Anda di halaman 1dari 106

1

ISI KANDUNGAN

PROSA TRADISIONAL

1. TEKNIK MENJAWAB
2. PENGENALAN PROSA SECARA UMUM
3. ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN
4. HIKAYAT HANG TUAH
5. HIKAYAT PELANDUK JENAKA
6. HIKAYAT PERI NABI WAFAT
7. TAJUS SALATIN

PROSA MODEN

CERPEN

8. PENGENALAN PROSA MODEN


9. TEKNIK PENCERITAAN
10. USIA EMAS
11. MITOS SECEKAK KERTAS TISU
12. MELANKOLIK DI ATAS RUMPUT
13. ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN
14. DI SEBALIK SIRAT MAKNA

DRAMA

15. ASIAH SAMIAH

2
BAHAGIAN PROSA
TEKNIK MENJAWAB PROSA TRADISIONAL / PROSA MODEN
Cara jawab prosa

1. Fakta (nama watak tak boleh ada dalam fakta. Nama watak perlu diletak dalam huraian)
2. Huraian tentang fakta / Perbincangan / ulasan (ikut kehendak soalan)
3. Contoh peristiwa (jika puisi pelajar gunakan puisi sebagai contoh. Tapi untuk prosa pelajar perlu
menggunakan peristiwa yang berkaitan dengan fakta/watak untuk dijadikan contoh.)
4. Kesan / Kepentingan - jika perlu
5. Kesimpulan kecil

* bergantung kepada kehendak soalan

Nota di bawah adalah fakta dan huraian cerita. Pelajar perlu pandai menggunakannya untuk
sesuaikan dengan kehendak soalan. Ikut cara menjawab seperti di bawah.

PENDAHULUAN
(cara menulis pendahuluan – konsep, tema fakta = Lengkap 2M
= Tak lengkap 1M
- Perihal watak = Mewakili 1M
- Isi-isi penting = Mewakili 1M
Contoh

Sastera Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai
latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan
cerita-cerita zaman kuno dan kadang-kala sukar untuk difahami. Ia mengemukakan watak wira yang
agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya
dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada
bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan
seseorang wira. Hang Tuah merupakan pahlawan Melayu dan dikatakan memiliki sifat kepahlawanan,
keberanian, kebijaksanaan dan pandai berbahasa.
3
Contoh 2

Menurut Kassim Ahmad (1962), Kesusasteraan Epik dikenali sebagai Kesusasteraan Kepahlawanan.
Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Watak yang dikisahkan ialah wira
bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi
masyarakat khalayaknya. Watak Utama iaitu Hang Tuah dikatakan memiliki sifat kepahlawanan,
keberanian, kebijaksanaan dan pandai berbahasa.

Atau

Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik lebih
berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama terhadap
perkembangan cerita karya epik.

TEMA – idea utama

Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Dalam karya prosa yang
bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam perbincangan, bahan karangan
ataupun yang disebut tesis.

Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan
seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan, kekecewaan,
dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel/ cerpen /
drama.

Tema berpunca dari pelbagai aspek kehidupan manusia dan dapat dikategorikan kepada tiga bahagian
iaitu pengalaman, konflik dan ilham. Tema juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu tema

1. perwatakan,
2. psikologi,
3. peristiwa,
4. adat resam,
5. sejarah,
6. sosial,
7. politik,
8. alam dan agama atau ketuhanan.

Contoh jawapan:

Cerpen / Drama / Novel ……………… karya ……………. Ini membawa tema kemanusiaan. Ia menceritakan
karenah masyarakat ………………

4
Contoh Menjawab Tema
FAKTA
Hikayat Hang Tuah bertemakan kepahlawanan bangsa Melayu. Hikayat ini juga
menonjolkan konsep kesetiaan serta semangat kebangsaan. Hang Tuah dikaitkan
dengan kepahlawanan, kewibawaan @ kedaulatan negeri Melaka. Sifat kepahlawanan HURAIAN
Hang Tuah melangkaui dunia luar seperti Cina, Majapahit dan Benua Keling ini
mengangkat kerajaan Melayu Melaka di mata dunia luar. Contoh peristiwa yang CONTOH
melambangkan kepahlawan Hang Tuah dapat dilihat menerusi pertarungan beliau
dengan Taming Sari di Majapahit. Hang Tuah dapat mengalahkan Taming Sari yang
mengamuk menerusi kepandaiannya bermain senjata dan kepintarannya sehingga
ULASAN
beliau Berjaya merampas keris Taming Sari. Akhirnya Taming Sari yang kebal itu Berjaya
dibunuh oleh Hang Tuah. Oleh itu, semangat kepahlawanan yang dimiliki Hang Tuah KESAN /K.KECIL
mampu mengangkat martabat beliau dan bangsa Melayu di mata dunia.

Cerpen Usia Emas bertemakan tentang kehidupan manusia di usia emas.


Kehidupan usia emas bukanlah satu kelebihan atau anugerah hidup, tetapi ia FAKTA
adalah satu pinjaman dan sentiasa dipenuhi dengan amal ibadat. Warga emas
juga perlu disayangi oleh anak-anak, sahabat dan jangan dilupakan. Hal ini HURAIAN
ditekankan dalam dialog Cikgu Baharum dengan wartawan. Cikgu Baharum
menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan
budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat CONTOH
kepada tuhan. Beliau juga menekankan bahawa orang-orang tua sepatutnya
dijaga oleh anak-anak dan bukan diletakkan di rumah orang tua. Jika amalan
setia kawan, menghormati dan menyayangi ibu bapa diamalkan,maka
ULASAN / BINCANG
hubungan dapat terjalin dengan erat dan mesra. Oleh itu, usia emas perlu
dipenuhi dengan beribadat dan melakukan amalan yang baik mendapat balasan KESAN /K.KECIL
yang baik.

PERSOALAN

merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk mendokong tema.
Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot.

Contoh jawapan :
FAKTA

Persoalan tentang menjaga kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan HURAIAN
senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh
memanjang usia seseorang. Jika amalan menjaga kesihatan diamalkan nescaya ULASAN / BINCANG
hidup seseorang itu akan bertambah ceria dan akan menyebabkan seseorang itu
akan berasa sihat dan kuat dari segi mental dan fizikal meskipun sesudah tua.
CONTOH
Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya, terbukti
sejak zaman muda beliau akan bangun seawal 5.00 pagi untuk melakukan
mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman KESAN /K.KECIL
Jepun lagi.(hlm. 119). Oleh itu menjaga kesihatan penting agar badan kita
sentiasa kekal sihat dan dapat melakukan perkerjaan harian dengan baik.

5
CONTOH KE DUA

Pemimpin yang pintar dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul. Dalam FAKTA
hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan sebagai
mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai
kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi pemimpin kepada penghuni HURAIAN
rimba yang lain termasuk singa, beruang, badak dan lain-lain. Nilai
kebijaksanaan dan kepimpinan penting bagi menyatu padukan rakyat dan ketika
menyelesaikan masalah. Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima amanat agar CONTOH
semua penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh
Alam Dirimba dan penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan ULASAN / BINCANG
menggunakan tipu muslihat dan kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu
pemimpin yang berwibawa perlu mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya
kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan negara. KESAN /K.KECIL

Ketaatan Suami / Isteri kepada Suami/Isteri / Pengorbanan sorang isteri / suami


Pengorbanan dan kesetiaan penting bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga dan keluarga.
Pengorbanan / kesetiaan yang ditonjolkan seorang isteri dapat membantu suami menghadapi dugaan
dan masalah yang berlaku. Hal ini dapat dilihat melalui …………………………….

Kesabaran dan ketakwaan. Kesabaran adalah sebahagian dari iman yang dapat meningkatkan lagi
ketakwaan seseorang kepada Tuhan. Contohnya……………………..

Keagamaan. Ketakwaan dan mengerjakan segala suruhanNya serta meniggalkan segala laranganNya
penting agar hidup kita selamat di dunia mahupun di akhirat. Keimanan yang utuh juga akan menjadikan
kita lebih berani menghadapi segala dugaan hidup dan tabah mengharungi segala rintangan. Menerusi
watak ……………. dalam cerpen …………………………

Peperangan membawa kemusnahan. Sikap rakus dan gila kuasa manusia yang ditonjolkan melalui
peperangan penting bagi menyedarkan kita, bahawa peperangan hanya menyebabkan kecederaan,
kematian, kemusnahan harta benda dan kehilangan orang yang kita sayang. Ia juga melibatakan
kehilangan nyawa yang tidak berdosa seperti kanak-kanak. Ramai yang menjadi mangsa terkena bom,
peluru berpandu dan tembakan. Persoalan/pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang melalui
……………………… jelas iaitu peperangan hanya membawa kemusnahan dan kerugian bagi manusia.

UNSUR KERELEVANAN

bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertaliandengan topic yang dibincangkan oleh
pengarang. Latar masa menjadi pengukur menentukan samada gagasan pemikiran pengarang relevan
atau tidak dengan masa sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu yang
ditulis dianggap relevan dengan isu semasa pada tahun itu krisis kejatuhan ekonomi yang sedang
melanda.

6
MAKNA HARAFIAH

Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca. Disebut juga makna tersurat

MAKNA TERSIRAT

Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan. Dalam sesebuah karya memang
Terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna tersirat lebih susah daripada mengesan makna
tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir dan menduga-duga maknanya. Belum pasti apa yang diduga
pembaca sama dengan pemikiran pengarang

NILAI

Contoh menjawab soalan nilai FAKTA

Pemimpin yang bertanggungjawab / Amanah. Sikap tanggungjawab dalam masyarakat


terutama dalam kalangan pemimpin akan memastikan lahirnya masyarakat yang maju dan HURAIAN
sejahtera. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebabkan wujud ketidakadilan dan ini
memberi kesan dalam usaha pembangunan sesebuah masyarakat. Sebagai pemimpin yang
berwibawa, Rasulullah (saw), walaupun baginda mengetahui bahawa baginda akan kembali ULASAN / BINCANG
kerahmatullah, baginda masih lagi menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengimamkan solat
dan menyampaikan khutbah kepada ahli jemaah. Baginda juga berwasiat kepada ahli CONTOH
Jemaah/umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah, menjaga solat dan tidak menganiaya
anak-anak yatim. Oleh itu, nilai bertanggungjawab / amanah perlu ada dalam diri setiap
pemimpin agar masyarakat dan negaranya berada dalam keadaan aman dan sejahtera. KESAN /K.KECIL

FAKTA HURAIAN
Beriman Kepada Tuhan. Alam barzakh merupakan kehidupan selepas mati yang ada
dalam rukun Iman orang Islam. Manusia yang hidup pasti melalui alam kubur dan
seterusnya ke alam barzakh seperti yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Begitu ULASAN / BINCANG
juga dengan kepercayaan terhadap syurga dan neraka iaitu tempat terakhir bagi
manusia kelak. “Aku” menggambarkan tentang alam kubur yang menjadi sempit sunyi CONTOH
dan gelap sekiranya seseorang yang hidup tidak mengikut perintah Allah. “Aku” juga
tersedar dari tidur dan merasakan dirinya seperti berada di alam barzakh. “Aku” juga
membayangkan ibu bapanya yang telah meninggal dunia berada disyurga. Oleh itu, KESAN /K.KECIL
dengan adanya nilai beriman dalam diri “Aku”, maka “Aku” dapat meningkatkan
keimanan dan ketakwaannya kepada Tuhan.

7
A. KEMANUSIAAN TAKRIFAN:

Nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh seseorang watak kepada watak lain dalam sesebuah karya sastera,
ianya berkait rapat dengan isu yang diketengahkan oleh pengarang. Contoh: Belas kasihan, simpati,
kesetiaan, kecekalan, kerajinan, kejujuran, mengenang budi dan sebagainya.

Nilai Kasih-sayang. Kasih sayang merupakan nilai murni yang terpenting dalam kehidupan kita bagi
menjamin kebahagiaan.

Nilai Sabar/Tidak bertindak terburu-buru. Setiap individu / Masyarakat perlu mempunyai sikap sabar
dalam menangani sesuatu masalah. Jangan bertindak mengikut hawa nafsu. Sikap sabar dapat
mengatasi segala masalah dengan baik dan berkesan.

B. KEMASYARAKATAN TAKRIFAN :

Keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat dalam sesuatu karya sastera sama ada dalam
cerpen, novel, drama ataupun sajak. Antara contoh nilai kemasyarakatan seperti, mementingkan
kerjasama, tolong-menolong, mementingkan nilai ketimuran, semangat kejiranan.

C. KEAGAMAAN / MORAL TAKRIFAN :

Nilai yang termaktub dalam ajaran agama dan juga dalam sesbuah masyarakat atau juga sikap atau cara
kelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.

Patuh kepada ajaram agama/ Beriman kepada Tuhan. Pegangan agama memang dituntut bagi semua
manusia tidak mengira bangsa. Seseorang yang patuh kepada agama akan mendapat ketengan dalam
hidupnya walaupun, dia berada di dalam kesusahan.

Insaf apabila melakukan kesalahan / kembali ke pangkal jalan. Setiap manusia tidak terlepas daripada
melakukan kesalahan tetapi apabila kita sedari, kita harus kembali ke pangkal jalan.

Sedia memaafkan kesalahan orang lain. Bagi manusia yang tinggi budi, akan bersedia memaafkan
kesalahan orang lain walaupun seberat manapun kesalahan yang dilakukan ke atas dirinya. Contoh

Berusaha berjuang bersama-sama untuk kemajuan masyarakat. Kemajuan masyarakat dan negara
akan dapat dicapai dengan mudah jika setiap ahli masyarakat bersatu padu...

Mementingkan agama. Umat Islam sepatutnya mempunyai iman yang teguh agar tidak terdorong bagi
melakukan perkara-perkara yang mungkar / syirik/ bercanggah dengan agama. Sikap ketakwaan ini jelas
terpancar melalui watak…….

8
LATAR

Memainkan peranan utama dalam memberi suasana kepada peritiwa-peristiwadan watak-watak yang
terdapat dalam sebuah cerita. Latar mungkin wujud dalam bentukfizikal seperti sebuah kamar, sebuah
negeri, atau tempat-tempat tertentu.

a. Tempat: Iaitu lokasi /tempat sesuatu peristiwa itu berlaku


b. Masa /Suasana: Iaitu bila (zaman / musim) sesuatu peristiwa itu berlaku
c. Masyarakat / Keadaan: Suasana umum disekeliling kehidupan watak-watak seperti agama,
emosi, mental, serta kemasyarakatan dari watak-watak tersebut. Watak yang digambarkan
sebagai manusia yang resah / tidak tenteram emosinya akan dapat menyakinkan pembaca akan
segala sikap dan tindak-tanduk dalam cerita.

Contoh menjawab latar

Pemimpin / Masyarakat yang pintar / bijak dan mempunyai daya kepimpinan yang
unggul. Dalam hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan FAKTA
sebagai mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai
kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi pemimpin kepada penghuni rimba HURAIAN
yang lain termasuk singa, beruang, badak dan lain-lain. Nilai kebijaksanaan dan
kepimpinan penting bagi menyatu padukan rakyat dan ketika menyelesaikan masalah.
Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima amanat agar semua penghuni hutan dapat ULASAN / BINCANG
hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh Alam Dirimba dan penghuni rimba
dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan tipu muslihat dan kerjasama di
CONTOH
antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu mempunyai nilai
kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan negara.
KESAN /K.KECIL

PLOT (ALUR) DAN PERISTIWA

Dalam cereka atau drama, plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam
cerita (jalinan cerita / rentetan peristiwa) yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan
bathiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap
peristiwa dari awal hingga akhir berlaku berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Dalam alam
realiti/alam nyata setiap peristiwa berlaku secara terperinci / tersusun dan kronologi, tetapi dalam
pembinaan plot, pengarang berhak menyusun peristiwa mengikut fantasi atau citarasa /kemahuan
pengarang sendiri

Plot terbahagi kepada dua

1. Plot Kronologi- ikut urutan masa


2. Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa.

9
JENIS PLOT

Faisal Tehrani membahagikan tiga jenis plot

1. Plot konflik berteraskan karektor


2. Anti plot
3. Gabungan plot konflik berteraskan karektor dan Anti plot

Dr. Fatimah Busu membahagikan beberapa jenis plot

1. Plot Dasar, Plot Longgar, Plot Konvensional,


2. Plot Organik, Plot Kusut, Plot Zig, Plot Episzodik,
3. Plot kecil, Plotless (tidakBerplot), Plot Berbilang

ISTILAH-ISTILAH DALAM STRUKTUR PLOT

a. EKSPOSISI
iaitu permulaan plot – Bahagian pengenalan, memberi keterangan tentang watak, latar dan
fakta-fakta lain yang perlu untuk memahami drama/cerpen

b. PENIMBULAN KRISIS
Selepas memperkenalkan watak, watak-watak saling berhubungan. Krisis ialah suatu titik di
mana unsur-unsur yang bertentangan antara watak muncul dan akan menimbulkan konflik. Ini
akan dilihat dalam aksi watak. Plot akan berubah

c. KOMPLIKASI
iaitu pertengahan cerita – konflik semakin rumit.

d. KONFLIKS
Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa
yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan
yang menarik perhatian pembaca. Konflik terbahagi kepada 5 jenis
1. Konflik dalam diri
2. Konflik dengan watak lain
3. Konfilk dengan masyarakat
4. Konflik dengan unsur alam
5. Konflik dengan nasib dan taqdir

KONFLIKS

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu


Konflik masyarakat dengan sifat invidualistik / tamak
Konflik masyarakat / pemimpin dengan wang
Konflik kejatuhan nilai mata wang / ekonomi
konflik perbezaan cara hidup

10
Cerpen Melankolik Di atas Rumput
Konflik peperangan
Konflik penindasan / kezaliman golongan yang lemah
Konflik diri “Aku”
Konflik “Aku” dengan perasaan aku terhadap orang yang memerlukan
– Thailand, Indonesia, Afghanistan,
Konflik keagamaan- penindasan terhadap kaum Islam

Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan


Konflik sikap masyarakat terhadap alam sekitar/ sungai
Konflik kehidupan masyarakat ikan
Konflik ketamakan manusia mencari rezeki
Konflik pencemaran di sungai

Cerpen Di Sebalik Sirat Makna


Konflik guru dengan bekas pelajar
Konflik perbezaan pendapat
Konflik perbezaan jawatan dan kedudukan
Konflik perbezaan cara mengatasi masalah disiplin/pelajar

Drama Asiah Samiah


Konflik diri dengan masalah yang dihadapi
Konflik cinta terhalang
Konflik perbezaan darjat / kufu
Konflik perbezaan pendapat tentang perjuangan / mempertahankan hak- Anas dan Marga
Konflik penindasan / kezaliman yang dilakukan oleh golongan kaya
Konflik fahaman yang mementingkan kekayaan/jenama luar

Contoh menjawab konflik

Konflik guru bersama bekas pelajar. Cikgu Ibau merupakan guru kepada Cikgu Nazskir
suatu ketika dahulu. Beliau pernah menghukum Cikgu Nazskir ketika beliau menjadi FAKTA
guru disiplin. Namun kini Cikgu Nazskir telah kembali ke sekolah dengan memegang
jawatan PK HEM dan Cikgu Ibau yang sebagi guru disiplin bekerja di bawah seliaan PK HURAIAN
HEM. Hal ini menyebabkan timbulnya rasa kurang selesa dalam diri Cikgu Ibau. Konflik
timbul apabila cara menyelesaikan masalah disiplin sangat berbeza di antara Cikgu
Ibau dan Cikgu Nazskir. Prinsip Cikgu Nazskir yang suka bertindak secara diplomasi ULASAN / BINCANG
semasa menyelesaikan masalah disiplin murid-muridnya telah tidak disukai oleh guru
Ibau yang tidak suka cara berlembutnya itu. Mereka mengatakan dia hanya ada
CONTOH
kelulusan bukan pengalaman. Oleh itu, konflik ini menimbulkan rasa tidak puas hati
kepada Cikgu Ibau.
KESAN /K.KECIL

11
e. KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak –konsentrasi yang
maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik
minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap
kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik
bertukar menjadi aksi menurun

f. PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita
adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-bagai
resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti klimaks. Di
sini nasib watak akan ditentukan. Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada pengarang
yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan hak kepada
pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya.

g. SURPRISE – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca

h. KETEGANGAN [SUSPENS]
Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca. Merupakan kemuncak ingin
tahu audien terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berikutnya Keadaan ini wujud apabila
terdapat peristiwa-peristiwa yang mempengaruhi watak di mana penonton akan memberi
perhatian yang simpatik kepada watak berkenaan. Ketegangan merupakan unsur utama menarik
dan mengekalkan minat audien. Mereka tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya atau
membuat ramalan-ramalan sendiri tentang kesudahannya.

I KETEGANGAN AKHIR
Merujuk kepada banyangan harapan yang kadang-kadang muncul sebelum kata strofa dalam
sesebuah tragedy. Adanya ketegangan akhir membuatkan audien akan menunggu hingga
pementasan tamat.

WATAK DAN PERWATAKAN

Dalam sesebuah cerpen, novel, dan drama banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak
tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Berfungsi mengembangkan
tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa terjadi kesan dari sabab dan
akibat (cause and effect) – seterusnya wujudnya plot. Pengarang boleh menghidupkan watak melalui
aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak
sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah seperti juga
watak dan perwatakan manusia di luar karya. Gambaran di beri menerusi:

Peranan Watak
Perwatakan
Latar dan sejarah watak
Sifat Dalaman
Sifat Luaran

12
Contoh Menjawab Watak Perwatakan / Hang Tuah Sebagai Tokoh Epik / Kehebatan Epik

Pertama, mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa FAKTA
Nagaram (hlm 52). Kebolehan menguasai pelbagai bahasa ini, menyebabkan beliau
dipilih oleh Sultan Melaka untuk menjadi utusan ke Benua Keling. Ketika mengadap
Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan HURAIAN
bahasa Nagaram. Kebolehannya menimbulkan rasa kagum kerana tidak semua
menteri di Benua Keling mahir dan menguasai bahasa tersebut. Beliau telah
mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. Tanpa kecekapan berbahasa CONTOH
nescaya Hang Tuah tidak dapat menjadi utusan dan dikagumi oleh Kisna Rayan. Oleh
itu, kemampuan bijak menguasai ilmu berbahasa adalah salah satu ciri penting
seorang tokoh epik. ULASAN
KESAN /K.KECIL

Pada umumnya, terdapat dua jenis watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan
watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis,
berdasarkan peranan yang dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita. Perwatakan ialah
gambaran keseluruhan sifat-sifat watak yang ditonjolkan dalam cerita seperti kelakuan, perasaan, latar
belakang, cara berfikir dan lain-lain. Watak ialah manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah
cerita. Contoh, manusia, haiwan, tumbuhan, benda, makhluk asing dan lain-lain.

Perwatakan. Gambaran keseluruhan sifat-sifat watak yang ditonjolkan dalam cerita seperti kelakuan,
perasaan, latar belakang, cara berfikir dan lain-lain.

Watak. Manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita. Contoh, manusia, haiwan,
tumbuhan, benda, makhluk asing dan lain-lain.

Watak Utama. Merupakan watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita.
Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana
watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya
diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis.

Watak Sampingan. Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk
menyokong tindak-tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak
ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.

Protagonis. Watak utama dalam sesebuah karya (boleh diwakili oleh watak baik atau watak jahat).
Watak Protagonis merupakan watak yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan
cerita ke arah keadaan yang positif.

Antagonis. Pihak yang menentang watak utama sehingga munculnya konflik.

Bulat/bundar. Memiliki sifat-sifat manusia biasa seperti alim, cemburu, bengis, sopan, dengki dan lain-
lain. Watak yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa
dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang
dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat
dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A,
digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca
tindakan watak tersebut berubah.

13
Dinamik. Watak yang sentiasa berubah dan memajukan dirinya daripada keadaan kurang baik kepada
yang lebih baik. Contoh, watak pencuri berubah menjadi baik setelah mendapat petunjuk ilahi. Watak
dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang
kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini digambarkan penuh bertenaga dan
biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.

Kodi. Watak pembantu yang berada di sekitar watak utama dan sifatnya hampir sama dalam semua
cerita, spt. dayang yang setia, putera raja yang kacak dan sakti, khadam yang bodoh pandai, ibu tiri yang
kejam dll.

Statik. Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan dari awal hingga akhir cerita spt. seorang
pencuri terus mencuri hingga ke pengakhiran cerita walaupun sesudah di penjara. Watak yang tidak
mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia digambarkan terus dengan
pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita.

Putih. Watak yang senriasa melakukan tindakan positif, baik dan disenangi oleh watak lain.

Hitam. Watak negatif yang sentiasa melakukan tindakan yang disenangi oleh watak lain.

Pipih. Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini
diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang
watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di
sepanjang cerita. Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana
pembaca telah dapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat
peribadi yang dimilikinya. Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang
cerita, iaitu:

1. Watak pipih yang berpihak kepada protagonis.


2 Watak pipih yang berpihak kepada antagonis. Watak-watak ini cenderung berpihak kepada
antagonis.

SUDUT PANDANGAN

Cara pengarang mempersembahkan karya / cerita / fiksyen dan peranan pengarang dalam
menggambarkan aksi sesebuah cerita. Terdapat beberapa situasi perana pengarang dalamkarya mereka

- Turut terlibat memainkan peranan dalam dalam karya


- Berada di luar cerita
- Cuma memaparkan cerita / peristiwa dan menggambarkan watak-watak tanpa menyerapkan diri
dalam watak-watak novel Terdapat 4 jenis sudut Pandangan

a. ORANG PERTAMA:
Pengarang terlibat secara langsung dalam karyanya dengan meresapkan diri ke dalam watak
karya menggunakan gantinama “aku”.

14
b. ORANG KETIGA TIDAK TERBATAS / SERBA TAHU:
Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan fenomena yang
berlaku dalam karyanya. Pengarang juga terlibat dalam membawa pengajaran tafsiran atau
memberi hukuman kepada watak-watak terlibat. Pengarang boleh bercerita secara fizikal dan
dalaman /apa yang dirasai olehwatak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak

c. ORANG KETIGA TERBATAS:


Pengarang berada di luar permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut secara
tidak terperinci

d. SUDUT PANDANGAN OBJEKTIF:


Pengarang bertindak sebagai pencatat / pelapor pada peristiwa yang berlaku. Pengarang berada
di luar karyanya. Disebut juga “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada watak-watak
dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi watak dan terserah
kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.

TEKNIK

Teknik penceritaan merujuk kepada cara penyampaian yang digunakan oleh pengarang untuk
mengemukakan tema cerita dan persoalan-persoalan melalui stail penulisan yang sesuai dan tepat.
Pemilihan teknik penceritaan yang sesuai penting dalam melancarkan perkembangan cerita agar
Nampak keberkesanan persembahannya. Untuk menjawab Teknik perlu ada fakta teknik, huraian
kepada maksud Teknik, contoh dan kesan.

Contoh menjawab soalan teknik adalah seperti berikut:

Soalan Petikan 1.
“kenapa mesti pergi kerja terlalu pagi?” Wartawan itu bertanya.
“Petua orang tua-tua pergi kerja jangan kena cahaya matahari, balik kerja jangan kena cahaya
matahari. Baru selamat.”

Teknik Dialog. Dialog ialah perbualan antara 2 orang watak atau lebih watak FAKTA
membicarakan tentang apa-apa sahaja perkara. Perbualan antara wartawan dan Cikgu
Baharum tentang perlunya pergi kerja awal pagi. Penggunaan teknik penceritaan
dialog adalah mendatangkan kesan realistik dalam perkembangan jalan cerita. HURAIAN

CONTOH KESAN /K.KECIL

Antara teknik penceritaan yang sering digunakan di dalam cerpen dan drama ialah :-

15
a. PEMERIAN / NARATIF:

Pengarang menggambarkan sesuatu samada keadaan alam, suasana, peristiwa atau seseorang watak.
Pemerian disampaikan dalam bentuk wacana dan tidak melibatkan unsur-unsur dialog, monolog dan
monolog dalaman

Tujuan teknik ini digunakan oleh pengarang ialah untuk memberitahu, memerikan, menjelaskan
sesuatu. Penggunaan teknik ini begitu ketara dalam menceritakan watak, latar dan peristiwa. Pengarang
secara ironis memberikan gambaran bagaimana ……….

Sesuatu teknik pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup dalam menceritakan watak, latar, peristiwa
yang dialami oleh watak dalam sesebuah cerpen.

Teknik ini sering ditampilkan dalam karya ini untuk mencetuskan gambaran tentang sesuatu perkara
serta menimbulkan gaya imaginasi sesebuah karya.

Penceritaan secara langsung oleh pengarang tentang sesuatu hal dengan lengkapnya. Teknik ini
digunakan berulang kali agar pembaca mendapat gambaran jelas tentang watak / peristiwa / latar
tertentu. Pemerihalan secara terperinci ini dapat dilihat melalui ………………………. dalam cerpen
…………………..

b. DIALOG :

Perbualan / percakapan antara dua atau lebih watak dalam karya sastera

Boleh dikatakan sebagai nadi yang menggunakan sesebuah cerita kerana keaslian karya banyak
bergantung kepada dialog yang dituturkan. Beberapa petikan dialog dalam cerpen dapat membuktikan
kenyataan tersebut. Teknik ini jelas dipergunakan dengan baiknya oleh pengarang. Dialog yang
digunakan oleh pengarang bukan sahaja bersesuaian dengan tahap pemikiran dan perasaan watak yang
terlibat, malah bersesuaian dengan suasana latar yang disampaikan. Hal ini banyak sekali dipaparkan
oleh pengarang melalui perbualan antara …………. dengan ……… Contoh

Terdapat banyak dialog yang digunakan dalam cerpen ini untuk menghidupkan kelangsungan cerita.
Misalnya ……………..Pertuturan yang berlaku dalam kalangan watak-watak penting untuk memaparkan
fikiran atau pendapat serta persoalan dalam karya. Jelas terdapat dialog dalam cerpen …………. Diantara
watak utama iaitu……….. dengan watak-watak yang lain…………. Teknik ini penting bagi meneruskan
kelangsungan cerita atau mengetahui sesuatu persoalan. Misalnya …………..

Teknik ini digunakan dengan cemerlang dan berkesan oleh pengarang. Tidak dinafikan dalam teknik
inilah pengarang menghidupkan jalan cerita cerpen…………. dengan jayanya. Teknik ini digunakan oleh
pengarang bukan sahaja bersesuaian dengan keadaan atau situasi, malah bersesuaian dengan pemikiran
dan perasaan watak yang terlibat. Hal ini …………..

16
c. MONOLOG:

Tutur kata / pengucapan oleh seseorang watak secara bersendirian, ia lebih merupakan usaha
menyatakan perasaan dan fikiran. Contohnya, berdoa, meratap, mengeluh, merintih, merungut dan
sebagainya

d. MONOLOG DALAMAN:

Kata hati / pengucapan batin watak / pergolakan batin/ fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk
dialog / monolog. Ia tidak didengari oleh watak-watak lain. Biasanya ia muncul bila watak berada
bersendirian, dalam keadaan termenung, berkhayal, berilusi, mengenang nasib dan sebagainya.
Petunjuk yang menunjukkan monolog dalaman ialah berkata dalam hati, bertanya dalam hati, berseru
dalam hati, merintih dalam hati dan sebagainya

Bererti penyataan fikiran secara bersendirian. Seseorang watak yang bermonolog bermaksud berbicara
seseorang diri. Hal ini terjadi kerana aturan rasa atau suara hati yang terluah secara tanpa disedari
berbeza dengan monolog dalaman yang merupakan kata hati atau ucapan batin seseorang watak.
Contohnya monolog yang terdapat dalam cerpan ini ialah……..

Teknik ini dianggap melalui watak ………… yang bercakap sendirian apabila mengenang …………. segala
perasaan diluahkan bersendirian melalui kata-kata yang tidak didengar oleh orang lain. Pengarang cuba
memberikan gambaran gelodak hati seseorang watak kepada pembaca. Pengarang meluahkan
perasaannya melalui kata hatinya.

Monolog dalaman di atas amat produktif dalam menyerlahkan kelebihan perasaan watak. Dari situ, kita
memahami bahawa…………….

Suatu teknik iaitu pengarang atau watak bercakap bersendirian tanpa didengar oleh watak lain. Teknik
ini digunakan bagi menguatkan jalan cerita misalnya……………

e. IMBAS MUKA :

Penggambaran / ramalan sesuatu peristiwa atau kejadian yang akan atau mungkin berlaku sama ada
pada watak atau masyarakat. Muncul melalui dialog, monolog atau monolog dalaman. Dengan
memasukkan imbas muka dapat mengurangkan ketegangan/saspen pembaca, memperlahankan plot
dan pembaca mendapat bayangan (walau pun samar) apa yang akan berlaku Keburukannya ialah
mengurangkan ransangan pembaca dan membuatkan pembaca tidak perlu memikirkan apa yang akan
terjadi seterusnya

Bayangan yang boleh pembaca meramal atau menjangka sesuatu yang bakal berlaku dalam plot.
Lazimnya dalam bentuk kata-kata, ramalan (secara halus dan tersembunyi) atau menimbulkan sesuatu
peristiwa yang mempunyai makna tertentu. Contohnya

Bayangan tentang sesuatu yang bakal berlaku. Ini suatu teknik sama ada disengajakan atau tidak oleh
pengarang untuk menyediakan pengetahuan pembaca terhadap kejadian yang bakal berlaku meskipun
masih samar-samar. Hal ini dapat dilihat pada ketika…………

17
f. IMBAS KEMBALI:

Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan
dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Muncul melalui ingatan, khayalan,
kenangan dalam bentuk monolog atau monolog dalaman

Secara jelas teknik ini digunakan untuk diulang beberapa kali oleh pengarang untuk menggambarkan
sesuatu yang telah berlaku pada watak……….. dalam cerpen……… pada suatu ketika dahulu

Diperingkat awal cerpen ini digunakan oleh pengarang untuk memberikan gambaran jelas kepada
pembaca akan sejarah silam tentang……… secara tidak langsung pengarang turut menggunakan
teknik ini untuk menceritakan watak………
Peristiwa dan kejadian digambarkan semula melalui penceritaan semula seperti mimpi, ketenangan atau
ingatan kepada watak-watak tertentu seperti watak………… dalam cerpen…………

Bahagian cerita yang mengisi kejadian pada masa lalu yang mungkin digambarkan melalui ingatan watak
………

TEKNIK – cara jawab sama macam jawab bentuk dan gaya bahasa (wajib ada. fakta, huraian fakta,
contoh peristiwa dan kesan)

a. IMBAS KEMBALI :

Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan
dilihat oleh watak tak kira watak utama atau watak sampingan. Kesan memberi gambaran yang jelas
kepada pembaca akan kisah silam yang pernah berlaku agar pembaca lebih memahami situasi sekarang.

Cerpen Usia Emas. Penulis teringat ucapan Cikgu Baharum ketika merayakan hari lahir beliau. Penulis
ketika membaca akhbar Utusan Malaysia tentang Cikgu Baharum yang terpilih sebagai seorang tokoh
warga emas di daerahnya penulis teringat ucapan Cikgu Baharum lima tahun dahulu , ketika mereka
sama-sama merayakan hari lahir yang ke - 75.

Penulis teringat perwatakan Cikgu baharum setiap kali menjelang tanggal 25 Mac. Penulis teringat Cikgu
Baharum yang merupakan seorang yang berterus terang, walaupun agak kasar tetapi dia tidak munafik
dan kelantangannya menyebabkan dia tidak banyak kawan.

Penulis teringat saat dia berkenalan dengan cikgu Baharum melalui akhbar. Penulis yang meminati cikgu
Baharum sebagai penulis yang produktif melalui akhbar Warta Malaya di Singapura.Pada waktu itu telah
menghantar poskad untuk berkenalan dan telah mendapat balasan daripada cikgu Baharum.

Penulis mengingat kembali peristiwa dia ke rumah Cikgu Baharum dan sebaliknya. Penulis masih ingat
pada masa dulu dia suka ke rumah Cikgu Baharum bersama dengan anak-anaknya dan Cikgu Baharum
juga selalu berkunjung ke rumahnya, mereka selalu bercakap tentang politik, ekonomi, sosial, bahasa
dan sastera.

Penulis teringat kisah yang diceritakan oleh Cikgu Baharum. Penulis juga teringat tentang warga emas di
Jepun di mana anak-anak Jepun selalunya enggan memelihara orang tua mereka yang sudah lanjut usia.

18
Penulis mengingati kembali kisah Cikgu Baharum ketika menjadi guru. Cikgu Baharum menceritakan
kisahnya sebagai seorang guru kepada wartawan yang menemuramahnya dan rencana itu turut dibaca
oleh penulis. Semasa menjadi guru beliau hanya berbasikal Raleigh tua untuk ke sekolah.

Cerpen Mitos Secekak Kertas Tisu

Imbas tentang sejarah asal usul wang. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak bernilai yang
sejarahnya bermula sejak zaman tamadun-tamadun ternama dunia antaranya tamadun Sumeria,
Tiongkok dan Yunani malah ianya telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria dan
Hethit . Contoh pertanyaan umur “Dia”. Bermaksud asal usul kejadian mata wang.

Imbas tentang revolusi penggunaan wang. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada
zaman selepas Revolusi Industri Eropah dan penggunan secara meluas selepas perang dunia pertama.
Diperlukan untuk membangunkan negara.

Imbas tentang kerakusan manusia wang sanggup menipu demi wang. Penggunaan mata wang banyak
menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu daya dan tipu helahnya.
Contoh menurut ayah manusia mengikut nafsu tamak dan sanggup menggunakan tipu helah untuk
memiliki “Dia”.

Imbas tentang sikap pemimpin terhadap wang / simbol pada wang

Cerpen Melankolik Di atas Rumput

Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Cth: Pengarang menceritakan bahawa
‘aku’ teringat akan ibu bapanya serta tiga adik beradiknya yang sudah meninggal. Adik beradiknya
meninggal sebelum mereka matang.

Peristiwa di Indonesia. “Aku’ membeli katil tersebut kerana kesian kepada penjual yang mempunyai
anak yang ramai. Malah “Aku” telah bersedekah sebanyak 10,000 rupiah kepada anak kecil penjual
tersebut. Penjual mengucapkan syukur dan berdoa dengan menadah tangan ke langit.

Peristiwa kematian Si Amat. “Aku” teringat kematian Si Amat yang dibunuh oleh penyangak. Ramai
yang menangisi kematiannya dan memberikan sumbangan. “Aku” yang masih kecil dan hidup dalam
kemiskinan akan mencari sisa-sisa makanan di wakaf. “Aku” berdoa agar kematiannya, tidak diganggu
oleh sesiapapun dan bebas dari umpatan dan fitnah.

Peristiwa kezaliman dan penindasan umat Islam. “Aku” terus berzikir sambil menikmati keindahan
alam. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah.
Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen
ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan
darah dan mencapai kedamaian. Antara peristiwa kekejaman perang yang “Aku” ingat ialah:-

19
1. Ayat Akras, pemuda Palestine yang dibom oleh Yahudi. Tubuhnya hancur berkecai. Dagingnya
bertaburan.
2. Si Uzaiq, anak kecil yang berbogel di antara runtuhan bangunan kota baghdad. Menggenggam
dua ketulan daging ibu dan ayahnya. Dihulurkan ketulan ke penjalan kaki termasuk askar
Amerika. Tiada yang mahu, lalu dimakan ketulan yang seperti gula-gula untuk meneruskan
hidup.

3. Kelihatan gadis kecil, Syifaq Baniza di Afghanistan. Syifaq menyediakan kuih rumput untuk
makanan adik-adiknya yang sudah menjadi yatim piatu.
4. Di Tak Bai, beribu wajah seperti Si Seminah dan Si Kadir menanti anak-anak teruna mereka
kembali daripada tunjuk perasaan. Beribu wajah seperti Si Mariam dan Si Hussin menunggu
anak-anak gadisnya yang hilang ketika tunjuk perasaan. Kebanyakkan putera-putera tunjuk
perasaan disembelih dan dihumban ke laut atau hilang.
5 “Aku” bertanyakan tentang peranan Bangsa-bangsa Bersatu. “Aku” bersyukur negeri beliau
masih aman. “Aku” melihat pembalasan yang diperoleh oleh yang yang kejam dan orang yang
terinaya.

Cerpen Anak-Anak Bergelimpangan

Peristiwa Rio Je Jeneiro-pembuangan sisa toksik oleh kilang ke sungai


Peristiwa Buah kelempung di tengah sungai Tengas- ikan mabuk / mati
Peristiwa menangkap ikan menggunakan jala/tuba
Pencemaran di tengah sungai Tengas – sampah sarap berapungan

Cerpen DiSebalik Sirat Makna

Cikgu Ibau teringatkan peristiwa ketika Naszkir masih lagi muridnya, dia pernah merotan Naszkir kerana
banyak melakukan kesalahan melanggar disiplin sekolah dan dia menggelarkan Naszkir dengan gelaran
hantu jerangkung, kaki pukul, kaki ponteng dan penyangak. (hlm. 173)

Naszkir memberitahu pengetua yang suatu waktu dahulu, Cikgu Ibau ialah bekas gurunya dan dia adalah
ketua warden. (hlm.175)

Cikgu Ibau teringat peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu, ketika dia menasihati Naszkir agar mendisiplin
diri jika tidak dia akan gagal kerana bagi Cikgu Ibau Kejayaan bermula daripada disiplin. (hlm 179)

Cikgu Ibau teringat peristiwa ketika dalam mesyuarat mingguan warden yang dikendalikan oleh Naszkir
dia tidak dapat berkata apa-apa hingga dia berasakan dirinya seperti orang bodoh. (hlm.180). Semasa
berucap Cikgu Naszkir teringatkan kembali peristiwa ketika dia bergelar pelajar, dia begitu marah
dengan tindak cikgu Ibau tetapi setelah meningkat dewasa barulah dia faham tindakan yang dibuat oleh
Cikgu Ibau. (hlm.187)

20
g. KETEGANGAN / PENYELESAIAN / SUSPEN:

Ianya merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku
berikutnya. rasa ragu-ragu terhadap apa yang akan berlaku selanjutnya. Ianya juga dikenali peleraian
untuk menyebut akibat atau kesudahan sesebuah cereka.

Penggunaan teknikini membuat pembaca tertanya-tanya apa akan berlaku selanjutnya terhadap insiden
dalam cerpen ini.

Unsur ini digunakan oleh pengarang untuk menimbulkan sesuatu keadaan tertanya-tanya kerana
berlaku ketidakpastian, tegangan, menyebabkan khalayak ingin mengetahui peristiwa selanjutnya dalam
jalinan plot………….

h. ARUS KESEDARAN:

Ianya merupakan pendedahan pengaliran fikiran yang berlaku secara sedar dan pengaliran tindak balas
emosi fikiran seseorang individu. Kebiasaanya ia akan diikuti dengan aksi spontan yang ditunjukkan oleh
watak hasil dari pengaliran fikirannya berhubung dengan sesuatu keadaan atau situasi.

i. PERULANGAN:

Perihal berulang (berulang-ulang atau sesuatu yang berulang atau diulang-ulang)

j. DRAMATIK:

(penceritaan tak langsung) Mempunyai lagak / gaya / aksi yang ditunjukkan (bukan percakapan) seperti
gerak-geri, aksi, mimik muka dan sebagainya

k. DIDAKTIK:

Unsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberi panduan terutama dalam aspek moral,
etika atau soal-soal keagamaan. Ianya menjadi matlamat utama atau tujuan sebenar pengarang dalam
menghuraikan sesebuah karya.

KESAN PENGGUNAAN TEKNIK PENCERITAAN (PROSA)

1. Teknik pemerian (memerihalkan suasana)- memberi gambaran dengan lebih berkesan /


menghidupkan imaginasi pembaca
2. Teknik dialog (perbualan antara watak)- memberi gambaran lebih realistik
3. Teknik imbas kembali (ingatan terhadap masa lalu)- gambaran watak lebih realistik & berkesan /
plot cerita lebih rencam/ kompleks
4. Teknik monolog (percakapan sendirian watak)- gambaran watak lebih terperinci
5. Teknik monolog dalaman (percakapan dalam hati)- gambaran watak lebih mendalam
6. Teknik imbas muka (bayangan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang) – plot cerita
lebih kompleks

21
TEKNIK YANG DIGARISKAN OLEH DR FATIMAH BUSU

1. Kenangan
2. Soliloke (menyendiri, bercakap sendiri atau perlahan)-monolog
3. Khayalan
4. Insiden
5. Sebab dan Akibat
6. Imbas Kembali
7. Klimaks
8. Penyelesaian

KONSEP DAN ISTILAH KESUSASTERAAN MELAYU

Adegan bahagian daripada babak dalam drama atau lakonan.


Akronim kata singkatan daripada beberapa perkataan yang Berurutan. Contohnya; cerpen
merupakan singkatan daripada cerita pendek.
Aksi menegak tindakan atau perlakuan yang menuju ke klimaks.
Aksi menurun tindakan atau perlakuan selepas puncak cerita dicapai.
Anakronimisme Fakta sejarah yang tidak tepat dalam karya sastera Contohnya, kewujudan
kerajaan Majapahit tidak sama dengan kewujudan kerajaan Melaka
Antagonis watak yang menentang watak utama.
Babak bahagian-bahagian dalam drama (setiap babak ada beberapa adegan)
Cerita berbingkai cerita yang diselitkan dalam cerita lain (cerita dalam cerita)
Didaktik mengajar atau mendidik.
Dialog pengucapan watak dengan watak yang lain.
Eksposisi bahagian permulaan atau pengenalan dalam urutan plot.
Formalistik aliran kritikan sastera yang menekankan bentuk, struktur, gaya dan kesan
psikologi.

Genre jenis, cabang atau bidang sastera atau seni. Contohnya; sajak, novel, drama dan
cerpen.
Humanisme aliran pemikiran yang memberikan keutamaan terhadap manusia dan
kemanusiaan. Pergolakan jiwa dan permasalahan manusia diberi perhatian yang
lebih berat daripada aspek lain.
Imbas kembali peristiwa atau kejadian yang digambarkan semula melalui penceritaan semula
seperti mimpi, kenangan dan ingatan.
Imbas muka bayangan yang membolehkan pembaca atau penonton meramalkan sesuatu
yang akan berlaku.
Klimaks bahagian dalam cerita yang yang menimbulkan tindakbalas emosi tertinggi
(puncak) daripada pembaca atau penonton.
Konflik pertentangan antara watak atau pihak dalam plot cerita. Dibahagikan kepada
dua jenis iaitu konflik dalaman dan luaran.
Klise ungkapan atau kata-kata yang terlalu biasa digunakan (basi). Contohnya, Lautan
api akan ku renangi.
Kritikan sastera kegiatan atau tulisan yang membicarakan penilaian, penganalisisan dan
pentafsiran terhadap karya sastera.
Struktulis aliran kritikan yang berdasarkan penelitian pada ciri-ciri teori linguistik.
Latar semua maklumat berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, suasana dan
masyarakat terjadinya aksi dalam karya.
22
Mesej amanat.
Monolog pengucapan oleh seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri.
Nada rasa hati penyair seperti marah, sedih, rindu dan saying. Jenis nada adalah
seperti sinis, protes, melankolik, nostalgis dan romantis.
Naratif kisah atau cerita tentang peristiwa, pengalaman dan sebagainya. Contoh,
hikayat, cerpen, novel dan drama.
Pathos penderitaan yang membangkitkan kesedihan, belas kasihan, kedukaan dan lain2.
Peleraian penyelesaian yang membawa kepada pengakhiran sesebuahcerita.
Pot jalan cerita atau rentetan peristiwa.
Sinopsis ringkasan sesebuah cerita yang menggambarkan keseluruhan cerita.
Tema Gagasan fikiran atau persoalan utama/pokok yang mendasari karya. Contohnya,
perjuangan, keagamaan, kemasyarakatan dan lain-lain.
Wit Pengucapan atau perlakuan yang melucukan serta bijak perlakuannya dan
menghasilkan kesan menarik kepada penonton atau pembaca.

PROSA TRADISIONAL

CERPEN

• Cerita pendek (Kamus Dewan)


• Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu
kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)
• Contoh: Cerpen Usia Emas nukilan Abdullah Hussain.
• Menonjolkan hanya satu kesan
• Mempunyai kaitan dengan kehidupan yang sebenar diadun dengan imaginasi dan kekreatifan
pengarang.
• Bacaan cerpen sekitar 30 hingga 60 minit.
• Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa secara teknikal
• Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Anak-anak yang
Bergelimpangan karya Noorjaya.

23
CIRI-CIRI

• Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa


• Plotnya tidak bercabang ( 1 plot utama dan tidak ada sampingan ) berbeza dengan novel.
• Jumlah perkataan antara 500 (cerpen mini) hingga 20000 (cerpen panjang) patah perkataan.
Cerpen panjang disiarkan secara berperingkat.
• Penampilan watak terhad (1 hingga 3 ) yang dominan menghidupkan cerita.
• Latar terhad dan singkat dan segalanya diceritakan secara terperinci.
• Cerpen mempunyai kesan kesatuan dari segi plot, tema dan persoalan.

TEKNIK PENCERITAAN DALAM CERPEN / DRAMA

** Menjawab soalan berkaitan teknik penceritaan memerlukan:

1. Fakta (jenis teknik penceritaan)


2 Huraian (definisi teknik penceritaan yang dipilih sebagai fakta)
3. Contoh (berdasarkan cerpen)
4. Kesan penggunaan teknik penceritaan yang dipilih.

DRAMA

• Merupakan tradisi bagi upacara ritual atau sacral. Pemujaan tehadap benda-benda ghaib dan
mempunyai unsur aminisme yang menjadi pegangan orang Melayu zaman kuno
• Dimenifestasikan mengikut zaman dan mengambarkan kehidupan seharian. Nyanyian dan tarian
disisipkan dan akhirnya disampaikan oleh tok dalang di dalam lipur lara.
• wujudnya bunyi-bunyian dan kostum seperti yang terdapat dalam Makyung, Main Puteri dan
Puja Pantai.
• Pertembungan pengaruh Hindu Islam telah melenyapkan sedikit demi sedikit unsure pemujaan
dan diganti dengan doa.
• Drama moden mulanya dipentaskan (1915) seperti Jula-juli Bintang Tujuh.
• Bercirikan pengembaraan, percintaan dan peperangan serta kehidupan manusia.

1. Pengertian Drama

Istilah ini berasal dari perkataan Greek, iaitu “dran” yang bermaksud melakukan, melakonkan,
mencapai. Sejenis cereka yang berbentuk lakonan: ia selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’ berasal
daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’. Aristotle mendefinisikan sebagai aksi manusia yang
ditiru. Prof J.M. Manly mengutarakan tiga unsur yang perlu ada dalam drama

i. Cerita
ii. Bahan cerita
iii. Pelakon yang memainkan peranan sebagai watak-watak dalam cerita. Aksi dan dialog
merupakan unsur-unsur penting, walau bagaimanapun bentuk-bentuk lain seperti pentomin dan
mimos yang tidak menggunakan dialog juga dikatakan sebagai drama.
24
Pengertian drama dihubungkan kepada dua perkara

i. Sebagai karya yang cuba menggambarkan kehidupan atau satu aspek kehidupan manusia
dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak. Lazimnya skrip (naskhah
lakon) itu memang dirancang untuk di pentaskan

ii. Aspek pementasan yang dianggap sebagai suatu hasil seni penulisansastera imaginatif yang
berbeza dengan cereka dan puisi. Penikmatan sesebuah drama bukan sekadar pembacaan skrip
di atas pentas sahaja, ianya dinikmati secara langsung oleh audien tanpa henti, sebab itu drama
tidak boleh terlalu panjang dan harus ada daya tarikan yang kuat untuk menarik perhatian dan
merangsang mereka agar mengikutinya hingga ke akhir pementasan. Suatu yang membezakan
drama dengan cereka ialah

a. Drama menyungguhkan cerita dengan aksi atau geraklaku watak di mana dialog melengkapi aksi
watak Cereka menyungguhkan cerita dengan bercerita, di mana pengarang menggunakan
pemerian untuk mengembangkan plot cerita

SIFAT DRAMA

• Isu konflik
• Aksi fizikal atau mental
• Jangka waktu persembahan yang terbatas

JENIS DRAMA

• Komedi
• Tragedi
• Opera
• Pantomin
• Tragedi-Komedi

STAIL PEMENTASAN/ALIRAN DALAM DRAMA

i. Realisme
ii. Bukan Realisme

Konsep Drama Aliran Realisme

a. Seringkali dihubungkan dengan kaedah atau gaya perlukisan dalam cerita sama ada yang
berhubung dengan alam, peristiwa atau manusia
b. Realisme merupakan satu angkatan yang pragmatisme iaitu melihat kebenaran sebagai sesuatu
yang nyata- memperkata sesuatu keadaan/peristiwa seadanya atau sebagaimana adanya
c. Menekankan kepada gambaran sebenar yang berlaku pada sesuatu tempat dan zaman atau
masa
d. Gambaran satu amitasi atau peniruan terhadap kehidupan setepat mungkin tanpa berselindung
– secara terus terang yang berlaku dalam masyarakat

25
Konsep Drama Bukan Realisme

a. Drama yang tidak terikat dengan teori Aristotle, kurang menekankan aspek-aspek logik dan ada
unsur-unsur kekacauan
b. Drama yang mengarah kepada melahirkan gelodak batin atau perasaan manusia
c. Cuba digayakan dengan stail moden
d. Lebih mendekati hal-hal yang berkaitan metafizika, falasafah / fantastic dan abstrak
e. Bersifat anti realisme

ISTILAH-ISTILAH DALAM DRAMA

i. Babak. Bahagian-bahagian dalam drama. Pemisahan babak dapat dilihat dengan turun naiknya
tirai pentas atau seluruh panggung digelapkan beberapa ketika, dan berlaku pertukaran latar
tempat dan latar waktu. Ia juga ditandai dengan tulisan misalnya “BABAK 1”. Pembahagian
drama kepada babak-babak ini memberi kesempatan kepada pelakon dan penonton berehat
sebentar, kesempatan pada pelakon menukar kostium dan memberi kesempatan pada petugas
menukar setting dan sebagainya.

ii. Adegan. Atau scene dalam bahasa Inggeris. Asal dari perkataan skene yang terdapat dalam
teater zaman Greek Tua bererti tempat (khemah) sesuatu dialog dituturkan. Adegan ialah
bahagian-bahagian kecil dalam babak, yang bermaksud bahagian-bahagian aksi yang berurutan
dalam satu latar yang tidak berubah. Dalam pementasan pemecahan adegan boleh dilihat
dengan turun naik tirai atau terang gelapnya lampu, atau hanya dengan berlaku pertukaran
watak (keluar masuk watak.)

iii. Episod. Peristiwa yang dikemukakan dalam cereka sebagai suatu aksi yang bersambungan.
Sungguhpun peristiwa itu mempunyai kesatuan yang tersendiri, episode dalam cereka moden
biasanya diikuti oleh episode-episod lain yang dijalin bersama.

Dalam cereka satu peristiwa tidak mungkinakan menghasilkan plot, sekurang-kurang nya mesti
ada tiga peristiwa; pertama, peristiwa yang memulakan perkembangan yang menuju kepeda
peristiwa kedua. Peristiwa kedua akan bersambung kepada peristiwa ketiga. Dengan itu plot
boleh dibina dengan menyusun beberapa episod tertentu menurut mana yang awal, dan mana
yang kemudian. Sungguhpun begitu ada episod yang berdiri dengan sendiri sebagai sebuah
cerita contonya cerita binatang dan cerita jenaka.

iv. Penskripan. Hal-hal yang berhubung dengan penulisan skrip dan unsure-unsur seni yang
bergabung di dalamnya.

v. Konsep Dramatik. Merujuk kepada tahap penyampaian drama yang memilat dan
mempesonakan penonton atau kualiti pengolahan sesuatu persembahan drama. Dramati boleh
dibina dari segi lakonan, pengolahan audio-visual, gabungan penataan set dan cahaya, dan
sebagainya. Boleh dinilai dari segi rangsangan dan sambutan emosi audien.

vi. Teater
vii. Konsep Tragedi Dalam Drama
viii. Konsep Komedi Dalam Drama

26
A. Visual

i. Pentas - Terdapat dua jenis pentas

a. Pentas biasa/ Prosenium


Iaitu pentas yang dibina berhadapan dengan penonton. Bagaimanapun jika ada
tambahan pentas lain di bahagian pentas utama yang sedia ada, itu dipanggil pentas
Apron

b. Pentas Arena
Ruang lakon yang dikelilingi, (lazimnya dalam bentuk bulatan) oleh tempat duduk
penonton. Pementasan drama yang dipertonton di pentas arena dipanggil juga sebagai
theater-in-the-round. Pemilihan pentas mestilah sesuai dengan tema persoalan, mesej,
yang hendak disampaikan kepada penonton.

ii. Set
iii. Prop
iv. Cahaya
v. Kostium

B. Aural

i. Muzik dan Kesan bunyi

27
CONTOH SOALAN YANG SERING DI TANYA DALAM PROSA TRADISIONAL DAN MODEN
CARA MENJAWAB BOLEH DILIHAT PADA CONTOH DI ATAS DAN PADA HIKAYAT HANG TUAH.
CONTOH MENJAWAB PROSA MODEN BOLEH DILIHAT PADA CERPEN USIA EMAS

1. Soalan berkaitan dengan ciri-ciri

Huraikan tiga ciri karya epik

Kehendak soalan

1. Fakta – Watak
Latar
Tema pilih 3 sahaja
Bentuk
Unsur -unsur Magis

Huraikan nilai estatika yang ada pada cerita...


Bincangkan

2. Soalan berkaitan dengan tema dan persoalan/pemikiran

Bincangkan pemikiran yang terdapat dalam Hikayat Nabi Wafat


Bincangkan Syarat Pegawai
Nyatakan Lima Syarat Yang Harus Dipelihara Raja/ Bincang Tiga Darinya
Terangkan Syarat Yang Harus Dipelihara Oleh Pegawai Raja
Bincangkan amalan seorang pegawai dalam pentadbiran berdasarkan petikan
Huraikan / Jelas / Bincangkan persoalan
Bincangkan Persoalan yang terdapat dalam Drama Asiah Samiah

3. Soalan berkaitan dengan gambaran masyarakat

Huraikan Lima Perjuangan Anas Samanda


Bincangkan Gambaran Masyarakat

4. Soalan berkaitan dengan watak, sifat yang ada pada watak dan perbandingan watak

Bincangkan Kebolehan Luar Biasa Hang Tuah


Jelaskan Sifat Kepahlawanan / Tanggungjawab Anda Sebagai Pahlawan Pada Negara
Jelaskan Pendirian Pengarang Terhadap Orang Melayu Dan Orang Jawa
Jelaskan Empat Kehebatan Hang Tuah
Huraikan Kepintaran Strategi SADR Dalam Menyelesaikan Masalah
Huraikan Peristiwa Penting Yang Berlaku
Galurkan Kejadian Yang Berlaku Ke Atas Nabi
Kemukakan Watak Anas Samanda
Bandingkan watak Misa Sagaraga dengan watak Anas Samanda
Bincangkan Perjuangan Anas Samanda
Bezakan Prinsip Kebahagian Asiah Samiah Dan Tuan Setiawan Tanjung
Bincangkan Perwatakan Misa

28
5. Soalan berkaitan dengan rentetan peristiwa

Jelaskan Aksi Pertikaman Hang Tuah Dengan Taming Sari Sehingga Membawa Kematian
Galurkan Dua Peristiwa Yang Membawa Kepada Penjelasan Tuk Imam Tentang Keracunan

6. Soalan yang berkaitan dengan mesej / nilai / pengajaran

Bincangkan Pengajaran dalam Usia Emas


Huraikan Tiga Pengajaran
Jelaskan Empat Pegangan Hidup C. Baharum
Jelaskan Unsur Pengajaran
Bincangkan Unsur Moral
Jelaskan Unsur Negetif Dan Positif
empat mesej dan huraikan maksud bait ayar yang diberi
Tiga Perbuatan Keji Yang Dilakukan Oleh Manusia
Jelaskan Tiga Unsur Negatif
Bincangkan 3 Mesej

7. Soalan berkait dengan plot

Huraikan Empat Konflik Yang Berlaku Antara C. Ibau Dan C. Naszkir (2018)
3 Pengalaman Pahit Dilalui Ayah Marga Muda
Kemukakan Lima Inti Pati Sabda Rasulullah Kepada Sidang Jumaah
Huraikan Rahsia Awet Muda /
Huraikan 3 Peristiwa Yang Terjadinya Perbezaan Pendapat Tentang Sistem

8. Soalan yang berkaitan dengan peranan / fungsi

Bincangkan Unsur Didaktik


Pandangan pengarang terhadap manusia,
Ulasan Anda Terhadap Tindakan C.Ibau Buang Pelajar
Sejauhmanakah Kesan Perjuangan Ayahnya Marga Muda
Kesan kepada diri anda

29
Tajuk / Genre Soalan
1. Hikayat Hang Tuah – Majapahit Bincangkan Kebolehan Luar Biasa Hang Tuah (2013)
Jelaskan Sifat Kepahlawanan / Tanggungjawab Anda Sebagai Pahlawan Pada Negara- Kisah Majapahit (2015)
2. Hikayat Hang Tuah – Benua Keling / China Jelaskan Pendirian Pengarang Terhadap Orang Melayu Dan Orang Jawa – Kisah Majapahit (2017)
Jelaskan Aksi Pertikaman Hang Tuah Dengan Taming Sari Sehingga Membawa Kematian (2017)
Tiga Ciri Karya Epik / Jelaskan Empat Kehebatan Hang Tuah (2019)

3. Hikayat Pelanduk Jenaka Huraikan Kepintaran Strategi SADR Dalam Menyelesaikan Masalah (2015)
Bincangkan Unsur Moral (2016)
Jelaskan Unsur Negetif Dan Positif (2019)

4. Hikayat Nabi Wafat Huraikan Peristiwa Penting Yang Berlaku (2014)


Kemukakan Lima Inti Pati Sabda Rasulullah Kepada Sidang Jumaah / Bincangkan Unsur Didaktik (2016)
Galurkan Kejadian Yang Berlaku Ke Atas Nabi (2018)
Bincangkan pemikiran yang terdapat dalam Hikayat Nabi Wafat (2020)

5. Tajus Salatin Bincangkan Syarat Pegawai (2013)


Nyatakan Lima Syarat Yang Harus Dipelihara Raja/ Bincang Tiga Darinya (2014)
Terangkan Syarat Yang Harus Dipelihara Oleh Pegawai Raja (2018)
Bincangkan amalah seorang pegawai dalam pentadbiran berdasarkan petikan (2020)

Tajuk / Genre Soalan


1. Usia Emas Huraikan Rahsia Awet Muda / Bincangkan Pengajaran (2013)
Huraikan Tiga Pengajaran / Jelaskan Empat Pegangan Hidup C. Baharum (2019)

2. Mitos Secekak Kertas Tisu Jelaskan Unsur Pengajaran / Huraikan Persoalan (2017)

3. Melankoli Di Atas Rumput Persoalan (2015)


Pandangan pengarang terhadap manusia, empat mesej dan huraikan maksud bait ayat yang diberi (2020)

4. Anak-Anak Yang Berlimpangan Galurkan Dua Peristiwa Yang Membawa Kepada Penjelasan Tuk Imam Tentnag Keracunan /Huraikan Tiga Persoalan / Jelaskan
Tiga Perbuatan Keji Yang Dilakukan Oleh Manusia (2017)

5. Di Sebalik Sirat Makna Huraikan 3 Peristiwa Yang Terjadinya Perbezaan Pendapat Tentang Sistem / Ulasan Anda Terhadap Tindakan C.Ibau Buang
Pelajar (2014)
Jelaskan Tiga Unsur Negatif / Huraikan Empat Konflik Yang Berlaku Antara C. Ibau Dan C. Naszkir (2018)

Drama Asiah Samiah


2012 2014 2016 2020
3 Pengalaman Pahit Dilalui Ayah Bincangkan Perjuangan Anas Samanda Bincangkan Perwatakan Misa Bandingkan watas Misa Sagaraga
Marga Muda Bincangkan Persoalan dengan watak Anas Samanda
2015
2013 Bezakan Prinsip Kebahagian Asiah 2019
Bincangkan 3 Mesej / Samiah Dan Tuan Setiawan Tanjung Kemukakan Watak Anas Samanda
Sejauhmanakah Kesan Perjuangan Bincangkan Gambaran Masyarakat Huraikan Lima Perjuangan Anas Samanda
Ayahnya Marga Muda
30
ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN STPM UNTUK PROSA
BAB 1
SASTERA EPIK/ KEPAHLAWANAN
HANG TUAH
DIA berlari dalam hujan lebat namun tidak basah. Pandai pula bermain senjata dan tangkas
dalam gerak aksi persilatan. Dia pahlawan terulung sepanjang Kesultanan Melayu Melaka menikmati
rahmat kegemilangannya. Itulah antara gambaran mengenai hebatnya Hang Tuah.

PERIGI Hang Tuah di Duyong, Melaka ini telah dibuka untuk dikunjungi orang ramai.

TAKRIF/KONSEP:

Sastera epik berkisar mengenai cerita kepahlawanan, keperwiraan, kesaktian, dan keberanian watak-
watak. Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang
dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan
dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya. Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul
sama ada dari segi keperibadian, ketokohan, kepintaran, kegagahan, mahupun ketangkasan. Sifat
yang dilukiskan ini dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu sempurna.

Watak manusia menjadi contoh serta teladan yang dapat memberi gambaran tentang sikap serta
sifat sesebuah Negara@bangsa. Tokoh epik juga digambarkan secara berlebih-lebihan seperti taat
setia tidak berbelah bahagi, jujur, bijaksana dan memiliki kesaktian. Cerita epik bukan saja
menggambarkan tokohnya tetapi juga kerajaan di mana tokoh itu berada. Contohnya, Hikayat Hang
Tuah yang menggambarkan ketokohan Hang Tuah menyebabkan kerajaan Melayu Melaka menjadi
terkenal pada masa itu.

Kadangkala watak wira itu dikatakan tidak mati dan dipercayai masih hidup hingga kini.
Kesusasteraan epic ditulis dalam bentuk puisi panjang. Sebaliknya, dalam konteks kesusasteraan
Melayu tradisional, genre ini ditulis dalam bentuk prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat
diklasifikasikan kepada epik kebangsaan dan epik bersumberkan Islam (Ismail Hamid, 1993)

Epik kebangsaan Melayu diwakili oleh Hikayat Hang Tuah. Dalam hikayat ini dilukiskan kehebatan
dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnya sehinggalah ia “ghaib”. Beliau dibantu oleh
empat orang sahabatnya iaitu hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Zaman
keagungan Hang Tuah melambangkan keagungan empayar Melayu Melaka. Di samping itu, Hang
Tuah juga merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi

27
terutama dalam masyarakat Melayu Feudal. Hang Tuah melindungi rajanya dari sebarang ancaman
sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun.

Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik
lebih berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama
terhadap perkembangan cerita karya epik.

JENIS-JENIS SASTERA EPIK

Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik. Sastera Epik bermaksud:

Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar,
sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan
cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada
maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan
peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi
perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang
melahirkan epik tersebut.

Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia
perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia
menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima
dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya. Terdapat 3 jenis
epik iaitu

1. Epik India dan epik Melayu yang disadur dari sastera India
Epik India terdiri daripada dua buah epik asli Hindu iaitu Mahabarata & Ramayana, yang
merupakan epik kebangsaan orang-orang Hindu. Watak Rama (Ramayana) dan Pandu
(Mahabarata) adalah simbol pahlawan masyarakat hindu

2. Epik Melayu yang disadur dari sastera Hindu


Isi kandungan epik India yang dimelayukan termasuklah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri
Rama, Hikayat Sang Boma & Hikayat Perang Pendawa Lima. Ia telah diubahsuai mengikut
unsur tempatan seperti latar belakang masyarakat Melayu lama, nama tempat, nama watak,
nama negeri, adat istiadat dan unsur taat setia. Sifat kemelayuannya jelas dan merupakan
seni untuk melahirkan rasa kepahlawanan, keperwiraan serta kehandalan pada bangsa
Melayu. (ciri-ciri cerita epik; rujuk Sastera Hikayat zaman hindu- Hikayat Seri Rama)

3. Epik kebangsaan
Hikayat Hang Tuah merupakan epik kebangsaan yang di dalamnya termuat unsur2 sejarah,
mitos, legenda serta fiksyen. Hikayat Hang Tuah merupakan epik Melayu asli & menunjukkan
kepahlawanan bangsa melayu

28
CONTOH MENJAWAB CIRI-CIRI SASTERA EPIK

a. Segi Bentuknya, sastera epik adalah bentuk karya yang ditulis dalam dua bentuk iaitu prosa
dan puisi yang panjang. Hikayat Hang Tuah mengandungi lebih dari 500 halaman dan di
dalamnya terdapat kira-kira 164,000 patah perkataan.

b. Wira yang terdapat dalam teks. Wiranya merupakan tokoh yang agung, tersohor dan penting
baik peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Wira epik penting dari segi sejarah dan
lagenda bagi bangsa yang mendokong epik tersebut. Hang Tuah merupakan tokoh yang amat
dibanggakan dalam masyarakat Melayu. Ia menjadi sanjungan dan idola masyarakat Melayu
sepanjang zaman. Beliau menjadi utusan Melaka ke negara-negara lain seperti Majapahit dan
Benua Keling. Hang Tuah juga dikatakan memiliki pelbagai keistimewaan seperti pandai
berbahasa Nagaram, memiliki ilmu persilatan yang tinggi dan memiliki kuasa luar biasa dan
mahir dalam ilmu perubatan. Wira dalam sastera epik atau kepahlawanan akan terus
dikenang dan wujud dalam diri masyarakat yang mendukungnya.

c. Watak & perwatakan/ Aksi watak. Watak utama merupakan manusia biasa tetapi memiliki
keistimewaan dan kuasa luar biasa @ supernatural. Watak perwatakan merupakan tokoh
lagenda masyarakat tersebut. Antara sifat luar biasa Hang Tuah ialah memiliki kuasa sakti
iaitu yang ada pada keris Taming sari sehingga tidak lut oleh senjata. Beliau juga digambarkan
dapat menjinakkan kuda teji yang ganas seperti singa dan mengubati penyakit mandul isteri
Nala Sang Guna , ayah angkatnya ketika berada di Benua Keling. Watak sampingan juga
digambarkan hebat tetapi tidak setangding watak utama. Antara watak-watak sampingan
yang ada ialah Taming Sari, Kisna Rayan dan lain-lain. Watak perwatakan ini melambangkan
tokoh agung yang berkedudukan tinggi dalam sesuatu bangsa.

Aksi-aksi watak wira digambarkan rata-ratanya bersifat berani, tangkas dan bijaksana.
Biasanya wira epik dapat melaksanakan tugas yang luar biasa yang tidak mampu dilakukan
oleh orang lain. Misalnya Hang Tuah dapat menewaskan musuhnya Taming Sari.

d. Tema dan pemikiran. Seterusnya, tema dan pemikiran bagi sastera epik adalah bertemakan
kepahlawanan dan keberanian tokoh pahlawan menentang musuh. Sikap sanggup berkorban
dan semangat juang yang tinggi wujud dalam tema dan persoalan yang cuba disampaikan.
Sifat-sifat ini ditonjolkan dalam watak utama seperti Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah
menceritakan dan mengutamakan watak Hang Tuah yang ditampilkan berkenaan
ketokohannya sebagai pahlawan Melaka. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan
serta semangat kebangsaan. Contohnya Hang Tuah dalam “Hikayat Hang Tuah (Bab VII) dan
(Bab XIX)” dapat mengalahkan Taming Sari dan dapat membunuh penjurit suruhan Patih
Gajah Mada.

e. Latar tempat- luas. Latar tempat cerita dan peristiwa mengenai tokoh wira amat luas, iaitu
meliputi alam nyata dan alam kayangan. Dalam Hikayat Hang Tuah, ceritanya meliputi
beberapa tempat antaranya Melaka serta di serata tempat di Asia seperti di Majapahit dan
benua keling. Secara keseluruhannyan, Hikayat Hang Tuah bermula di negeri kayangan untuk
mengaitkan keturunan raja Melaka dengann dewa-dewi, kemudian berpindah ke dunia
dengan kampung Duyung sebagai tempt asal Hang Tuah, kemudian Hang Tuah sekeluarga
berpindah dan menetap di Bentan.

29
Setelah Melaka dibuka oleh Sang Maniaka, mereka berpindah pula ke Melaka, Hang Tuah
menjadi laksamana di istana Melaka. Hang Tuah menjalankan tugas sebagai diplomat ke
negeri Majapahit, China, Siam, Benua Keling, Rom dan Tanah Arab.

f. Latar masa
Lama dan panjang- bermula sebelum Melaka dibuka, Melaka dibuka, Melaka mencapai
kegemilangannya dan berakhir dengan kejatuhan Melaka di tangan Feringgi

g. Terdapat unsur-unsur supernatural yang melibatkan kuasa-kuasa ajaib dan sakti sesuatu
bangsa. Hang Tuah merupakan tokoh yang kuasa luar biasa.

h. Wujudnya sifat objektif daripada pihak pengarang. Peristiwa-peristiwa yang diceritakan


dalam hikayat ini asing sama sekali daripada apa yang dikisahkannya. Pengarang tidak
campur tangan dan tidak meluahkan perasaannya. Contohnya, peristiwa pertikaman Hang
Tuah dan Han Jebat merupakan sifat objektif daripada pengarang itu. (cari ulasan Hikayat
Hang Tuah)

Bentuk:
-prosa / naratif / penceritaan -Ayat yang panjang
-Hikayat Hang Tuah (500 halaman-164,000 patah perkataan)
-Dimulakan dengan unsur doksologi –Bismillah.....
-Unsur humor / wit / lucu

Latar: Aksi/Perwatakan/ Sifat Wira:


Tempat dan Peristiwa: Berani,tangkas dan bijaksana
Alam nyata dan alam kayangan CIRI-CIRI EPIK/ Dapat melaksanakan tugas yang
Dalam hikayat Hang Tuah: HIKAYAT HANG luar biasa (orang lain tidak
Majapahit dan Benua Keling mampu)
TUAH YANG DIKAJI
Contoh: Hang Tuah menewaskan
Taming Sari
Wira: tokoh agung
Berkedudukan tinggi
Hang Tuah: orang kanan Melaka Ada unsur supernatural:
Sering menjadi utusan Melibatkan kuasa ghaib dan sakti
Kemasyurannya sampai ke negeri majapahit, Siam, sesuatu bangsa
Benua Keling, Arab, Rom Hang Tuah tokoh yang luar biasa

KALAU SOALAN TANYA CIRI-CIRI HIKAYAT HANG TUAH, YANG BERWARNA HIJAU ITU ADALAH FAKTANYA.

30
Hikayat Hang Tuah DI Majapahit

(Watak dan perwatakan Hang Tuah dalam nota ini dicampur bagi kedua-dua negeri iaitu Majapahit dan Benua Keling.
Oleh itu jika soalan tertupu satu negeri sahaja maka pelajar perlu meberi fakta dan contoh yang berkaitan negeri
tersebut)

Sinopsis

“Hikayat Hang Tuah (Bab IV)” menceritakan tentang tokoh Hang Tuah di Majapahit. Hang Tuah
merupakan seorang yang hebat dan handal dalam bermain senjata. Beliau pergi ke Majapahit kerana
mengiringi Raja Melaka ke sana untuk berkahwin dengan puteri Majapahit. Kisah bermula apabila
Seri Betara (Betara Majapahit) membuat persiapan untuk mengahwinkan Raden Galuh Emas Ayu
dengan Raja Melaka. Majlis perkahwinan secara besar-besaran ini didatangi oleh segala raja-raja dan
adipati yang berada di bawah jajahan takluk Majapahit di tanah Jawa. Mereka datang bersama
dengan anak isteri masing-masing. Betara Majapahit menitahkan Patih Gajah Mada membuat
persiapan untuk memulai adat berjaga-jaga bagi menyambut perkahwinan Raja Melaka dengan
Raden Galoh Emas Ayu. Selain itu, Patih Gajah Mada mengarahkan segala raja-raja, adipati, pegawai,
priayi berhimpun dan masuk ke peseban dan rakyat memalu bunyi-bunyian seperti gendang, serunai,
medali, nafiri, samping dan ceracap. Setelah itu, Patih Karma Wijaya pun memaklumkan kepada Raja
Melaka bahawa Seri Betara telah memulakan adat berjaga-jaga. Patih Karma Wijaya mencadangkan
kepada Raja Melaka untuk menghantar belanja. Cadangan Patih Karma Wijaya ini dipersetujui oleh
Hang Tuah. Hang Tuah yang ketika itu hanya seoran Bentara, bersetuju dengan cadangan Patih
Karma Wijaya kerana bimbang Raja Melaka dikatakan miskin dan dipungut oleh Seri Betara untuk
dijadikan menantu.

Setelah mendengar kata-kata Hang Tuah dan Patih Karma Wijaya, Raja Melaka pun membuat
persiapan untuk menghantar belanja yang terdiri daripada emas tujuh bahara, kain tujuh peti,
dayang-dayang yang baik seramai tujuh puluh orang, dan kain bersuji dan tepi tujuh helai.
Persembahan tersebut dibawa oleh Tun Utama, Patih Karma Wijaya, Tun Bija Sura dan Tun Ratna
Diraja. Betara Majapahi mengucapkan terima kasih di atas pemberian belanja tersebut dan memuji-
muji mereka. Hang Tuah, Tun Utama dan Patih kerma Wijaya diberi persalinan dan dihidangkan
makanan dan jamuan kepada semua yang hadir.

Adat berjaga-jaga dimulai. Permainan dan hiburan pun mula dimainkan orang. Patih Gajah Mada
bertanya kepada Raja Melaka kenapa tidak melibatkan diri dalam adat berjaga-jaga. Raja Melaka
menjawab bahawa mereka hanyalah tetamu dan adat tetamu perlu patuh kepada ketua di sini
(Betara Majapada). Kalau diizinkan barulah mereka akan turut serta dalam aktiviti permainan dan
hiburan tersebut. Patih Gajah Mada pun memberitahu bahawa Ratu Majapahit telah
memperkenankan dan menyuruh Raja Melaka dan pengikutnya turut serta dalam adat berjaga-jaga.
Raja Melaka dan rombongannya di jemput ke Paseban untuk bertemu dengan Betara Majapahit.

Patih Gajah Mada mendengar kehebatan Hang Tuah lima bersaudara. Beliau ingin menguji
kehebatan HangTuah. Patih Gajah Mada memerintahkan seorang penjurit yang yang pandai bermain
tombak dan keris untuk menunjukkan kehebatannya. Penjurit tersebut dititahkan oleh Patih Gajah
Mada untuk mencabar Hang Tuah bertarung di hadapan Seri Betara, Raja Melaka dan segala raja-raja
yang hadir dengan memerli dan memperkecilkan Hang Tuah/ Kiai Tuah / Tun Tuah. Hang Tuah
memohon kebenaran/menyembah Raja Melaka dan Betara Majapahit sebelum menyahut cabaran
perajurit tersebut. Perajurit bertanyakan nama orang Melaka yang menyahut cabarannya. Dia tidak
mengenali Hang Tuah. Hang Tuah memperkenalkan diri dan menyatakan bahawa beliau menyahut
cabaran perajurit tersebut kerana Seri Betara menyatakan bahawa perajurit itu pencuri besar di
Majapahit.

31
Mendengar sindiran tajam Hang Tuah, perajurit tersebut dengan perasaan marah dan digambarkan
mukanya merah menyala seperti api bernyala-nyala telah menikam Tun Tuah dengan tombaknya.
Tun Tuah segera melompat dan menangkis tombak tersebut dengan memarang mata tombak
sehingga putus. Lalu perajurit itu menghunuskan kerisnya ke dada Hang Tuah. Namun berjaya dielak
oleh Hang Tuah dengan menyatakan kalau benar hendak bertikaman sampai mati, maka Hang Tuah
meminta kebenaran untuk beradu tenaga sampai mati.

Patih Gajah Mada memegang perajurit tersebut. Perajurit tersebut meronta-ronta ingin berlawan
dengan Hang Tuah. Oleh itu Hang Jebat meminta Patih Gajah Mada melepaskan perajurit tersebut.
Seri Betara yang malu dengan percubaan Patih Gajah Mada untuk memalukan Hang Tuah tidak
berhasil meminta Patih Gajah Mada melepaskan perajurit tersebut. Perajurit menikam Hang Tuah
bertubi-tubi tetapi dapat dielak oleh Hang Tuah dengan mudah. Akhirnya dengan kebijaksanaan dan
ketangkasan Hang Tuah, penjurit tersebut dapat di bunuh. Hang Tuah menyembah Betara Majapahit
dan Raja Melaka setelah selesai bertarung. Betara Majapahit berterima kasih kepada Hang Tuah dan
memberi anugerah kepada Hang Tuah pakaian kerana berjaya membunuh penjurit. Muslihat Patih
Gajah Mada dikhabarkan oleh Raden Aria kepada Raja Melaka. Walau bagaimanapun Raja Melaka
hanya tersemyum.

Adat berjaga-jaga diteruskan. Tun Tuah dan Raden Aria turut menari dan berhibur. Makan
dihidangkan. Tiba-tiba gempar di luar pintu paseban. Taming Sari mengamuk. Ramai yang mati
terbunuh. Apabila Taming Sari masuk ke Paseban mengamuk, Hang Tuah lima bersaudara telah
bersiap sedia menjaga keselamatan dan melindungi Raja dan Betara Majapahit. Semua berkeliaran
lari menyelamatkan diri. Seterusnya Betara Majapahit menarik tangan Raja Melaka dibawa masuk ke
dalam Istana. Melihat akan keadaan tersebut, Hang Tuah menyindir Patih Gajah Mada yang
dikatakan berani, tetapi telah melarikan diri. Akhirnya berlakulah pertarungan yang sengit antara
Hang Tuah dengan Taming Sari. Dalam pertarungan yang sengit ini, sekali lagi Hang Tuah dapat
membunuh Taming Sari dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari yang sakti.
Kebijaksanaan Hang Tuah dalam mengatur strategi menukar kerisnya dengan keris Taming Sari
menyebabkan Taming Sari tewas dan keadaan Kembali aman. Betara Majapahit memuji keberanian
Hang Tuah dan memberi gelaran “Laksamana” kepada Hang Tuah serta menganugerahkan persalinan
kepada Hang Tuah. Hang Tuah juga dianugerahi keris milki Taming Sari dan dinamakan keris Taming
Sari.

32
HIKAYAT HANG TUAH BAB XIX - UTUSAN KE BENUA KELING

Sinopsis

“Hikayat Hang Tuah (Bab XIX)” mengisahkan pengembaraan Hang Tuah ke Benua Keling dan ke
Benua China. Laksamana Hang Tuah dihantar ke Benua Keling oleh raja Melaka. Sewaktu berada di
Benua Keling (Bijaya Nagaram) Laksamana Hang Tuah disambut oleh Kisna Rayan dengan
menggunakan bahasa Nagaram. Kisna Rayan sengaja ingin menguji Hang Tuah. Namun Hang Tuah
membalasnya dengan mengggunakkan bahasa Bijaya Nagaram. Kefasihan Hang Tuah berbahasa
Bijaya Nagaram menyebabkan raja Kisna Rayan dan menteri dari Benua Keling berasa hairan dan
kagum dengan Hang Tuah. Hang Tuah memberitahu bahawa beliau belajar bahasa Nagaram daripada
seorang lebai sewaktu beliau pergi ke Majapahit.

Di Benua Keling, Nala Sang Guna dan isterinya mengambil Hang Tuah sebagai anak angkat. Isteri Nala
Sang Guna mandul dan tidak boleh memiliki anak. Semasa berada di rumah Nala Sang Guna, Hang
Tuah diminta oleh Nala Sang Guna membuat ubat beranak. Nala Sang Guna berharap dengan adanya
ubat tersebut beliau akan dikurniakan Allah Taala seorang anak. Hang Tuah berjanji untuk membuat
ubat sebagaimana yang dihajat oleh Nala Sang Guna itu. Lalu, Laksamana Hang Tuah mempamerkan
kehebatan, keluarbiasaan dan kepandaiannya dalam bidang perubatan. Beliau menghasilkan ubat
seperti mandat untuk isteri Nala Sang Guna agar mendapat anak.

Kisna Rayan ingin menduga Hang Tuah, Baginda memiliki seekor kuda yang hanya baginda sahaja
yang mampu menunggang dan menijankkan kuda tersebut. Kisna Rayan telah diminta oleh Kisna
Rayan untuk menunggang kuda teji. Hang Tuah telah menyatakan kesanggupannya menunggang
kuda teji yang kelakuan dan sifatnya diumpamakan seperti seekor harimau. Sebelum menunggang
kuda tersebut, Laksamana Hang Tuah telah bertemu dengan gembala kuda tersebut. Hang Tuah
meminta gembala kuda tersebut mengajarkannya syarat menunggang kuda teji tersebut. Setelah
diajar dan memiliki ilmu menjinakkan kuda, maka Laksamana Hang Tuah pun menunggang kuda
tersebut. Keberanian Hang Tuah menunggang kuda teji amat dikagumi oleh raja Kisna Rayan dan
diakui sebagai hulubalang besar yang sukar ditandingi oleh hulubalang Benua Keling.

Kisna Rayan meminta Nala Sang Guna menyediakan jamuan sewaktu Kisna Rayan berkunjung ke
rumahnya nanti. Hasrat Nala Sang Guna untuk menyediakan jamuan untuk Kisna Rayan terbantut
apabila kayu api telah disorokkan dan tidak dibenarkan dijual kepada Nala Sang Guna. Kisna Rayan
telah menitahkan Temenggung supaya mengarahkan orang yang menjual kayu api agar tidak
menjualnya kepada Nala Sang Guna. Sesiapa yang menjual kayu api kepada Nala Sang Guna akan
dibunuh. Oleh kerana tidak mendapat bekalan kayu api, Nala Sang Guna termenung memikirkan
nasibnya. Beliau susah hati kerana tidak dapat melaksanakan titah Kisna Rayan. Melihat Nala Sang
Guna yang murung, maka Hang Tuah bertanyakan masalahnya. Hang Tuah dengan bijaksanaknya
mencadangkan kepada Nala Sang Guna untuk menggunakan kain kerana di Benua Keling ada
bergedung-gedung kain. Kain tersebut dicelup ke dalam minyak untuk menggantikan kayu api.

Usaha dan cadangan Hang Tuah ini akhirnya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Nala
Sang Guna. Sewaktu di Benua Keling, Laksamana Hang Tuah juga memperlihatkan kehandalannya
bermain pedang dan perisai dengan mengalahkan pendekar Keling. Oleh sebab disayangi dan
kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah, Kisna Rayan meminta Hang Tuah pergi ke Negeri China.
Ramai pembesar yang mempertikaikannya, namun Hang Tuah mempamerkan keluarbiasaanya
apabila diminta oleh Kisna Rayan menunjukkan suatu permainan. Hang Tuah memperlihatkan suatu
permainan yang tidak pernah dilihat orang apabila di hadapan Kisna Rayan dan pembesar-
pembesaryang lain. Beliau mengeluarkan satu benih buah kayu lalu menanamnya. Apabila ditanam,
benih buah kayu berkenaan terus tumbuh dan berdaun. Sesaat kemudian berbunga, berputik dan
berbuah masak. Apabila buahnya dimakan maka pohon kayu berkenaan pun ghaib.

33
Hang Tuah telah ke Benua China. Di Benua China, Setelah hampir dua bulan lamanya dalam
pelayaran, maka Hang Tuah pun sampai ke Benua China yang bernama Bakang Hainam. Apabila Hang
Tuah sampai ke Benua China, Syahbandar menyuruh Hang Tuah dan rombongannya berlabuh dekat
dengan kapal Feringgi. Tindakan Hang Tuah yang berlabuh hampir dengan perahu Feringgi
menimbulkan kemarahan orang Feringgi. Setelah melihat Hang Tuah berlabuh berdekatan dengan
perahu Feringgi, orang-orang Feringgi mengancam untuk membedil rombongan Hang Tuah jika Hang
Tuah dan rombongannya berlabuh berhampiran dengan ghali kapitan Feringgi. Walau bagaimanapun
Hang Tuah tidak gentar walaupun diancam untuk dibedil oleh soldadu Feringgi.

Setelah Hang Tuah dan rombongannya masuk dan berjalan menuju ke dalam balairung Raja China,
Hang Tuah mengarahkan rombongannya supaya tidak menyingsing kain. Hang Tuah mengarahkan
rombongannya berbuat demikian adalah kerana di negeri China banyak hikmatnya. Apabila sampai
saja di halaman, Hang Tuah melihat halaman berkenaan berombakombak, tetapi beliau dan
rombongan tidak menyingsing kain. Akhirnya beliau dan rombongan sampai ke balairung, lalu duduk
dekat dengan syahbandar. Seterusnya, apabila setelah sampai ke balai gendang, surat dan bingkisan
dari Benua Keling hendak diturunkan dari atas gajah. Walau bagaimanapun biduanda kecil datang
membawa titah Raja China supaya surat dan bingkisan dibawa masuk ke dalam bersama-sama
dengan gajah. Hang Tuah dan rombongannya dibenarkan menghadap raja Benua China sedangkan
surat-surat dan bingkisaan dari raja atau kerajaan yang lain hanya setakat menteri empat sahaja.

Seterusnya, sewaktu mengadap Maharaja China, Hang Tuah menggunakan kebijaksanaan untuk
melihat Maharaja China yang duduk di dalam mulut naga emas. Hang Tuah mengatakan bahawa jika
Raja China ingin menjamu orang Keling makan, mereka tidak makan ikan dan daging sebaliknya
makan sayur, daun, dan buah kayu. Sayur yang hendak dijamu itu jangan dipotong, sebaliknya
dibiarkan panjang. Akhirnya Hang Tuah mengambil sayur kangkong yang tidak dipotong, lalu diangkat
ke atas dahinya, dan disuap ke mulut sambil melihat Raja China yang duduk dalam mulut naga emas
bersisik permata.

Contoh Menjawab Tema

Hikayat Hang Tuah bertemakan kepahlawanan bangsa Melayu. Hikayat ini juga
FAKTA
menonjolkan konsep kesetiaan serta semangat kebangsaan. Hang Tuah dikaitkan
dengan kepahlawanan, kewibawaan @ kedaulatan negeri Melaka. Sifat
kepahlawanan Hang Tuah melangkaui dunia luar seperti Cina, Majapahit dan HURAIAN
Benua Keling ini mengangkat kerajaan Melayu Melaka di mata dunia luar. Contoh
peristiwa yang melambangkan kepahlawan Hang Tuah dapat dilihat menerusi
pertarungan beliau dengan Taming Sari di Majapahit. Hang Tuah dapat CONTOH
mengalahkan Taming Sari yang mengamuk menerusi kepandaiannya bermain
senjata dan kepintarannya sehingga beliau Berjaya merampas keris Taming Sari.
Akhirnya Taming Sari yang kebal itu Berjaya dibunuh oleh Hang Tuah. Oleh itu, ULASAN
semangat kepahlawanan yang dimiliki Hang Tuah mampu mengangkat martabat
beliau dan bangsa Melayu di mata dunia.
KESAN /K.KECIL

34
Watak perwatakan / sifat / pemikiran dan gambaran masyarakat

Watak Mempunyai pemikiran yang bijak mengatur strategi


Berasal dari Melaka / menyelesaikan masalah
Anak angkat Nala Sang Guna Mengatur strategi mengalahkan musuh / Taming Sari
Berbadan tampan, tegap dan sasa dengan merampas keris/ menukar keris
Memiliki keperibadian menawan, Memberi idea menyelesaikan masalah ketiadaan kayu
Berbudi Bahasa api kepada Nala Sang Guna di benua Keling
Ketika mengiringi Raja Melaka di Strategi guna kangkung untuk melihat wajah Raja Cina
Majapahit, semua penduduk terpegun
melihat ketampanannya Mahir dalam ilmu perubatan. Membuat ubat (madat)
untuk isteri Sang Guna yang mandul. budi bahasa

Mahir ilmu Magis


WATAK DAN Ketika di Benua Keling HT menunjukkan pokok ajaib
PERWATAKAN yang pabila ditanam, terus tumbuh, berbuah dan
HANG TUAH buahnya boleh dimakan, kemudian pokok kayu
tersebut ghaib. Menyebabkan Raja dan pembesar
kagum

Ilmu Menjinakkan Kuda


Ketika di Benua Keling HT diduga untuk menjinakkan
kuda Teji (kuda raja) yang ganas seperti singa. Hanya
raja yang mampu menjinakkan dan menaiki kuda
tersebut. Namun, HT berjaya menjinakkan dan
menunggang kuda.

Ilmu Kepahlawanan / Bermain Senjata


Melawan perajurit-perajurit yang mengamuk di
Balairung Majapahit seorang diri dan berjaya
Taat kepada Raja Melaka membunuh kesemuanya meskipun merbahaya
-Melindungi raja dan Betara Mempertahankan raja dari amukan Taming Sari dan
Majapahit dari orang berjaya membunuhnya meskipun Taming Sari
mengamuk. Menurut terkenal dengan kegagahan, kepahlawanan dan
perintah raja Melaka memiliki ilmu kebal.
menadi utusan dan ketika di
Benua Keling beliau Sentiasa mencari ilmu dan tingkatkan ilmu
menjaga nama Raja taat pengetahuan / ilmu berbahasa
kepada perintah Kisna Cintakan ilmu: belajar b. Nagaram dengan lebai
Rayan untuk menjadi utusan / b. Jawa (bercakap dengan Krisna Rayan / Betara
ke China Majapahit.

Keberanian / Sanggup Bekorban


Melawan perajurit-perajurit yang mengamuk di
Balairung Majapahit seorang diri dan berjaya
membunuh kesemuanya meskipun merbahaya
Mempertahankan raja dari amukan Taming Sari dan
berjaya membunuhnya meskipun Taming Sari
terkenal dengan kegagahan, kepahlawanan dan
memiliki ilmu kebal.

35
Contoh Menjawab Watak Perwatakan Hang Tuah Sebagai Tokoh Epik

Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul samada dari segi keperibadian, ketokohan,
kepintaran, kegagahan mahupun ketangkasan. Hikayat Hang Tuah memaparkan tentang pahlawan
Melayu yang bernama Hang Tuah. Beliau merupakan laksamana Melaka dan dianggap sebagai wira
bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa. Watak Hang Tuah juga menjadi sumber inspirasi dan
teladan kepada masyarakat kini menerusi sifat-sifat unggul seperti memiliki ilmu hulubalang, fasih
pelbagai bahasa, berani dan taat.

Contoh Menjawab Watak Perwatakan FAKTA

Pertama, mempunyai kebolehan berbahasa. Hang Tuah pandai bertutur dalam


bahasa Nagaram (hlm 52). Kebolehan menguasai pelbagai bahasa ini, CONTOH
menyebabkan beliau dipilih oleh Sultan Melaka untuk menjadi utusan ke Benua
Keling. Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), ULASAN
beliau telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram. Kebolehannya
PRO/KONTRA
menimbulkan rasa kagum kerana tidak semua menteri di Benua Keling mahir
dan menguasai bahasa tersebut. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut
daripada seorang lebai. Kemampuan bijak menguasai ilmu berbahasa adalah HURAIAN
salah satu ciri penting seorang tokoh epik. Tanpa kecekapan berbahasa nescaya
Hang Tuah tidak dapat menjadi utusan dan dikagumi oleh Kisna Rayan. Oleh itu
kemahiran berbahasa yang dimiliki oleh Hang Tuah telah menjadikan dirinya KESAN /K.KECIL
disayangi oleh Kisna Rayan.

Kedua, tangkas menunggang kuda. Hang Tuah telah diminta supaya menunggang kuda teji. Kuda teji
adalah salah seekor kuda Kisna Rayan yang sukar dikendalikan. Hang Tuah yang mempunyai ilmu
menjinakkan dan menunggang kuda, telah berjaya menjinakkan dan memacu kuda tersebut dengan
selamat iaitu dengan cara tunduk dan melindungkan kepalanya dibalik telinga kuda tersebut.
Kebolehan ini adalah salah satu bukti keperwiraan beliau ketika berada di benua Keling. Jika Hang
Tuah tidak memiliki ilmu menjinakkan kuda, nescaya beliau tidak dapat menjinakkan kuda teji yang
hanya mendengar arahan tuannya sahaja iaitu Kisna Rayan.

Ketiga, mampu menyelesaikan masalah dengan kebolehan akal fikirannya. Apabila hendak memasak
untuk jamuan diraja, terdapat masalah ketiadaan kayu untuk memasak. Hang Tuah telah berjaya
menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan menjadikan kain sebagai bahan api. Kebijaksanaan
Hang Tuah ini adalah salah satu bukti beliau layak digelar wira.

Seterusnya, mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan yang dianggap
permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus
tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah
memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun
ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau layak
digelar wira epik.

Akhir sekali, panjang akal dan mampu memperdaya untuk melihat Maharaja China. Ketika
rombongan Hang Tuah ke negeri China hendak dijamu makan, beliau telah menyatakan bahawa
orang Keling makan sayur, daun kayu dan buah kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula tidak
dikerat dan dibiarkan panjang - panjang. Ketika makan Hang Tuah telah mendongakkan kepala ketika
makan sayur kangkung yang tidak dikerat itu. Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja China yang
duduk dalam mulut naga emas bersisik. Tatkala Laksamana memandang ke atas, Hang Tuah hendak
dipenggal oleh hulubalang Raja China. Namun Raja China telah menghalang tindakan rakyatnya
kerana Hang Tuah sebenarnya telah bertindak bijaksana.

36
Kesimpulannya, kebolehan, ketangkasan, kebijaksanaan dan nilai kepahlawanan yang wujud dalam
diri Hang Tuah perlu dicontohi dan diteladani oleh masyarakat Melayu kini agar dapat memahirkan iri
dalam melakukan sesuatu perkara dan dapat mengharumkan nama negara.

Hang Tuah digambarkan sebagai wira epik yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti yang
tergambar dalam Hikayat Hang Tuah Bab XIX yang termuat dalam Permata Sastera Melayu.
Bincangkan. (25)

A Pengenalan [3m]

F1 Wira bangsa
F2 Lambang keagungan budaya bangsa
F3 Menjadi sanjungan/keagungan masyarakat/sumber inspirasi kepada masyarakat
F4 Penegasan isi (senarai isi yang akan dihuraikan)

Contoh pengenalan :

Hang Tuah merupakan wira bangsa dan menjadi lambang keagungan budaya bangsa. Keperwiraan Hang Tuah,
menjadikannya sebagai watak yang disanjung serta menjadi inspirasi kepada masyarakat. Terdapat beberapa
bukti yang menunjukkan Hang Tuah sebagai wira epik seperti kebijaksanaan dalam memberikan idea bernas
untuk memasak, berkebolehan berbahasa asing dan mampu menjinakkan kuda teji..................

Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan yang ada merupakan kelebihan dalam diri
seseorang. Kelebihan ini akan menyelesaikan banyak masalah malah boleh menyelamatkan maruah seseorang.
Sekiranya tidak boleh mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul disebabkan kedangkalan akal
fikiran, maka akan jatuhlah maruah serta akan dihinalah individu tersebut. Hang Tuah memberikan idea kepada
Nala Sang Guna yang menghadapi masalah untuk menyediakan kayu api bagi menyediakan hidangan diraja.
Hang Tuah mencadangkan agar digunakan kain yang terdapat dalam gudang Nala Sang Guna untuk dijadikan
bahan bakar bagi menggantikan kayu api dan hidangan tersebut akhirnya Berjaya disediakan.

Berkebolehan berbahasa asing. Kebolehan berbahasa asing merupakan suatu kelebihan yang ada pada diri
seseorang. Kebolehan ini akan memudahkan proses berkomunikasi seterusnya melancarkan perjalanan sesuatu
perkara yang dirancang. Sekiranya tidak boleh berbahasa asing, maka salah faham terhadap sesuatu perkara
akan berlaku. Hang Tuah fasih dalam bahasa Bijaya Nagaram. Hang Tuah dipilih untuk menjadi utusan Melaka
ke benua Keling kerana kebolehannya ini. Keupayaan menguasai bahasa ini mengagumkan Krisna Rayan kerana
bahasa ini tidak dikuasai oleh mentari-menteri raja.

Kebolehan menunggang kuda yang ganas. Menunggang seekor kuda liar dan ganas adalah suatu perkara yang
sukar dilakukan. Hanya orang yang benar-benar hebat dan mempunyai kemahiran sahaja yang mampu
melakukannya. Sekiranya kemahiran serta kekuatan jiwa tiada dalam diri seseorang, maka perbuatan
menunggang kuda akan membawa musibah kepada dirinya. Hang Tuah berjaya menunggang kuda tezi yang
digambarkan sebagai kuda yang ganas. Krisna Rayan telah menitahkan kepada Hang Tuah supaya menunggang
kuda tezi yang tidak pernah berjaya ditunggangi oleh sesiapa. Hang Tuah akur dengan arahan tersebut, tetapi
sebelum menunggang kuda itu, Hang Tuah terlebih dahulu mendapatkan ilmu untuk menjinakkan kuda
daripada si pengembala kuda. Akhirnya Hang Tuah berjaya mengendalikan kuda tersebut dengan selamatnya

Dapat mengadap dan melihat raja China. Mengadap dan melihat raja China adalah suatu perkara yang mustahil
untuk dilakukan kerana wajah raja China tidak boleh dilihat oleh sesiapapun. Melalui kebijaksanaan melakukan
tipu muslihat sahajalah perkara yang mustahil itu dapat direalisasikan. Jika seorang wira lemah daya fikirannya,
maka banyak perkara yang tidak dapat dilakukan seterusnya menunjukkan kelemahan diri wira tersebut
sehingga tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh wira epik. Hang Tuah melakukan tipu muslihat untuk melihat
wajah raja China. Hang Tuah meminta jurumasak China menghidangkan kepadanya sayur yang tidak dipotong.
37
Jadi apabila Hang Tuah hendak makan sayur tersebut, dia perlu mendongak kepalanya, pada waktu mendongak
inilah Hang Tuah boleh melihat wajah raja China yang berada dalam mungkur naga.

Menjadi utusan benua Keling ke negeri China. Mendapat kepercayaan daripada pemerintah/raja untuk
melakukan sesuatu adalah suatu perkara yang sukar untuk dibayangkan. Apatah lagi menjadi utusan bagi
negara yang bukan tanah tumpah darah sendiri. Kepercayaan ini adalah hasil daripada perlakuan baik dan
sopan santun yang tinggi/keperibadian unggul yang ditunjukkan. Jika seorang wira tidak beradap
sopan/mempunyai perlakuan yang buruk, sudah tentu raja tidak akan meletakkan kepercayaan yang tinggi
kepadanya. Hang Tuah telah dipilih untuk menjadi utusan benua Keling ke negeri China. Pilihan dibuat
berdasarkan perlakuan sopan santun dan beradab yang ditunjukkan oleh Hang Tuah sepanjang berada di benua
Keling menyebabkan Krisna Rayan terpikat dengan perlakuan Hang Tuah tersebut.

Membuat ubat beranak kepada isteri Nala Sang Guna yang tidak boleh beranak.

Menanam biji benih ajaib

Huraikan empat kepintaran yang menyerlahkan ketokohan Laksamana Hang Tuah ketika
menjadi utusan Melaka di Benua Keling.

1. Pintar dalam memangani masalah- guna kain untuk memasak


2. Pintar dalam menyusun kata-kata/ berbahasa
3. Pintar mengambil hati Raja
4. Pintar dalam bermain senjata/ ilmu kepalawanan

Bincangkan sifat-sifat / Nilai Pahlawan / Hang Tuah


FAKTA
Berani menanggung risiko dan tidak takut mati/tidak gentar menghadapi
bahaya. Hang Tuah menunjukkankan sifat beraninya apabila dia menyahut CONTOH
cabaran dan bertarung dengan semua perajurit Majapahit. Beliau akhirnya
berjaya membunuh Taming Sari. Sifat ini juga telah menimbulkan rasa kagum
HURAIAN
dan hormat Betara Majapahit kepada bangsa Melayu yang berkunjung ke
Majapahit pada masa itu. Sifat Hang Tuah wajar dicontohi generasi kini kerana
dapat menanam rasa tabah menghadapi pelbagai ringtangan dan dugaan. ULASAN

KESAN /K.KECIL

Kebijaksanaan akal dalam membuat tipu helah (muslihat atau tipu daya). Ketika berada di
Majapahit, Hang Tuah memperlihatkan kebijaksanaan akal mengatasi sebarang masalah, terutama
rancangan-rancangan Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada menguji kekuatan atau kehandalan
Hang Tuah dan percubaan untuk membunuhnya. Contoh, Hang Tuah menggunakan tipu helah untuk
membunuh Taming Sari. Pada mulanya Hang Tuah gagal untuk mengatasi kehandalan Taming Sari,
kerana Taming Sari memiliki keris yang berkuasa ajaib dan istimewa yang menyebabkan tubuhnya
kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah memperdaya Taming Sari dengan
mengajaknya bertukar-tukar keris kerana dia tahu kekuatan Taming Sari terletak pada keris tersebut.

38
Kesetiaan untuk sentiasa menjaga keselamatan rajanya. Tun Tuah memegang prinsip ‘Pantang
Melayu Derhaka Kepada Tuannya’. Ketika berada di Majapahit, Tun Tuah telah menggunakan sifat
kepahlawan dan kebijaksanaan akal untuk menjaga maruah dan keselamatan raja Melaka daripada
dihina oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada demi kesetiaannya kepada raja Melaka. Jika
terjadi sesuatu perkara yang memalukan, sudah tentu akan memberi aib kepada raja dan negeri
Melaka. Oleh kerana konsep kesetiaan ini ada pada diri Hang Tuah menyebabkan dia sering
mendapat kekuatan dalaman menyebabkan dia dapat mengalahkan kesemua musuhnya. Contoh,
Hang Tuah berjaya membunuh Taming Sari, dan berjaya menggagalkan segala cubaan atau ujian yang
dilakukan oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada untuk menjatuhkan maruah raja dan negeri
Melaka.

Memperlihatkan sifat luar biasa, iaitu pandai dalam ilmu firasat. Hang Tuah juga mahir dalam ilmu
firasat, iaitu ilmu pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain untuk
mengetahui kelakuan atau nasib seseorang atau ilmu yang melibatkan perasaan hati akan terjadi
sesuatu sesudah melihat gejala tertentu. Contoh, melalui tilikannya, keris yang dimiliki oleh Taming
Sari mempunyai kuasa ajaib dan Hang Tuah percaya selagi keris tersebut berada di tangan Taming
Sari, tubuhnya tidak akan lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah berjaya memperdaya Taming
Sari melalui helahnya mengajak Taming Sari bermuafakat dan bertukar-tukar keris dengannya.
Dengan tipu helah tersebut Hang Tuah berjaya memperolehi keris tersebut dan akhirnya berjaya
membunuh Taming Sari.

Ketangkasan dan kecekapan bermain senjata. Hang Tuah adalah seorang tokoh pahlawan yang
cekap dan mahir bermain senjata. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah setelah berguru dengan
beberapa orang guru. Antara gurunya ialah Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura Majapahit dan
Aria Putera di Bukit Pancalusa Singapura. Ketangkasan dan kecekapan Hang Tuah bermain senjata
terbukti ketika berada di Majapahit. Contoh, Hang Tuah berjaya mengelakkan tikaman dan berjaya
membunuh perajurit-perajurit Majapahit, termasuklah Taming Sari, sehingga dikagumi oleh Betara
Majapahit dan Patih Gajah Mada.

Perbezaan di antara watak Hang Tuah / rakyat Melayu dan Rakyat Jawa /Majapahit

1. Perajurit merupakan seorang yang angkuh / sombong, manakala Hang Tuah seorang yang
merendah diri dan berbudi bahasa. Contoh perajurit /Taming Sari menunjuk kehebatan
dengan mengamuk dan membunuh orang. Kemudian mencabar Hang Tuah dengan
memperkecilkan dan menyindir Hang Tuah.

2. Perajurit merupakan seorang yang panas baran dan pemarah, manakala Hang Tuah penyabar
dan tidak bertindak melulu. Muka perajurit merah pada dan dilihat bagaikan api yang
membara menahan kemarahan apabila kata-kata sindirannya dapat dipatahkan oleh Hang
Tuah. Perajurit juga berasa marah apabila dia dikatakan sebagai pencuri. Manakala Hang
Tuah dikatan sebagai hulubalang yang hebat.

3. Hang Tuah memiliki ilmu hulubalang dan bermain senjata yang hebat, manakala perajurit
kurang dalam kemahiran bermain senjata. Hal ini dapat dilihat apabila Hang Tuah berjaya
menangkis semua serangan dan tikaman yang perajurit lakukan.

4. Hang Tuah dikatakan memiliki kebijaksanaan dalam mengatur strategi pertempuran dan
bermain senjata, manakala perajurit suka bertindak terburu-buru. Hang Tuah dapat
menangkis semua tikaman yang dilakukan kerana beliau mempunyai akal fikiran yang bijak
dan strategi yang hebat dalam mengalahkan musuh. Apabila Hang Tuah sedar Taming Sari
tidak lut senjata kerana kerisnya, lalu beliau telah bertindak melepaskan keris Taming Sari

39
dari gengamannya. Kemudian beliau menukar keris tersebut dan akhir sekali beliau berjaya
membunuh Taming Sari yang kebal dan hebat itu.

Tindakan Nala Sang Guna ketika menghadapi dugaan melaksanakan perintah Krysna Rayan /

Rentetan peristiwa yang berlaku ketika Naga Sang Guna dititahkan mengadakan jamuan

1 Membuat persiapan untuk mengadakan jamuan. Nala Sang Guna membuat persiapan untuk
menjamu raja Kisna Rayan dan rombongannya dengan meminta semua keluarganya dan
saudagar yang berada di bawahnya bagi memasak nasi.

2 Membina balai dan khemah. Bagi menyambut kedatangan Kisna Rayan, Nala Sang Guna telah
membina balai dan khemah tempat duduk Kisna Rayan. Balai dan khemah tersebut dibina
begitu indah dan cantik. Ianya dibina daripada emas, perak dan suasa

3 Mengeluarkan belanja. Nala Sang Guna telah mengeluarkan sepuluh behara emas untuk
membeli makanan. Beliau juga membelanjakan sepulih bahara perak untuk menghiasi
makanan yang akan dijamu kepada Kisna Rayan dan rombongannya.

4 Menyuruh menyediakan kayu api. Nala Sang Guna menyuruh hamba sahayanya membeli
kayu api untuk memasak.

5 Membuka gedung kain. Nala Sang Guna menyuruh bendaharinya membuka gedung kain
untuk keluarkan kain dan mencelupkan minyak untuk diperbuat kayu api.

6 Memasak pelbagai judah. Nala Sang Guna menyuruh orang memasak pelbagai jenis
makanan untuk kenduri/jamuan yang akan dihadiri oleh Kisna Rayan dan rombongannya.

Galurkan peristiwa perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu. [25m]

Jika soalan inginkan rentetan peristiwa, maka pelajar perlu memberikan galur/rentetan peristiwa ikut
urutan dan ada faktanya. Jika tidak mengikut urutan makan pelajar akan kehilangan markah

A: Pendahuluan [3]

- Definisi sastera hikayat


- Sinopsis Hikayat Hang Tuah Bab VII
- Petikan peristiwa - Perkahwinan Raden Galuh Emas Ayu dgn Raja Melaka.
- Menyenaraikan isi/fakta

40
Mempersiapkan kelengkapan. Mengistiharkan perkahwinan Raden Galuh Emas Ayu (RGEA) dengan
Raja Melaka, oleh itu semua pembesar dari seluruh negeri Majapahit akan hadir bersama dengan isteri
dan jumlah mereka sangat ramai sehingga beratus-ratus. Contohnya Seri Betara melengkapkan
persiapan perkahwinan puterinya, Raden Galuh Emas Ayu yang akan berkahwin dengan Raja Melaka.
Baginda berbelanja untuk bunyi-bunyian, persalianan dan jamuan makan utnuk 40 hari 40 malan

Memulai pekerjaan berjaga-jaga. Setelah datang para pembesar negeri, Seri Bentara mengarah Patih
Gajah Mada menyediakan kelengkapan negara untuk mengadakan adat pekerjaan berjaga-jaga yang
memakan masa yang lama. Contohnya Seri Betara meminta Patih Gajah Mada bersiap-siap dengan
pekerjaan berjaga-jaga. Hal ini adalah untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar
dan selamat.

Semua pembesar Jawa berkumpul. Patih Gajah Mada pun memanggil semua raja-raja dan
pembesarnya untuk berkumpul di balai penghadapan dan mengarah mereka memalu alat bunyian
tanda kerja raja bermula. Contohnya Patih Gajah Mada mengerahkan segala raja-raja dan adipati dan
segala pegawai dan priayi berhimpun masuk ke peseban. Beliau juga mengarahkan rakyat memalu
bunyi-bunyian.

Bunyi-bunyian dipalu. Sebarang kerja raja akan dimulai dengan paluan alat bunyi di serata negeri untuk
memaklumkan bahawa perkahwinan RGEA dengan Raja Melaka bermula dan ramai rakyat akan terlibat
dalam majlis ini. Contohnya bunyi-bunyian daripada gendang, serunai, medali, nafiri, samping, sekati,
ceracap dialunkan bagi memeriahkan majlis persandingan Sultan Melaka dan Reden Galuh Mas Ayu.

Raja Melaka menyediakan wang belanja. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan segala perbelanjaan
dan hantaran kepada pihak perempuan akan majlis berjalan dengan lancar dan tidak memalukan pihak
lelaki dengan menunjukkan kekayaan. Contohnya emas tujuh bahara di sediakan oleh Sultan Melaka
sebagai wang belanja. Hal ini jelas melalui perbualan Bentara Tun Tuah.

Raja Melaka menyediakan hantaran lain. Majlis perkahwinan raja-raja Melayu akan dilengkapi dengan
hantaran -hantaran lain untuk di beri kepada pasangan masing-masing. Selain daripada wang belanja
pihak lelaki juga akan menyediakan untuk keperluan pihak perempuan seperti kain, pengasuh dan
pelbagai kelengkapan lain bagi kegunaan seharian. Contohnya Raja Melaka menyediakan kain tujuh
peti, dayang-dayang tujuh puluh, kain bersugi dan tepi tujuh helai dan lain-lain lagi utnuk pengantin
perempuan.

Semua Wang Belanja dan hantaran diarak. Emas belanja dan hantaran hendaklah diarak beramai-ramai
untuk menunjukkan kemeriahan dalam majlis perkahwinan. Perarakan menghantar hantaran biasa
dibawa oleh golongan pembesar dengan diiringi oleh rakyat yang mempunyai rupa paras yang cantik
serta tampan. Contohnya hantaran daripada pihak raja Melaka di bawa oleh Tun Utama, Patih Kerma
Wijaya, Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja. Maka persembahan itu pun diarak oranglah, terlalu banyak
orang mengiringkan dia. Dan orang yang membawa persembahan itu pun baik-baik rupanya, seperti
dalam tulis rupanya”.

41
Contoh Menjawab Kepentingan Karya Dalam Konteks Sarwajagat (World View) Masyarakat Melayu
Tradisional / Motif penceritaan

Melukiskan kehebatan dan kehandalan pahlawan Melayu. Hang Tuah melambangkan kesetiaan
bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi terutama dalam masyarakat melayu
feudal. Hang Tuah merupakan manusia biasa namun memiliki kuasa luar biasa. Beliau melindungi
rajanya dari sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun. Hikayat Hang
Tuah memainkan peranan penting dalam konteks sarwajagat kerana:

Memberi gambaran tentang keberanian bangsa / masyarakat Melayu dalam mempertahankan


maruah dan keselamatan raja, diri, bangsa dan negara. Sikap berani perlu wujud di dalam diri agar
dapat mempertahankan maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Kesanggupan menentang musuh
seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang sangat berani. Apatah lagi menentang
musuh yang handal seperti Taming Sari meskipun Hang Tuah tahu yang Taming Sari kebal. Hang Tuah
berani mementang Taming Sari yang dikatakan kebal dan pahlawan hebat dari Majapahit. Ketika
pertarungan berlaku, Hang Tuah dengan bijak telah berjaya merampas keris Taming Sari dan
membunuhnya. Keberanian Hang Tuah perlu dicontohi agar saya mampu menempuh semua cabaran
dan dugaan ketika menuntut ilmu.

Menanam semangat cintakan negara, bangsa dan agama. Peristiwa yang memaparkan sifat
kepahlawanan watak epik mampu memupuk semangat cintakan negara, bangsa, dan agama.
Keberanian Hang Tuah berjuang mempertahankan kedaulatan raja dan negara menjadi pendorong
kepada masyarakat Melayu untuk mempertahankan negara, bangsa, dan agama dari sebarang
ancaman. Hal ini boleh dilihat apabila Hang Tuah berjaya membunuh penjurit dan Taming Sari
sewaktu berada di Majapahit. Tindakan Hang Tuah ini berjaya melindungi raja dan mengelakkan Raja
Melaka daripada diaibkan oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit.

Kebijaksanaan pahlawan Melayu dan ketajaman akal masyarakat Melayu dalam mengatur strategi
dan menyelesaikan masalah. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat
bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming
Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.

Melambangkan masyarakat Melayu (world view) yang taat setia / patuh raja. Dalam hikayat ini, nilai
taat setiap dipupuk menerusi cerita yang dipaparkan. Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah
sentiasa bersamanya untuk menjaga keselamatan. HT juga taat menurut perintah raja dengan
menjadi utusan. Hang Tuah juga membunuh Taming Sari yang mengamuk dan mengamcam raja
Melaka dan Betara Majapahit.

Memberi gambaran masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada adat dan mementingkan ilmu.
Karya sastera merupakan cerminan hidup masyarakat yang melahirkannya. Sehubungan dengan itu,
dalam karya sastera terdapat gambaran budaya masyarakat yang dipaparkan memegang teguh aspek
adat istiadat, kepercayaan, stratifikasi sosial, agama, kepercayaan, interaksi sosial dan sebagainya.
Begitu juga dalam Hikayat Hang Tuah yang memaparkan adat istiadat pperkahwinan diraja di antara
Raja Melaka dan Raden Ayu. Peristiwa juga memaparkan adat hantar belanja, adat berjaga-jaga dan
lain-lain.

42
Mengangkat martabat orang / bangsa Melayu- menunjukkan kebijaksanaan orang / bangsa Melayu
melalui watak laksamana Hang Tuah memasak- tanpa menggunakan kayu api sebab tak di beri kayu
api. Masak menggunakan kain menggantikan kayu api.

Menunjukkan sifat keunggulan sesuatu bangsa melalui watak dan perwatakan wira/wirawati.
Laksamana Hang Tuah disifatkan sebagai, berbudi bahasa, bersopan-santun, taat dan mempunyai
ilmu kepahlawanan yang tinggi serta berani. Hal ini dapat dilihat melalui percakapan Hang Tuah
secara halus menyindir tentang perbuatan Nala Sang Guna yang meminta Hang Tuah memasak
tetapi tidak memberi kayu api. Lalu Hang Tuah menyatakan beliau menggunakan kain di negeri
tersebut yang terlalu banyak, sebagai kayu api untuk memasak.

Menyatakan kesan / kepentingan karya kepada diri/pelajar / masyarakat.

Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh kepada setiap
individu manusia seperti berikut:

1 Jika saya seorang pahlawan, saya perlu bersikap berani mempertahankan Tanah Air /
Selaku pelajar saya perlu berani dalam mempertahankan negara / rakan /mengeluarkan
pendapat. Sikap berani perlu wujud di dalam diri agar dapat mempertahankan maruah diri,
keluarga, bangsa dan negara. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup
menggambarkan beliau seorang yang sangat berani. Saya perlu memiliki sikap berana dan
sanggup mengadaikan nyawa demi mempertahankan orang yang di sayang dan tanah air.
Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari meskipun Hang Tuah tahu
yang Taming Sari kebal. Hang Tuah berani mementang Taming Sari yang dikatakan kebal dan
pahlawan hebat dari Majapahit. Ketika pertarungan berlaku, Hang Tuah dengan bijak telah
berjaya merampas keris Taming Sari dan membunuhnya. Keberanian Hang Tuah perlu
dicontohi agar saya mampu menempuh semua cabaran dan dugaan ketika menuntut ilmu.

Contoh jawab 2

Dapat menjadikan contoh teladan tentang kepahlawanan dan keberanian wira. Sifat
kepahlawanan dan keberanian Hang Tuah dapat membangkit (melahirkan) dan menanam
sifat keberanian dalam diri saya dalam menghadapi sesuatu situasi yang penuh mencabar.
Contoh, ketika berada di Majapahit mengiringi raja Melaka meminang puteri Betara
Majapahit, Hang Tuah sanggup menghadapi segala rancangan untuk menguji kekuatannya
sebagai pahlawan dan cubaan untuk membunuhnya dengan semangat keberanian yang ada
padanya, termasuk bertarung dengan perajurit Majapahit yang paling handal, iaitu Taming
Sari. Dengan adanya sifat keberanian dalam diri menyebabkan saya sanggup menghadapi apa
juga situasi yang boleh membahayakan diri saya. Sebaliknya dengan berbekalkan semangat
keberanian, saya sanggup menghadapi apa juga situasi dalam usaha untuk memperjuangkan
hak dan maruah diri, bangsa dan negara daripada segala ancaman musuh.

2 Dapat memupuk dan menanam semangat patriotik dalam diri. Hang Tuah memang terkenal
dengan semangat patriotismenya, iaitu semangat cintakan watan atau negaranya walaupun
di mana dia berada dan semangat patriotik ini sudah sebati bertapak dalam jiwanya. Dengan
berbekalkan sifat patriotik yang kental, Hang Tuah tidak mudah terpedaya dengan elemen-
elemen yang cuba memesong semangat patriotismenya. Contoh, ketika berada di Majapahit,
Hang Tuah melaksanakan tugasnya sebagai pengiring raja untuk menjaga maruah dan
keselamatan raja Melaka. Saya juga terkesan dan bertanggung jawab untuk menyemai dan

43
memupuk semangat patriotisme dalam diri agar saya dapat menjadi individu yang berguna
kepada bangsa dan negara.

3. Manusia perlu bijaksana. Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada
diri seseorang. Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu
menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah
bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang
menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan
kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.

4. Taat setia kepada ketua. Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa
bersamanya.

Contoh jawab 2

Dapat menguatkan semangat sifat taat setia dalam diri sebagai suatu pegangan. Sifat taat
setia ini penting dijadikan sebagai suatu pegangan dalam semua aspek kehidupan kita, sama
ada dari segi pemikiran atau tindakan. Contoh, ketika berada di Majapahit, Hang Tuah
sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya demi menunaikan perintah raja dan
membuktikan ketaatan dan keselamatan raja Melaka. Sifat taat setia ini terkesan untuk saya
untuk menjadikan sifat ini sebagai suatu ikutan dan pedoman dalam kehidupan dalam
melakukan sesuatu, serta menghindarkan diri daripada melakukan pengkhianatan.

5 Dapat menaman kemahiran ilmu persilatan. Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu persilatan
memang tidak boleh disangkal lagi dan telah menjadi pedoman dan ikutan dalam diri saya.
Hang Tuah berjaya menguasai ilmu persilatan secara zahir dan batin. Ilmu ini diperolehi oleh
Hang Tuah melalui perguruannya dengan beberapa orang guru, termasuklah Sang Persata
Nala dan Aria Putera sehingga berjaya menjadi pahlawan terkenal dan sukar dan sukar
ditandingi. Contoh, ketika berada di Majapahit Hang Tuah berjaya mengalahkan semua
perajurit Majapahit termasuklah Taming Sari. Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu persilatan
berjaya memberi dorongan dan ikutan kepada saya untuk menguasai dan mewarisi ilmu
tersebut dalam usaha untuk mempertahan dan menjaga diri, maruah bangsa dan negara.

6. Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain. Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh
Betara Majapahit sebagai salah satu cara menghargai jasa-jasanya.

7. Sentiasa berwaspada. Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali
seperti Patih Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati.

8. Hormat menghormati. Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat
restu pemerintah di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka
berada di negara orang (Majapahit).

9. Gambaran adat dan budaya masyarakat. Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan
Raden Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh
masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas
kahwin, berarak dan mengadap raja.

44
Mesej “Hikayat Hang Tuah (Bab XIX)”

Menguasai pelbagai bahasa asing akan menjadikan diri disanjung tinggi. Penguasaan bahasa asing
membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih baik dan dapat mengeratkan silaturahim
dengan bangsa-bangsa lain. Selain dari itu, kebolehan berbahasa asing juga dapat menjadikan
seseorang itu diterima oleh orang lain dengan lebih mudah dan lebih disanjung tinggi. Laksamana
Hang Tuah yang berdatang sembah kepada raja Keling iaitu Kisna Rayan telah berkomunikasi dalam
bahasa Nagaram apabila ditanya tentang utusan rombongannya yang menyebabkan raja Kisna Rayan
dan segala pembesar Keling menjadikagum dan Kisna Rayan gembira dan suka akan Hang Tuah
sehingga menganggap, kehadiran Hang Tuah seperti kehadiran raja Melaka sendiri.

Keberanian berupaya menangani sebarang ancaman atau cabaran. Sifat berani menjadikan
seseorang itu tidak gentar dalam mengharungi saat-saat mencabar dalam kehidupan. Sifat berani ini
menjadikan seseorang itu mencuba sedaya upaya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan
kepadanya walaupun terpaksa menanggung risiko kehilangan nyawa. Hang Tuah tidak menolak
permintaan Kisna Rayan untuk menunggang kuda teji pemberian seorang raja taklukan negara Keling
kerana taat akan perintah raja Keling walaupun tahu tentang bahaya yang bakal ditempuh kerana
sifat kuda itu seperti seekor singa yang galak/seperti harimau. Dengan sifat berani yang ada pada
dirinya, Hang Tuah telah menunggang kuda teji tersebut dengan pantas sehingga carik bajunya.

Kebijaksanaan mampu menyelesaikan masalah. Menggunakan akal fikiran dalam menyelesaikan


masalah dapat menyelamat keadaan yang sulit serta dapat juga menyelamatkan maruah seseorang.
Dengan kebijaksanaan juga, segala masalah dapat dirungkai dengan baik serta dan setiap
perancangan yang dibuat berjalan lancar. Hang Tuah telah menunjukkan kebijaksanaannya
menyelesaikan masalah ketiadaan kayu api untuk jamuan yang akan diadakan oleh Nala Sang Guna.
Kebijaksanaan Hang Tuah dapat dilihat dengan menjadikan kain-kain yang dicelup dengan minyak
menggantikan kayu api untuk memasak makanan yang akan dihidangkan dalam majlis yang akan
dihadiri oleh Kisna Rayan dan rombongannya.

Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan mampu berbuat kebaktian. Penguasaan bidang ilmu yang
banyak dapat menjadikan diri seseorang individu menjadi sanjungan masyarakat serta dapat
memberi manfaat kepada orang lain. Melalui penguasaan pelbagai ilmu juga dapat mendorong
seseorang itu untuk menyumbang kebaktian terhadap orang lain apabila diperlukan. Hang Tuah yang
mengusai ilmu perubatan telah membuat ubat mandul dan berjaya menghasilkan madat untuk isteri
Nala Sang Guna yang tidak mempunyai zuriat. Selain dari itu, penguasaan ilmu ajaib juga telah
menjadikan Hang Tuah seorang yang hebat dan dikagumi oleh raja dan pembesar Keling apabila
dapat menunjukkan satu permainan iatu dengan menanam biji benih buah kayu yang segera
berbunga berputik dan berbuah dan setelah dimakan buahnya, pokok itupun ghaib.

Taat kepada raja/pemimpin membuatkan seseorang disanjung tinggi. Ketaatan kepada pemimpin
menjadikan seseorang itu patuh pada setiap arahan demi menjaga nama baik raja sebagai
pemerintah yang disanjung. Sifat taat ini menjadikan seseorang itu tidak menolak arahan raja untuk
menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Hang Tuah sangat patuh dan taat akan perintah
raja Melaka untuk menjadi ketua utusan ke benua Keling untuk menjalinkan hubungan silaturahim
antara dua negara. Ketaatan Hang Tuah juga dapat dilihat semasa berada di benua Keling yang
menunjukkan Hang Tuah begitu taat kepada perintah raja Keling iaitu Kisna Rayan yang melantiknya
sebagai utusan ke negara China.

45
Kebolehan luarbiasa dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi dan meningkatkan darjat.
Kebolehan dan keistimewaan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesuatu perkara akan meletakkan
seseorang itu pada kedudukan yang tinggi. Kebolehan dan kepandaian seseorang dalam sesuatu
permainan yang belum pernah dilihat orang menjadikan seseorang itu amat istimewa. Semasa Hang
Tuah sedang mengadap Kisna Rayan, Hang Tuah memohon kurnia daripada Kisna Rayan untuk
mempersembahkan suatu permainan yang ajaib. Hang Tuah telah memperlihatkan suatu permainan
yang tidak pernah dilihat orang di hadapan Kisna Rayan. Beliau mengeluarkan satu benih buah kayu
lalu menanamnya. Apabila ditanam, benih buah kayu berkenaan terus tumbuh dan berdaun.
Sesaat kemudian berbunga, berputik dan berbuah masak. Apabila buahnya dimakan maka pohon
kayu berkenaan pun ghaib.

Pendidikan merubah status sosial. Pendidikan yang diterima oleh seseorang, sama ada secara format
atau tidak formal membuatkan seseorang itu mampu menguasai pelbagai ilmu atau kemahiran
tertentu. Dengan adanya ilmu atau kemahiran tertentu, status sosial boleh berubah dan akan
dipandang tinggi oleh orang lain. Kefasihan Hang Tuah berbahasa Bijaya Nagaram menyebabkan raja
Kisna Rayan dan menteri dari Benua Keling berasa hairan. Hang Tuah menjelaskan bahawa beliau
belajar bahasa Nagaram daripada seorang lebai sewaktu beliau pergi ke Majapahit. Dengan
kefasihannya bebahasa Bahasa Nagaram membolehkan Hang Tuah mengadap dan berbicara dengan
Kisna Rayan secara berhadapan

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH HANG TUAH DI BENUA KELING

Hikayat Hang Tuah (bab XIX), memaparkan kebijaksanaan Hang Tuah sebagai tokoh epik yang telah
berjaya menyelesaikan pelbagai cabaran di Benua Keling. Bincangkan cabaran tersebut dan
langkah penyelesaiannya. [25]

Pengenalan
Konsep Sastera epik / ciri / fungsi F2- Latar belakang Hang Tuah /Latar belakang Negara Bijaya
Nagaram /Ciri Tokoh Epik F3- menyenaraikan jawapan secara ringkas.

Cabaran dalam menggunakan bahasa asing. Penguasaan pelbagai bahasa asing sangat penting
kepada seseorang ketika di luar negara. Sekiranya masalah penggunaan bahasa ini tidak diatasi
nescaya seseorang akan menghadapi masalah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan raja dan
pembesar di sana. Ketika di benua Keling, Hang Tuah mendapati Raja dan masyarakat di sana
menggunakan bahasa Bijaya Nagaram atau Bahasa Keling. Hang Tuah berjaya menghadapi cabaran
ini, kerana beliau telah mempelajari penggunaan Bahasa Keling ini daripada seorang Lebai di
Majapahit. (m/s 52). Jelaslah bahawa kebolehan Hang Tuah menguasai Bahasa Keling telah
melancarkan komunikasi dengan masyarakat Bijaya Nagaram.

Cabaran dalam menyediakan ubat. Penyediaan ubatan dalam menyelesaikan sesuatu masalah
kesihatan merupakan satu cabaran yang besar sama ada ubat tersebut berkesan atau tidak.
Sekiranya ubat tersebut tidak berkesan, sudah tentu pengamal perubatan tersebut akan mendapat
nama yang buruk dan menerima kecaman. Ketika di benua Keling, Hang Tuah menerima cabaran
menyediakan ubat apabila diminta oleh Nala Sang Guna menyediakan ubat beranak. Hang Tuah
menyelesaikan cabaran ini dengan menyediakan sejenis ubat seperti madat yang berkesan untuk
digunakan oleh Nala Sang Guna.(m/s 55).Jelaslah, kebolehan Hang Tuah menyediakan ubat beranak
telah mengharumkan nama beliau di benua Keling.

46
Cabaran menaiki dan menjinakkan kuda liar. Menunggang seekor kuda liar merupakan satu cabaran
hebat yang harus dihadapi oleh Hang Tuah. Sekiranya cabaran ini gagal dihadapi oleh Hang Tuah,
kemungkinan boleh membahayakan nyawa beliau. Hang Tuah telah diperintahkan oleh Krishna
Rayan untuk menunggang kuda Teji, iaitu seekor kuda yang sangat liar dan garang. Hang Tuah
berjaya menaiki kuda tersebut setelah belajar daripada gembala kuda mengenai petua menaiki Kuda
Teji dengan cara menundukkan kepala disebalik telinga kuda. Cara ini berjaya menjinakkan Kuda
Teji.(m/s 57) Kesimpulannya, cabaran yang dihadapi oleh Hang Tuah semasa menunggang Kuda Teji
telah berjaya mengangkat beliau sebagai pahlawan yang hebat.

Cabaran ketiadaan kayu api untuk memasak. Ketiadaan bahan api untuk memasak merupakan satu
cabaran yang harus dihadapi oleh Hang Tuah tambahan pula untuk memasak dalam kuantiti yang
banyak. Sekiranya cabaran ini tidak berjaya di atasi, sudah pasti akan menimbulkan kemurkaan
pemerintah dan Hang Tuah akan mendapat malu. Ketika Nala Sang Guna sedang bersiap sedia untuk
mengadakan majlis untuk menjamu raja, beliau menghadapi masalah untuk memasak kerana
ketiadaan kayu api. Untuk menyelesaikan cabaran ini, Hang Tuah telah memberikan cadangan untuk
menggunakan kain sebagai bahan api. kain-kain tersebut dicelup dengan minyak lalu dijadikan kayu
api. Cara ini berjaya menyelesaikan masalah ketiadaan kayu api. (m/s 60) Jelaslah bahawa cabaran
yang dihadapi oleh Hang Tuah berjaya diatasi dan menunjukkan kebijaksanaan beliau.

Cabaran menunjukkan permainan yang tidak pernah dilihat/perbuatan yang luar biasa / unsur magis
oleh Raja Di Benua Keling, Hang Tuah menghadapi cabaran untuk menunjukkan permainan yang
tidak pernah dilihat oleh Raja. Sekiranya cabaran ini tidak berjaya diatasi, sudah tentulah Raja akan
murka dan nama baik Hang Tuah akan terjejas. Apabila Hang Tuah ingin menunjukkan permainan
kepada Krishna Rayan, raja itu telah memberikan amaran untuk hanya menunjukkan permainan yang
belum pernah baginda lihat . Oleh itu Hang Tuah telah mengeluarkan satu benih dari kandungannya
lalu ditanamnya. Dengan serta merta, benih itu tumbuh, berdaun, berbunga lalu berputik dan masak
buahnya. Buah itu dimakan oleh Kisna Rayan dan dan dalam sekelip mata pokok itu pun
lenyap(ghaib). (m/s 64). Kesimpulannya, Hang Tuah berjaya menonjolkan kehebatannya di Benua
Keling dengan berjaya mengharungi cabaran.

Menyatakan aspek estetik dalam karya kajian.


(Untuk menjawab nilai estatik perlu ada fakta, huraian , contoh peristiwa dan kesan estatik.

1 Penggunaan gaya bahasa yang indah sesuai dengan zaman iaitu penggunaan gaya bahasa
istana.
2 Ketepatan dalam penggunaan teknik penceritaan iaitu teknik dialog
3. Pemikiran yang disampaikan secara puitis

Adat Istiadat Yang Terdapat dalam Hikayat Hang Tuah

Majapahit Benua Keling dan Negeri China

Adat perkahwinan Mengadakan hubungan diplomatik


- Hantar Belanja - Menghantar Utusan / Surat
- Adat Berjaga-jaga
- Permainan dan hiburan
- Persandingan
- Jamuan

47
BAB 2
CERITA RAKYAT

TAKRIF/KONSEP:

Kesusasteraan rakyat ialah terjemahan daripada istilah Inggeris, folk literature. Menurut Richard M.
Dorson (1973), folk literature juga dikenali sebagai oral literature (kesusasteraan lisan) atau verbal art
(seni ujaran atau tuturan) atau expressive literature (kesusasteraan ekspresif), sama ada dalam
bentuk cerita atau bukan cerita yang berlegar di sekitar masyarakat menerusi lisan, dan diwarisi oleh
satu generasi daripada generasi terdahulu tanpa diketahui siapa penciptanya.

Genre ini dinamakan kesusasteraan rakyat kerana hasil karyanya dianggap kepunyaan bersama
(kolektif) oleh masyarakat penciptanya. Pada masa kesusasteraan ini dicipta, masyarakat Melayu
masih berada pada tahap pratulisan lagu atau dengan kata lain, pada masa itu mereka masih buta
huruf. Pencipta hasil kesusasteraan ini pula terdiri daripada rakyat biasa, sesuai dengan tahap
pemikiran mereka sederhana dalam menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN RAKYAT

1. Penyebaran dan pewarisannya dilakukan secara lisan.


2. Bersifat tradisional, iaitu hidup dalam sesuatu kebudayaan dalam waktu tidak kurang
daripada dua generasi, dalam bentuk yang relatif tetap.
3. Kerana sifat kelisanannya, cerita rakyat wujud dalam berbagai-bagai versi. Proses
penyebarannya yang melalui pertuturan telah mengakibatkan berlakunya perubahan dan
penyesuaian yang akhirnya melahirkan versi-versi yang berbeza. Walau bagaimanapun,
perbezaan versi ini berlaku hanya pada bahagian luaran, sedang dasarnya tetap bertahan.
4. Penciptanya tidak diketahui. dengan itu ia menjadi milik bersama dalam masyarakat.
5. Mempunyai fungsi tertentu dalam masyarakatnya atau kebudayaannya, misalnya sebagai
alat pendidikan, alat pengajaran moral, hiburan, protes sosial dan sebagainya.
6. Mempunyai logika tersendiri yang tidak sesuai dengan logika umum.
7. Bersifat sederhana dan seadanya, terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar, seperti
yang terlihat pada anekdot dan sebahagian cerita jenaka.
8. Kesusasteraan rakyat mempunyai sifat-sifat tempatan yang tebal.

CERITA RAKYAT – CERITA BINATANG

DEFINISI:

Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat (sastera lisan) yang disampaikan atau
disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Cerita binatang ini
dipercayai cerita tertua, sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan
yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di
gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu
yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai watak utama yang
dipersonafikasi, binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.

Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang
melayu seperti bercakap, menipu, berbincang berfikir dan sebagainya. Dalam cerita-cerita tersebut
terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadang-kadang lakonannya
terjadi antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu hanya
sebagai watak sampingan sahaja. Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk, buaya, gajah,

48
harimau, Anjing, ular, arnab, kura-kura, musang, haling, ayam, burung bangau, kambing, lembu dan
kerbau.

Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul
binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan binatang atau
antara binatang dengan manusia. Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun
binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan
menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan
kuat itu.

Ringkasannya

a. Sejenis cerita rakyat dalam sastera lisan / sastera rakyat Melayu


b. Disebut juga cerita Mergastua
c. Watak binatang ini dapat bercakap, berfikir dan bertindak seperti manusia
d. Dalam cerita binatang, watak manusia hanya sebagai pemburu atau orang yang bodoh,
diperdayakan oleh binatang.

JENIS / CORAK CERITA BINATANG.

1. Epos/Epic Binatang.
Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya
binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu
watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil
yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih
besar daripadanya.

2. Cerita Asal Usul.


Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang
dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa
kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi.

3. Cerita Sambut-bersambut
Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu
perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak,
misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyampaian cerita diberikan dalam bentuk
perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik. Dalam kumpulan cerita-cerita
binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable, iaitu cerita yang bercorak
memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi
amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia.

Sebagai kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang
mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita itu.
Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar
(gajah, harimau, buaya, kerbau) manusia kecil (kura-kura, semut, agas-agas, arnab) manusia
cerdik (kancil, pelanduk) dan manusia bodoh (lembu, anjing) dapat dibentuk dan
mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri.

4. Bercorak dongeng / fable iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia, contoh
seperti kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan bayang-bayang

49
KUPASAN CERITA BINATANG.

Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak, ialah:

Anjing dan bayang-bayang.

Melalui cerita ini, pada suatu hari watak utamanya, seekor anjing telah terjumpa seketul tulang.
Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan melalui sebatang sungai. Ia terlihat ada anjing lain di
dalam sungai itu menggongong tulang juga, anjing itu berasa marah lalu membuka mulut hendak
merampas tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu sedangkan anjing itu refleksi bayang-
bayangnya sendiri. Apabila anjing itu membuka mulut, maka tulang yang ada di dalam mulut jatuh ke
dalam sungai itu. Akibatnya anjing itu terlepas untuk merasai kenikmatan yang ada pada tulang yang
digonggongnya, malahan memperolehi kerugian.

Contoh cerita untuk mengkritik orang yang tidak jujur:

Helang dengan Ayam.

Melalui cerita ini, Si Ayam dengan Si Helang sebenarnya


bersahabat baik tetapi kemudiannya bermusuhan apabila si
Ayam tidak mahu memulangkan jarum sakti kepunyaan Si
Helang. Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari
ini. Itulah sebebnya Si Helang suka menagkap dan makan ayam. Melalui cerita ini, Si Ayam
diumpamakan sebagai manusia yang tidak jujur terhadap temannya. Dan Si Helang pula
diumpamakan sebagai manusia pedendam yang tidak mahu memaafkan kesalahan temannya.

Bahawa Ini Hikayat Binatang merupakan sebuah buku yang dikarang oleh Munsyi Abdullah pada
tahun 1849. Ia ditulis dalam tulisan rumi.

Hikayat ini mengisahkan soal jawab mengenai pelbagai jenis haiwan yang diterjemah dari bahasa
Inggeris kedalam bahasa Melayu. Ia bermula dengan kisah penciptaan Nabi Adam dan Hawa (Adam
and Eve), dan seterusnya menggambarkan mengenai pelbagai haiwan di seluruh pelusuk dunia

FUNGSI CERITA BINATANG

Cerita binatang untuk mengisikan waktu dan menghiburkan hati, pada masa kini cerita binatang
adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususunya di kalangan kanak-
kanak dan kini cerita binatang ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak-kanak. Selain
itu cerita binatang juga digunakan sebagai mengajar, mendidik, mnyindir atau mengkritik masyarakat
melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini disampaikan dalam bentuk kiasan, sindiran dan lambang. Tetapi
yang nyata, cerita-cerita binatang melayu berfungsi sebagai kritikan social yang disamapaikan secara
kiasan atau lambang kepada binatang. Kadang-kadang disampaikan secara gurauan tetapi tepat pada
sasarannya. Ada juga cerita binatang yang menunujukkan kebodohan, dan kemalasan manusia untuk
menyuruh menyedari dan memperbaiki diri dikiaskan kepada binatang.

Pada masa dahulu cerita-cerita binatang ini pernah digunakan untuk mengajar anak-anak raja atau
anak-anak pembesar istana. Oleh kerana kesukaran untuk menyampaikan pengajaran itu secara
terus terang, maka pengajaran itu diberikan secara halus melalui cerita-cerita binarang yang bercorak
simbolik. Tujuannya untuk memberikan petujuk dan nasihat kepada kenak-kanak secara halus dan
tidak langsung.

Sebagai hiburan- para pendengar akan terhibur apabila watak binatang kecil dapat menewaskan
binatang besar seperti buaya, gajah, harimau, gergasi dan sebagainya. Cerita yang melucukan seperti

50
binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang yang lebih besar. Contoh harimau diperdayakan
oleh sang kancil dengan menyuruhnya menukul sarang tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman

Sebagai pengajaran (unsur didaktik): Pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya sang kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh
buaya berbaris kerana diminta oleh Nabi Sulaiman untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai.

Sebagai kriktikan sosial- kritikan disampaikan secara sindiran halus dan jenaka. Contoh, cerita kura-
kura dengan arnab dan sang kancil dengan sang siput kaya dengan sindiran halus kepada masyarakat
Melayu lama

HIKAYAT SANG KANCIL

Menggambarkan kecerdikan atau kepintaran Sang Kancil melalui dua peranan iaitu:

a. memperdayakan atau mengalahkan binatang yang lebih besar dan kuat


b. menjadi hakim dengan memberikan keputusan yang adil lagi bijaksana. Di samping itu,
diperlihatkan juga bahawa Sang Kancil ada masanya tertipu atau dapat dikalahkan oleh
binatang yang lebih kecil atau lemah.

i. Peranan Sang Kancil sebagai watak binatang yang cerdik digambarkan mengenai kejayaannya
melepaskan atau menyelamatkan diri ketika menghadapi kesulitan seperti dalam cerita
“Sang Kancil memperdayakan gajah”, “Sang Kancil memperdayakan harimau” dan “Sang
Kancil memperdayakan buaya”. Contoh: Sang Kancil memperdaya harimau memukul sarang
tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman.

ii. Peranan Sang Kancil menjadi hakim pula selalunya digambarkan dalam peristiwa
menyelesaikan perselisihan faham atau pergaduhan antara dua pihak seperti “Sang kancil
menghakimkan perselisihan peminjam dengan tuan punya beliung”, “Sang Kancil
menghakimkan dakwaan seorang saudagar terhadap dua orang anak jirannya”, Sang Kancil
menghakimkan seorang yang berhutang. Contoh: Sang Kancil menyelesaikan perbalahan
seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung yang dipinjamkannya. Dikatakan
sudah habis dimakan bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu dan
menyatakan kepada Nabi Sulaiman bahawa sewaktu hendak mandi, sungai telah terbakar,
jadi badannya penuh dengan abu. Nabi Sulaiman tidak mempercayainya. Sang Kancil
bertanya pula bagaimana Nabi Sulaiman dapat mempercayai kata-kata si peminjam tersebut
yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk.

iii. Peranan Sang Kancil sebagai seekor binatang yang dapat diperdayakan oleh binatang yang
lebih kecil atau binatang yang lain seperti dalam cerita Sang Kancil dikalahkan oleh siput
dalam satu perlumbaan dan Sang Kancil ditipu oleh bangau. Contoh: Melalui cerita Sang
Kancil ditipu oleh bangau, digambarkan Sang Kancil berlawan dengan bangau menyeberangi
sungai di atas kerak nasi. Apabila kerak nasi itu hancur, Sang Kancil tenggelam tetapi bangau
dapat terbang.

* Tiga peranan Sang Kancil di atas, di samping dapat memberi hiburan, juga mempunyai ciri didaktik iaitu memberi
pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran dalam menghadapi hidup

51
BAB 2
HIKAYAT PELANDUK JENAKA
(Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa)

SINOPSIS

Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat
binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai
Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang
raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang
Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah
Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana
berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri
ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa. Kemudaian masyarakat binatang pun meminta
pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh
tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk
Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap
ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan.
Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk
pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan
menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan.
Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya.
Badan Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa
tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan
seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh
penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.

PLOT

Eksposisi

Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat
binatang yang tinggal di hutan. Tuan Syeikh Alam di-Rimba meminta supaya segala isi rimba
bermuafakat, jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan yang lain, jangan elat (menipu) dan
dengki, dan jangan membuat fitnah. Hal ini adalah kerana pada firasat Tuan Syeikh Alam di-Rimba
akan datang bala dan bahaya menimpa ke atas segala isi rimba. Tuan Syeikh Alam di-Rimba meminta
kepada segala isi rimba jika ada sesuatu perkara yang berlaku ke atas isi rimba, hendaklah
memberitahunya dengan kadar segera. Pada suatu hari seekor kijang pergi bermain-main di tepi
Sungai Tinam. Kijang melihat ke sungai dan mendapati sungai tersebut dipenuhi dengan ikan. Setelah
pulang, Kijang memberi tahu kepada sahabat-sahabatnya akan hal tersebut. Setelah mendengar
berita yang disampaikan oleh kijang. Maka Sang Badak, Sang Kerbau, seladang dan segala isi rimba
bercadang ke Sungai Tinam untuk menangkap ikan. Segala isi rimba menuju ke Sungai Tinam untuk
menangkap ikan, mereka telah membuat hentian berdekatan dengan sungai. Namun di hulu sungai
Tinam tersebut tinggal seekor raksasa yang ganas. Digambarkan matanya merah seperti bola api
yang menyala, suaranya kuat bagai halilintar.

52
Perkembangan Cerita

Di hulu Sungai Tinam, segala isi rimba mula menangkap ikan. Banyak hasil tangkapan mereka, lalu
Sang Badak mencadangkan agar ikan yang ditangkap itu dibawa pulang dan disimpan pada suatu
tempat. Dalam pada itu, Sang Kijang mengajukan persoalan siapakah yang akan menjaga ikan
tersebut. Sang Beruang menyatakan bahawa dia sanggup menjaga ikan tersebut. Sang Beruang juga
dengan angkuh menyatakan bahawa dia akan berlawan dengan raksasa tersebut dengan memijak
dan memecahkan kedua-dua belah mata raksasa tersebut apabila diberitahu oleh kijang yang di
sungai itu ada raksasa yang ganas. Walau bagaimanapun, setelah raksasa tersebut datang dan
meminta sedikit ikan hasil tangkapan penghuni rimba, Sang Beruang pun lari ketakutan. Sang
Beruang lari lintang pukang sehingga mengakibatkan telinganya terluka. Sang Beruang berlari tanpa
nenoleh ke belakang setelah mendengar suara raksasa tersebut.

Setelah hari petang, maka Sang Badak dan segala isi rimba pulang membawa ikan lagi. Sang Beruang
memberitahu kepada Sang Badak dan segala isi rimba bahawa raksasa telah memakan semua ikan
yang telah dikumpul sebelum ini. Peristiwa yang menimpa ke atas Sang Beruang juga dialami oleh
Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak. Mereka tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan
yang telah dikumpul kerana ketakutan apabila mendengar suara raksasa. Malah Badak yang sudah
lari lintang pukang itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan
dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari
menyelamatkan diri daripada Raksasa. Kejadian ini telah dilihat oleh Kera.

Segala isi rimba pun meminta pertolongan pelanduk jenaka (Tuan Syeikh Alam di-Rimba). Tuan
Syeikh Alam di-Rimba meminta diberi tempoh selama tujuh hari kemudian baru beliau hendak
berangkat untuk melawan raksasa. Setelah genap tujuh hari Tuan Syeikh Alam di-Rimba pun pergi ke
mengajak penghuni rimba menuju ke tempat raksasa. Tuan Syeikh Alam di-Rimba menyuruh segala
isi rimba menangkap ikan sebanyak yang boleh memasak ikan tersebut. Tuan Syeikh Alam di-Rimba
juga meminta isi rimba mencari rotan untuk dibuat simpai. Setelah itu, Tuan Syeikh Alam di-Rimba
telah mengarahkan isi rimba untuk bersembunyi sementara Tuan Syeikh Alam di-Rimba pula
menunggu ikan yang sedang dimasak.

Klimiks

Raksasa datang dan bersuara meminta ikan, Tuan Syeikh Alam di-Rimba tidak gentar dan berani
berhadapan dengan raksasa. Kemudian Tuan Syeikh Alam Di-Rimba bertanya kepada raksasa sama
ada beliau mengalami sakit-sakit badan. Apabila raksasa mengaku bahawa dia sememangnya rasa
sakit-sakit badan, maka Tuan Syeikh Alam Di-Rimba pun berbuat helah dan menipu raksasa
menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya raksasa
terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan raksasa
terguling ke tanah. Tuan Syeikh Alam di-Rimba pun mengambil kesempatan mencakar mata raksasa
tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan
seluruh isi rimba terkejut. Isi rimba keluar membantu mengalahkan raksasa.

Peleraian

Setelah raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh isi rimba dan mereka dapat bermain-main
di sungai Tinam. Mereka juga dapat mencari rezeki di sunggai tersebut

53
CIRI-CIRI CERITA BINATANG

Bentuk:
-prosa / naratif / penceritaan
-Ayat yang panjang Fungsi Cerita:
-Unsur humor / wit / lucu 1. Beri pengajaran /Didaktik
2. Hiburan
Latar:
3. Alat Komunikasi
Bepijak di dunia nyata/ hutan /
4. Memberi Gambaran /
tepi sungai
world view
Tempat yang cantik dan banyak CIRI-CIRI 5. Alat Kritikan Sosial
makanan- buah / ikan
CERITA BINATANG

Watak:
Binatang Kecil – pelanduk
Tema : yang boleh berfikir, bercakap seperti manusia.
Binatang kecil dapat mengalahkan musuh yang Bijak menyelesaikan masalah
lebih besar dengan menggunakan akal fikiran / Fizikal kecil tapi boleh mengalahkan musuh yang lebih
kebijaksanaan besar.
Menjadi pemimpin / ketua bagi penghuni rimba

Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian daripada cerita binatang. Cerita binatang adalah
sebahagian daripada cerita rakyat. Cerita rakyat pula adalah sebahagian daripada sastera rakyat (juga
dikenali sebagai sastera lisan).

Ciri pertama ialah watak perwatakan yang ada dalam cerita binatang. Cerita binatang
biasanya menceritakan sebuah masyarakat binatang yang tinggal di dalam hutan.
FAKTA
Golongan binatang ini digambarkan boleh bertutur seperti watak manusia. Terdapat
watak binatang yang unggul dan menjadi hero di kalangan mereka sementara binatang HURAIAN
yang lain adalah watak kecil yang sentiasa mengharapkan bantuan. Binatang yang
unggul atau hero dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”, Sang Pelanduk yang diberi nama
Tuan Sheikh Alam Di Rimba. Pelanduk digambarkan sebagai binatang cerdik yang mampu ULASAN
mengatasi sebarang masalah masyarakat binatang. Contohnya, TSADR meskipun kecil
namun dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan “simpai”. Kesimpulannya
CONTOH
golongan yang dianggap kuat dan mengancam keselamatan ini akan ditewaskan oleh
binatang kecil yang lebih cerdik akalnya.
KESAN /K.KECIL

2. Tema. Watak-watak binatang yang bersifat manusia, boleh berkata-kata, berfikir serta
mampu bertindak seperti manusia. Watk-watak ini juga boleh berhubung dengan manusia
biasa serta boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia atau warga rimba.
Contohnya watak sang kancil sebagai watak utama terlibat dengan kisah menewaskan
binatang yang lebih besar, menyelamatkan binatang yang dianiayai oleh binatang lain, dan
menjadi hakim dalam masalah binatang yang tidak mahu memulangkan beliung yang
dipinjam daripada kawannya. Adakalanya kancil ditewaskan oleh binatang yang lebih kecil
daripadanya. Contoh, kancil ditipu oleh bangau semasa menyeberang sungai di atas kerak
nasi

3. Latar tempat. Dunia nyata iaitu melibatkan hutan rimba, tepi sungai, kebun buah-buahan,
istana dan paya. Contoh, dalam cerita sang kancil dan sang siput latar tempatnya ialah di
54
dalam hutan rimba yang melibatkan tempat-tempat yang dilalui oleh kancil dan siput semasa
berlumba iaitu lopak, paya, tepi pantai dan tepi sungai

4. Plot- sederhana dan mudah difahami. Gaya bahasa- gaya bahasa Melayu klasik tetapi
mudah difahami. Kadang-kadang diselitkan dengan puisi.

KRONOLOGI CERITA / FIRASAT TUAN SHEIKH ALAM DIRIMBA MENJADI KENYATAAN.

Pelanduk memberi amanat kepada penghuni rimba (5 amanat) kerana firasatnya akan berlaku
sesuatu

Penghuni rimba pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Firasat itu menjadi benar apabila msayarakat
binatang berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun
di sungai berkenaan terdapat seorang gergasi yang menjadi penunggu tempat itu.

Bergilir menjaga ikan, namun ditakutkan oleh gergasi yang inginmemakan ikan. Sang Beruang, Sang
Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran
ancaman gergasi tersebut.

Pelanduk/ penghuni rimba melawat Badak. Badak menipu rakan kerana malu. Malah Badak yang
sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan
gergasi. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari
menyelamatkan diri daripada Raksasa.

Kemudian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di
Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan
Raksasa.

Pelanduk mencari rotan untuk di buat simpai. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke
tempat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang
boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah
mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu
ikan yang sedang dimasak.

Pelanduk membuat helah dan berbicara dengan gergasi. Apabila gergasi datang, Pelanduk pun
berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah
sakit-sakit di badan.

Pelanduk dan penghuni rimba mengalahkan gergasi. Akhirnya gergasi terperangkap dengan simpai
(diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan gergasi terguling ke tanah. Pelanduk
pun mengambil kesempatan mencakar mata gergasi tersebut sehingga buta. Gergasi telah menjerit
kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Gergasi itu
dapat dikalahkan setelah mereka kembali bersatu dan mengikuti amanat yang telah dipesan oleh
Tuan Sheikh Alam di rimba. Setelah Gergasi dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk
rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.

55
PEMIKIRAN

Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi masalah seperti manusia biasa. Kegiatan
mencari rezki meraka telah terhalang lantaran adanya ancaman raksasa. Mereka telah berusaha
menyelesaikan masalah tersebut namun usaha mereka gagal. Akhirnnya mereka terpaksa memohon
pertolongan daripada golongan bijak pandai dan pakar strategi. Pelanduk Jenaka merupakan pihak
yang menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.

PEMIKIRAN

KEBIJAKSANAAN
DALAM
MENYELESAIKAN
MASALAH

KEBERANIAN MEMPERTAHANKAN
KESELAMATAN MASYARAKAT

SIKAP ANGKUH DAN SOMBONG AKAN


MEMAKAN DIRI

MENGHARGAI ALAM SEKITAR / MUAFAKAT DAN


JANGAN BERPECAH BELAH

CARA JAWAB NILAI/ PEMIKIRAN/ GAMBARAN MASYARAKAT

Cara jawab nilai/ pemikiran/ gambaran masyarakat /unsur pengajaran dan pendidikan moral.
Fakta ikut kata kunci soalan. Contoh

1. Pemimpin yang pintar dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul.


(Gambaran Masyarakat / pemikiran /pendidikan moral) FAKTA
Pemimpin hendaklah pintar dalam menyelesaikan masalah (unsur pengajaran)
Pemimpin Yang Pintar / Bijaksana. (Nilai / Sifat Watak)
Dalam hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan
sebagai mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai HURAIAN
kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi pemimpin kepada penghuni
rimba yang lain termasuk singa, beruang, badak dan lain-lain. Nilai
kebijaksanaan dan kepimpinan penting bagi menyatu padukan rakyat dan CONTOH
ketika menyelesaikan masalah. Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima
amanat agar semua penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan aman.
Hasilnya, Tuan Seikh Alam Dirimba dan penghuni rimba dapat mengalahkan
raksasa dengan menggunakan tipu muslihat dan kerjasama di antara satu sama ULASAN /
lain. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu mempunyai nilai kebijaksanaan BINCANG
dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan negara.

KESAN /K.KECIL

56
2. Bermuafakat/kerjasama sesama ahli masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Amalan
bekerjasama untuk melakukan sesuatu kerja menyebabkan kerja dapat dilaksanakan dengan
lebih mudah dan sempurna.Malah amalan ini akan mewujudkan hubungan erat serta sikap
tolenrasi antara satu sama lain terutamanya dalam hidup bermasyarakat. Contohnya Tuan
Syeikh Alam di-Rimba mengingatkan penghuni rimba supaya bermuafakat terutama dalam
mengatasi sebarang masalah yang menimpa. Sikap kerjasama binatang-binatang di rimba
dalam mencari rezeki di Sungai Tinam menjadikan hidup mereka aman dan damai. Kesan :
Bergotong-royong dan bekerjasama dalam masyarakat kampung / sekolah / komuniti

3. Tolong-menolong. Sikap suka menolong dan membantu orang lain adalah amalan yang
mulia. Ini adalah kerana, dengan bantuan yang dihulurkan, berkemungkinan akan dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sikap tolong-menolong dalam kalangan masyarakat
akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan berkasih sayang. Tuan Syeikh Alam di-Rimba
telah menolong binatang-binatang yang tinggal di Sungai Tinam daripada ancaman raksasa.
Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah menolong segala isi rimba dengan membunuh raksasa yang
mengancam isi rimba. Sikap tolong-menolong yang diamalkan menjadikan kehidupan
penghuni rimba aman damai tanpa ancaman lagi.

4. Menjauhi sikap menganiyai/menzalimi/menindas orang lain. Sikap seumpama ini akan


memberi kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri.Penganiyaan ini akan
mendatangkan kesusahan atau memberi kemudaratan kepada orang lain. Malah kita akan
dibenci oleh masyarakat dan akan menerima balasan yang tidak baik. Contohnya raksasa
yang menganiyai penghuni rimba dengan merampas hasil tangkapan akhirnya telah mati
dibunuh.

5. Mengelakkan daripada sikap dengki dan fitnah dengan orang lain. Sikap dengki dan fitnah
akan menimbulkan perasaan tidak puas hati,suka berdendam dan tidak bersyukur dengan
apa yang kita perolehi. Malah akan memecah belahkan hubungan dalam masyarakat dan
memberi kesan buruk kepada keharmonian hidup. Contohnya Syeikh Alam di- Rimba
mengingatkan penghuni rimba supaya menggelakkan sikap dengki dan fitnah. Kesannya
hidup menjadi lebih aman dan harmoni.

6. Masyarakat yang menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dalam menanggani sesuatu


masalah. Sesuatu masalah akan dapat diatasi atau diselesaikan dengan baik apabila kita
bertindak secara bijaksana dan tidak membuat tindakan secara terburu-buru. Malah adalah
lebih baik jika ada perancangan yang teliti serta sumbangan idea daripada orang yang bijak
atau berpengalaman. Hal ini akan menjadikan kita bertindak secara rasional dan kejayaan
menjadi miliki kita. Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba secara bijaksana mencari idea
membuat simpai bagi menghapuskan raksasa yang mempunyai fizikal yang besar berbanding
dengannya. Kesan : Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu

7. Jangan berbohong dan bercakap benar. Bercakap benar dan jujur akan mengundang
kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Sehubungan dengan itu, jangan sesekali
berbohong kerana ia akan memalukan diri sendiri nanti. Sikap ini menyebabkan maruah kita
tercalar dan masalah yang dihadapi menjadi semakin buruk. Sang Badak telah berbohong
kepada segala isi rimba dengan mengatakan bahawa badannya luka-luka kerana berlawan
dengan raksasa, sedangkan punca sebenarnya adalah kerana badannya dikait onak dan duri
sewaktu ia lari daripada raksasa. Walau bagaimanapun, setelah Tuan Syeikh Alam di-Rimba
mengatakan bahawa luka pada badan Sang Badak adalah kerana dikait onak, maka Sang
Badak berasa sangat malu dan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan. Kesan : Sentiasa ikhlas
dan jujur iaitu tidak menipu ibu bapa, guru ,kawan-kawan

57
8. Mentaati dan menghormati pemimpin/ketua. Pemimpin/ketua merupakan orang yang
mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti
orang di bawah pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Setiap arahan
pemimpin /ketua perlu dipatuhi untuk melahirkan ketaatan dan penghormatan . Contohnya
Tuan Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba agar melaporkan sebarang
kejadian kepadanya dalam tempoh tujuh hari selepas perjumpaan tetapi tidak dipatuhi oleh
mereka. Akibatnya mereka telah menghadapi ancaman raksasa yang merampas hasil
tangkapan mereka dan menghuru-hara ketenteraman hidup mereka.

9 Masyarakat yang sentiasa merendah diri. Sebagai ahli masyarakat perlu ada sikap merendah
diri supaya kita akan dihormati .Sikap ini juga akan menyusahkan diri sendiri malah akan
dibenci orang. Contohnya Sang Badak telah bercakap besar menyatakan kegagahannya
melawan raksasa akhirnya mendapat kecederaan. Kesan :Sentiasa merendah diri

10 Masyarakat yang berani mempertahankan hak. Sikap ini perlu ada dalam setiap diri ahli
masyarakat bagi menjaga hak mereka daripada diganggu-gugat oleh pihak luar.Contohnya
keberanian Tuan Syeikh Alam di-Rimba melawan raksasa yang menganggu ketenteraman
penduduk isi rimba. Kesan : Mengatur strategi untuk mempertahankan hak

11 Masyarakat yang prihatin dan tidak menyusahkan orang lain. Masyarakat dituntut agar
sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh setiap anggota masyarakat. Malah
perlu membantu dan menolong mereka yang berada di dalam kesusahan. Contohnya Tuan
Syeikh Alam di-Rimba prihatin dengan masalah yang menimpa penduduk isi rimba. Kesan :
Suka membantu dan menolong mereka yang berada di dalam kesusahan

12 Masyarakat yang berusaha untuk mencari rezeki. Kita perlu mencari rezeki secara halal dan
tidak mengambil jalan mudah dengan mencuri atau merampas hak orang lain. Contohnya
raksasa mengambil tangkapan binatang lain sehingga menimbulkan kemarahan. Kesan :
Bersikap rajin dan berusaha

13 Masyarakat yang menepati janji. Janji adalah tanggungjawab yang harus ditunaikan dan
mesti ditepati. Apabila kita tidak menepati janji kemungkinan akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang lain kepada kita.Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah menunaikan janjinya
untuk menolong isi rimba membunuh raksasa yang menganggu ketenteraman mereka.

WATAK UTAMA

Fakta di bawah boleh digunakan untuk Watak dan perwatakan / Nilai Kemanusiaan

1. Tuan Syeikh Alam diRimba


- berwibawa sebagai pemimpin

Bijaksana / cerdik / panjang akal. Tuan Syeikh Alam pandai membuat helah iaitu dengan
menggunakan simpai dikatakan untuk berubat bagi menghilang rasa sakit sehinggakan
raksasa tertipu dan tidak dapat bergerak lagi yang akhirnya dibunuh oleh semua isi rimba.

Berani. Tuan Syeikh Alam walaupun bertubuh kecil tetapi berani berhadapan dengan raksasa
yang bertubuh besar panjang dan menggerunkan sedangkan binatang lain seperti Sang
Beruang, Sang Seladang, Harimau dan Sang Badak kecut perut dan melarikan diri apabila
melihat raksasa.

58
Bertanggungjawab. Tuan Syeikh Alam tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai Raja
di-Rimba apabila menolong isi rimba yang dianiaya oleh raksasa. Beliau bertindak membunuh
raksasa melalui tipu muslihat agar keadaan rimba kembali aman.

Prihatin. Tuan Syeikh Alam sebagai Raja di-Rimba bersifat simpati dan prihatin kepada segala
isi rimba yang hidup tidak aman kerana diganggu oleh raksasa. Oleh itu apabila mendapat
pengaduan daripada isi rimba dia berusaha mencari helah untuk membunuh raksasa.

Menepati janji dan jujur. Tuan Syeikh Alam menepati janji untuk menolong isi rimba yang
dianiaya oleh raksasa. Ketika diminta untuk membantu penghuni rimba, beliau meminta
masa tujuh hari. Genap tujuh hari beliau mengumpul penghuni rimba dan menuju ke sungai
untuk berlawan dengan raksasa. Beliau bertindak membunuh raksasa melalui tipu muslihat
agar keadaan rimba kembali aman.

Berwibawa dan berpandangan jauh. Memberikan lima amanat kepada penghuni rimba.

Peranan dan tanggungjawab pelanduk sebagai pemimpin

1. Bertanggungjawab mewujudkan keamanan hidup penghuni rimba. Seseorang pemimpin


bertanggungjawab dalam memastikan kehidupan rakyat di bawah pimpinannya hidup dalam
aman dan harmoni. Sekiranya keamanan tidak diwujudkan, penghuni rimb akan berpecah
belah. Contohnya TSADR bertanggungjawab menasihati penghuni rimba agar hidup bersatu
padu, elakkan daripada perpecahan, bermuafakat, dan tidak dengki demi mamastikan
keamanan rimba berkekalan.

2. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah penghuni rimba dengan bijak. Sebagai pemimpin,


seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan setiap kesulitan yang dihadapi oleh rakyat
pimpinannya. Sekiranya pemimpin gagal menyelesaikan masalah rakyat, sudah tentu rakyat
akan berada dalam kesulitan dan kesengsaraan.TSADR menggalas tanggungjawab
membunuh raksasa yang mengancam penghuni rimba.

3. Bertanggungjawab merancang strategi menumpaskan musuh. Seseorang pemimpin yang


bertanggungjawab akan berusaha untuk menghapuskan musuh dengan cara mengatur
strategi untuk menumpaskan musuh demi keselamatan rakyat di bawah pimpinannya.
Sekiranya tiada tindakan diambil sudah pasti rakyat akan diancam bahaya. Contohnya TSADR
telah meminta tempoh selama 7 hari untuk beliau merangka strategi bagi mengatasi masalah
raksasa.

4. Bertanggungjawab memimpin rakyat menghadapi musuh. Seorang pemimpin yang


bertanggungjawab seharusnya mampu menjadi ketua yang berwibawa dalam rancangan
untuk menghapuskan musuh. Sekiranya pemimpin tidak mampu menjadi ketua yang baik
sudah pasti musuh tidak dapat dikalahkan. Contohnya TSADR bertanggungjawab
mengeluarkan arahan kepada penghuni rimba untuk bersembunyi ketika dia berhadapan
dengan raksasa dan hanya keluar dari tempat persembunyian apabila mendengar jeritan

5. Berperanan memastikan keamanan hidup penghuni rimba. Seseorang pemimpin juga


berperanan dalam memastikan kehidupan rakyat di bawah pimpinannya hidup dalam aman
dan harmoni. Contohnya Syeikh Alam menasihati penghuni rimba hidup bermuafakat, tidak
dengki dan membuat fitnah serta elakkan dari perpecahan demi mamastikan keamanan
rimba berkekalan.

59
6. Berperanan menegur kesilapan. Seorang pemimpin juga harus memainkan peranan dalam
menegur setiap kesalahan orang yang di bawah pmpinannya demi kepentingan komuniti
pimpinannya. Syeik Alam dengan berani telah menegur sikap Badak yang sombong dan
bercakap bohong.

7. Memastikan penghuni rimba hidup bersatu/muafakat. Seseorang pemimpin yang berjaya


haruslah berupaya mewujudkan muafakat dalam kalangan rakyat pimpinannya. Wujudnya
muafakat sudah pasti setiap masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Misalnya Syeikh
Alam telah berjaya mewujudkan muafakat dalam kalangan penghuni rimba untuk
membunuh raksasa yang mengganggu ketenteraman mereka.

Bincangkan peranan pemimpin dalam “Hkayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan
Raksasa)” seperti yang terdapat dalam Permata Sastera Melayu. [25]

Pengenalan [3]
Seorang pemimpin yang bertanggungjawab akan memeastian orang yang di bawah pimpinannya
hidup dalam keadaan harmoni dan selesa. Tuan Syeikh Alam sebagai pemimpin rimba memainkan
peranan penting dalam memastikan penghuni rimba hidup dalam keadaan aman dan damai, serta
membebaskan penghuni rimba daripada ancaman raksasa. Menyenaraikan isi-isi yang dibincangkan

Berperanan merancang strategi menumpaskan musuh. Seseorang pemimpin memainkan peranan


penting dalam mengatur strategi menumpaskan musuh demi keselamatan rakyat di bawah
pimpinannya. Tanpa sikap ini sudah pasti rakyat akan diancam bahaya. Contohnya Syeikh Alam telah
meminta tempoh selama 7 hari untuk beliau merangka strategi mengatasi masalah gangguan raksasa

Berperanan memastikan keamanan hidup penghuni rimba. Seseorang pemimpin juga berperanan
dalam memastikan kehidupan rakyat di bawah pimpinannya hidup dalam aman dan harmoni.
Contohnya Syeikh Alam menasihati penghuni rimba hidup bermuafakat, tidak dengki dan membuat
fitnah serta elakkan dari perpecahan demi mamastikan keamanan rimba berkekalan.

Berperanan menegur kesilapan. Seorang pemimpin juga harus memainkan peranan dalam menegur
setiap kesalahan orang yang di bawah pmpinannya demi kepentingan komuniti pimpinannya. Syeik
Alam dengan berani telah menegur sikap Badak yang sombong dan bercakap bohong.

Memastikan penghuni rimba hidup bersatu/muafakat. Seseorang pemimpin yang berjaya haruslah
berupaya mewujudkan muafakat dalam kalangan rakyat pimpinannya. Wujudnya muafakat sudah
pasti setiap masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Misalnya Syeikh Alam telah berjaya
mewujudkan muafakat dalam kalangan penghuni rimba untuk membunuh raksasa yang mengganggu
ketenteraman mereka.

Sentiasa bersedia membantu. Sebagai pemimpin, sewajarnya sentiasa bersedia membantu setiap
kesulitan yang dihadapi oleh rakyat pimpinannya. Syeikh Alam bersedia membantu penghuni rimba
menentang raksasa walaupun raksasa mempunyai kekuatan yang luar biasa.

Lain-lain isi yang releven:

Merancang membuat senjata


Menyediakan jerat/umpan/ simpai

60
WATAK SAMPINGAN

1. Gergasi - zalim
- mudah terpedaya
- angkuh atau sombong

2. harimau, singa, seladang dan beruang - angkuh atau bercakap besar


- pengecut

3. Badak - angkuh
- penipu
- pengecut

Tidak jujur / menipu/ berbohong. Amalan suka menipu akan memberi kesan buruk pada diri sendiri
dan juga orang lain. Sikap ini akan menjatuhkan maruah kita dan mendapat malu jika kebohongan
kita diketahui orang. Sang Badak menipu badannya luka-luka kerana berlawan dengan raksasa
sedangkan punca sebenar adalah lari daripada raksasa. Sang Badak menyatakan kepada Sang Kera
bahawa dia baru sahaja berlawan dengan raksasa yang terlalu sangat besar dan panjang orangnya.
Sang Badak juga menyatakan bahawa dia telah menghempaskan kedua-dua raksasa itu ke kanan dan
ke kiri sehingga rebah terpelanting. Kesimpulannya, seseorang itu haruslah bercakap benar dan tidak
menipu supaya diri dihormati oleh orang lain.

Takbur / bercakap besar / meninggi diri. Sikap takbur/bercakap besar / meninggi diri akan membawa
kesusahan kepada diri sendiri. Sang badak bercakap besar dengan binatang lain tentang kekuatannya
dapat melawan raksasa akhirnya cedera. Jelaslah sikap meninggi diri tidak seharusnya diamalkan
agar disenangi oleh sahabat

Tidak menginsafi diri / tidak sedar diri. Sikap tidak menginsafi diri atau tidak sedar diri merupakan
perbuatan yang tidak serik atau melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Sang Badak tetap
menipu atau berbohong kepada rakan-rakannya bahawa badannya luka-luka kerana berlawan
dengan raksasa walaupun pembohongannya telah diketahui oleh harimau. Begitu juga apabila
berjumpa dengan Tuan Syeikh Alam di Rimba, Sang Badak masih berbohong mengatakan badannya
luka angkara raksasa sehinggalah ditegur oleh Tuan Syeikh Alam di Rimba. Kesimpulannya, seseorang
itu perlulah menginsafi diri agar diri tidak dicemuh oleh masyarakat.

PENGALAMAN PAHIT /PERISTIWA

1. Ancaman oleh raksasa. Haiwan di hutan takut untuk mencari ikan di Sungai Tinam kerana
takutkan ancaman raksasa. Sang Harimau berasa amat terkejut apabila ditegur oleh raksasa.
Dia menyangka raksasa akan menerkamnya dan mati dimakan oleh raksasa.

2. Ditimpa kecederaan semasa menyelamatkan diri. Semasa berhadapan dengan raksasa,


binatang di hutan terpaksa melarikan diri. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka
melanggar apa-apa sahaja halangan dan mengalami kecederaan yang serius. Sang Badak
ketika melarikan diri dari raksasa telah melanggar pondok sehingga roboh dan lari lintang
pukang tanpa sedari sehingga badannya pecah dan luka serta tidak menyedari darah yang
mengalir.

3 Kesukaran mendapatkan makanan. Haiwan-haiwan di hutan menghadapi kesukaran untuk


mendapatkan ikan sebagai makanan kerana mereka akan diganggu oleh raksasa. Sang
Harimau dan Sang Badak gagal dalam usaha mereka untuk menghalang ikan daripada dicuri
61
oleh raksasa. Mereka terpaksa meninggalkan ikan yang telah ditangkap kerana takut kepada
raksasa.

JELASKAN KEPINTARAN DAN HELAH SYEIKH ALAM DI-RIMBA ‘MENANGKAP’ DAN MEMBUNUH RAKSASA
TERSEBUT.

1. Menggunakan tipu helah dengan membuat perangkap/ simpai untuk memerangkap gergasi.
Setelah genap tujuh hari, Shah Alam Dirimba……
2. Berfikir sebelum bertindak- meminta tempoh 7 hari.
3. Bijak dalam berkata-kata- menggunakan helah ubat simpai untuk memperdayakan gergasi.
4. Berani dan tangkas dengan aksinya- melawan gergasi dengan menarik simpai hingga gergasi
terjatuh, cakar mata.

PERSAMAAN KEHIDUPAN MANUSIA DENGAN KEHIDUPAN MASYARAKAT BINATANG DALAM HIKAYAT


PELANDUK JENAKA.

1. Persamaan dari segi sikap takbur atau bercakap besar. Sikap takbur ialah berperasaan tinggi
diri. Manusia yang bersikap takbur akan menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai
dan sebagainya daripada orang lain. Sikap ini juga terdapat pada watak binatang dalam
Hikayat Pelanduk Jenaka. Sang Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa dirinya
mampu mengalahkan raksasa dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak
berkemampuan untuk mengalahkan raksasa secara fizikal. Akhirnya beliau tewas dan
mengaku kalah setelah melihat kehebatan raksasa tanpa berlawan dengan raksasa tersebut.
Sama seperti manusia sikap takbur yang ada pada diri hanya akan membawa masalah kepada
diri sendir dan masyarakat sekeliling.

2. Persamaan dari segi sikap tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan. Jujur ialah sikap lurus
hati, tulus atau ikhlas. Kejujuran yang ada pada seseorang itu akan menyebabkan dia akan
dihormati oleh orang lain. Tanpa sikap ini sudah pasti diri sendiri yang akan mendapat malu.
Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan.
Badak menyatakan bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya adalah disebabkan
berlawan dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku sama sekali dan ini
menyebabkan badak mendapat malu kerana telah disindir oleh Tuan Syeikh Alam dan
binatang lain.

3. Manusia kadangkala bertindak dengan cara yang salah. Mereka tidak menggunakan
kelebihan akal yang ada pada diri mereka. Sebaliknya mereka hanya menggunakan kekuatan
fizikal semata-mata. Akibat tidak bertindak dengan betul, manusia akan mengalami
kegagalan dalam usaha mereka mengatasi masalah kehidupan. Malah ada di antara mereka
bertindak terburu-butru. Masyarakat binatang dalam cerita ini diselubungi rasa takut yang
melampau. Apabila berjumpa raksasa, mereka segera melarikan diri tanpa erfikir pajang.
Akibatnya mereka mengalami kecederaan dan kesukaran.

62
4. Persamaan dari segi sikap bekerjasama / muafakat sesama ahli masyarakat. Dalam hidup
bermasyarakat perlu ada sikap bekerjasama untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya
kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kerjasama / Muafakat yang diamalkan oleh
masyarakat binatang dalam cerita ini begitu baik. Mereka cuba memberikan peranan kepada
setiap anggota masyarakat yang ada. Malah Pelanduk juga bijak mengarahkan rakan-rakan
mereka supaya melaksanakan tugasan masing-masing ketika hendak memerangkap raksasa.
Contoh kerjasama binatang di rimba.

5. Persamaan dari segi sikap menolong mereka yang berada di dalam kesusahan. Dalam hidup
bermasyarakat, mereka yang mempunyai kemampuan atau kuasa perlu menolong mereka
yang memerlukan atau yang berada dalam kesusahan. Contohnya Pelanduk Jenaka
menolong binatang-binatang di rimba.

6. Persamaan dari segi sikap berusaha untuk mencari rezeki. Kita perlu mencari rezeki secara
halal supaya mendapat keberkatan dan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan mencuri
atau merampas hak orang lain. Contohnya raksasa mengambil tangkapan binatang lain
sehingga menimbulkan kemarahan.

7. Terdapat halangan, cabaran dan ancaman dalam kehidupan. Dalam menjalani kehidupan
terdapat halangan dan rintangan yang terpaksa dihadapi. Dugaan ini perlu ditempuh dengan
sabar dan bijaksana supaya dapat diatasi dengan baik. Contohnya binatang di rimba
menerima ancaman daripada raksasa.

8. Manusia yang suka mengambil kesempatan daripada kelemahan orang lain. Sesetengah
manusia ada yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri walaupun
terpaksa merampas hak orang lain. Contohnya raksasa merampas hasil tagkapan binatang
lain.

UNSUR SATIRA

Jelaskan Keberkesanan Penggunaan Unsur Satira (Sindiran) Dalam Petikan.

Memberi gambaran dgn lebih berkesan / menghidupkan imaginasi pembaca. Shah Alam Dirimba
menggunakan kata-kata penuh dengan sindiran yang halus dan tajam. Ia juga boleh dikenal apabila
beliau menyindir badak tentang kecederaan yang dialami olehnya.

Gambaran lebih realistik & berkesan serta pengajaran yang mendalam/ didaktik. Shah Alam Dirimba
menitipkan unsur pengajaran di dalam kata-kata beliau secara halus dan teratur bagi menggalakkan
alam rimba bercakap benar, tidak menipu. Malah beliau meminta agar mereka tidak berbalah
sesama sendiri dan membiarkan beliau yang menyelesaikan masalah.

63
TEKNIK PENCERITAAN

Jelaskan Penggunaan Dua Teknik Penceritaan Yang Dapat Dikesan Berdasarkan Petikan
Dan Keberkesanan Penggunaannya.

1. Pemerian – penjelasan secara terperinci tentang peristiwa badan badak yang luka
2. Dialog – amanat yang disampaikan/ cerita tentang gergasi oleh sang badak, harimau dan lain-
lain.
3. Imbas kembali- badak berkata jika semua berani kenapa tidak melawan sendiri musuh
mereka pada masaitu. Tidaklah dia mendapat malu sewaktu menceritakan kisah itu kepada
Shah Alam Dirimba.
4. Imbas muka- Shah Alam Dirimba akan pergi menyelesaikan masalah/ melawan raksasa itu
dalam masa tujuh hari. Pembaca dapat membuat andaian bahasa raksasa itu akan dikenakan
oleh Shah Alam Dirimba.

NILAI KEMANUSIAAN

Bijaksana / cerdik / panjang akal. Tuan Syeikh Alam pandai membuat helah iaitu dengan
menggunakan simpai dikatakan untuk berubat bagi menghilang rasa sakit sehinggakan raksasa
tertipu dan tidak dapat bergerak lagi yang akhirnya dibunuh oleh semua isi rimba.

Berani. Tuan Syeikh Alam walaupun bertubuh kecil tetapi berani berhadapan dengan raksasa yang
bertubuh besar panjang dan menggerunkan sedangkan binatang lain seperti Sang Beruang, Sang
Seladang, Harimau dan Sang Badak kecut perut dan melarikan diri apabila melihat raksasa.

Bertanggungjawab. Tuan Syeikh Alam tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai Raja di-Rimba
apabila menolong isi rimba yang dianiaya oleh raksasa. Beliau bertindak membunuh raksasa melalui
tipu muslihat agar keadaan rimba kembali aman.

Prihatin. Tuan Syeikh Alam sebagai Raja di-Rimba bersifat simpati dan prihatin kepada segala isi
rimba yang hidup tidak aman kerana diganggu oleh raksasa. Oleh itu apabila mendapat pengaduan
daripada isi rimba dia berusaha mencari helah untuk membunuh raksasa.

Gagah perkasa. Tuan Syeikh Alam dikatakan mendapat kekuatan daripada baginda Ali
membolehkannya berjaya mengalahkan raksasa yang bertubuh besar panjang.

Suka berterus terang. Tuan Syeikh Alam mengatakan bahawa tubuh badak yang luka-luka dan
comot-comot bukan perbuatan raksasa seperti yang di dakwa badak tetapi kerana dikaitkan onak
ketika melarikan diri menyebabkan Sang Badak malu

UNSUR PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN MORAL

1. Taat dan hormat


2. Tidak pentingkan diri sendiri
3. Menghormati orang lain
4. Bermuafakat
5. Menjauhi sifat angkuh dan sombong
6. Amanah atau tanggungjawab
64
Unsur didaktik

Pemimpin hendaklah pintar dalam menyelesaikan masalah (unsur pengajaran). Dalam


hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan sebagai mempunyai
fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai kepimpinan yang luar biasa dan
mampu menjadi pemimpin kepada penghuni rimba yang lain termasuk singa, beruang, badak
dan lain-lain. Nilai kebijaksanaan dan kepimpinan penting bagi menyatu padukan rakyat dan
ketika menyelesaikan masalah. Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima amanat agar semua
penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh Alam Dirimba dan
penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan tipu muslihat dan
kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu mempunyai
nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan negara.

2 Bermuafakat/kerjasama sesama ahli masyarakat dalam melakukan sesuatu perkara. Sikap


kerjsama penting terutama dalam kehidupan bermasyarakat kerana sesuatu kerja menjadi
mudah, dapat diselesaikan dengan baik dan mewujudkan hubungan baik yang membawa
kepada keharmonian hidup.Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengingatkan penghuni
rimba supaya bermuafakat terutama dalam mengatasi sebarang masalah yang menimpa.

3 Menjauhi sikap menganiyai/menzalimi/menindas orang lain. Sikap seumpama ini akan


memberi kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri.Penganiyaan ini akan
mendatangkan kesusahan atau memberi kemudaratan kepada orang lain. Malah kita akan
dibenci oleh masyarakat dan akan menerima balasan yang tidak baik. Contohnya raksasa
yang menganiyai penghuni rimba dengan merampas hasil tangkapan akhirnya telah mati
dibunuh.

4 Mengelakkan daripada sikap dengki dan fitnah dengan orang lain. Sikap dengki dan fitnah
akan menimbulkan perasaan tidak puas hati,suka berdendam dan tidak bersyukur dengan
apa yang kita perolehi. Malah akan memecahbelahkan hubungan dalam masyarakat dan
memberi kesan buruk kepada keharmonian hidup. Contohnya Syeikh Alam di- Rimba
mengingatkan penghuni rimba supaya menggelakkan sikap dengki dan fitnah.

5 Mentaati dan menghormati pemimpin/ketua. Pemimpin/ketua merupakan orang yang


mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti
orang di bawah pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Setiap arahan
pemimpin /ketua perlu dipatuhi untuk melahirkan ketaatan dan penghormatan . Contohnya
Tuan Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba agar melaporkan sebarang
kejadian kepadanya dalam tempoh tujuh hari selepas perjumpaan tetapi tidak dipatuhi oleh
mereka. Akibatnya mereka telah menghadapi ancaman raksasa yang merampas hasil
tangkapan mereka dan menghuru-hara ketenteraman hidup mereka.

6 Berkelakuan baik dan tidak menyusahkan orang lain. Kita tidak boleh melakukan sesuatu
yang akan menyusahkan,menganiya dan menzalimi orang lain kerana akan mendapat
pembalasannya. Contohnya raksasa yang menindas penghuni rimba akhirnya mati dibunuh.

65
FUNGSI CERITA BINATANG

1. Berfungsi memberi hiburan. Sastera rakyat merupakan alat hiburan masyarakat melayu
tradisional. Hal ini kerana setelah penat bekerja seharian, cerita-cerita yang terdapat dalam
sastera rakyat khususnya cerita binatang mampu memberi kerehatan fikiran. Sikap dan
karenah binatang-binatang yang licik dan pelbagai ragam mampu membuat masyarakat
tersenyum. Contohnya ragam binatang-binatang yang cuba berlawan dengan raksasa dalam
Hikayat Pelanduk Jenaka benar-benar menghiburkan.

2. Berfungsi memberi pengajaran dan pendidikan. Sastera rakyat adalah bersifat didaktif iaitu
mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat. Cerita-cerita lisan
ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat berguna sebagai panduan ke arah
kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan
sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat
tertentu binatang seperti Sang Beruang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. Begitu juga dalam
cerita-cerita binatang ini juga ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan
gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong yang banyak membawa manfaat dan
keberkatan terutama dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

3. Berfungsi Mengkritik. Sastera rakyat juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan
atau sindiran terhadap golongan tertentu terutama kepada golongan yang sering mengambil
kesempatan ke atas golongan yang lemah untuk kepentingan diri. Misalnya dalam Hikayat
Pelanduk Jenaka, mengkritik sesetengah golongan yang kuat yang suka menindas golongan
yang lemah. Raksasa telah menindas binatang di rimba seperti kera, kijang, badak dll dengan
memakan ikan yang telah dikumpulkan oleh binatang tersebut untuk diberi kepada anak
isteri mereka dan akhirnya Raksasa telah menerima akibat dari perbuatannya itu.

4. Sebagai gambaran masyarakat melayu tradisional. Cerita binatang menggambarkan hidup


dalam kelompok masyarakat binatang tetapi digambarkan menyerupai manusia. Oleh itu,
melalui cerita-cerita ini dapat digambarkan tentang kehidupan masyarakat pada zaman
tersebut. Misalnya melalui cerita Hikayat Pelanduk Jenaka menggambarkan kehidupan
masyarakat Melayu Tradisional yang hidup bermuafakat dan saling membantu dalam
menyelesaikan sesuatu perkara.

66
MAKLUMAT 1

Setelah itu maka Sang Badak pun datang balik ke tempat ia menunggu ikan tadi.
Dilihatnya raksasa itu sedang memakan ikan. Sang Badak pun berkata dari jauh, “Hai
bedebah, makanlah ikanku itu. Engkau sangat menganiayai kami sekalian dan berani datang
ke mari. Jikalau engkau sungguh kuat datanglah,” lalu ditendangkannya tanah yang tinggi-
tinggi itu sehingga menjadi rata kemudian katanya lagi,” Ke marilah jika berani nanti aku
pijakkan engkau hingga keluar tahi.”

Apabila mendengar perkataan Sang Badak itu maka raksasa itu pun menoleh ke
belakang. Apatah lagi Sang Badak pun terkejutlah pula. Sangkanya raksasa itu hendak
mengusir dia. Ia pun lari pula tiada berketahuan hingga banyaklah pokok-pokok kayu yang
tumbang ditempuhnya, dan luka-luka mukanya serta rabit-rabit telinganya oleh onak.
Sambil berlari itu ia pun bertemulah dengan seekor kera.

Maka kata Sang Kera,”Gilakah engkau ini berlari dengan tiada suatu sebab pun.”….

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012 Hikayat Pelanduk Jenaka,
Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 79)

a) Kenapakah Sang Badak menuturkan dialog di atas? (5m)

- dia dengan beraninya sanggup menjaga ikan dan akan melawan raksasa yang dianggap
pencuri/penyamun haram jadah.Sang Badak juga yakin bahawa dapat mengalhkan
raksasa tersebut.
- Namun setelah raksasa itu datang memakan ikan di bawah jagaannya, Sang Badak
hanya melihat dari jauh dan membiarkannya sahaja. Sang Badak hanya berani
bersuara dan memarahi raksasa dari jauh.
- Apabila raksasa itu menoleh ke arahnya, Sang Badak terkejut dan telah melarikan diri
kerana difikirnya raksasa itu hendak menerkamnya. Sang Badak telah lari lintang
pukang merempuh kayu belukar sehingga badannya tercalar, telinganya rabit dan
mukanya luka kerana tersangkut duri.

b) Apakah jawapan Sang Badak terhadap pertanyaan Sang Kera selepas itu? (5m)

- Sang Badak menjawabnya dengan mengatakan dirinya telah berlawan dengan


raksasa yang terlalu sangat besar dan panjang orangnya.
- Raksasa itu dibantu oleh seorg lagi kawannya.
- Dia telah dihempas ke kanan dan ke kiri rebah terpelanting.
- Dia terfikir akan banyak lagi kawan-kawan raksasa yang datang. Itulah yang
menyebabkannya melarikan diri.

C) Huraikan tiga nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui petikan di atas. (15m)

- Berani penakut
- Tolong-menolong Ganas dan zalim
- Merendah Diri Takbur

67
MAKLUMAT 2

“Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-
tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan
janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala
dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah
segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada
hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat
pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”

a) Lima Amanat

1 Hendaklah bermuafakat antara satu sama lain


2 Jangan aniaya menganiaya antara satu sama lain
3 Janganlah elat / menipu / pembohong
4 Jangan dengki antara satu sama lain
5 Jangan berbuat fitnah kepada orang lain.

b) Empat peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengalahkan Raksasa

1 Tuan Syeikh Alam pergi ke Sungai Tinam tempat raksasa dan mengarahkan isi rimba mencari
rotan untuk membuat simpai (gelung rotan)

2 Tuan Syeikh Alam mengarahkan isi rimba bersembunyi dan segera datang apabila mendengar
beliau bertempik

3 Tuan Syeikh Alam menghidupkan api untuk membakar ikan dan apabila ditegur oleh raksasa,
dia membuat helah dengan mengatakan untuk menyimpai tubuhnya yang sakit

4 Raksasa mengatakan tubuhnya sakit dan meminta simpai untuk berubat tetapi Tuan Syeikh
Alam mendakwa simpai itu ubat pesaka peninggalan nenek moyangnya.

5 Raksasa meminta ikan daripada Tuan Syeikh Alam tetapi tidak diberi dengan alasan tidak elok
makan ikan sebelum berubat.

6 Tuan Syeikh Alam memasukkan simpai pada kedua-dua siku dan lutut sebanyak dua kali
sehingga raksasa tidak dapat bergerak lagi.

7 Tuan Syeikh Alam merenung muka dan kemudian mencakar mata raksasa sehingga pecah

8 Kemudian Tuan Syeikh Alam bertempik menyebabkan semua isi rimba datang dan terkejut
melihat keadaan raksasa yang sedemikian rupa.

9 Akhirnya raksasa mati ditendang dan diterajang (disiksa) oleh semua isi rimba.

68
BAB 3
PERKEMBANGAN SASTERA TULISAN ZAMAN ISLAM
Karya bercorak cereka (naratif). Mengisahkan tokoh-tokoh Islam yang terdapat dalam sejarah
perkembangan Islam. Watak terdiri daripada tokoh-tokoh Islam dalam sejarah. Perwatakan diadun
dengan berbagai-bagai unsure fiksyen. Cerita tentang tokoh Islam bersifat karya sastera. Cerita-cerita
Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh Islam. Tergolong dalam hikayat-hikayat sumber Islam atau
lagenda Islam.

KEAGAMAAN - TAKRIF/KONSEP:

Cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan
karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa yang berlaku ke atas diri baginda.
secara umumnya, cerita ini berlatarbelakangkan sejarah Islam sebenar. Walau bagaimanapun
gambaran, tentang perwatakan baginda serta latar masa dan tempat yang dilukiskan adalah
berdasarkan peristiwa sejarah sebenar tetapi telah diolah kembali dengan memasukkan unsur mitos
dan lagenda.

Hal ini menjadikan cerita-cerita tersebut agak meragukan, dan secara langsung bertentangan dengan
ajaran Islam. Menurut agama Islam segala gambaran mengenai para nabi seharusnya berdasarkan
kepada fakta-fakta yang benar seperti yang terkandung dalam al-Quran, as-Sunnah, dan sumber-
sumber sejarah yang muktabar. Cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w ini telah dijadikan alat
pendakwahan Islam pada suatu masa dahulu. Antara lain cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad
s.a.w memperlihatkan kehebatan, ketokohan, keagungan, dan mukjizat yang dimilikioleh baginda
dalam menyebarkan agama Islam.

Selain daripada cerita berbingkai, Kesusasteraan Melayu yang menerima pengaruh islam ialah

a) Legenda Islam
b) Kitab-kitab ketatanegaraan dan kitab falsafah (tasawuf islam)

A) SEJARAH SASTERA BERUNSUR ISLAM

1 Kedatangan Islam ke TM sejak abad ke 13 M mempengaruhi corak dan pemikiran


masyarakat setempat yang bersifat tradisional.
2 Pengaruh Hindu mulai lemah dan cara hidup Islam meresap dalam jiwa masyarakat.
3 Amalan dan budaya Islam diterima tambahan pula sekitar abad ke-16 alam Melayu
menerima Islam secara mutlak.
4 Penguasaan Islam dalam budaya dan amalan mempengaruhi dunia kesusasteraan. Pengaruh
Islam meresap dalam kesusasteraan
5 Ismail Hamid mengkategorikan sastera Melayu berpengaruh Islam kepada lima kelompok
iaitu

– Hikayat tentang Nabi Muhammad contohnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi
Wafat, Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah.
– Kisah-Kisah Nabi seperti Kisah Raja Sulaiman, Kisah Nabi Musa, Kisah Puteri Balkis
dan Kisah Nabi Yusof.
– Hikayat Para Sahabat contoh karyanya Hikayat Hasan dan Husin, Hikayat Tamin al-
Dari, Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Abu Samah.
– Hikayat Pahlawan Islam iaitu Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah,
Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Malik Saiful Lizan.
– Hikayat Orang Alim iaitu seperti Hikayat Lukman al-Hakim, Hikayat Abu Yazid al-
Bistami, Hikayat Raja Jumjumah dan Hikayat Ibrahim Adham.
69
Lagenda Islam

Boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu

i) Cerita mengenai tokoh sebelum Islam


ii) Cerita mengenai Nabi Muhammad dan keluarganya
iii) Hikayat mengenai orang yg sezaman dgn nabi- Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
iv) Hasil-hasil yang disadur- Hikayat Raja Lahad @ Hikayat Raja Handak

Ciri-ciri Lagenda Islam (Umum)

1. Tema- kepahlawanan, kegagahan serta keluarbiasaan tokoh2 pahlawan Islam. Tokoh2 ini
menjadi kebanggaan masyarakat islam di samping berperanan menyebarkan agama islam.
Contohnya, dalam Hikayat Amir Hamzah, watak utamanya iaitu Amir Hmazah dianggap tokoh
epik Melayu-Islam yang memiliki kehandalan, kegagahan dan kepahlawanan yg luar biasa
sejak kecil hinggalah dewasa dan menyertai perjuangan menegakkan Islam bersama
Rasulullah

2. Plot- panjang tetapi bersifat kronologi dan berperingkat-peringkat. Contohnya dalam Hikayat
Amir Hamzah, peringkat permulaan diperkenalkan watak Amir Hamzah yg masih kecil, asal
usul keturunannya serta kegagahannya yg luar biasa iaitu walaupun masih kecil tetapi telah
berjaya membunuh juara gusti dan pahlawan Tahir. Peringkat seterusnya ialah ketika beliau
dewasa, terpaksa menghadapi raja negeri Parsi dan cabaran-cabarannya sehingga beliau
berjaya mengahwini puteri Mahar Negara. Peringkat akhir, Amir Hamzah menyertai
perjuangan Rasulullah tetapi terbunuh dalam peperangan dengan Raja Lahad

3. Latar tempat- latar tempat sejarah dan benar-benar wujud tetapi ada juga latar tempat di
alam ghaib seperti di negeri jin. Terdapat juga tempat-tempat ibadat seperti masjid dan
Kaabah. Dalam Hikayat Amir Hamzah, latar tempat meliputi kota Makkah, Parsi, Mesir,
Yunani dan lain-lain serta negeri jin Islam bernama negeri Saharstan Zaban.

4. Watak dan perwatakan- mencakupi watak manusia biasa, nabi- nabi, jin, malakat dan raja-
raja. Dalam cerita Legenda Islam watak utamanya ialah seorang pahlawan yang memiliki sifat
kepahlawanan yang luar biasa dan tiada tolok banding sehingga menjadi kebanggaan orang-
orang Arab dan masyarakat Islam. Contohnya, Amir Hamzah, anak lelaki Khoja Abdul Mutalib
merupakanseorang pahlawan yang gagah perkasa. Terdapat juga watak antagonis seperti
penjaga-penjaga berhala, ahli gusti dan jin kafir. Watak bukan manusia pula terdiri daripada
jin Islam dan jin kafir.

5. Unsur lain-unsur luar biasa, unsur sejarah, dan unsur keagamaan. Cerita mengenai Nabi
Muhammad s.a.w serta keluarganya. Contohnya Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Nabi
bercukur

70
B) SASTERA KITAB

Sastera kitab adalah sastera yang ditulis atas perintah raja-raja Melayu Islam, lahir di istana dan
dikarang oleh alim ulama. Sastera kitab yang terawal berkembang dikenal sebagai kitab risalah yang
menerangkan berbagai-bagai persoalan agama dengan cara penyampaian yang mudah untuk
membolehkan masyarakat Melayu memahami ajarannya. Matlamat utama penulisan sastera kitab
adalah untuk menentang fahaman animisme yang berkembang dlm zaman peralihan Hindu –Islam
dan menekankan ajaran tauhid. Sastera kitab membicarakan tentang hukum-hukum islam, ilmu
fikah, ilmu tauhid serta ilmu tasawuf. Penulisan sastera kitab berkembang pesat setelah agama Islam
tersebar luas di alam Melayu serta wujud kerajaan Melayu Islam di Aceh, Pasai dan Melaka. Antara
penulis yang menghasilkan sastera kitab ialah:

1. Kitab Ilmu Fikah

-membicarakan hukum-hukum agama Islam, persoalan ibadat dan cara mengerjakannya dengan
betul, perkara-perkara wajib, sunat dan makruh serta peraturan-peraturan jual beli, hukum
ketatanegaraan, hukum peperangan dan lain-lain.

2. Kitab Ilmu Tasawuf

-membicarakan ajaran Islam yang sebenar iaitu hubungan manusia dengan penciptanya.
-terdapat dua aliran @ fahaman dlm penghasilan kitab tasawuf. Golongan yang berfahaman
heterodoks diwakili oleh Hamzah Fansuri dan pengikutnya Syamsudin al-Sumaterani. Mereka yang
beraliran tasawuf Wahdatul-wujudiah menyatakan bahawa manusia serta Tuhan adalah sama sahaja.
Manusia dikatakan menurut kehendak Tuhan iaitu kehendak manusia itu sendiri. Mereka mendapat
sokongan daripada Sultan Iskandar Muda. Fahaman ortodoks pula diwakili oleh Syeikh Nuruddin al-
Raniri serta pengikutnya Abdul Rauf Al-Singkel. Mereka yang berfahaman ahli Sunah Wa Jamah
menyatakan bhw manusia dan Tuhan adalah berbeza. Bagi mereka Tuhan bersifat hakiki tetapi
manusia adalah fana. Mereka disokong oleh Sultan Iskandar Thani. Baginda termakan dgn hasutan
Nuruddin al-Raniri sehingga mengarahkan fahaman heterodoks dihapuskan. Kemuncaknya
sebahagian besar tulisan Hamzah Fansuri dan Syamsudin al-Sumaterani dibakar di majid Al Rahman
di Aceh. Antara hasil penulisan Sastera Kitab ialah Nuruddin al-Raniri- Kitab Sirat al-Mustaqim, durat
al-Faraid bisharah al-Akid, Jawahir al Ulum Ki Fasyir al-Ma’um Syamsuddin al-sumaterani- mirat al-
Muhakkikin, Mirat Al-Iman, Kitab Al Ariffin, Kitab Baira, Hamzah Fansuri- Asraf Al-Ariffin, Syahrabul
Asyikin, Syair Dagang, syair Sidang Fakir, Abdul Rauf Al-Singkel- Kitab Mirat al-Tullab, Umdat Al-
muhtajin Mirat al-Tullab, Syekh Daud al-Fatani- Furu al-Masail, Fath al-Manan, Bughyat al-Tullab

Ringkasan ciri Sastera Kitab

1. Tema- Riwayat Hidup Nabi Muhammad serta peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar hidup
baginda
2. Merupakan kisah campur aduk antara mitos dan peristiwa-peristiwa sejarah islam sebenar.
Contohnya dalam Hikayat Nur Muhammad, watak serta latar adalah berdasarkan peristiwa
sejarah islam tetapi dimuatkan unsur mitos seperti peristiwa Allah menjadikan Nur
Muhammad daripada Nur @ cahaya .
3. Terdapat juga unsur legenda. Contohnya dalam Hikayat Nabi Muhamad diceritakan musuh
Islam bernama Raja Khaibar yang sangat jahat mendapat bantuan daripada seorang tukang
sihir. Raja Khaibar dan tukang sihir dapat dibunuh oleh tokoh legenda Islam bernama Ali bin
Abi Talib
4. Menggunakan beberapa teknik seperti teknik penyandaran Hujah iaitu pengarang merujuk Al
Quran dan Hadis utk mengukuhkan lagi perkara yang hendak dsampaikan. Pengarang juga
menggunakan teknik balasan serta ganjaran. Ini adalah untuk mengeksploitasi sifat manusia
yang takut akan balasan dan ghairah akan ganjaran. Ia berkesan untuk menyuruh manusia
berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat
71
Fungsi Hikayat

Mengenai nabi Muhamad adalah untuk menyebarkan dakwah islamiah kepada umat Islam dengan
menulis serta memuji Rasullullah sebagai pemimpin dan penghulu umat Islam seluruh dunia dengan
sifat mulianya seperti penyabar, pengasih, amanah dan mempunyai mukjizat. Cerita ini juga boleh
menanamkan ajaran tauhid dan keimanan

R.O Winstedt menggolongkannya ke dalam cerita-cerita yang bercorak legenda Islam.

Tokoh-tokoh :

a. Sebelum Islam
Hikayat Zulkarnain
Hikayat Amir Hamzah

b. Sezaman dengan Nabi Muhammad


Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

c. Tokoh Tempatan – Cerita yang disadurkan dengan keadaan tempat


Hikayat Raja Khandak

d. Kisah Nabi Muhammad


Nabi Muhammad merupakan nabi yang akhir zaman dan setiap umat Islam wajib
mempercayainya dan mengetahui tentang diri baginda. Perkembangan pengaruh Islam telah
membawa kisah-kisah baginda dari Arab-Parsi hingga ke sini. Kebanyakkannya cerita-cerita
ini disadurkan dari negeri arab. Cerita-cerita nabi Muhammad S.A.W terdiri daripada Hikayat
Nabi Wafat, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nur Muhammad.

Hikayat Nabi Wafat menceritakan saat-saat akhir kehidupan baginda sebelum baginda wafat.
Hikayat Nabi Bercukur pula menceritakan tentang kisah nabi bercukur dihadapan cahaya
allah oleh Jibrail. Kemudian semua rambutnya disimpan sebagai mukjizat oleh bidadari dari
syurga.

Hikayat bulan Berbelah menceritakan dengan pertolongan malaikat Jibrail serta Mikail bulan
turun ke bumi mengelilingi Kaabah. Bulan juga mengucapkan dua kalimah syahadat, masuk
serta keluar daripada lengan bahu Nabi Muhammad S.A.W. Bulan itu juga kembali ke langit
seperti yang diperintahkan oleh Raja Mekah kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Hikayat Nur Muhammad. Terdapat kisah bahawa Nur diciptakan oleh Allah mendahului
ciptaan segala benda. Dari Nur, Allah mencipta nabi, air, angin, bulan, malaikat serta api. Nur
kemudian mengislamkan tanah, air, api,serta angin.

72
HIKAYAT NABI WAFAT

Sinopsis

Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan
Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan kepada
anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu
semula di hari akhirat kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang
terakhir. Para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para shabat iaitu Bilal, Abu Bakar, Umar, Uthman
dan Ali turut bersedih di atas berita yang disampaikan. Kemudian Rasulullah SAW mengajak Ali ke
masjid untuk menunaikan solat. Tiba di masjid Rasullullah SAW menyuruh jemaah mengambil air
sembahyang. Bilal pun melaungkan azan setelah masuk waktu. Rasulullah SAW menunaikan solat
sunat, diikuti oleh Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hassan dan Hussin.

Baginda telah mengimamkan solat, berselawat dan membaca khutbah yang terakhir. Setelah itu
Rasulullah pun membuat pengumuman kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-
perkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari akhirat
kelak. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh
cemeti Rasulullah ketika perang.

Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama
tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan
niatnya. Rasulullah diminta membuka baju baginda supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan
cemeti. Aksyah ingin baginda membayar balik “hutang” iaitu dengan Akasyah memukul baginda
sepertimana cemeti baginda terkena Akasyah. Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus
mencium perut (pusat) baginda kerana niat beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin
melihat kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya. Wajah Akasyah dilihat bercahaya
seperti bulan purnama. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda kepada sidang jumaah, jika ada sesiapa
yang hendak melihat muka orang yang berada dalam syurga, maka lihatlah pada Akasyah.

Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu
Bakar. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh
Saidina Ali ke rumah Aisyah. Rasulullah SAW telah berpesan kepada Fatimah agar tidak bersedih,
tidak mencabut rambut dan menampar-nampar dada kerana perbuatan tersebut adalah haram di sisi
Allah SWT. Setelah sampai waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam
di luar rumah baginda. Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikhabarkan bahawa segala
bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala Fatimah, nabi
pun wafat.

Judul / Tajuk : Hikayat Nabi Wafat

Jenis : Sastera Agama

Cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan
karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa yang berlaku ke atas diri baginda.
secara umumnya, cerita ini berlatar belakangkan sejarah Islam sebenar. Penceritaan berdasarkan
sunah, sumber sejarah dan Al-Quran. Namun diterapkan juga unsure sastera seperti mitos dan
lagenda. Terangkan tentang Hikayat Nabi Wafat juga diterima.

73
CIRI-CIRI SASTERA AGAMA DIDALAM HKAYAT PERI NABI WAFAT DENGAN MENGGUNAKAN PETA BUIH

BENTUK
DOKSOLOGI

-dimulakan
cerita dengan
FUNGSI
Bismilah....
Didaktik / TEMA
pengajaran - Keagamaan-
langsaikan menceritakan
hutang kisah nabi wafat
SASTERA
AGAMA

WATAK
Nabi Muhammad LATAR TEMPAT
(S.A.W) Tanah Arab
Beriman / Utusan Rumah Nabi
Sabar /Penyayang Masjid
Pendakwah
Pemimpin

CIRI-CIRI ATAU SIFAT-SIFAT CERITA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN AGAMA ISLAM :

Fungsi. Berfungsi untuk mengagungkan dan mengangkat martabat Nabi serta agama Islam disamping
memberi pengajaran dan nasihat. Tujuan utama cerita “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat”
ialah bagi menyebarkan agama Islam supaya mudah di terima oleh masyarakat setempat yang
sewaktu itu masih menerima pengaruh Hindu. Melalui hikayat berunsur Islam ini, tokoh -tokoh Islam
seperti para nabi dan sahabat nabi diperkenalkan. Melalui puisi dan prosa bertemakan keagamaan ini
tokoh -tokoh Islam diangkat martabatnya dengan menunjukkan keistimewaan yang dimiliki oleh
mereka. Dengan cara ini penyebaran agama Islam semakin di terima dan berjaya memupuk
kepercayaan penganut Islam tentang kelebihan dan kehandalan nabi-nabi yang memiliki mukjizat
yang tidak ada pada tokoh manusia lain. Contohya sesiapa yang membaca Hikayat Nabi Muhammad ,
dapat melihat bagaimana situasi yang dihadapi oleh para sahabat, amanah dalam khutbah terakhir
yang berkaitan dengan hutang, solat dan lain-lain lagi.

Latar Tempat. Latar tempat pula berlaku disekitar tanah Arab iaitu dipersekitaran rumah Rasulullah
SAW dan masjid. Manakala latar zaman dan masa pula berlakunya pada zaman Rasullullah dan para
sahabat. Cerita-cerita ini merupakan saduran dari Arab -Parsi. Maka, pengaruh dari Negara ini banyak
terdapat di dalam cerita-ceita nabi yang datang ke Alam Melayu. Contoh Hikayat Nabi Wafat
menceritakan kisah Nabi Muhammad sebelum baginda wafat dan selepas ketiadaan Baginda.
Baginda meninggalkan khutbah terakhir selepas mengimamkan solat Jumaat. Mengingatkan tentang
hutang, solat . Baginda juga telah melantik khalifah yang baru dan selepas ketiadaan baginda masjid
menjadi sunyi sehinggalah Bilal kembali melaungkan azan. Semua berpusu-pusu pergi ke masjid
kerana menginagtkan Rasullullah masih ada di situ.

Watak Perwatakan. Watak-watak dalam cerita-cerita Nabi Muhammad S.A.W. Watak utamanya
merupakan baginda sendiri dan watak yang lain adalah seperti Dalam cerita Nabi-nabi dan tokoh-
tokoh Islam khususnya dalam cerita “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat” banyak diselitkan
unsur khutbah yang bercorak pengajaran Islam. Misalnya, apabila mendepani saat kematian, umat
Islam tidak benarkan mencabut rambut dan menampar-nampar dada kerana perbuatan tersebut

74
adalah haram di sisi Allah SWT. Contohnya, Rasulullah menasihati anaknya Fatimah agar tidak
melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT seperti mencabut rambut dan menampar-
nampar dada. Apabila berhadapan dengan kematian, seseorang itu hanya boleh bersedih dalam hati
sahaja.

Unsur-unsur lain ialah seperti unsur keagamaan. Cerita tersebut mengandungi unsur doksologi iaitu
dimulai dengan perkataan Bismilah dan dan disudahi dengan pujian kepada Allah. Terdapat juga
penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Arab dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran , hadis dan
tokoh-tokoh Islam. Unsur sastera yang terdapat dalam cerita ini ialah unsur-unsur fantasi, mitos dan
lagenda. Pada umumnya, cerita-cerita mengenai kenabian dan tokoh-tokoh Islam menggunakan
format yang berbentuk doksologi pada permulaan hikayat iaitu didahului dengan bacaan “Bismilah il-
rahman il-rahim kemudian dengan doa pendek “wabihi nastainu billahit Taala.” Sementara pada
bahagian penutup cerita mengandungi doa panjang yang berupaya puji-pujian kepada Allah dan
selawat kepada Nabi Muhammad. Melalui penceritaan ini juga di gambarkan tentang alam ghaib
seperti syurga, malaikat dan bidadari.

Malaikat datang
PLOT
Nabi Muhamad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikatul
wajib ikut
Maut atas arahan Allah
kronoligi

Nabi ke masjid Perjumpaan terakhir dengan keluarga dan


Rasulllah pergi ke masjid untuk sahabat
solat Jumaat yang terakhir Baginda telah berpesan kepada anak dan
dengan berkhutbah dan menjadi isterinya agar jangan bersedih dan
imam solat Jumaat menerima hakikat dan takdir

Amanat dan Tuntutan Nabi Tuntutan Akasyah


mengumumkan sidang Jumaat Akasyah ingin menuntut hutang kerana
yang ingin menyelesaikan perkara- pernah terpukul oleh cemati Rasulullah.
perkara tertentu termasuk Akasyah ingin membalas balik keatas
hutang. Rasulullah sebagai syarat

Memberi Wasiat
Baginda telah mengumumkan Akasyah mencium pusat Nabi
bahawa Saidina Abu Bakar sebagai Sahabat dan anak bersedih. Rasulullah
imam untuk menggantikannya. membuka baju untuk dipukul.Akasyah
Beliau telah dibawa balik oleh Abu terus mencium perut (pusat) kerana
Bakar ingin melihat kelebihan rasulullah

Nabi pulang ke rumah Bersiap sedia untuk wafat


Rasulullah pulang ke rumah dan Malikul maut datang ke rumah
Rasulullah dan memberi salam diluar
memberi pesanan akhir kepada
rumah baginda. Malikul maut
anak dan isteri.
menghabarkan bahawa segala bidadari
dan malaikat sedang menunggu roh nabi.
Setelah mencium kepala Fatimah, nabi
pun wafat.

75
RENTETAN PERISTIWA YANG BERLAKU SEBELUM KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Malikul Maut datang ke rumah Siti Aisyah. Setelah diperintahkan oleh Allah Taala, Malikul Maut telah
pergi ke rumah Siti Aisyah dengan menjelma seperti orang muda dan berdiri di luar pintu rumah
Aisyah. Malikul Maut meminta kebenaran dari Rasulullah untuk masuk kerana beliau hendak
berjumpa dengan Rasulullah yang sedang bersedih dan dalam kesakitan menanti saat kewafatannya.
Malikul Maut juga telah menyeru kepada orang laki-laki supaya membuka pintu

Rasulullah bertanya kepada Siti Fatimah tentang suara suara orang yang di luar pintu. Siti Fatimah
menjawab pertanyaan Rasulullah dengan mengatakan bahawa beliau tidak mengenali orang berada
di luar pintu rumah. Lalu Rasulullah pun menjelaskan bahawa orang yang berada di luar pintu rumah
tersebut ialah orang yang menceraikan nyawa dari badan seseorang dan akan menyebabkan orang
ramai menangis.

Rasulullah menyuruh Siti Fatimah membuka pintu. Setelah Siti Fatimah mendengar arahan Rasulullah
supaya membuka pintu, maka Siti Fatimah pun bangun dan segera membuka pintu.

Malikul Maut ke rumah Rasulullah lalu memberi salam. Setelah pintu dibuka, maka Malikul Maut pun
masuk ke dalam rumah Rasulullah lalu memberi salam kepada Rasulullah. Salam Malikul Maut telah
disambut oleh Rasulullah. Setelah itu, Rasulullah menanyakan kepada Malikul Maut apakah tujuan
kedatangannya. Malikul Maut memberitahu kepada Rasulullah bahawa kedatangannya adalah
kerana beliau telah diperintahkan oleh Allah Taala untuk mengambil nyawa Rasulullah. Malikul Maut
juga menyatakan bahawa langit yang ketujuh dan pintu syurga juga terlah terbuka. Begitu juga anak-
anak bidadari juga telah menanti kedatangan Rasulullah. Rasulullah juga telah dimaklumkan oleh
Malikul Maut bahawa segala isi tujuh petala langit juga telah turun bersamanya ke bumi.

Malikul Maut pun kembalilah ke hadrat Allah Taala bertemu dengan Jibrail dan Mikail. Setelah
berjumpa dengan Rasulullah, maka Malikul Maut pun kembali ke hadrat Allah Taala. Malikul Maut
telah berjumpa dengan Jibrail dan Mikail. Jibrail menanyakan Malikul Maut adakan nyawa Rasulullah
telah diambil. Lalu dijawab oleh Malikul Maut bahawa ia belum mengambil nyawa Rasulullah kerana
beliau menanti kehadiran Jibrail

Jibrail turun ke dunia lalu ke rumah Rasulullah. Setelah mendengar penjelasan Malikul Maut bahawa
ia belum mengambil nyawa Rasulullah maka Jibrail pun turun ke dunia bersama-sama dengan Malikul
Maut dan dengan segala segala malaikat yang berada di tujuh lapis langit.

Jibrail pun memberi salam kepada Rasulullah. Setelah sampai di rumah Rasulullah, maka Jibrail pun
memberi salam kepada Rasulullah. Salam Jibrail telah disambut oleh Rasulullah. Lalu Rasulullah
bertanya kepada Jibrail kenapa lambat datang. Rasulullah menyatakan kepada Jibrail bahawa
baginda tidak mahu berpisah lagi dengan Jibrail.

Siti Fatimah pun menangis. Kedatangan Jibrail dan Malikul Maut untuk mengambil nyawa Rasulullah
menyebabkan Siti Fatimah menangis. Melihat keadaan demikian, maka Rasulullah pun menasihatkan
kepada anaknya Fatimah, bahawa sepeninggalannya nanti, baginda meminta supaya anaknya
menjaga kebajikan suaminya dan taat kepadanya. Setelah itu Rasulullah mencium kepala Siti
Fatimah, lalu memandang dan bermohon kepada Ummu Salamah, Abu Kasim, Hassan, Hussin, para
sahabat dan sidang jumaah sekaliannya.

76
TEMPAT PERTEMUAN RASULULLAH DENGAN SITI FATIMAH

- Titian Siratul Mustaqim


- Sungai Kalkauthar
- Hadrat Allah Mahsyar
- Syurga

KEISTIMEWAAN / PERSOALAN / NILAI HIKAYAT

Menceritakan tentang mukjizat , kelebihan, budi pekerti dan ajaran Nabi Muhammad (s.a.w)

Mengandungi peristiwa-peristiwa penting dalan sejarah tentang Nabi. Peristiwa-peristiwa seperti


kelahiran, peperangan dan kewafatannya.

Mengandungi unsur dakwah yang ketara iaitu unsur kemuliaan, agama Islam dan kelebihan Nabi
Muhammad (s.a.w)

Dapat memberi pahala dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca, mendengar dan menyimpannya.
Dapat berbicara dengan malaikat

Dapat melihat wajah malaikat dan menerima wahyu

Mengetahui kejadian akan datang – ajalnya

Disayangi oleh keluarga, sahabat, rakyat dan alam ghaib ( Allah, malaikat)

Bercahaya dengan Nur keimanan

KELEBIHAN ATAU MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W. SEPERTI YANG DIGAMBARKAN DALAM
KESELURUHAN CERITA “INILAH HIKAYAT PERI MENYATAKAN NABI WAFAT”.

Nabi Muhammad SAW dapat melihat wajah malaikat (Jibrail dan Malaikat Maut. Nabi Muhammad
SAW dapat melihat, menjawab salam, bersemuka dan berdialog dengan para malaikat ketika
malaikat melawat baginda untuk memberitahu bahawa ajalnya semakin hampir

Nabi Muhammad dapat mengetahui saat kematiannya. Ajalnya semakin hampir dengan kedatangan
Malaikat Maut. Kehadiran Malaikat Jibrail dan Malaikat Maut ke rumahnya an meminta baginda
membacakan ayat berkaitan dengan hal kematian, menyebabkan secara spontan Rasulullah SAW
dapat menafsirkan kehadiran tersebut.

Pusat Nabi Muhammad SAW menjadi sebab/asbab muka Akasyah bercahaya-cahaya setelah
mencium pusat baginda. Akasyah sahabat nabi mengambil peluang sebagai kafarah “tebusan dosa”
Rasulullah SAW terhadapnya ialah dengan mengambil peluang mencium pusat Rasulullah SAW.
Peluang keemasan yang tidak diberikan kepada orang lain. Pusat Nabi Muhammad SAW
menyebabkan muka Akasyah menjadi bercahaya-cahaya merupakan antara salah satu kelebihan atau
mukjizat Nabi

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dan dapat berbicara dengan para malaikat

77
PERISTIWA YANG MEMBAWA PENGIKTIRAFAN AKASYAH SEBAGAI BAKAL AHLI SYURGA SEPERTI
YANG OLEH RASULULLAH S.A.W.

Keberanian dalam menuntut kebenaran dan hak. Akasyah berani menuntut kebenaran dengan
mendakwa bahawa Rasulullah ada “berhutang” dengannya iaitu “hendak membalas pukulan cemeti
Rasulullah yang terkena anggota badannya ketika Rasulullah hendak keluar berperang di jalan Allah
(Fi Sabilillah)”. Beliau menyahut seruan Rasullullah agar kewafatannya nanti tidak menanggung
sebarang hutang di dunia dan akhirat. Menunjukkan kejujurannya bahawa Rasulullah SAW ada
melakukan kesilapan (walaupun maksum- terhindar daripada kekurangan/cacat cela).Berani
menuntut hak penting dan membayar hutang penting agar kita mendapat balasan yang setimpal di
akhirat. Tindakan ini memaparkan kelebihan Akasyah yang berani menyatakan kebenaran walaupun
kesalahan dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ketegasan dan keadilan dalam melaksanakan hukum. Akasyah benar-benar mahu melakukan qisas
(hukum balas) sehingga menyebabkan Rasulullah terpaksa membuka bajunya (sama keadaan
Akasyah yang terkena pukulan cemeti Rasulullah SAW dalam keadaan ketika itu Akasyah juga tidak
berbaju. Meskipun ramai sahabat dan anggota keluarga Rasulullah SAW mahu menggantikan beliau,
namun beliau tetap bertegas mahu menjalankan hukum qisas itu. Hal ini menggambarkan hukum
qisas ini tidak boleh dipermudahkan dan boleh digantikan hukumannya kepada orang lain. Sekiranya
Akasyah tidak melaksanakan hukum qisas dengan tegas dan adil, maka orang yang tidak bersalah
akan terinaya. Ketegasan ini akhirnya Rasulullah SAW menyimpulkan bahawa Akasyah termasuk
sebagai ahlul Jannah (bakal ahli syurga), kerana berani menjalankan hukum qisas (balasan) tanpa
mengira darjat, kedudukan dan pangkat (berpegang teguh kepada syariat agama).

Mengampuni orang lain. Kesudian Akasyah mengampunkan Rasulullah SAW dengan syarat dapat
memenuhi impiannya mencium pusat Rasulullah. Akasyah akhirnya tidak jadi memalu Rasulullah
setelah terlihat pusat Rasulullah SAW, sebaliknya segera mengambil peluang mencium pusat
Rasulullah iaitu keiiginannya yang sudah lama tersimpan dalam hatinya. Balasan qisas yang terbatal
itu menyebabkan sidang jumaah mengucap salam dan takjub kepada sendirian Akasyah. Kesannya,
muka Akasyah bercahaya-cahaya seumpama bulan penuh setelah mencium pusat Rasulullah SAW
(kelebihan yang diberi oleh Allah SWT). Kesimpulannya, tindakan pembatalan hukum qisas inilah
dianggap oleh Rasulullah saw bahawa Akasyah adalah ahlul jannah (bakal ahli syurga)

TANGGUNGJAWAB NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI PEMIMPIN UMAT

Bertanggungjawab dalam menyebarkan wahyu Allah dan Islam. Nabi Muhammad (S.A.W) merupakan
nabi akhir zaman dan kekasih Allah S.W.T. Baginda menerima wahyu dan menyebarkan wahyu
tersebut kepada umat Islam agar umat Islam dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Contoh ketika baginda mengetahui bahawa baginda akan wafat tidak lama lagi, baginda telah ke
masjid dan mengimamkan umatnya kali terakhir dan seterusnya menyampaikan wasiat dan amanat.
Antaranya ialah jangan meninggalkan solat lima waktu dan wajib melunaskan hutang secepat
mungkin. Hal ini dilakukan agar umat Islam terus mempraktikan amalan yang baik agar mendapat
balasan syurga di akhirat kelak.

Bertanggungjawab sebagai pemimpin umat / khalifah.


Bertanggungjawab dalam memberi nasihat dan pengajaran kepada umat
Bertanggungjawab dalam memastikan unat Islam sentiasa menunaikan solat dan solat berjemaah
Bertanggungjawab melantik khalifah yang bakal menggantikan Baginda
Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dengan bijaksana

78
PEMIKIRAN

Percaya kepada Allah Taala. Kepercayaan kepada Allah ialah keyakinan kita kepada Allah dengan
beriman kepada-Nya. Ini adalah termasuk salah satu daripada rukun iman. Mereka yang beriman
kepada Allah akan dijanjikan ganjaran pahala.

Beribadat kepada Allah. Soal beribadat kepada Allah tidak boleh dipandang ringan sebaliknya perlu
kesungguhan dan keikhlasan mengabdi diri kepada-Nya. Seseorang yang sentiasa memberati ibadat
akan melaksanakan segala tuntutan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.Contohnya
Rasulullah walaupun dalam keadaan sakit dan hampir kepada kewafatan masih lagi solat berjemaah
di masjid.

Menjauhi segala maksiat. Seseorang yang menjaga imannya akan cuba menghindari diri daripada
melakukan maksiat serta larangan Allah. Malah mereka yang membuat maksiat hidupnya tidak
mendapat keberkatan dan akan mendapat balasan dosa.

Tidak meninggalkan sembahyang lima waktu. Kewajipan solat merupakan salah salah daripada Rukun
Islam. Solat merupakan tiang agama yang menjadi kekuatan iman sesoarang. Ini kerana solat mampu
mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar. Di saat hampir kewafatan Rasulullah
masih lagi menunaikan solat. Baginda telah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila tiba di
masjid baginda solat sunat dan menjadi imam solat berjemaah.

Kelebihan dan keistimewaan Rasulullah. Banyak keistimewaan yang dimiliki oleh Rasulullah iaitu
diangkat sebagai kekasih Allah, dipermulia oleh para malaikat, memiliki mukjizat

Kasih sayang. Nabi sangat menyayangi ahli keluarga dan umatnya. Begitulah sebaliknya, Fatimah
sangat menyayangi baginda selaku bapanya.

Ketentuan Allah/takdir Ilahi. Nabi adalah insan yang menerima takdir atau ketentuan Ilahi bahawa
umurnya akan berakhir.

Berani mengakui kesilapan diri. Rasulullah mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang
telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya.

Sikap pemaaf. Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai nabi
Muhammad.

Kewajipan melunaskan hutang. Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun
hutang itu bukan berbentuk material. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh Akasyah sebagai
salah satu cara melunaskan hutang piutangnya sebelum beliau wafat.

79
CITRA MASYARAKAT YANG TERDAPAT DALAM KARYA TERSEBUT.

Masyarakat yang penyayang. Perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat akan memasti
kehidupan yang harmoni. Tanpa perasaan tersebut akan menjadikan sesebuah masyarakat itu
berpecah belah. Rasulullah (saw) amat menyayangi umatnya. Setelah diberitahu oleh Malikul Maut
berita kemangkatannya, banginda terus menangis. Banginda menangis bukan kerana sayang kan
dunia atau sayang untuk meninggalkan ahli keluarganya, tetapi banginda menangis kerana
bimbangkan umatnya akan terpesong keimanannya setelah ketiadaan banginda .Banginda juga amat
menyayangi puterinya Fatimah dan meminta untuk mencium rambut puterinya.

Masyarakat yang bertanggungjawab / Amanah. Sikap tanggungjawab dalam masyarakat terutama


dalam kalangan pemimpin akan memastikan lahirnya masyarakat yang maju dan sejahtera.
Pemimpin yang tidak bertanggungjawab menyebabkan wujud ketidakadilan dan ini memberi kesan
dalam usaha pembangunan sesebuah masyarakat. Rasulullah (saw), walaupun baginda mengetahui
bahawa baginda akan kembali kerahmatullah, baginda masih lagi menjalankan tanggungjawabnya
iaitu mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah kepada ahli jemaah. Baginda juga berwasiat
kepada ahli Jemaah/umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah, menjaga solat dan tidak
menganiaya anak-anak yatim.

Masyarakat yang mengakui kesalahan /Merendah diri. Mengakui kesalah diri adalah sifat yang mulia.
Tanpa sikap ini akan melahirkan masyarakat yang hipokrit dan memntingkan diri sendiri. Rasulullah
(saw) adalah seorang yang sangat mulia.Walaupun baginda seorang rasul Allah, namun baginda sedia
bertanggung jawab terhadap kesalahannya terhadap orang lain. Contohnya, kesalahannya,
walaupun tidak sengaja terpukul Akasyah dengan camti kudanya, baginda telah meminta Akasyah
membalas pukulan tersebut.

Masyarakat yang redha dengan takdir Allah. Setiap kejadian yang berlaku mesti mempunyai hikmah
disebaliknya. Setiap masalah yang timbul juga pasti ada jalan penyelesaiannya yang penting
masyarakat hendak berusaha dan redha menerimanya. Insan yang beriman sentiasa redha dengan
ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Rasulullah (saw) redha dengan ketentuan Allah bahawa
masanya sudah sampai.

Masyarakat yang taat perintah Allah. Sebagai hamba, kita seharusnya taat perintah Allah. Rasulullah
(saw) dalam keadaan gering masih mampu menjadi imam dan menyampaikan khutbah untuk
umatnya. Walaupun terpaksa dipapah, baginda masih ke masjid bagi menunaikan perintah Allah
sebagai rasul untuk menyebarkan syiar Islam. Saat akhir baginda meninggalkan beberapa wasiat agar
umatnya tidak terpesong dari landasan Islam.

Masyarakat yang prihatin. Rasulullah s.a.w adalah seorang rasul amat prihatin kepada umatnya.
Beliau sentiasa mengingatkan umatnya supaya sentiasa beriman kepada Allah SWT. Sehingga pada
saat akhir hidupnya baginda masih lagi berpesan kepada umatnya agar sentiasa hidup berpegang
pada agama Allah.

80
NILAI KEMANUSIAAN

Pendahuluan
Berbentuk naratif
Berlatarkan sejarah islam sebenar
Dimasukkan unsur mitos dan lagenda
Mengandungi unsur kehebatan, ketokohan, keagungan dan mukjizat yang dimiliki Rasullullah
Penciptanya adalah untuk dijadikan sebagai alat dakwah

Nilai kasih sayang. Penyayang terhadap kepada sahabat, keluarga dan umat baginda. Rasulullah SAW
amat menyayangi umatnya. Setelah diberitahu oleh Jibrail tentang masanya hampir tiba maka
banginda terus menangis. Banginda menangis bukan kerana sayangkan dunia atau sayang untuk
meninggalkan ahli keluarganya, tetapi banginda menangis kerana bimbangkan umatnya akan
terpesong keimanannya setelah ketiadaan banginda. Banginda juga amat menyayangi puterinya
Fatimah dan meminta untuk mencium rambut puterinya. Oleh itu, baginda telah meninggalkan
amanat dalam khutbah terakhir baginda. Melalui khutbah, baginda telah menekankan tentang solat,
hutang, tidak menganayai anak yatim dan lain-lain lagi.

Nilai kasih sayang. Kasih sayang yang ditunjukkan tanpa berbelah bagi,Nabi Muhammad saw sangat
menyayangi anaknya Siti Fatimah ini dapat dibuktikan berdasarkan tindakan Nabi Muhammad
memujuk anaknya supaya tidak masyghul dan menangis sekiranya baginda akan meninggalkan
Fatimah.

Bertanggungjawab/Amanah. Seorang pemimpin yang bertanggungjawab akan menjalankan


tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi agar pengurusan pemerintahan berjalan dengan lancar.
Meskipun Rasulullah SAW mengetahui bahawa baginda akan kembali ke rahmatullah, baginda masih
lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin iaitu dengan mengimamkan solat
dan menyampaikan khutbah kepada sidang jemaah. Baginda juga berwasiat kepada sidang umatnya
agar sentiasa beriman kepada Allah, menjaga solat dan tidak menganiaya anak-anak yatim.

Nilai Amanah. Kepercayaan yang dipikulkan ke atas seseorang individu dalam melaksanakan
tugasnya walaupun terpaksa menemuh dugaan yang getir, Nabi Muhammad biarpun berada dalam
keadaan gering dan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan baginda masih menyampaikan khutbah
jumaat dengan menasihati para Jemaah agar menjadi insan yang terbaik dan saling maaf memaafi.

Mengakui kesalahan/Merendah diri. Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat mulia sahsiahnya.
Walaupun baginda seorang rasul Allah dan pemimpin, namun baginda sangat merendah diri dan
mengakui kesalahan yang dilakukan. Contohnya, meskipun baginda tidak sengaja terpukul Akasyah
dengan tali cemetinya, namun baginda menerima hukuman yang hendak diberikan oleh Akasyah. Hal
ini menyebabkan Baginda disayang dan dihormati oleh umatnya.

Redha dengan takdir Allah. Menerima ketentuan takdir apabila sampai masa saat kematian. Insan
yang beriman sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Rasulullah SAW
redha dengan ketentuan Allah bahawa masanya sudah sampai dan berada dipenghujung nyawa.
Baginda menasihati anak dan isterinya supaya tidak menangisi kematianya.

Taat perintah Allah. Sebagai hamba, kita seharusnya taat perintah Allah. Rasulullah SAW dalam
keadaan gering masih mampu menjadi imam dan menyampaikan khutbah untuk umatnya. Walaupun
terpaksa dipapah, baginda masih ke masjid bagi menunaikan perintah Allah sebagai rasul untuk
menyebarkan syiar Islam. Saat akhir baginda meninggalkan beberapa wasiat agar umatnya tidak
terpesong dari landasan Islam.

81
Prihatin. Rasulullah SAW adalah seorang rasul yang amat prihatin terhadap umatnya. Beliau sentiasa
mengingatkan umatnya supaya sentiasa beriman kepada Allah SWT. Sehingga pada saat akhir
hidupnya, baginda masih lagi berpesan kepada umatnya agar sentiasa hidup dengan berpegang pada
ajaran agama Allah.

Nilai berbudi mulia. Ketinggian akhlak yang ditunjukkan dengan mengakui kesilapan yang pernah
dilakukan biarpun kesilapan yang dilakukan sebenarnya tidak disengajakan. Nabi Muhammad
mengakui kesilapannya memukul cameti yang terkena pada badan Aksyah dan baginda rela dupkul
oleh Aksyah sebagai balasan akibat daripada perbuatannya itu.

1. Beriman kepada Tuhan


2. Kepentingan membayar hutang
3. Benar dan berani mengakui kesilapan diri / berperang dan memperjuangkan Islam
4. Pemimpin yang prihatin, adil dan bijak
5. Menasihati / Prihatin – sampaikan anamat
6. Percaya kepada kewujudan malaikat
7. Percaya kepada Nabi Muhammad (S.A.W) –nabi akhir zaman sahabat,

IKTIBAR / PENGAJARAN CERITA:

Jadilah insan yang bertanggungjawab. Seorang pemimpin seharusnya bertanggungjawab ke atas


umat yang dipimpinnya. Pemimpin yang dirahmati oleh Allah SWT adalah pemimpin yang sedar akan
amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya. Rasulullah SAW menangis di hadapan Jibrail apabila
sedar masa baginda semakin hampir. Baginda bimbang umatnya akan terpesong akidah kerana tiada
bimbingan kelak. Oleh itu baginda telah memberikan amanat ketika khutbah yang terakhir. Baginda
juga mengimamkan solat dan melantik khalifah untuk menggantikannya. Kita perlu
bertanggungjawab di atas segala perbuatan kita. Berdasarkan kepercayaan Islam, segala perbuatan
kita akan mendapat balasan atau ganjaran di hari akhirat kelak.

Hendaklah amanah dalam menjalankan tugas. Amanah merupakan satu tanggungjawab yang amat
berat yang harus dipikul oleh seseorang. Jika kita tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan, kita
sewajarnya tidak menerima amanah yang diberi. Malaikat Jibrail dan Malikul maut amanah dalam
melaksanakan perintah Allah SWT untuk mengambil nyawa Rasulullah walaupun Rasulullah adalah
kekasih Allah yang lebih istimewa daripada nabi-nabi yang lain.

Jadilah insan yang pemaaf. Hendaklah baik hati dan tidak berdendam. Berdendam merupakan sifat
keji dan tidak bermaruah. Ianya menjadi kemurkaan Allah SWT kerana ia boleh memusnahkan
kehidupan manusia. Akasyah merupakan seorang umat nabi Muhammad SAW yang baik hati dan
tidak berdendam terhadap Rasulullah SAW kerana dia sebenarnya tidak berniat langsung untuk
memalu Rasulullah SAW, tetapi ingin mencium pusat Rasulullah. Sifat Akasyah ini dibalas oleh Allah
SWT dengan menjadikan mukanya bercahaya-cahaya seperti bulan purnama empat belas haribulan
dan suaranya seperti burung dalam Syurga. Nabi Muhammad SAW juga menyatakan kepada sidang
jumaah, jika sesiapa ingin melihat rupa orang dalam syurga lihatlah kepada Akasyah. Jelaslah di sini
bahawa orang tidak berdendam akan mendapat rahmat dari Allah. Akasyah adalah insan yang
pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai nabi Muhammad.

82
Kita hendaklah melunaskan hutang. Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya
sekalipun hutang itu bukan berbentuk material. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh Akasyah
sebagai salah satu cara melunaskan hutang piutangnya sebelum beliau meninggal dunia.

Pemimpin yang menyanyangi umatnya / Hendaklah menyayangi keluarga sendiri. Hendaklah


berkasih sayang antara satu sama lain. Sifat kasih sayang adalah penghubung ikatan silatulrahim.
Ikatan kasih sayang antara satu sama lain akan melahirkan masyarakat yang hidup dalam keadaan
damai dan harmoni tanpa ada persengketaan. Para sahabat, ahli keluarga dan jemaah Rasulullah
SAW bersedih dan menangis apabila mengetahui Rasulullah SAW akan kembali ke rahmatullah. Ini
membuktikan bahawa wujudnya sifat kasih sayang yang mendalam dalam kalangan umat Nabi
Muhammad SAW dengan baginda.

Nabi sangat menyayangi anaknya Fatimah. Begitulah sebaliknya, Fatimah sangat menyayangi baginda
selaku bapanya.

Hendaklah menerima ketentuan takdir Ilahi. Hendaklah kita sedar iaitu mati itu pasti. Setiap benda
yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan mati. Tidak ada satu benda hidup pun di dunia ini akan
kekal selamanya termasuklah nabi. Nabi Muhammad yang menjadi kesayangan Allah SWT itu juga
terpaksa menjalani proses kematian dan nyawanya akan dicabut oleh Malikat Maut. Para sahabat,
ahli keluarga dan jemaah Rasulullah bersedih dan menangis apabila mengetahui Rasulullah akan
kembali ke rahmatullah. Siti Fatimah, sedih dan menangis kerana terlalu sayang akan Rasulullah. Jadi
sebagai manusia kita harus menerima hakikat bahawa kematian pasti akan menjelma jua.

Kita hendaklah berani mengakui kesilapan diri. Nabi mengakui kesilapan perbuatannya ketika
peperangan yang telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya.

MESEJ PENGARANG

Pengarang ingin mengingatkan tentang kematian itu pasti. Masyarakat seharusnya mengingati
kematian. Dengan mengingati kematian akan membentuk masyarakat yang beriman dan takut
melakukan kemungkaran. Sebaliknya masyarakat yang leka dengan kehidupan dan tidak
menghiraukan hari kematian pasti akan alpa dengan kehidupan di dunia dan terlibat dengan gejala
maksiat. Contohnya, Nabi Muhammad s.a.w walaupun baginda merupakan Rasul Allah , namun tetap
juga diambil nyawanya oleh malaikat. Kesan/Penerapan dalam kehidupan: membentuk peribadi
yang taat kepada agama dan sentiasa mengingati kematian .

Pengarang ini menekankan tentang tanggungjawab menjelaskan hutang, Setiap umat Islam harus
mengambil iktibar akan tanggungjawab untuk menjelaskan hutang. Sekiranya hutang tidak
dijelaskan sudah pasti akan mewujudkan suasana yang tidak harmoni. Nabi Muhammad apabila
mengetahui ajalnya hamper tiba, telah mengeluarkan arahan kepada umat Islam di Madinah agar
menyatakan kepada baginda sekiranya baginda ada berhutang dengan sesiapa. Baginda telah
sanggup dan bersedia untuk dipukul oleh Akasyah kerana malu berdepan dengan Allah nanti. Kesan /
Penerapan dalam kehidupan: membentuk sikap bertanggung jawab untuk melangsaikan hutan

83
Pengarang ingin mendidik tentang adab menghadapi kematian insan tersayang. Islam telah
mengariskan adab yang betul dan harus dipatuhi apabila berdepan dengan kematian orang yang
tersayang. Kita hanya dibenarkan untuk bersedih di dalam hati dan mengalirkan air mata tanda
kesedihan. Sekiranya adab ini tidak dipatuhi sudah pastilah kita akan sentiasa berada dalam
kesedihan. Kesan / Penerapan dalam kehidupan: membentuk peribadi yang taat kepada agama dan
sentiasa memelihara adab dan tingkah laku

Mempercayai Allah Taala. Kepercayaan kepada Allah ialah keyakinan kita kepada Allah dengan
beriman kepadaNya. Ini adalah termasuk salah satu daripada rukun iman. Mereka yang beriman
kepada Allah akan dijanjikan ganjaran pahala.

Menjauhi segala maksiat. Seseorang yang menjaga imannya akan cuba menghindari diri daripada
melakukan maksiat serta larangan Allah. Malah mereka yang membuat maksiat hidupnya tidak
mendapat keberkatan dan akan mendapat balasan dosa.

Tidak meninggalkan sembahyang lima waktu. Kewajipan solat merupakan salah salah daripada Rukun
Islam. Solat merupakan tiang agama yang menjadi kekuatan iman sesoarang. Ini kerana solat mampu
mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar. Di saat hampir kewafatan Rasulullah
masih lagi menunaikan solat. Baginda telah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila tiba di
masjid baginda solat sunat dan menjadi imam solat berjemaah.

PENGGUNAAN UNSUR AGAMA ISLAM YANG TERSELIT DI DALAMNYA DENGAN CONTOH-


CONTOH YANG SESUAI.

- penggunaan Bahasa Asing iaitu Bahasa Arab –Rasulullah SAW, Kadhi Rabbul Jalil

- penamaan watak - menggunakann nama Islam – Rasulullah, Fatimah dll jawatan2 dlm Islam –
bilal (bilal Malek)

- Penerapan unsur doksologi – pendahuluan cerita di mulai dengan bacaan ayat-ayat Al-quran
begitu juga pada kesudahan cerita - penggunaan ayat-ayat suci al-Quran – Innaka nayyitun
ilaikum yaumi qiyamati…

- Isi cerita berkaitan dengan rukun Iman dalam Islam


- kewujudan – Jibrail,Mikail, Malikul Maut
- hari kiamat, siratal mustaqim, syurga dll
- percaya saat kmatian akan tiba
- sembahyang 5 waktu, menjauhi maksiat

84
FUNGSI SASTERA KEAGAMAAN DALAM MASYARAKAT.

Alat berdakwah. Cerita memperlihatkan kehebatan, ketokohan keagongan dan mukjizat yang dimiliki
baginda Rasulullah dalam menyebarkan dakwah. Malaikat datang melawat dan memberitahu
bahawa ajal baginda sudah hampir. Peristiwa ini menunjukkan kehebatan nabi yang boleh berbicara
dan melihat malaikat. Bertujuan agar masyarakat setempat dapat menerima agama Islam dengan
mudah memandangkan mereka telah diperkenalkan dengan cerita-cerita tentang nabi dan kebesaran
Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Dengan cara ini penyebaran agama Islam semakin menerima
agama Islam dan menolak kepercayaan sebelumnya secara beransur-ansur.

Alat menggambarkan keagongan dan kebesaran Allah. Gambaran keangongan dan kebesaran Allah
dengan wujudnya makhluk Allah selain manusia seperti malaikat dan para bidadari dalam syurga,
serta pembalasan di akhirat dan wujudnya syurga dan neraka. Kewujudan malaikat yang bertandang
ke rumah nabi, dan peristiwa yang membawa kepada percakapan nabi bahawa Akasyah akan
menjadi ahli syurga membuktikan bahawa syurga itu wujud. Menunjukkan kebesaran Islam. Agama
Islam adalah agama kebenaran dan suci. Menerusi hikayat nabi ini, kelebihan tokoh dan keagungan
Tuhan serta ketinggian martabat di ceritakan dengan jelas berbanding dengan kepercayaan-
kepercayaan terdahulu. Oleh itu masyarakat lebih mudah menerima agama Islam.

Alat menggambarkan kemuliaan Rasul. Kemuliaan Rasulullah tergambar melalui keistimewaan yang
terdapat pada baginda, seperti bertemu dengan Malikul Maut yang ingin mengambil nyawanya.
Berfungsi untuk mengagungkan dan mengangkat martabat Nabi serta agama Islam. Hal ini penting
dalam penyebaran agama Islam agar masyarakat yang memeluk agama Islam akan merasa kagum
dan percaya. Isinya dapat mengambil tempat mengantikan epik-epik Hindu yang sudah lama
bertapak di Alam Melayu. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi penerimaan pembaca
terhadap agama Islam.

Alat didaktik. Unsur didaktik disampaikan secara langsung melalui beberapa amanat terakhir
Rasulullah iaitu seperti sentiasa beriman dan berpegang kepada Islam, menunaikan sembahyang lima
waktu serta mengasihi anak-anak yatim. Memberi pengajaran dan teladan yang berkaitan dengan
pendidikan Islam. Selain itu, pembaca juga diharap dapat mengikuti tatacara kehidupan nabi dan
kemuliaan sifat-sifat yang ada pada baginda seperti tabah, sabar, berusaha, beriman dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya. Cerita juga berkisar tentang memberi petunjuk
agar mengikuti ajaran rukun Islam. Pengarang juga menggunakan teknik balasan serta ganjaran. Ini
adalah untuk mengeksploitasi sifat manusia yang takut akan balasan dan ghairah akan ganjaran. Ia
berkesan untuk menyuruh manusia berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat.

85
BAB 4
SASTERA KETATANEGARAAN (SASTERA ADAB)

TAKRIF/KONSEP

Kesusasteraan ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab. Genre ini menjelaskan tentang
petunjuk, padduan, amalan, dan peraturan bagi golongan pentadbir termasukraja dan pegawai istana
lain seperti menteri, wazir, utusan, penulis surat, hulubalang, dan ulama dalam urusan dan
pentadbiran sesebuah negara. Unsur sejarah terdapat dalam karya ini tetapi tidak menjadi teras
perbincangan yang dititikberatkan. Dalam karya seperti ini terdapat penerangan secara
naratifcaramentadbir sesebuah negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu,
khususnya raja-raja timur tengah sama ada beragma Islam mahupun yang bukan beragama Islam.
Selain naratif tentang raja-raja, terdapat juga naratif tentang Khalifah al-Rasyidin terutamanya
tentang Umar al-Khattab. Kesemua karya ketatanegaraan Melayu Tradisional berteraskan Islam

Karya yang menjadi petunjuk kapada golongan raja-raja dari segi mentadbirkan negara. Kandungan
kitab ketatanegaraan merupakan penerangan secara naratif (cerita) cara mentadbirkan sesuatu
negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu kala khususnya raja-raja dari Timur
Tengah. Contoh karya :

1. Taj al Salatin – Bukhari al-Jauhari


2. Bustan al-Salatin – Nuruddin al-Raniri
3. Nasihat Segala Raja-raja – Syeikh Abdul Kadir

Dikenali juga sbg sastera adab yang menjadi petunjuk kepada golongan raja-raja untuk mentadbir
negara. Ia lahir dalam zaman kerajaan aceh dan merupakan saduran bahasa Arab. Dua buah karya yg
terkenal ialah Bustanus Salatin (Taman Raja-raja) tulisan Nuruddin al-Raniri atas perintah Sultan
Iskandar Thani dan Tajul Salatin (Mahkota Raja-raja) tulisan Bukhari al-Jauhari

CIRI-CIRI SASTERA KETATANEGARAAN SECARA UMUM

Tema- isinya kaya dengan petunjuk, nasihat, panduan dan pengajaran terutama kepada raja-raja.
Dimuatkan soal-soal cara hubungan rakyat dengan pemerintah dan tanggungjawab menteri serta
golongan pentadbir. Contohnya, Kitab Tajul Salatin bab 6 menyebut cara-cara mentadbir dan
menjalankan tugas bagi mewujudkan keselamatan, keamanan serta keadilan. Bustanus Salatin fasa 3
pula menyebut tentang raja-raja yang adil serta pembesar yang arif. Fasa 4 menyebut tentang raja-
raja yang soleh dan wali Allah

Mengandungi falsafah @ firasat pemikiran yang tinggi. Contohnya bustanus Salatin fasal 1 – 7
menyebut tentang unsur-unsur pengajaran, pendidikan & amalan hidup islam yang tinggi serta tidak
boleh ditandingi agama lain. Ia boleh dijdikan teladan bukan sahaja untuk raja & pembesar tetapi utk
semua peringkat masyarakat kerana isinya mengandungi aspek-aspek seperti cara mendidik anak,
tentang pekerti yang baik, tanggungjawab pemerintah dan hubungan sesama manusia

86
Watak Perwatakan- Kisah-kisah yg berkaitan dengan nabi2 serta tokoh2 islam terkenal. Kisah-kisah
ini bertujuan untuk dijadikan teladan serta contoh dari segi kelakuan, sifat & tindak tanduk dalam
semua hal pentadbiran negeri. Tajul Salatin bab 5 memuatkan kisah nabi-nabi yang memerintah
sebagai raja hingga kepada Nabi Muhammad SAW serta diganti pula dengan 4 org khalifah iaitu Abu
Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Menerusi bab tajus yang dikaji watak perwatakanyang berkaitan
adalah raja, pembesar dan pegawai. Bab yang dikaji menerangkan 10 syarat yang perlu dipatuhi oleh
mereka.

Bercirikan kekitaban dari segi teknik penulisan – Penggunaan bab serta fasal. Contohnya Tajul Salatin
mengandungi 24 fasal menyentuh bermacam-macam hal tentang kehidupan manusia di dunia
terutama dari segi moral manakala Bustanus Salatin mengandungi 7 bab yang terdiri dari 40 fasal.
(lihat karya tajul salatin dan Bustanus salatin)

Berkisar pada undang-undang perlembagaan yang diambil daripada sumber Islam (tidak bercampur
aduk daripada sumber lain).

Mengandngi filsafat pemikiran yang tinggi. Banyak dimasukkan petikan-petikan dari ayat al-quran
dan hadis-hadis nabi.

Kaya dengan filsafat/falsafah pemikiran Islam yang tinggi

Berperanan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menimbulkan keinsafan di kalangan
umat manusia.

Bahagian awal bab mengandungi maklumat tentang akidah dan soal-soal ketuhanan.

MAKSUD SASTERA KETATANEGARAAN DAN CIRI-CIRINYA.

Sastera ketatanegaraan merupakan cerita yang mengandungi panduan, tatacara, peraturan dan
kaedah yang penting kepada raja bagi memerintah sesebuah Negara dengan adil. Karya ini juga
dikenali sebagai sastera adab dan mengandungi cara-cara pentadbiran sesebuah Negara dan sistem
perundangannya. Sastera ini lebih bercorak keagamaan dan mengandungi panduan bagi setiap raja.
Dan bakal pemerintah. Karya-karya sastera ini ialah Tajus Salati dan Bustanus Salatin. Ciri-ciri sastera
ketatanegaraan adalah seperti berikut:-

Bentuknya yang bersifat keagamaan. Karya yang bersifat undang-undang dan peraturan
bersumberkan Islam. Sastera ini merupakan saduran dari Arab Parsi dan ia lahir sewaktu zaman
pengaruh Islam. Tokoh yang menulisnya merupakan tokoh agama. Contoh karya Butanus Salatin
yang dituli oleh Bhukari al-Jauhari. Ia mengandungi 7 fasal dan menghuraikan aspek-aspek berikut :-

1. Bab 1 - mengishkan kejadian alam iaitu langit dan bumi


2. Bab 2 - mengisahkan kisah yang berkaitan dengan nabi dan rasul
3. Bab 3 - mengisahkan perihal kisah khalifah-khalifah seperti Amirul mukminin untuk
dijadikan panduan
4. Bab 4 - mengisahkan tentang ciri-ciri dan panduan untuk menjadi pemimpin,
pembesar dan pegawai

87
TAJ US SALATIN
SYARAT-SYARAT YANG HARUS DIPELIHARA OLEH RAJA, MENTERI DAN PEGAWAI

Syarat-syarat Yang Harus Dipelihara Oleh Syarat-syarat Yang Harus Syarat-syarat Yang Harus Dipelihara
Segala Raja Dipelihara Oleh Segala Menteri Oleh Segala Pegawai
Syarat pertama raja hendaklah adil. Iaitu Syarat pertama. Menteri
Syarat pertama. Pegawai hendaklah
merasakan dirinya seperti kedudukan hendaklah memberi khidmat mendahulukan perintah Allah dan
pengadu masalah. yang terbaik kepada rakyat. menyedari bahawa raja juga
makhluk Allah.
Syarat kedua. Raja hendaklah sedia Syarat kedua. Menteri Syarat kedua. Pegawai hendaklah
menerima aduan rakyatnya dengan sifat hendaklah berterima kasih menghargai pemberian raja dan
terbuka dan mengalu-alukan kedatangan kerana pemberian raja dan memuliakan rajanya.
rakyat. anugerahnya.
Syarat ketiga. Raja hendaklah beriman dan Syarat ketiga. Menteri Syarat ketiga. Pegawai hendaklah
jangan mengikut nafsu. hendaklah berbelanja dengan menjaga tutur kata di depan raja
kebenaran raja. Perbelanjaan dan menyembunyikan apa-apa
hendaklah mengikut keperluan perkara yang sukar tentang
dan tidak membazir. dirinya.(Baca kisah dalam teks)

Syarat keempat. Raja hendaklah Syarat keempat. Menteri Syarat keempat. Pegawai harus
menghukum dengan sabar, lemah lembut hendakalah mencari sumber memelihara maruah raja/menjaga
dan menghindarkan rasa kebencian harta bagi raja. martabat raja
terhadap pelaku. Rujuk kisah Raja Ma'mun.
Syarat kelima. Raja hendaklah menghukum Syarat kelima. Menteri Syarat kelima. Pegawai hendaklah
demi mendapat keredaan Allah. hendaklah menyediakan segala lebih takut (taqwa) kepada Allah
Menghukum dengan kebenaran (hak). keperluan raja, pakaian dan berbanding rajanya.
kenderaan raja.
Syarat keenam. Raja hendaklah ingat Syarat keenam. Menteri Syarat keenam. Pegawai hendaklah
bahawa segala pekerjaannya itu akan hendaklah mengingatkan raja menyempurnakan segala pekerjaan
mendapat balasan kebajikan di dunia dan supaya jangan melanggar dunia raja namun jangan lupa
akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat dosa, hukum syarak. dengan pekerjaan akhirat dirinya.
dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.
Syarat ketujuh. Raja hendaklah Syarat ketujuh. Menteri Syarat ketujuh. Pegawai hendaklah
menghormati golongan bijak pandai (orang hendaklah menegur kesilapan jangan bersubahat dengan raja
berilmu). Perlu bersikap merendah diri dan raja jika melanggar hukum untuk menaniaya rakyat, kerana
tidak berbangga dengan kedudukannya syarak. dirinya akan mendapat balasan yang
sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang sama di akhirat kelak.
bijak pandai (pendeta) itu lebih mulia
daripada kedudukan seorang raja.
Syarat kelapan. Raja hendaklah Syarat kelapan. Menteri jangan Syarat kelapan. Pegawai jangan
menghindarkan diri daripada sikap takbur. sombong (maghrur) kerana memuji orang lain yang tidak di
pangkatnya. Jangan mengasari kenalinya di hadapan raja.
rakyat.
Syarat kesembilan. Hendaklah segera Syarat kesembilan. Menteri Syarat kesembilan. Pegawai
bertindak menyiasat aduan rakyat dan hendaklah mencari harta untuk hendaklah menunjukkan kepada
menyegerakan hukuman demi menjaga dirinya sekadar memenuhi raja dahulu akan segala milik
kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri keperluan dirinya sahaja dan kesukaannya.
terhadap sebarang aduan rakyat, ia akan jangan berlebih-lebihan.
menyebabkan rakyat rasa teraniaya.
Syarat kesepuluh. Raja hendaklah bijaksana Syarat kesepuluh. Menteri Syarat kesepuluh. Pegawai
dan berhati-hati terhadap rakyat yang hendaklah mencari maklumat hendaklah menjaga tutur kata dan
mengadu hal kepadanya. tentang keselamatan negara tingkah laku dan seluruh anggotanya
melalui maklumat rakyat jelata. apabila berhadapan dengan rajanya.

88
MAKLUMAT 1
SYARAT YANG PERLU DIPELIHARA OLEH SEGALA RAJA

Taj al Salatin ( mahkota raja-raja ) merupakan hasil nukilan Bukhari al-Jauhari. Karya ini menjadi
petunjuk kepada golongan raja-raja dari segi mentadbir negara. Kandungan kitab ketatanegaraan
merupakan penerangan secara naratif (cerita) cara mentadbirkan sesuatu negeri dengan
berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu kala khususnya raja-raja dari Timur Tengah. Ia dikenali
juga sebagai sastera adab . Terdapat beberapa syarat yang perlu diamalkan oleh raja-raja agar sistem
pemerintahan berjalan dengan lancar dan teratur.

Syarat pertama ialah raja hendaklah adil. Iaitu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu
masalah. Kitab Tajul Salatin bab 6 menyebut cara2 mentadbir dan menjalankan tugas bagi
mewujudkan keselamatan, keamanan serta keadilan.

Syarat kedua. Raja hendaklah sedia menerima aduan rakyatnya dengan sifat terbuka dan mengalu-
alukan kedatangan rakyat.

Syarat ketiga. Raja hendaklah beriman dan jangan mengikut nafsu.

Syarat keempat. Raja hendaklah menghukum dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa
kebencian terhadap pelaku. Rujuk kisah Raja Ma'mun.

Syarat kelima. Raja hendaklah menghukum demi mendapat keredaan Allah. Menghukum dengan
kebenaran (hak). Hukuman yang dikenakan keatas pesalah perlu setimpal. Jangan melampaui batas
dan jangan memalukan rakyat.

Syarat keenam, bertanggungjawab / amanat terhadap tugas. Raja hendaklah ingat bahawa segala
pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat
dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.Dalam teks Tajus Salatin, khalifah atau sultan
dikehendaki bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat dalam negaranya. Khalifah Umar al-Khatab
telah dijadikan contoh. Beliau telah keluar meronda pada waktu malam untuk melihat sendiri
keadaan rakyat jelata. Rakyat yang susah segera dibantu. Contohnya beliau telah sanggup memikul
sendiri guni yang berisi makanan untuk dibawakan kepada sebuah keluarga yang kelaparan. Malah
beliau sanggup memasak sendiri makanan untuk keluarga yang kelaparan itu.

Syarat ketujuh. Raja hendaklah menghormati golongan bijak pandai (orang berilmu). Perlu bersikap
merendah diri dan tidak berbangga dengan kedudukannya sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang
bijak pandai (pendeta) itu lebih mulia daripada kedudukan seorang raja.

Syarat kelapan. Raja hendaklah menghindarkan diri daripada sikap takbur.

Syarat kesembilan. Hendaklah segera bertindak menyiasat aduan rakyat dan menyegerakan
hukuman demi menjaga kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri terhadap sebarang aduan rakyat, ia
akan menyebabkan rakyat rasa teraniaya.

Syarat kesepuluh. Raja hendaklah bijaksana dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal
kepadanya. Raja perlu menyiasat setiap aduan dari pembesar atau rakyat dengan teliti sebelum
menjatuhkan hukuman. Kecuaian akan menyebabkan golongan tidak bersalah dizalimi. Mangsa akan
marah dan akan menentang raja.

Menjalankan dasar diplomatik yang cermat. Hubungan dengan negara luar termasuk layanan
terhadap utusan-utusan dari negara luar perlu dilakukan dengan baik. Utusan luar jangan dilayan
secara kasar. Dalam kes ‘tartar dan menarah kepala budak’ di Singapura telah berlaku serangan oleh

89
Majapahit ke atas Singapura kerana Raja Singapura melayan utusannya secara kasar dan menghina
raja Majapahit. Begitu juga sebaliknya.

MAKLUMAT 2
PEMIKIRAN DAN GAMBARAN RAJA YANG TERDAPAT DALAM TAJUS SALATIN

Jangan mengikut hawa nafsu syahwat. Sultan Mahmud Melaka digambarkan terlalu mengikut hawa
nafsu syahwatnya menyebabkan dia dibenci oleh Rakyatnya. Raja Pahang berhasrat untuk
menyerang Melaka setelah tunangannya Tun Teja dilarikan oleh laksamana ke Melaka. Tun Biajid
juga menimang lembing untuk membunuh Sultan Mahmud yang telah berlaku curang dengan
isterinya.

Raja mestilah berani. Raja hendaklah berani dan gagah. Sultan Alauddin Riayat Syah dapat dijadikan
contoh yang tepat kerana dia berani meronda pada waktu malam di Melaka untuk menghapuskan
kes pencurian. Beliau telah mengejar dan berjaya membunuh beberapa orang pencuri.

Jangan pilih kasih. Sikap mengutamakan keluarga dalam pemerintahan boleh mengundang bahaya
terhadap kerajaan. Sultan Mansur Syah telah sanggup mengeluarkan anaknya sendiri Raja
Muhammad ke Pahang setelah Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Tun Perak.

Sanggup berkorban nyawa. Raja sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan isteri dan
rakyatnya. Dalam Hikayat Pendawa Lima, Sang Bimanyu sanggup berperang, bergadai nyawa untuk
menyelamatkan isterinya Dewi Satya Sundari dari tangan musuhnya. Dalam Hikayat Raja Donan pula,
Raja Donan sanggap berperang dengan Raja Mambang demi untuk menyelamatkan ibubapanya.

Berkorban untuk negara. Mengorbankan kasih sayang terhadap isteri demi untuk keselamatan
negara. Dalam cerita legenda Puteri Sa’dung, Raja Abdullah sanggup berpisah dengan isterinya Puteri
Sa’dung untuk mengelakkan negeri Kelantan diserang oleh Raja Siam.

Memilih isteri yang setia dan bijaksana. Isteri biasanya bertindak sebagai pembantu kepada
seseorang suami dalam menyelesaikan masalah. Isteri yang curang akan mendatang masalah kepada
kesejahteraan raja dan negara. Raja Syah Riar dan Syah Zaman sanggup menjatuhkan hukuman
bunuh kepada isteri masing-masing yang telah berlaku curang.

Perihatin terhadap golongan yang lemah. Orang yang kuat dan berkuasa tidak boleh menindas
golongan yang lemah sesuka hati. Teladan ini dapat didapati dari cerita Katak membunuh gergasi.
Walapun gergasi kuat dia tidak sepatutnya bermaharaja lela bertindak sesuka hati. Akibat
perbuatannya membunuh katak-katak, dia akhirnya berjaya dibunuh oleh katak dan kawan-
kawannya.

90
MAKLUMAT 2
SYARAT MENTERI SEPERTI YANG TERGAMBAR DALAM “TAJ US-SALATIN” YANG TERMUAT DALAM
TEKS

Pengenalan [3m]

Taj Us-Salatin merupakan kesusasteraan ketatanegaraan.


Merupakan petunjuk / panduan kepada golongan pentadbir.
Ditulis dalam bentuk fasal-fasal dan pembahagian tugas kepada raja, menteri, pegawan dan rakyat.
Hujah-hujah disokong oleh petikan kitab-kitab ( m/s 100), petikan al-quran dan hadith.

Isi (20 m)

Menteri hendaklah sentiasa berbakti kepada orang bawahan. Menteri hendaklah sentiasa bersedia untuk
berbakti dengan orang bawahannya. Jika menteri bersikap pentingkan diri sendiri, sudah tentu menteri
tersebut tidak akan dapat sokongan daripada rakyat. Perbuatan menteri yang demikian juga akan menjadikan
menteri tersebut angkuh dan sombong dan seterusnya menyalahi hukum Tuhan. Oleh itu wajarlah menteri
mencurahkan bakti kepada masyarakat agar beliau melaksanakan tanggungjawab yang sebenar.

Menteri hendaklah berterima kasih atas anugerah dan pemberian raja kepadanya. Seseorang Menteri wajar
menerima anugerah yang diberikan oleh raja kepadanya. Jika menteri tidak menerima anugerah tersebut,
sudah tentu menteri akan dianggap tidak menghargai pemberian daripada seorang raja dan akan menimbulkan
kemarahan raja. Sekiranya anugerah tersebut tidak memuaskan hati, mereka hendaklah menerimanya dengan
redha.

Menteri hendaklah membelanjakan wang daripada perbendaharaan Negara secara berhemah. Menteri
hendaklah membelanjakan wang perbendaharaan Negara mengikut keperluan demi menjaga kekukuhan dan
kestabilan ekonomi. Jika boros, mungkin akan berlaku kegawatan ekonomi yang seterusnya akan menggugat
kestabilan Negara.

Menteri hendaklah mencari sumber untuk raja/ Negara. Menteri hendaklah berusaha mencari dan
mengumpulkan kekayaan untuk Negara/ raja demi kemakmuran dan keagungan Negara serta menaikkan imej
raja dimata umum. jika tidak sesebuah kerajaan akan menjadi lemah tanpa sumber yang mengcukupi dalam
melaksanakan pentadbiran. Oleh itu, menteri memainkan peranan besar dalam membantu Negara mengatasi
masalah kewangan.

Menteri yang dipilih mestilah daripada seorang yang alim dan bijaksana. Menteri yang dipilih mestilah seorang
yang alim dan bijaksana supaya dapat menasihati raja ke arah melakukan kebaikan dan tidak melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika menteri tidak dipilih di kalangan orang yang
alim dan bijaksana, sudah tentu menteri tidak dapat menasihati raja ke arah jalan kebaikan dan pentadbiran
Negara akan menjadi lemah.

Menteri tidak boleh sombong dan angkuh dengan pangkat atau darjat yang dianugerah oleh raja. Menteri
tidak boleh bertindak mengikut hawa nafsu ke atas rakyat. Ini akan menimbulkan rasa benci rakyat kepadanya
dan akhirnya akan memudaratkan diri sendiri.

Menteri bertanggungjawab menyediakan keperluan raja. Menteri hendaklah bertanggungjawa dalam


menyiapkan segala keperluan dan kelengkapan raja termasuk perkakas istana, pakaian, kenaikan atau
kenderaan.

Menteri hendaklah sentiasa bersiap-siaga dalam menjaga keselamatan negara.


Menteri sentiasa mendapatkan maklumat tentang keselamatan Negara.

91
MAKLUMAT 3
Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Syarat yang kedua, hendaklah menteri itu mengatakan syukur atas segala nikmat rajanya dan
hendaklah suka daripada segala anugerahnya dan jikalau pada kesukaannya itu sampai pada sesuatu
mudarat itu dan rugi daripada raja itu hendaklah ia hapuskan mudarat dan rugi itu daripada
sempurna bicaranya dengan segala nikmat dan anugerah yang sudah sampai padanya.

Syarat yang ketiga hendaklah menteri itu tiap-tiap hari akan suatu pekerjaan rajanya mengeluarkan
belanja dengan kebenaran datangnya itu jangan mengeluarkan belanja daripada perbendaharaan
daripada harta dari luar rajanya itu kerana segala harta yang ada dalam perbendaharaan raja itu
kerana sesuatu kesukaran juga adanya. Maka tiada dapat dibelanjakan dengan sia-sia.

Syarat yang ketujuh, hendaklah menteri itu tatkala itu melihat pekerjaan rajanya tiada hukum syariat
mengingatkan rajanya supaya ia mengubahkan perbuatannya itu dan bagi mengusahakan dengan
barang bicaranya supaya ia mebuangkan perinya itu kerana kebinasaan kerajaannya peri dan
perbuatan itulah.

Syarat yang kelapan, hendaklah menteri itu jangan maghrur pada yang berbesarkan rajanya dan
dimuliakan pangkatnya adanya dan jangan ia menunjukkan kerasnya akan segala rakyat dalam
membesarkan dirinya kerana inilah perinya tanda kebinasaan menteri itu jua.

Syarat yang kesembilan, hendaklah menteri itu dengan sepertinya menghasilkan harta akan raja
membicarakan akan pekerjaan segala hulubalang dan lasykar suruh melengkapkan senjata dan
kudanya kerana alam ini tempat bala dan fitnah juga, tiada diketahui manakala dan dari mana
datangnya bala dan fitnah itu dan jika dihimpunkan harta juga dan tiada membicarakan akan
hulubalang dan lasykar dengan segala kelengkapannya, apabila datang seteru dalam alpanya itu, sia-
sialah segala hartanya itu dan dalam kesukaran itu jikalau sekalipun dibelanjakan harta tiada dapat
dicarikan segala hulubalang dan lasykar itu dengan segeranya.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2012.


"Taj Us-Salatin" dalam Permata Sastera Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 108-100)

PADA PENDAPAT ANDA, BINCANGKAN GAMBARAN SIFAT / PERWATAKAN MENTERI JIKA TIDAK
MEMATUHI SYARAT SEPERTI DALAM PETIKAN DI ATAS. [25]

Skema Permarkahan:
Pengenalan [3]

Konsep menteri – membantu raja dalam pentadbiran negara


- memangku tugas raja apabila raja ke luar negara
- golongan kedua dalam hairaki social
- ketua angkatan perang
Sinopsis teks Taj Us-Salatin
Menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan

92
Isi [20]

Menteri tidak bersyukur. Dalam syarat kedua, menteri perlu berterima kasih di atas pemberian raja.
Menteri juga perlu menunjukkan rasa gembira di atas anugerah raja walaupun kadang-kadang
menteri tidak menyukai pemberian raja tersebut. Jika menteri tidak mematuhi syarat ini, bermakna
menteri tidak bersyukur di atas nikmat pemberian raja. Keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak
senang raja kepada menteri. Contohnya ;

“…hendaklah menteri itu mengatakan syukur atas segala nikmat rajanya dan hendaklah suka
daripada segala anugerahnya…”

Menteri akan membazir dalam berbelanja. Dalam syarat ketiga, menteri perlu berbelanja mengikut
kebenaran raja. Ini kerana harta perbendaharaan adalah hak milik raja dan negara. Jika menteri tidak
mengikut syarat ini, sudah pasti menteri akan berbelanja secara membazir dan sia-sia. Menteri juga
berbelanja tanpa kebenaran raja. Kedaan ini akan menimbulkan kesukaran kepada raja untuk
mentadbir negara jika perbendaharaan tidak mempunyai cukup wang. Contohnya;

“…hendaklah menteri itu tiap-tiap hari akan sesuatu pekerjaan rajanya mengeluarkan belanja
dengan kebenaran datangnya itu...Maka tiada dapat dibelanjakan dengan sia-sia.”

Menteri akan membiarkan perbuatan raja. Dalam syarat ketujuh, menteri hendaklah mengingatkan
raja supaya mentadbir mengikut hukum syariat agar negara berada dalam keadaan harmoni. Jika
menteri tidak mematuhi syarat ini, sudah pasti raja akan sewenang-wenangnya melakukan pekerjaan
yang melanggar hukum syariat. Ini akan mendatangkan kebinasaan pada negara. Contohnya;

“…hendaklah menteri itu tatkala itu melihat pekerjaan rajanya tiada hukum syariat
mengingatkan rajanya supaya ia mengubahkan perbuatannya itu…”

Menteri akan sombong/berlaku kasar pada rakyat. Dalam syarat kelapan, menteri hendaklah
merendah diri dan bertindak dengan lemah lembut kepada rakyatnya. Jika menteri tidak mengikuti
syarat ini, menteri pasti akan bersifat sombong dengan kedudukannya dan bertindak kasar kepada
rakyat. Keadaan ini boleh mendatangkan kebinasaan kepada menteri tersebut. Contohnya;

“…hendaklah menteri itu jangan maghrur pada yang berbesarkan rajanya dan dimuliakan
pangkatnya adanya dan jangan ia menunjukkan kerasnya akan segala rakyat…”

Menteri mengabaikan keselamatan negara. Dalam syarat kesembilan, menteri perlu menyediakan
perbelanjaan untuk menyediakan kelengkapan seperti senjata dan kuda kepada hulubalang dan
lasykar kerana perlu sentiasa bersedia dengan serangan musuh. Jika menteri tidak mematuhi syarat
ini, maka menteri hanya mengumpulkan harta sahaja. Kealpaan dalam aspek ketenteraan akan
menyebabkan harta yang dikumpulkan akan sia-sia apabila negara jatuh ke tangan musuh.
Contohnya;

“…hendaklah menteri itu dengan sepertinya menghasilkan harta akan raja membicarakan
akan pekerjaan segala hulubalang dan lasykar suruh melengkapkan senjata dan kudanya
kerana alam ini tempat bala dan fitnah juga...”

“…apabila datang seteru dalam alpanya itu, sia-sialah segala hartanya itu…”

93
MAKLUMAT 4
Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

Adapun demikiam berbunyi hikayat itu, suatu hari segala menteri dan segala orang
besar menghadap Sultan dan Iyaz itu berdiri di hadapan dengan adab. Maka seorang-
seorang membawa timun hadiah kepada Sultan. Maka Sultan mengambil pisau belah
timun itu dan dimakan sedikit daripadanya dan timun itu teramat pahit pada rasanya.
Maka Sultan pun tiada bertanyakan pahitnya itu dan diberi sekerat pada Iyaz dan
katanya.

“Hai Iyaz. Makanlah timun ini dihadapanku dan ceriterakan rasanya akan segala orang
yang hadir ini bahawa adakah demikian timun itu dari selamanya.”

Maka Iyaz segera ambil timun itu dimakan dengan suka yang nyata daripada
kelakuannya. Tatkala makan timun itu teramat manislah mukanya. Apabila habis
dimakannya, maka katanya,

“Subhanallah. Dari selamanya hamba belum jua makan timun yang demikian manis
dan sedapnya.

” Maka titah Sultan, “Hai Iyaz. Bagikanlah timun itu kepada segala orang supaya nyata
kebenaran katamu pada mereka itu.

Maka Iyaz pun memberikan timun itu pada segala orang yang hampir Sultan. Apabila
mereka merasa timun itu, maka daripada rasanya pahit teramat lagi memasamkan
mukanya dan sedikit pun tiada dimakan daripada timun dan katanya, “Biadab sekali
Iyaz ini. Di hadapan Sultan berani disebut katanya timun yang pahit dikatanya manis.”

Makta titah Sultan, “Hai Iyaz. Benarlah segala kata menteri dan orang besar itu dan
pada rasaku pun pahit jua timun itu. Maka betapa katamu manis.” Maka sembah Iyaz,
“Dan bersumpah kataku itu benar jua.” Maka titah Sultan, Apa kebenaran katamu itu.”
Maka sembah Iyaz serta berkata, “Bertambah-tambah umur dan daulat Syah Alam,
dengan segala kebajikan.

Insya-Allah Taala dan jangan berputusan segala anugerah Syah Alam pada hamba.
Adapun dari selamanya Syah Alam memeliharakan hamba ini dan beberapa kali
dianugerahkan hamba segala nikmat yang sedap dan manis rasanya dan hamba pun
adalah dari selamanya merasai segala nikmat yang baik-baik dan pada segala ini jika
sesuap pun yang pahit dianugerahi Syah Alam akan hamba tiadalah harus hamba
mengatakan pahit rasanya dan tiada harus dizahirkan celanya dan masamnya muka
hamba kerana haruslah pahit ini akan menghapuskan dengan segala yang manis itu
supaya makin bertambah-tambah anugerah Syah Alam akan hamba daripada segala
nikmat yang termanis seperti yang terdahulu itu. Syarat yang keempat harus segala
pegawai raja itu senantiasa dalam sekalian pekerjaan dan perkataan dan bicara dan
kira-kira didahulukan daripada menuntut keredhaan rajanya supaya bertambah pada
tiap-tiap hari kebesaran dan kemuliaan ia pada antara segala manusia dengan
bicaranya yang baik itu.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.], 2012. “Taj Us


Saalatin” dalam Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka, halaman 112-113)

94
BERDASARKAN PETIKAN DI ATAS, BINCANGKAN PERWATAKAN IYAS YANG PATUT DICONTOHI
OLEH PEGAWAI RAJA. [25]

Pengenalan [3]

Taj Us Salatin tergolong dalam kesusasteraan ketatanegaraan/ sastera adab


Petunjuk/ panduan/amalan/peraturan bagi golongan pentadbir berteraskan Islam
Ditulis dalam bentuk bab dan fasal/pembahagian tugas
Diselitkan kisah-kisah nabi/tokoh-tokoh Islam
Hujahan disokong oleh petikan al-Qurqan/Hadith/Kitab

Isi [20]

Seorang yang taat pada perintah sultan. Sifat taat dalam konteks ini bermaksud setiap hamba Melayu
harus patuh terhadap sultan atau raja atas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja
mempunyai daulat. Sikap taat setia hamba Melayu kepada raja menjadikan mereka senantiasa
menghormati sultan, khususnya institusi raja, serta bersedia untuk menjunjung dan mematuhi titah
dan perintah sultan. Hamba Melayu yang taat kepada raja/sultan bersedia untuk melakukan apa-apa
sahaja demi memuliakan kedudukan serta memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa
menggadaikan nyawa dan harta benda mereka. Sekiranya sifat taat ini tiada pastinya akan tercetus
situasi huru hara dalam negeri dan sultan tidak akan mampu untuk mentadbir negeri ke arah
kemakmuran serta kedamaian. Contoh Iyaz taat pada perintah sultan apabila disuruh makan buah
timun di hadapan sultan dan menceritakan rasa buah timun itu kepada segala menteri

Seorang yang bijaksana. Sifat bijaksana yang ada pada diri seseorang dapat menjadikan seseorang itu
dapat bertindak sesuai dengan akal fikiran yang sihat disertai hati nurani yang baik. Setiap keputusan
yang diambil akan dilakukan dengan berhati-hati sehingga menghasilkan tingkah laku yang baik dan
benar sehingga tidak menyimpang dari norma-norma kehidupan dan kemanusiaan sehingga dapat
dicontoh bagi orang banyak. Sekiranya sifat bijaksana ini tiada dalam diri seseorang maka sudah
pasti keputusan atau tindakan yang diambil dilakukan secara semberono tanpa mengambil kira hati
dan perasaan orang di sekeliling.

Seorang yang tahu mengenang budi. Konsep mengenang budi ini sangat luas ruang lingkupnya. Ia
meliputi akal, fikiran hati dan kebijaksanaan dalam kehidupan, manakala berbudi selalu bersedekah,
selalu memberi, berkelakuan baik, baik hati dan pemurah. Hal inilah yang selalu ditekankan dalam
kehidupan dan budaya masyarakat Melayu sejak dahulu hingga kini. Sekiranya kita tidak
mengamalkan sifat ini dalam diri kita, maka sudah tentu kita gagal menjadi orang mempunyai
peribadi yang unggul.

Seorang yang menjunjung tinggi darjat sultan. Sultan merupakan pemimpin sesebuah negeri atau
kerajaan. Sebagai seorang hamba rakyat, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga institusi
di raja dengan menjujung tinggi titah sultan atau raja. Sekiranya hamba rakyat tidak menjunjung
tinggi darjat sultan, maka pastinya negeri atau kerajaan menjadi tidak tenteram dan tidak aman.

Seorang yang dikasihi oleh sultan. Seseorang yang memiliki sifat dan kelakuan yang terpuji, berbudi
bahasa, sopan dalam bertutur kata akan sentiasa dikasihi oleh sesiapa pun jua termasuk sultan.
Sekiranya kita tidak memiliki sifat-sifat yang sedemikian maka kita tidak akan dipandang tinggi oleh
masyarakat. Contohnya suatu hari segala menteri dan segala orang besar menghadap Sultan dan Iyaz
itu berdiri di hadapan dengan adab

Seorang yang berani mempertahankan kebenaran/pendirian. Berani dalam mempertahankan


kebenaran merupakan salah satu sikap terpuji yang harus kita miliki dalam kehidupan sehari-hari.
Berani tidak bererti kita harus berjuang dengan mengorbankan diri kita. Melalui kata-kata dan
pemikiran yang dilontarkan untuk mempertahankan pendirian, kita sudah dianggap melakukan

95
keberanian. Sekiranya kita tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan pendirian kita maka
sudah pasti pandangan dan pendapat kita tidak dapat diselami dan diguna pakai demi kepentingan
semua.

MAKLUMAT 5

3 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Setelah itu segala isi rimba itu pun pergilah pula mengambil ikan, tinggal Sang Harimau
pula yang menunggu ikan bertimbun-timbun itu. Maka kata raksasa, “hai harimau,
mintaklah aku ikanmu itu?’

Maka harimau itu pun terkejut lalu lari. Sangkanya ia hendak diterkam oleh raksasa itu,
sambil ia berkata dalam hatinya, “Sungguhlah seperti kata seladang itu; tubuhnya
besar panjang dan matanya merah seperti api bernyala rupanya. Baiklah aku cepat lari;
jikalau tidak nescaya matilah aku dimakan oleh si kutuk ini.”

Apabila didengar oleh Sang Badak akan suara raksasa itu, maka ia pun menoleh ke
belakang, dilihatnya iaitu raksasa dengan besar panjangnya. Pada sangkaannya raksasa
itu hendak menerkam dia lalu ia pun melompat dan terlanggar kepada pondoknya itu
habis roboh-roboh, kemudian lari pula lintang pukang dan jatuh bangun hingga pecah-
pecah badannya berhamburan keluar darah tidak dirasainya. Ia lari juga. Setelah
beberapa lamanya lari itu, ia pun berhentilah seraya melihat ke belakang. Rupanya
raksasa itu tiada mengejar dia. Maka katanya, ” Nyarislah aku mati dimakan oleh
sikutuk jahanam itu; terlalu dasyat rupanya; patutlah kawan-kawan ku yang menunggu
ikan itu memberikan dia kesemuanya.’

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.


Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) hlm. 79

(A) HURAIKAN TIGA PENGAJARAN YANG DIPELAJARI OLEH BINATANG DI HUTAN SEPERTI
YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN DI ATAS. [9]

Pemimpin hendaklah pintar dalam menyelesaikan masalah (unsur pengajaran). Dalam hikayat
Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan sebagai mempunyai fizikal yang kecil,
namun memiliki kebijaksanaan dan nilai kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi pemimpin
kepada penghuni rimba yang lain termasuk singa, beruang, badak dan lain-lain. Nilai kebijaksanaan
dan kepimpinan penting bagi menyatu padukan rakyat dan ketika menyelesaikan masalah. Tuan
Sheikh Alam telah memberikan lima amanat agar semua penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan
aman. Hasilnya, Tuan Seikh Alam Dirimba dan penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan
menggunakan tipu muslihat dan kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang
berwibawa perlu mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga
keamanan negara.

Bermuafakat/kerjasama sesama ahli masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Sikap kerjasama


penting terutama dalam kehidupan bermasyarakat kerana sesuatu kerja menjadi mudah, dapat
diselesaikan dengan baik dan mewujudkan hubungan baik yang membawa kepada keharmonian
hidup. Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengingatkan penghuni rimba supaya bermuafakat
terutama dalam mengatasi sebarang masalah yang menimpa.

96
Menjauhi sikap menganiyai/menzalimi/menindas orang lain. Sikap seumpama ini akan memberi
kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri.Penganiyaan ini akan mendatangkan
kesusahan atau memberi kemudaratan kepada orang lain. Malah kita akan dibenci oleh masyarakat
dan akan menerima balasan yang tidak baik. Contohnya raksasa yang menganiyai penghuni rimba
dengan merampas hasil tangkapan akhirnya telah mati dibunuh.

Mengelakkan daripada sikap dengki dan fitnah dengan orang lain. Sikap dengki dan fitnah akan
menimbulkan perasaan tidak puas hati,suka berdendam dan tidak bersyukur dengan apa yang kita
perolehi. Malah akan memecah belahkan hubungan dalam masyarakat dan memberi kesan buruk
kepada keharmonian hidup. Contohnya Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba supaya
menggelakkan sikap dengki dan fitnah. Kesannya hidup menjadi lebih aman dan harmoni.

Mentaati dan menghormati pemimpin/ketua. Pemimpin/ketua merupakan orang yang mempunyai


kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti orang di bawah
pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Setiap arahan pemimpin /ketua perlu dipatuhi
untuk melahirkan ketaatan dan penghormatan. Contohnya Tuan Syeikh Alam di- Rimba
mengingatkan penghuni rimba agar melaporkan sebarang kejadian kepadanya dalam tempoh tujuh
hari selepas perjumpaan tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.Akibatnya mereka telah menghadapi
ancaman raksasa yang merampas hasil tangkapan mereka dan menghuru-hara ketenteraman hidup
mereka.

Menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dalam menanggani sesuatu masalah. Kebijaksanaan penting
dalam menyelesaikan masalah supaya sesuatu yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
Malah kita dapat bertindak secara rasional dengan memikirkan tentang buruk baik tindakan yang
diambil. Kebiasaannya kita akan menemui kejayaan atau masalah dapat diselesaikan dengan
baik.Contohnya kebijaksanaan Tuan Syeikh Alam di -Rimba telah berjaya menewaskan raksasa yang
mempunyai fizikal yang besar berbanding dengannya.

MAKLUMAT 6

Sastera mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam kehidupan bermasyarakat. Berdasarkan
“Kitab Tajus Salatin” yang terdapat dalam Permata Sastera Melayu,

HURAIKAN FUNGSI SASTERA KETATANEGARAAN. [9]

Fungsi sastera ketatanegaraan adalah seperti berikut:-

Alat berdakwah. Menyebarkan agama Islam. Bertujuan agar masyarakat setempat dapat menerima
agama Islam dengan mudah memandangkan mereka telah diperkenalkan dengan cerita-cerita
tentang nabi dan kebesaran Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Dengan cara ini penyebaran agama
Islam semakin menerima agama Islam dan menolak kepercayaan sebelumnya secara beransur-ansur.

Berfungsi untuk mengagungkan dan mengangkat martabat Nabi serta agama Islam. Hal ini penting
dalam penyebaran agama Islam agar masyarakat yang memeluk agama Islam akan merasa kagum
dan percaya. Isinya dapat mengambil tempat mengantikan epik-epik Hindu yang sudah lama
bertapak di Alam Melayu. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi penerimaan pembaca
terhadap agama Islam.

97
Memberi pengajaran/didaktik dan teladan yang berkaitan dengan pendidikan Islam. Selain itu,
pembaca juga diharap dapat mengikuti tatacara kehidupan nabi dan kemuliaan sifat-sifat yang ada
pada baginda seperti tabah, sabar, berusaha, beriman dan bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugasnya. Cerita juga berkisar tentang memberi petunjuk agar mengikuti ajaran rukun Islam.
Pengarang juga menggunakan teknik balasan serta ganjaran. Ini adalah untuk mengeksploitasi sifat
manusia yang takut akan balasan dan ghairah akan ganjaran. Ia berkesan untuk menyuruh manusia
berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat.

Sebagai gambaran (world-view) masyarakat Melayu pada masa itu. Hal ini kerana dalam karya
tersebut terdapat gambaran susun lapis masyarakat Melayu yang dibahagikan kepada golongan
pemerintah dan rakyat jelata serta perintah dan amalan yang diamalkan dalam kehidupan seharian
seperti kepercayaan agama Islam.

B) BINCANGKAN CITRA MASYARAKAT YANG TERDAPAT DALAM KARYA TERSEBUT.


[16]

Pemimpin yang adil / Masyarakat yang memimpin secara adil. Pemimpin perlu adil dalam
pemerintahannya. Baginda perlu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah. Jika
pemimpin memimpin secara adil maka, baginda akan dikasihi dan rakyat akan taat kepadanya. Hal ini
dapat dilihat pada syarat pertama menjadi raja iaitu raja hendaklah adil kepada rakyat. Selain itu
Kitab Tajul Salatin bab 6 ada menyebut cara-cara mentadbir dan menjalankan tugas bagi
mewujudkan keselamatan, keamanan serta keadilan dengan lebih mendalam. Contoh Sultan
Alauddin Riayat Syah mendengar aduan rakyat tentang kes curi yang berleluasa, lalu baginda turun
padang dan meronda pada waktu malam sehingga Berjaya menghapuskan jenayah curi tersebut.

Masyarakat yang amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas. Raja hendaklah ingat bahawa
segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja
berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.Dalam teks Tajus Salatin, khalifah atau
sultan dikehendaki bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat dalam negaranya. Khalifah Umar al-
Khatab telah dijadikan contoh. Beliau telah keluar meronda pada waktu malam untuk melihat sendiri
keadaan rakyat jelata. Rakyat yang susah segera dibantu. Contohnya beliau telah sanggup memikul
sendiri guni yang berisi makanan untuk dibawakan kepada sebuah keluarga yang kelaparan. Malah
beliau sanggup memasak sendiri makanan untuk keluarga yang kelaparan itu.

Pembesar / Menteri yang sentiasa berbakti kepada orang bawahan. Menteri hendaklah sentiasa
bersedia untuk berbakti dengan orang bawahannya. Jika menteri bersikap pentingkan diri sendiri,
sudah tentu menteri tersebut tidak akan dapat sokongan daripada rakyat. Perbuatan menteri yang
demikian juga akan menjadikan menteri tersebut angkuh dan sombong dan seterusnya menyalahi
hukum Tuhan. Oleh itu wajarlah menteri mencurahkan bakti kepada masyarakat agar beliau
melaksanakan tanggungjawab yang sebenar.

Masyarakat yang berterima kasih atas anugerah dan pemberian raja kepadanya. Seseorang menteri
wajar menerima anugerah yang diberikan oleh raja kepadanya. Jika menteri tidak menerima
anugerah tersebut, sudah tentu menteri akan dianggap tidak menghargai pemberian daripada
seorang raja dan akan menimbulkan kemarahan raja. Sekiranya anugerah tersebut tidak memuaskan
hati, mereka hendaklah menerimanya dengan redha.

98
MAKLUMAT 7

BERDASARKAN PETIKAN DI ATAS, BINCANGKAN PERWATAKAN YANG PERLU ADA PADA PEGAWAI
RAJA. [25]

Tajus Salatin tergolong dalam kesusasteraan ketatanegaraan / sastera adab. Tajus Salatin berfungsi
untuk memberi petunjuk / panduan / amalan / peraturan bagi golongan pentadbir. Ia di tulis dalam
bentuk bab dan fasal / pembahagian tugas. Di dalamnya diselitkan kisah-kisah nabi / tokoh – tokoh
Islam. Perwatakan yang perlu ada pada pengawai antaranya ialah taat, bijak dan lain-lain lagi.

Seorang yang taat pada perintah sultan. Sifat taat dalam konteks ini bermaksud setiap hamba Melayu
harus patuh terhadap sultan atau raja atas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja
mempunyai daulat. Sikap taat setia hamba Melayu kepada raja menjadikan mereka senantiasa
menghormati sultan, khususnya institusi raja, serta bersedia untuk menjunjung dan mematuhi titah
dan perintah sultan. Hamba Melayu yang taat kepada raja / sultan bersedia untuk melakukan apa-
apa sahaja demi memuliakan kedudukan serta memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa
menggadaikan nyawa dan harta benda mereka. Sekiranya sifat taat ini tiada pastinya akan tercetus
situasi huru hara dalam negeri dan sultan tidak akan mampu untuk mentadbir negeri ke arah
kemakmuran serta kedamaian. Contoh Iyaz taat pada perintah sultan apabila disuruh makan buah
timun di hadapan sultan dan menceritakan rasa buah timun itu kepada segala menteri.

Seorang yang bijaksana. Sifat bijaksana yang ada pada diri seseorang dapat menjadikan seseorang itu
dapat bertindak sesuai dengan akal fikiran yang sihat disertai hati nurani yang baik. Setiap keputusan
yang diambil akan dilakukan dengan berhati-hati sehingga menghasilkan tingkah laku yang baik dan
benar sehingga tidak menyimpang dari norma-norma kehidupan dan kemanusiaan sehingga dapat
dicontoh bagi orang banyak. Sekiranya sifat bijaksana ini tiada dalam diri seseorang maka sudah pasti
keputusan atau tindakan yang diambil dilakukan secara semberono tanpa mengambil kira hati dan
perasaan orang di sekeliling.

Seorang yang tahu mengenang budi. Konsep mengenang budi ini sangat luas ruang lingkupnya. Ia
meliputi akal, fikiran hati dan kebijaksanaan dalam kehidupan, manakala berbudi selalu bersedekah,
selalu memberi, berkelakuan baik, baik hati dan pemurah. Hal inilah yang selalu ditekankan dalam
kehidupan dan budaya masyarakat Melayu sejak dahulu hingga kini. Sekiranya kita tidak
mengamalkan sifat ini dalam diri kita, maka sudah tentu kita gagal menjadi orang mempunyai
peribadi yang unggul.

Seorang yang menjunjung tinggi darjat sultan. Sultan merupakan pemimpin sesebuah negeri atau
kerajaan. Sebagai seorang hamba rakyat, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga institusi
di raja dengan menjujung tinggi titah sultan atau raja. Sekiranya hamba rakyat tidak menjunjung
tinggi darjat sultan, maka pastinya negeri atau kerajaan menjadi tidak tenteram dan tidak aman.

Seorang yang dikasihi oleh sultan. Seseorang yang memiliki sifat dan kelakuan yang terpuji, berbudi
bahasa, sopan dalam bertutur kata akan sentiasa dikasihi oleh sesiapa pun jua termasuk sultan.
Sekiranya kita tidak memiliki sifat-sifat yang sedemikian maka kita tidak akan dipandang tinggi oleh
masyarakat. Contohnya suatu hari segala menteri dan segala orang besar menghadap Sultan dan Iyaz
itu berdiri dihadapan dengan adab

Seorang yang berani mempertahankan kebenaran / pendirian. Berani dalam mempertahankan


kebenaran merupakan salah satu sikap terpuji yang harus kita miliki dalam kehidupan sehari-hari.
Berani tidak bererti kita harus berjuang dengan mengorbankan diri kita. Melalui kata-kata dan
pemikiran yang dilontarkan untuk mempertahankan pendirian, kita sudah dianggap melakukan
keberanian. Sekiranya kita tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan pendirian kita maka
sudah pasti pandangan dan pendapat kita tidak dapat diselami dan diguna pakai demi kepentingan
semua.

99
MAKLUMAT 8

“TAJ US-SALATIN” YANG TERMUAT DALAM PERMATA SASTERA MELAYU MENGEMUKAKAN


TENTANG SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIIKUTI OLEH SEORANG MENTERI.

(a) Bincangkan syarat tersebut dan kesan kepada diri anda. [9]

Menteri hendaklah sentiasa berbakti kepada orang bawahan. Menteri hendaklah sentiasa bersedia
untuk berbakti dengan orang bawahannya. Jika menteri bersikap pentingkan diri sendiri, sudah tentu
menteri tersebut tidak akan dapat sokongan daripada rakyat. Perbuatan menteri yang demikian juga
akan menjadikan menteri tersebut angkuh dan sombong dan seterusnya menyalahi hukum Tuhan.
Oleh itu jika saya menjadi menteri, wajarlah saya mencurahkan bakti kepada masyarakat agar dapat
melaksanakan tanggungjawab yang sebenar. Kesannya, saya selaku menteri akan disukai dan
disayangi oleh rakyat.

Menteri hendaklah berterima kasih atas anugerah dan pemberian raja kepadanya. Seseorang
menteri wajar menerima anugerah yang diberikan oleh raja kepadanya. Jika menteri tidak menerima
anugerah tersebut, sudah tentu menteri akan dianggap tidak menghargai pemberian daripada
seorang raja dan akan menimbulkan kemurkaan raja. Sekiranya anugerah tersebut tidak memuaskan
hati, mereka hendaklah menerimanya dengan redha. Oleh itu, jika saya sebagai menteri, saya perlu
redha dan berterima kasih dengan pemderian raja. Kesannya, saya selaku menteri akan sentiasa
dihargai oleh raja dalam apa jua tugasan yang diamanahkan.

Fakta dan huraian seterusnya perlu ditambah jika saya seorang menteri dan kesan kepada saya
seperti fakta dan huraian di atas.

Menteri hendaklah membelanjakan wang daripada perbendaharaan Negara secara berhemah.


Menteri hendaklah membelanjakan wang perbendaharaan Negara mengikut keperluan demi
menjaga kekukuhan dan kestabilan ekonomi. Jika boros, mungkin akan berlaku kegawatan ekonomi
yang seterusnya akan menggugat kestabilan Negara. Kesannya, ekonomi Negara akan bertambah
maju.

Menteri hendaklah mencari sumber untuk raja/ Negara. Menteri hendaklah berusaha mencari dan
mengumpulkan kekayaan untuk Negara/ raja demi kemakmuran dan keagungan Negara serta
menaikkan imej raja dimata umum. Jika tidak sesebuah kerajaan akan menjadi lemah tanpa sumber
yang mengcukupi dalam melaksanakan pentadbiran. Oleh itu, menteri memainkan peranan besar
dalam membantu Negara mengatasi masalah kewangan.

Menteri yang dipilih mestilah daripada seorang yang alim dan bijaksana. Menteri yang dipilih
mestilah seorang yang alim dan bijaksana supaya dapat menasihati raja ke arah melakukan kebaikan
dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika menteri tidak
dipilih di kalangan orang yang alim dan bijaksana, sudah tentu menteri tidak dapat menasihati raja ke
arah jalan kebaikan dan pentadbiran Negara akan menjadi lemah.

Menteri tidak boleh sombong dan angkuh dengan pangkat atau darjat yang dianugerah oleh raja.
Menteri tidak boleh bertindak mengikut hawa nafsu ke atas rakyat. Ini akan menimbulkan rasa benci
rakyat kepadanya dan akhirnya akan memudaratkan diri sendiri.

Menteri hendaklah sentiasa mengingatkan raja. Menteri hendaklah mengingatkan raja supaya jangan
melanggar hukum syarak. Jika menteri tidak mengingatkan raja, mungkin raja melakukan perkara
yang bertentangan dengan agama. Kesannya, menteri akan sentiasa mengingatkan raja dalam
pentadbiran tentang hukum-hukum agama.

100
(B) HURAIKAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH PENULIS MENERUSI KARYA TERSEBUT.
[16]

Mesej yang ingin disampaikan adalah seperti berikut:-

Pengarang menegaskan bahawa seorang pemimpin hendaklah adil dan amanah dalam menjalankan
tanggungjawabnya sebagai pemerintah. Pemimpin perlu mendengar setiap permasalah rakyat
dengan penuh sabar dan adil apabila menjatuhkan hukuman, Pemimpin juga hendaklah ingat
bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya
jika pemimpin berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.Dalam teks Tajus Salatin,
khalifah atau sultan dikehendaki bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat dalam negaranya.
Khalifah Umar al-Khatab telah dijadikan contoh. Beliau telah keluar meronda pada waktu malam
untuk melihat sendiri keadaan rakyat jelata. Rakyat yang susah segera dibantu. Contohnya beliau
telah sanggup memikul sendiri guni yang berisi makanan untuk dibawakan kepada sebuah keluarga
yang kelaparan. Malah beliau sanggup memasak sendiri makanan untuk keluarga yang kelaparan itu.
Kitab Tajul Salatin bab 6 menyebut cara2 mentadbir dan menjalankan tugas bagi mewujudkan
keselamatan, keamanan serta keadilan.

Pengarang menasihati rakyat untuk memilih menteri yang alim dan bijaksana. Rakyat seharusnya
memilih menteri yang alim dan bijaksana supaya dapat menasihati raja ke arah melakukan kebaikan
dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Jika menteri tidak
dipilih di kalangan orang yang alim dan bijaksana, sudah tentu menteri tidak dapat menasihati raja ke
arah jalan kebaikan dan pentadbiran Negara akan menjadi lemah. Contoh Sultan Muzaffar Syah telah
memilih Tun Perak menjadi bendahara Melaka kerana kebijaksanaan Tun Perak. Dengan ini negeri
Melaka maju dan sukar ditembusi oleh pihak musuh seperti Siam.

Pengarang menekankan tentang tanggungjawab dan amanat terhadap tugas. Seorang pegawai
hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan
akhirat. Sebaliknya jika pegawai tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka dirinya akan mendapat
pembalasan. Dalam teks Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah telah dipertanggungjawabkan oleh sultan
Melaka ke Benua Keling sebagai duta untuk mengadakan hubungan diplomasi. Beliau telah
melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga beliau diberi kepercayaan oleh Krysna
Rayan, Raja Benua Keling untuk mengetuai rombongan ke negeri China. Hal ini telah menaikkan
nama Hang Tuah dan Hang Tuah disayangi dan dihormati oleh semua orang.

FUNGSI SASTERA KETATANEGARAAN :

Sebagai panduan kepada golongan raja dan pemerintah


- Dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negeri, misalnya dalam soal
hubungana antara rakyat dengan pemerintah, tanggungjawab pembesar-pembesar
negeri dalam mentadbirkan negeri.
- Panduan kepada seluruh masyarakat dalam hal-hal seperti cara mendidik anak,
mengenai budi bahasa, pekerti yang baik dan tanggungjawab hubungan sesama
manusia

Sastera ketatanegaraan memaparkan panduan, tatacara dan unsur agama sebagai panduan untuk
memerintah. Contohnya , kitab Tajus Salatin pada bab 6 menyebut tentang cara-cara mentadbir dan
menjalankan tugas bagi mewujudkan keamanan dan keadilan serta cara pihak pemerintah
berhubungan dengan rakyat jelata. Isi karya mengenai tanggungjawab raja-raja, menteri, hulubalang
dan rakyat jelata juga terdapat dalam fasal 8 hingga 13 dalam Tajus Salatin. Isi cerita sastera
ketatanegaraan dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya. Contohnya unsur-unsur agama dan
panduan yang diperkatakan dalam Bustanus Salatin dan Tajus Salatin dapat diiakui kebenarannya.

101
Karya ini juga menyentuh tentang akidah dan agama, soal ketuhanan seperti mengenal Tuhan, asal
usul kejadian bumi, Nur Muhammad. Contoh dalam fasal 2 di dalam Tajus Salatin dan fasal 5 di
dalam Bustanus salatin.

Sastera ketatanegaraan mengandungi sjarah kerajaan-kerajaan Isalm di Asia Barat dan Alam Melayu.
Contoh kisah pemerintahan Raja dari Timur Tengah, kisah Nabi-nabi dari Nabi Adam hingga ke Nabi
Muhammad S.A.W, kisah kerajaan Pemerintahan Mesir, Khalifah Al-Rashidin, zaman pemerintahan
Kerajaan Islam di India, Melaka dan Aceh.

Ia juga mengandungi firasat pemikiran Islam yang tinggi. Contoh dalam fasal/ bab 1- 7 dalam Kitab
Bustanus Salatin. Ia mengandungi unsur pemikiran Islam berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Sebagai alat pendidikan – unsur pengajaran dan pendidikan serta amalan hidup Islam yang tinggi
dapat dijadikan contoh.

- Contoh teladan daripada sifat tokoh-tokoh Islam, kisah nabi-nabi dari segi kelakuan,
sifat, tindak-tanduk, dalam hubungan sesama insan demi keharmonian hidup
bermasyarakat.

Selain itu , ia juga menyentuh tentang pendidikan , pengajaran yang ditujukan kepada rakyat jelata
seperti panduan kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak, akhlak yang mulia, menghormati orang
tua. Contoh fasal 6 Bustanus salatin menerangkan sifat-sifat yang mulia dan pemurah. Dalam Tajus
Salatin , fasal 14 memberi panduan cara-cara memelihara dan mendidik anak-aak dan fasal 22 pula
keterangan tentang keurahan hati insan.

PENGAJARAN

1. Pemerintah mestilah berlaku adil


2. Pemerintah beriman dan jangan mengikut nafsu
3. Pemerintah mestilah bertanggungjawab
4. Pemerintah jangalah bersikap sombong
5. Pemerintah yang jujur dan amanah
6. Pemerintah mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah
7. Menjalankan pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran.

102

Anda mungkin juga menyukai