Anda di halaman 1dari 104

27

PROSA MODEN

BERIKUT MERUPAKAN RINGKASAN UNTUK SEMUA CERPEN DAN DRAMA. ANALISIS CERPEN DAN
DRAMA BERMULA M/S 122

Cara jawab prosa

1. Fakta (nama watak tak boleh ada dalam fakta. Nama watak perlu diletak dalam huraian)
2. Huraian tentang fakta / Perbincangan / ulasan (ikut kehendak soalan)
3. Contoh peristiwa
4. Kesan / Kepentingan - jika perlu
5. Kesimpulan kecil

TEMA- IDEA / PERSOALAN UTAMA

Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya prosa yang
bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan
karangan ataupun yang disebut tesis.

Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan
seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan,
kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah
novel/ cerpen / drama.

Tema berpunca dari pelbagai aspek kehidupan manusia dan dapat dikategorikan kepada tiga
bahagian iaitu pengalaman, konflik dan ilham. Tema juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis
iaitu tema

1. perwatakan,
2. psikologi,
3. peristiwa,
4. adat resam,
5. sejarah,
6. sosial,
7. politik,
8. alam dan agama atau ketuhanan.

CONTOH MENJAWAB TEMA

Cerpen Usia Emas bertemakan tentang kehidupan manusia di usia emas.


Kehidupan usia emas bukanlah satu kelebihan atau anugerah hidup, tetapi ia FAKTA
adalah satu pinjaman dan sentiasa dipenuhi dengan amal ibadat. Warga
emas juga perlu disayangi oleh anak-anak, sahabat dan jangan dilupakan. Hal HURAIAN
ini ditekankan dalam dialog Cikgu Baharum dengan wartawan. Cikgu
Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak
releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang CONTOH
untuk beribadat kepada tuhan. Beliau juga menekankan bahawa orang-orang
tua sepatutnya dijaga oleh anak-anak dan bukan diletakkan di rumah orang
tua. Jika amalan setia kawan, menghormati dan menyayangi ibu bapa
ULASAN / BINCANG
diamalkan,maka hubungan dapat terjalin dengan erat dan mesra. Oleh itu,
usia emas perlu dipenuhi dengan beribadat dan melakukan amalan yang baik KESAN /K.KECIL
mendapat balasan yang baik.
28
Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu membawa tema tentang kehidupan manusia yang huru-hara
kerana kejatuhan ekonomi / nilai mata wang. Manusia menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai
wang yang jatuh. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan hidup mereka dan
mereka cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Mereka lupa bahawa rezeki adalah
pemberian Tuhan. Manusia seharusnya bersyukur dan berjimat cermat agar tidak mengalami
kesusahan hidup. Hal ini dapat dilihat menerusi penekanan watak “Dia” yang mewakili nilai mata
wang ataupun wang itu sendiri. Apabila “Dia” datang mengetuk pintu rumah, maka semuanya akan
menjadi huru hara, gelisah dan ketakutan. Oleh itu, amalan berjimat cermat dan hidup bersederhana
perlu diamalkan agar dapat hidup dalam keadaan aman.

Cerpen Melankolik Di atas Rumput bertemakan tentang keagamaan. Pengarang memperincikan /


mengungkapkan kehidupan selepas mati mengikut perjalanan yang ditetapkan dalam Islam. Alam
kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat dan termaktub di dalam rukun iman iaitu percaya
kepada hari akhirat. Contoh, pengarang menggunakan teknik mimpi bagi menggambarkan alam
kubur yang diperlihatkan kepada watak “Aku” tersedar dan berada di sebuah wilayah semesta yang
berumput dalam suasana kudus, bening dan senyap. Kepercayaan pada mati dan alam kubur penting
untuk meningkatkan nilai keimanan yang ada dalam diri. Hal ini kerana percaya pada hari kiamat
merupakan rukun Iman yang kelima. Oleh itu, penceritaan alam selepas mati yang terdapat dalam
cerpen dapat membentuk sahsiah diri seseorang menjadi leih baik.

Cerpen Anak-anak Bergelimpangan bertemakan kemasyarakatan iaitu kehidupan masyarakat ikan di


sungai yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Kehidupan yang sepatutnya bahagia, aman dan
harmoni telah bertukar lantaran ancaman daripada kegiatan manusia yang tidak bermoral dan
tamak. Pengarang juga menekankan tentang pencemaran sungai akibat sisa toksid seperti di Rio,
pembuangan sampah di sungai Tengas, kerakusan manusia menangkap ikan menggunakan buah
kelempung dan tuba di sungai Tengas seperti yang dilakukan oleh Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik
Leh telah menyebabkan banyak ikan yang mati. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab untuk
mengaut keuntungan dengan mudah telah membawa kesan negatif kepada semua kehidupan
termasuk ikan dan manusia. Oleh itu, kita haruslah memelihara alam sekitar seperti sungai agar eko
system alam tidak terjejas.

Cerpen Di Sebalik Sirat Makna bertemakan kemanusiaan iaitu menceritakan tentang


profesionalisme perguruan dan prasangka buruk yang ditimbul diantara guru dan bekas anak murid.
Guru merupakan golongan profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai
pendidik. Cikgu Ibau, guru yang telah lama memberi khidmat mendidik anak bangsa di daerah
pedalaman telah mengalami dilema dan konflik apabila bekas anak muridnya menjadi Penolong
Kanan HEM di sekolahnya. Cikgu Naszkir pernah dihukum kerana melakukan kesalahan semasa
tinggal di asrama suatu ketika dahulu. Kehadirannya telah menyebabkan Cikgu Ibau berprasangka
buruk terhadap Cikgu Naszkir. Beliau beranggap yang Cikgu Naszkir ingin membalas dendam
terhadapnya sedangkan Cikgu Naszkir amat berterima kasih kepada Cikgu Ibau yang telah
menyedarkannya dan mendidiknya selama ini. Jika Cikgu Ibau tidak memberikan nasihat kepada
Cikgu Naszkir, nescaya Cikgu Naszkir tidak akan berjaya. Hal ini dapat dilihat ketika majlis persaraan
Cikgu Ibau dimana Cikgu Naszkir mengucapkan terima kasih kepada jasa yang diberi oleh Cikgu Ibau
kepadanya. Oleh itu, pelajar seharusnya menghargai jasa dan pengorbanan guru yang tidak jemu
mendidik meskipun pendekatan yang diguna berbeza.

29
Drama Asiah Samiah bertemakan ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Drama ini
membawa kehidupan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa
dan kekayaan wang ringgit telah menindas golongan bawahan yang miskin. Contoh Anas Samanda
yang cuba berjuang untuk menegakkan keadilan dan mempertahankan hak yang diambil oleh orang
kaya Misa Sagaraga telah dibunuh oleh Misa Sagaraga.

Selain itu, drama ini juga mengketengahkan tema cinta yang terhalang akibat darjat yang berbeza.
Contoh cinta Asiah Samiah dan Anas Samanda terhalang kerana perbezaan darjat dan Asiah dipaksa
kahwin dengan Mis Sagaraga. Jika ketidakadilan dalam masyarakat tidak dibendung, maka akan
berlaku ketidakpuasan hati dan ramai yang menderita. Oleh itu, masyarakat seharusnya bersatu
padu menyelesaikan masalah agar keadilan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat terjamin.

PERSOALAN

merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk mendokong tema.
Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot.

(cara jawab ikut seperti di atas dan bergantung pada kehendak soalan). Pilih persoalan /pemikiran
yang utama dan menepati tema dan jalan cerita bagi setiap cerpen dan drama yang ada.

Contoh jawapan :
FAKTA
Persoalan tentang menjaga kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan
senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh HURAIAN
memanjang usia seseorang. Jika amalan menjaga kesihatan diamalkan nescaya
hidup seseorang itu akan bertambah ceria dan akan menyebabkan seseorang itu
akan berasa sihat dan kuat dari segi mental dan fizikal meskipun sesudah tua. ULASAN / BINCANG
Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya, terbukti
sejak zaman muda beliau akan bangun seawal 5.00 pagi untuk melakukan CONTOH
mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman Jepun
lagi.(hlm. 119). Oleh itu menjaga kesihatan penting agar badan kita sentiasa kekal
sihat dan dapat melakukan perkerjaan harian dengan baik. KESAN /K.KECIL

Persoalan tentang keagamaan / beriman / taat / patuh kepada Tuhan. Konsep keagamaan dan
ketaatan dalam mengerjakan perintah Tuhan seperti bersolat/ berdoa/ bersyukur sering dipaparkan
di dalam cerpen Melayu. Menerusi cerpen (sambung dengan contoh cerpen dibawah…..

Usia Emas, Cikgu Baharum sering mengamalkan solat tahajud dan bersyukur kepada Tuhan kerana
diberi pinjam umur yang panjang. Cikgu Baharum juga banyak menggunakan petikan-petikan ayat-
ayat al-Quran dari beberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al- Isra’ayat 23 dan surah
al-Ahfat dalam percakapannya. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang
kehidupan manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121)

Mitos Secekak Kertas Tisu manusia seharusnya percaya dan yakin dengan kewujudan Allah (S.W.T)
yang memberi rezeki kepada manusia. Manusia juga harus bersyukur terhadap rezeki yang
dikurniakan, barulah hidup mereka akan menjadi tenang dan bahagia meskipun kejatuhan ekonomi
melanda dalam kalangan mereka. Ayah dan ibu “Aku” mengamalkan hidup yang bersederhana.
Mereka sering melakukan aktiviti bersama bagi mengeratkan perhubungan dan apabila “Dia” datang
mengetuk pintu rumah “Aku”, keluarganya tidak panik malah tenang dan sabar menghadapi ujian
Tuhan.
30
Cerpen Melankolik Di atas Rumput. “AKu” beriman kepada tuhan kerana percaya kepada mati dan
alam barzakh. Beliau juga gemar bersedekah dan bersolat. Contoh ketika “Aku” bermimpi berada di
alam barzakh, “Aku” mengingatkan yang dia telah mati. Namun setelah “Aku” sedar dari mimpi,
beliau terdengar azan subuh, lalu segera berwuduk dan bersolat.

Kasih Sayang di dalam hubungan kekeluargaan/ antara makhluk Tuhan / setiakawan dalam
hubungan persahabatan. Sayang dan prihatin terhadap keluarga / makhluk Tuhan mampu
menimbulkan rasa tanggungjawab disamping mengeratkan perhubungan. Perasaan sayang ini
mampu menjadikan kita tabah mengharungi cabaran dan dugaan hidup. Contoh dapat dilihat
menerusi (sambung contoh cerpen di bawah…..)

Cerpen Usia Emas- Kasih sayang dan setiakawan wujud di antara dua sahabat iaitu wartawan dan
Cikgu Baharum. Meskipun berbeza umur dan pekerjaan, namun Cikgu Baharum dan wartawan (saya)
sering bertemu dan ziarah menziarahi antara satu sama lain dan adakalanya wartawan akan
membawa anaknya bersama. Mereka sering bertukar pendapat dan Cikgu Baharum sering memberi
nasihat kepada wartawan. Setelah berjauhan mereka sering berutus surat dan poskad. Setelah
wartawan mendapat tahu Cikgu Baharum meninggal dunia, wartawan berasa sedih dan mengimbas
kembali kenangan mereka ketika bersama.

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu- Pengarang menekankan unsur sayang melalui keluarga “Aku”.
Perasaan sayang antara isteri terhadap suami tak pernah luntur sampai ke tua. Contoh ibu akan
sentiasa menemani ayah dan menjadi mata dan telinga ayah ketika menonton.

Cerpen Melankolik Di atas Rumput- Perasaan sayang yang wujud dalam diri anak kepada ibu
ditonjolkan didalam cerpen ini. Watak “AKu” mengenangkan ibunya yang telah pergi. Beliau
menggambarkan keadaan ibunya diliang lahad dan memohon agar ibunya aman dan tenang di sana.
Seorang anak yang penyayang akan sentiasa berdoa untuk ibunya dan “Aku” berdoa agar roh ibunya
berada di dalam syurga.

Kasih sayang juga jelas kelihatan pada hubungan ibu dan anak iaitu “Aku”. Ibu “Aku” memberi
nasihat kepadanya agar sentiasa membaca Al-quran, sembahyang, meninggalkan laranganNya jika
mahu selesa di sana. Ibu yang menyayangi anak-anaknya akan sentiasa mengharapkan yang terbaik
untuk anak-anaknya dan sentiasa menjawab soalan anak-anaknya dengan jelas.

Cerpen Anak-Anak Yang Bergelimpangan- Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh sangat sayangkan
anak-anak. Mereka menyesal dengan perbuatan mereka yang tamak. Sikap mereka yang
menggunakan tuba untuk menangkap ikan dihulu Sungai Tengas telah menyebabkan anak-anak
mereka yang mandi di hilir pening dan muntah-muntah. Akhirnya mereka bekerjasama membantu
meyelamatkan anak-anak mereka dengan memberi minum air kelapa.

Sikap sayang / prihatin juga ditonjolkan oleh ikan Haruan kepada anak buahnya apabila beliau
dengan segera menyuruh anak buahnya lari menyelamatkan diri setelah mengetahui Pak Kasa dan
rakan-rakan ingin menuba ikan di hilir sungai. Beliau juga senantiasa menasihati semua anak buahnya
agar berwaspada dengan kerakusan manusia ketika ingin menangkap ikan dan ketika membuang
sampah.

Drama Asiah Samiah – Kasih sayang ayah dan ibu terhadap anaknya dan mahukan sesuatu yang
terbaik untuk anaknya. Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Syuhairi Salimin amat menyayangi anaknya,
Asiah Samiah. Beliau telah memilih Misa Sagaraga, seorang yang memiliki kekayaan dan perniagaan
yang hebat untuk dijadikan suami Asiah Samiah. Beliau berharap Asiah akan menjalani kehidupan
yang senang dan bahagia kerana memiliki suami yang berharta.

31
Setiakawan Marga terhadap Anas Samanda, Asiah Samiah
Setiakawan Sari-sari Biru terhadap Asiah Samiah

PERSOALAN-PERSOALAN / PEMIKIRAN YANG LAIN

Cerpen Usia Emas

Persoalan tentang menghormati orang tua. Anak-anak seharusnya menghormati dan mengasihani
orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan agama. Sebagaimana yang dicatatkan
oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al- Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha
Mengetahui dan Maha Mengasihani telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu
bapanya. (hlm. 124)

Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yang menjalinkan ukhuwah


persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama
lain malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan. (hlm 121)

Berdisiplin. Berdisiplin dalam melakukan rutin kehidupan penting untuk mencapai kejayaan. Cikgu
Baharum seorang yang mementingkan disipilin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan
yang menemuramahnya, setiap hari dia akan bangun seawal jam 5.00 pagi melakukan senaman radio
taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke
tempat kerja. (hlm. 119-120)

Menjaga kesihatan. Kesihatan yang dijaga akan menyebabkan seseorang itu akan berasa sihat dan
kuat dari segi mental dan fizikal meskipun sesudah tua. Cikgu Baharum amat menjaga kesihatan diri.
Beliau akan bangun seawal jam 5.00 pagi melakukan senaman radio taisyo. Senaman ini telah
dipelajarinya pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Malaya.

Mementingkan ilmu dunia dan akhirat

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu

Nilai matawang / Ekonomi / Kekayaan bukan penentu kebahagiaan hidup. Kehidupan yang bahagia
bukan bergantung kepada wang ringgit dan kekayaan semata-mata, tetapi kepada hubungan
kekeluargaan dan kasih sayang yang wujud di antara satu sama lain itu adalah lebih penting demi
menjamin kebahagian hidup.

Masyarakat yang invidiualistik dan materialistik. Masyarakat menjadi hamba wang. Sesiapa yang
mempunyai wang yang banyak akan berkuasa dan mampu memiliki apa saja serta menindas kaum
yang lain. Begitu sebaliknya. Namun jika hilang segalanya , masyarakat akan menjadi kacau bilau dan
gelisah.

Yakin dengan kekuasaan Allah (S.W.T) dan bersyukur kepada Nya. Manusia seharusnya percaya
dan yakin dengan kewujudan Allah (S.W.T) yang memberi rezeki kepada manusia. Manusia juga
harus bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan, barulah hidup mereka akan menjadi tenang dan
bahagia meskipun kejatuhan ekonomi melanda dalam kalangan mereka.

Hidup berkiblatkan dan mementingkan wang. Masyarakat yang hidup berkiblatkan wang akan
mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif seperti dalam penipuan kewangan. Seorang ahli
32
politik Rusia yang terlibat dengan penipuan kewangan di Amerika telah disingkirkan dari negaranya
kerana ketamakkanya.

Cerpen Melankolik Di atas Rumput.

Persoalan tentang mati / Kehidupan selepas mati. Penulis menggunakan perkataan aku seolah-olah
mewakili dirinya. Gambaran "Aku" mungkin sedang berada di atas sebuah tanah perkuburan atau di
atas padang datar yang dipenuhi dengan padang rumput. Penulis sedang mengenang dan
membayangkan keadaan ibunya di dalam liang lahad. Ibunya sedang tidur aman dan mengharapkan
supaya roh ibunya dalam keadaan selamat dan mengharapkan balasan syurga Allah

Penindasan yang berlaku terhadap orang Islam


Perang menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan
Golongan miskin yang menderita

Contoh peristiwa boleh rujuk kepada peristiwa pada m/s 12

Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan

Kepentingan Sungai kepada kehidupan. Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia dan hidupan air. Ikan-ikan seperti Haruan, Temelian, Terbui dan lain-lain dapat hidup
dengan riang gembira dan aman apabila air sungai tidak dicemari. Begitu juga dengan Husin, Mail
dan Budin boleh mandi manda dan bermain di sungai dengan tenang.

Kerakusan dan ketamakan manusia dalam mencari rezeki menerusi sumber alam terutama di
sungai. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan untuk mendapatkan hasil yang banyak.
Sikap mereka menyebabkan pencemaran dan banyak ikan yang terkorban termasuk anak mereka
sendiri yang mabuk dan muntah-muntah akibat terminum air tuba ketika mandi di hilir sungai.

Pencemaran sungai –

peristiwa di Rio –pembuangan sisa toksik


peristiwa buah kelempung – ikan rakus makan- mabuk/ mati
pembuangan sampah sarap – ketika haruan berenang-renang menikmati keindahan alam di
sungai Tengas
peristiwa tuba ikan- ikan mabuk/mati

Keinsafan. Seseorang yang meyesali segala perbuatan salah yang pernah dilakukannya. Pak Kasa,
Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menyesal dan memohon maaf atas perbuatan mereka menuba
ikan di Sungai Tengas.

Cerpen Di Sebalik Sirat Makna

Jasa dan pengorbanan guru


Masalah disiplin pelajar
Cabaran dan dugaan guru dalam mendidik

33
Drama Asiah Samiah-terdapat yang negatif dan positif

Pengorbanan dan perjuangan mempertahankan tanah/hak


Mementingkan jemana luar / barat
Penindasan / Kezaliman golongan kaya terhadap golongan miskin
Mementingkan harta benda/ kekayaan
Mementingkan darjat
Mementingkan / menuntut ilmu
Kahwin paksa

Contoh Menjawab Pemikiran Drama

Pemikiran tentang darjat dan pangkat. Dalam masyarakat Melayu wujud segolongan masyrakat
yang berfikiran mementingkan darjat dan pangkat. Ini kerana dirasakan dengan memilih dan
mengutamakan darjat dan pangkat yang tinggi, berharta dan mewah akan membahagiakan
rumahtangga yang dibina. Tetapi ianya boleh berlaku sebaliknya di mana pemilihan darjat dan
pangkat tidak boleh menjamin kebahagian rumahtangga. Tuan Setiawan Tanjung memilih Misa
Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah kerana darjat dan pangkat tinggi dan menolak
perhubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang daripada darjat yang rendah. Bagi Tuan
Setiawan Tanjung golongan berdarjat sepertinya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang
setaraf dengan mereka.

Pemikiran tentang Kahwin Paksa. Dalam masyarakat Melayu juga terdapat pemikiran jodoh anak
mestilah ditentukan oleh ibubapa, pemikiran sebegini dipegang oleh golongan lama dalam
masyarakat Melayu yang akan mencetuskan perkahwinan secara paksa iaitu perkahwinan tanpa
kerelaan anak itu sendiri. Perkahwinan secara paksa ini akan menyebabkan kesan yang buruk dan
rumahtangga berantakan. Asiah Samiah dijodohkan dengan Misa Sagaraga secara paksa kerana ianya
berlaku tanpa kerelaan Asiah Samiah. Atas desakan ayahnya Tuan Setiawan Tanjung Asiah Samiah
berkahwin dengan Misa Sagaraga yang akhirnya perkahwinan secara paksa ini tidak bahagia.

Pemikiran tentang golongan yang lemah yang ditindas. Dalam masyarakat Melayu wujud pemikiran
bahawa golongan masyarakat yang lemah dan miskin biasanya ditindas dan dipandang hina oleh
golongan masyarakat yang kaya dan berkuasa. Ini kerana golongan masyarakat yang lemah dan
miskin tidak tidak akan berjaya melawan penindasan yang dilakukan golongan masyakarat yang kaya
dan berkuasa. Misa Sagaraga mewakili golongan masyarakat yang yang kaya dan berkuasa merampas
harta milik Anas Samanda mewakili golongan masyarakat lemah dan miskin. Walaupun Anas
Samanda memperjuangkan haknya beliau ditangkap dan akhirya mati dibunuh.

Pemikiran tentang kekuasaan kerana harta dan kedudukan. Dalam masyarakat Melayu wujud
pemikiran bahawa kekuasaan seseorang itu berpunca daripada harta dan kedudukan yang tinggi
dalam masyarakat. Oleh itu untuk mencapai kekuasaan yang tinggi dalam masyarakat, seseorang itu
hendaklah mempunyai harta dan kemewahan yang banyak dan tiada tolok bandingnya. Misa
Sagaraga untuk mencapai kekuasaan yang tinggi dalam masyarakatnya kerana memiliki harta dan
kemewahan secara paksa ataupun tidak. Dirinya Misa Sagaraga dipandang tinggi kerana harta dan
kemewahan yang dimilikinya.

Pemikiran tentang cinta sejati yang berkekalan. Dalam masyarakat Melayu wujud juga pemikiran
masyarakat bahawa cinta yang sejati akan berkekalan sampai bila-bila. Ini kerana cinta sejati
seseorang itu berpunca daripada perasan kasih sayang yang ikhlas yang akan berkekalan walaupun
diduga dengan pelbagai rintangan dan halangan yang mendatang. Asiah sangat mencintai Anas
Samanda kerana perasaan kasih sayangnya yang ikhlas terhadap Anas Samanda walaupun mendapat
tentangan dan halangan daripada ayahnya Tuan Setiawan Tanjung dan Misa Sagaraga. Cinta Asiah
Samiah terhadap Anas Samanda berterusan hingga ke akhir hayat.
34
Pemikiran tentang manusia yang lupa tanggungjawabnya. Dalam masyarakat Melayu wujudnya
pemikiran bahawa terdapatnya manusia yang lupa akan tanggungjawabnya. Ini kerana seseorang
kurangnya pemahana agama Islam dan iman seseorang. Dengan itu tanggungjawab mendidik anak
dan menjaga keluarganya diabaikan. Ini menyebabkan anak dan rumahtangganya terabai
sehinggakan orang lain pula terpaksa memikul beban tanggunjawab tersebut. Misa Sagaraga lupa
tanggungjawab terhadap anaknya Laila Anurisa. Misa Saragara yang kurang pemahaman agama dan
iman telah bertindak menyiksa Laila tanpa belas kasihan. Membiarkan anaknya dipelihara Marga
kerana kasihan akan Laila Anurisah.

Pemikiran tentang konflik jiwa manusia. Dalam masyarakat Melayu wujudnya pemikiran bahawa
manusia akan berkonflik jiwanya apabila menerima tekanan dan dugaan yang besar dan hebat dalam
hidupnya. Ini kerana tekanan dan dugaan yang dihadapinnya akan memberi masalah besar kepada
dirinya. Apa lagi apabila masalah tersebut tidak dapat diatasinya atau dirungkai oleh seseorang itu.
Akhirnya konflik jiwa ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi gila. Asiah Samiah mengalami
konflik jiwa kerana dirinya dijodohkan dengan orang yang tidak dicintainya, Misa Sagaraga yang juga
menyiksa melayan Asiah Samiah deangan kasar dan menyiksa jiwa dan perasaan Asiah Samiah.
Malah Asiah juga digambarkan setengah gila kerana sering mengingati anaknya yang sudah lama
tidak ditemuinya.

PLOT DAN PERISTIWA

Plot Kronologi - ikut urutan masa


- Anak-anak Bergelimpangan

Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa.


- Usia Emas
- Melankoli di Atas Rumput
- MItos Secekak Kertas Tisu
- Di Sebalik Sirat Makna
- Drama Asiah Samiah

a. EKSPOSISI

iaitu permulaan plot – Bahagian pengenalan, memberi keterangan tentang watak, latar dan
fakta-fakta lain yang perlu untuk memahami drama/cerpen

b. PERKEMBANGAN CERITA

Selepas memperkenalkan watak, watak-watak saling berhubungan. Perkembangan cerita


diteruskan dengan menerapkan beberapa unsur antaranya:-

KONFLIKS

Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara duakuasa
yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan
yang menarik perhatian pembaca

35
Konflik terbahagi kepada 5 jenis

1. Konflik dalam diri


2. Konflik dengan watak lain
3. Konfilk dengan masyarakat
4. Konflik dengan unsur alam
5. Konflik dengan nasib dan taqdir

CARA MENJAWAB KONFLIK

Konflik guru bersama bekas pelajar. Cikgu Ibau merupakan guru kepada Cikgu
Nazskir suatu ketika dahulu. Beliau pernah menghukum Cikgu Nazskir ketika beliau FAKTA
menjadi guru disiplin. Namun kini Cikgu Nazskir telah kembali ke sekolah dengan
memegang jawatan PK HEM dan Cikgu Ibau yang sebagi guru disiplin bekerja di HURAIAN
bawah seliaan PK HEM. Hal ini menyebabkan timbulnya rasa kurang selesa dalam
diri Cikgu Ibau. Konflik timbul apabila cara menyelesaikan masalah disiplin sangat
berbeza di antara Cikgu Ibau dan Cikgu Nazskir. Prinsip Cikgu Nazskir yang suka ULASAN / BINCANG
bertindak secara diplomasi semasa menyelesaikan masalah disiplin murid-
muridnya telah tidak disukai oleh guru Ibau yang tidak suka cara berlembutnya itu.
CONTOH
Mereka mengatakan dia hanya ada kelulusan bukan pengalaman. Oleh itu, konflik
ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Cikgu Ibau.
KESAN /K.KECIL

Cerpen Usia Emas


Konflik Cikgu Baharum yang berbeza pendapat tentang usia emas dengan bangsa dan
budaya lain.
Konflik tentang anak-anak kini yang tidak menghormati ibu bapa / warga tua
Konflik perbezaan budaya kita dengan budaya lain tentang warga tua
Konflik Anugerah yang diterima

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu


Konflik masyarakat dengan sifat invidualistik / tamak
Konflik masyarakat / pemimpin dengan wang
Konflik kejatuhan nilai mata wang / ekonomi
konflik perbezaan cara hidup

Cerpen Melankolik Di atas Rumput


Konflik peperangan
Konflik penindasan / kezaliman golongan yang lemah
Konflik diri “Aku”
Konflik “Aku” dengan perasaan aku terhadap orang yang memerlukan – Thailand,
Indonesia, Afghanistan,
Konflik keagamaan- penindasan terhadap kaum Islam

Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan


Konflik sikap masyarakat terhadap alam sekitar/ sungai
Konflik kehidupan masyarakat ikan
Konflik ketamakan manusia mencari rezeki
Konflik pencemaran di sungai

36
Cerpen Di Sebalik Sirat Makna
Konflik guru dengan bekas pelajar
Konflik perbezaan pendapat
Konflik perbezaan jawatan dan kedudukan
Konflik perbezaan cara mengatasi masalah disiplin/pelajar

Drama Asiah Samiah


Konflik diri dengan masalah yang dihadapi
Konflik cinta terhalang
Konflik perbezaan darjat / kufu
Konflik perbezaan pendapat tentang perjuangan / mempertahankan hak- Anas dan
Marga
Konflik penindasan / kezaliman yang dilakukan oleh golongan kaya
Konflik fahaman yang mementingkan kekayaan/jenama luar

SURPRISE – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca

KETEGANGAN [ SUSPENS ]
Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca. Merupakan kemuncak ingin
tahu audien terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya Keadaan ini wujud
apabila terdapat peristiwa-peristiwa yang mempengaruhi watak di mana penonton akan
memberi perhatian yang simpatik kepada watak berkenaan. Ketegangan merupakan unsur
utama menarik dan mengekalkan minat audien. Mereka tertanya-tanya apa yang akan
berlaku seterusnya atau membuat ramalan-ramalan sendiri tentang kesudahannya.

KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak –konsentrasi yang
maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik
minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap
kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik
bertukar menjadi aksi menurun

c. PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita
adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-
bagai resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti
klimaks. Di sini nasib watak akan ditentukan. Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada
pengarang yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan
hak kepada pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya.

37
TEKNIK – cara jawab sama macam jawab bentuk dan gaya bahasa (wajib ada. fakta,
huraian fakta, contoh peristiwa dan kesan)

CONTOH MENJAWAB TEKNIK PENCERITAAN SAMA SEPERTI MENJAWAB SOALAN BENTUK


DALAM PUISI

Pemerian / naratif / penceritaan secara langsung. Pengarang menggambarkan / FAKTA


memerikan / menceritakan secara terperinci tentang sesuatu samada keadaan alam,
suasana, peristiwa atau seseorang watak. Pemerian disampaikan dalam bentuk
wacana dan tidak melibatkan unsur-unsur dialog, monolog dan monolog dalaman.
HURAIAN
Kesannya adalah untuk memberi gambaran dgn lebih berkesan / menghidupkan
imaginasi pembaca. Contoh dalam cerpen Usia Emas, gambaran Cikgu Baharum KESAN /K.KECIL
diceritakan secara terperinci di dalam akhbar ketika beliau menerima anugerah …..

CONTOH

Cerpen Usia Emas


- gambaran tentang watak Cikgu Baharum di dalam Akhbar.
- cara / amalan senaman taisyo

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu


- gambaran yang jelas tentang sejarah “Dia”
-gambaran tentang watak ayah

Cerpen Melankolik Di atas Rumput


- gambaran yang terperinci tentang kehidupan/azab selepas mati. Pengarang
mengambarkan keadaan aku dialam sana, pengarang mengambarkan sesuatu tempat yang
lapang yang dipenuhi rumput yang menghijau lagi subur. Suasana yang kudus, bening, dan
senyap. Terdapat sebuah katil dihujung kepalanya terdapat sepihon pokok yang kurus dan
merendang. Hujan juga digambarkan tidak turun menimpannya hanya kawasan berumput
sahaja disimbahi hujan.

- Pengarang menceritakan mengenai manusia yang sengsara akibat perang. Si Uzaiq anak
kecil yang berbogel di tepi runtuhan banggunan di Kota Baghdad. Si Uzaiq ini menggenggam
ketulan 2 darah si ibu dan si ayah untuk dijual bagi mendapatkan makanan. Si Uzaiq akhirnya
makan “gula-gula” tersebut untuk meneruskan hidupnya.

Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan


- gambaran yang jelas tentang pencemaran yang berlaku di sungai Tengas akibat tuba

Cerpen DiSebalik Sirat Makna


- Gambaran yang jelas tentang watak dan perwatakan Cikgu Ibau
-Gambaran jelas tentang suasana asrama yang bermasalah

Drama Asiah Samiah


Watak Asiah Samiah- oleh Marga
Hal 191 menceritakan tentang keindahan waktu senja

38
b. DIALOG:
Perbualan / percakapan antara dua atau lebih watak dalam karya sastera. Dialog juga
dikatakan sebagai nadi penggerak sesebuah cerita kerana keaslian karya banyak bergantung
kepada dialog yang dituturkan oleh watak yang terdapat dalam cerita. Kesan- memberi
gambaran lebih realistic / agar dapat menghidupkan suasana persekitaran isi cerpen kerana
ia bersesuaian dan bertepatan dengan pemikiran dan perasaan watak-watak pada masa itu.

Soalan Petikan 1.

“kenapa mesti pergi kerja terlalu pagi?” Wartawan itu bertanya.


“Petua orang tua-tua pergi kerja jangan kena cahaya matahari, balik kerja jangan kena cahaya
matahari. Baru selamat.”

FAKTA
HURAIAN
Teknik Dialog. Dialog ialah perbualan antara 2 orang watak atau lebih watak CONTOH
membicarakan tentang apa-apa sahaja perkara. Perbualan antara wartawan dan
Cikgu Baharum tentang perlunya pergi kerja awal pagi. Penggunaan teknik
penceritaan dialog adalah mendatangkan kesan realistik dalam perkembangan KESAN /K.KECIL
jalan cerita.

Cerpen Usia Emas


Perbualan diantara “Saya” (wartawan) dengan Cikgu Baharum tentang agama, amalan
menjaga kesihatan, menghormati orang tua dan anugerah yang diperoleh.

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu


-Dialog yang paling dominan diucapkan ialah perbualan diantara watak utama iaitu “Aku”
dan “Ayah”. Perbualan antaranya menyentuh tentang “Dia” yang mengetuk pintu rumah
mereka namun tidak memberi kesan apa-apa kerana amalan bersederhana dan bersyukur
terhadap rezeki yang diberikan kepada mereka senantiasa diamalkan oleh kerluarga “ Aku”.
Dialog “Ayah” menceritakan tentagn “Dia” kepada “Aku”

Cerpen Melankolik Di atas Rumput


- Dialog “Aku” bersama tuan kedai di Jarkata ketika membeli perabot.
-Dialog yang paling ketara diketengahkan ialah dialog perbualan di antara “Aku” dan ibunya,
apabila beliau bertanya tentang persediaan menghadapi alam kubur.

Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan


-Dialog ikan Haruan bersama pengikutnya seperti baung, teberau ketika menceritkan
tentang penceraman di Rio
- Perbualan Mat Dali, Pak Kasa dan Awang Cek Leh yang berpakat untuk menuba ikan.

Cerpen DiSebalik Sirat Makna


-Perbualan CIkgu Ibau dan CIkgu Naszkir ketika berbincang tentang masalah Tinang di dalam
bilik pengetua.

39
C. MONOLOG :

C.1 Monolog Luaran


Tutur kata / pengucapan oleh seseorang watak secara bersendirian, ia lebih merupakan
usaha menyatakan perasaan dan fikiran. Bermaksud berkata pada diri sendiri. Pengarang
cuba memberi gambaran gelodak hati sesuatu watak tentang perasaannya kepada pembaca
melalui kata luahan kata hati. Contohnya, berdoa, meratap, mengeluh, merintih, merungut
dan sebagainya. Contohnya Aku bermimpi didatang oleh C.Baharum yang memakai serba
putih dan melambai kepadanya. Aku terjaga dan berzikir sendirian dan mengucapkan
Inna….. setelah meendapat khabar bahawa C.Baharum telah meninggal dunia. Monolog ini
memberi kesan yang amat produktif dalam menyerlahkan keluhan dan
permasalahan/persoalan yang dialami oleh watak sehingga pembaca turut merasa kesannya.
Menguatkan jalan cerita yang cuba disampaikan oleh pengarang.

Cerpen Usia Emas


“Saya” berzikir selepas bermimpi Cikgu Baharum turun dari rumahnya, berbaju putih, kepala
bertutup dan melambai kepadanya.
“Saya” mengucapkan Inna……rajiun secara perlahan ketika mendengar kematiannya

Cerpen Melankolik Di atas Rumput


– ketika “Aku” berdoa kepada Tuhan agar kematiannya dalam keadaan baik, tidak
menysahkan orang lain dll
Doa “AKu” kepada ibu dan anak-anaknya, pada umat Islam yang lain

Cerpen DiSebalik Sirat Makna


– lihat pada watak Cikgu Ibau

Drama Asiah Samiah


– lihat pada watak Asiah Samiah, Marga dan Sari-sari Biru

C.2 Monolog Dalaman


Kata hati / pengucapan batin watak / pergolakan batin/ fikiran watak yang tidak dilahirkan
dalam bentuk dialog / monolog. Ia tidak didengari oleh watak-watak lain. Biasanya ia muncul
bila watak berada bersendirian, dalam keadaan termenong, berkhayal, berilusi, mengenang
nasib dan sebagainya. Petunjuk yang menunjukkan monolog dalaman ialah berkata dalam
hati, bertanya dalam hati, berseru dalam hati, merintih dalam hati dan sebagainya. Kesan
Teknik imbas kembali (ingatan terhadap masa lalu)- gambaran watak lebih realistik &
berkesan /plot cerita lebih rencam/kompleks

Cerpen Usia Emas


“Saya” membaca semula surat Cikgu Baharum.

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu


“Aku” ketika memikirkan tentang “DIa”
“Aku” ketika memikirkan tentang keadaan jiran ketika “Dia” mengetuk pintu

40
Cerpen Melankolik Di atas Rumput
“Aku” bertanyakan sama ada dirinya berada di dalam alam roh
“Aku” melihat balasan yang diterima oleh kaum yang menzalimi kaum yang lemah
“Aku” bersyukur kerana dirinya dipelihara/masih hidup/ketika melihat keindahan langit dan
matahari

Cerpen Di Sebalik Sirat Makna


Ketika Cikgu Ibau mengingati bekas pelajarnya pada waktu malam
Ketika CIkgu Ibau marah kerana CIkgu Nazskir menerima kembali Tinang

Drama Asiah Samiah


Monolog Dalaman Marga Tua tentang kekayaan dan keistimewaan Misa Sagaraga (Hal 238)

d. IMBAS KEMBALI:
Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/peristiwa yang pernah terjadi,
dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Kesan: Memberi
gambaran yang jelas kepada pembaca akan kisah silam yang pernah berlaku agar pembaca
lebih memahami situasi sekarang.

Cerpen Usia Emas

Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum ketika merayakan hari lahir beliau. Penulis ketika
membaca akhbar Utusan Malaysia tentang Cikgu Baharum yang terpilih sebagai seorang
tokoh warga emas di daerahnya penulis teringat ucapan Cikgu Baharum lima tahun dahulu ,
ketika mereka sama-sama merayakan hari lahir yang ke - 75.

Penulis teringat perwatakan Cikgu baharum setiap kali menjelang tanggal 25 Mac. Penulis
teringat Cikgu Baharum yang merupakan seorang yang berterus terang, walaupun agak
kasar tetapi dia tidak munafik dan kelantangannya menyebabkan dia tidak banyak kawan.

Penulis teringat saat dia berkenalan dengan cikgu Baharum melalui akhbar. Penulis yang
meminati cikgu Baharum sebagai penulis yang produktif melalui akhbar Warta Malaya di
Singapura.Pada waktu itu telah menghantar poskad untuk berkenalan dan telah mendapat
balasan daripada cikgu Baharum.

Penulis mengingat kembali peristiwa dia ke rumah Cikgu Baharum dan sebaliknya. Penulis
masih ingat pada masa dulu dia suka ke rumah Cikgu Baharum bersama dengan anak-
anaknya dan Cikgu Baharum juga selalu berkunjung ke rumahnya, mereka selalu bercakap
tentang politik, ekonomi, sosial, bahasa dan sastera.

Penulis teringat kisah yang diceritakan oleh Cikgu Baharum. Penulis juga teringat tentang
warga emas di Jepun di mana anak-anak Jepun selalunya enggan memelihara orang tua
mereka yang sudah lanjut usia.

Penulis mengingati kembali kisah Cikgu Baharum ketika menjadi guru. Cikgu Baharum
menceritakan kisahnya sebagai seorang guru kepada wartawan yang menemuramahnya dan
rencana itu turut dibaca oleh penulis. Semasa menjadi guru beliau hanya berbasikal Raleigh
tua untuk ke sekolah.

41
Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu

Imbas tentang sejarah asal usul wang. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak
bernilai yang sejarahnya bermula sejak zaman tamadun-tamadun ternama dunia antaranya
tamadun Sumeria, Tiongkok dan Yunani malah ianya telah digunakan juga pada zaman
tamadun Babylon, Assyria dan Hethit. Contoh pertanyaan umur “Dia”. Bermaksud asal usul
kejadian mata wang.

Imbas tentang revolusi penggunaan wang. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula
pada zaman selepas Revolusi Industri Eropah dan penggunan secara meluas selepas perang
dunia pertama. Diperlukan untuk membangunkan negara.

Imbas tentang kerakusan manusia wang sanggup menipu demi wang Penggunaan mata
wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu
daya dan tipu helahnya. Contoh menurut ayah manusia mengikut nafsu tamak dan sanggup
menggunakan tipu helah untuk memiliki “Dia”.

Imbas tentang sikap pemimpin terhadap wang / simbol pada wang

Cerpen Melankolik Di atas Rumput

Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Cth: Pengarang menceritakan
bahawa ‘aku’ teringat akan ibu bapanya serta tiga adik beradiknya yang sudah meninggal.
Adik beradiknya meninggal sebelum mereka matang.

Peristiwa di Indonesia. “Aku’ membeli katil tersebut kerana kesian kepada penjual yang
mempunyai anak yang ramai. Malah “Aku” telah bersedekah sebanyak 10,000 rupiah
kepada anak kecil penjual tersebut. Penjual mengucapkan syukur dan berdoa dengan
menadah tangan ke langit.

Peristiwa kematian Si Amat. “Aku” teringat kematian Si Amat yang dibunuh oleh penyangak.
Ramai yang menangisi kematiannya dan memberikan sumbangan. “Aku” yang masih kecil
dan hidup dalam kemiskinan akan mencari sisa-sisa makanan di wakaf. “Aku” berdoa agar
kematiannya, tidak diganggu oleh sesiapapun dan bebas dari umpatan dan fitnah.

Peristiwa kezaliman dan penindasan umat Islam. “Aku” terus berzikir sambil menikmati
keindahan alam. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang
dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq,
Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan
gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian. Antara
peristiwa kekejaman perang yang “Aku” ingat ialah:-

42
1. Ayat Akras, pemuda Palestine yang dibom oleh Yahudi. Tubuhnya hancur berkecai.
Dagingnya bertaburan.
2. Si Uzaiq, anak kecil yang berbogel di antara runtuhan bangunan kota baghdad.
Menggenggam dua ketulan daging ibu dan ayahnya. Dihulurkan ketulan ke penjalan kaki
termasuk askar Amerika. Tiada yang mahu, lalu dimakan ketulan yang seperti gula-gula
untuk meneruskan hidup.
3. Kelihatan gadis kecil, Syifaq Baniza di Afghanistan. Syifaq menyediakan kuih rumput untuk
makanan adik-adiknya yang sudah menjadi yatim piatu.
4. Di Tak Bai, beribu wajah seperti Si Seminah dan Si Kadir menanti anak-anak teruna mereka
kembali daripada tunjuk perasaan. Beribu wajah seperti Si Mariam dan Si Hussin
menunggu anak-anak gadisnya yang hilang ketika tunjuk perasaan. Kebanyakkan putera-
putera tunjuk perasaan disembelih dan dihumban ke laut atau hilang.
5. “Aku” bertanyakan tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu. “Aku” bersyukur negeri
beliau masih aman. “Aku” melihat pembalasan yang diperoleh oleh yang yang kejam dan
orang yang terinaya.

Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan

Peristiwa Rio Je Jeneiro-pembuangan sisa toksik oleh kilang ke sungai


Peristiwa Buah kelempung di tengah sungai Tengas- ikan mabuk / mati
Peristiwa menangkap ikan menggunakan jala/tuba
Pencemaran di tengah sungai Tengas – sampah sarap berapungan
Peristiwa di Lagun Rodrigo Fritas, sebuah pusat pelancungan di Rio de Janerio. Manusia telah
membuang bahan-bahan buangan industri ke dalam sungai. Kesannya banyak ikan-ikan mati
bergelimpangan lebih 70 tan membusuk diperairan.

Peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia memerah akar tuba dan airnya yang
berwarna putih susu mengalir ke kuala. Peristiwa ini menyebabkan beribu-ribu anak, ibu,
bapa, dan nenek ikan kemabukan serta banyak yang terapung-apung mati.

Peristiwa di hulu Sungai Tengas iaitu Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh melakukan
perbuatan menuba ikan. Kesannya racun tuba yang digunakan oleh Pak Kasa dan rakan-
rakannya menyebabkan banyak ikan mati. Sekumpulan kanak-kanak yang mandi-manda di
hilir Sungai Tengas juga terkena racun tuba menyebabkan mereka pening-pening dan
muntah.

Cerpen DiSebalik Sirat Makna

Cikgu Ibau teringatkan peristiwa ketika Naszkir masih lagi muridnya, dia pernahmer otan
Naszkir kerana banyak melakukan kesalahan melanggar disiplin sekolah dan dia
menggelarkan Naszkir dengan gelaran hantu jerangkung, kaki pukul, kaki ponteng dan
penyangak. (hlm. 173)

Naszkir memberitahu pengetua yang suatu waktu dahulu, Cikgu Ibau ialah bekas gurunya
dan dia adalah ketua warden. (hlm.175)

Cikgu Ibau teringat peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu, ketika dia menasihati Naszkir agar
mendisiplin diri jika tidak dia akan gagal kerana bagi Cikgu Ibau Kejayaan bermula daripada
disiplin. (hlm 179)

43
Cikgu Ibau teringat peristiwa ketika dalam mesyuarat mingguan warden yang dikendalikan
oleh Naszkir dia tidak dapat berkata apa-apa hingga dia berasakan dirinya seperti orang
bodoh. (hlm.180)

Semasa berucap Cikgu Naszkir teringatkan kembali peristiwa ketika dia bergelar pelajar, dia
begitu marah dengan tindak cikgu Ibau tetapi setelah meningkat dewasa barulah dia faham
tindakan yang dibuat oleh Cikgu Ibau. (hlm.187)

Drama Asiah Samiah

Marga Tua teringat bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa
Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabannya dengan Asiah Samiah
(Hal 236 Babak 7)

Marga Tua teringat tentang perjuangan Anas Samanda mempertahankan hak/tanah ayahnya
Marga Tua teringat penderitaan Asiah Samiah setelah beliau berkahwin dengan Misa
Sagaraga

Marga Tua teringat Asiah Samiah ketika beliau masih muda dan waras

Misa teringatkan cerita P. Ramlee

e. IMBAS MUKA
Bayangan awal sesuatu peristiwa yang akan berlaku yang dimasukkan oleh pengarang dalam
plot sama ada secara sengaja atau tidak bagi persediaan awal walaupun ianya hanya samar-
samar.

44
WATAK DAN PERWATAKAN
Soalan yang sering ditanya menjurus kepada perwataakn, sifat, nilai yang ada pada seeseorang

Definisi
Watak-watak berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Berfungsi
mengembangkan tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa terjadi
kesan dari sebab dan akibat (cause and effect) – seterusnya wujudnya plot. Pengarang boleh
menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran
hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut
dengan masalah-masalah seperti juga watak dan perwatakan manusia di luar karya.

Contoh Menjawab Watak Perwatakan / Sifat / Nilai Yang Ada Pada Watak

b) Perubahan diri Asiah Samiah selepas Asiah berkahwin dengan Misa Sagaraga.

Asiah Samiah berubah daripada bersikap ceria kepada murung. Watak Asiah Samiah sebelum
berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan gadis yang ceria. Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan
mendapat pendidikan yang sempurna daripada Tuan Setiawan Tanjung bapanya dan Puan Suari
Alimin ibunnya. Contohnya Asiah Samiah ceria bermain dan bergurau senda dengan pengasuhnya
Pak Leh Lak Lak dan Siti Bunirah. Keadaan ini telah berubah selepas diri Asiah Samiah dikahwini
Misa Sagaraga. Asiah Samiah menjadi murung. Ini disebabkan dirinya dipaksa berkahwin dengan
lelaki yang tidak dicintainya. Contohnya Asiah Samiah bersedih dan menangis bersendirian dalam
majlis perkahwinannya.

Asiah Samiah berubah daripada berfikiran waras kepada bercelaru/ separuh gila. Watak Asiah
Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan seorang gadis yang berfikiran waras .
Ini disebabkan Asiah Samiah menerima pendidikan dan tunjuk ajar yang baik daripada Marga sebagai
gurunya. Contonya Marga sendiri mengakui Asiah Samiah seorang gadis yang cerdik dan waras
semasa mengajarnya. Keadaan ini telah berubah selepas Asiah Samiah dikahwini Misa Sagaraga.
Fikiran Asiah Samiah menjadi bercelaru dan akhirnya separuh gila. Ini kerana tekanan perasaan yang
dialaminya akibat perkahwinan yang tidak dapat diterimanya. Contonhnya Asiah Samiah berfikiran
celaru dan bertindak meracau dan hilang kewarasan.

Asiah Samiah berubah daripada bersifat taat kepada memberontak. Watak Asiah Samiah sebelum
berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan seorang gadis yang taat kepada kedua orang tuanya.
Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan ditatang oleh pengasuhnya suapaya menghormati dan taat kedua
ibu bapanya. Contohnya Asiah Samiah tidak pernah melawan arahan dan cakap ayahnya Tuan
Setiawan Tanjung dan ibunya Puan Suari Alimin. Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah
kehadiran Misa Sagaraga dalam hidupnya. Sikap Asiah Samiah menjadi memberontak dan melawan
cakap ibu dan ayahnya. Contonya Asiah Samiah membantah dan melawan cadangan Tuan Setiawan
Tanjung dan Puan Sauri Alimin menjodohkanya dengan Anas Samanda.

Asiah Samiah berubah daripada berwajah cantik kepada tidak terurus. Watak Asiah Samiah
sebelum berkahwin dengan Misa Saraga merupakan gadis yang berwajah cantik dan menawan sekali.
Ini kerana Asiah Samiah dianugerahkan Allah wajah yang cantik dan menawan seperti yang
dinyatakan oleh Marga dalam drama ini. Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah berkahwin
dengan Misa Sagaraga wajah Asiah Samiah tidak lagi terjaga dan terurus. Ini kerana Asiah Samiah
tertekan dan mengalami konflik jiwa yang amat hebat, sehinggakan Asiah Samiah tidak dapat
mengurus dirinya dengan baik. Ini menyebabkan keadaan wajah Asiah Samiah tidak terurus dengan
baik.

Asiah Samiah berubah daripada gadis sopan kepada kasar. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin
dengan Misa Sagaraga merupakan gadis yang sopan dan berlemah lembut. Ini kerana Asiah Samiah
diasuh dan didik dengan baik dan ditatang oleh kedua ibu bapanya iaitu Tuan Setiawan Tanjung dan

45
Puan Suari Alimin serta pengasuhnya Siti Bunirah. Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah
berkahwin dengan Misa Sagaraga, Asiah Samiah menjadi kasar dan tidak bersopan dalam bertindak
dan tutur katanya. Ini kerana tekanan perasaan konflik jiwa yang dialami Asiah Samiah menyebabkan
Asiah Samiah menjadi kasar dan tidak bersopan dalam tutur katanya.

SUDUT PANDANGAN

Cara pengarang mempersembahkan karya / cerita / fiksyen dan peranan pengarang dalam
menggambarkan aksi sesebuah cerita. Terdapat beberapa situasi perana pengarang dalam karya
mereka
- Turut terlibat memainkan peranan dalam dalam karya
- Berada di luar cerita
- Cuma memaparkan cerita / peristiwa dan menggambarkan watak-watak tanpa menyerapkan
diri dalam watak-watak novel.

Contoh Menjawab Sudut Pandangan

Sudut pandangan orang pertama. Menerusi sudut pandangan orang pertama, pengarang
FAKTA
akan terlibat secara langsung dalam karya yang dihasilkan. Pengkarya akan menggunakan
“aku” sebagai watak utama dan “aku” akan menceritakan kisah yang disampaikan dalam
karya tersebut. Sudut pandangan ini penting untuk memberi gambaran yang lebih jelas HURAIAN
tentang cerita yang ingin disampaikan. Contoh, menerusi cerpen “Usia Emas”, “Aku”
selaku wartawan menceritakan tentang Cikgu Baharum yang menjadi sahabatnya. Cikgu
Baharum digambarkan seorang yang berpegang teguh dengan agama keran setiap CONTOH
percakapannya akan disusuli dengan ayat Al-Quran dan hadis. Jelaslah di sini, sudut
pandangan orang pertama perlu untuk memantapkan jalan cerita.
KESAN /K.KECIL

Terdapat 4 jenis sudut Pandangan

a. ORANG PERTAMA:

Pengarang terlibat secara langsungdalam karyanya dengan meresapkan diri ke dalam watak
karya menggunakan ganti nama “aku”.

Cerpen Usia Emas- “Aku” - wartawan


Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu-“Aku” –anak ayah dan ibu
Cerpen Melankolik Di atas Rumput- “Aku”- bekas pensyarah, ibu tunggal dan suka
mengembara

b. ORANG KETIGA TIDAK TERBATAS / SERBA TAHU:

Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan fenomena yang
berlaku dalam karyanya. Pengarang juga terlibat dalam membawa pengajaran tafsiran atau
memberi hukuman kepada watak-watak terlibat. Pengarang boleh bercerita secara fizikal
dan dalaman /apa yang dirasai olehwatak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik
watak

46
Cerpen Usia Emas – cerita terperinci watak dan perwatakan Cikgu Baharum
Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu- cerita terperinci tentang “Dia”
Cerpen Melankolik Di atas Rumput-cerita terperinci tentang watak “Aku” dan Uzair
Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan- cerita terperinci tentang kehidupan ikan Haruan dan
rakan-rakan di sungai Tengas
Cerpen DiSebalik Sirat Makna-cerita terperinci tentang Cikgu Ibau dan Cikgu Naszkir

c. ORANG KETIGA TERBATAS:

Pengarang berada di luar permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut


secara tidak terperinci

Cerpen Usia Emas –cerita tentang wartawan


Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu-cerita tentang ibu dan ayah “Aku”
Cerpen Melankolik Di atas Rumput- cerita tentang ibu, anak, pelajar ”Aku”, dan manusia
yang dijumpai “AKu” ketika berada di luar negara
Cerpen Anak-Anak Yang Bergelimpangan-cerita tentang Mat Dali, Awang Cek Leh, Pak Kasa
dan anak-anak
Cerpen DiSebalik Sirat Makna – cerita tentang Tinang

d. SUDUT PANDANGAN OBJEKTIF:

Pengarang bertindak sebagai pencatat / pelapor pada peristiwa yang berlaku. Pengarang
berada di luar karyanya. Disebut juga “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada
watak-watak dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi watak
dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.

Usia Emas – “Aku” menceritakan tentang CIkgu Baharom


MItos Secekak Kertas TIsu – menceritakan tentang kejatuhan ekonomi - “DIa”
Cerpen Anak-anak Yang Bergelimpangan- peristiwa pencemaran
Drama Asiah Samiah- Marga menceritakan tentang Asiah, Anas dan Misa
Drama Asiah Samiah - nama watak
- kehidupan dan gelodak batin / perasaan
- campuran kehidupan lama / moden
- masuk unsur perubatan tradisional / Hindustan / filem P.Ramlee
dan kepercayaan aminisme

47
BAB 1
CERPEN USIA EMAS
OLEH: ABDULLAH HUSSAIN

BIODATA PENGARANG.
CERPEN USIA EMAS Dilahirkan pada 25 Mac 1920
(Abdullah Hussain) di Sungai Limau Dalam, Yan,
Kedah. Beliau menerima
pendidikan di Sekolah Melayu
*sinopsis Sungai Limau hingga lulus
*tema Darjah V. Beliau menyambung
*persoalan pelajaran di Sekolah St.
Michael Alor Setar (1932-
*watak dan perwatakan
1933) dan Anglo Chinese
*nilai School, Alor Setar hingga lulus
*teknik penceritaan Darjah VII (1935).
*Pengajaran
Jawatan pertama yang beliau
sandang ialah sebagai Penjaga
Stor sebuah perusahaan
lombong bijih di Pahang
(1939). Pembantu Pengarang Akhbar Sabahat (1939), Pembantu Pengarang Akhbar Saudara (1940),
Pengarang Majalah Puspa di Medan (1950). Ketua Polis daerah Langsa, Ketua Polis Pulau Sabang
(1947).

Beliau juga pernah berkhidmat di Oxford University Press (1 Januari 1961 - 31 Disember 1964),
Franklin Book Programme (1965-1968),Dewan Bahasa dan Pustaka (1 Mac 1968-1979). Abdullah
pernah menerima beberapa anugerah seperti S.E.A. Write Awards (1981), Pingat Jasa Hukom Ngon
Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh (LAKA) (1995), Anugerah Sastera Negara (1996) dan Darjah
Dato' Setiau Diraja Kedah (DSDK) (1996).

SINOPSIS
Usia emas bukan satu anugerah tetapi satu pinjaman. Usah berbangga kerananya. Hargailah orang
tua yang telah menjaga dan mendidik kita. Akhirnya kita perlu menerima hakikat bahawa ajal akan
sampai juga akhirnya. Usia emas sememangnya hanya menunggu masa ajal kita akan sampai kerana
usia nabi Muhammad hanya sekitar 62 tahun sahaja.

Cikgu Baharum sudah bersara. Usia emasnya dipanjangkan Allah. Beliau pernah menjadi penulis dan
tulisan beliau disiarkan di dalam Warta Malaya (sejenis akhbar yang popular di tanah Melayu suatu
ketika dahulu). Pada masa tuanya beliau memenuhi kehidupan dengan bangun pagi dan bersenam.
Digambarkan kisah hidupnya ketika bergelar guru. Beliau bangun pagi dan datang kerja awal. Beliau
sentiasa membimbing anak muridnya. Banyak ilmu pengetahuannya kerana banyak membaca. Suka
berbincang dalam pelbagai perkara termasuk ekonomi, politik dan sosial.

Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain yang memegang watak “Saya” dengan menceritakan kisah
seorang kawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 75 ke 80 tahun telah diangkat
selaku tokoh warga emas di daerahnya. “Saya” sedang membaca akhbar Utusan Malaysia dan
ternampak gambar sahabatnya iaitu Cikgu Baharum terpampang di dada akhbar.

48
“Saya” mengimbas kembali kisah dia dengan Cikgu Baharum. Perwatakan Cikgu Baharum yang yang
suka berterus terang dan agak kasar menyebabkan beliau tidak memiliki ramai kawan. Namun Cikgu
Baharum bukan seorang yang munafik, kerana beeliau memberitahu apa yang dirasakannya benar
dan tidak berselindung. Hal ini menyebabkan ada sesetengah pihak yang berkecil hati. teringatkan
bagaimana dia mula berkenalan dengan Cikgu Baharum. Pengarang mula berkenalan dengan Cikgu
Baharum melalui gambar dalam akhbar. Beliau pada masa mudanya seorang penulis yang agak
produktif. Banyak akhbar dan majalah yang diterbitkan di Singapura menyiarkan tulisan Cikgu
Baharum seperti cerpen, puisi, pantun dan rencana. Pengarang mula tertarik kepada Cikgu Baharum
apabila penulis membaca cerita bersambungnya yang disiarkan dalam Warta Malaya. Kisahnya
hampir sama dengan kisah hidup pengarang. Keakraban hubungan persahabatan antara cikgu
Baharum dan penulis boleh dilihat apabila mereka saling kunjung mengunjung dan bila berjauhan
mereka berutus-utus poskad, dan akhirnya mereka menjadi seperti saudara sehingga beranak dan
bercucu.

Pengarang / “Saya” bercadang untuk mengutus surat kepada sahabatnya Cikgu Baharum. Sebelum
itu “Saya” meneliti sekali lagi gambar Cikgu Baharum. Pemerian tentang watak Cikgu Baharum dalam
akhbar itu jelas. Beliau digambarkan memakai baju batik dan kelihatan seperti orang yang berusia 45
atau 50 tahun. Beliau tinggi dan maskulin pada masa mudanya. Wajah Cikgu Baharum yang
terpampang dalam akhbar tidak menampakkan tanda- tanda ketuaan. Dalam akhbar tersebut,
wartawan bertanyakan Cikgu Baharum tentang rahsia keawetmudaannya untuk menjadi teladan
kepada generasi muda hari ini yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan. Cikgu
Baharum menerangkan petua awetmyadanya adalah secara kronologi Cikgu Baharum bangun pada
jam 5.00 pagi. Mengikut Cikgu Baharum, bangun pagi-pagi banyak hikmatnya. Dia juga melakukan
senaman ringan yang dipanggil radio-taisyo, senaman ringan orang Jepun. Senaman tersebut
menjadi sebati dengan Cikgu Baharum dan diamalkan sehingga kini. Sesudah bersenam, beliau mandi
dan berwuduk. Selepas solat subuh beliau akan bersarapan dengan secawan kopi o dengan sepiring
pulut atau goreng pisang. Setelah itu, beliau akan ke sekolah dengan berbasikal. Di sekolah beliau
akan memimpin murid-muridnya bersenam. Beliau seorang yang berdisiplin dan amat mementingkan
kebersihan sekolah dan persekitarannya.

Pengarang lantas mengirim poskad tahniah atas anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau
bagaimanapun, dalam jawapan balas, Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah
tersebut adalah atas dasar “malu alah saja”. Kenapa? Mahu tahu cuba baca Ayat 70 Surah an-Nahl.”
Penulis membacanya berulang-ulang kerana cuba mencari hikmah yang tersirat dalamnya yang ada
kaitan dengan umur tua/Usia Emas dan anugerah yang diterimanya. Hal ini menimbulkan persoalan
kepada pengarang. Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus dibanggakan?
Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa kali tafsir petikan ayat
al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya. Anugerah warga emas adalah tidak
releven dengan kehidupan umat Islam.

Bicara soal hari tua bukan masa untuk mendapat bermacam anugerah. Anugerah tersebut berasal
usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah dengan pemberian award termasuk
kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Anugerah sudah tidak releven lagi buat warga tua, lebih-
lebih lagi apabila sudah mati. Pemergiannya tidak perlu diratap dan merasa kehilangan kerana tugas
manusia sudah tamat pada masa itu. Bagi pengarang, kematian orang yang tua bukan untuk diratapi
sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda dan diiringi doa ke atas
rohnya. Doakan sahaja untuk simati dengan kebaikan dan pohonkan pengganti yang lebih baik. Tidak
sepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberi manfaat kepada
mereka lagi.

Menurut Cikgu Baharum lagi dalam ayat tersebut ada satu hikmah yang paling penting iaitu sifat
penyayang antara anak-anak dan keluarga yang terdekat. Sifat penyayang itu boleh mewujudkan
kesefahaman. Orang tua-tua beragama Islam hanya perlukan kasih sayang anak-anak. Berilah mereka
peluang melanjutkan ibadahnya dan jangan anggap mereka sebagai golongan tidak berguna. “Orang

49
tua ialah ujian yang paling kritikal daripada Allah Subhanahu Wa Taala kepada sifat penyayang itu.
Dalam Allah menguji sifat taat anak-anak supaya mengambil akan nasib orang tuanya; sifat ikhlas
anak-anak supaya mengambil tanggungjawab dengan kerelaan hati atas kehidupan orang tuanya;
sifat bertolak ansur antara anak-anak tentang siapa yang mesti memelihara orang tuanya; lalu wujud
sifat gotong-royong dan paling penting ialah sifat sabar menghadapi kerenah orang tua yang lanjut
usia.” Jangan jadi seperti di tempat lain yang menghantar orang tua-tua di rumah kebajikan
sebagaimana yang berlaku di Jepun. Pengarang / “Saya” lalu teringat tentang orang yang lanjut
usiannya di Jepun. Di Jepun orang tua di pinggirkan oleh anak-anak kerana dikatakan membawa
banyak masalah kepada mereka. Setelah membaca Ayat 23 Surah al-Isra’ dan Ayat 15 hingga Ayat 19
Surah Ahqaf penulis membuat suatu kesimpulan tentang kewajipan anak untuk berbuat kebaikan
kepada kedua ibu bapa apabila mereka menginjak usia emas.

Akhirnya, pada suatu malam pengarang bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya
dengan memakai jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara
kearah penulis. Penulis terpegun dan berasa hairan dengan mimpi yang dialaminya itu; dan penulis
berhasrat untuk menulis surat kepada Cikgu Baharum. Walau bagaimana pun, selepas selesai solat
sunat tahajud dan berzikir, isteri pengarang/ “Saya” menjawab panggilan telefon yang membawa
khabar tentang kematian Cikgu Baharum. Penulis pasrah dan redha dengan pemergiannya. Jangan
mengeluh dan meratap. Kita perlu bersabar.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING.
1. Cikgu Baharum menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan berita
penganugerahannya itu telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.
2. Penulis terkenangkan semula Cikgu Baharum yang telah tidak ditemuinya iaitu kira-kira 5
tahun yang lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir yang ke-75 tahun.
3. Penulis juga turut mengingati semula perwatakan cikgu Baharum ketika waktu mudanya
dahulu, di samping itu juga penulis teringatkan bagaimana dia berkenalan dengan cikgu
Baharum.
4. Keakraban hubungan antara cikgu Baharum dan penulis di mana mereka saling berutus-utus
poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi seperti saudara sehingga beranak dan bercucu.
5. Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah di atas penganugerahan tokoh warga
emas kepada cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awet muda yang
turut disiarkan dalam rencana yang turut ditulis oleh wartawan yang menemuramahnya.
6. Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk bertukar-
tukar ilmu pengetahuan kerana cikgu Baharum seorang yang banyak ilmu pengetahuannya
kerana dia suka membaca.
7. Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja dibiarkan oleh Cikgu
Baharum untuknya berfikir iaitu tentang usia emas.
8. Rumusan yang penulis dapati dari surah Ahqaf ayat 15 hingga 19 tentang kewajipan anak
untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka menginjak usia emas.
9. Penulis bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai jubah putih,
kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara kea rah penulis.
10. Selepas selesai solat sunat tahajud dan berzikir isteri penulis menjawab panggilan telefon
yang membawa khabar tentang kematian cikgu Baharum. Penulis pasrah dan redha dengan
pemergiannya.

50
TEMA:
Cerpen ini bertemakan kemanusiaan. Kehidupan usia tua bukan satu kelebihan tetapi ia hanyalah
pinjaman Usia emas bukan masa untuk mendapat anugerah hidup dan berhibur sebagaimana orang
barat. Usia emas perlu dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan beribadat kepada Allah. Warga tua
perlu disayangi dan jangan dilupakan. Contoh Cikgu Baharum menekankan usia emas adalah masa
yang dipinjamkan dan perlu bersedia untuk menghadapi kematian dan perlu dipenuhi dengan ibadah
kepada Tuhan. Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven
dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada
tuhan.(hlm.122)

Kasih Sayang. Kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yang diperlukan oleh warga emas
dalam menghabiskan sisa hidup mereka. Curahan kasih sayang jauh lebih penting daripada
pemberian anugerah.

PERSOALAN

1. Persoalan tentang keagamaan yang dapat dilihat menerusi taat mengerjakan perintah
Tuhan / Bersolat dan membaca Al-QUran. Nilai-nilai keagamaan mampi membentuk jati diri
dan shasiah yang mulia dalam diri setiap insan. Seseoerang yang memiliki nilai sahsiah yang
tinggi dan beriman akan menggunakan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup.
Pengarang dan Cikgu Baharum banyak memasukkan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari
beberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ ayat 23 dan surah al-Ahfat
dalam percakapan dan penulisan mereka. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu
menceritakan tentang kehidupan manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap
orang tua. (hlm.121). Cikgu Baharum juga diceritakan seorang yang taat mengerjakan
suruhan tuhan. Beliau rajin sembahyang dan membaca al-Quran. Malah hujah dan
pendapatnya sering dirujuk kepada kitab al-Quran.

Saya lalu mengambil Tafsir Pimpinan ar-Rahman dan mencari surah yang
disebutnya: Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada);
kemudian ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada antara
kamu disegerakan matinya), dan ada pula antara kamu yang kembalikan
kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua - kebudak-budakan),
sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya;
sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, lagi Amat Berkuasa.

2. Persoalan tentang menghormati dan menyayangi ibubapa / orang tua. Anak-anak seharusnya
menghormati dan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah
tuntutan agama. Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah
al- Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telah
memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124). Cikgu
Baharum berpendapat bahawa orang tua memerlukan kasih sayang anak-anaknya (hlm 125).
Oleh itu setiap anak yang mempunyai orang tua perlulah mengambil perhatian terhadap
ibubapa mereka. Jangan serahkan mereka kepada rumah-rumah kebajikan seperti yang
lazimnya dilakukan oleh pihak lain.

“Orang tua ialah ujian yang paling kritikal daripada Allah Subhanahu Wa
Taala kepada sifat penyanyang itu. Dalam Allah menguji sifat taat anak-
anak supaya mengambil akan nasib orang tuanya; sifat ikhlas anak-anak
supaya mengambil tanggungjawab dengan kerelaan hati atas kehidupan
51
orang tuanya; sifat bertolak ansur antara anak-anak tentang siapa yang
mesti memelihara orang tuanya; lalu wujud sifat gotong-royong dan
paling penting ialah sifat sabar menghadapi kerenah orang tua yang lanjut
usia.”

3. Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yang menjalinkan


ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi
antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang
berkekalan.(hlm 121)

“Datang ke mari ajak anak-anakmu bercuti.” Saya tahu ada benda yang dia
mahu cakapkan.

Pada masa dulu Saya suka ke rumahnya dengan anak-anak. Dan dia juga
suka ke rumah Saya. Apabila sudah berjumpa maka banyaklah yang kami
perkatakan. daripada soal politik, ekonomi, sosial sampailah kepada
bahasa dan sastera.

4. Persoalan kepentingan dalam menjaga kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan
senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Menjaga kesihatan juga
boleh memanjang usia seseorang. Penjagaan kesihatan yang berterusan mampu menjadikan
mental dan fizikal seseorang lebih muda dari usianya. Cikgu Baharum seorang yang sangat
mementingkan kesihatan diri, murid-muridnya dan persekitaran. Hal ini terbukti sejak zaman
muda lagi dia telah mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada
zaman Jepun lagi. Sebagai seorang guru, Cikgu Baharum juga menyuruh murid-muridnya
membasuh kaki terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam sekolah. Beliau juga mengarahkan
muridmuridnya supaya kencing di tandas dan tidak di perdu pokok bunga raya yang
menghiasi jalan sekolah. (m/s 119)

5. Kegigihan dan kerajinan melakukan aktiviti berfaedah dalam kehidupan seharian. Pengarang
menceritakan tentang kerajianan Cikgu Baharum dari muda sehinggalah hari tua. Cikgu
Baharum diceritakan seorang yang sangat rajin bekerja. Ketika masih bekerja, beliau akan
bangun pagi dan terus pergi bekerja dengan tekun. Pelbagai tugas yang diberikan dijalankan
dengan penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga memegang jawatan
sebagai guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar. Malah apabila sudah pencen,
dia terus mengamalkan aktiviti bangun pagi untuk solat, membaca al-quran dan beriadah.
(Rujuk halaman 119).

Di sekolah itu dia sekali lagi memimpin murid-muridnya bersenam. Selain


mengajar, dia juga menjadi guru senaman dan pengawas disiplin. Menjaga
kebersihan sekolah dan sekitarnya. Murid-murid dari kampung tidak ada
yang berkasut. Pada musim hujan mereka yang rentas sawah kakinya
berlunting, selut sampai ke lutut. Cikgu Baharum berdiri di pintu sekolah
dengan sebilah rotan kecil sebesar kelengkeng, mengibas-ngibas ke kiri
kanan menyuruh muridmurid mencuci kakinya terlebih dahulu sebelum
masuk ke dalam sekolah. Dia juga mengarahkan murid-muridnya supaya
kencing di jamban dan tidak di perdu pokok bunga raya yang menghiasi
jalan sekolah.

52
6. Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan adalah ruang untuk
mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan disipilin diri sebagaimana
yang diceritakan kepada wartawan yang menemuramahnya, setiap hari dia akan bangun
seawall jam 5.00 pagi melakukan senama radio taisyo, mandi serta berwuduk dan
menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke tempat kerja. (hlm. 119-120)

Petua itu di perturunkan secara kronologi sejak dia bangun jam 5.00 pagi.
Bangun pagi-pagi banyak hikmahnya, katanya. Dia melakukan senaman
ringan…(hlm. 119)
“Kenapa mesti pergi kerja terlalu pagi?” Wartawan itu bertanya.
“Petua orang tua-tua pergi kerja jangan kena cahaya matahari, balik kerja
jangan kena matahari. Baru selamat.”
Selamat bagaimana? Macam di kampung mana ada kesibukan?”
“Petua ini tidak saja baik bagi orang yang bekerja sendiri seperti petani
tetapi baik juga kepada pekerja pejabat….Nah, bukankah ini mengajar kita
supaya rajin? Orang yang rajin selalunya berjaya.” (hlm. 120)

7. Perbezaan pendapat tentang usia emas/tua. Masyarakat kita mudah terpengaruh dengan
budaya barat / asing sehingga semua yang dibuat oleh masyarakat luar akan ditiru biarpun
ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Bagi masyarakat barat, hari tua
merupakan masa untuk bergembira dan berhibur. Namun untuk Cikgu Baharum, hari tua
adalah masa kita untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan melakukan ibadat.
Masyarakat barat berpendapat orang yang dipanjangkan usia mempunyai keistimewaan.
Mereka perlu diraikan dan diberi anugerah. Namun bagi Cikgu Baharum, usia tua adalah
masa yang dipinjamkan dan perlu bersedia untuk menghadapi kematian dan ini dipersetujui
oleh pengarang. Buktinya Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas
adalah tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang
untuk beribadat kepada tuhan.(hlm.122)

9. Hidup dan mati adalah ketentuan Allah. Umur kita adalah anugerah Allah dan kita menerima
anugerah itu dengan syukur. Semakin bertambah umur kita akan semakin mendekati mati.
Oleh itu kita tidak boleh berbangga dengan anugerah sementara itu. Cerpen ini diakhiri
dengan berita kematian cikgu Baharum menerusi panggilan telefon kepada pengarang pada
suatu pagi. Setiap yang hidup harus redha dan akur dengan kematian yang berlaku.

ASPEK WATAK DAN PERWATAKAN:

A. Watak Cikgu Baharum

1. Aspek Latar belakang:


2. Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSI tetapi gagal (118)
3. Lahir pada tanggal 25 Mac
4. Berusia 80 tahun
5. Guru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar (zaman muda)
6. Penulis yang produktif (Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanya disiarkan oleh Warta
Malaya (singapura)
7. Pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik)
8. Dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah.

53
2. Aspek Fizikal Cikgu Baharum:

1 Tinggi
2 Maskulin
3 Tegak (Macam tentera)
4. Nampak muda daripada usianya (awet muda)

3. Perwatakan Cikgu Baharum:

1 Berterus terang
2 Tidak munafik (tidak berpura-pura)
3 Lantang bersuara – menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya beliau tidak mempunyai
ramai kawan.
4 Seorang yang banyak ilmu – Beliau banyak membaca , pengetahuannya luas meliputi
pelbagai disiplin imu kerana banyak membaca antaranya politik, ekonomi, bahasa dan
sastera (121)
Suka berkarya. Cth cerpen, puisi, pantun dan rencana. Pandai dan cantik tulisan jawi
5 Setiakawan-mementingkan keakraban persahabatan, beliau sering menziarahi penulis kerana
dia suka berkunjung ke rumah pengarang. Suka mengutus poskad
6 Seorang yang alim – setiap hujahan yang diberikannya apabila memperkatakan sesuatu isu
beliau sering merujuk pada ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan , contohnya apabila
dia memberitahu kepada penulis dia menerima anugerah tokoh warga emas hanya kerana
dia malu alah saja sebagaimana yang termaktub dalam ayat 70 surah an-Nahl.
7 Mementingkan kesihatan-Cikgu Baharum seorang yang mementingkan kesihatan, buktinya
rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda membawa ke usia warga emas, termasuklah
rahsia kesihatannya yang kekal sihat kerana disiplin mengamalkan senaman radio taiso.
8 Berdisiplin-Cikgu Baharum selalu pergi kerja pada waktu pagi dan pulang agak lewat petang.
Bagi beliau kerja wal pagi dan pulang lewat adalah sikap orang yang rajin dan kerajinan akan
membawa kejayaan.
9 Mementingkan kebersihan-Tugasnya sebagai guru pengawas disiplin turut digunakan bagi
memastikan pelajar-pelajar juga menjaga kebersucihan buktinya dia akan menyuruh para
pelajarnya mencuci kaki sebelum masuk kelas. Para pelajarnya juga disuruh kencing ditandas.
(120-121)

B. WATAK PENULIS:
1. Latarbelakang:

1 Seorang penulis
2 Berusia 60 tahun
3 Mempunyai seorang isteri

2. Perwatakan:

1 Seorang sahabat yang setiakwan- sering menghubungi kawan menerusi poskad untuk
bertanya khabar berita.
2 Alim-sering beramal ibadat, termasuklah solat tahajud. Semasa mendapat berita kematian
cikgu Baharum penulis baru selesai solat tahajud dan berzikir.
3 Seorang yang merendah diri-Penulis berasa rendah diri apabila membandingkan tulisan jawi
cikgu Baharum yang halus dan cantik berbanding tulisannya seperti cakar ayam(118)

54
4 Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas- Pengarang selalu merujuk
pada petikan-petikan ayat al-Quran sebagai sumber rujukan.
5 Seorang yang prihatin-Penulis berasa kematian cikgu Baharum adalah satu kehilangan
baginya.

CONTOH MENULIS WATAK PERWATAKAN / SIFAT WATAK

Pertama, seorang yang komited dan aktif dalam bidang penulisan. Komited ialah suatu sikap yang
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu perkara yang diusahakan. Sikap komitmen
menjadikan seseorang itu produktif, cekap dan berjaya dalam apa saja yang diceburinya. Cikgu
Baharum merupakan penulis yang komited kerana hampir semua akhbar dan majalah yang terbit di
Singapura pada waktu itu sering menyiarkan hasil karya Cikgu Baharum seperti cerpen, puisi, pantun
dan rencana. Buktinya pengarang tertarik apabila membaca cerita bersambung yang ditulis oleh
Cikgu Baharum dalam Warta Malaya. Pengarang terpesona dengan hasil penulisan Cikgu Baharum
yang mengisahkan seorang anak muda kampung yang merantau ke kota kosmopolitan. Kisah
berkenaan ada imbas-imbas kisah penulis merantau ke Pulau Pinang.

Kedua, seorang yang suka berterus terang. Berterus terang merupakan sikap yang akan menyatakan
sesuatu tanpa berselindung apatah lagi apabila menegur sesuatu yang tidak benar. Cikgu Baharum
apabila bercakap selalu secara terus terang tanpa berselindung menyebabkan caranya nampak kasar
dan biadap. Ini menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan. Apa yang diucapkan oleh beliau
itulah yang terselit di hatinya. Contohnya; Cikgu Baharum seorang yang berterus terang, apabila
bercakap blak-blakan sahaja tanpa tedengaling. Sikap itu walaupun kelihatan agak kasar, maaf-maaf
cakap agak kurang ajar atau biadab sedikit tetapi dia tidak munafik. Apa yang diucapkan itulah yang
terselit di hatinya. (hlm. 117)

Seterusnya, berkemahiran dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi Cikgu Baharum dikatakan halus dan cantik
seperti huruf-huruf kitab yang dicetak. Penulis mengatakan bahawa setelah dia memberanikan diri
mengirimkan poskad kepada Cikgu Baharum minta mahu berkenalan, dan akhirnya Saya menerima
balasan poskad dari Cikgu Baharum. Poskad yang diterima oleh Saya dari Cikgu Baharum ditulis
dengan tulisan Jawi yang halus dan cantik seakan-akan huruf-huruf kitab yang dicetak. Hal ini
berbeza dengan tulisan Jawi Saya yang seperti cakar ayam. Oleh kerana tulisan Jawi Saya seperti
cakar ayam, Saya mengatakan ia berasa malu. Walau bagaimanapun itulah yang membuatkan
mereka berkenalan, berutus-utus poskad dan akhirnya jadi macam saudara sampai ke saat ini
sesudah mereka beranak dan bercucu.

Hubungan yang akrab akan menjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh dan penuh dengan
kemesraan serta kasih sayang. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu
sama lain, malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan. Cikgu Baharum
juga merupakan seorang yang berilmu. Penulis menjelaskan bahawa Cikgu Baharum merupakan
seorang yang banyak ilmu pengetahuan kerana kuat membaca. Penulis kerap kali cuba mencungkil
ilmu Cikgu Baharum apabila mereka bertemu. Oleh kerana beliau banyak membaca, pengetahuannya
agak luas meliputi pelbagai disiplin ilmu seperti politik, ekonomi, bahasa, sastera dan agama. Hal ini
sesuai dengan latar belakang Cikgu Baharum sebagai seorang pendidik dan juga seorang penulis yang
amat produktif. Sebagai seorang pendidik dan penulis, pengetahuannya agak luas meliputi pelbagai
disiplin ilmu memberi suatu kelebihan kepada Cikgu Baharum.

55
FALSAFAH CIKGU BAHARUM
Suka berterus terang
Mementingkan disiplin.- bangun awal (5.00 a.m), amalkan senaman.
Pergi kerja awal dan pulang lewat

Mengutamakan kesihatan.- Mengamalkan senaman radio taiso

Setiakawan- beliau sering menziarahi dan menghubungi penulis samada melalui


surat atau poskad.

Berpegang pada ajaran agama.-merujuk kepada ayat-ayat Al Quran dan Hadis Nabi apabila
memperkatakan sesuatu hujah.

Mementingkan ilmu- luas pengetahuan kerana gemar membaca.

PEGANGAN HIDUP YANG DIAMALKAN CIKGU BAHARUM.

1 Suka berterus terang dalam percakapan. Cikgu Baharum seorang yang suka berterus terang
dalam percakapan. Perbualannya walaupun agak kasar tetapi tidak ada unsur munafik dan
apa yang diucapkan itulah dari hatinya yang ikhlas.

2 Mementingkan waktu/masa dalam hidupnya. Cikgu Baharum merupakan seorang yang


amat mementingkan waktu/masa dalam kehidupannya. Dia sentiasa bangun awal jam 5.00
pagi, Dia juga selalu pergi kerja waktu pagi dalam suasana yang masih gelap dan pulang agak
lewat petang.

3 Mementingkan kesihatan dengan bersenam. Cikgu Baharum sangat mementingkan


penjagaan kesihatan dengan bersenam. Sejak mudanya lagi beliau mengamalkan senaman
‘radio-taisyo’sehingga pada usia emas. Dengan itu dia kelihatan awet muda dan dalam
keadaan sihat.

4 Setiakawan dalam persahabatan. Cikgu Baharum juga begitu mengamalkan sikap


setiakawan dalam persahabatan. Hubungan persahabatan Cikgu Baharum dengan watak
Saya sentiada terjalin erat kerana beliau sering menziarahi dan menghubungi Saya samada
melalui surat atau poskad.

5 Patuh berpegang pada ajaran agama. Cikgu Baharum seorang yang patuh kepada ajaran
agama Islam. Beliau sentiasa merujuk kepada ayat Al Quran dan Hadis Nabi apabila
memperkatakan sesuatu hujah. Misalnya tentang umur tua dirujuk kepada Hadis Nabi yang
minta berlindung dari umur yang tua/ganyut.

6 Mementingkan ilmu pengetahuan. Cikgu Baharum seorang yang luas pengetahuan dan kuat
membaca. Ini menyebabkan ilmu pengetahuannya tinggi dan luas. Penulis sentiasa
mengunjunginya untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan. Cikgu Baharum bercita-cita
melanjutkan ke MPSI Tanjung Malim untuk mendalamkan ilmu pengetahuannya.

56
TEKNIK IMBAS KEMBALI YANG TERDAPAT DALAM CERPEN INI.
SOALAN BOLEH BERTANYAKAN TEKNIK SECARA UMUM ATAU PERISTIWA YANG BERKAIT DENGAN
TEKNIK IMBAS KEMBALI SAHAJA

CONTOH HURAIAN UNTUK TEKNIK SECARA UMUM

Teknik imbas kembali. Imbas kembali bermaksud mengingat / mengenang / mengimbau / menyorot
peristiwa yang telah berlaku melalui pemikiran / lamunan. Kesannya adalah untuk menguatkan jalan
cerita yang cuba disampaikan. Contoh. Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum ketika merayakan
hari lahir beliau. Penulis ketika membaca akhbar Utusan Malaysia tentang Cikgu Baharum yang
terpilih sebagai seorang tokoh warga emas di daerahnya penulis teringat ucapan Cikgu Baharum
lima tahun dahulu , ketika mereka sama-sama merayakan hari lahir yang ke - 75

CONTOH MENJAWAB PERISTIWA YANG MENUNJUKKAN BERLAKUNYA TEKNIK IMBAS KEMBALI

Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum ketika merayakan hari lahir beliau. Penulis ketika membaca
akhbar Utusan Malaysia tentang Cikgu Baharum yang terpilih sebagai seorang tokoh warga emas di
daerahnya. Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum lima tahun dahulu , ketika mereka sama-sama
merayakan hari lahir yang ke – 75.

Penulis teringat perwatakan Cikgu baharum setiap kali menjelang tanggal 25 Mac. Penulis teringat
Cikgu Baharum yang merupakan seorang yang berterus terang, walaupun agak kasar tetapi dia tidak
munafik dan kelantangannya menyebabkan dia tidak banyak kawan.

Penulis teringat saat dia berkenalan dengan cikgu Baharum melalui akhbar. Penulis yang meminati
cikgu Baharum sebagai penulis yang produktif melalui akhbar Warta Malaya di Singapura.Pada waktu
itu telah menghantar poskad untuk berkenalan dan telah mendapat balasan daripada cikgu Baharum.

Penulis mengingat kembali peristiwa dia ke rumah Cikgu Baharum dan sebaliknya. Penulis masih
ingat pada masa dulu dia suka ke rumah Cikgu Baharum bersama dengan anak-anaknya dan Cikgu
Baharum juga selalu berkunjung ke rumahnya, mereka selalu bercakap tentang politik, ekonomi,
sosial, bahasa dan sastera.

Penulis teringat kisah yang diceritakan oleh Cikgu Baharum. Penulis juga teringat tentang warga emas
di Jepun di mana anak-anak Jepun selalunya enggan memelihara orang tua mereka yang sudah lanjut
usia.

Penulis mengingati kembali kisah Cikgu Baharum ketika menjadi guru. Cikgu Baharum menceritakan
kisahnya sebagai seorang guru kepada wartawan yang menemuramahnya dan rencana itu turut
dibaca oleh penulis. Semasa menjadi guru beliau hanya berbasikal Raleigh tua untuk ke sekolah.

Teknik Dialog

Beberapa catatan dialog penting berdasarkan cerpen Permata Sastera Melayu

" Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana umur panjang. Saya bimbang dengan usia dipinjamkan
ini" (hlm. 116)

Perkataan "usia dipinjamkan" memberi gambaran bahawa manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa
terhadap umurnya. Walaupun ramai manusia bercita-cita untuk hidup lebih lama, tetapi hakikatnya
mereka hanya mampu berusaha sahaja. Manusia akan cuba untuk mengamalkan cara hidup sihat
seperti melakukan kegiatan beriadah.
57
"Sentiasa berlindung diri di belakang setiap solat dengan doa jangan sampai umur tua" (hlm117)

Apabila melihat kesukaran hidup warga tua, kita seharusnya sedar bahawa umur yang panjang perlu
disertai dengan anugerah kesihatan. Warga tua yang panjang usia mungkin akan menjadi beban
kepada golongan muda. Oleh itu doa supaya jangan hidup sehingga terlalu tua ini suatu yang wajar
diamalkan oleh insan yang sedar asal usul dirinya.

NILAI KEAGAMAAN:

1. Bersyukur . Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita, Cikgu Baharum amat
bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipinjamkan umur yang panjang serta masih diberi
kesihatan yang baik.(116)

2. Berdoa
Doa adalah kekuatan bagi orang mukmin, Cikgu Baharum pernah menjelaskan kepada
penulis tentang perlunya berdoa sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari, rasulullah sentiasa berdoa selepas
solat agar jangan sampai ke umur tua. (117)

3. Bersolat
Solat harus dilakukan tepat pada waktunya seawall mungkin, Cikgu Baharum melakukan solat
subuh tepat pada waktunya. (120)

4. Al-Quran sebagai sumber rujukan


Cikgu Baharum selalu merujuk ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan untuk isu-isu yang
diperkatakan kepada penulis, contohnya dia merujuk suarh al-Isra (ayat 23) dan surah al-
Ahfat (ayat 15) tentang suruhan supaya anak-anak mengambilberat tentang
ibubapa.(123)

5. Menghormati dan mengasihani ibu bapa yang tua


Orang Islam diperintahkan supaya berbuat baik kepada orang tua sebagaimana yang
diperintahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya mengasihani
ibubapa yang lanjut usia sebagaimana yang termaktub dalam ayat 23 surah al-Isra. (124)

6. Beribadat
Umat Islam dituntut supaya melakukan amal ibadat termasuklah ibadat-ibadat sunat seperti
solat malam serta berzikir. Penulis semasa menerima berita kematian Cikgu Baharum baru
selesai solat sunat tahajud dan berzikir. (125)

7. Percaya pada Takdir


Ketentuan tuhan terhadap apa jua kejadian, termasuklah kematian. Cikgu Baharum yang
masih sihat akhirnya meninggal dunia kerana telah ditakdir oleh Allah, sebagaimana penulis
menyedari pemergian Cikgu Baharum sudah ditakdirkan oleh Allah (126)

8. Bersabar
Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh tuhan adalah untuk menguji kesabaran hambanya.
Sebagaimana penulis menerima dengan sabar kematian Cikgu Baharum sebagai ketentuan
Illahi.(126)

58
1 Nilai Kasih sayang terhadap orang tua. Orang tua memerlukan nilai kasih sayang daripada
anak-anak untuk meneruskan baki kehidupan mereka, supaya kehidupan mereka terbela dan
tidak disisihkan dalam keluarga. Contoh Cikgu Baharum menekankan bahawa orang tua
memerlukan kasih sayang. Anak-anak perlu menjaga ibubapa yang telah tua dan bukan
meletakkan mereka di rumah orang tua-tua seperti yang berllaku di negara-negara luar.

2 Nilai rajin beribadat kepada Allah. Warga emas sepatutnya mempunyai nilai rajin beribadat
kepada Allah secara konsisten bagi menebus ketinggalan beribadatnya pada masa muda. Beri
contoh

3 Nilai jujur/ikhlas dalam menjaga orang tua. Anak-anak sepatutnya jujur dan ikhlas menjaga
ibu bapanya yang telah tua. Ini sebagai tanda membalas jasa dan pengorbanan mereka
dalam membesar dan mendidik anak-anak serta melaksanakan amanah Allah. Beri contoh

4 Nilai keperihatinan kepada orang tua. Bagi orang tua yang ketiadaan anak, penjaganya
hendaklah perihatin terhadap nasib orang tua dengan menyerahkannya ke rumah kebajikan.
Beri contoh

Mesej yang diperolehi daripada perwatakan “dia”


1 Mengamalkan berdisiplin untuk berjaya. Pengarang ingin menyampaikan mesejnya untuk
mencapai kejayaan dalam kehidupan ini, mestilah menjadikan disiplin diri sebagai tonggak
utama. Dalam bidang pekerjaan kita dinasihatkan agar pergi kerja sebelum matahari terbit
dan pulang selepas matahari jatuh. Jika kita lewat ke tempat kerja sudah tentu banyak
masalah timbul dan berkemungkinan dimarahi ketua. Contohnya, Cikgu Bahrum bangun
seawal jam 5 pagi dan melakukan senaman serta pergi awal ke tempat kerjanya.

2 Menyayangi kepada ibu bapa yang tua. Pengarang ingin menyampaikan mesejnya agar
berbuat baik/menyayangi kedua ibu bapa yang telah lanjut usia merupakan tuntutan agama
yang terpuji. Ianya akan mendapat balasan pahla yang besar di sisi Allah nanti. Jika anak-anak
tidak brbuat baik/ menyayangi ibu bapanya yang tua, sudah tentulah mereka dianggap anak
derhaka dan tidak nengenang jasa orang tua. Anak-anak ini sudah tentu tidak diredhai Allah.
Contohnya, Cikgu Baharum berpendapat anak-anak perlu menyayangi ibu bapa dan
menasihati penulis yang ibu bapa perlukan kasih sayang anak-anak.

3 Menghargai persahabatan dalam kehidupan. Pengarang ingin menyampaikan mesejnya


supaya menghargai nilai persahabatan kerana sahabat amat penting dalam membantu kita
waktu susah dan senang. Jadi tali persahabatan perlu dikekal dan diperkukuhkan sentiasa
atas landasan suruhan Allah. Tanpa nilai persahabatan, hidup kita menjadi sunyi dan sukar
kita untuk mendapat bantuan, dorongan dan motivasi daripada sahabat. Contonya Cikgu
Baharum dan Pengarang begitu menghargai persahabatan mereka dengan saling kunjung
mengunjungi untuk bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai perkara seperti politik,
ekonomi, bahasa dan sastera.

4 Kehidupan ini mestilah berlandaskan Al-Quran dan Hadis Nabi. Al-Quran dan Hadis Nabi
seharusnya menjadi rujukan, panduan dan iktibar dalam kehidupan insan muslim. Kehidupan
insan yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan akan diberkati dan dirahmati
Allah mengakibatkan hidup seseorang itu tenang dan sentiasa aman dan tenteram.
Manakala, sekiranya hidup seseorang itu tidak berlandaskan Al-Quran dan Hadis Nabi, maka
sudah tentu akan kehidupan seseorang tidak dirahmati Allah dan mudah terlibat dengan
perkara-perkara maksiat. Contohnya Cikgu Baharum menjadikan Al-Quran dan Hadis Nabi
sebagai rujukan untuk berhujah dan berbincang dengan penulis, dalam menjawab persoalan
semasa.
59
BAB 2
MITOS SECEKAK KERTAS TISU

Biodata

Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (13 November 1939 - 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai
S Othman Kelantan merupakan salah seorang sasterawan negara Malaysia. S. Othman Kelantan
telah dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun
1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan.
Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara
novel beliau yang terkenal ialah:

 Angin Timur Laut (1969);


 Juara (1976);
 Wajah Seorang Wanita (1990); dan
 Nagogho Astana (1997).

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan
Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983
sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun
1995. Dr. Syed Othman pernah menjadi:

 guru (1952-1979);
 tutor Bahasa Melayu USM (1980-1983);
 pensyarah di UKM (1983-1996);
 dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di
Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan
banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan
pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada
penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah
dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun
60
S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan
pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. Beliau memperoleh
Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian
pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah
lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai
tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti
Pendidikan/ATMA.

Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997.
Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya
(1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais
UUM).

S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman
telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-
soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel
dewasa dan empat buah novel remaja.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut
(1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang
Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga
menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Cerpen dan novel beliau pernah
diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina. Sebagai
seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan
tentang kesusasteraan.

Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja
untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan. Di samping berkecimpung
dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah
menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional,
Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan


mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP
1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A.
Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku
Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan
(2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari
Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.

Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan
sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paru-
paru berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam
Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.

61
MITOS SECEKAK KERTAS TISU

SINOPSIS
Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk
memiliki pelbagai barangan dan keperluan. Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah
dan porak peranda. Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan
terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah barangan yang banyak dan tinggi
nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat mempunyai masalah kewangan. Sejarah wang telah
bermula sejak sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul wang. Daripada tamaddun
awal manusia hinggalah berlakunya revolusi perindustrian. Malah sebelum itu, matawang asalnya
diperbuat daripada emas dan perak yang kemudiannya wujud dalam bentuk kertas yang diberi nilai.
Manusia perlu sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi hamba kepada wang. Razeki kita
bukan tertakluk kepada nilai wang semata-mata. Teguhkan iman dan yakinlah bahawa Allah yang
memberi rezeki untuk kita.

Cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” menceritakan tentang peristiwa yang dipercayai benar.
Perkataan “mitos” merujuk kepada suci, kudus dan diterima secara bulat-bulat oleh orang ramai
menerangkan tentang kejatuhan nilai mata wang. Pengarang menyatakan bahawa “dia” jatuh dari
awan kumulus, awan sirus, awan stratus dan dari sebuah satelit. Seterusnya pengarang menjelaskan
bahawa “ibu” mengatakan “dia” jatuh dari tingkat seribu satu sebuah menara cinta, manakala “ayah”
mengatakan bahawa “dia” jatuh dari kemuncak sebuah gunung kasih sayang yang baru terbuhul.
Daripada apa yang dinyatakan di atas, didapati seolah-olah pengarang tidak pasti dari mana “dia”
jatuh. Namun hakikatnya “dia” memang jatuh dan telah menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
Secara umumnya, cerpen ini cuba memperkatakan tentang kejatuhan nilai mata wang. Kejatuhan
nilai mata wang boleh terjadi pada bila-bila masa, dalam keadaan apa jua sekalipun walaupun berada
pada kedudukan yang tinggi mahupun ianya disayangi dengan sepenuh jiwa. Kejatuhan nilai mata
wang boleh juga berlaku di mana-mana sahaja, sama ada di negara maju, membangun atau miskin.

Kemudian pengarang mengajak kita untuk mengimbas Kembali sejarah nilai mata wang. Mata wang
yang ada terdiri dari pelbagai rupa dan bentuk. Ia digunakan oleh pelbagai pihak untuk
dimanipulasikan bagi kepentingan masing-masing. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak
bernilai, yang sejarahnya bermula sejak zaman kegemilangan tamadun dunia, antaranya tamadun
Sumeria, Tiongkok dan Yunani, malah ia telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria
dan Hethit. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada zaman selepas Revolusi Industri
Eropah dan penggunan secara meluas selepas Perang dunia Pertama, ketika semua negara yang
kalah perang memerlukaan tunjang untuk membangunkan negara yang musnah. Penggunaan mata
wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu daya dan
tipu helahnya.

Mata wang melahirkan golongan manusia yang tamak haloba dan mementingkan wang /
berkiblatkan wang. Golongan ini jugalah penyebab kejatuhan nilai mata wang. Sehubungan dengan
itu, kejatuhan nilai mata wang boleh menyebabkan kejatuhan sebuah kerajaan atau negara; atau
menjadikan sesebuah negara itu muflis. Selain daripada itu juga, kejatuhan nilai mata wang boleh
menjejaskan kehidupan seseorang sama ada orang itu kaya atau miskin. Ianya boleh menyebabkan
seseorang itu menjadi gila, sasau, diserang histeria, hampa, kecewa, putus asa dan ada yang
membunuh diri. Walau bagaimanapun, “dia” jatuh tidak pernah menyentuh keluarga “Aku”. Keluarga
“Aku” digambarkan mempunyai kekuatan iman dan meyakini akan kekuasaan Allah yang memberi
rezeki, tidak akan terjejas dengan kejatuhan nilai mata wang. Oleh itu, ketika “Dia” datang mengetuk
pintu rumah “Aku”, keluarga “Aku” tidak mengalami seperti yang berlaku kepada jiran mereka. Ada
di antar jiran mereka yang jatuh sakit, dan hampir gila. Ayah merupakan pencerita sejarah yang
terbaik. Bermula sebelum merdeka sehingga kini semua diceritakan kepada “Aku”. Ibu menuji-muji
ayah . Ibu amat menyayangi ayah. Begitu juga dengan ayah. Hubungan kekeluargaan yang erat dan

62
amalan hidup yang bersederhana, tolong menolong dan sabar menghalang “Dia” untuk masuk ke
dalam rumah “Aku”-

URUTAN PERISTIWA
1. “Dia” jatuh merujuk kepada kejatuhan nilai mata wang boleh terjadi pada bila-bila masa
dalam keadaan apa jua sekalipun walaupun berada pada kedudukan yang tinggi mahupun
ianya disayangi dengan sepenuh jiwa. Contoh “Dia” dikatakan jatuh dari awan,
satelit,kemuncak gunung dll.
2. Mata wang yang ada terdiri dari pelbagai rupa dan bentuk ianya digunakan oleh pelbagai
pihak untuk dimanipulasikan untuk kepentingan masing-masing. Contoh “Dia” dikaitkan
dengan pahlawan, golongan bangsawan, ahli politik yang tamak dll.
3. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak bernilai yang sejarahnya bermula sejak
zaman tamadun-tamadun ternama dunia antaranya tamadun Sumeria, Tiongkok dan Yunani
malah ianya telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria dan Hethit . Contoh
pertanyaan umur “Dia”. Bermaksud asal usul kejadian mata wang.
4. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada zaman selepas Revolusi Industri
Eropah dan penggunan secara meluas selepas perang dunia pertama. Diperlukan untuk
membangunkan negara.
5. Penggunaan mata wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden
dengan segala tipu daya dan tipu helahnya. Contoh menurut ayah manusia mengikut nafsu
tamak dan sanggup menggunakan tipu helah untuk memiliki “Dia”.
6. Menurut ayah lagi, manusia beriman tidak akan tunduk kepada tipu helah “Dia”. Meskipun
rabun dan kurang pendengaran, ayah tahu “Dia” telah jatuh dan datang mengetuk pintu
rumah. Namun, ayat tidak tergugat kerana ayah telah bersedia dan mempunyai pengetahuan
yang luas dalam bidang agama dan bidang-bidang yang lain. Hal ini demikian kerana, ayah
sering mendengar cerita-cerita ilmiah seperti forum perdana melalui tv. Ibu pula setia disisi
ayah.
7. Ketika nilai mata wang jatuh, ramai yang sakit dan menderita, keadaan menjadi huru hara.
Adakalanya memakan masa yang lama. Contoh dikaitkan dengan kedatangan ambulan
apabila “dia” jatuh.
8. Kesan kejatuhan tidak mengugat “Aku” sekeluarga. Ayah merupakan pencerita sejarah yang
terbaik. Bermula sebelum merdeka sehingga kini semua diceritakan kepada “Aku”. Ibu
menuji-muji ayah . Ibu amat menyayangi ayah. Begitu juga dengan ayah. Hubungan
kekeluargaan yang erat dan amalan hidup yang bersederhana, tolong menolong dan sabar
menghalang “Dia” untuk masuk ke dalam rumah “Aku”- tidak tergugat dengan kejatuhan
ekonomi / nilai mata wang.
9. Seluruh kejiranan “Aku” huru haradan gempar apabila nilai mata wang (Dia) jatuh. Menurut
ayah jika “Dia” datang mengetuk pintu rumah,mak itu ujian dari Tuhan. Mungkin kita telah
melakukan kesilapan dan perlu bertaubat. Seharusnya, manusia berdoa,memohon ampun
dan meminta pertolongan daripadaNya.
10. Menurut ayah, “Dia” –wang adakalanya tinggi nilainya dan ada kalanya harganya ibarat
sehelai kertas tisu. Namun keimanan yang tinggi tidakakan terjejas dengan nilai mata wang.
Jika tiada iman, ada yang sanggup bunuh diri kerana “Dia”. Nialimata wang jatuh akibat
ketamakan manusia.
11. “Aku” menginsafi diri kerana sedar bahawa Tuhan pemberi rezeki. Hanya manusia yang
tamak akan menderita apabila nilai mata wang jatuh, sedangkan hidupanlain masih boleh
hidup dengan aman ketika mencari rezeki.

63
Senario isu kewangan semasa pada tahun 1998.
Malaysia pernah mengalami Krisis Kewangan pada akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1997 dan 1998.
Krisis ini turut dialami beberapa negara serantau di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan
Indonesia. Kejatuhan nilai Baht di Thailand dikatakan sebagai pencetus utama kepada permasalahan
ini. Masalah ini turut menghilangkan keyakinan para pelabur di beberapa negara Asia Tenggara
seterusnya mengakibatkan pelabur-pelabur asing di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan
Filipina melarikan diri. Malaysia yang turut tidak ketinggalan merasai kesan kehilangan keyakinan
para pelabur asing dapat menanganinya dengan pelbagai campur tangan kerajaan. Terdapat
beberapa fakta menarik mengenai Malaysia semasa mengalami krisis kewangan ini.

Kesan daripada krisis ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang membabitkan negara Malaysia, maka
Bank Negara telah melaksanakan satu dasar tambatan nilai matawang demi menyelamatkan negara
kita daripada terus menghadapi kejatuhan nilai ringgit. Berikut adalah cerpen yang ditulis dalam
tahun berkenaan (1998), dan perlu difahami berdasarkan senario krisis matawang tersebut.

MAKSUD MITOS:

Mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai
kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap
sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak serta diterima bulat-bulat untuk dijadikan rujukan.
Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci , kudus dan mempunyai konotasi upacara. Secara
umumnya mitos di hubungkaitkan dengan cerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan
kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci
dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku
pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia.

1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep


atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian
alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka,
dongeng; memitoskan

ULASAN:

Berdasarkan kepada dapatan di atas, maka kepercayaan masyarakat terhadap sejenis kertas yang
dianggap bernilai oleh dianggap satu mitos. Mitos yang kononnya secekak kertas itu boleh
membuatkan seseorang itu bahgia atau sengsara. Semacam ada satu pengaruh luar biasa dan
dipercayai benar oleh sebilangan orang ramai kepada nilai wang. Cuma dalam konteks maksud mitos
cerpen ini, ia tidak wujud unsur-unsur suci pada pandangan agama secara nyata.

TEMA

Cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu kejatuhan
nilai mata wang. Kehidupan manusia sejagat hari ini amat bergantung kepada wang dalam urusan
hidup mereka setiap hari. Seluruh manusia di serata pelusuk dunia, termasuklah di negara kita
menjadi resah dan tidak menentu kerana kejatuhan nilai mata wang. Kejatuhan nilai mata wang
boleh menyebabkan sesebuah negara atau kerajaan muflis, masyarakat menjadi kaya atau miskin.
Ianya boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila, sasau, diserang histeria, hampa, kecewa, putus
asa dan ada yang membunuh diri seperti yang berlaku di kejiranan “Aku”. Bagi sesetengah pihak,
mereka cuba menyalahkan pihak lain kerana kejatuhan nilai matawang. Manusia seolah-olah telah
menjadi hamba kepada wang, dan manusia lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Walau

64
bagaimanapun, orang yang mempunyai kekuatan iman dan meyakini akan kekuasaan Allah yang
memberi rezeki, tidak akan terjejas dengan kejatuhan nilai mata wang.

WATAK PERWATAKAN

Aku / Ayah / Ibu :

seorang yang setia / taat / patuh.


seorang yang menjadi pendorong utama dalam kerjaya suami.
seorang yang pentingkan semangat kejiranan.
mengamalkan konsep keluarga bahagia.
Beriman / bertakwa dan tenang menghadapi sebarang masalah

Dia :

Simbol kepada kejatuhan nilai mata wang / wang ringgit / ekonomi. Penting dalam kehidupan
manusia kecuali manusia yang beriman tidak akan terjejas dengannya.

PERSOALAN

1. Krisis matawang dan ekonomi. Faktor kejatuhan ekonomi yang melanda telah menyebabkan
rakyat gelisah. Begitu juga kehidupan manusia yang bergantung kepada nilai naik turun mata
wang sebagai penentu ekonomi.

2. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan hidup. Kehidupan yang bahagia bukan
bergantung kepada wang ringgit dan kekayaan semata-mata, tetapi kepada hubungan
kekeluargaan dan kasih sayang yang wujud di antara satu sama lain itu adalah lebih penting
demi menjamin kebahagian hidup.

3. Masyarakat yang invidiualistik dan materialistik. Masyarakat menjadi hamba wang. Sesiapa
yang mempunyai wang yang banyak akan berkuasa dan mampu memiliki apa saja serta
menindas kaum yang lain. Begitu sebaliknya. Namun jika hilang segalanya , masyarakat akan
menjadi kacau bilau dan gelisah.

4. Hidup bersederhana dan redha dengan ketentuan Allah. Apabila ditimpa sesuatu masalah
atau musibah dalam kehidupan ini, manusia perlu redha dan tawakal di atas apa jua musibah
yang menimpa. Ketika ditimpa masalah dan musibah, maka kita hendaklah selesaikannya
dengan penuh sabar dan berhemah. Jika sifat redha tidak wujud dalam jiwa seseorang
manusia, maka mereka akan mudah rasa kecewa, mudah mengalah dan sentiasa mengikut
telunjuk hawa nafsu serakah yang ingin memiliki segala-galanya, tetapi dalam bentuk yang
mudah. Contoh jiran “Aku’ ada yang menjerit, jatuh sakit dan mengalami kekecewaan
sehingga ambulan perlu datang ke kawasan kejiranan “Aku”. Oleh itu, kita seharusnya
bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah dan hidup dalam berkesederhanaan.

5. Yakin dengan kekuasaan Allah (S.W.T) dan bersyukur kepadaNya. Manusia seharusnya
percaya dan yakin dengan kewujudan Allah (S.W.T) yang memberi rezeki kepada manusia.
Manusia juga harus bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan, barulah hidup mereka akan
menjadi tenang dan bahagia meskipun kejatuhan ekonomi melanda dalam kalangan mereka.
Beri contoh

65
6 Hidup berkiblatkan wang. Masyarakat yang hidup berkiblatkan wang akan mudah
terpengaruh dengan gejala-gejala negatif seperti dalam penipuan kewangan. Seorang ahli
politik Rusia yang terlibat dengan penipuan kewangan di Amerika telah disingkirkan dari
negaranya kerana ketamakkanya.

7. Keimanan. Orang yang memiliki keimanan yang teguh, hati dan perasaan mereka tidak akan
mudah goyah atau gelisah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Hal ini adalah
kerana mereka yakin bahawa apa yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah SWT semata-
mata. Keimanan kepada Allah menjadi benteng daripada dipengaruhi kejatuhan nilai
matawang yang akan menimbulkan kegelisahan masyarakat. Watak “Aku” berdoa kepada
ALLAH untuk memperteguhkan keimanannya agar tidak terpengaruh dengan kejatuhan mata
wang. Aku percaya rezeki daripada ALLAH. Kata ayah, manusia yang beriman sahaja tidak
akan tunduk kepada dia yang banyak membuat tipu daya dan tipu helah (hlm. 129)

8. Sejarah /Asal usul nilai mata wang


9. Persoalan kesetiaan
10. Persoalan kemiskinan.
11. Hubungan kekeluargaan yang erat dapat menjamin kehidupan yang baik
12. Kasih sayang suami isteri/ taat suami
13. Rezeki adalah pemberian Tuhan

NILAI

1. Beriman-Hanya mereka yang mempunyai keimanan yang teguh tidak mudah goyah dan
terpedaya dengan tipu daya dan tipu helah yang berkait dengan mata wang kata ayah
kepada penulis. (hlm. 129)
2. Kasih sayang- Kasih sayang antara suami isteri biarpun sudah mengjangkau usia emas tetap
utuh sepertimana kasih sayang ibu penulis tak pernah luak untuk suaminya. (hlm.132)
3. Rasional-Akal fikiran manusia sebenarnya adalah keyakinan yang akan menentukan apa jua
keputusan yang hendak dibuat. Ayah penulis yakin dengan akal fikirannya sebab itu dia dapat
merasakan kesan kejatuhan mata wang yang turut mempengaruhi kehidupan penulis. (hlm.
133)
4. Keyakinan- Ayah amat yakin yang kejatuhan mata wang yang berlaku akan memberi kesan
pada kehidupan mereka sekeluarga, cuma orang yang beriman sahaja yang mampu
menghadapinya.
5. Kesetiaan- Ibu penulis setia berada bersama dengan ayahnya biarpun kehidupan mereka diuji
dengan pelbagai dugaan dan cabaran.(hlm. 136)

6. Bersyukur
7. Percaya dan Beriman kepada Tuhan
8. Masyarakat yang tamak dan bersikap materialistik.
9. Masyarakat yang mudah panik.
10. Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya barat

66
MESEJ PENGARANG

Nilai kejiranan masyarakat Bandar.Dalam kehidupan bermasyarakat, kita haruslah sering


berhubungan antara satu sama lain. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Islam hendaklah
hidup berjiran.

Kasih sayang Suami / Isteri / keluarga. Konsep sayang menyayangi antara satu sama lain perlu wujud
dalam hubungan suami isteri atau dalam keluarga agar hidup kita bahagia dan aman. Melalui sikap
kasih sayang yang di amalkan, maka lahirlah sikap sanggup berkorban, simpati, taat dan saling ingat
mengingati antara satu sama lain. Melalui cerpen / drama

Kesetiaan / Taat Suami / Isteri. Kesetiaan penting dalam menjamin keharmonian berumahtangga.
Suami isteri tidak digalakkan bertengkar dan bergaduh serta bersikap ego kerana sikap-sikap ini
membawa keburukan kepada kehidupan rumahtangga.

- Pentingnya kasih sayang dalam sesebuah keluarga


- Pentingnya budi bahasa/kesopanan /kesefahaman di kalangan ahli keluarga
- Pentingnya kesabaran
- Pentingnya sikap saling memahami di kalangan suami isteri
- Pentingnya sikap yakin dan berjimat cermat dalam mendepani sebarang masalah/ masa depan

SUDUT PANDANGAN

Sudut Pandangan Orang Pertama. Pengarang menggunakan Sudut Pandangan Orang Pertama
dengan menggunakan ganti nama “Aku
Sudut Pandangan Orang Ketika /Serba Tahu. Menceritakan tentang “Dia”/ “ Aina”

TEKNIK PENCERITAAN

1 Pemerian. Pengarang menceritakan secara langsung tentang watak, peristiwa


FAKTA
atau suasana. Tujuan pengarang menggunakan teknik ini adalah untuk
memerikan atau menjelaskan sesuatu. “Dia” (wang). Pengarang secara ironis
memberikan gambaran tentang golongan Intelektual turut tepengaruh dengan HURAIAN
kejatuhan “Dia” dan sesetengah masyarakat terlalu obsess dengan pengaruh
budaya Barat . Contoh ketika “Dia” jatuh dan datang mengetuk pintu,
ULASAN
masyarakat menjadi huru hara. Teknik ini ditampilkan bagi mencetuskan
gambaran sesuatu perkara serta menimbulkan daya imaginasi pembaca
terhadap situasi perkara tersebut. CONTOH
KESAN /K.KECIL

2 Dialog. Boleh dikatakan sebagai nadi penggerak sesebuah cerita kerana keaslian karya
banyak bergantung kepada dialog yang dituturkan oleh watak yang terdapat dalam cerita.
Dialog yang paling dominan diucapkan ialah perbualan diantara watak utama iaitu “Aku” dan
“Ayah” Perbualan antaranya menyentuh tentang “Dia” yang mengetuk pintu rumah mereka.
Kesan : agar dapat menghidupkan suasana persekitaran isi cerpen kerana ia bersesuaian
dan bertepatan dengan pemikiran dan perasaan watak-watak pada masa itu.

67
Dialog. Pertuturan antara watak-watak yang terpapar dalam fikiran atau pendapat dan
persoalan dalam karya. Dalam cerpen ini jelas terdapat dialog antara watak utama dengan
watak-watak lain yang penting untuk meneruskan kelansungan cerita atau menyelesaikan
sesuatu persoalan. Misalnya :

3 Imbas kembali. Pengarang menceritakan peristiwa atau kejadian yang digambarkan semula
melalui penceritaan semula seperti mimpi, kenangan atau ingatan watak.

4 Imbas muka. Bayangan yang membolehkan pembaca meramal atau menjangka sesuatu yang
akan berlaku dalam plot. Lazimnya dalam bentuk kata-kata ramalan ( secara halus atau
tersembunyi ) atau bagi menimbulkan sesuatu peristiwa yang mempunyai makna tertentu.

5 Monolog. Bererti pernyataan fikiran secara bersendirian. Seeorang watak yang bermonolog
bermaksud berbicara seorang diri. Hal ini terjadi kerana cetusan rasa atau suara hati yang
terluah secara tanpa disedari. Berbeza dengan monolog dalaman yang merupakan kata hati
atau pengucapan batin seseorang watak. Contohnya:

Kesan : Memberi kesan yang amat produktif dalam menyerlahkan keluhan dan permasalah
/ persoalan yang dialami oleh watak sehingga pembaca turut merasa kesannya.

6 Perulangan. Perulangan ialah kata-kata, frasa atau ayat yang diulang-ulang dalam sesebuah
karya dengan tujuan memberi penekanan atau pemberatan terhadap apa yang cuba
dinyatakan oleh pengarang.

PANDANGAN SAWARJAGAT / PENDAPAT ANDA

Menilai cerpen ini seolah-olah manusia dalam kekalutan dan rasa bimbang yang amat sangat ketika
“Dia” jatuh. Kebimbangan ini dipengaruhi rasa risau kerana sejenis kertas yang asalnya diberi nilai
yang amat tinggi tiba-tiba jatuh nilai kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktornya ialah
kerana perlakuan seorang yang dianggap penyangak matawang. Kebimbangan penduduk negara kian
bertambah apabila berita kejatuhan nilai kertas tisu dilaporkan melalui media seperti televisyen.
Contoh dapat dilihat ketika “Dia” mengetuk pintu dikejiranan “Aku”, ramai yang jatuh sakit, menjadi
takut dan kurang waras.

Perbincangan semakin hangat apabila nilai secekak kertas tisu jatuh, maka kuasa membeli akan
berkurangan. Barang yang dahulunya mampu dibeli dengan harga yang murah, kini sudah menjadi
mahal kerana nilai pertukaran sudah berubah. Penduduk dalam negara akan menjadi miskin lantaran
tidak mampu membeli dengan kuantiti yang banyak dan tidak boleh bermewah-mewah lagi. Ekonomi
negara dianggap tidak selamat dan tidak stabil kerana harga pertukaran semakin mahal. Harga
saham menjadi semakin murah. Gambaran ini menunjukkan ekonomi negara kian tergugat dan
sesuatu aktiviti menyelamatkan ekonomi perlu dilakukan. Pemimpin negara perlu bertindak dengan
cekap bagi menambat nilai kertas tisu yang sudah jatuh ini. Kisah tentang kertas tisu menjadi mitos
kerana faktor berikut:

Ramai orang percaya tentang kekuasaan secekak kertas tisu. Kepercayaan ini sudah sebati dalam jiwa
manusia kerana menggunakan kertas sebagai nilai pertukaran. Pada awalnya kertas itu dicagarkan
kepada nilai emas, dan bermulalah secekak kertas tisu dipercayai dengan nilai yang tinggi. Manusia
dianggap kaya dan mulia apabila memilikinya dengan jumlah yang banyak. Namun kepercayaan itu
terhakis apabila nilia kertas itu turun.

68
Masyarakat yang mengagungkan-agungkan wang .Secekak kertas tisu dianggap sesuatu yang mulia
dan agung. Seolah-olah kertas itu menjadi dewa dunia. Manusia berharap kepadanya agar terus
bernilai tinggi bagi memastikan kelangsungan hidup mereka. Tanpanya manusia menjadi resah dan
terasa miskin. Hakikatnya jika manusia tidak terlalu bergantung kepadanya sebenarnya mereka
mampu untuk meneruskan kehidupan.

Wujud unsur luarbiasa terhadap kertas tisu. Sejenis kertas yang tidak mempunyai apa-apa
keistimewaan dan berharga murah tiba-tiba mempunyai nilai yang tinggi setara dengan nilai emas.
Keadaan ini tentunya sangat luarbiasa. Seterusnya kejatuhan nilainya juga dianggap luarbiasa juga.
Terdapat pelbagai anggapan tentang faktor kejatuhannya. Namun faktor kejatuhannya tidak dapat
ditentukan dengan jelas. Lalu ramai orang bimbang terhadap kejatuhan nilainya yang semakin
merudum.

Kepercayaan kewujudan nilai mata wang yang digunakan dari dulu. Cerita tentang kertas tisu ini
bermula sejak sekian lama. Ramai orang telah menggunakannya di seluruh dunia. Ia berlegar-legar ke
serata tempat dan mempengaruhi kehidupan manusia sehingga manusia percaya tentang
kekuasaannya dan seterusnya bergantung kepadanya. Ada disebutkan ia dipercayai sejak zaman
Sumeria dan kerajaan Babylon. Secara turun temurun penggunaan kertas seumpama ini diwarisi
sehingga kini.

Masyarakat yang hidup dalam kesederhanaan.

69
BAB 3
MELANKOLIK DI ATAS RUMPUT
Fatimah Busu (lahir bulan Januari 1943)
ialah seorang penulis novel, cerita
pendek dan cendekiawan Malaysia.
Beliau tidak sahaja merupakan antara
pelopor sastera kontemporari cereka
bahasa Melayu, malah juga pengulas
sastera bahasa Malaysia yang pertama

Setelah tamat pendidikan formalnya di


sekolah rendah dan menengah, beliau
menyambung pengajian dengan
mengikuti kursus perguruan di Maktab
Perempuan Melayu, Durian Daun,
Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat
sebagai guru selama hampir 10 tahun.

Pada awal dekad 1970-an, beliau


menyambung pengajian tingginya di
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik,
Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti
yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini
beliau berkhidmat secara kontrak sebagai pensyarah Fakulti Kemanusiaan USM

Karya pertamanya suatu cerita pendek berjudul Kerana Adik yang terbit dalam majalah Mutiara
tahun 1959. Kerya cerpen keduanya Hari Pesta diterbitkan Gelanggang Filem pada tahun berikutnya.
Novel pertama karangan beliau Ombak Bukan Biru terbit tahun 1977. Pada 2011, beliau juga
membentangkan kertas kerja bagi mempertahankan kewajaran novel Interlok karya SN Abdullah
Hussein. PENA menggunakan kertas kerja itu untuk mempertahankan Interlok sebagai teks Komsas
Tingkatan 5. Puluhan cerpen siaran media, antologi cerpen, antologi sajak, esei sudah dihasilkan.
Sejak tahun 1956. Pelbagai anugerah sastera sejah tahun 1971 diperolehi, termasuk menolak
anugerah SEA writers award di Thailand sekitar tahun 2004 dan polemik pencalonan beberapa tahun
sebelumnya oleh pejaga pagar sastera Malaysia

SINOPSIS
Cerpen “Melankolik di Atas Rumput”, karya Fatimah Busu, mengungkapkan satu persoalan penting
iaitu berkaitan Alam roh atau hari kebangkitan semula selain menceritakan pengalaman “Aku”.
Penulis menggunakan perkataan aku seolah-olah mewakili dirinya. “Aku” tertidur dengan alunan lagu
dodoi dan nasihat. “Aku” teringatkan ibu dan ayah yang telah tiada. “Aku” mengenang dan
membayangkan keadaan ibunya di dalam liang lahad. Ibunya sedang tidur aman dan mengharapkan
supaya roh ibunya dalam keadaan selamat dan mengharapkan balasan syurga Allah. Lalu disertakan
beberapa maksud ayat al-Quran yang menjanjikan balasan baik bagi orang mukmin yang taat kepada
Allah serta sanggup berkorban demi anak-anaknya. Ayah dan ibu “Aku” pernah kematian tiga orang
anaknya iaitu kembar yang belum matang dan seorang bayi lelaki.

“Aku” juga memikirkan untung nasibnya sesudah mati. Beliau sering berdoa sebelum waktu beradu
seandainya kematian menjelang tiba pada waktu tidurnya. “Aku” berharap agar beliau mati dalam
keadaan yang aman dan baik, tidak menyusahkan mana-mana pihak. Beliau bersyukur telah melalui
semua proses kehidupan daripada waktu lahir sehinggalah dewasa membesar seperti orang lain.
70
Beliau berharap agar kematiannya tidak berpunca dari khianat. Beliau selalu bersedia dan mengingati
mati. Contoh sebelum tidur, “Aku” akan merapikan dirinya agar auratnya sentiasa terpelihara apabila
beliau mati. “Aku” percaya setiap yang hidup, pasti akan mati.

“Aku” sedar, manusia kini lebih mengejar duniawi. Oleh itu, beliau memohon doa untuk ibu bapa dan
dirinya. “Aku” juga memohon taubat, membaca ayat suci Al-Quran dan berselawat sebelum tidur.
“Aku”mengingatkan dirinya seorang perempuan biasa. Berumur 60 tahun. Lahir dan membesar di
bumi Tuhan dan dalam kemiskinan. Namun kehidupannya berubah setelah beliau merantau
menuntut ilmu. Beliau telah bersekolah sehingga peringkat universiti, mendapat PhD. Menjadi guru
dan pensyarah. Kini sudah bersara dan menjadi ibu tunggal. Seterusnya “Aku” mengucapkan rasa
syukur kerana masih dipanjangkan usia sekalipun sudah bersara dan menjadi orang biasa-biasa
sahaja tanpa darjat, gelaran dan harta yang banyak. “Aku” sudah sedia untuk hidup sendirian dan
ditinggalkan anak-anak. Beliau juga merasakan dunia kehidupan yang lalu umpama longgokan
sampah sarap.

Pada waktu malam “Aku” akan cuba bangun untuk beribadat meskipu godaan syaitan terlalu banyak.
Pada waktu malam ini, “Aku” tersedar dari tidur dan seolah-olah sedang berada di satu dunia asing
dan terasa semacam beliau sudah mati. Namun apabila diamat-amati, beliau tidak mati tetapi sedang
berada di kawasan tanah datar yang dipenuhi dengan rumput-rumput. Di hadapannya ada lautan dan
persekitarannya ada tanah tinggi yang juga dipenuhi dengan rumput. “Aku” teringat tempat beliau
melakukan ibadat. Beliau masih dapat melihat katil yang dibelinya dari Jakarta ketika membuat kajian
tesis. Kayu jati , bercat hitam.

“Aku’ membeli katil tersebut kerana kesian kepada penjual yang mempunyai anak yang ramai. Malah
“Aku” telah bersedekah sebanyak 10,000 rupiah kepada anak kecil penjual tersebut. Penjual
mengucapkan syukur dan berdoa dengan menadah tangan ke langit. “Aku” melihat keadaan
sekeliling yang asing. Dalam mimpi, tiada kelihatan bilik air, paip dan kolah yang selalu digunakan
“Aku” untuk mengambil air sembahyang. Cuma yang ada langit, laut dan tanah rumput yang
menghijau dan tempayan. “Aku” mengambil air sembahyang dan beribadat dengan perpandukan
bintang sebagai arah kiblat. Setelah selesai, beliau membaca Al-Quran dan berzikir daripada tengah
malam, subuh, duha hinggalah ke petang. Beliau melihat perubahan cuaca yang berlaku di situ dan
bertanyakan sama ada beliau akan mati di situ.

“Aku” teringat kematian Si Amat yang dibunuh oleh penyangak. Ramai yang menangisi kematiannya
dan memberikan sumbangan. “Aku” yang masih kecil dan hidup dalam kemiskinan akan mencari sisa-
sisa makanan di wakaf. “Aku” berdoa agar kematiannya, tidak diganggu oleh sesiapapun dan bebas
dari umpatan dan fitnah. “Aku” terus berzikir sambil menikmati keindahan alam. Lalu terbayang
lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang
korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini
diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan
darah dan mencapai kedamaian. Antara peristiwa kekejaman perang yang “Aku” ingat ialah:-

1. Aayat Akras, pemuda Palestine yang dibom oleh Yahudi. Tubuhnya hancur berkecai.
Dagingnya bertaburan.
2. Si Uzaiq, anak kecil yang berbogel di antara runtuhan bangunan kota baghdad.
Menggenggam dua ketulan daging ibu dan ayahnya. Dihulurkan ketulan ke penjalan kaki
termasuk askar Amerika. Tiada yang mahu,lalu dimakan ketulan yang seperti gula-gula untuk
meneruskan hidup.
3. Kelihatan gadis kecil, Syifaq Baniza di Afghanistan. Syifaq menyediakan kuih rumput untuk
makanan adik-adiknya yang sudah menjadi yatim piatu.
4. Di Tak Bai, beribu wajah seperti Si Seminah dan Si Kadir menanti anak-anak teruna mereka
kembali daripada tunjuk perasaan. Beribu wajah seperti Si Mariam dan Si Hussin menunggu
anak-anak gadisnya yang hilang ketika tunjuk perasaan. Kebanyakkan putera-putera tunjuk
perasaan disembelih dan dihumban ke laut atau hilang.

71
5 “Aku” bertanyakan tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu. “Aku” bersyukur negeri beliau
masih aman. “Aku” melihat pembalasan yang diperoleh oleh yang yang kejam dan orang
yang terinaya.

PLOT

Dalam cerpen “Melankolik di Atas Rumput”, karya Fatimah Busu, persoalan kebenaran menjadi satu
aspek penting. Kebenaran yang diperkatakan ialah kebenaran tentang alam selepas mati, iaitu alam
kubur. Pandangan Islam telah digunakan oleh pengarang ini untuk mempotretkan kebenaran itu
secara kreatif dan imaginatif. Mengikut Islam, terdapat beberapa peringkat alam yang dilalui
umatnya.

Bermula dengan alam roh, beralih ke alam rahim, kemudian ke alam nyata, iaitu dunia, alam kubur
iaitu alam barzakh dan alam akhirat. Alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Salah satu
rukun iman dalam Islam adalah mempercayai wujudnya alam akhirat. Dengan kata lain mengikut
ajaran Islam, alam kubur yang menjadi sebahagian daripada alam akhirat adalah benar dan cerpen
“Melankolik di Atas Rumput” merakamkan kebenaran itu.

Watak “Aku” dalam cerpen ini merupakan seorang wanita yang telah mencapai umur 60 tahun dan
dia rela untuk bertemu dengan kematiannya kerana kematian adalah sesuatu yang pasti datang.
Setiap yang hidup itu akan mati. Umat Islam seperti “aku” percaya bahawa alam kubur akan menanti
mereka setelah datangnya kematian. Alam kubur pada dasarnya adalah sangat gelap,sempit, sunyi
dan tidak selesa.

Namun, alam kubur yang menakutkan itu akan bertukar menjadialam yang selesa apabila seseorang
itu semasa hidupnya menyempurnakan syarat-syarat yang telahditetapkan. Manusia yang beriman,
iaitu yang mengamalkan ajaran Islam semasa hidupnya akanmenikmati alam kubur yang lebih selesa.
Alam kubur bagi yang beriman diperlihatkan melaluidialog antara seorang anak dengan kedua-dua
orang tuanya:

“Oh ibu…oh bapa…


Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”- “Jangan tinggalkan sembayang…”
Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang?”- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…”
Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah
larang.”

Petikan di atas menyatakan bahawa bagi orang yang beriman, alam kubur akan menjadi satu tempat
yang menyenangkan selepas mati. Jika seseorang itu menurut apa-apa yang dikehendaki atau
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah, apabila dia meninggal dan memasuki alam
kubur, maka dia akan memasuki satu fasa yang menyenangkan. Kebenaran tentang alam kubur yang
menyenangkan ini dikonkritkan dalam cerpen “Melankolik di Atas Rumput”melalui teknik mimpi.

Watak “aku” telah bermimpi tentang alam kubur ini sebagai wanita yang telah berusia,“aku” telah
melalui pelbagai pengalaman hidup; punya seorang anak, punya pelajaran yang tinggi, punya
pekerjaan yang baik dan kuat beribadat. Apabila usia semakin hampir ke hujung senja,“aku”
merasakan kematian akan menjenguknya. “Aku” menginginkan sebuah kematian yang diredhai.
“Aku” sedar hidup adalah bersifat sementara seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.
“Aku mengamalkan semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk memperoleh alam kubur yang selesa
jika dia menemukan kematiannya. Keinginan itu dicapai dalam satu mimpi. Dalam mimpi itu aku
telah terjaga dan semacam diperlihatkan kepadanya alam kuburnya yang luas, terang dan indah.

Apakah di sinilah daerahku yang akan datang? Di Wilayah semesta yang berumput
ini? Pembaringanku ini liang lahadnya? Dan kelambu ini jadi belindanya? Dan pokok yang satu ini

72
jadi nisannya? Kalau inilah takdirnya bagi daerahku yang akan datang. Aku terlalu bersyukur kepada
Allah S.W.Tku. Aku sangat bersyukur!”

“Aku” bukan sahaja bermimpi melihat alam kuburnya, tetapi juga melihat satu lagi peringkat alam
akhirat, iaitu satu tempat, padang Mahsyar. Semua makhluk Allah itu dibangkitkan kembali darialam
kubur mereka di padang Mahsyar. Mereka dibangkitkan kembali daripada alam kubur untuk diadili
kebajikannya. Yang berat dosanya akan dihukum setimpalnya.

Melalui unsur-unsur magis diperlihatkan satu kebangkitan, bukan sahaja manusia tetapi juga
binatang. “Aku” bermimpi melihat kemenangan berada di pihak umat Islam. Mereka yang menindas
umat Islam seperti tentera Amerika, Israel dan Thailand telah dihukum seperti menarik pedati yang
dinaiki oleh umat Islam. Dengan kata lain cerpen “Melankolik di Atas Rumput” telah
mengetengahkan satu kebenaran mengikut ajaran Islam iaitu tentang alam akhirat khususnya alam
kubur

TEMA

Pengarang memperincikan / mengungkapkan kehidupan selepas mati. Cerpen ini bercirikan


keagamaan di mana ia menceritakan tentang kehidupan sebelum mati secara am dan
mengkhususkan serta menceritakan secara terperinci tentang kehidupan selepas mati mengikut
perjalanan yang ditetapkan dalam Islam.

Kebenaran tentang alam selepas mati, iaitu alam kubur dipotretkan oleh pengarang secara kreatif
dan imaginatif mengikut pandangan Islam. Terdapat beberapa peringkat yang akan dilalui oleh
masyarakat Islam iaitu bermula dengan alam roh, beralih ke alam rahim, kemudian ke alam nyata,
iaitu dunia, alam kubur iaitu alam barzakh dan alam akhirat. Alam kubur adalah sebahagian daripada
alam akhirat dan termaktub di dalam rukun iman iaitu percaya kepada hari akhirat.

Bertemakan keagamaan iaitu tentang perjalanan seseorang ketika masih hidup yang
bermimpi tentang kematiannya. kebenaran alam selepas kematian iaitu alam kubur FAKTA
atau alam barzakh yang juga merupakan salah satu dari Rukun Islam yang perlu
dipercayai oleh orang Islam. Pengarang menggunakan teknik mimpi bagi HURAIAN
menggambarkan alam kubur yang diperlihatkan kepadanya, di mana dia tersedar dan
berada di sebuah wilayah semesta yang berumput dalam suasana kudus, bening dan
senyap. Kesimpulannya, cerpen yang bertemakan keagamaan ini dapat menambahkan ULASAN
nilai keimanan dan kesedaran dalam diri pembaca.
KESAN /K.KECIL
CONTOH
MAKSUD PERKATAAN

Ada yang menunggang keldai. Manusia yang menggunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan
diri sendiri. Orang yang pintar telah memperbodohkan orang yang kurang ilmu. Mereka menindas
golongan bawahan

Terdapat beribu-ribu juta manusia yang menunggang manusia. Manusia yang saling bergantung
hidup pada manusia lain. Manusia yang bertuhankan manusia. Manusia yang berkuasa dan
mengambil peluang untuk menidas orang lain.

Manusia menunggang syaitan. Manusia yang mengikut jejak syaitan. Manusia yang melakukan
kejahatan untuk mencapai tujuan dan kepentingan diri masing-masing. Manusia yang suka mengikut
kata hati untuk menjatuhkan orang lain. Manusia yang sanggup melakukan apa saja yang tidak baik
untuk kepuasan diri sendiri.

73
CONTOH PERISTIWA YANG TERDAPAT DALAM CERPEN MELANKOLIK DI ATAS RUMPUT

Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Contoh pengarang menceritakan
bahawa ‘aku’ teringat akan ibu bapanya serta tiga adik beradiknya yang sudah meninggal. Adik
beradiknya meninggal sebelum mereka matang.

Peristiwa di Indonesia
“Aku’ membeli katil tersebut kerana kesian kepada penjual yang mempunyai anak yang ramai. Malah
“Aku” telah bersedekah sebanyak 10,000 rupiah kepada anak kecil penjual tersebut. Penjual
mengucapkan syukur dan berdoa dengan menadah tangan ke langit.

Peristiwa kematian Si Amat


“Aku” teringat kematian Si Amat yang dibunuh oleh penyangak. Ramai yang menangisi kematiannya
dan memberikan sumbangan. “Aku” yang masih kecil dan hidup dalam kemiskinan akan mencari sisa-
sisa makanan di wakaf. “Aku” berdoa agar kematiannya, tidak diganggu oleh sesiapapun dan bebas
dari umpatan dan fitnah.

Peristiwa kezaliman dan penindasan umat Islam


“Aku” terus berzikir sambil menikmati keindahan alam. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya
dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia
di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu
senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian.
Antara peristiwa kekejaman perang yang “Aku” ingat ialah:

1. Ayat Akras, pemuda Palestine yang dibom oleh Yahudi. Tubuhnya hancur berkecai.
Dagingnya bertaburan.
2. Si Uzaiq, anak kecil yang berbogel di antara runtuhan bangunan kota baghdad.
Menggenggam dua ketulan daging ibu dan ayahnya. Dihulurkan ketulan ke penjalan kaki
termasuk askar Amerika. Tiada yang mahu, lalu dimakan ketulan yang seperti gula-gula untuk
meneruskan hidup.
3. Kelihatan gadis kecil, Syifaq Baniza di Afghanistan.Syifaq menyediakan kuih rumput untuk
makanan adik-adiknya yang sudah menjadi yatim piatu.
4. Di Tak Bai, beribu wajah seperti Si Seminah dan Si Kadir menanti anak-anak teruna mereka
kembali daripada tunjuk perasaan. Beribu wajah seperti Si Mariam dan Si Hussin menunggu
anak-anak gadisnya yang hilang ketika tunjuk perasaan. Kebanyakkan putera-putera tunjuk
perasaan disembelih dan dihumban ke laut atau hilang.
5 “Aku” bertanyakan tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu. “Aku” bersyukur negeri beliau
masih aman. “Aku” melihat pembalasan yang diperoleh oleh yang yang kejam dan orang
yang terinaya.

PERSOALAN /PENGAJARAN
1. Kebangkitan semula selepas mati
2. Percaya kepada rukun iman iaitu hari akhirat
3. Beriman kepada Tuhan / Allah S.W.T .
4. Bersyukur dan menghargai kehidupan yang dilalui.
5. Berdoa, bertaubat dan berzikir
6. Kematian yang pasti akan datang pada setiap manusia. (hlm. 139-140) Persoalan keadaan
ketika kematian yang bakal dihadapi suatu hari nanti. Penulis membayangkan keadaannya
apabila menghadapi saat kematian.
7. Ketamakan manusia dan kemiskinan hidup
8. Kekejaman manusia dan penindasan manusia yang lemah
74
9. Kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara sahaja (hlm. 141).
10. Perang membawa kesengsaraan
11. Bersedekah dan membantu orang yang susah
12. Setiap perbuatan akan dibalas dengan balasan yang setimpal.
13. Gambaran tentang alam kubur atau alam barzakh(hlm.147-149)
14. Kemiskinan di kalangan penduduk kawasan luar Bandar (hlm. 150)
15. Kawasan perkuburan menjadi sarang maksiat (hlm. 151)
16. Bahaya fitnah dalam kehidupan manusia (hlm. 151-152)
17. Kekejaman dan kezaliman ke atas umat Islam (hlm. 152-155)
18. Hari akhirat (hlm. 157 -159)

WATAK PERWATAKAN

Perwatakan "Aku"

Latarbelakang "Aku" dalam cerpen ini menunjukkan bahawa beliau seorang perempuan yang hidup
bersendirian. Beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak. "Aku" adalah seorang bekas pensyarah
dan telah bersara. Seorang yang kuat beribadat dan sentiasa memikirkan masalah umat manusia di
seluruh dunia terutamanya umat Islam.

“Aku” dinyatakan sebagai seorang yang berumur dan mempunyai seorang anak lelaki. (m/s 144) .
Beliau bekerja sebagai guru , kemudian menjadi pensyarah dan kini beliau telah bersara. Pernah
menjalani liku-liku hidup dari seorang gadis, andartu, ibu, ibu tunggal dan janda. Seorang yang baik
hati, warak, taat kepada perintah Allah S.W.T , beriman dan ikhlas ( m/s 146 ). Mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dan tinggi. Hal ini capat dibuktikan melalui kelayakkannya iaitu B.A, M.A dan
PHD.

PEMIKIRAN / GAMBARAN MASYARAKAT

Berilmu (fakta nilai) / Kepentingan Ilmu Dunia dan Akhirat (Fakta Pemikiran)/
Masyarakat yang mementingkan ilmu (Fakta gambaran masyarakat). Pengarang FAKTA
menegaskan ilmu amat penting dalam kehidupan bagi menjalani kehidupan dan jika kita
ingin dihormati serta maju kehadapan. Tanpa ilmu kita akan ketinggalan. Menerusi ULASAN
cerpen ini, pengarang mengetengahkan watak ”Aku” yang memiliki ijazah sehingga
keperingkat kedoktoran dan bekerja sebagai guru serta pensyarah. bagi mencurahkan
ilmu bakti kepada masyarakat. ”Aku” juga mempelajari ilmu agama dan setelah bersara
CONTOH
beliau mengabdikan diri kepada Tuhan dan agamanya. Kesimpulannya, ”Aku” yang
memiliki ilmu dunia dan akhirat dapat membentuk jati diri yang seimbang. HURAIAN
KESAN /K.KECIL

Masyarakat moden yang mengamalkan cara hidup sosial /songsong /Pengaruh Barat. Cerpen ini
juga memaparkan golongan manusia yang hidup dalam kepura-pura, berdamping dengan syaitan,
gemar berjudi, penzina, penggemar nombor ekor , penabur fitnah sehingga tidak takut akan
pembalasan yang akan diberi dan azab seksa setelah mati. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa
dimana “Aku” melihat manusia menunggang iblis dan mengejar duniawi.( m/s 142 )

Ketaatan .“Aku” ingat akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah yang diwajibkan melaksanakan
perintahnya dan meninggalkan larangannya.

Muhasabah diri .“Aku” sedar bahawa dia hanyalah manusia biasa.

75
Kesyukuran.“Aku” bersyukur dengan berdoa sebagai tanda terima kasih kepada Allah apabila dia
terjaga dari tidur dan mendapati dirinya masih hidup.

Nilai-nilai negatif yang meruntuhkan nilai moral adalah seperti berikut:-

Terjebak dengan najis dadah. Mereka yang terjebak dengan najis dadah akan hilang maruah diri dan
menjadi sampah masyarakat. (m/s 151). Beri contoh peristiwa

Melakukan zina. Berzina merupakan satu dosa besar yang dapat meruntuhkan nilai-nilai
kemanusiaan dan maruah serta harga diri dipandang rendah dalam masyarakat.

Penggemar nombor ekor. Perbuatan bermain nombor ekor adalah satu bentuk judi yang akan
merosakkan akhlak seseorang. Akviti juga juga mengundang kepada pergaduhan, keretakan
rumahtangga dan masalah-masalah sosial lain dalam masyarakat.

Perbuatan memftnah. Perbuatan suka memfitnah akan mengucar-kacirkan masyarakat,


menimbulkan salah sangka, mewujudkan sengketa , perpecahan masyarakat, hubungan renggang
dan sebagainya

Penindasan terhadap orang-orang Islam (m/s 154). Penindasan telah memberikan kesan negatif
dalam kehidupan masyarakat. Malah ada yang kehilangan nyawa, tempat tinggal dan harta benda.
Contoh seperti yang berlaku Palestin, Kota Baghdad, Afghanistan, Tak Bai – anak-anak yang menjadi
mangsa

Masyarakat yang gemar menabur fitnah


Beriman kepada Tuhan / Allah S.W.T
Kuasa / Takdir Tuhan mengatasi segalanya
Percaya akan kewujudan hari khiamat
Pergolakan dunia – peperangan, tunjuk perasaan yang menyebabkan kematian / Peperangan yang
membawa kemusnahan.

Unsur-unsur keagamaan yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan


adalah seperti berikut:-
Gambaran kebangkitan semula selepas mati / alam kubur/ Gambaran selepas mati / khiamat.
Kepercayaan pada hari khiamat / mati / kebangkitan. Umat Islam berpegang teguh kepada rukun
iman dan rukun iman yang kelima ialah percaya kepada hari khiamat. Pada hari kebangkitan selepas
khiamat, umat manusia akan dihitung dosa dan pahalanya. Bagi orang-orang yang tidak beriman
digambarkan berada dalam sangat gelap, tiada tingkap, tiada pelita, sempit, menghimpit menindih,
tiada selimut, seorang diri. Manakala bagi mereka yang beriman digambarkan berada dalam keadaan
lapang, diterangi cahaya terang benderang dan selesa. Contoh ”Aku” melihat gambaran seksaan yang
diterima oleh golongan zionis kerana didunia golongan ini telah menyeksa umat Islam. Oleh itu
gambaran hari kebangkitan dapat menimbulkan kinsafan dalam diri kita dan sentiasa melakukan
kebaikkan. Dengan ini kita haruslah merebut peluang untuk menjadi orang yang beriman iaitu
melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya

76
Mohon buat ayat huraian dan juga ayat yang menunjukkan fakta dapat
dijadikan pedoman kepada kita seperti di atas. Di bawah adalah fakta dan
contoh sahaja

Kewujudan / Nama syurga. Firdaus,Naim,Adan,khuldi, Maqwa, Dares –Salam dan Darul Jalal (m/s
139 dan 140). Banyak kelebihan yang Allah berikan kepada yang dimasukkan ke dalam syurga .
Memohon doa agar ditempatkan ke dalam syurga Allah di akhirat nanti

Asal-usul kejadian manusia. Dalam Al- Quran diperjelaskan tentang kejadian manusia yang
dicampakkan ke alam rahim ibu, dilahirkan ke dunia dan akhirnya dimatikan.( m/s 140). Sentiasa
bermuhasabah dan menginsafi diri

Dunia hanyalah sementara / Percaya padahari kiamat. Hidup di dunia ini hanyalah sementara waktu
sahaja sebagai satu persinggahan untuk ke negeri yang kekal. Waktu pagi akan berganti petang,
waktu siang berganti malam,yang hilang akan berganti datang dan sampai waktunya manusia akan
mati. (m/s 141). Manfaatkan waktu hidup dengan perkara yang baik

Beriman / Percaya kepada Tuhan dengan menunaikan solat. Menunaikan solat Subuh dan solat
sunat iaitu , sunat Isyraq, Duha (m/s 148). Membaca Al-Quran....penulis baca ayat dalam Surah al Fajr
(m/s 1420, Surah al Isra (m/s 148). Mentaati perintah Allah

Simpati/pemurah/baik hati dengan bersedekah. Membeli katil kayu jati 150 000 Rp daripada tuan
punya kedai perabut di Jakarta tanpa menawar harga kerana simpati dan menyedekahkan 10 000 Rp
kepada anak tuan punya perabut. (m/s 146). Menyemai sikap berperikemanusiaan

Bersyukur dan berdoa. Melahirkan rasa terima kasih dengan anugerah yang telah Allah berikan
dalam kehidupan (m/s 149). Sentiasa redha dan bersyukur dengan nikmat dan pemberian Allah

NADA / INTUISI / PEMIKIRAN PENGARANG

Pengarang menggunakan nada melankolik dan sayu bagi mengambarkan suasana kehidupan “Aku”
selepas mati dan bagi mengungkapkan persoalan yang dihadapai oleh “Aku’ sewaktu menjalani
kehidupannya sebelum dan selepas mati. Pengarang cuba mengajak pembaca agar sedar tentang
kehidupan yang dilalui oleh mereka hanyalah pinjaman dan boleh di ambil kembali bila-bila masa
sahaja. Kehidupan yang baik dan mengikut panduan yang betul akan dibalas dengan baik dan
begitulah sebaliknya turut digarap mengikut persepsi pegangan agama Islam.

Pengarang cuba menyampaikan bahawa kehidupan di dunia dan di akhirat ini perlu seimbang.
Pengarang juga cuba menyampaikan bahawa sesuatu yang hidup pasti merasai mati dan setiap yang
hidup perlu menyediakan bekalan secukunya untuk di bawa ke alam seterusnya. Pengarang juga
cuba menyampaikan bahawa manusia zaman sekarang terlalu leka dengan hal keduniaan

77
TEKNIK PENCERITAAN

Teknik penceritaan penting dalam menghidupkan jalan cerita yang cuba disampaikan. Terdapat
beberapa teknik penceritaan yang digunakan. Antaranya ialah :-

1. Pemerian . Suatu teknik pemaran yang jelas , terperinci dan hidup tentang suasana, latar dan
peristiwa yang dialami oleh watak dalam sesebuah cerpen/drama/novel. Teknik ini begitu
ketara digunakan ke atas pemerian tentang …………..

Teknik pemeriaan. Pengarang menceritakan secara langsung tentang watak, peristiwa atau
suasana. Pengarang menceritakan mengenai Si Uzaiq anak kecil yang berbogel di tepi
runtuhan banggunan di Kota Baghdad.Si Uzaiq ini menggenggam ketulan2 darah si ibu dan si
ayah untuk dijual bagi mendapatkan makanan. Si Uzaiq akhirnya makan “gula-gula” tersebut
untuk meneruskan hidupnya. Pengarang menggunakan teknik ini adalah untuk memerikan
atau menjelaskan sesuatu.

2 Dialog. Merupakan perbualan atau percakapan di antara dua watak atau lebih pada sesuatu
masa. Dialog yang digunakan bersesuaian dengan tahap pemikiran dan perasaan watak yang
terlibat. Malah ia sesuai dengan suasana dan latar. Dialog yang paling ketara diketengahkan
ialah dialog perbualan di antara ……………………

Kesan : Bertujuan untuk menerangkan peranan dan memastikan bahasa watak lebih hidup
seperti yang diharapkan serta memberi suasana yang lebih realistik dalam karya.

3 Imbas kembali. Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Pada
peringkat awal lagi pengarang telah menggunakan teknik ini untuk menceritakan latar
belakang watak utama / “isterinya’ agar pembaca dapat mengenali watak tersebut. Watak
………………………..Kesannya memberi gambaran yang jelas kepada pembaca akan kisah silam
yang pernah berlaku agar pembaca lebih memahami situasi sekarang.

Teknik Imbas Kembali. Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa.
Pengarang menceritakan bahawa ‘aku’ teringat akan ibu bapanya serta tiga adik beradiknya
yang sudah meninggal.Adik beradiknya meninggal sebelum mereka matang.

4 Imbas muka. Bayangan awal sesuatu peristiwa yang akan berlaku yang dimasukkan oleh
pengarang dalam plot sama ada secara sengaja atau tidak bagi persediaan awal walaupun
ianya hanya samar-samar.

Teknik imbas muka . Bayangan awal sesuatu peristiwa yang akan berlaku yang dimasukkan
oleh pengarang dalam plot. Pengarang mengambarkan keadaan aku dialam sana,pengarang
mengambarkan sesuatu tempat yang lapang yang dipenuhi rumput yang menghijau lagi
subur..Suasana yang kudus,bening,dan senyap.terdapat sebuah katil dihujung kepalanya
terdapat sepihon pokok yang kurus dan merendang.Hujan juga diganmarkan tidak turun
menimpannya hanya kawasan berumput sahaja disimbahi hujan.

5 Monolog. Bermaksud berkata pada diri sendiri. Pengarang cuba memberi gambaran gelodak
hati sesuatu watak tentang perasaannya kepada pembaca melalui kata luahan kata hati.
Contoh :-

Kesan :Menguatkan jalan cerita yang cuba disampaikan oleh pengarang.

78
Teknik ini juga dikatakan wujud di dalamnya aliran kesedaran ( stream of consciousness)
watak . Melalui teknik ini, pengarang memasukkan rakaman pengalaman emosi dan perasaan
watak. Misalnya

7 Teknk Suspens. Keadaan tertanya-tanya kerana berlaku ketidakpastian. Tegangan yang


menyebabkan khalayak ingin mengetahui peristiwa selanjutnya dalam jalinan plot.

Kesan : Menimbulkan pertanyaan atau membiarkan pembaca tertanya-tanya apa akan


terjadi seterusnya.

Teknik Suspen. Perkara yang membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang sesuatu


peristiwa yang terdapat dalam cerita tersebut. Teknik ini dapat dilihat melalui watak utama
yang ketakutan serta kekeliruan tentang keadaan dirinya dan sekeliling,yang menyangka
bahawa dia sudah meninggal.

MESEJ PENGARANG

1. Kepentingan mengingati kematian. Setiap manusia yang hidup mesti percaya akan menemui
ajal masing-masing. Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kematian walaupun sesaat
kerana kematian itu pasti terjadi kepada setiap yang bernyawa. “Aku” mengatakan dunia ini
hanyalah sementara dan apabila tiba waktunya setiap sesuatu yang hidup akan mati dan
tiada satu pun yang kekal di dunia ini.

2. Keburukan sifat kejam sesama manusia. Sifat kejam dalam diri manusia mengakibatkan
penderitaan. Kezaliman yang dilakukan akan menyebabkan terkorbannya harta benda.
Segala peradaban juga hilang dan manusia yang ditindas hidup sengsara akibat daripada
tiadanya keperluan asas separti makanan , pakaian dan tempat tinggal.

Pelajar boleh ambil dari pemikiran / nilai / gambaran masyarakat untuk dijadikan mesej.

79
BAB 4
ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN
OLEH NOORJAYA

SINOPSIS

Cerpen “Anak-anak yang Bergelimpangan” karya Noorjaya mengisahkan tentang kegiatan dan
kehidupan di sungai. Penekanan juga diberi pada pencemaran yang berlaku di sungai. Kisah bermula
dengan menceritakan tentang kehidupan ikan. "Aku" dalam cerpen ini mewakili seekor ikan haruan.
Terdapat ahli masyarakat ikan yang lain yang hidup aman damai dan bersukaria di Sungai Tengas.
Haruan memberi peringatan kepada rakan-rakan ikan yang lain meliputi Keli, Puyu, Sepat, Sebarau.
Lampam, Temelian, terbui, Baung, Kelah dan semua penghuni sungai agar selalu berhati-hati. Haruan
memberi peringatan tentang kisah-kisah sedih di sungai lain dalam dunia ini yang telah menyebabkan
kehidupan di air musnah akibat pencemaran dan sebagainya. Malah akal manusia sangat cerdik
untuk membuat tipu helah bagi menangkap ikan sebanyak yang boleh untuk di jadikan makanan.

“Aku” mengingatkan bahawa meskipun sungai merupakan tempat tinggal mereka, namun sungai
juga merupakan sumber air dan sumber rezeki bagi manusia. Sehubungan dengan itu sungai wajar
dikongsi oleh semua kehidupan di dunia. Dalam keriangan kaum kerabat Haruan menikmati hidup di
Sungai Tengas; Haruan selalu memberi peringatan kepada Keli, Puyu, Kelah, Sebarau, Lampan,
Temelian, Baung, Lelaih Belut, Sepat Ronggeng dan semua penghuni sungai supaya beringat-ingat.
Haruan dengan tegas menyatakan bahawa adakalanya manusia akan melakukan apa saja demi
mencari rezeki. Haruan mengimbas kembali kisah-kisah sedih di sungai lain yang musnah akbibat
kerakusan manusia. Haruan memberi contoh pelanggaran hukum hidup yang benarbenar berlaku
kepada Sebarau, Baung, Sepat Ronggeng dan lain-lainnya tentang peristiwa menyayat hati yang
berlaku di Lagun Rodrigo de Fritas, sebuah pusat pelancongan di Rio de Janerio. Banyak ikan yang
mati bergelimpangan kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa
industri ke dalam sungai. Sebarau juga mengingatkan Sepat Ronggeng tentang peristiwa yang
menimpanya di lubuk. Sepat Ronggeng hampir mati apabila terkena jala. Sebarau sendiri terselamat
kerana jala yang ditebarkan itu tersangkut reba dan lubang jala yang menjerut lehernya terkoyak.
Sebarau juga mengingatkan Sepat Ronggeng tentang peristiwa manusia memerah akar tuba di
sebelah hilir dekat Kuala Dingin. Dalam peristiwa tersebut banyak ikan yang mati.

Haruan juga mengingatkan tentang Sungai Tengas yang tenang, tiba-tiba di penuhi biji buah
kelempung masak sedang dihanyutkan air. Sebarau, Terbui, Tebal Sisik dan Temelian berebut-rebut
mengerumuni rezeki di hadapan mata itu. Mereka semua akhirnya menjadi mangsa jala manusia.
Yang pertama menjadi pertama ialah Baung, diikuti Sebarau, Terbui, Tebal Sisik, Temelian dan
sebagainya. Tidak ada sesiapa yang dapat menolong mereka. Ramai yang menjadi mangsa.

Seterusnya, pengarang menggambarkan keriangan dan kegembiraan Husin anak Pak Kasa, Mail anak
Mat Dali, Budin Anak Awang Cek Leh bersama rakan-rakan mandimanda di hilir Sungai Tengas.
Sementara itu, di hulu Sungai Tengas; Pak Kasa, Mat Dali, dan Awang Cek Leh sedang memerah akar
tuba untuk menuba ikan. Getah tuba berwarna putih susu dikocak ke dalam air. Air sungai yang
jernih mengalir dari Gunung Bungsu berubah warna menjadi keputih-putihan. Haruan meminta
semua ikan lari menyelamatkan diri. Selesai kerja meracuni air sungai itu; Pak Kasa, Mat Dali, dan
Awang Cek Leh bergegas ke hilir Sungai Tengas untuk menyauk ikan yang mabuk dengan gelojoh.
Banyak ikan yang mereka dapat Mereka hanya memilih ikan yang besar dan boleh dijual, manakala
anak-anak ikan kecil akan dibiarkan bergelimpangan di situ. Mereka berpakat, jika ada orang tanya di
mana mereka mendapat ikan tersebut; mereka akan katakan ikan tersebut kena pukat di Sungai
Kuala Dingin.

80
Pak Kasa, Mat Dali, dan Awang Cek Leh tidak sedar bahawa anak-anak mereka sedang melonjak-
lonjak kegembiraan mandi-manda di hilir Sungai Tengas juga menjadi mangsa kerakusan mereka
sendiri. Ketika Pak Kasa, Mat Dali, dan Awang Cek Leh pesta dengan hasil tangkapan mereka,
keadaan di Kampung Sungai Tengas menjadi gempar. Enam orang budak menjadi pening-pening dan
muntah-muntah selepas mandi-manda di Sungai. Mereka ialah Husin anak Pak Kasa, Mail anak Mat
Dali, Budin Anak Awang Cek Leh, Jalil anak Lebai Kasim, Hasan anak Mat Siak dan Amin anak Haji
Arsyad. Keenam- enam budak itu diletakkan di Balai Lintang. Haji Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Tengas, merangkap imam masjid bertanya kepada
orang ramai di mana Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh. Namun Pak Kasa, Mat Dali dan Awang
Cik Leh tiada. Lebai Kasim telah mendapat bukti bahawa air sungai telah dirancuni oleh akar tuba.

Dengan pantas Haji Ibrahim meminta orang ramai mengambil air kelapa mida untuk dijadikan
penawar. Orang kampung amat marah dengan kejadian itu. Tiba-tiba Lebai Kasim mencelah dan
memandang ke arah Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh. Masing-masing menggalas guni baja yang
sarat dengan Ikan. Suasana di Balai Lintang menjadi sepi. Semua yang berada di Balai Lintang
memandang ke arah Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang kehairanan melihat ramai orang
berhimpun di balai. Seterusnya, Haji Ibrahim mengatakan kepada Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik
Leh, “Kamu bertiga bukan saja menuba ikan, tetapi juga menuba anak-anak kamu.” Pak Kasa, Mat
Dali dan Awang Cik Leh menyesal dan memohon maaf. Setelah minum air kelapa muda, dengan izin
Allah anak-anak itu pulih semula. Namun begitu, apa yang lebih menyedihkan, di dada Sungai Tengas
dari hulu ke hilir kelihatan bergelimpangan anak-anak Mengeras, Lampam, Tebal Sisik, Terbui,
Sebarau, Temelian, Kelah dan lain-lain dihanyuti arus dengan perut yang mengelembung dan busuk.

PERISTIWA YANG MEMPERLIHATKAN PELANGGARAN HUKUM TELAH BERLAKU

Kisah pembuangan sisa toksid di Rio De Jenario. Ikan haruan mengingatkan anak buahnya tentang
peristiwa yang berlaku di rio. Banyak ikan yang mati setelah manusi dengan rakusnya membuang sisa
toksid ke dalam sungai. Kilang-kilang melepaskan sisa toksid ke dalam sungai secara haram untuk
mengelak daripada mengeluarkan wang bagi tujuan pelupusan yang betul. Tindakan mereka yang
melanggar hukum ini menyebabkan sungar tercemar dan kehidupan di dalamnya menjadi mangsa.

Peristiwa menuba ikan di hulu sungai. Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia
dan hidupan air. Ikan-ikan seperti Haruan, Temelian,Terbui dan lain-lain dapat hidup dengan riang
gembira dan aman apabila air sungai tidak dicemari. Begitu juga dengan Husin, Mail dan Budin boleh
mandi manda dan bermain di sungai dengan tenang. Namun aktiviti menuba ikan secara berleluasa
dan berlebihan menyebabkan sungai dicemari dengan racun tuba. Hal ini menyebabkan ribuan ikan
mati dan anak-anak yang mandi dihilir sungai pening-pening dan muntah-muntah.

Kerakusan dan ketamakan manusia dalam mencari rezeki menerusi sumber alam terutama di sungai.
Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan untuk mendapatkan hasil yang banyak. Sikap
mereka menyebabkan pencemaran dan banyak ikan yang terkorban termasuk anak mereka sendiri
yang mabuk dan muntah-muntah akibat terminum air tuba ketika mandi di hilir sungai. Selain itu,
manusia juga sering menjala dan menggunakan buah kelempung untuk menangkap ikan. Mereka
tidak menghiraukan jika mereka mennagkap anak-anak ikan hingga menyebabkan ikan semakin
pupus.

Kejadian di Sungai Tengas yang dipenuhi buah kelempung. Semua ikan yang memakan buah
kelempung tersebut menjadi mabuk dan ada yang mati.

81
WATAK DAN PERWATAKAN

SIMPATI – Melihat
PRIHATIN-Menyuruh
ikan Baung, Sebarau
ikan-ikan lain
yang tersangkut
menyelamatkan diri
pada jala.
ke hilir sungai.

IKAN HARUAN

PINTAR-Bijak
melepaskan diri
daripada terminum
air sungai yang
dicemari tuba.

PAK KASA, MAT DALI DAN AWANG CIK LEH

Tamak – Menggunakan tuba untuk mendapatkan ikan yang banyak.

Penyayang – Mereka sangat menyayangi anak-anak dan bersedih dengan apa yang berlaku
kepada mereka.

Insaf – Menyesal atas perbuatan mereka menuba ikan hingga menyebabkan banyak
ikan mati bergelimpangan dan anak mereka sendiri pening dan muntah.

TEMA

Bertemakan kemasyarakatan. Kehidupan masyarakat ikan di sungai yang penuh dengan dugaan dan
cabaran dan berkisar juga tentang pencemaran alam sekitar. Kehidupan ikan di sungai yang
sepatutnya bahagia, aman dan harmoni telah bertukar lantaran ancaman daripada kegiatan manusia
yang tidak bermoral dan tamak. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut
keuntungan dengan mudah telah membawa kesan negatif kepada semua kehidupan termasuk ikan
dan manusia. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menuba ikan di Sungai Tengas
menyebabkan air sungai tercemar sehingga semua ikan mati dan anak-anak mereka sakit. Oleh itu,
kita sepatutnya menjada alam sekitar agar semua kehidupan dapat hidup dengan selesa.

82
PERSOALAN
1. Pencemaran sungai. Sungai merupakan sumber air kepada manusia dan kehidupan di
dalamnya. Namun sikap manusia yang mengambil mudah dalam menjaganya dan
mencemarkannya telah menjadikan kehidupan sungai mangsa pencemaran. Selain itu,sikap
manusia yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan mudah telah
membawa kesan negatif kepada semua kehidupan termasuk ikan dan manusia. Pak Kasa,
Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menuba ikan di Sungai Tengas menyebabkan air sungai
tercemar sehingga semua ikan mati dan anak-anak mereka sakit. Contoh lain yang dapat
dilihat ialah pencemaran dan kerakusan sikap manusia yang berlaku di sungai ialah peristiwa
di Rio yang membuang sisa toksik, peristiwa buah kelempung dan tuba yang digunakan oleh
manusia untuk menangkap ikan di sungai Tengas menyebabkan ikan mabuk/dan mati mati
dan pembunagan sampah sarap di dalam sungai. Jika pencemaran sungai tidak dibendung,
maka manusia akan kehilangan sumber air bersih dan kehidupan sungai akan pupus.

2. Kepentingan Sungai kepada kehidupan. Sungai memainkan peranan penting dalam


kehidupan manusia dan hidupan air. Ikan-ikan seperti Haruan, Temelian,Terbui dan lain-lain
dapat hidup dengan riang gembira dan aman apabila air sungai tidak dicemari. Begitu juga
dengan Husin, Mail dan Budin boleh mandi manda dan bermain di sungai dengan tenang.
Contoh, ikan haruan hidup aman dengan anak buahnya di sungai Tengas. Beliau
mengingatkan anak buahnya tentang sikap manusia yang rakus dalam mencarik rezeki
seperti menggunakan buah kelempung dan jala untuk menangkap ikan. Jika ikan Haruan
tidak memberi peringatan nescaya lebih ramai ikan yang mati ketika peristiwa menuba ikan
berlaku. Jelaslah bahawa sikap saling beringat dan bekerjasama penting untuk menjaga
kepentingan dan kehidupan sungai.

3. Kerakusan dan ketamakan manusia dalam mencari rezeki menerusi sumber alam terutama di
sungai boleh merugikan diri sendiri. Sikap yang tamak perlu dikikis dalam diri masyarakat
agar ianya tidak membawa keburukan kepada diri sendiri. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik
Leh menuba ikan untuk mendapatkan hasil yang banyak. Sikap mereka menyebabkan
pencemaran dan banyak ikan yang terkorban termasuk anak mereka sendiri yang mabuk dan
muntah-muntah akibat terminum air tuba ketika mandi di hilir sungai. Sepatutnya manusia
perlu beringat tentang memulihara sungai ketika mencari rezeki di sungai. Manusia tidak
boleh tamak dan menggunakan cara yang salah untuk menangkap ikan. Dengan ini
kehidupan sungai boleh meneruskan kehidupannya dan manusia dapat mencari rezeki pada
jangka masa yang lama.

4. Keinsafan. Seseorang yang meyesali segala perbuatan salah yang pernah dilakukannya. Pak
Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menyesal dan memohon maaf atas perbuatan
mereka menuba ikan di Sungai Tengas.

5. Nilai kasih sayang yang wujud dalam kehidupan. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh
sangat sayangkan anak-anak . Mereka menyesal dengan perbuatan mereka yang tamak.
Sikap mereka yang menggunakan tuba untuk menangkap ikan dihulu Sungai Tengas telah
menyebabkan anak-anak mereka yang mandi di hilir pening dan muntah-muntah. Akhirnya
mereka bekerjasama membantu meyelamatkan anak-anak mereka dengan memberi minum
air kelapa. Sikap sayang / prihatin juga ditonjolkan oleh ikan Haruan kepada anak buahnya
apabila beliau dengan segera menyuruh anak buahnya lari menyelamatkan diri setelah
mengetahui Pak Kasa dan rakan-rakan ingin menuba ikan di hilir sungai. Beliau juga
senantiasa menasihati semua anak buahnya agar berwaspada dengan kerakusan manusia
ketika ingin menangkap ikan dan ketika membuang sampah.

83
6. Bertanggungjawab. Seorang ketua atau pemimpin yang bertanggungjawab terhadap
Keselamatan anak buahnya.Ikan Haruan bertanggungjawab menjaga keselamatan ikan-ikan
yang lain dengan menyuruh mereka mendapatkan perlindungan apabila menyedari air sungai
tercemar.

7. Tolong menolong amalan mulia. Sikap tolong menolong amat penting dalam kalangan
masyarakat untuk memastikan kesejahteraan penduduk. Tanpa sikap tolong menolong
ini, penduduk tidak akan mengenali satu sama lain dan tidak akan wujud keharmonian dalam
masyarakat. Contohnya, orang-orang kampung membantu anak-anak yang keracunan dan
membawa mereka ke Balai Lintang. Pelbagai usaha dibuat untuk menyembuhkan anak-anak
tersebut. Jadi pemikiran masyarakat yang suka menolong ini amat penting bagi melahirkan
masyarakat yang aman harmoni.

8. Kepentingan nasihat / saling ingat mengingati. Sikap masyarakat yang saling memberi nasihat
amat penting kerana boleh menjamin kaharmonian dalam sesebuah komuniti. Contohnya,
Ikan haruan sering mengingati atau menasihati ikan-ikan yang lain dalam sungai supaya
berhati-hati dengan tidakan manusia yang boleh mengancam nyawa mereka. Ikan haruan
mengingati ikan lain tentang peristiwa pencemaran yang berlaku di luar negara hingga
menyebabkan banyak ikan yang mati. Jadi, pemikiran masyarakat yang suka memberi nasihat
amat penting sebagai Langkah untuk berwaspada selalu.

CITRA MASYARAKAT DALAM CERPEN “ANAK-ANAK YANG BERGELIMPANGAN”


1. Masyarakat yang tamak/kejam/melakukan pelanggaran hukum hidup. Melakukan kezaliman
terhadap haiwan lain untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan terhadap alam
sekeliling. Oleh sebab sikap ini wajar ditegah dalam kehidupan agar mencapai keamanan dan
kesejahteraan. Ribuan ikan mati di Lagun Rodrigo De Fritas, sebuah pusat pelancongan akibat
pembuangan bahan-bahan industri ke dalam Sungai. (hlm 162)

Peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia memerah akar tuba dan airnya yang
berwarna putih susu itu pun berbaur dengan air sungai yang mengalir ke kuala,
menyebabkan beribu-ribu anak, ibu, bapa dan nenek ikan kemabukan dan, tak kurang pula
yang terapung-apung mati. (hlm163)

Mat Dali, Awang Che Lah dan Pak Kasa menuba di Hilir Sungai Tengas. (hlm 171)

2. Kepentingan sungai kepada masyarakat. Sungai yang menjadi nadi kepada semua habitat air
dan juga amat penting kepada manusia. Sungai menjadi sumber air dan makanan serta
pengangkutan kepada semua makhluk. Tanpa sungai kehidupan air akan pupus dan banyak
penyakit akan menimpa. Sungai menjadi tempat tinggal ikan haruan, sepet, belut dan
pelbagai lagi yang menjadi tempat pembiakan hidupan serta mejadi makanan bagi manusia
yang tinggal di Sungai. (hlm 163)

3. Tanggungjawab masyarakat dalam menjaga alam sekitar. Masyarakat haruslah memastikan


orang bawahan membantu dan mennegur jika ada berlakunya perlanggaran hukum alam
terhadap alam sekitar. Malahan perlu diambil tindakan jika tidak menyebabkan percemaran
alam akan berleluasa dan bertambah berat. Haji Ibrahim telah menasihati Pak Kasa, Mat Dali
dan Awang Cik Leh agar tidak melakukan perbuatan keji kerana ia akan mendapat balasan
iaitu bukan hanya ikan sahaja dituba malahan anak-anak mereka mabuk-mabuk dan muntah
kerana terminum air tuba mereka. (hlm 171)

84
4. Masyarakat yang bermuafakat/bekerjasama. Amalan berkerjasama dalam melakukan
sebarang perkerjaan akan menjadikan kerja lebih mudah dan mencapai kejayaan. Kerjasama
akan mewujudkan sikap toleransi dan hormat menghormati antaran masyarakat. Namuan
jika amalan ini tidak diambilkan pasti berlaku pepecahan dan perbalahan dalam kehidupan.
Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah sama-sama mengetuk akar tuba di atas batu dan
getah tuba yang berwarna susu mengalir dalam air sungai. Mereka bersama-sama
mengumpulkan ikan yang kemabukan dan dimasukkan dalam guni. (halaman 168)

5. Masyarakat yang sering menasihati/memberi peringatan.


6. Masyarakat yang suka membuat kemusnahan alam sekitar.
7. Masyarakat yang sentiasa berwaspada/berhati-hati.

UNSUR/SIKAP NEGATIF MASYARAKAT

1. Gelojoh/ Tamak H/C Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Che Leh bagaikan berpesta dengan
kegelojohan yang tinggi mereka menyauk ikan-ikan yang ada dalam sungai.
2. Bangga diri H/C Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Che Leh berasa bangga dengan hasil
tangkapan ikan yang banyak. Awang Che Leh membuat kiraan keuntungan yang akan
diperolehi apabila menjual ikan di pasar nanti.
3. Pentingkan Diri H/C Pak Kasa menyuruh Mat Dali dan Awang Che Leh membiarkan sahaja
anak-anak ikan yang telah mati dan mengambil ikan -ikan yang bersaiz besar sahaja untuk
dijual.
4. Penipu/ Berbohong H/C Mat Dali mempersoalkan jawapan yang akan diberi apabila orang
bertanyakan daripada mana ikan tersebut diperolehi. Pak Kasa memberi idea dengan
mengatakan bahawa ikan-ikan tersebut terkena pukat di Sungai Kuala Sedingin.
5. Mencemarkan alam sekitar.

NILAI KEMANUSIAAN DALAM CERPEN ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN

Nilai kemanusiaan adalah merujuk kepada perilaku baik atau mulia yang sepatutnya diamalkan oleh
setiap individu. Manusia wajar bersikap baik kerana dirinya mempunyai akal yang sempurna dan
mampu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Jika nilai kemanusiaan diabaikan maka
perilakunya boleh menyamai binatang yang tidak mempunyai akal. Malah kadangkala perilaku
manusia akan lebih zalim daripada binatang.

1. Tanggungjawab menjaga alam sekitar


2. Simpati
3. Kasih sayang terhadap anak-anak
4. Amanah
5. Bekerjasama

85
MESEJ

Menginsafi setiap kesalahan yang dilakukan. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah insaf
dengan perbuatan mereka menuba ikan di Sungai Tengas.

Bertanggungjawab ketua / pemimpin menjaga keselamatan anak buah. Ikan Haruan sentiasa
menasihati anak buahnya supaya berwaspada dengan manusia.

Menggunakan kebijaksanaan dengan sebaik mungkin. Ikan Haruan bijak melepaskan diri dari
terminum air sungai yang telah dituba dengan membenamkan diri ke dalam sungai.

TEKNIK PENULISAN.
1. Dialog
2. Pemerian
3. Imbas Kembali
4. Suspen

I Teknik Dialog. Perbualan di antara dua atau lebih watak. Perbualan di antara Ikan Haruan
dengan rakan-rakannya. Haruan mengingatkan semua rakan-rakannya, Teberau, Temelian,
Belut dan lain-lain agar berhati-hati. Jangan terlalu percaya kepada perangkap manusia
yang rakus mencari rezeki di sungai. Kesan penggunaan dialog adalah untuk memberi
pengeasan tehadap penceritaan yang cuba di sampaikan.

“Sudah! Kita tak perlu bertengkar, yang penting kita mestilah berwaspada, kerana hidup ini
penuh dengan dugaan.” Aku terus mengingatkan mereka dan belum pun habis aku berkata-
kata, Belut tercungap-cungap muncul memberi amaran. “Tak jauh dari sini, di sebelah hilir
ada orang membawa jala, dia sedang bergerak ke mari.”

2 Teknik diskriptif/ pemerian/ pemberitahuan/ penyataan/ naratif.. Menerangkan/


menjelaskan/ menghurikan penyataan peristiwa/gambaran watak dalam cerpen. Aku terus
mengingatkan mereka dan belum pun habis aku berkata-kata, Belut tercungap-cungap
muncul memberi amaran. Mendapat berita dari Belut itu, kami semua bercempera
membawa diri – ada yang menjunam ke bawah, ada yang berselindung
di.......................................

3 Teknik Imbas kembali. Mengenang/mengungkit/mengingat peristiwa yang telah berlaku dan


diceritakan kembali. “Kau juga lupa peristiwa di sebelah hilir dekat Kuala Dingin, manusia
memerah akar tuba dan airnya yang berwarna putih .....................................

4 Teknik Kejutan. Menerima sesuatu berita dengan memeranjatkan secara tiba-tiba. Aku terus
mengingatkan mereka dan belum pun habis aku berkata-kata, Belut tercungap-cungap
muncul memberi amaran.“Tak jauh dari sini, di sebelah hilir ada orang membawa jala, dia
sedang bergerak ke mari.”

86
BAB 5
DI SEBAIK SIRAT MAKNA
OLEH ABANG MEDIAN ABANG SAID

SINOPSIS
Cerpen ini bermula Cikgu Ibau bermonolog sendiran mengingatkan cikgu baru yang akan datang
bertugas di sekolah tempat beliau bekerja. Guru baru tersebut merupakan bekas anak muridnya iaitu
Cikgu Naszkir. Perasaan Cikgu Ibau agak kacau apabila beliau mengetahuai bahawa Cikgu Naszkir
akan bertugas di sekolah yang sama dengannya. Perasaan Cikgu Ibau resah dan beliau mengimbau
kisah lampau sewaktu beliau mengajar Cikgu Naszkir. Bagi Cikgu Ibau, Cikgu Naszkir pada zaman
persekolahannya agak nakal. Beliau sering dimarahi dan dirotan oleh Cikgu Ibau kerana seringkali
melanggar disiplin. Perasaan Cikgu Ibau brtambah kacau bilau dan bercelaru meskipun beliau sedar
beliau sudah tua dan sudah hampir bersara. Hatinya makin bercelaru apabila beliau diberitahu
bahawa beliau akan bekerja bersama dengan anak muridnya, Cikgu Naszkir. Muird yang dibencinya
suatu waktu dahulu kerana banyak melakukan kesalahan disiplin dan pernah dibuang asrama. Kini
beliau akan bertugas di bawah Cikgu Naszkir yang memegang jawatan sebagai Penolong Kanan HEM.
Ketika melapor diri, Cikgu Naszkir telah bertemu dengan Cikgu Ibau Paul Nyibang dalam bilik
pengetua. Cikgu Ibau Paul Nyibang akan bertugas sebagai Ketua Warden Asrama Sarjana di bawah
Cikgu Naszkir bin Zakir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dalam perjumpaan singkat di bilik Cikgu
Micheal Teo pengetua sekolah, Cikgu Naszkir diberitahu bahawa Cikgu Ibau telah bertugas sebagai
guru di sekolah berkenaan hampir empat puluh tahun. Akhirnya, Cikgu Ibau keluar dari bilik Cikgu
Micheal Teo, pengetua sekolah dengan perasaan geram yang membengkak dalam dirinya. Senyuman
yang diberikan oleh Cikgu Naszkir dirasakan sebagai menyindir dirinya.

Konflik antara Cikgu Ibau dengan Cikgu Naszkir semakin menjadi ketika menyelesaikan masalah
pelajar. Tingang telah melanggar disiplin asrama. Cikgu Ibau telah membuang Tingang dari asrama.
Itulah adalah peratruan yang ditetapkan. Namun berbeza dengan Cikgu Naszkir. Cikgu Naszkir telah
menerima Tingang Kembali untuk masuk ke asrama Sarjana. Cikgu Ibau beranggapan keputusan
Cikgu Naszkir menerima kembali Tingang telah membelakangkannya sebagai Ketua Warden Asrama
Sarjana. Kemarahan Cikgu Ibau makin membengkak. Cikgu Ibau beranggapan bahawa dia seperti
dipermainkan dan diperlekehkan. Kemarahan Cikgu Ibau semakin memuncak, dan akhirnya Cikgu
Ibau bersemuka dengan Cikgu Naszkir untuk menyelesaikan kemelut yang terjadi. Pengetua sekolah,
Cikgu Micheal Teo telah memanggil keduanya masuk ke dalam biliknya untuk menyelesaikan
perbezaan pendapat yang berlaku di antara keduanya. Dalam pertemuan tersebut, Cikgu Ibau
meminta penjelasan daripada Cikgu Naszkir tentang kenapa Tingang diterima kembali untuk tinggal
di asrama Sarjana. Cikgu Naszkir dengan tenang menjelaskan bahawa setiap masalah harus
diselasaikan dengan baik iaitu mendengar penjelasan kenapa perkara itu berlaku. Apabila mendengar
penjelasan daripada Tingang, Cikgu Naszkir percaya Tingang harus diberi peluang kedua. Cikgu
Naszkir juga memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa beliau kasihan dengan masa depan Tingang.
Cikgu Naszkir sudah mengkaji latar belakang Tingang, dan bercakap dengan kedua-dua ibu bapa
Tingang. Bagi Cikgu Naszkir, Tingang merupakan pelajar yang baik dan tidak pernah menimbulkan
masalah dengan guru-guru. Cuma dia ada maslaha di asrama dan itu pun baru pertama kali. Cikgu
Naszkir juga membuat perjanjian bertulis dengan kedua-dua ibu bapa Tingang. Cikgu Naszkir cuba
menyelesaikan masalah atas dasar kemanusiaan. Cikgu Naszkir meminta Cikgu Ibau membayangkan
kalau Tingang di gantung asrama, sedangkan kampungnya jauh di Long Banga - di hujung Sungai
Baram sudah pasti dia menghadapi kesukaran untuk datang ke sekolah. Lagi pun, mereka keluarga
yang susah. Bersusah payah, berkapal terbang datang ke sekolah untuk merayu supaya anak mereka
diberi peluang terakhir. Cikgu Naszkir menyatakan bahawa beliau tidak sanggup menghampakan
harapan kedua-dua ibu bapa Tingang. Tingang adalah satu-satunya harapan mereka.

87
Cikgu Ibau masih tidak berpuas hati, beliau beranggapan bahawa Cikgu Naszkir hendak
melempiaskan dendam terhadapnya. Hal ini kerana beliau pernah merotan dan membuang Cikgu
Naszkir sebelum ini. Micheal Teo meminta mereka bersikap profesional dan jangan ada sebarang
dendam atau prasangka. Cikgu Micheal Teo memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa Cikgu Naszkir
telah pun memaklumkan kepadanya tentang rasionalnya supaya Tingang diterima balik ke asrama.
Dalam pertemuan tersebut juga Cikgu Micheal Teo megharapkan mereka dapat mengetepikan segala
pandangan dan pertelingkahan.

Cerpen ini berakhir dengan majlis persaraan Cikgu Ibau yang dikendalikan oleh Badan Pengawas.
Perasaan sedih menguasai Cikgu Ibau, namun beliau masih ada perasaan ego, benci, marah dan
dendam terhadap Cikgu Naszkir. Dalam majlis tersebut Cikgu Naszkir telah memberi ucapan sebagai
wakil guru. Dalam ucapan, Cikgu Naszkir memberi nasihat kepada pelajar supaya menghargai jasa
guru. Apajua yang guru lakukan adalah untuk melihat pelajarnya berjaya. Cikgu Naszkir juga
mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ibau kerana telah mematangkan dirinya. Beliau berjaya
menjadi manusia kerana disiplin dan ucapanyang diberikan oleh Cikgu Ibau suatu ketika dulu ketika
Cikgu Ibau menghukumnya. Bagi Cikgu Naszkir, beliau tidak akan berjaya tanpa Cikgu Ibau. Majlis
tersebut diakhiri dengan serangkap pantun oleh Cikgu Naszkir buat Cikgu Ibau. Cikgu Ibau sebak
kerana telah tersalah sangka terhadap Cikgu Naszkir dan mereka berpelukan.

MAKSUD PERKATAAN

Monotonous bermaksud membosankan

PLOT DAN PERISTIWA:

Peristiwa-peristiwa penting:

1. Kegelisahan Cikgu Ibau apabila dia dimaklumkan Naszkir bekas pelajarnya akan bertugas
bersama dengannya.
2. Keresahannya semakin terasa apabila dia selaku ketua warden asrama terpaksa bertugas di
bawah Naszkir yang telah berjaya menjawat jawatan sebagai guru penolong kanan Hal Ehwal
Murid.
3. Pengetua mengharapkan mereka berdua boleh bekerjasama bagi meningkatkan tahap
disiplin pelajar serta dapat menepis tanggapan negatif masyarakat yang menganggap disiplin
pelajar semakin teruk.
4. Cikgu Ibau berasa semakin pelik dan menimbulkan persolana apabila pengetua melantik
Cikgu Naszkir sebagai warden di Asrama Sarjana
5. Perlantikan tersebut telah menjadi isu di kalangan guru-guru lain sehingga mewujudkan rasa
kurang senang Cikgu Ibau yang menganggap dirinya lebih berpengalaman berbanding
dengan Cikgu Naszkir.
6. Kemarahan Cikgu Ibau semakin memuncak apabila Cikgu Naszkir membuat keputusan
menerima kembali Tinang yang bermasalah dan telah dibuang asrama tetapi Cikgu Naszkir
ada alasan yang munasabah.
7. Cikgu Ibau berasakan tindakan Cikgu Naszkir akan memebri kesan negatif pada pelajar lain
kerana dia bimbang Tinang akan mempengaruhi pelajar-pelajar lain.
8. Cikgu Ibau berasakan tindakan yang dilakukan oleh Naszkir sebagai tindakan membalas
dendam atas apa yang dilakukannya kepada Naszkir 20 tahun yang lalu.
9. Konflik antara Cikgu Ibau dan Naszkir mendapat perhatian pengetua, beliau menyokong
tindakan Naszkir dan meminta agar Cikgu Ibau dapat menerimanya dan berharap agar Cikgu
Ibau dapat menikmati waktu-waktu yang ada sementara menunggu hari persaraanya.

88
10. Badan pengawas telah menganjurkan majlis persaraan Cikgu Ibau, Cikgu Naszkir turut
berucap mewakili guru-guru, beliau menghargai jasa dan pengorbanan Cikgu Ibau yang
berjaya membentuk dirinya menjadi manusia.

CARA MENJAWAB RENTETAN PERISTIWA SEBELUM MAJLIS PERSARAAN CIKGU IBAU

1. Kehadiran Cikgu Nazkir bertugas di sekolah Cikgu Ibau. Perasaan Cikgu Ibau agak kacau
apabila beliau mengetahuai bahawa Cikgu Naszkir akan bertugas di sekolah yang sama
dengannya. Cikgu Naszkir merupakan bekas anak muridnya suatu waktu dahulu. Perasaan
Cikgu Ibau terbawa-bawa kepada kisah lampau sewaktu beliau mengajar Cikgu Naszkir. Bagi
Cikgu Ibau, Cikgu Naszkir merupakan murid yang agak nakal. Beliau sering dimarahi dan
dirotan oleh Cikgu Ibau kerana seringkali melanggar disiplin. Cikgu Ibau tidak mampu
memadam memori lampaunya terhadap Cikgu Naszkir, walaupun Cikgu Ibau sedar dia sudah
tua dan sudah hampir bersara.

2. Cikgu Naszkir dianggap masih mentah dan tiada pengalaman. Perasaan geram yang
membengkak dalam Cikgu Ibau bertambah apabila beliau diberitahu bahawa beliau akan
bekerja bersama dengan anak didiknya, Cikgu Naszkir yang dibencinya suatu waktu dahulu
oleh Cikgu Micheal Teo. Cikgu Ibau Paul Nyibang akan bertugas sebagai Ketua Warden
Asrama Sarjana di bawah Cikgu Naszkir bin Zakir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Cikgu
Ibau beranggapan bahawa walaupun Cikgu Nazkir mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi
belum tentu dapat menyelesaikan masalah berkaitan disiplin.

3. Cikgu Ibau merasakan dia dipinggirkan atau disisihkan. Seterusnya berlaku konflik antara
Cikgu Ibau dengan Cikgu Naszkir ekoran tindakan Cikgu Naszkir nemerima kembali Tingang
untuk masuk ke asrama Sarjana, sedangkan Tingang telah dibuang asrama oleh Cikgu Ibau
kerana telah melanggar disiplin asrama. Cikgu Ibau beranggapan keputusan Cikgu Naszkir
menerima kembali Tingang telah membelakangkannya sebagai Ketua Warden Asrama
Sarjana. Cikgu Ibau juga beranggapan Cikgu Naszkir menjadikannya sebagai boneka.
Kemarahan Cikgu Ibau makin membengkak. Cikgu Ibau beranggapan bahawa dia seperti
ditikan dari belakang oleh Cikgu Naszkir. Cikgu Ibau merasakan dirinya tersisih dalam
kepompong tugas dan diperlekehkan oleh Cikgu Naszkir.

4. Cikgu Ibau merasakan dirinya diperlekehkan oleh Cikgu Naszkir. Kemarahan Cikgu Ibau
semakin memuncak, dan akhimya Cikgu Ibau bersemuka dengan Cikgu Naszkir untuk
menyelesaikan kemelut yang terjadi. Dalam pertemuan tersebut, Cikgu Ibau meminta
penjelasan daripada Cikgu Naszkir tentang kenapa Tingang diterima kembali untuk tinggal di
asrama Sarjana. Cikgu Naszkir dengan tenang menjelaskan kepada Cikgu Ibau kenapa Tingang
diterima kembali untuk tinggal di asrama. Dalam pertemuan tersebut, Cikgu Naszkir
memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa tindakannya menerima kembali Tingang ialah untuk
memberi peluang kedua kepada Tinggang. Cikgu Naszkir juga memberitahu kepada Cikgu
Ibau bahawa beliau kasihan dengan masa depan Tingang. Cikgu Naszkir sudah mengkaji latar
belakang Tingang, dan beliau juga telah bercakap dengan kedua-dua ibu bapa Tingang. Bagi
Cikgu Naszkir, Tingang merupakan pelajar yang baik dan tidak pemah menimbulkan masalah
dengan guru-guru, dan dia cuma bermasalah apabila berada di asrama. Cikgu Naszkir juga
membuat perjanjian bertulis dengan kedua-dua ibu bapa Tingang. Walaupun Cikgu Ibau telah
diberi penjelasan oleh Cikgu Naszkir, Cikgu Ibau masih tidak berpuas hati. Cikgu Ibau
beranggapan bahawa Cikgu Naszkir hendak melempiaskan dendam terhadapnya.

89
5. Pertemuan di bilik Cikgu Micheal Teo. Pengetua Cikgu Micheal Teo telah meminta Cikgu
Naszkir dan Cikgu Ibau ke biliknya untuk menyelesaikan masalah yang mereka. Mereka
berdua diminta oleh Cikgu Micheal Teo supaya bersikap profesional dan jangan ada sebarang
dendam atau prasangka. Cikgu Micheal Teo memberitahu kepada Cikgu Ibau bahawa Cikgu
Naszkir telah pun memaklumkan kepadanya tentang rasionalnya supaya Tingang diterima
balik ke asrama. Dalam pertemuan tersebut juga Cikgu Micheal Teo megharapkan mereka
dapat mengetepikan segala pandangan dan pertelingkahan.

6. Majlis Persaraan Cikgu Ibau. Majlis persaraan Cikgu Ibau dikendalikan oleh Badan
Pengawas. Perasaan sedih menguasai Cikgu Ibau apabila mengenangkan hari-hari terakhir
perkhidmatanya di sekolah.Banyak kenangan lalu terbayang di matanya. Namun perasaan
benci, marah dan dendam terhadap Cikgu Naszkir bercampur-baur, dan masih lagi menguasai
dirinya sehinggalah ke saat pengacara majlis menjemput Cikgu Nazkir ke pentas sebagai wakil
guru untuk menyampaikan ucapan

TEMA

Bertemakan kemanusiaan iaitu menceritakan profesionalisme bidang perguruan.Guru merupakan


golongan profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mendidik pelajar
berteraskan asas Kejayaan. Cikgu Ibau merupakan seorang guru yang berpengalaman dan sangat
Menitik beratkan disiplin. Semasa beliau mendidik Cikgu Naszkir, beliau pernah merotannya sehingga
menjadi pelajar berdisiplin dan berjaya dalam pelajaran. Namun setelah sekian lama menabur
khidmat dalam perkhidmatan perguruan tiba-tiba muncul seorang guru baru yang pernah menjadi
anak muridnya. Murid yang pernah dihukum kerana melakukan kesalahan semasa tinggal di asrama
suatu ketika dahulu. Kehadirannya telah mencabar ego seorang guru yang merasakan bahawa
selama ini tindakannya benar belaka. Pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah
menjadikan konflik semakin hebat. Hakikatnya sahaja yang dilakukan oleh guru adalah untuk
mendidik anak muridnya untuk berjaya. Oleh itu, setiap murid perlu menghargai jasa dan
pengorbanan guru.

PEMIKIRAN MASYARAKAT DALAM CERPEN

1. Menghargai jasa dan tugas guru / Jasa dan pengirbanan guru. Guru ibarat lilin yang
membakar dirinya demi kepentingan orang disekelilingnya. Oleh itu jasa dan pengorbanan
seorang guru perlu dikenang dan dihargai. Cikgu Naszkir mengenang jasa cikgu Ibau yang
telah mendidiknya hingga berjaya menjadi guru. Secara tidak sedar cerpen ini sebenarnya
telah menunjukkan pengiktirafan jasa seorang guru yang sekian lama bertugas sehingga
hendak bersara. Cikgu Naszkir merupakan salah seorang pelajar yang dahulunya tidak diberi
harapan untuk berjaya. Namun cikgu Ibau telah berjaya menjadikan beliau sabagai seorang
guru dan mampu menyumbang kepada anak bangsa pada kemudian hari. Bukti ini dapat
ditunjukkan pada ucapan cikgu Naszkir ketika majlis persaraan cikgu Ibau. Tanpa jasa cikgu
Ibau, Naszkir mungkin tidak berjaya dalam pelajarannya.

2. Kesanggupan menerima perubahan dan idea baru. Cerpen ini juga menjelaskan tentang
keperluan untuk merubah kaedah pembelajaran dan pendidikan ke atas para pelajar. Malah
cerpen ini menyerlahkan betapa sukarnya sesebuah masyarakat itu untuk menerima
perubahan. Cigu Ibau sangat sukar untuk menerima pendapat baru kerana mungkin
mempunyai ego tertentu yang merasakan bahawa tindakan beliau selama ini betul dan tepat.
Walaubagaimanapun jiwa keguruan itu sangat seni sifatnya. Cikgu Ibau akhirnya menerima

90
perubahan yang dibawa oleh bekas anak muridnya. Tugas seorang guru akhirnya akan sampai
ke penghujungnya apabila seseorang itu bersara.

3. Masalah disiplin pelajar asrama. Cikgu Ibau bertegas untuk mengawal disiplin para pelajarnya
terutama yang tinggal di asrama. Cerpen ini cuba menyelami sebahagian daripada dilema
masyarakat guru yang bertugas sekian lama sehingga waktu bersara. Waktu terdahulu, tiada
siapa yang mahu mempersoalkan tindakan guru ketika menyelesaikan masalah para
pelajarnya. Semua guru akan cuba bertugas dan menyelesaikan masalah pelajar dengan cara
yang terbaik. Semua tindakan guru adalah bermatlamat ke arah kebaikan para pelajarnya.
Sebagai manusia biasa, guru juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kini tindakan
guru perlu dinilai dan melihat aspek rasionalnya. Tindakan guru mungkin betul pada suatu
masa tetapi mungkin perlu menggunakan kaedah berbeza pada waktu yang lain. Cikgu Naszkir
merupakan seahagian masyarakat pelajar yang telah melalui satu proses pembelajaran yang
berbeza suatu waktu dahulu. Namun apabila tiba giliran cikgu Naszkir menjadi guru, beberapa
pembaharuan dalam kaedah mendidik pelajar telah cuba diperkenalkan.

4. Dendam dan berprasangka buruk. Cikgu Ibau berprasangka buruk terhadap Cikgu Naszkir
atas tindakan merotannya dahulu. Namun sebenarnya Cikgu Naszkir tidak menyimpan
sebarang perasaan dendam terhadap Cikgu Ibau.

5. Tanggungjawab guru

6. Menghormati guru.

7. Kenakalan di zaman persekolahan. Watak saya merupakan seorang pelajar yang nakal pada
zaman persekolahannya. Beliau sering menimbulkan masalah disiplin di sekolah suatu ketika
dahulu. Cikgu Ibau pernah memukul dan menempeleng watak saya suatu ketika dahulu
kerana melanggar disiplin.

8. Semangat tinggi untuk berjaya. Walaupun tinggal di pedalaman, dan mempunyai masalah
disiplin di zaman persekolahannya, watak saya tetap mempunyai semangat yang tinggi untuk
berjaya. Berbekalkan semangat yang tinggi inilah watak saya berjaya memperolehi segulung
ijazah dan akhirnya dilantik menjadi Penolong Kanan HEM.

9. Ketenangan dalam menghdapi masalah. Watak saya sentiasa tenang dan sabar apabila
berhadapan dengan sesuatu masaalah. Hal ini dapat dilihat apabila beliau tenang sewaktu
berhadapan dengan Cikgu Ibau yang sedang marah kepadanya kerana menerima Tingang
kembali untuk tinggal di asrama.

10. Simpati/belas kasihan terhadap nasib orang lain. Watak saya merasa belas kasihan dengan
nasib dan masa depan Tingang jika Tingang terus dibuang dari asrama.

11. Kepentingan pendidikan. Watak saya memiliki ijazah sarjana dari salah sebuah universiti
sehingga membolehkannya dilantik menjadi guru Penolong Kanan HEM.

12. Berfikiran positif. Setiap pelajar mestilah sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan
dengan pelbagai situasi. Pelajar yang sentiasa berfikiran positif mampu menempatkannya
dalam kalangan orang yang berjaya. Cikgu Naszkir merupakan seorang yang berfikiran positif,
khususnya pada zaman persekolahannya. Walaupun mempunyai masalah disiplin, dan
sentiasa dihukum oleh Cikgu Ibau, beliau sentiasa berfikiran positif. Akhirnya beliau berjaya
dalam hidup, dan mendapat pekerjaan yang baik yang mampu menjamin masa depannya.

13. Peraturan dan Disiplin pelajar. Sesuatu hukuman yang dikenakan oleh guru adalah untuk
mendidik dan membentuk diri pelajar supaya menjadi manusia yang berjaya suatu hari kelak.

91
Hukuman yang dikenakan sewajarnya perlu dalam mendidik dan menentukan hala tuju hidup
ini, supaya ianya menjadi lebih bermakna. Cikgu Naszkir menjadikan hukuman yang
diterimanya dari Cikgu Ibau sewaktu ketika dahulu sebagai perangsang sehingga menjadikan
Cikgu Naszkir seorang yang berjaya.

14. Cabaran guru untuk mendisiplinkan pelajar.

LATAR

Pedalaman Sarawak. Di sebuah sekolah.

PLOT

Teknik Penulisan

1. Dialog
2. Monolog.
3. Imbas kembali

WATAK DAN PERWATAKAN

1. CIKGU IBAU PAUL NYIBANG

a. latarbelakang:

- Nama penuh Ibau Paul Nyibang (175)


- Isteri Chrisy (180)
- Ketua Warden (174)
- Berkhidmat lebih 40 tahun (175)
- Ada 6 bulan masa untuk bersara (185)

b. Perwatakan:

- Watak utama

Tegas (hlm.173-174)
Menangani disiplin pelajar cth: Pernah merotan Naszkir 20 tahun lalu kerana Naszkir
melanggar disiplin sekolah.

- Komited dengan tugas (hlm. 174)


Biarpun hampir hendak bersara masih tetap bersemangat meneruskan tugasnya sebagai
ketua warden, cth: beliau mempertikaikan tindakan Cikgu Naszkir menerima Tinang masuk
asrama kembali kerana bimbang ianya akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar lain.

- Cepat marah
- Berprangsaka buruk
- Berdendam

92
2. CIKGU NAZKIR

a. latarbelakang:

- Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid


- Warden di asrama di sekolahnya
- Bekas anak murid cikgu ibau

b. Perwatakan Naszkir

1 Seorang yang suka tersenyum. Sentiasa tersenyum walaupun sedang menghadapi


masalah dengan guru dan pelajarnya. Contohnya Cikgu Naszkir akan sentiasa memberikan
senyuman kepada Cikgu Ibau ketika mereka berbincang tentang masalah disiplin.

2 Seorang yang suka berpakaian berjenama dan kemas. Berpakaian kemas semasa di
tempat bertugas. Penulis menggambarkan bahawa Cikgu Naszkir sentiasa berpakaian
berjenama dengan kemas, bertali leher dan sesuai dengan keduddukannya sekarang.

3 Seorang yang menghormati guru dan menghargai jasa guru. Contoh ketika majlis
perpisahan, Cikgu Naszkir membuat ucapan penghargaan kepada Cikgu Ibau.

4. Menghormati guru. Setiap murid perlu menghormati dan menghargai guru. Cikgu Nazdkir
menasihati pelajar agar menghormati guru yang mendidik mereka walaupun guru tersebut
tegas semasa menjalankan tugasnya. Sekiranya para pelajar tidak menghormati guru, maka
ilmu yang diterima pelajar tersebut tidak berkat. Saya sebagai seorang pelajar akan tetap
menghormati semua guru agar ilmu diperolehi berkat. Contoh Cikgu Nadzkir yang memegang
jawatan Penolong Kanan Hem tetap menghormati Cikgu Ibau walaupun pangkatnya lebih
tinggi daripada Cikgu Ibau.

5. Menjadi seorang yang berdisiplin. Disiplin amat penting dalam semua aspek kehidupan kita
lebih-lebih lagi semasa berada di sekolah. Dengan mempunyai disiplin, seseorang pelajar
tersebut dapat belajar dengan tenang dan tanpa tekanan. Sebagai pelajar saya akan
mengamalkan sikap berdisplin agar disayangi guru dan mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan. Contoh Cikgu Naszkir mengucapkan terima kasih kepada Cg. Ibau kerana
berjaya mendisiplinkan beliau sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

6 Sanggup berkorban. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Begitu juga dengan


pelajar haruslah berkorban masa, wang serta berjauhan dengan keluarga untuk
berjaya. Saya sanggup berkorban masadan wang ringgit untuk membeli buku agar
berjaya dalam peperiksaan. Contoh CIkgu Naszkir sanggup menerima Tingang selepas
dibuang sekolah mengenangkan pengorbanan ibu bapa Tingang yang sanggup datang dari
jauh untuk merayu pembuangan Tingang dari asrama.

7 Sanggup menghadapi cabaran. Kehidupan kita seharian tidak terlepas daripada


cabaran. Begitu juga semasa belajar, setiap pelajar akan menghadapi pelbagai cabaran
sebelum mengecap kejayaan. Sebagai seorang pelajar saya akan tabah dan kuat menghadapi
cabaran yang mendatang. Contoh CIkgu Nadzkir mengucapkan terima kasih kepada Cikgu
Ibau kerana memberinya cabaran sehingga beliau berjaya menjadi seorang guru. 9hal 187)

8 Gigih belajar ke peringkat tertinggi untuk Berjaya. Sekiranya seseorang itu inginkan jawatan
yang baik atau bergaji besar, maka dia hendaklah belajar hingga ke universiti. Dengan adanya
ijazah membolehkan seseorang itu memohon pekerjaan yang baik. Saya akan belajar hingga
ke universiti agar mendapat pekerjaan yang baik dan seterusnya menjamin masa depan saya.

93
Contoh CIkgu Naszkir berjaya melanjutkan pelajaran di universiti dan menjawat jawatan
Penolong Kanan HEM

9. Tidak berdendam dengan guru. Sebagai seorang pelajar hendaklah berlapang dada dan
jangan berdendam dengan guru sekiranya dihukum oleh guru. Anggaplah hukuman tersebut
sebagai peringatan atu pengajaran agar tidak melakukan kesalahan lagi. Saya akan tetap
menghormati guru walaupun dikenakan hukuman semoga saya sedar akan kesilapan yang
telah dialkukan. Contoh Cikgu Nadzkir meminta para pelajar agar tidak berdendam dengan
guru yang mendenda mereka. (hal.187)

PERWATAKAN CIKGU NASZKIR JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENJAWAB SIFAT YANG PERLU ADA
PADA PELAJAR / GURU, NILAI, PENGAJARAN, GAMBARAN MASYARAKAT DAN PEMIKIRAN

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NASZKIR SEMASA BERTUGAS DI SEKOLAH


I Cabaran menghadapi pelajar bermasalah. Cikgu Naskir diberi tugas sebagai PK Hem dan
warden asrama Sarjana iaitu asrama yang kerap mempunyai kes-kes disiplin kerana
sekumpulan pelajar bermasalah ditempatkan di situ. Beliau akan menghadapi cabaran
menghadapi pelajar pelajar yang sering masalah disiplin seperti bergaduh, bercinta,
membelasah pelajar lain, mengotorkan asrama, menconteng dinding dan merokok. Beliau
cuba menyelesaikan masalah Tigang yang menjual rokok dan membelasah pelajar lain.

2 Cabaran menangani disiplin pelajar. Sebagai PK Hem dan warden asrama beliau
menghadapi cabaran yang besar untuk menangani masalah disiplin di sekolah tersebut. Hal
ini demikian kerana sebagai PK Hem yang muda usianya, cara beliau menangani disiplin di
sekolah itu tidak dipersetujuai oleh guru-guru yang lebih berusia daripadanya. Mereka
memperlekehkan keputusannya menangani masalah pelajar terutamanya masalah Tigang.
Beliau mahu Tigang tetap bersekolah di situ dan memberi peluang kedua kepadanya kerana
dia berpendapat masalah akan menjadi lebih serius jika Tigang dibuang dari asrama.

3 Cabaran bersama sama rakan sejawat. Sebagai seorang PK Hem yang agak muda,
Naszkir menghadapi masalah untuk menjalankan tugasnya menangani masalah
disiplin murid muridnya kerana terpaksa menghadapi kerenah guru yang lebih tua
daripadanya. Prinsipnya yang suka bertindak secara diplomasi semasa menyelesaikan
masalah disiplin murid-muridnya telah tidak disukai oleh guru Ibau yang tidak suka cara
berlembutnya itu. Mereka mengatakan dia hanya ada kelulusan bukan pengalaman.

4 Cabaran menguruskan pentadbiran asrama. Cikgu Naszkir hanya menjadi warden di


asrama dan jawatan Ketua warden dipegang oleh Cikgu Ibau, hal ini telah menjadi satu
cabaran kepada cikgu Naszkir untuk mengurus disiplin murid-murid yang tinggal di asrama.
Cikgu Ibau bertindak mengeluarkan Tigang dari asrama dengan serta merta kerana
masalah disiplin tetapi Cikgu Naszkir tidak bersetuju. Tindakan cikgu Naszkir memberi
peluang kedua kepada Tingang dirasakan oleh Cikgu Ibau sebagai tindakan
memperlekehkannya sebagai ketua warden. Perkara ini telah menyebabkan berlaku
bertengkaran antara beliau dan cikgu Ibau, dan secara tidaklangsung menjadi cabaran
kepada beliau sebagai warden dan PK Hem di sekolah itu.

5 Cabaran dalam menghadapi sikap ibu bapa. Sikap ibu bapa yang sukar menerima
tuduhan bahawa anak-anak mereka melakukan kesalahan disiplin. Apabila anak
mereka dibuang sekolah mereka merayu-rayau supaya diterima semula anak mereka. Oleh
sebab itu dalam kes Tigang Cikgu Naszkir terpaksa mengadakan perjanjian bertulis dengan
ibu bapa Tingang supaya kes tersebut tidak akan berulang lagi.
94
Aspek estetik
Aspek estatik dapat dilihat menerusi
1. isi pengerang/persoalan yang cuba di sampaikan
2. Teknik penceritaan
3. Gaya bahasa yang digunakan
4. Latar
5. Watak perwatakan

Persoalan yang terdapat dalam cerpen iaitu kepentingan pendidikan. Persoalan adalah idea atau isu
yang cuba di ketengahkan oleh seseorang pengarang dalam sesebuah cerpen. Sesebuah cerpen harus
bermula dari satu idea yang agak umum dan kemudian dikhususkan. Idea akan dijadikan teras dalam
cerpen dan ia akan dikembangkan melalui watak, latar, pemilihan kata, teknik penceritaan dan
sebagainya. Biasanya idea yang menarik dan berkesan dapat menarik minat khalayak untuk
menghayati serta menikmati sesuatu cerpen. Persoalan yang cuba digarap oleh pengarang dalam
cerpen ini ialah pentingnya pendidikan dalam kalangan generasi muda. Pendidikan amat penting
untuk merubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Cikgu Naszkir telah berjaya mendapat
pendidikan yang tinggi dan sempurna sehingga berjaya menjadi seorang guru dan menjadi guru
Penolong Kanan HEM. Idea utama dan idea-idea sampingan yang dilontarkan oleh pengarang dalam
cerita ini menjadikan penceritaan yang disampaikan lebih menarik dan indah apabila ianya diolah dan
dicerna melalui perlukisan watak-watak dan perwatakan yang ada.

Latar tempat dan masyarakat yang digunakan dalam cerpen iaitu guru dan pelajar di sekolah. Latar
boleh dilihat dari dua segi. Pertama, latar fizikal ataupun latar persekitaran, iaitu gambaran tempat
dan masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Latar tempat juga dikenali sebagai ruang, yang merujuk
kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung, bandar dan sebagainya. Latar masa pula merujuk
kepada waktu, musim dan zaman. Kedua, latar masyarakat, iaitu gambaran tentang keadaan
masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku. Ini termasuklah gambaran tentang keadaan
kebudayaan dan manusia di situ. Latar tempat di Long Banga - di hujung Sungai Baram, yang terletak
di pedalaman Sarawak merupakan latar yang amat sesuai untuk dipadankan dengan persoalan dan
watak-watak yang mendasari cerpen “Di Sebalik Sirat Makna”. Latar masyarakat seperti masyarakat
pedalaman Sarawak yang susah dan daif amat sesuai apabila pengarang cuba menggambarkan situasi
atau permasalahan yang membelenggu watak Tingan dan ibu bapanya. Latar masyarakat yang
digambarkan oleh pengarang dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” dapat melahirkan suasana dan
mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap khalayak atau pembaca; dan
dapat menguatkan tema, plot, watak dan suasana dalam cerita.

Watak perwatakan yang digambarkan dalam cerpen. Watak ialah tokoh atau pelaku dalam sesebuah
cerita, manakala perwatakan ialah sifat watak tersebut. Watak-watak ini dicipta oleh pengarang
untuk diberi fungsi mendukung idea pokok, mengembangkan idea itu hingga berjaya mencapai
matlamat pengarang. Aspek estetik pada watak boleh dilihat apabila watak digambarkan dengan
lebih hidup dan berkesan. Gambaran watak yang hidup dan berkesan dalam sesebuah karya jastera
seperti dalam cerpen, dapat nilai dari sudut perbuatannya, pertuturannya, fikirannya, gerak lakunya,
anggapan orang lain terhadapnya dan bagaimana reaksi orang lain tentangnya. Dengan ini
penceritaan menjadi hidup dan berkesan.vWatak-watak yang digambarkan dalam cerpen mestilah
sejajar, meyakinkan, reaalistik, dan boleh dipercayai. Watak Cikgu Ibau dan Cikgu Naszkir yang
digambarkan dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” adalah sejajar, iaitu gerak laku dan
95
perbuatannya dapat diterima sebagai benar jika dihubungkaitkan dengan tema kepentingan
pendidikan. Watak-watak yang digambarkan oleh pengarang aadalah meyakinkan, reaalistik, hidup
dan boleh dipercayai. Watak Cikgu Ibau, Cikgu Naszkir, Tingang dan sebagainya berkesan
menimbulkan reaksi dari pembaca atau khalayak, sama yang bersifat positif atau negatif.

Aspek bahasa yang pelbagai. Aspek bahasa yang dimaksudkan di sini ialah yang berhubung dengan
pemilihan katakata oleh pengarang. Dengan kata lain, bagaimana pengarang cereka membuat
pemilihan perkataan, penyusunan ayat dan perbandingan bagi mencapai maksudnya, dan seterusnya
dapat menyerlahkan aspek estetik terhadap karya yang dihasilkan. Bahasa bagi pengarang juga
adalah untuk mempersembahkan karya yang sarat dengan emosi, memberi keindahan dan kesan
rasa, menghidupkan cerita seterusnya mempesonakan khalayak. Bahasa-bahasa daerah atau dialek.
Pengarang menggunakan dialek atau bahasa daerah yang biasanya dituturkan dalam kalangan
masyarakat yang tinggal di Sarawak, khususnya dalam kalangan masyarakat Iban. Antara dialek yang
digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” ialah seperti “nyali”, “lunyai”,
“guram”, “tunak matanya”, “mahing”, “sinting” dan sebagainya. Gaya bahasa daerah atau dialek
digunakan oleh pengarang untuk mengekalkan warna setempat supaya kesan estetiknya lebih terasa.
Bahasa-bahasa daerah atau dialek yang telah digunakan oleh pengarang boleh membantu
menghidupkan cerita seterusnya mempesonakan khalayak.

PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN


1 Pelajar tidak seharusnya mendendami para guru. Tindakan/hukuman yang dilaksanakan
oleh seseorang guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Tindakan/hukuman ini diharap
dapat melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Jika seseorang
guru gagal bertindak sebagaimana sepatutnya, ianya seolah-olah membiarkan pelajarnya
berhadapan dengan kemusnahan dalam hidup. Lantaran itu sebagai pelajar, tidak seharusnya
berdendam dengan guru yang mengajar dan mendidik kita. Contohnya Cikgu Naszkir tidak
menyimpan dendam terhadap Cikgu Ibau. Hal ini dapat dilihat menerusi ucapan beliau Ketika
majlis persaraan.

2 Jangan melihat pada hukuman yang dikenakan oleh guru, tetapi nilai pada niat sucinya.
Sesuatu hukuman yang dikenakan oleh guru adalah untuk mendidik dan membentuk diri
pelajar supaya menjadi manusia yang berjaya suatu hari kelak. Cikgu Ibau misalnya, telah
berjaya mendisiplinkan Cikgu Naszkir sewaktu ketika dahulu sehingga menjadikan Cikgu
Naszkir seorang yang berjaya.

3 Kita sewajarnya menyedari pendekatan seseorang guru dalam mendidik pelajarnya.


Pendekatan yang digunakan oleh seseorang guru adalah berbeza antara satu sama lain sesuai
dengan pengalaman, latar belakang, dan pendidikan yang diterima oleh guru berkenaan.
Walaupun pendekatan yang digunakan adalah berbeza, namun hasrat dan cita-cita seseorang
guru tetap sama, yakni ingin melihat anak didiknya berjaya dunia dan akhirat. Contohnya
pendekatan Cikgu Ibau mendisiplinkan pelajarnya agak kasar dan tegas, berbeza dengan
Cikgu Naszkir yang agak lembut dan berdiplomasi. Walaupun begitu, hasrat dan matlamat
mereka tetap sama yakni ingin melihat kejayaan anak didik mereka suatu hari nanti.

4 Hendaklah sentiasa mengucapkan rasa terima kasih kepada guru. Seseorang guru tidak
mengharapkan apa-apa balasan dari pelajarnya. Cukuplah sekadar ucapan terima kasih dari
pelajarnya. Ucapan “terima kasih cikgu” dari seseorang pelajar menandakan pelajar

96
berkenaan mengenang jasa dan budi seseorang guru. Ia menjadi penyembuh kepada duka
lara seseorang guru mendidik anak muridnya sehingga berjaya. Cikgu Naszkir mengucapkan
terima kasihnya kepada Cikgu Ibau kerana memberikannya cabaran hinggabeliau sedar dan
berjaya mendisiplinkan dirinya menjadi manusia.

5 Kita seharusnya memahami cabaran guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Cabaran
yang sering menghantui dan membelengu kehidupan seseorang guru ialah untuk
mendisiplinkan pelajar, disamping menyampaikan ilmu kepada pelajar agar suatu hari nanti
pelajar berkenaan benar-benar menjadi manusia yang berguna. Lantaran itu, sebagai pelajar
tidak seharusnya sentiasa membebankan guru dengan masalah disiplin yang berpanjangan.
Contohnya Cikgu Ibau cuba mendisiplinkan Cikgu Naszkir suatu ketika dahulu, dan cuba
mendisiplinkan Tingang.

6 Kita sepatutnya menyedari bahawa tanpa guru seseorang pelajar itu tak akan berjaya. Guru
merupakan insan yang sentiasa berada disebalik kejayaan seseorang pelajar selain dari ibu
bapa. Tanpa kegigihan seseorang guru dalam mendidik dan menyampaikan ilmu, mungkin
seseorang pelajar itu tidak akan menikmati kejayaan. Lantaran itu, sebagai pelajar, guru
sewajarnya dihormati, dihargai, dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Contohnya,
dalam ucapan Cikgu Naszkir sewaktu majlis persaraan Cikgu Ibau, beliau menyatakan bahawa
beliau tidak akan berjaya dan tidak akan berdiri di hadapan khalayak tanpa didikan dari Cikgu
Ibau.

7 Pelajar hendaklah berfikiran positif. Setiap pelajar mestilah sentiasa berfikiran positif
apabila berhadapan dengan pelbagai situasi. Pelajar yang sentiasa berfikiran positif mampu
menempatkannya dalam kalangan orang yang berjaya. Cikgu Naszkir merupakan seorang
yang berfikiran positif, khususnya pada zaman persekolahannya. Walaupun mempunyai
masalah disiplin, dan sentiasa dihukum oleh Cikgu Ibau, beliau sentiasa berfikiran positif.
Akhirnya beliau berjaya dalam hidup, dan mendapat pekerjaan yang baik yang mampu
menjamin masa depannya.

8 Pelajar hendaklah menjadikan hukuman sebagai perangsang. Sesuatu hukuman yang


dikenakan oleh guru adalah untuk mendidik dan membentuk diri pelajar supaya menjadi
manusia yang berjaya suatu hari kelak. Hukuman yang dikenakan sewajarnya dijadikan
panduan dan perangsang dalam menentukan hala tuju hidup ini, supaya ianya menjadi lebih
bermakna. Cikgu Naszkir menjadikan hukuman yang diterimanya dari Cikgu Ibau sewaktu
ketika dahulu sebagai perangsang sehingga menjadikan Cikgu Naszkir seorang yang berjaya.

97
BAB 6
DRAMA – ASIAH SAMIAH

BIBLIOGRAFI

SEJAK di bangku sekolah rendah, Johan telah


melibatkan diri dalam bidang teater, iaitu pada
sekitar tahun 1960-an dengan ikut serta dalam
kegiatan sandiwara di kampung kelahirannya. Apabila
Johan belajar di sekolah menengah, beliau mula
berlakon, menulis skrip dan mengarah drama untuk
acara persembahan sekolah.

Ketika menuntut di universiti pula, Johan bergerak


bersama-sama Kumpulan Kesenian Universiti Malaya
(KESUMA). Johan mendapat pendidikan awal di
Sekolah Rendah Perserian, Semerah dari tahun 1960
hingga 1965. Pada tahun 1966, beliau meneruskan
persekolahan menengah aliran Inggeris di Semerah,
hingga tahun 1970. Kemudian beliau menyambung pendidikan di Sekolah Tinggi Muar, hingga lulus
Sijil Tinggi Persekolahan (1972-1973).

Pada tahun 1974, Johan memasuki Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera
pada tahun 1977. Julai 1977, Johan bertugas sebagai Pegawai Penyelidik (Pegawai Perancang
Bahasa) di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1988, beliau dilantik mengetuai Bahagian
Majalah sehingga tahun 1990. Pada September 1991 Johan melanjutkan pengajian di peringkat
sarjana di Universiti Nottingham, England dalam bidang Critical Theory. Oktober 1992 mendapat
tawaran bekerja dengan Syarikat Kumpulan Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Kumpulan dan
dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

Karya Drama
a. Angin Kering. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
b. Sang Puteri. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise Sdn. Bhd., 1982.
c. Asy Syura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
d. Pemain. Ampang Jaya: Oen Industries, 1987.
e. Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
f. Langit Petang: 12 Tahun Kemudian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Drama Remaja
a. Arah ke Mana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
b. Hujan Malam (peny. bersama Hashim Awang). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
1986.

Novel
a. Warna Tinta. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd., 1976.
b. Genta Rasa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977.
c. Laguku Untukmu. Kuala Lumpur: Rahman Mat Media, 1979.

98
Novel Kanak-kanak
a. Api di Tanah Perkuburan. Singapura: Pustaka Nasional, 1973.
b. Misteri Pulau Batu. Singapura: Pustaka Nasional, 1974.
c. Tangan-tangan Kaku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 1987.

Cerpen
a. Pelarian Sang Hero. Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1980.

Kajian
a. Sejarah Kesusasteraan Melayu (bersama Safian Hussain et. al.) (Jilid I). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1981.
b. Pengenalan Kritikan Sastera, M. (peny. bersama Hamdan Yahya dan Shamsudin Jaafar). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.

PENJENISAN DRAMA
Drama ini tergolong dalam jenis drama lirik kerana pengarang menggunakan watak-watak bagi
menyampaikan pemikiran dan amanat pengarang Pengarang meluahkan emosi dan pemikiran yang
berkaitan dengan pengaruh ,wang dankuasa yang mengorbanan perjuangan mempertahankan hak
dan kasih sayang

STAIL /ALIRAN
1. Penggunaan watak Asiah Samiah dan Anas Samanda menggambarkan pemikiran pengarang
tentang pergorbanan akibat pengaruh wang dan kuasa
2. Penggunaan watak Misa Sagaraga menggambarkan keberkesanan pemikiran pengarang
tentang kekuasan dan pengaruh wang mempengaruhi kehidupan manusia.
3. Drama ini beraliran bukan realisme.
4. Penggunaan unsur-unsur bukan realisme menjelaskan stail /aliran dalam drama ini.
5. Kewujudan watak secara serentak seperti watak Asiah Samiah Muda dan Asiah Samiah Muda
serta watak Marga Muda dan Marga Tua adalah unsur bukan realisme.
6. Penggunaan lirik lagu tradisional yang dinyanyikan oleh Asiah Samiah dalam drama
menggambarkan aliran drama ini. Contoh :

Ligal-ligal manja
Pelanduk bantal ia-ia
Kaulah anak syurga
Pulas balas bantal puaka

7. Penggunaan pantun yang dituturkan oleh watak Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari
Alimin. Contoh :

Orang jauh bawa kain,


Orang dekat bawa baju,
Belum dapat cakap lain,
Dalam Hati belum tahu.(M/s :200)

8. Stail drama Asiah Samiah juga dapat dilihat melalui teknik penceritaan yang berunsur
kompleksiti dan unsur seni yang membentuk kelainan karya tersebut.Gabungan penggunaan
teknik penceritaan peristiwa, pantun, lagu serta watak membebaskan drama ini dari unsur
realisme.
99
DRAMA – ASIAH SAMIAH

BABAK 1(Hlm. 190-196)


Babak satu berlaku ketika senja. Marga Tua duduk di sebuah bangku sambal memerhatikan Asiah
Samiah Tua sedang bernyanyi. Marga Tua benci dengan lagu yang dinyanyikan oleh Asiah Samiah Tua
kerana sering mendengarnya berulang-ulang kali. Marga Tua sedih dan sayu mengenangkan nasib
yang menimpa Asiah Samiah dari dahulu sehingga kini. Asiah Samiah Tua menjadi tidak siuman
kerana tekanan hidup yang dialaminya. Pada setiap senja, semenjak 15 tahun yang lalu, Marga Tua
berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah tua menyanyi dan ini telah menggangu
ketenteramannya. Walaupun merasa terganggu, beliau tetap berada di sisi Asiah Samiah,
membantunya, menjaganya dan melayani kegilaan Asiah Tua kerana bagi Marga Tua, Asiah Samiah
Tua seorang yang istimewa dan cerdik. Meskipun gila, Asiah Samiah Tua tetap mampu berkata-kata
seperti seorang sasterawan. Dalam kegilaan, Asiah Samiah Tua seringkali teringat dan menyebut
tentang Anas Samanda kekasihnya, anaknya Laila Anursiah. Marga Tua bersimpati dengan nasib
yang menimpa sahabat baiknya itu. Asiah juga pernah menjadi muridnya dan Marga pernah menaruh
hati kepada Asiah Samiah. Marga Tua amat membenci tingkah laku gila Asiah Samiah. Walau
bagaimanapun, kegilaan Asiah Samiah Tua itulah yang tarikan kepadanya, menyebabkan dia sentiasa
berada di tepi jalan itu pada setiap senja selama 15 tahun. Marga Tua berasa amat simpati dengan
Asiah Samiah Tua yang menjadi gila kerana teringatkan anak yang baru dilahirkannya.

Peristiwa Penting
Kisah Asiah Samiah tua dengan Marga tua selama 15 tahun. Marga tua menganggap Asiah Samiah
setengah gila dan beliau tidak sanggup untuk melayani karenah Asiah Samiah.. Marga tua membenci
Asiah Samiah tetapi pada masa yang sama mengiktiraf dirinya yang bijak dan bersimpati dengan
dirinya.

Asiah Samiah dan Marga Tua sedang bernyanyi yang seterusnya membawa kepada luahan hati
Marga Tua tentang rasa tidak senangnya terhadap Asiah Samiah yang dianggapnya gila.

Sejak 15 tahun yang lalu Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah tua menyanyi.

Kesetiaan dan keistemewaan Asiah Samiah dalam berkata-kata seperti seorang sasterawan
menyebabkan Marga Tua tetap mengikuti perkembangannya.

Marga Tua berasa simpati dengan Asiah Samiah yang menjadi gila kerana teringatkan anak yang baru
dilahirkannya.

100
BABAK 2 (hlm. 196-203)
Babak dua merupakan imbas kembali zaman muda Asiah Samiah. Asiah Samiah amat disayangi oleh
kedua orang tuanya, Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Mereka menatangnya bagi
minyak yang penuh. Sentiasa mengambil tahu keberadaan Asiah Samiah. Kisah bermula apabila Tuan
Setiawan Tanjung bertanyakan Sari Saribiru tentang anaknya Asiah Samiah. Sari Saribiru merupakan
tukang kebun Tuan Setiawan Tanjung dan sahabat baik Asiah Samiah. Pertanyaan Tuan Setiawan
Tanjung kemudiannya berlanjutan kepada asal usul nama Sari Saribiru dan keadaan emak Sari
Saribiru yang sudah tiga minggu sakit. Mengikut Pawang Satam, emaknya terkena sampuk oleh
polong kerana ada orang sakit hati. Sari Saribiru amat mempercayai ilmu perbomohan dan dia
sedang berguru dengan Pawang Satam. Sari Saribiru menjelaskan bahawa Pawang Satam bukan
sebarang bomoh. Pawang Satam adalah cucu Pendekar Bulu Panjang dari Bukit Soga, dan
mempunyai dua ratus orang halus, dengan pelbagai nama, seperti Beliut, Songkong, Adon, Lupiak
dan sebagainya. Sari Saribiru memberitahu kepada Tuan Setiawan Tanjung bahawa dia bercita-cita
untuk menjadi bomoh juga. Walau bagaimanapun Puan Suari Alimin menyuruh Sari Saribiru menjadi
tukang kebun saja. Saranan Puan Suari Alimin disanggah oleh Sari Saribiru kerana katanya tukang
kebun tidak glamor.

Seterusnya, Marga Tua mengimbas perwatakan Asiah Samiah sewaktu zaman remajanya. Seorang
yang cantik, disukai oleh ramai jejaka dan penduduk kampung. Kecantikkan Asiah Samiah rasanya
tidaklah kalah dengan Puteri Gunung Ledang, Charlitz Theron, kalaupun tidak semontok Monica
Lewinsky Asiah Samiah juga seorang yang ceria, ramah dan tahu adap sopan. Marga tua diberitahu
oleh oleh kawannya, guru yang mengajar mengaji Asiah Samiah bahawa Asiah Samiah mempunyai
hati yang cukup terang. Pendeknya macam dalam cerita penglipur lara apabila “Kadi membaca
sehelai, dia membaca sejuz, kadi membaca sejuz, dia membaca tiga juz, kadi membaca dua puluh juz,
dia membaca sampai khatam.” Marga Tua juga menggambarkan Asiah Samiah seorang yang tidak
sombong dan anak yang baik. Asiah Samiah juga dikatakan meminati sejarah dan sastera oleh Marga
Tua. Ini terbukti apabila Marga Tua sering bercerita tentang kisah Pak Kadok, Lebai Malang; cerita
penglipur lara seperti Malim Dewa, Malim Deman, Anggun Cik Tunggal dan cerita kegemarannya
Awang Sulung Merah Muda. Marga Tua juga ceritakan cerita 1001 Malam, Hikayat Burung Bayan,
atau cerita teladan seperti Bawang Putih Bawang Merah, Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup.
Marga Tua juga dongengkan riwayat dari Sejarah Melayu, Hikayat Rajaraja Pasai, Selindung Bulan
Kedah Tua atau Merong Mahawangsa. Marga Tua juga sering bawakan juga cerita dari China, India,
malah dari pelosok dunia. Asiah Samiah juga merupakan kekasih Anas Samanda, pemuda kampung
yang baik dan gigih memperjuangkan hak orang kampung. Namun hubungan Asiah Samiah dengan
Anas Samanda tidak direstui kerana perbezaan kasta.

Peristiwa Penting
Asiah Samiah masih muda (anak dara). Tuan Setiawan Tanjung mencari anaknya Asiah Samiah. Beliau
bertengkar dengan tukang kebunnya Sari Saribiru. Kemudian diikuti dengan bicara Marga tua tentang
Asiah samiah pada masa muda remaja. Gambaran Asiah Samiah masa muda dilihat sendiri oleh Asiah
Samiah pada masa tua.

Peristiwa imbas kembali zaman muda Asiah Samiah, yang amat dikasihi oleh kedua orang tuanya
Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin.

Keistemewaan , kecerdikan serta kecantikan Asiah Samiah turut menjadikan beliau seorang yang
sangat istimewa.

Marga Tua menceritakan bagaimana dia mengenali Asiah Samiah menerusi tugasnya sebagai guru
bahasa yang turut memupuk minat Asiah Samiah dalam bidang sastera menerusi cerita-cerita yang
diceritakannya.

101
Imbas kembali hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang tidak dipersetujui oleh keluarga
Asiah Samiah

BABAK 3(hlm. 203-210)


Marga Tua teringat Anas Samanda. Anas Samanda seorang pemuda yang kacak, perkasa, berbudi
bahasa dan miskin. Serentak dengan itu juga, Marga Tua teringat kepada Misa Sagaraga iaitu Si kaya
yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan dirinya. Misa Sagaraga bukan sebarang orang.
Dia memiliki segala-galanya, kaya-raya, berkuasa, berpengaruh, angkuh, dan seorang tokoh korporat
paling berjaya. Semua orang memujinya, menyanjungnya dan mengaguminya. Kehebatan Misa
Sagaraga juga digambarkan menerusi keupayaannya membeli syarikat-syarikat besar, sama ada
syarikat dalam negara atau luar negara kegiatan perniagaan seperti tenaga, keluli, pembuatan
kereta, kewangan, tol, dan penternakan. Kekayaan Misa Sagaraga melimpah-ruah, dan beliau boleh
mendapatkan apa sahaja. Misa Sagaraga juga meminati cerita Bollywood dan jenama luar negara.
Seterusnya pengarang menggambarkan Asiah Samiah Tua yang dijaga oleh Siti Bunirah dan Pak Leh
Lak Lak. Mereka berdua menjaga Asiah Samiah dengan penuh kasih sayang. Asiah Samiah sentiasa
dinasihati oleh Siti Bunirah agar menjaga diri, maruah dan jangan terpengaruh dengan kehidupan
luar. Bagi Pak Leh Lak Lak, beliau menganggap Asiah Samiah seperti anaknya sendiri.

Peristiwa Penting
Marga tua berbicara tentang kisah silam termasuklah tentang Misa Sagaraga yang sudah berjaya
dalam hidup. Misa Sagaraga seorang yang kaya raya begitu aktif menjual saham syarikat-syarikat
besar. Jualan sahamnya meliputi pelbagai syarikat. Selayaknya dia menjadi kaya kerana tindakannya
dalam jual beli saham. Ada cara betul ada cara salah.

Diikuti pula nasihat Siti Bunirah Pak Leh kepada Asiah Samiah selaku anak dara supaya menjaga diri
baik-baik.

Marga tua teringatkan tentang Anas Samanda pada zaman mudanya begitu juga dengan Misa
Sagaraga yang lebih hebat daripada segi kekayaan dan pengaruh sehingga orang ramai
mengkaguminya

Kehebatan misa sagaraga digambarkan menerusi keupayaannya membeli syarikat besar termasuklah
syarikat yang haram

Asiah samiah tua teringatkan pada zaman mudanya dia dijaga oleh pembantu orang tuanya iaitu Siti
Bunirah dan Pak Leh Lak Lak yang menjaganya dengan penuh kasih sayang. Asiah Samiah dinasihati
agar sentiasa menjaga diri dan jangan terpengaruh dengan kehidupan luar

102
BABAK 4 (hlm. 210-217)
Dalam babak ini, pengarang mengimbau peristiwa yang berlaku di antara Marga Muda dan Anas
Samanda. Kisah perjuangan Anas Samanda menentang kezaliman dan ketidakadilan sosial; sejarah
dan pengalaman hidup yang penuh keperitan dan penderitaan yang dialami oleh keluarga Marga
Muda dan ayahnya yang dipenjara setelah menentang keangkuhan dan kekuasaan Misa Sagaraga.
Anas Samanda menceritakan kepada Marga Muda tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikut-
pengikutnya yang datang ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya dari rumah
yang sudah didiaminya selama lebih 50 tahun. Ayahnya menentang Misa sehingga beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun ayahnya meminta Anas meneruskan perjuangan
dalam mempertahankan hak, harga diri dan maruah keluarganya. Anas Samanda dinasihati oleh
Marga Muda supaya tidak meneruskan hajatnya kerana Marga khuatir perkara yang berlaku kepada
ayah dan keluarganya berlaku kepada Anas Samanda. Anas Samanda pasti akan tewas jika
menentang Misa Sagaraga. Walau bagaimanapun, nasihat Marga Muda disanggah oleh Anas
Samanda. Anas Samanda mengharapkan kewarasan dan kebijaksanaan Marga Muda, tetapi dia
hampa dengan sikap Marga Muda kerana memilih untuk tidak mahu terlibat. Marga Muda
menceritakan kepada Anas Samanda tentang sejarah hidupnya yang mengabdikan dirinya dan
menumpahkan kesetiaan yang mutlak selama 20 tahun kepada tuannya, majikannya dan pemberi
gajinya. Anas Samanda beranggapan bahawa Marga Muda mengharapkannya untuk menyerah kalah.
Anas Samanda sangat kecewa dengan sikap Marga Muda yang bacul. Setelah itu, Marga Muda
mengatakan bahawa Anas Samanda merupakan seorang idealis. Bagi Marga Muda, seorang idealis
hanya hidup dalam angan-angan tanpa melihat realiti.

Peristiwa Penting
Marga Muda : Seorang penganggur yang dahulunya bekerja dengan penuh setia kepada majikannya
selama 20 tahun.

Marga Muda berbicara dengan Anas Samanda tentang isu rumah dan tanah ibu bapa Anas Samanda
yang ingin dirampas untuk dibina kondominium oleh seseorang yang dianggap lintah darat. Tanah
yang diduduki sekian lama itu masih dianggap tanah haram dan akan dimiliki oleh orang yang datang
kemudian.

Marga Muda meminta Anas Samanda akur dengan permintaan pemaju namun Anas Samanda
enggan. Marga Muda menceritakan kisah hidup bapanya yang telah dianggap penjenayah kerana
memperjuangkan tanah tempat tinggalnya. Bapanya dipenjara manakala keluarganya hidup
sengsara. Jiran sebelah rumah yang menikmati hidup senang lantaran perjuangan bapanya pula tidak
membantu keluarganya.

Peristiwa imbas kembali pada zaman muda antara Marga Muda dan Anas Samanda tentang Misa
Sagaraga yang sangat berpengaruh dan berkuasa.

Anas Samanda menceritakan tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikut-pengikutnya yang datang
ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya.

Anas Samanda cuba mempertahankan hak dan maruah keluarganya namun dinasihati oleh Marga
Muda yang dia parti akan tewas jika menentang Misa Sagaraga.

Marga Muda menceritakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya apabila ayahnya cuba
memperjuangkan tanah yang bukan miliknya menyebabkan ayahnya dianggap penjenayah serta
keluarganya yang musnah apabila ayahnya dipenjarakan.

Marga Muda terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan apa yang menyedihkannya
apabila adiknya didera oleh jiran tetangganya yang hidup senang hasil perjuangan ayahnya.
103
BABAK 5 (hlm. 218-227)

Asiah Samiah meminta pertolongan Sari Saribiru yang dikatakan arif dalam perbomohan untuk
membantunya dalam masalah percintaannya dengan Anas Samanda, namun ditolak. Sari Saribiru
memberi alasan bahawa dia belum betul-betul menguasai ilmu perbomohan. Sementara itu, Tuan
Setiawan Tanjung yang sedang memerhatikan perlakuan Asiah Samiah yang bersembang dengan Sari
Saribiru bersama bimbang akan perkembangan pemikiran Asiah Samiah yang dikatakan tidak
berkembang kerana berkawan dengan orang suruhannya sahaja. Tuan Setiawan Tanjung
menyalahkan Puan Suari Alimin dalam hal ini kerana tidak membenarkan Asiah Samiah belajar di
luar. Seterusnya, Misa Sagaraga yang jatuh hati apabila terpandang Asiah Samiah telah
berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga mendorongnya menyuruh pembantunya menyiasat
tentang Asiah Samiah. Siti Bunirah amat bimbang dan takut dengan perkembangan Misa Sagaraja
dan Asiah Samiah. Hal ini kerana dia tahu kisah sebenar Misa Sagaraga dan dia tahu kisah percintaan
Asiah Samiah dan Anas Samanda. Dia risau apa yang akan berlaku dengan Asiah Samiah yang
dianggap anaknya. Kebimbangan Siti Bunirah disanggah oleh Pak Leh Lak Lak. Pak Leh Lak Lak
menjelaskan kepada Siti Bunirah bahawa apa yang berlaku itu bukan urusan mereka.

Peristiwa Penting

Perbualan antara Asiah Samiah Muda dengan Sari Saribiru. Asiah Samiah mohon pertolongan kepada
Sari tetapi beliau tidak mahu memberikan pertolongan. Misa Sagaraga lebih berpengaruh untuk
memiliki Asiah Samiah berbanding Anas Samanda. Misa Sagaraga mempunyai kuasa wang dan harta
sedangkan Anas Samanda miskin tidak berharta.

Asiah Samiah meminta Sari Saribiru membantunya dengan kebolehan Sari Sari Biru dalam
pembomohan tetapi ditolak kerana dia belum betul-betul menguasai ilmu pembomohan.

Tuan Setiawan Tanjung bimbang akan perkembangan pemikiran Asiah Samiah yang agak tertutup
kerana hanya berkawan dengan orang suruhannya sahaja.

Peristiwa Misa Sagaraga berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga mendorongnya menyuruh
pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah.

Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kebendaan apabila mereka sanggup menolok Anas
Samanda yang merupakan pilihan anaknya.

Peristiwa Marga Tua merungut tentang ketidakadilan hidup yang dialami olehnya manakala Misa
Sagaraga yang hidup dalam kekayaan sejak dilahirkan.

Marga Tua juga merungut tentang ketidakadilan itu yang akan terus menghantui Anas Samanda
sampai bila-bila

104
BABAK 6 (hlm.227-235)
Kisah Misa Sagaraga. Dalam ucapannya, Misa Sagaraga, mengatakan bahawa beliau boleh memberi
kemakmuran, membawa pembangunan, dan menjamin kekayaan kepada penduduk kampung.
Ucapan Misa Sagaraga ini diperkukuhkan lagi dengan kata-kata pembantunya iaitu Tuan Misa
Sagaraga ialah kuasa, pengaruh dan kekayaan, Misa sedia membantu tuan bila-bila masa dan dalam
apa keadaan. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa orang penduduk kampung telah meminta
bantuan daripada Misa Sagaraga. Antara permintaan penduduk kampung ialah membaiki jalan yang
rosak, membina cakruk, membantu mendapatkan pekerjaan, membantu mendapatkan lesen
perniagaan, menyelesaikan hutang, menyelesaikan masalah Bendahari jawatankuasa khairat
kematian yang pecah amanah, dan sebagainya. Misa Sagaraga berjanji akan membantu penduduk
kampung menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Dengan ini Misa telah meraih kepercayaan
penduduk kampung termasuk Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin. Misa Sagaraga berjaya
menutup sikap sebenarnya. Mereka berdua berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga. Tuan
Setiawan Tanjung berasa amat bangga kerana Misa Sagaraga telah menghantar wakil untuk
meminang Asiah Samiah. Berita tentang hasrat Misa Sagaraga untuk meminang Asiah Samiah
akhirnya sampai kepengetahuan Asiah Samiah. Asiah Samiah berasa amat sedih. Asiah Samiah
berada dalam kekeliruan dan di persimpangan antara kebahagiaannya dan kemahuan ibu bapanya,
menyebabkan dia mula berubah sikap. Bagi Asiah Samiah, dia berhak untuk menentukan hidup dan
nasib masa depannya, termasukklah menentukan bakal suaminya. Keadaan ini menyebabkan berlaku
konflik antara Asiah Samiah dengan ayahnya, yang mementingkan harta dan kekayaan tanpa
memikirkan hati dan perasaan Asiah Samiah. Asiah Samiah beranggapan bahawa ayah dan ibunya
mempergunakannya sebagai alat bagi mendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga. Melihat kepada
situasi yang sedang berlaku, Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak berasa amat kesian dengan
keadaan yang membelenggu Asiah Samiah.

Peristiwa Penting
Puan Suari Alimin : Ibu Asiah Samiah
Tuan Setiawan Tanjung : Bapa Asiah Samiah.

Misa Sagaraga bagaikan dewa pemberi kurnia. Apa sahaja permintaan orang kampung dapat
ditunaikan olehnya. Misa Sigaraga mampu mengurniakan jalan, cakruk, peluang kerja, lesen
kontraktor dan lain-lain lagi.

Puan Suari Alimin, ibu kepada Asiah Samiah begitu bangga dengan bakal menantunya. Ibu dan bapa
Asiah berharap anaknya dapat menerima Misa Sagaraga sebagai suami. Asiah Samiah membantah
dan menyatakan bahawa kebahagian bukan ditentukan oleh kemewahan harta tetapi hati dan
perasaan. Asiah Samiah sentiasa menunggu kepulangan dan pertolongan Anas Samanda bagai orang
gila.

Penduduk kampung meminta bantuan Misa Sagaraga dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh
mereka dan Misa Sagaraga berjanji akan membantu mereka menyelesaikannya.

Ibubapa Asiah Samiah berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga, Ibubapa Asiah Samiah lebih
mementingkan kekayaan daripada kebahagiaan anaknya.Asiah Samiah berada dalam kekeliruan
antara kebahagiaannya dengan kemahuan ibubapanya menyebabkan dia mula berubah sikap.

Asiah Samiah Tua beranggapan bahawa ayah dan ibunya mempergunakannya sebagai alat bagi
mendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga.

Sari Sari Biru, Siti bunirah dan Pak leh lak lak bimbang dengan keadaan Asiah Samiah yang termenung
di luar rumah, Asiah Samiah masih mentah sedangkan Misa Sagaraga sudah 20 kali berkahwin.

105
BABAK 7 (hlm. 235- 252)
Marga Tua berbicara tentang pengalaman hidup dan menjadi saksi kepada masalah manusia di
persekitaran hidupnya. Marga Tua teringat tentang kawannya, seorang wartawan yang berhenti
kerja ketika dia berada di kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam
memperjuangkan isu-isu rakyat. Seterusnya, Marga terjebak dalam masalah Anas Samanda dan
Asiah Samiah dan Misa Sagaraga. Marga Tua mengakui bahawa dia ada menaruh perasaan kepada
Asiah Samiah, namun dia sedar, dia bukan pilihan Asiah Samiah, kerana Asiah telah memilih Anas
Samanda. Pergolakan batin Marga Tua telah membawa ingatannya kembali ke zaman lampau. Marga
Tua teringat bagaimana beliau hidup di tengah keganasan, kezaliman, kebinatangan, kezaliman dan
kegilaan manusia. Marga Tua juga teringat bagaimana perjuangan ayahnya mempertahankan hak
telah menyebabkan keluarganya berantakan. Ayah Marga dipenjara sekian lama. Ibu lari dengan
lelaki lain. Dan saya serta adik-adik keluar masuk dari sebuah rumah kebajikan ke rumah yang lain.
Itu harga perjuangan yang harus dibayar oleh ayah dan kami anak-anaknya.

Kisah Asiah Samiah yang enggan berkahwin dengan Misa Sagaraga. Kehidupan Asiah menjadi suram
dan tidak menentu. Pada masa yang sama Marga Tua mengkagumi Misa Sagaraga yang bernasib baik
menjadi orang kaya. Marga Tua mengagumi Misa Sagaraga kerana keturunannya, kekayaanya,
connection-nya, dan pengaruhnya, dan bukannya daripada tubuhnya atau personalitinya. Dalam
babak ini pengarang menggambarkan personaliti Misa Sagaraga yang bergaya dengan pakaian yang
mahal dan berjemana seperti jenama Brioni, Steffanao Richi, Burno Magli, Versace, Armani, Gucci
dan sebagainya. Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar setanding
dengan dirinya. Misa Sagaraga meminta pembantunya menyuruh Miss Langgan mencari fashion
consultan untuk mengubah penampilan Asiah Samiah dengan mengenakan pakaian dan perhiasan
berjenama antarabangsa. Misa Sagaraga juga telah meminta Miss Langgan untuk meguruskan
perkahwinannya dengan Asiah Samiah. Marga merasa bersalah pada Anas Samanda dan Asiah
Samiah sahabat baiknya, dan tidak mahu membantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga.

Seterusnya, pengarang menggambarkan konflik dan pergolakkan jiwa Asiah Samiah. Asiah Samiah
berasa tertekan dan kecewa kerana terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga, orang yang tidak
dicintainya. Perasaan tertekannya semakin menjadi apabila Anas Samanda tidak mahu kahwin lari
bersamanya dan memilih untuk menerukan perjuangan ayahnya dalam mempertahankan hak,
maruah diri dan keluarganya. Walau bagaimana pun, Asiah Samiah merasakan perjuangan Anas
Samanda akan menemui kegagalan. Asiah Samiah juga agak kecewa dengan sikap Marga Muda,
apabila Marga Muda memilih untuk menyepi diri apabila berhadapan dengan ketidakadilan dan
kezaliman Misa Sagaraga. Asiah menjadi semakin tidak waras kerana tekanan hidup yang dialaminya.

Peristiwa Penting

Marga Tua teringatkan tentang kawannya seorang wartawan yang berhenti kerja ketika dia berada di
kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.

Marga Tua teringatkan bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa Sagaraga
dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabannya dengan Asiah Samiah.

Marga Tua teringat bagaimana perjuangan ayahnya telah menyebabkan keluarganya berantakan.

Beliau mengagumi Misa Sagaraga kerana keturunan serta nasib baik, kehebatannya kerana
penampilannya yang menggunakan jenama antarabangsa.

Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar setanding dengan dirinya
menerusi barang-barang berjenama antarabangsa.

106
Marga Tua berasa dia telah mengecewakan Anas Samanda dan Asiah Samiah kerana tidak mahu
membantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga.

Asiah Samiah mengalami pergolakkan jiwa apabila dia terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga
sedangkan Anas Samanda tidak dapat dikesan kerana berjuang mempertahankan hak dan maruah
diri dan keluarganya.

BABAK 8 (hlm.252-262)
Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak saling berdialog antara satu sama lain tentang hak ke
atas hasil usaha mereka. Semuanya telah dicuri / dirampas dan menjadi milik Misa Sagaraga. Ini
adalah berdasarkan undang-undang baru yang telah ditetapkan oleh Misa Sagaraga. Setelah Asiah
Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga, perubahan mula dirasakan dalam kehidupan keluarga
Tuan Setiawan Tanjung. Segala-galanya telah dikuasai oleh Misa Sagaraga. Perkahwinan Asiah
Samiah dengan Misa Sagaraga disusuli dengan satu amaran iaitu segala milik Asiah Samiah adalah
milik Tuan Besar Misa Sagaraga, bergelar Tuan Malim Ditimur Malim Didarat SSB, KKK, LMN, OPQ,
SJ, SSS, Tuan Segala Tuan.

Asiah Samiah menjadi tertekan setelah cintanya terhalang dan berkahwin dengan orang yang tidak
dicintainya. Lebih-lebih lagi terpaksa menghadapi malam pertama dengan orang yang tidak
dicintainya. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berhadapan
dengan Misa Sagaraga, namun Asiah Samiah masih ingatkan agama, ingat pesan Siti Bunirah dan Pak
Leh Lak Lak, dan pesan Marga. Asiah Samiah juga ada mempunyai niat untuk membunuh Misa
Sagaraga, tetapi oleh kerana beliau bimbang akan keselamatan ahli keluarganya, Asiah Samiah
membatalkan niatnya untuk membunuh Misa Sagaraga. Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari
rumah Misa Sagaraga kerana ingin melupakan segala keperitan yang terpaksa dilaluinya. Asiah
menjadi semakin tertekan sehingga menjadi kurang waras

Peristiwa Penting
Perubahan mulai dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung apabila Misa Sagaraga
masuk dengan pengaruh, kekayaan serta kuasanya dia telah dapat menguasai segala-galanya.

Perkahwinan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga yang dilangsungkan dengan satu amaran jika
sesiapa cuba menghalangnya mereka pasti akan dihukum.

Asiah Samiah berdepan dengan pergolakkan jiwa apabila terpaksa menghadapi malam pertama
dengan orang yang tidak dicintainya.

Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi kehidupan
dengan Misa Sagaraga namun dia masih ingatkan agama beliau juga hendak membunuh Misa
Sagaraga tapi bimbang keselamatan ahli keluarganya menyebabkan dia tidak jadi untuk membunuh
Misa Sagaraga.

Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari rumah Misa sagaraga kerana ingin melupakan segala
keperitan yang terpaksa dilaluinya.

107
BABAK 9 (262 - 268 )
Marga Tua bermonolog tentang Laila Anurisah, anak yang lahir dari perkahwinan yang tidak
menggembirakan sesiapa. Asiah Samiah tidak mempedulikan anaknya dan meninggalkan anaknya.
Asiah Samiah dah gila, lalu menghilangkan diri. Misa Sagaraga tidak dapat memaafkan Asiah Samiah
kerana meninggalkannya selepas melahirkan Laila Anurisah. Nasib malang menimpa Laila Anurisah
apabila Misa Sagaraga menghalaunya dari rumah, kerana anak itu telah mengingatkannya kepada
Asiah Samiah yang sudah gila. Misa Sagaraga malu dan membenci Laila Anursiah. Laila Anurisah telah
dijaga oleh Marga Tua. Marga Tua mengheret anak itu ke sana ke mari mencari ibunya. Marga Tua
mendengar khabar, Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman; menyanyi, bergurindam,
berpantun, dan berseloka tanpa hala tuju.

Dalam pencarian tersebut, Marga Tua juga mendengar khabar bahawa Anas Samanda terus menjadi
pejuang yang hebat dalam memperjuangkan fahaman dan ideologinya. Dalam satu pertemuan
dengan Anas Samanda, Marga Tua hampir tidak mengenalinya. Wajahnya cengkung, berjambang,
dan pakiannya kumal, tetapi semangatnya masih kental. Anas Samanda dalam pelarian
menyembunyikan diri dari kuasa yang mahu menundukkannya. Dia diburu bagai anjing dan dianggap
musuh kerana menentang Misa Sagraga. Dalam pertemuan yang singkat dan tidak disangka-sangka
itu, Anas Samanda memberitahu kepada Marga Tua bahawa dia tidak terkilan dengan apa yang
berlaku kepada Asiah Samiah, dan Asiah Samiah bukan jodohnya. Anas Samanda juga memberitahu
kepada Marga Tua bahawa dia mahukan keadilan ditegakkan, suara orang kecil-kecil dihargai,
kebenaran menjadi teras, dan kemuliaan akhlak menjadi pegangan. Marga Tua menganggap Anas
Samanda seorang idealis; Dalam pertemuan itu, Anas Samanda Muda meminta Marga Muda
membawa pergi Laila Anurisah darinya. Anas Samanda juga meminta Marga Muda agar menjaga
Laila Anurisah, kerana dia percaya Marga Muda boleh menjadi pengasuh yang baik. Anas Samanda
telah berjuang habis-habisan dan Anas dipukul sehingga mati oleh pengikut Misa Sagaraga. Marga
turut ditangkap dan dipenjarakan kerana dikatakan bersubahat dengan Anas Samanda. Laila diambil
semula oleh Misa, ayahnya.

Peristiwa Penting
Laila Anurisah lahir tetapi ditinggalkan oleh ibunya. Ibunya, Asiah Samiah menjadi tidak siuman dan
Misa Sagaraga juga membenci anak kecil itu. Laila telah diusir dan Marga telah mengambil dan
memelihara anak itu.

Anas Samanda yang lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul dengan semangat perjuangannya yang
ingin menegakkan ketidakadilan. Perjuangan beliau adalah melampaui tentangannya keatas Misa
Sagaraga iaitu memerangi sistem, nilai dan minda. Bagi Anas, masalah Asiah dan Laila Anurisa adalah
masalah kecil. Perjuangannya lebih besar daripada itu. Marga tidak mampu mempertahankan Laila,
akhirnya Laila Anurisah disiksa dan hilang entah kemana dan.

Misa Sagaraga telah menghalau Laila Anurisah dari rumahnya kerana anak itu telah mengingatkannya
kepada Asiah Samiah yang sudah gila.

Marga Tua telah mengambil Laila Anurisah untuk dijaga selepas anak itu dihalau dari rumah oleh
Misa Sagaraga.

Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman kerana menyanyi, bergurindam, berpantun,
dan berseloka tanpa hala tuju.

Anas Samanda telah berjuang dengan menentang Misa Sagaraga untuk mendapatkan haknya. Anas
Samanda membenci Misa Sagaraga yang telah merosakkan hidup Asiah Samiah.

108
Anas Samanda meminta Marga Muda agar menjaga Laila Anurisah.

Anas Samanda telah dibelasah oleh orang- orang atau pengikut Misa Sagaraga semasa memberi
ucapan malah Marga Muda juga turut dibelasah apabila dia cuba untuk membantu Anas Samanda.
Misa Sagaraga telah merampas semula Laila Anurisah dari tangan Marga Muda.

BABAK 10 (HLM.268-275)
Anas Samanda telah mati dalam perjuangan. Satu perarakan besar mengiringi mayat Anas Samanda.
Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu, dan tubuhnya berayun mengikut rentak orang
yang membawanya. Pembantu Misa Sagaraga mengatakan bahawa itu adalah satu peringatan
kepada semua. Marga pula terpenjara kerana hadir dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Anas
Samanda. Walaupun beliau hadir untuk menunjukkan Laila Anurisah kepada Anas namun beliau
dianggap bersimpati dan menyokong perjuangan Anas Samanda. Kematian Anas Samanda
membangkitkan kesedaran luar biasa; Setelah lima belas tahun berlalu, Marga Tua masih lagi berada
di bangku itu saban senja. Marga Tua mahu melupakan segala-galanya. Mengikut Marga Tua, teman-
teman seperjuangan Anas sekarang menikmati hasil dari perjuangan Anas. Nasib Marga pula terus
dihambat dan dibelenggu dengan igauan tentang Asiah Samiah. Asiah Samiah muncul kembali dalam
ingatannya. Asiah Samiah seolah-olah hadir dan menggangu hidup Marga Tua sepanjang masa.

Drama ini diakhiri dengan kemunculan semula anak Asiah Samiah iaitu Laila Anurisa yang sudah
remaja. Laila yang disangkakan sudah mati di tangan ayahnya (Misa Sigaraga), sebenarnya masih
hidup kerana diselamatkan oleh Pak Leh dan Siti Bunirah. Laila telah diselamatkan dan dibawa lari ke
luar negara. Laila Anusiah, seorang gadis berusia dalam lingkungan 24 tahun, bertudung kemas dan
sangat jelita, memberi salam kepada Marga Tua. Dalam pertemuan itu, Laila Anusiah menjelaskan
bahawa Siti Bunirah selalu bercerita tentang Pak Marga kepadanya. Laila Anursiah juga memberitahu
kepada Marga Tua, dia teringat masa kecil, Marga Tua selalu membawanya ke situ. Dan Laila
Anursiah menyatakan bahawa tempat itu seperti juga keadaannya 15 tahun yang lalu. Akhirnya Laila
Anursiah menanyakan emaknya kepada Marga Tua. Laila Anurisah terkejut apabila diberitahu oleh
Marga Tua yang ibunya telah meninggal dunia. Laila Anursiah menangis lantas memeluk Marga Tua.
Laila Anursiah mengucapkan terima kasih kepada Marga TuaLaila telah bertemu Marga tua dan
mengucapkan terima kasih kepada Marga kerana telah menjaga dirinya ketika kecil.

Peristiwa Penting
Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu dan tubuhnya berayun mengikut rentak orang
yang membawanya dengan membiarkan mayatnya tergantung dalam perarakan yang besar.

Marga Tua dipenjara selama 2 tahun kerana dianggap bersekongkol dalam perjuangan Anas
Samanda untuk bertemu dengan Laila Anurisah.

Asiah Samiah teringatkan malam semasa dia melahirkan Laila Anurisah dengan diterangi cahaya
bulan yang penuh dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Asiah Samiah terlalu merindui Anas Samanda sehinggakan dia merasa Anas Samanda sentiasa berada
di sisinya.

Pada usia 24 tahun Laila Anurisah berjumpa dengan Marga Tua untuk bertanya tentang ibunya, Asiah
Samiah.

Laila Anurisah terkejut kerana diberitahu oleh Marga Tua bahawa ibunya telah meninggal dunia.

109
TEMA
Bertemakan Ketidakadilan Sosial Yang Berlaku Dalam Masyarakat iaitu cinta yang terhalang kerana
perbezaan kufu dan kehidupan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang mempunyai
pengaruh, kuasa dan kekayaan wang ringgit serta golongan yang ditindas iaitu golongan bawahan
yang miskin. Ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat zaman dahuluContoh Asiah Samiah
mencintai Anas Samanda, namun cintanya dihalang oleh kedua ibubapnya kerana Anas Samanda
miskin dan tidak setaraf. Anas Samanda walaupun berjuang untuk menegakkan keadilan dan
mempertahankan hak akhirnya beliau ditangkap dan dibunuh. Kemudian mayatnya telah diarak dan
mayatnya tergantung dalam perarakan yang besar. Beliau dianggap pemberontak, pengkhianat dan
perjuang beliau tidak dihargai oleh masyarakat. Kematian Anas Samanda dianggap musuh rakyat dan
anasir subversir, pengacau keamanan.

PLOT

Plot ialah jalinan cerita. Plot drama Asiah Samiah merupakan plot kompleks dan disusun secara tidak
kronologi.

Pengenalan / Eksposisi
Pengarang memperkenalkan watak-watak penting iaitu watak Asiah Samiah waktu tua dan masa
remajanya, termasuk kedua-dua orang tuanya iaitu Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin.
Watak Marga Tua, Anas Samanda dan Misa Sagaraga turut diperkenalkan dalam bahagian ini sebagai
watak penting.

Perkembangan cerita
Konflik Yang Berlaku
1. Hubungan Asiah Samiah dan Anas Samanda tidak dipersetujui oleh orang tua Asiah Samiah.
2. Konflik antara Anas Samanda dan Misa Sagaraga. Misa Sagaraga telah menghalau ayah Anas
Samanda kerana tidak setuju dengan perjuangan ayah Anas Samanda.
3. Konflik cinta tiga segi. Marga Muda [Marga Tua] menaruh hati pada Asiah Samiah tetaki
Asiah Saiah mencintai Anas Samanda
4. Konflik Asiah Samiah dengankedua-dua ibu bapanya yang lebih mementingkan kebendaan
apabila merekamenolak Anas Samanda dan memilih Misa Sagaraga.

Klimaks / Puncak Cerita


1. Perkahwinan secara paksa diantara Asiah Samiah dan Misa Sagaraga telah menyebabkan
Asiah Samiah menderita dan mengalami pergolakan jiwa. Tambahan pula Misa Sagaraga
tidak benar-benar mencintai beliau. Misa Sagaraga hendak memiliki perempuan yang cantik
cuma untuk menunjukkan kekuasaan dan kekayaannya. Selepas habis manis sepah dibuang
dan beliau akan mencari lain untuk dijadikan mangsanya. Asiah Samiah pernah terfikir untuk
membunuh diri dan melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga bagi melupakan segala
keperitan hidup.

Peleraian cerita
1. Asiah Samiah hidup dalam pelarian. Beliau menjadi tidak siuman selepas melahirkan anak
kerana keperitaan kesengsaraan/ tekanan yang dialaminya. Anaknya dipelihara oleh Marga
Tua. Anas Samanda ditangkap dan dibunuh, mayatnya diarak secara besar-besaran bagi
110
menggambarkan tewasnya pejuang yang menentang ketidakadilan. Setelah anak Asiah
Samiah berusia 15 tahun di bawah peliharaan Marga Tua mencari ibunya. Namun tidak
sempat menemui ibunya kerana Asiah Samiah telah meninggal dunia.

GALURKAN PERISTIWA
1 Hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda mendapat tentangan daripada ibu bapa
Asiah Samiah kerana mereka berdua tidak setaraf.

2 Misa Sagaraga yang berkunjung ke rumah Asiah Samiah telah berkenan melihat kecantikan
Asiah Samiah.

3 Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah menerima lamaran Misa Sagaraga biarpun Asiah Samiah
sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana kekayaan, pengaruh dan
kuasa yang ada pada Misa Sagaraga.

4 Asiah Samiah meminta bantuan Sari Saribiru untuk berbuat sesuatu bagi menyelesaikan
masalahnya tetapi ditolak kerana takut dengan tindakan yang akan diambil oleh Tuan
Setiawan Tanjung.

5 Anas Samanda pula telah meninggalkan Asiah Samiah sewaktu dia memerlukannya kerana
menyertai gerakan perjuangan mempertahan hak.

6 Asiah Samiah juga turut meminta bantuan Marga Muda bagi membantunya mencari jalan
penyelesaian tetapi Marga Muda tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut dengan pengaruh
dan kuasa yang dimiliki oleh Misa Sagaraga.

7 Asiah Samiah dan Misa Sagaraga telah berkahwin walaupun tanpa kerelaanya dan dia telah
iperlakukkan dengan ganas dan kejam pada malam pertama perkahwinannya.

8 Asiah Samiah berasa tertekan dengan apa yang terjadi, menyebabkan dia terlintas untuk
membunuh diri tetapi dia masih percayakan agama.

10 Asiah Samiah juga mahu membunuh Misa Sagaraga tetapi hasratnya tidak diteruskan kerana
bimbang keselamatan anggota keluarganya.

11 Asiah Samiah akhirnya memberanikan diri dan bertindak lari dari rumah Misa Sagaraga pada
malam itu juga.

12 Selepas 12 hari melahirkan Laila Anurisah yang tidak dapat diterimanya Asiah Samiah seperti
orang hilang ingatan, ketawa, berteriak dan menyanyi.

111
WATAK

1. ASIAH SAMIAH

Seorang yang cantik. Anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari
Alimin. Perempuan yang kecewa kerana cintanya terhalang. Cintanya hanya kepada Anas
Samanda, namun cintanya tidak kesampaian. Berkahwin dengan Misa Sagaraga kerana
menunaikan permintaan ibubapanya. Asiah Samiah tidak mencintai Misa Sagaraga.
Mempunyai anak bernama Laila Anurisah namun tidak mampu membesarkan anaknya
lantaran menghadapi masalah mental.

Ringkasan watak Asiah Samiah

- puteri tunggal Tuan Setiawan Tanjung & Puan Suari Alimin


- cantik/ sangat jelita-menjadi igauan seperti jejaka
- digilai Marga
- bercinta dengan Anas Samanda
- kahwin secara paksa dengan Misa Sagaraga
- diperkosa suaminya sendiri ketika mabuk
- melahirkan anak- Laila Anurisah
- menghadapi tekanan perasaan –gila (15 tahun)
- meninggal

Perwatakan
- Bijak/Cerdik -hatinya terang, cepat belajar, berilmu, pengetahuan luas
- Sasterawan / Pandai berbahasa -meminati sastera-menghafal/bijak bersyair, ingat semua
cerita daripada Marga
- Berbudi bahasa, hormat kepada orang tua-menurut nasihat orang tuanya walaupun tidak
bersetuju berkahwin
- Tidak rasional dalam membuat keputusan ketika tertekan/ gila/ hendak membuang anak/
hendak membunuh diri
- Setia
- Kurang waras / Gila

112
CONTOH MENJAWAB PERWATAKAN ASIAH SAMIAH

Asiah Samiah seorang yang ceria dan periang (fakta perwatakan)


Asiah Samiah berubah daripada bersikap ceria kepada murung. (fakta perubahan yang berlaku
selepas kahwin)
Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan gadis yang ceria. Ini
kerana Asiah Samiah diasuh dan mendapat pendidikan yang sempurna daripada Tuan Setiawan
Tanjung bapanya dan Puan Suari Alimin ibunnya. Contohnya Asiah Samiah ceria bermain dan
bergurau senda dengan pengasuhnya Pak Leh Lak Lak dan Siti Bunirah. Semua penduduk kampong
menyayanginya dan menyikainya termasuk Marga Muda. Namun, keadaan ini telah berubah selepas
diri Asiah Samiah dikahwini Misa Sagaraga. Asiah Samiah menjadi murung. Ini disebabkan dirinya
dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Contohnya Asiah Samiah bersedih dan
menangis bersendirian dalam majlis perkahwinannya.

Asiah Samiah berfikiran waras, cerdik dan terang untuk menerima ilmu. (fakta perwatakan)
Asiah Samiah berubah daripada berfikiran waras kepada bercelaru/ separuh gila. (fakta perubahan
yang berlaku selepas kahwin)
Hati yang terang bermaksud seseorang itu mudah untuk belajar, mengingati dan menghafal sesuatu
ilmu terutama ilmu agama. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga
merupakan seorang gadis yang berfikiran waras dan berilmu. Asiah juga bijak dan meminati sastera
Ini disebabkan Asiah Samiah menerima pendidikan dan tunjuk ajar yang baik daripada Marga sebagai
gurunya. Contonya Marga sendiri mengakui Asiah Samiah seorang gadis yang cerdik dan waras
semasa mengajarnya. Marga Tua mengagumi Asiah Samiah kerana hatinya terang kerana mudah
belajar Al Quran (halaman 201). Keadaan ini telah berubah selepas Asiah Samiah dikahwini Misa
Sagaraga. Fikiran Asiah Samiah menjadi bercelaru dan akhirnya separuh gila. Ini kerana tekanan
perasaan yang dialaminya akibat perkahwinan yang tidak dapat diterimanya. Contonhnya Asiah
Samiah berfikiran celaru dan bertindak meracau dan hilang kewarasan. Beliau juga bertindak
meniggalkan anaknya di semak dan kemudian mencarinya semula,

Asiah Samiah taat kepada orang tua. (fakta perwatakan)


Asiah Samiah berubah daripada bersifat taat kepada memberontak. (fakta perubahan yang berlaku
selepas kahwin)
Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Sagaraga merupakan seorang gadis yang taat
kepada kedua orang tuanya. Ini kerana Asiah Samiah diasuh dan ditatang oleh pengasuhnya suapaya
menghormati dan taat kedua ibu bapanya. Contohnya Asiah Samiah tidak pernah melawan arahan
dan cakap ayahnya Tuan Setiawan Tanjung dan ibunya Puan Suari Alimin. Keadaan ini berubah
selepas Asiah Samiah kehadiran Misa Sagaraga dalam hidupnya. Sikap Asiah Samiah menjadi
memberontak dan melawan cakap ibu dan ayahnya. Contonya Asiah Samiah membantah dan
melawan cadangan Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Sauri Alimin menjodohkanya dengan Anas
Samanda. Beliau berani bersuara menyatakan cintanya.

Asiah Samiah seorang yang cantik. (fakta perwatakan)


Asiah Samiah berubah daripada berwajah cantik kepada tidak terurus . (fakta perubahan yang
berlaku selepas kahwin)
Kecantikan seseorang perempuan pasti akan menjadi idaman dan igauan lelaki sama ada yang masih
bujang ataupun yang sudah berkahwin. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin dengan Misa Saraga
merupakan gadis yang berwajah cantik dan menawan sekali. Ini kerana Asiah Samiah dianugerahkan
Allah wajah yang cantik dan menawan seperti yang dinyatakan oleh Marga dalam drama ini. Marga
Tua menceritakan bahawa kecantikan Asiah samiah standing dengan Puteri Gunung Ledang atau
Charlitz Theron. (halaman 200). Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah berkahwin dengan Misa
113
Sagaraga wajah Asiah Samiah tidak lagi terjaga dan terurus. Ini kerana Asiah Samiah tertekan dan
mengalami konflik jiwa yang amat hebat, sehinggakan Asiah Samiah tidak dapat mengurus dirinya
dengan baik. Ini menyebabkan keadaan wajah Asiah Samiah tidak terurus dengan baik.

Asiah Samiah seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa. (fakta perwatakan)
Asiah Samiah berubah daripada gadis sopan kepada kasar. (fakta perubahan yang berlaku selepas
kahwin)
Kualiti keperibadian yang mulia ini sangat penting bagi seseorang gadis terutama yang terdidik
dengan didikan dan asuhan yang baik daripada keluarganya. Watak Asiah Samiah sebelum berkahwin
dengan Misa Sagaraga merupakan gadis yang sopan dan berlemah lembut. Ini kerana Asiah Samiah
diasuh dan didik dengan baik dan ditatang oleh kedua ibu bapanya iaitu Tuan Setiawan Tanjung dan
Puan Suari Alimin serta pengasuhnya Siti Bunirah. Marga Tua menceritakan bahawa keperibadian
mulia ini sebenarnya jarang ada pada anak-anak yang dibesarkan dalam kalangan keluarga yang
mewah (hlm 200). Keadaan ini berubah selepas Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga,
Asiah Samiah menjadi kasar dan tidak bersopan dalam bertindak dan tutur katanya. Ini kerana
tekanan perasaan konflik jiwa yang dialami Asiah Samiah menyebabkan Asiah Samiah menjadi kasar
dan tidak bersopan dalam tutur katanya.

6 Kekasih/mencintai Anas samanda


7 Seorang yang tidak sombong
8 Ibu kepada Laila Anurisah
9 Isteri kepada Misa Sagaraga

SEBAB ASIAH SAMIAH MENJADI GILA.


- menghadapi tekanan akibat cinta terhalang
- bercinta dengan Anas Samanda tetapi Anas Samanda tidak memperjuangkan cintanya
melainkan perjuangannya sendiri
- tekanan dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya – Misa Sagaraga menjaga
hati org tuanya/ tidak mampu melawan kehendak ibu bapanya yang lebih mementingkan
kekayaan digauli suaminya tanpa kerelaannya ketika mabuk – rasa jijik & benci kepada
dirinya sendiri tidak dapat menerima kehadiran anaknya-Laila Anurisah. (mengingatkannya
kepada Misa Sagaraga & dirinya sendiri, sedangkan impiannya ingin mempunyai anak
bersama Anas Samanda)

UJIAN-UJIAN YANG DIHADAPI OLEH ASIAH SAMIAH DALAM HIDUPNYA.


1 Ujian dalam percintaan. Percintaan Asiah Samiah dengan Anas Samanda tidak direstui oleh
ibu bapanya kerana perbezaan taraf. Ujian makin besar berlaku kerana Anas Samanda tidak
memperjuangkan cinta mereka kerana Anas Samanda lebih mementingkan perjuangannya
menuntut hak ke atas tanah-tanah mereka.

2 Ujian dalam menentukan masa depan. Asiah Samiah tidak dapat menentukan masa
depannya sendiri terutama dalam pemilihan jodoh. Dia terpaksa berkahwin dengan orang
yang tidak dicintainya iaitu Misa Sagaraga yang kaya dan berpangkat.Ibu bapanya mahu dia
hidup senang dan bahagia dengan pilihan mereka.

3 Ujian dalam perkahwinan. Berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya telah
menimbulkan pelbagai masalah dalam rumah tangga mereka. Sikap Misa Sagara yang kejam
terhadap Asiah Samiah menyebabkan dia menghadapi konflik jiwa yang teruk.
114
4 Ujian ketika ditimpa musibah. Disebabkan kecewa dalam percintaan, rumah tangga dan
kehidupannya, Asiah Samiah tidak mampu menghadapi tekanan sehingga menyebabkan
beliau menjadi gila dan cuba untuk membunuh dirinya.

5 Ujian dalam menghadapi hubungan dengan ibu bapa


6 Ujian dalam meniti usia remaja

SIKAP NEGATIF ASIAH SAMIAH DALAM MENGHADAPI UJIAN-UJIAN YANG BERLAKU DALAM
KEHIDUPAN ASIAH SAMIAH

I Seorang yang mudah bertindak mengikut perasaan. Apabila menghadapi tekanan dalam
rumah tangganya, Asiah Samiah mengugut orang gajinya Sari Saribiru hendak terjun dari
Bukit Gondol jika Sari Saribiru tidak mahu membantunya. Beliau telalu mengikut
perasaannya kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang kejam itu.

2 Seorang yang cepat berputus asa. Asiah Samiah menjadi gila akhirnya kerana sikapnya
mudah berputus asa. Selain mengalami tekanan dalam rumah tangganya , Asiah Samiah juga
mengalami tekanan kerana tidak kesampaian dalam percintaannya. Sepatutnya Asiah Samiah
berjuang mencari cintanya bukan hanya termenung di luar rumah dan mengalami pergolakan
jiwa dan akhirnya menjadi gila

3 Sikapnya yang tidak redha dengan perkara yang telah berlaku. Pada malam pekahwinannya
Asiah Samiah menangis dan terus menangis kerana mengenangkan nasibnya yang terpaksa
berkahwin dengan Misa Sagaraga. Beliau seolah olah tidak redha akan perkara yang telah
berlaku kepadanya walaupun dia sudah pun berkahwin

4 Seorang yang tidak waras. Tindak tanduk Asiah Samiah kadang kala telah menonjolkan
dirinya yang tidak waras. Hal ini berlaku disebabkan Asiah Samiah mengalami tekanan
dengan kehidupannya yang tidak bahagia dan percintaannya yang tidak kesampaian. Selama
15 tahun Asiah Samiah akan menyanyi, menangis, merauang-rauang meratap hidup dan
memanggil kekasihnya Anas Samanda

5 Sikap suka mempercayai bomoh. Mempercayai bomoh yang dikaitkan dengan mahluk halus
kadang kala boleh memesongkan akidah. Asiah Samiah meminta pertolongan kepada Sari
Saribiru yang dikatakan pandai dalam bidang perbomohan untuk membantunya dalam
masalah rumah tangganya. Permintaannya ditolah oleh Sari Saribiru kerana dia belum betul-
betul dapat menguasai ilmu perbomohan.

6 Mudah mengalami tekanan perasaan / gila. Sifat ini akan menjadikan diri tidak terkawal
sehingga membebankan orang lain. Fikiran yang kecelaruan serta berserabut boleh
menyebabkan orang tersebut menjadi gila dan meracau. Jika tidak dibekalkan iman yang
teguh, sifat ini tidak akan terjadi. Contoh 1 : Asiah Samiah tidak dapat mengawal
perasaan kerana perbuatan Misa Sagaraga terhadap setelah berkahwin dengannya sehingga
jiwa bergelora. (halaman 260). Contoh 2 : Asiah Samiah sering menyanyikan sebuah lagu dan
menjerit sehingga menggangu Marga dan kadangkala Asiah Samiah menganggap Marga
sebagai Anas Samanda. (halaman 191).

7 Tidak redha. Tidak mengakui apa yang berlaku pada dirinya walaupun telah ditetapkan oleh
takdir tuhan dan ditentukan sudah nasib, jodoh, rezeki dan segala yang berlaku di bawah
kekuasaan Tuhan. Jika tiada sifat ini manusia akan menjadi lupa diri dan mungkin menjadi
tidak waras. Contohnya Asiah Samiah tidak redha apabila beliau dipaksa berkahwin dengan

115
Misa Sagaraga dan menangis pada malam pertama perkahwinan sehingga ingin membunuh
diri. (halaman 261).

8 Kesetiaan yang melampau. Perasaan ini boleh menjadikan seseorang itu tidak waras kerana
mementingkan kesetiaannya berbanding kehidupannya sendiri sehingga ada yang
meninggalkan tanggungjawab ataupun menjadi tidak siuman. Jika tidak dibendung akan
membunuh perasaan dan tiada nilai kasih sayang. Contohnya Asiah Samiah begitu setia
kepada Anas Samanda dan selalu memikirkannya sehingga menjadi gila dan selalu menyebut
nama walaupun setelah berkahwin. Ini telah menyebabkan dirinya terabaikan sehingga
menjadi gila (halaman 260)

9 Mengabaikan tanggungjawab. Tidak mempedulikan tugas dan amanah yang diberikan


seperti harta, kerja, anak serta diri sendiri sehingga terabai dan menyebabkan diri sendiri
bermasalah unuk menguruskan. Sikap ini akan memusnahkan sesebuah hubungan sesebuah
keluarga, masyarakat dan negara. Contoh Asiah Samiah telah membuang anaknya yang
dilahirkan hasil perkahwinan dengan Misa Sagaraga dan amat dibencinya. (Halaman 261-
262)

10 Bertindak terburu-buru/tidak berfikir panjang. Sifat ini boleh mengundang kepada gejala
yang lebih serius terutama dalam menentukan hal atau tujuan dalam kehidupan. Sebarang
keputusan yang diambil hendaklah difikir terlebih dahulu jika tidak membawa kepada
kejadian atau perkara yang buruk dan memusnahkan diri sendiri. Contoh Asiah Samiah
semasa meminta bantuan Sari Saribiru, dia menggugut hendak terjun dari Bukit Gondol jika
tidak dibantu untuk menyelesaikan masalah tentang perkahwinannya dengan Misa
Sagaraga. (halaman 218) Contoh Asiah Samiah melarikan diri pada malam perkahwinannya
sepuas hatinya tanpa memikirkan dirinya sendiri. (halaman 261)

11 Kurang didikan agama. Individu yang kurang menerima dirikan agama sering melakukan
perkara-perkara yang negatif dan melanggar perintah dari tuhan seperti ingin membunuh
diri, tidak menerima takdir yang ditetapkan dan menjadi gila. Sekiranya didikan agama cukup
sudah pasti gejala ini dapat dibendung. Dalam agama melarang perbuatan ini. Contoh
sebagai seorang wanita Asiah Samiah mesti menerima takdir seperti jodohnya dengan Misa
Sagaraga dan menjaga Laila Anurish dengan baik. Malahan tidak ada niatnya untuk
membunuh diri seperti dalam cerita ini.

12 Mudah kecewa. Perasaan kecewa hendak dibuang dalam diri kerana boleh memusnahkan
perasaan malahan boleh menjadikan seseorang itu kejiwaan dan menjadi gila. Contohnya
Asiah Samiah kecewa dengan ibubapa yang tidak menerima pilihan hatinya iaitu Anas
Samanda kerana kemiskinan sebaliknya mereka menerima Misa Sagaraga yang kaya dan
berpengaruh. Kekecewaan Asiah Samiah menyebabkan hidupnya merana. (halaman 233 -
234).

116
2. ANAS SAMANDA

Seorang yang dicintai oleh Asiah Samiah, namun beliau lebih cenderung memperjuangkan
hak diri dan keluarga. Pernah ditangkap dan dipenjarakan. Akhirnya beliau mati dalam
hukuman.

Prinsip Hidup Anas Samanda Dalam Petikan Di Atas

1 Berani mempertahankan hak. Anas Samanda berpegang kepada pegangan hidup iaitu berani
mempertahankan hak tanah keluarganya daripada dirampas Misa Sagaraga. Walaupun dia
terpaksa menjadi pelarian diburu oleh pihak kerajaan.

2 Memperjuangkan harga diri (maruah). Anas Samanda berpendapat maruah dan harga
dirinya perlu dipertahankan kerana keangkuhan dan kerakusan Misa Sagaraga ingin
menghalaunya dari rumah yang didiaminya sejak 50 tahun yang lalu.

3 Mempertahankan maruah keluarga. Anas Samanda sanggup berjuang untuk menjaga


maruah keluarganya daripada diperkotak-katik oleh Misa Sagaraga yang akan menghalau
keluarga dari tanah pusaka miliknya selama ini.

4 Sanggup mati demi perjuangan. Anas Samanda berkorban ke titisan darah yang terakhir
demi perjuangan menyelamatkan diri dan keluarganya. Terbukti akhirnya dia terbunuh dalam
perjuangannya.

Persamaan Perwatakan Marga Muda Dengan Anas Samanda


1 Persamaan dari segi hubungan perasaan terhadap Asiah Samiah. Marga Muda menaruh
perasaan cinta dan sayang kepada Asiah Samiah lantaran kecantikan dan sopan santunnya
tapi perasaan disimpan dalam hati sahaja. Begitu juga Anas Samanda begitu mencintai Asiah
Samiah sehinggakan menjadikan Asiah Samiah sebagai kekasihnya.

2 Persamaan dari segi tanggungjawab terhadap keluarga. Marga Muda begitu


bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan mengambilalih tugas menjaga adik-adiknya,
selepas ayahnya ditangkap dan dipenjarakan serta ibunya melarikan diri daripada keluarga.
Begitu juga Anas Samanda bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan berjuang
berhabis-habisan mempertahankan tanah milik keluarganya sejak 50 tahun yang lalu.

3 Persamaan dari segi kesan kezaliman golongan kaya. Marga Muda berasal daripada
keluarga biasa ditindas oleh Misa Sagaraga, di mana ayah Marga Muda di penjara kerana
berjuang menuntut tanah yang bukan miliknya. Begitu juga dengan Anas Samanda yang juga
ditindas dengan zalim oleh Misa Sagaraga yang merampas rumah dan tanah miliknya.

4 Perbezaan dari segi pemikiran/falsafah hidup. Marga Muda memegang kepada falsafah
hidup realis. Iaitu memahami kenyataan realiti sebenar hidup iaitu orang miskin tidak
berupaya mengatasi orang kaya. Lalu Marga mengingatkan Anas Samanda yang
perjuangannya sia-sia kerana Anas Samanda tidak akan mampu menentang Misa Sagaraga
yang memiliki segalanya. Ini berbeza dengan falsafah hidup idealis/romantis iaitu tegas dan
radikal berjuang mempertahankan hakny kerana dia yakin dapat mengubahnya.

117
5 Perbezaan dari segi sikap/tindakan. Marga Muda dianggap bersikap pesimis dan tidak berani
berjuang dan merelakan kezaliman berlaku kerana takut peristiwa yang terjadi kepada
ayahnya akan berulang kembali. Ini berbeza dengan sikap Anas Samanda yang berani dan
sanggup berkorban apa saja berdepan dengan Misa Sagaraga yang memiliki pengaruh dan
kuasa.

6 Perbezaan dari segi status diri. Marga Muda dituduh sebagai anak penjenayah. Ini kerana
ayahnya dianggap penjenayah kerana menuntut hak milik tanah yang bukan hak miliknya
telah ditangkap dan dipenjarakan. Ini berbeza dengan Anas Samanda yang dianggap musuh
negara kerana berjuang secara gerila untuk menuntut haknya. Perjuangan Anas Samanda
boleh mengancam keselamatan negara.

3. MARGA
Seorang yang sudah tua dan sedang mengingat kisah lampau kehidupannya. Menjaga Asiah Samiah
ketika kecil. Perwatakan Marga Muda berdasarkan petikan di atas ialah :-

1. Seorang yang berfikiran matang. Marga Muda mampu mengharungi liku-liku kehidupan
kerana berfikiran matang dalam menilai sesuatu perkara yang baik dan buruk. Niat Anas
Samanda menentang ketidakadilan dihalang oleh Marga kerana Marga tahu keperitan
perjalanan menentang Misa berdasarkan pengalaman yang beliau tempuhi bersama
bapanya. Bapanya dipenjara dan keluarganya hidup dalam kemiskinan dan menderita. Beliau
juga tahu kesukaran yang bakal dialami oleh Anas kerana Misa Sagaraga mempunyai
pengaruh kuasa dan wang ringgit.

2. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas. Memiliki ilmu menjadikan seseorang itu mampu
berfikir sebelum bertindak.Marga mengetahui risiko di atas tindakan yang diambil. Contoh
Marga menjadi munsyi kepada Asiah Samiah dan selalu menceritakan tentang pelbagai cerita
yang berlaku dipelusok dunia termasuk China dan India. Beliau juga mengajar bahasa dan
sastera kepada Asiah. Misa juga sering menasihati Anas Samanda untuk berfikir tentang
masa depannya.

3. Memiliki sifat setia kawan dan prihatin terhadap sahabatnya. Budaya melayu perpegang
teguh kepada sikap saling tolong menolong dan bantu membantu terutama golongan yang
rapat kepada kita seperti keluarga dan sahabat. Marga muda ingin membantu sahabat
baiknya iaitu Asiah Samiah dan Anas Samanda agar tidak menderita dan ditimpa masalah.
Contoh Marga muda menasihati Anas supaya berjuang mengikut jalan yang betul kerana
Misa merupakan seorang yang berpengauruh dan sanggup melakukan apa saja. Marga juga
membantu Asiah dengan menjaganya ketika beliau kurang waras dan menjaga anak Asiah
iaitu Laila Anurisa.

4 Hidup miskin. Marga dan bapanya hidup miskin dan berjuang untuk mendapatkan hak.

5 Keluarga dihina/siksa. Keluarganya telah dihina dan disiksa kerana miskin. Adiknya mencuri
kerana lapar dan disiksa oleh jiran.

6 Ayah dipenjara. Ayah Marga dipenjara kerana berjuang menuntut hak ke atas tanah yang
didudukinya. Marga tersiksa kerana menderita kehilangan ayah dan terpaksa menjaga adik-
adiknya.

118
7 Diri sendiri dipenjara. Dipenjara kerana telah ditangkap ketika ingin menyerahkan Laila
Anurisah yang kebetulan ada masa tersebut ada perhimpunan haram oleh Anas Samanda.
Marga dituduh menyertai perhimpunan itu dan dipenjara.

8 Terpaksa menjaga Laila Anurisah semasa kecil. Apabila Asiah tidak siuman dan membuang
bayinya, Marga telah menjaga anak Asiah, iaitu sahabat baiknya hingga besar.

9 Menghadapi kegilaan/ melayani kegilaan Asiah Samiah. Sejak Asiah tidak siuman, Marga
telah menjadi insan yang sentiasa melayani kehidupan Asiah yang tidak waras.

10 Cinta tidak berbalas. Marga ada rasa cinta terhadap Asiah tetapi tidak berbalas. Asiah anggap
Marga seperti abang sahaja

11 Dituduh pengecut/penakut. Anas Samanda menuduhnya pengecut/penakut kerana tidak


mahu menyertai perjuangan Anas.

4. MISA SAGARAGA.
Seorang yang kaya raya. Berkahwin dengan Asiah Samiah dan mendapat seorang anak
bernama Laila Anurisah. Anaknya diabaikan dan dijaga oleh Marga. Manakala Asiah Samiah
lari daripada cengkaman Misa Sagaraga. Digambarkan sebagai seorang yang zalim dan
menindas. Cuba memiliki harta sebanyak mungkin yang boleh. Malah dia cuba merampas hak
orang lain dengan kuasa yang ada atas nama pembangunan. Mempunyai kuasa besar keatas
penduduk negara. Kekayaan telah menyebabkan Misa Sagaraga lupa diri. Beliau menganggap
bakal isterinya (Asiah Samiah) seorang yang kolot dan perlu diubah penampilannya. Beliau
sangat mementingkan barang-barang berjenama dari luar negeri kerana beliau mapu
memilikinya

PERSOALAN DRAMA ASIAH SAMIAH

1. Darjat dan pangkat / Persoalan perbezaan darjat. Perbezaan kedudukan antara miskin dan
kaya menyebabkan berlakunya kegagalan dalam percintaan. Anas Samanda yang merupakan
anak petani dan hidup miskin tidak diterima oleh keluarga Asiah Samiah kerana perbezaan
darjat antara mereka berdua. Tuan Setiawan Tanjung hanya melihat Misa Sagaraga sebagai
bakal jodoh Asiah Samiah dan boleh memeberi kesenangan kepada anaknya. Orang kaya
hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka.

2. Pemikiran tentang cinta yang terhalang akibat dua darjat dan pangkat. Dalam masyarakat
Melayu wujud segolongan masyrakat yang berfikiran mementingkan darjat dan pangkat. Ini
kerana dirasakan dengan memilih dan mengutamakan darjat dan pangkat yang tinggi,
berharta dan mewah akan membahagiakan rumahtangga yang dibina. Tetapi ianya boleh
berlaku sebaliknya di mana pemilihan darjat dan pangkat tidak boleh menjamin kebahagian
rumahtangga. Tuan Setiawan Tanjung memilih Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah
Samiah kerana darjat dan pangkat tinggi dan menolak perhubungan Asiah Samiah dengan
Anas Samanda yang daripada darjat yang rendah. Bagi Tuan Setiawan Tanjung golongan
berdarjat sepertinya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka.

119
3. Pemikiran tentang Kahwin Paksa. Dalam masyarakat Melayu terdahulu juga terdapat
pemikiran jodoh anak mestilah ditentukan oleh ibubapa, pemikiran sebegini dipegang oleh
golongan lama dalam masyarakat Melayu yang akan mencetuskan perkahwinan secara paksa
iaitu perkahwinan tanpa kerelaan anak itu sendiri. Perkahwinan secara paksa ini akan
menyebabkan kesan yang buruk dan rumahtangga berantakan. Asiah Samiah dijodohkan
dengan Misa Sagaraga secara paksa kerana ianya berlaku tanpa kerelaan Asiah Samiah. Atas
desakan ayahnya Tuan Setiawan Tanjung Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga
yang akhirnya perkahwinan secara paksa ini tidak bahagia. Misa bertindak kejam ke atas
Asiah kerana beliau hanya inginkan harta Asian. Jika ayah Asiah mendengar permintaan
anaknya nescaya Asiah akan bahagian dengan orang yang disayang.

4. Pemikiran tentang golongan kaya dan berkuasa menindas golongan yang lemah dan miskin.
Dalam masyarakat Melayu wujud pemikiran bahawa golongan masyarakat yang lemah dan
miskin biasanya ditindas dan dipandang hina oleh golongan masyarakat yang kaya dan
berkuasa. Ini kerana golongan masyarakat yang lemah dan miskin tidak tidak akan berjaya
melawan penindasan yang dilakukan golongan masyakarat yang kaya dan berkuasa. Misa
Sagaraga mewakili golongan masyarakat yang yang kaya dan berkuasa merampas harta milik
Anas Samanda mewakili golongan masyarakat lemah dan miskin. Walaupun Anas Samanda
memperjuangkan haknya beliau ditangkap dan akhirya mati dibunuh. Golongan kaya
sepatutnya tidak bersikap angkuh dan kejam kepada golongan miskin agar dapat hidup
dengan aman dan saling melengkapi. Hal ini kerana golongan miskin yang selalunya
melaksanakan kerja untuk golongan kaya. Tanpa mereka maka golongan kaya tidak akan
memperoleh keuntugan.

5. Pemikiran tentang kekuasaan kerana harta dan kedudukan. Dalam masyarakat Melayu wujud
pemikiran bahawa kekuasaan seseorang itu berpunca daripada harta dan kedudukan yang
tinggi dalam masyarakat. Oleh itu untuk mencapai kekuasaan yang tinggi dalam masyarakat,
seseorang itu hendaklah mempunyai harta dan kemewahan yang banyak dan tiada tolok
bandingnya. Misa Sagaraga untuk mencapai kekuasaan yang tinggi dalam masyarakatnya
kerana memiliki harta dan kemewahan secara paksa ataupun tidak. Diri Misa Sagaraga
dipandang tinggi kerana harta dan kemewahan yang dimilikinya. Jika Misa tidak berusaha
dan bijak dalam bidang perniagaan, maka sudah tentu dia akan bangkrup dan hidup miskin.
Orang yang berharta akan dipandang tinggi dan orang yang miskin akan dipandang hina oleh
masyarakat dahulu.

6. Pemikiran tentang cinta sejati yang berkekalan. Dalam masyarakat Melayu wujud juga
pemikiran masyarakat bahawa cinta yang sejati akan berkekalan sampai bila-bila. Ini kerana
cinta sejati seseorang itu berpunca daripada perasan kasih sayang yang ikhlas yang akan
berkekalan walaupun diduga dengan pelbagai rintangan dan halangan yang mendatang.
Asiah sangat mencintai Anas Samanda kerana perasaan kasih sayangnya yang ikhlas terhadap
Anas Samanda walaupun mendapat tentangan dan halangan daripada ayahnya Tuan
Setiawan Tanjung dan Misa Sagaraga. Cinta Asiah Samiah terhadap Anas Samanda
berterusan hingga ke akhir hayat.

7. Pemikiran tentang keberanian dalam menuntut hak dan tanah warisan. Anas Samanda
menuntut hak tanah warisan ayahnya. Beliau meneruskan perjuanan ayahnya.

8. Persoalan tentang kasih sayang ibu terhadap anak. Isu kasih sayang dan hubungan
kekeluargaan ditekankan dalam drama ini melalui watak utama dengan anaknya dan watak
Marga Tua. Asiah sangat mencintai Anas Samanda walaupun telah dipenjarakan.

9. Persoalan Emasipasi Wanita. Kebebasan hak wanita dalam menentukan nasib terutama
dalam memilih jodoh hidup sendiri serta mendapatkan hak untuk pendidikan

120
CITRA MASYARAKAT DALAM DRAMA ASIAH SAMIAH.

(Sila ambil fakta yang kuat dan mewakili watak utama dahulu seperti Asiah Samiah, Marga Muda,
Misa Sagaraga dan Anas Samanda)

Drama Asiah Samiah menceritakan tentang ketidakadilan sosial yang berlaku dalam masyarakat.
Antara ketidak adilan yang diketengahkan iaiah golongan kaya menindas golongan bawahan yang
miskin dan masyarakat yang cintanya terhalang akibat dua darjat.

1 Masyarakat yang kecewa kerana cinta yang tidak kesampaian. Percintaan yang gagal kerana
berbeza darjat atau pangkat membawa kepada perpisahan dan kekecewaan yang melampau.
Ianya akan menyebabkan seseorang itu menghadapi tekanan jiwa dan menjadi kurang waras.
Sebaliknya, jika percintaan dan kasih sayang antara pasangan berjaya dipertahankan dan
berakhir dengan perkahwinan sudah tentu kebahagian menanti. Asiah Samiah gagal
berkahwin dengan Anas Samanda yang dicintainya kerana Anas Samanda tidak memiliki apa-
apa dan miskin. Malah dia dipaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga yang kejam dan
sombong.

2. Masyarakat yang mementingkan kufu / pangkat / darjat. Masyarakat yang menganggap


kebahagian boleh dicapai sekiranya mempunyai kekayaan dan pengaruh. Contohnya,
ibubapa Asiah Samiah telah memilih Misa Sagaraga sebagai menantu kerana kekayaan dan
pengaruh yang dimiliki oleh Misa Sagaraga dianggap faktor kebahagiaan kepada anaknya.
Akibatnya Asiah Samiah menderita. Sekiranya kedua ibu bapa Asiah Samiah tidak
mementingkan kebendaan, mereka akan memilih Anas Samanda. Pastinya Asiah Samiah
tidak akan menderita.

2 Masyarakat yang memperjuangkan hak. Hak seperti tanah dan rumah merupakan maruah
bagi sesetengah orang. Apabila rumah dan tanah tergadai, bererti tergadai maruah mereka.
Contohnya Anas Samanda yang mempertahankan rumah dan tanah sekangkang kera yang
dimilikinnya daripada dibeli oleh Misa Sagaraga untuk dibuat kondominium.

3 Masyarakat yang setia dalam percintaan. Kesetiaan dalam percintaan penting bagi menjamin
kebahagiaan. Kesetiaan mampu mengukuhkan sifat kasih sayang dan sifat saling percaya
mempercayai. Perasaan cinta akan membuatkan seseorang sanggup menunggu biarpun
tanpa jawapan yang pasti. Asiah Samiah yang terlalu mencintai Anas Samanda sanggup
menunggunya biarpun masa telah berlalu selama 15 tahun tanpa kepastian.

4 Masyarakat yang mementingkan keuntungan / kebendaan. Terdapat orang yang sentiasa


berusaha melakukan kerja yang menguntungkan walaupun kadang kala menindas orang lain.
Contoh, Misa Sagaraga sanggup membeli tanah dengan harga yang rendah dan membina
kondominium dengan harga yang mahal atau pun menjualnya dan membeli saham untuk
mendapat keuntungan segera.

5 Masyarakat yang patuh terhadap orang tua. Terdapat masyarakat yang patuh kepada
kehendak orang tua walaupun kehendak itu bertentangan dengan keinginannya. Dalam
pemilihan jodoh mereka terpaksa akur dengan pilihan ibu bapa walaupun mereka mepunyai
pilihan sendiri. Contohnya Asiah Samiah terpaksa bersetuju berkahwin dengan Misa Sagaraga
pilihan orang tuanya walaupun beiau meencintai Anas Samanda.

6 Masyarakat yang bersimpati dengan kesusahan orang lain. Sesetengah orang bersimpati
dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain kerana mereka fahami tentang penderitaan
yang dialami. Contoh Marga Muda telah menjaga Laila Anurisah kerana bersimpati
terhadapnya yang dibuang oleh Misa Sagaraga.
121
7. Masyarakat yang percaya terhadap bomoh dan makhluk halus. Kepercayaan kepada unsur-
unsur ghaib bagi membantu menyelesaikan masalah yang berkait dengan makhluk halus.
Walaupun begitu kadang kala kepercayaan terhadap bomoh secara membuta tuli atau
melampau boleh merosakkan kehidupan seseorang. Ianya mungkin boleh menyebabkan
aqidah seseorang itu terpesong. Sari Saribiru percaya yang ibunya telah sakit akibat
perbuatan orang dan dia juga merupakan anak buah Pawang Satam yang memiliki banyak
makhluk halus yang dikatakan sangat membantu jika terkena sampuk.

8. Masyarakat yang patuh terhadap orang tua/ibu bapa. Taat dan patuh kepada orang tua
merupakan adat yang dipegang teguh oleh orang Melayu dan terdapat dalam ajaran Islam.
Anak-anak yang hormat dan taat kepada orang tua atau ibu bapa adalah dalam kalangan
anak-anak yang soleh. Dalam hal ini, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang patuh
kepada kehendak orang tua, walaupun bertentangan dengan prinsip hidup dan keinginannya.
Ibu bapa zaman dahulu akan memilih jodoh untuk anak mereka dan anak-anak terpaksa akur
dengan pilihan ibu bapa walaupun mereka mempunyai pilihan sendiri. Contohnya, Asiah
Samiah terpaksa akur dan patuh dengan pilihan kedua ibu bapanya. Dia terpaksa berkahwin
dengan Misa Sagaraga yang menjadi pilihan ibu bapanya walaupun beliau amat mencintai
Anas Samanda. Walau bagaimanapun kepatuhan Asiah Samiah ini akhirnya mengundang
penderitaan yang berpanjangan kepadanya.

CONTOH MENJAWAB KEPINCANGAN MASYARAKAT

1 Sikap angkuh dan sombong segelintir masyarakat/manusia. Sikap angkuh dan sombong
merupakan satu sikap yang boleh merosakkan keharmonian hidup masyarakat. Lantaran
sebagai seorang anggota masyarakat , sikap angkuh seharusnya tidak bertapak dalam diri
kita. Misa Sagaraga adalah seorang tokoh yang angkuh dengan kekayaan, pengaruh dan
kuasa yang ada padanya. Dia menyatakan bahawa nama Asiah Samiah merupakan nama
kampung dan perlu ditukar. Beliau juga menindas orang kampung dengan membeli atau
merampas tanah orang kampung seperti tanah ayah Anas Samanda. Sikap ini membawa
penderitaan kepada Marga Tua ,Asiah Samiah, dan Anas Samanda. Sikap ini jelas sekali boleh
dijadikan panduan kepada saya untuk berdepan dengan anggota masyarakat.

2 Menggunakan pengaruh dan kekuasaan untuk kepentingan diri. Pengaruh dan kuasa yang
kita miliki adalah untuk membentuk institusi keluarga dan masyarakat yang harmoni, saling
menyayangi , bertoleransi dan hormat akan hak orang lain. Jika kita menyalah guna pengaruh
dan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, maka institusi keluarga dan masyarakat yang kita
bina akan hancur dan musnah. Misa Sagaraga merupakan seorang yang amat berpengaruh
dan berkuasa, sebaliknya menyalah guna pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk
kepentingan dirinya. Dengan pengaruh dan kuasa yang ada padanya hak Anas Samanda dan
Asiah Samiah dinafikan. Akhirnya, Anas Samanda dan Asiah Samish memusuhi Misa Sagaraga.
Sebagai anggota masyakat sikap ini akan saya jadikan panduan untuk membentuk sebuah
masyarakat yang harmoni, saling sayang-menyayangi- bertoleransi dan hormat akan hak
orang lain.

3 Mementingkan darjat dan keturunan. Sikap mementingkan darjah dan keturunan boleh
merosakkan pemikiran masyarakat seterusnya boleh menghancurkan masyarakat itu sendiri.
Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Seri Alimin menolak cinta dan kasih antara Asiah Samiah
dengan Anas Samanda dek kerana Anas Samanda dianggap tidak setaraf dengan mereka.
Akhirnya, Asiah Samiah dikahwinkan dengan Misa Sagaraga. Perkahwinan yang tidak
dipersetujui oleh Asiah Samiah sendiri. Perkahwinan yang memusnahkan hidup Asiah Samiah
dan Anas Samanda. Asiah Samiah akhirnya menjadi gila dan Anas Samanda meninggal dunia

122
membawa cinta dan perjuangannya. Sejujurya sikap ini benar-benar boleh dijadikan panduan
kepada saya.

4 Mementingkan kekayaan/wang. Wang ringgit boleh membeli segala-galanya hatta maruah


sekalipun. Manusia akan menjadi buta mata dan hati apabila berdepan dengan wang ringgit.
Dengan wang ringgitlah Misa Sagaraga mendapat pengaruh dan kedudukan dalam
masyarakat. Dengan kekayaannya dia dapat memiliki Asiah Samiah, dan seterusnya
memusnahkan cinta Anas Samanda dan seluruh kehidupannya. Sikap ini membawa
keburukan dan kemusnahan hidup, Lantaran itu ianya boleh dijadikan panduan kepada saya.
5 Sikap membazir/mangagung-aggungkan produk luar negara. Sikap membazir dan
mangagung-aggungkan produk luar negara merupakan satu sikap yang tidak bermaruah dan
tiada harga diri. Misa Sagaraga misalnya, suka memakai pakaian luar negara seperti jaket
Brioni, tie Steffano, kasut Bruno Magli dan lain-lain jenama dari luar negara adalah dianggap
tidak mempunyai harga diri. Sikap ini harus dipinggirkan dari diri kita dan ianya akan saya
jadikan panduan dalam hidup saya.

6 Mementingkan diri sendiri. Sikap mementingkan diri sendiri boleh memusnahkan hidup diri
sendiri dan orang lain. Sikap Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin yang
mementingkan dirinya sendiri telah memusnahkan hidup anak dan cucunya sendiri. Asiah
Samiah menjadi gila dan Laila Anurisah menderita dibuang oleh Misa Sagaraga. Sikap yang
ditunjukkan oleh Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin akan saya jadikan panduan
dalam hidup saya kelak.

7 Percaya kepada bomoh. Dalam masyarakat Melayu, bomoh dikatakan boleh membantu
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kejiwaan, penyakit, buatan orang atau sihir,
sampuk dan sebagainya. Walaupun bagaimanapun, kepercayaan kepada bomoh secara
membuta tuli atau melampau boleh merosakkan kehidupan seseorang. Ianya mungkin boleh
menyebabkan aqidah seseorang itu terpesong. Begitu juga kepercayaan terhadap sesuatu,
seperti percaya kepada orang halus, hantu, jembalang, polong, sihir dan sebagainya, boleh
menyebabkan aqidah seseorang itu terpesong. Sari Saribiru memberitahu kepada Puan
Suari Alimin bahawa emak sakit terkena sampuk, dan Pawang Satam yang mengubati
emaknya.

MESEJ DALAM DRAMA

1 Keyakinan dan semangat teras dalam meneruskan perjuangan. Seseorang yang terlibat
dalam perjuangan, sama ada berjuang untuk mempertahankan agama, bangsa, negara, atau
pun hak diri dan keluarga, hendaklah menanam semangat yang tinggi dan penuh dengan
keyakinan. Kedua-dua aspek ini amat penting sebagai suntikan untuk menjayakan apa jua
yang diperjuangkan. Hal ini boleh dilihat melalui watak Anas Samanda dalam drama ‘Asiah
Samiah’. Anas Samanda tidak patah semangat dalam perjuangannya menuntut hak terhadap
tanah yang didiaminya. Hal ini adalah kerana dia yakin tanah milik keluarga yang didiaminya
selama 50 tahun dapat dipertahankan. Keyakinan yang tinggi dan semangat kental yang
ditunjukkan oleh Anas Samanda mempertahankan haknya, menyebabkan beliau sanggup
mengenepikan hal-hal lain termasuklah cintanya terhadap Asiah Samiah.

2 Salah guna kuasa memusnah kehidupan masyarakat dan negara. Golongan yang
berpengaruh, berkuasa dan mempunyai wang ringgit boleh menentukan segala-galanya
dalam hidup ini. Golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit akan dilihat
sebagai golongan yang hebat dan mempunyai kedudukan atau status sosial yang tinggi dalam
masyarakat. Mereka juga akan melakukan apa saja demi pengaruh dan kuasa yang ada pada

123
mereka. Manakala golongan yang tidak mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit akan
dianggap golongan yang lemah dan akan sentiasa ditindas oleh golongan yang mempunyai
pengaruh, kuasa dan wang ringgit. Golongan ini mempunyai status yang rendah dalam
kalangan masyarakat. Misa Sagaraga merupakan seorang yang amat berpengaruh dan
berkuasa, namun telah menyalah guna pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk
kepentingan dirinya. Dengan pengaruh dan kuasa yang ada padanya, menyebabkan hak-hak
orang lain seperti hak Anas Samanda dan Asiah Samiah dinafikan.

3 Sikap tidak mahu mencampuri urusan orang lain menyebabkan penindasan terus berlaku.
Walaupun sikap tidak mahu mencampuri usuran orang lain adalah suatu sikap yang baik,
namun dalam sesetengah keadaan seseorang wajar mencampuri urusan orang lain. Sebagai
seorang atau anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan berprinsip kita wajar
mencampuri urusan orang lain demi kemaslahatan bersama. Sikap Marga Muda yang tidak
mahu terlibat dengan sengketa antara Anas Samanda dengan Misa Sagaraga kerana tidak
mahu peristiwa lama yang menghantuinya berulang lagi . Marga Muda terkenang peristiwa
ayahnya yang dihalau dan dipenjarakan lantaran perjuangan ayahnya yang menuntut haknya.
Akhirnya yang menjadi mangsa perjuangan ayahnya ialah dirinya serta adik-beradiknya.

4 Wang ringgit memusnahkan nilai kemanusiaan. Wang ringgit boleh membeli segalanya-
galanya hatta maruah sekalipun. Manusia akan menjadi buta mata dan hati apabila berdepan
dengan wang ringgit. Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin menerima peminangan
Misa Sagaraga kerana kekayaannya.

5 Maruah dan harga diri lambang jati diri. Maruah dan harga diri tidak harus dipermain dan
dipekotak katikkan oleh orang lain. Perjuangan untuk mempertahankan maruah dan harga
diri tidak harus luntur walaupun dibayar dengan wang ringgit. Begitulah sikap perjuangan
Anas Samanda, maruah dan harga diri harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.

6 Tanah adalah harta paling berharga. Tanah merupakan harta yang paling berharga bagi
sesetengah individu, kerana tanpa tanah seseorang itu boleh merempat di laman sendiri.
Ayahnya Marga Muda dan Anas Samanda berjuang untuk mempertahankan haknya ke atas
tanah yang didudukinya. Perjuangan ayah Marga Muda ke atas tanah yang didudukinya
selama 50 tahun menurut pengorbanan yang tidak sedikit. Ayah Marga Muda dipenjara
manakala keluarganya hidup merempat. Bagi Anas Samanda pula, tanah merupakan
nyawanya sekeluarga, urat andi ayahnya dan harga diri keluarganya.

7 Cendikiawan melahirkan masyarakat yang berilmu dan maju. Masyarakat yang mundur,
tidak bepelajaran, tertindas, malah masyarakat yang maju sekalipun amat memerlukan
golongan cerdik pandai untuk membantu anggota masyarakatnya mencapai matlamat dan
cita-cita yang diidam-idamkan. Anas Samanda dalam petikan di atas amat kecewa dengan
sikap Marga Muda, seorang cendekiawan yang berilmu tetapi memilih untuk memencil dan
mendiamkan diri daripada membantunya dalam perjuangan menuntut haknya dan
menentang ketidakadilan yang berlaku dalam maasyarakat. Anas Samanda kecewa dengan
Marga kerana samggup memencilkan diri dan menjauhkan diri dari perjuangan walaupun
Marga merupakan cendiakiawan.

8. Keangkuhan membawa penderitaan. Keangkuhan yang ditunjukkan oleh seseorang,


khususnya pemimpin boleh membawa penderitaan dan keperitan hidup kepada seseorang
atau kepada orang yang dipimpin. Bagi Anas Samanda, Misa Sagaraga adalah seorang tokoh
yang angkuh dengan kekayaan, pengaruh dan kuasa yang ada padanya. Kesannya ramai
orang menderita akibat perbuatannya.

124
9 Tanpa pengorbanan, perjuangan akan menemui kegagalan. Pengorbanan adalah sesuatu
yang lumrah dalam kehidupan, khususnya dalam perjuangan, sama ada perjuangan
menpertahankan agama, tanah air, maruah, hak dan sebagainya. Oleh hal yang demikian,
seseorang perlu berkorban untuk mencapai hajat atau impian dalam perjuangan yang
diyakininya benar. Ayah Marga Muda sanggup mengorbankan dirinya untuk
mempertahankan tanah hak miliknya sehingga beliau dipenjarakan. Marga menceritakan
kisah ayahnya yang dipukul, dilanyak, dihina, dan dipenjara semata-mata kerana dia mahu
mempertahankan haknya kepada Anas Samanda. Apa yang menyedihkan, ibu Marga lari
dengan lelaki lain setelah ayahnya dipenjarakan. Adik-adik Marga keluar masuk dari sebuah
rumah kebajikan ke rumah yang lain. Mengikut kata Marga, itulah harga perjuangan yang
harus dibayar oleh ayahnya dan beliau adik-beradik. Begitu juga dengan Anas Samanda. Anas
Samanda sanggup menolak cinta Asiah Samiah semata-mata untuk menjadi pejuang dan
mempertahankan haknya yang dicabuli. Beliau juga sanggup mati dalam perjuangan semata-
mata untuk mempertahan haknya ke atas tanah yang didudukinya selama ini dari dirampas
oleh Misa Sagaraga.

10 Keimanan membentuk jati diri pejuang. Seseorang pejuang yang berjuang atas dasar
keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, akan mendapat perlindungan dan rahmat-Nya.
Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang pejuang itu berjuang atas dasar kepentingan
peribadi atau ingin membalas dendam sematamata tanpa disusuli dengan keimanan kepada
Allah, maka perjuangan yang didepaninya mungkin akan menjadi sia-sia. Anas Samanda
menjawab pertanyaan Marga Muda dengan mengatakan bahawa dia akan merubah dunia ini
dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dan dengan
pengorbanan.

11 Kelemahan membuatkan kita jadi penakut. Kurangnya keimanan, ilmu, keyakinan, dan
semangat membuatkan seseorang pejuang itu lemah dan bacul. Kekurangan yang dinyatakan
di atas menyebabkan mereka mudah menyerah kalah dan akan bergantung kepaada takdir
semata-mata tanpa berusaha untuk memperjuangkan apa yang diyakini menjadi haknya. Hal
ini boleh dilihat melalui watak Marga Muda. Marga Muda yang tidak mahu ikut serta dalam
perjuangan Anas Samanda telah dianggap bacul oleh Anas Samanda. Hal ini adalah kerana
Marga Muda dikatakan lemah dan tidak sanggup berjuang serta berkorban demi untuk
mempertahankan haknya dari dicabuli.

12 Kasih sayang membuatkan rasa tenang dan damai. Setiap orang memerlukan kasih sayang,
sama ada daripada ibu bapa, suami atau isteri, teman, dan masyarakat. Sifat kasih sayang
yang hadir dalam diri seseorang, lalu dicurahkan kepada orang lain akan menjadikan
kehidupan seseorang itu penuh ketenangan dan kedamaian. Puan Suari Alimin dan Tuan
Setiawan Tanjung amat sayangkan anak mereka iaitu Asiah Samiah. Selain dari itu juga, Asiah
Samiah juga mendapat belaian kasih sayang dari orang di sekelilingnya. Kasih sayang yang
diterima oleh Asiah Samiah dari ibu bapa dan orang di sekelilingnya telah menjadikannya
anak gadis yang ceria dan disenangi oleh semua orang. Begitu juga dengan Marga Muda dan
Anas Samanda, amat amat kasih kepada Asiah Samiah.

13 Ilmu pengetahuan mengangkat darjat seseorang. Ilmu pengetahuan amat penting dalam
kehidupan. Dengan adanya ilmu pengetahuan, ianya dapat mengangkat martabat atau darjat
seseorang ke tahap yang lebih baik. Oleh yang demikian, setiap orang perlu berusaha untuk
memiliki atau mencari ilmu pengetahuan sama ada ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Asiah
Samiah merupakan seorang anak gadis yang amat mencintai ilmu berdasarkan minatnya
terhadap buku, kitab, karya sastera serta ajaran daripada gurunya iaitu Marga.

125
14 Kekayaan, pengaruh dan kuasa tidak menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan.
Perkahwinan yang hanya berlandaskan materialistik tidak menjanjikan kebahagian,
Perkahwinan Asiah Samiah yang dipersetujui oleh Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari
Alimin hanya kerana Misa Sagaraga memiliki segala-galanya tetapi ditolak oleh Asiah Samiah
yang tidak menilai itu semua.

15 Ketidakadilan sosial terutama perbezaan darjat masih menjadi ukuran dalam memilih
pasangan hidup. Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah tidak menerima Anas Samanda kerana
menganggap Anas Samanda tidak setaraf dengan mereka kerana Anas Samanda hanyalah
anak seorang petani yang miskin yang tidak akan membahagiakan Asiah Samiah.

16 Perlu menghormati dan akur dengan kehendak orang tua. Anak-anak sewajarnya
menghormati dan mengikut kata orang tua demi untuk kebaikan mereka. Asiah Samiah
biarpun tidak setuju dengan lamaran Misa Sagaraga tetapi kerana menghormati dan
menyayangi kedua-dua orang tuanya dia akhirnya akur dengan kehendak mereka untuk
berkahwin dengan Misa Sagaraga.

17 Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan terutamanya kepada kanak-kanak.


Simpati dengan nasib yang menimpa Laila Anurisah yang dibuang oleh Misa Sagaraga kerana
menganggapnya memalukan maruahnya, Marga Muda telah mengambil Laila Anurisah dan
menjaganya serta mencarikan Asiah Samiah untuknya.

18 Hendaklah amanah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Marga Muda telah


mengabadikan dirinya dalam pekerjaan selama 20 tahun dan dia tidak pernah merungut dan
sentiasa patuh dan setia melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya malah dia juga
sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh majikannya.

19 Keprihatinan dan rasa tanggungjawab bersama perlu ada pada anggota masyarakat.
Anggota masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengambil perhatian terhadap apa
yang berlaku, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap
apa yang menimpa Laila Anurisah, mereka berdua telah menjaganya kerana Asiah Samiah
tidak siuman.

20 Sikap terburu-buru dalam mengambil tindakan akan membawa padah. Terburu-buru


membuat keputusan akhirnya akan memberi kesan yang negatif, Asiah Samiah yang
bertindak melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga kerana tidak dapat menerima apa yang
berlaku ke atasnya akhirnya mengalami tekanan perasaan dan menyebakan dia menjadi tidak
siuman.

21 Pendidikan amat penting dalam kehidupan. Tuan Setiawan Tanjung amat mementingkan
pendidikan biarpun Asiah Samiah tidak dibenarkan bergaul bebas, tetapi dia tetap memberi
pendidikan yang sempurna menerusi khidmat guru yang datang mengajar di rumahnya,
termasuklah Marga Muda yang dibayar sebagai munsyi.

22 Maruah dan hak perlu dipertahankan. Gambaran tentang kedudukan seseorang atau
sesebuah keluarga, Anas Samanda tetap dengan pendiriannya berjuang untuk
mempertahankan maruah dan harga diri keluarganya daripada Misa Sagaraga yang telah
menghalau bapanya dari rumah yang telah didiaminya selama 50 tahun.

23 Perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan ayah Marga berjuang menuntut haknya


menyebabakan ayahnya dianggap penjenayah sehingga ayahnya terpaksa meringkuk di
penjara dan akibatnya keluarga Marga berantakan.

126
CONTOH MENJAWAB AMANAT YANG INGIN DIPAPARKAN OLEH PENULIS
DALAM DRAMA INI.

1. Kepentingan mempunyai sikap bertanggungjawab. Sikap bertanggungjawab perlu ada dalam


diri setiap insan. Seseorang ibu atau bapa perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan dan masa
depan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak
mereka. Tanpa sikap bertanggungjawab dan lepas tangan dalam mendidik, kemungkinan besar
kehidupan anak-anak akan terabai dan masa depan mereka tidak menentu. Contoh, Puan Suari
alimin dan Tuan Setiawan Tanjung bertanggung jawab mengupah Marga untuk mengajar Asiah
Samiah dalam bidang Bahasa. Jadi, sikap bertanggungjawab amat penting dalam memastikan didikan
kepada anak-anak sempurna.

2. Kepentingan mempunyai sifat kasih sayang. Sifat kasih sayang perlu ada dalam diri setiap
manusia.Dengan adanya sifat kasih sayang, manusia akan menjalani kehidupan masing-
masing dengan sempurna Tanpa sifat kasih sayang, kehidupan manusia akan menjadi kejam
dan suka menindas serta tidak memperdulikan perasaan orang lain. Mereka hanya
mementingkan dunia dan kebendaan sahaja. Contohnya, Puan Suari Alimin dan Tuan
Setiawan Tanjung begitu sayangkan Asiah Samiah bagai menatang minyak yang penuh begitu
juga Asiah yang amat menyayangi ibu bapanya. Sifat kasih sayang amat penting untuk
kesejahteraan sesebuah keluarga.

3 Kepentingan perjuangan mempertahankan hak. H Hak seseorang atau sekumpulan manusia


perlu dipertahankan daripada ancaman musuh atau pihakpihak lain yang tidak
bertanggungjawab. Jika kita membiarkan hak kita dicerobohi maka kehidupan kita akan
menjadi tidak tenteram dan tidak selamat. Ayah Marga mempertahankan tanah yang
dimilikinya sehingga beliau ditangkap lalu dipenjarakan. Anas Samanda juga menerima nasib
yang sama apabila terbunuh dalam memperjuangkan haknya. Oleh itu, perjuangan habis-
habisan amat perlu dalam mempertahankan hak.

4 Kesanggupan untuk melakukan pengorbanan. Pengorbanan perlu dilakukan oleh seseorang


atau sekumpulan manusia demi mencapai impian dan matlamat dalam melakukan sesuatu
perkara. Pengorbanan yang dilakukan seperti bekorban harta benda, masa, tenaga dan
nyawa demi melihat orang lain hidup Bahagia dan aman sejahtera. Tanpa pengorbanan
sesuatu perjuangan tidak akan dapat membuahkan hasil yang sebenarnya malahan akan
menemui kegagalan. Ayah Marga sanggup mengorbankan dirinya dalam mempertahankan
tanah hak miliknya sehingga beliau dipenjarakan. Kejayaan diperolehi apabila orang lain
masih dapat hidup di tanah yang diperjuangkannya. Pengorbanan perlu ada dalam diri
individu untuk kesejahteraan bersama.

5 Janganlah kita terlalu mementingkan darjat dan harta dalam pemilihan jodoh. H Pangkat,
kedudukan dan harta bukanlah syarat utama dalam menjamin kebahagiaan dalam kehidupan
seseorang manusia. Dalam mendirikan rumah tangga, faktor yang paling penting adalah
kebahagiaan dan kasih sayang serta perasaan cinta antara satu sama lain. Kehidupan yang
hanya bergantung kepada kebendaan semata-mata biasanya akan berakhir degan kegagallan
dan kehancuran. Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin memilih Misa Sagaraga
sebagai menantu untuk dijodohkan dengan anaknya Asiah Samiah kerana berharta dan
berpengaruh. Akhirnya rumahtangga anaknya Asiah Samiah tidak bahagia. Harta, pangkat
dan darjat bukanlah penentu kebahagiaan dalam sesebuah keluarga

127
UNSUR MORAL YANG TERDAPAT DALAM DRAMA.
Pertama, Keimanan yang teguh.
Kedua, semangat yang kental.
Ketiga, pengorbanan dalam memperjuangkan sesuatu.

TEKNIK PENULISAN DRAMA

Drama ini mengunakan banyak teknik imbas kembali. Maksud imbas kembali ialah bahagian cerita
yang memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yang terdahulu. Drama ini dimulakan dengan
watak Marga yang sudah tua sedang mengingat kisah lampau yang pahit tentang kehidupan Asiah
Samiah, seorang gadis yang cantik, riang dan bijak menjadi gila kerana tekanan hidup dan cintanya
yang terhalang. Penggunaan teknik imbas kembali dapat memberi gambaran yang jelas tentang
kejadian yang berlaku.

CONTOH MENJAWAB TEKNIK


Pendahuluan
Konsep teknik penceritaan
Tema drama
Senaraikan isi penting

1 Teknik Pemerian. Teknik pemerian digunakan pengarang untuk memerihalkan secara


terperinci tentang latar masa, tempat, peristiwa atau perwatakan watak-watak dalam drama
ini. Pengunaan teknik ini membolehkan pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang
latar, watak atau peristiwa yang hendak disampaikan. Pengarang memceritakan secara terus
tentang satu perarakan besar mengiringi mayat Anas Samanda. Anas samanda diikat pada
tiang lampu dan tubuhnya berayun mengikut rentak empat orang yang membawanya.

2 Teknik Nyanyian/Pantun. Pengarang turut menggunakan teknik ini untuk menjadikan


sesuatu persembahan tersebut lebih menarik di samping untuk menggerakkan plot atau jalan
certita. Kesan penggunaan teknik ini ialah penonton tidak bosan dan merasa terhibur apbila
membaca drama ini. Asiah samiah sering menyanyi dan berpantun di simpang jalan untuk
meluahkan perasaannya. (hal 190)

3 Teknik Dialog. Penggunaan teknik dialog dlam drama sangat penting kerana ialah berkaitan
komunikasi antara watak dalam drama. Selain itum ia juga berfungsi untuk mengembangkan
plot cerita. Kesan penggunaan teknik dialog ini ialah pembaca dapat menahamii cerita drama
tersebut dengan lebih muda atau mendapat gambaran yang jelas perkara yang hendak
disampaikan. Contoh dialog dalam drama ini ialah dialog di antara Asiah dengan Marga, Asiah
Samiah dengan ibu bapanya dan Marga dengan Anas samanda

4 Teknik Imbas Kembali/Flashback. Penggunaan teknik imbas kembali bertujuan menceritakan


atau memaparkan peristiwa-peristiwa lampau melibatkan watak-watak dalam drama ini.
Kesan penggunaan teknik ini pembaca dapat mengetahui latar belakang watak-watak
khususnya watak Asiah samiah, Anas samanda dan Marga. Marga Muda dan Anas samanda
mengingati kembali peristiwa Misa sagaraga merampas tanah hak milik keluarga mereka.

128
5 Teknik Suspens. Teknik suspen digunakan pengarang bertujuan untuk membuat penonton
tertanya-tanya apakah yang akan berlaku setersunya kepada watak atau peristiwa. Kesan
penggunaan teknik ialah ialah cerita akan menjadi lebih menarik dan penonton teruja
menikmati drama ini. Penonton tertanya-tanya adakah Asiah samiah akan berkahwin
dengan Anas Samanda yang dicintainya atau berkahwin dengan Misa Sagaraga yang
merupakan pilihan ibu bapanya.

6 Teknik Monolog. Teknik monolog ialah teknik yang digunakan untuk menunjukkan seseorang
watak bercakap seorang diri. Kebiasaannya watak-watak tersebut akan meluahkan perasaan
yang terpendam dalam dirinya. Kesan penggunaan teknik ini ialah pembaca dapat
mengetahui perwatakan watak-watak tersebut dengan lebih mendalam. Marga Muda
bercakap seorang diri mengenangkan nasib dirinya. beliau juga mencertiakan perwatakan
Anas samanda dan Misa Sagaraga. (ha. 204)

7 Teknik Konflik. Pengarang menggunakan teknik konflik khususnya konflik antara watak yang
mempunyai perbezaan pendapat. Pengggunaan teknik konflik ini dapat menghidupkan plot
atau jalan cerita dan menjadikan cerita tersebut lebih menari. Antara konflik yang terdapat
dalam drama ini ialah konflik antara Asiah samiah dengan ibu bapanya, konflik Anas samanda
dengan Misa Sagaraga dan konflik antara Anas Samanda dengan Marga.

JELASKAN NILAI ESTATIK YANG TERDAPAT PADA DRAMA TERSEBUT


Nilai estatik yang terdapat pada drama adalah seperti berikut:

Pertama, teknik penceritaan / persembahan yang digunakan oleh pengarang. Terdapat pelbagai
teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam drama ini antaranya ialah teknik penulisan
imbas kembali. Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/peristiwa yang pernah
terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Teknik imbas
kembali dapat memberi gambaran yang jelas kepada pembaca akan kisah silam yang pernah berlaku
agar pembaca lebih memahami situasi sekarang. Contoh, Marga Tua teringat bagaimana dia terjebak
dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada
keakrabannya dengan Asiah Samiah (Hal 236 Babak 7). Marga Tua teringat tentang perjuangan Anas
Samanda mempertahankan hak/tanah ayahnya

Watak perwatakan yang terdapat di dalam drama. Watak-watak yang ditonjolkan dalam drama
berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Watak-watak juga berfungsi untuk
mengembangkan tema dan persoalan. Watak akan menimbulkan peristiwa yang membawa kepada
sebab dan akibat (cause and effect). Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak
laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai
memberi gambaran yang realiti. Contoh watak Asiah Samiah mewakili gambaran gadis dikahwin
paksa dan cintanya terhalang manakala watak Anas digambarkan mempunyai semangat cintahkan
tanah warisan. Kepelbagaian watak dapat menggerakkan imaginasi audiens untuk lebih menghayati
drama ini.

Seterusnya, nilai keindahan dapat dilihat pada latar tempat yang membayangi plot cerita. Latar
penceritaan prosa selalunya luas dan berlaku di merata-rata tempat. Penggunaan latar mengikut
kesesuaian cerita dapat menimbulkan kesan yang realistik dan penghayatan yang mendalam tentang
cerita yang cuba disampaikan. Contoh, drama Asiah Samiah memaparkan latar tempat yang pelbagai
seperti situasi dirumah Asiah Samiah ketika Misa Sagaraga dating meminang Asiah dan latar tempat
pergaduhan yang berlaku di antara Misa Sagaraga dan Anas Samanda. Oleh itu penggunaan latar
tempat yang maksimum dapat menimbulkan penghayatan yang mendalam terhadap cerita.

129
Akhir sekali nilai keindahan dapat dilihat pada tema dan persoalan yang dikemukakan. Drama Asiah
Samiah memaparkan tema cinta yang terhalang akibat dua darjat dan perjuang dalam menuntuk hak.
Dalam masyarakat Melayu wujud segolongan masyrakat yang berfikiran mementingkan darjat dan
pangkat. Ini kerana dirasakan dengan memilih dan mengutamakan darjat dan pangkat yang tinggi,
berharta dan mewah akan membahagiakan rumahtangga yang dibina. Tetapi ianya boleh berlaku
sebaliknya di mana pemilihan darjat dan pangkat tidak boleh menjamin kebahagian rumahtangga.
Contoh percakapan Tuan Setiawan Tanjung memilih Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah
kerana darjat dan pangkat tinggi dan bagi Tuan Setiawan Tanjung golongan berdarjat sepertinya
hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka. Paparan tema dan persoalan
dalam drama ini diolah menggunakan bahasa yang halus tetapi penuh bermakna. Justeru, sentuhan
rasa dan fikir dapat dirasakan oleh pembaca dengan melihat kecerdasan dan jalinan keindahan
bahasa seseorang pengarang. Luahan hati dan getar jiwa pengkarya melalui kata-kata dan bayangan
alam budaya kehidupan masyarakat.

ASPEK KEKAGUMAN DRAMA (PEMENTASAN) :


1. Cahaya Lampu
Menyuluh Marga Tua. Dia kelihatan sebak dan mengesat air matanya.

2. Kostium Anas Samanda


Berpakaian kumal dan kelihatan ramus menyebabkan Marga Tua hampir tidak mengenalinya.

3. Set
Suasana hingar bingar
Semasa orang- orang Misa Sagaraga menyerang Anas Samanda.

130

Anda mungkin juga menyukai