar cemerlang. Gelaran pelajar
skema yang patuh dengan segala peraturan sekolah tidak diambil kisah dan peduli oleh mereka.
Pelajar cemerlang tidak berasa kekok dan janggal untuk berbual dan bergaul mesra dengan
rakan yang sinikal dan tidak kurang juga dengan rakan yang kurang beruntung, walaupun
mungkin kelihatan berbeza dari segi tingkah laku dan juga penampilan. Mereka akan berusaha
untuk menjadi contoh tauladan dan peribadi rujukan yang mampu memberi aura positif dengan
mempengaruhi para pelajar untuk lebih bersikap psitif dan optimis dalam menuntut
pengalaman pembelajaran di sekolah. Butiran tunjuk ajar tidak perlu dijelaskan oleh mereka,
sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah laku yang disenangi oleh orang sekelilingnya.
Sebagai contoh, ketepatan masa sangat dipentingkan oleh pelajar cemerlang dan sesuatu
tugasan akan sentiasa dilaksanakan sesempurna mungkin. Pelajar cemerlang tidak akan
melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan sambalewa semata-mata sperti hanya
melepaskan batuk di tangga bagi setiap tugasan yang diberi. Jelaslah disiplin haruslah menjadi
prinsip yang harus dipegang oleh pelajar cemerlang dalam memacu kecemerlangan yang lebih
terjamin dalam hidup mereka.

Seterusnya, sahsiah dan budi pekerti yang murni dan terpuji hendaklah
ditampilkan oleh pelajar cemerlang. Percakapan mereka dihiasi dengan kata-kata yang baik
budi bahasanya dan sopan santun diibaratkan seperti butir-butir mutiara yang berharga. Rakan
akan berasa dilindungi dan selamat berada di sisi pelajar cemerlang ini kerana mereka ini hanya
mendengar perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat sahaja. Sudah tentu, pelajar
cemerlang juga seperti manusia biasa yang tetap mempunyai kelemahan tertentu, tetapi mereka
akan sedaya upaya untuk mengawal kelemahan yang dimiliki agar tidak mendatangkan
kemudaratan kepada mana-mana pihak.

Akhirnya, sentiasa berpegang teguh pada tali agama adalah antara ciri
pelajar cemerlang yang sangat penting. Kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan pencipta
sepatutnyalah menjadi tunjung utama dalam kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang cemerlang
akan sentiasa berusaha untuk melaksanakan segala patuhan dan suruhannya dan larangannya
haruslah dijauhi. Malah pegangan agama yang teguh dan kukuh menjadi petunjuk jalan dan
penyuluh supaya sentiasa berada di dalam lorong dan jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana,
kecemerlangan di dunia dan akhirat sentiasa diinginkan dan diimpikan oleh pelajar yang
cemerlang.

Sebelum ceramah pada hari ini ditamatkan, saya percaya tentu para
pelajar mempunyai persoalan yang bermain di dalam minda diri sendiri. Antara persoalan yang
mungkin menerawang di minda ialah apakah ciri-ciri yang dinyatakan terdapat dalam diri
sanubari ini? Mampukah semua ciri-ciri kecemerlangan tersebut dapat saya garap dengan baik.
Jawapannya ialah, usah khuatir akan potensi dalaman dan luaran diri anda, jika anda
mempunyai satu atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri para pelajar ketika ini, saya ucapakan
tahniah dan syabas. Itu merupakan anjakan dan permulaan yang baik untuk meneruskan bagi
mencapai kesemua ciri-ciri kecemerlangan tersebut. Saya yakin bahawa semua pelajar
berpotensi besar untuk mengembangkan bakat diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang
dalam pelbagai bidang yang diceburi. Akhir sekali, para pelajar harus menanamkan konsep ini
di dalam diri iaitu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Anda mungkin juga menyukai