Anda di halaman 1dari 2

4.

UCAPAN

[ Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Yang Berusaha, Encik Abdul Mutalib
bin Mahad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, barisan pentadbir sekolah,
warga pendidik dan para pelajar tingkatan enam semester satu sekalian. Selamat datang saya
ucapkan dan tahniah kerana dapat melanjutkan pelajaran anda ke tingkatan enam pada tahun
ini. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah langkah persediaan untuk menjadi seorang pelajar
yang cemerlang untuk pelajar prauniversiti. ] kata alu-aluan

Para pelajar sekalian,

Sebelum saya bercakap dengan lebih lanjut, saya, Ainul Nabihah binti Ahmad selaku
kaunselor di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir ingin mengucapkan tahniah dan
selamat datang kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke tingkatan enam atau
dikenali sebagai peringkat pra-universiti pada hari ini. Seterusnya, saya juga ingin berterima
kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar
kerana telah menjemput dan memberi saya peluang kepada saya untuk memberi ucapan dalam
Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan Enam di sini.

Pertama sekali, saya ingin memberi sedikit fakta atau pengetahuan asas yang anda perlu
tahu tentang pengajian di tingkatan enam. Pengajian di peringkat pra-universiti ini mempunyai
2 bidang pengajian yang boleh dipilih, iaitu bidang sains dan sains sosial. Tempoh pengajian
bagi kedua-dua bidang ini adalah sama iaitu selama 3 semester. Selepas tamat menduduki
peperiksaan Sijil Tinggi Pengagajian Malaysia ( STPM ) pada semester yang ketiga, anda boleh
memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

Pelajar yang saya kasihi sekalian,

[Untuk menjadi seorang pelajar tingkatan enam yang cemerlang, kamu mestilah
mempunyai persediaan yang mantap dan cukup dari sekarang. Antara ciri pelajar cemerlang
adalah bermoral tinggi dan mempunyai akhlak yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pelajar yang bermoral tinggi akan menerapkan nilai-nilai murni yang baik dalam kehidupan
seharian mereka. Dengan akhlak yang baik pula, pelajar dapat menerapkan nilai keagamaan
yang dipelajari dalam membuat keputusan yang tepat. Ciri ini dapat membantu pelajar untuk
tidak terjebak dengan segala permasalahan sosial seperti membuang masa melepak di pusat
membeli belah atau bergaul bebas dengan golongan yang bermasalah. Persis kata Peribahasa
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, pelajar yang cemerlang juga sentiasa menumpukan perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah. Bukan sahaja dalam persekolahan
tetapi dalam kehidupan harian. Apabila kita menumpukan perhatian dalam melakukan sesuatu,
maka hasil yang baik akan diperoleh. Kamu perlu peka dan cakna atas setiap tutur kata yang
diberikan oleh guru kamu. Tambahan pula, petua-petua yang sering kali tiada dalam buku teks
adalah merupakan asbab kenapa pelajar perlu menumpukan perhatian bagi menghadapi
peperiksaan yang bakal diduduki. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Intihannya, pelajar yang menumpukan perhatian dalam kelas dapat melahirkan pelajar
yang cemerlang.
Di samping itu, ciri-ciri pelajar yang cemerlang adalah apabila kamu aktif dalam aktiviti
kokurikulum. Mutakhir ini, pencapaian akademik bukanlah segala-galanya. Penajaan biasiswa
dan syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) akan
dinilai secara menyeluruh termasuklah pencapaian di luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum
seperti persatuan, kelab permainan dan badan beruniform dapat membentuk sahsiah sesorang
pelajar menjadi individu yang lebih berdisiplin dan mengasah sifat kepimpinan. Melibatkan diri
dalam bidang sukan dan permainan pula dapat meningkatkan kesihatan serta kemahiran
komunikasi dengan baik secara berkumpulan.

Pelajar-pelajar yang saya kasihi,

Pada masa yang sama, pelajar yang cemerlang juga akan sentiasa memastikan latihan dan
tugasan yang diberikan oleh guru disiapkan dan mengulang kaji pelajaran di rumah. Apabila
kamu berusaha melengkapkan latihan yang ditugaskan, kamu pasti akan dapat memahami dan
berjaya menguasai subjek tersebut dengan baik. Manakala, mengulang kaji pelajaran adalah
penting bagi mengaktifkan memori jangka masa panjang dalam pembelajaran yang telah
diulang kaji. Sebagai contoh, kamu memperuntukkan masa sebanyak tiga jam setiap hari bagi
mengulang kaji pelajaran. Jika kamu berjaya mengekalkan disiplin ini, maka, kamu akan
menjadi seorang yang menepati masa. Seperti pesanan orang-orang tua, belakang parang kalau
diasah, lagikan tajam yang bermaksud, dengan bantuan daripada latihan yang dilakukan,
kebarangkalian untuk kamu menjadi seorang pelajar yang cemerlang adalah sangat tinggi.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah persediaan yang wajar dilakukan oleh kamu
semua bagi menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kami, sebagai guru hanya mampu
membimbing dan memberikan tauladan terbaik kepada kamu semua dalam menjadi seorang
individu yang berguna kelak untuk keluarga, masyarakat dan negara. Semoga genarasi muda
hari ini menepati ciri-ciri modal insan minda kelas pertama iaitu mempunyai kualiti diri yang
tinggi dari segi akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama yang disebut-
sebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Didoakan supaya golongan pelajar cemerlang ini
berjaya dihasilkan dan menjadi harapan nusa dan bangsa untuk meletakkan daya saing negara
di pentas antarabangsa. Persis kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. ] isi

Pelajar yang budiman,

[ Sesungguhnya, bagi menamatkan pengajian di peringkat pra-universiti ini bukanlah satu


jalan yang mudah, tetapi masih tidak mustahil untuk menamatkannya dengan keputusan yang,
cemerlang. Namun begitu, usaha, doa dan juga tawakkal yang tinggi dan berterusan amatlah
diperlukan bagi mencapai keputusan yang diimpikan. Akhir kata, saya ingin memohon maaf
andai kata saya ada salah dan silap dalam tutur kata saya selama saya memberi ucapan sebentar
tadi. ] penutup

Sekian sahaja ucapan dari saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai