Anda di halaman 1dari 76

SYAIR

IKAN TERUBUK
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Bismillah itu permulaan kalam
Dengan nama Allah khalik al-alam
Melimpahkan rahmat siang dan Malam
Kepada segala mukmin dan islam
Mula Dikarang ikan terubuk
lalai memandang ikan di lubuk
hatidan jantung bagai serbuk
laksana kayu dimakan bubuk
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Asal terubuk ikan puaka
Tempatnya konon dilaut melaka
siang dan malam berhati duka
sedikit tidak menaruh suka
pagi dan petang duduk bercinta
berendam dengan airnya mata
kalbunya tidak menderita
kerana mendengar khabar berita
SYAIR
IKAN TERUBUK

Pertama mula terubuk merayu
berbunyilah guruh mendayu-dayu
senantiasa berhati sayu
Terkenangkan puteri ikan puyu-puyu
puteri puyu-puyu konon namanya
di dalam kolam konon tempatnya
Cantik mejelis barang lakunya
patutlah dengan budi bahasanya
SYAIR
IKAN TERUBUK
• kolamnya konon di Tanjung Padang
Di sanalah Tampat terubuk Bertandang
pinggangnya ramping dadanya bidang
hancurlah hati terubuk memandang
Muda menentang dari saujana,
Melihat puteri Terlalu lena,
Hati di dalam bimbang gulana
Duduk bercinta tiada semena
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Gundah Gulana Tidak ketahuan
Lalulah pulang muda bangsawan
Setelah sampai ke Tanjung tuan
siang dan malam igau-igauan
Setelah hari hampirkan senja
Puteri Bersiap Hendak memuja
Jika sungguh asalku raja,
Disampaikan Allah barang Disaja,
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Berlimau mandi tuan puteri,
Lalulah masuk ke dalam puri
Meminta dia seorang diri,
Sampailah waktu dinihari
Ya ilahi,Ya Tuhanku,
Apakah sudah demikian laku
Dengan berkat nenek moyangku
disampaikan dewata barang pintaku.
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Selang tidak berapa antara
turunlah ribut dengan segara
kilat dan petir tidak terkira
Datuk nenek turun dari udara
Membawa sepohon batangnya pulai,
Datang dari Tanjung Balai
Eloknya Tidaklah ternilai
Puteri melihat hairan terlalai
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Pulainya rendang dengan rampaknya
di tengah kolah terdiri dianya ,
Sampailah waktu dengan janjinya
Puteri melompat ke atas pucuknya
Dengan berkat segala aulia
Perkataan Puteri Terhentilah ia
Belumlah sampai daya upaya
Tiada Pertemuan apakan daya
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Berlida menyahut sambil bercura
lemah lembut bunyi suara
Puteri nin sudah naik udara,
Dengan bala segala Tentera
Pari pun Kembali Menhadap Baginda
Berdatang sembah lakunya syahda
Daulat Tuanku duli Seripada
Tuan Puteri sudah Tiada
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Sudah naik ke atas udara
belida gerangan punya bicara
Kepada Tuanku jangan ketara
Silakan tuanku ke laut negara
Demi baginda Mendengarkan kata
Tunduk berhamburan airnya mata
Putuslah harap rasanya beta
Belumlah lagi pertemuan kita
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Terubuk Berenang lalu ke laut
Sekalian ikan ramai yang mengikut
Hati di dalam terlalu Kusut ,
Bagaikan datang rasanya Takut.
Kain putih Bersampul pulih
Pakaian anak raja perempuan
Yang dicita tidaklah boleh
Sudahlah nasib badanku tuan
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Anggur jabat tanaman Judah
Tanam melati di jambangan
Jangan dijabat yang telah sudah
Rosaklah hati yag berpanjangan
Muda pun datang kepada tempatnya
Hancur luluh rasa hatinya
sebab tak sampai bagai kehendaknya
Duduk bercinta di dalam hatinya
MAKSUD SETIAP RANGKAP
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R1:Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti
dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semesta yang sentiasa memberi rahmat
siang dan malam kepada umat islam .

• R2:Syair ini Menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan
sekeliling(kawasan pemerintahannya)
kerana bersedih .
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R3:Sebenarnya ikan Terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka.Ikan
Terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.

• R4: ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaan resah
gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.

• R5: Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan Puyu-puyu sehingga
menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangnya .
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R6: Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri Puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam ( Air
Tawar) Memiliki rupa paras yang cantik ,tingkah laku yang baik serta bersopan -santun .

• R7: Tempat tinggal sang puteri di Tanjung padang .Pada suatu ketika ikan terubuk datang
menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kencantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri puyu-puyu.

• R8: Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata.perasaannya
diselubungi resah sehingga tidak keruan (tidak tentu arah Jadinya ).
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R9:Perasan sedih kerana Terkenang Puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan
terubuk (Golongan Bangsawan )Pulan ke tempat asalnya di Tanjung tuan.Siang dan malam ikan
terubuk Teringatkan tuan puteri .

• R10: Apabila menjelang waktu senja (petang) Tuan puteri berdoa,sekiranya dia dari keturunan raja
yang berdaulat muga allah akan memakbulkan segala permintaannya.
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R11:Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri
,seterusnya ke tempat beribadatnya .Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari (subuh).

• R12: Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah.Tuan puteri merintih akan nasib
dirinya,dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenakan.

• R13: Tidak lama Kemudian,suasana berubah ,ribut ,kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah
nenek moyangnya dari kayangan.
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R14:Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung balai.pokok pulai itu sangat
cantik apabila Tuan puteri Menyaksikan timbullah rasa kagum.

• R15:Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya,pokok pulai itu diletakkan ditengah
tengah kolam,apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telat melompat ke atas
pucuknya.

• R16:Dengan restu para wali (orang suci ) tuan puteri tidak dapat berkata -kata ,berlumpun sempat
berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R17:Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri
telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

• R18:ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang
berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R19:Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya
daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan
terubuk.Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.

• R20: Apabila Raja seripada Mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkan
menitiskan air mata.Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan
puteri ,tuan puteri telah menghilangkan diri.
SYAIR
IKAN TERUBUK
• R21:ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya,perasaannya
diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut (tidak berjumpa dengan tuan puteri)

• R22: Raja seripada Disebulungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya.Begitulah
nasib yang terpaksa dihadapinya.

• R23: Perasaan Raja Seripada Terus Dibayangi Rasa sedih Yang Berpanjangan Akibat Kehilangan Tuan
Puteri.

• R24: Raja seripada Kembali Semula Ke tempat asalnya,Perasaan sedih yang teramat sangat kerana
hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemadi
di dalam kalbunya,
FUNGSI SYAIR
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Alat Menyampaikan pengajaran. Melalui syair pengajaran disampaikan secara berkias kerana sifat
semulajadi orang Melayu yang sopan-santun. Dalam syair ini memberi pengajaran kepada kita
bahawa perlu bijak dalam membuat keputusan. Watak puteri puyu-puyu sangat cerdik membuat
keputusan untuk menolak cinta ikan terubuk dengan cara yang sangat sopan di mana puteri puyu-
puyu telah menghilangkan diri daripada ikan terubuk tanpa berlakunya kekerasan.
Contohnya;
Pulainya rending dengan rampaknya,
Di tengah kolah terdiri dianya,
Sampailah waktu dengan janjinya
Puteri melompat ke atas pucuknya
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Sebagai Hiburan
Syair juga merupakan alat hiburan kepada masyarakat Melayu.Pada zaman dahulu syair
diperdengarkan kepada masyarakat dalam Majlis –Majlis Keramainan serta mengisi masa
lapang.
• Contohnya;

Pari Pun kembali menghadap baginda


Berdatang Sembah Lakunya syahda
Daulat Tuanku Duli seripada
Tuan puteri sudah tiada.
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Menggambarkan daya kreaviti masyarakat Melayu
Syair Dicipta agar menjadi lebih menarik apabila diperdengarkan lantaran terkenalnya sifat

• Contohnya;

Berlida menyahut sambil bercura


lemah lembut Bunyi suara
Puteri nin sudah naik udara
Dengan bala segala tentera.
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Sebagai Salah Satu alat Kegiatan Agama

SyairYang bercorak agama juga dihasilkan yang mengandungi ajaran moral atau mendidik .Syair ini
mempunyai makna yang mendalam dan dapat memberi nasihat yang bermanfaat kepada khalayak.
• Contohnya;

Demi beginda mendengar kata


Tunduk berhamburan airnya mata
putuslah harap rasanya beta
belumnya lagi pertemuan kita
SYAIR
IKAN TERUBUK
• Sebagai alat komunikasi

kalangan masyarakat Melayu Tradisional ,sesetengah individu tidak menyampaikan sesautu ,perkara ssecara
berterus-terang .sebaliknya maksud hati atau perasaan yang disampaikan melalui syair yang diperdengarkan.
• Contohnya;

Sudah naik ke udara


Belida gerangan punya bicara
Kepada tuanku jangan ketara
Silakan tuanku ke laut Negara.
NADA SYAIR
SYAIR
IKAN TERUBUK
NADA MELANKOLIK:
PENYAIR AKAN MELUAHKAN RASA SEDIH,PILU DAN HIBA DALAM SELURUH SYAIR.BIASANYA ,SYAIR AKAN
DILAHIRKAN BERKAITAN DENGAN ISU KEHILANGAN ORANG TERSAYANG ATAU KEKECEWAAN DALAM PERCINTAAN

• Contoh : Asal terubuk ikan puaka


Tempatnya Konon dilaut Melaka
Siang Malam Berhati duka
Sedikit Tidak Menaruh Suka
TEMA SYAIR
SYAIR
IKAN TERUBUK
Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari Kelainan Darjat antara ikan terubuk dan Ikan
Puyu-Puyu.

Contoh: Muda Pun datang kepada Tempatnya


Hancur Luluh Rasa Hatinya
Sebab Tak Sampai Bagai Kehendaknya
Duduk Bercinta Di dalam Hatinya.
PERSOALAN SYAIR
SYAIR
IKAN TERUBUK
Persoalan Percintaan
Huraian:Percintaan yang melibatkan perbezaan status / darjat yang membawa kepada kegagalan
dalam Percintaan tersebut .

CONTOHNYA: Kain putih Bersampul Pulih


Pakaian Anak Raja Perempuan
Yang dicinta tidak boleh
Sudahlah nasib badanku Tuan
SYAIR
IKAN TERUBUK
Persoalan Pengharapan pada yang Esa /Doa
Huraian:Segala harapan Hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa.

CONTOHNYA: Ya Ilahi ,Ya Tuhanku


Apakah Sudah demikian Laku
Dengan Berkat Nenek Moyangku
Disampaikan Dewata Barang Pintaku
SYAIR
IKAN TERUBUK
Persoalan Tentang Kerinduan
Huraian:Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan sedih dan gelisah.

CONTOHNYA: Kain Putih Bersampul Pulih


Pakaian anak Raja Perempuan
yang dicinta Tidaklah Boleh
Sudah nasib badanku Tuan.
SYAIR
IKAN TERUBUK
Persoalan Tentang Kedaulatan (keluarga Raja)
Huraian:Keturunan Diraja mempunyai Kedaulatan mereka tersendiri .

CONTOHNYA: Pulainya rendang Dengan Rampaknya,


Di tengah Kolah Terdiri Dianya
Sampailah Waktu Dengan janjinya
Puteri Melompat Ke atas Pucuknya
SYAIR
IKAN TERUBUK
Persoalan Tentang Kejadian Luar Biasa/Aneh
Huraian:Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan
sesautu keadaan.

CONTOHNYA: Selang Tidak Berapa antara


Turunlah Ribut Dengan Segera
Kilat Dan petir Tidak Terkira
Datuk Nenek Turun dari udara
SYAIR
IKAN TERUBUK
Persoalan Tentang kecantikan golongan bangsawan
Huraian:Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik .

CONTOHNYA: Pagi dan petang Duduk bercinta


Berendam Dengan Airnya Mata
Kalbunya Tidak Menderita
kerana Mendengar Khabar Berita
SYAIR
IKAN TERUBUK
Persoalan Keelokkan Tingkah Laku Golongan Bangsawan
Huraian:Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga
memikat hati orang yang melihatnya.

CONTOHNYA: Puteri Puyu -Puyu konon namanya


Di dalam kolam Konon Tempatnya
Cantik menjelis Barang lakunya
Patutlah dengan budi bahasanya
SYAIR
IKAN TERUBUK
Persoalan Tentang Putus Asa /Kecewa
Huraian:Apabila berdepan dengan kegagalan dalam percintaan perasaan putus asa dan kecewa sering
menhantui diri.

CONTOHNYA: Asal Terubuk ikan Puaka


Tempatnya Konon Dilaut Melaka
Siang dan Malam Berhati duka
Sedikit Tidak Menaruh suka
BENTUK & SIFAT
SYAIR
• Jumlah rangkap. Syair ini terdiri daripada 24 rangkap iaitu
4 baris serangkap
• Jumlah perkataan. Jumlah perkataannya terikat iaitu 3
hingga 5 perkataan sebaris.

Contohnya;
Eloknya tidaklah ternilai (3 patah perkataan)
Mula dikarang ikan terubuk (4 patah perkataan)
Kepada segala mukmin dan Islam (5 patah perkataan)
• Bilangan suku kata juga terikat. Bilangan suku katanya antara 8 hingga 13
suku kata sebaris.
Contohnya;
Datang dari Tanjung Balai - rangkap 14 baris 2 (8 suku kata)
Perkataan puteri terhentilah ia - rangkap 16 baris 2 (13 suku kata)
• Kedudukan rima akhir. Kedudukan rima akhirnya terikat iaitu a,a,a,a.
Contohnya;
Asal terubuk ikan puaka,
Tempatnya konon di laut Melaka,
Siang dan malam berhati duka,
Sedikit tidak menaruh suka.
GAYA BAHASA
• Bahasa Arab. Penggunaan Bahasa asing iaitu Bahasa Arab.
Contohnya;
Bismillah itu permulaan kalam (rangkap 1 baris 1)
Kesannya;
Mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih berkesan.

• Metafora. Metafora ialah kombinasi 2 kata abstrak dan konkrit yang


membawa maksud diluar kelaziman.
Contohnya;
Tunduk berhamburan airnya mata (rangkap 20 baris 2)
Kesannya;
Meninggalkan kesan estetika (keindahan) yang tinggi.
• Hiperbola. Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Contohnya;
Pagi dan petang duduk bercinta (rangkap 4 baris 1)
Kesannya;
Memberi kesan yang berlebihan

• Personifikasi. Sifat manusia yang diberi pada objek atau benda.


Contohnya;
Sampailah waktu dengan janjinya (rangkap 15 baris 3)
Kesannya;
Berkesan dan bertepatan dalam menyampaikan maksud.
• Simile. Simile ialah perbandingan setara yang menggunakan perkataan seperti bak,
umpama, bagai.
Contohnya;
Bagaikan datang rasanya takut (rangkap 21 baris 4)
Kesannya;
Memberi gambaran perbandingan yang jelas.

• Kata ganda berirama. Kata yang digandakan dengan penambahan imbuhan atau
perubakan kata.
Contohnya;
Gundah gulana tidak ketahuan (rangkap 9 baris 4)
Kesannya;
Memberi gambaran yang lebih indah.
GAMBARAN
MASYARAKAT
• Masyarakat yang sentiasa bermohon petunjuk daripada Allah. Manusia
tidak mengetahui akan baik buruk sesuatu keputusan yang dibuat.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Contohnya;
Setelah hari hampirkan senja,
Puteri bersiap hendak memuja,
Jika sungguh asalkan raja,
Disampaikan Allah barang disaja.
• Masyarakat yang patuh kepada raja. Rakyat
mestilah patuh kepada segala carahan raja.
Contohnya;
Terubuk berenang lalu ke laut,
Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.
• Masyarakat yang mementingkan darjat. Perbezaan darjat
boleh membawa kepada kegagalan dalam percintaan.
Contohnya;
Gundah gulana tidak ketahuan,
Lalulah pulang muda bangsawan,
Setelah sampai ke Tanjung Tuan,
Siang dan malam igau-igauan.
• Masyarakat yang kecewa akibat cinta. Apabila berdepan
dengan kegagalan dalam percintaan, perasaa putus asa dan
kecewa sering menghantui diri. Contohnya ikan terubuk yang
gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering
termenung dan berada dalam gundah gulana.

Muda pun datang ke tempatnya,


Hancur luluh rasa hatinya,
Sebab tak sampai bagai hendaknya,
Duduk bercinta di dalam hatinya.
• Masyarakat yang menyaksikan kejadian luar biasa. Kejadian
aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan
seseorang pemerintah. Dalam syair ikan terubuk, kejadian
aneh yang berlaku ialah seperti ribut dan kilat yang
menandakan kedaulatan seseorang raja.
Contohnya;
Selang tidak berapa antara,
Turunlah ribut dengan segera,
Kilat dan petir tidak terkira,
Datuk nenek turun dari udara
KEPENTINGAN KARYA DALAM
KONTEKS SARWAJAGAT
(WORLD VIEW) MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL
• Syair sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran. Melalui syair
pengajaran disampaikan secara kias kerana sifat semula jadi orang
Melayu yang sopan-santun. Dalam syair ini memberi pengajaran kepada
kita bahawa perlu bijak dalam membuat keputusan.
Contohnya;
Pulainya rending dengan rampaknya,
Di tengah kolah terdiri dianya,
Sampailah waktu dengan janjinya,
Puteri melompat ke atas pucuknya.
• Syair sebagai alat hiburan. Pada zaman dahulu syair ini diperdengar kepada
masyarakat dalam majlis-majlis keramaian. Ia juga sebagai mengisi masa
lapang. Dalam syair ini menceritakan tentang cinta yang ditolak kerana
perbezaan taraf. Keadaan ini memberi hiburan kepada masyarakat kerana syair
berbentuk penceritaan sesuai dengan masyarakat pada masa itu.
Contohnya;
Pari pun kembali menghadap baginda,
Berdatang sembah lakunya syahda,
Daulat tuanku duli Seripada,
Tuan puteri sudah tiada.
• Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu. Dalam menyampaikan
pengajaran, syair dicipta agar menjadi lebih menarik apabila diperdengarkan. Ini
menunjukkan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional pada zaman lampau.
Maka jelaslah masyarakat pada zaman dahulu mempunyai daya kreatif dan imaginasi
yang tinggi dalam menyamaikan maklumat.

Contohnya;
Berlida menyahut sambil bercura,
Lemah lembut bunyi suara,
Puteri nin sudah naik udara,
Dengan bala segala tentera.
• Sebagai alat komunikasi. Syair juga berperanan sebagai alat
komunikasi. Pada zaman dahulu,sesetengah masyarakat tidak
menyampaikan sesautu perkara secara terus,tetapi disampaikan
melalui syair yang dirperdengarkan. Bagi menyatakan sesuatu kepada
seseorang,masyarakat pada zaman dahulu menggunakan syair.
Contohnya:
sudah naik ke atas udara ,
belida gerangan punya bicara,
kepada tuanku jangan ketara
silakan tuanku ke laut negara.
• Sebagai salah satu alat kegiatan agama. Syair yang
bercorak agama juga dihasilkan yang mengandungi
ajaran tasawuf dan disebut syair didaktik bermaksud
memberi ajaran moral atau mendidik.
Contohnya;
Demi baginda mendengar kata,
Tunduk berhamburan airnya mata,
Putuslah harap rasanya beta,
Belumlah lagi pertemuan kita.
NILAI
• Ketaatan. Mentaati ajaran agama dengan berdoa dan meminta
petunjuk hanya kepada Tuhan. 
Contohnya;
Berlimau mandi tuan puteri,
Lalulah masuk kedalam puri,
Meminta dia seorang diri,
Sampailah waktu dinihari.
• Kesetiaan. Rakyat mestilah taat setia kepada raja dengan
melaksanakan segala arahan yang diperintah oleh raja.
Contohnya;
Terubuk berenang lalu ke laut,
Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.
• Tanggungjawab. Rakyat bertanggungjawab melaksanakan
segala perintah raja.
Contohnya;
Terubuk berenang lalu ke laut,
Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.
• Rasional. Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang
nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar. Ikan terubuk menyedari akan
darjat dirinya yang berlainan dengan puteri puyu-puyu.
Contohnya;
Asal terubuk ikan puaka,
Tempatnya konon dari laut Melaka,
Siang dan malam berhati duka,
Sedikit tidak menaruh suka.
• Hemah tinggi. Bertutur menggunakan bahasa yang baik dan
sopan. Puteri ikan puyu-puyu digambarkan sebagai seorang
yang berbudi bahasa.
Contohnya;
Puteri Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya,
Cantik mejelis barang lakunya,
Patutlah dengan budi bahasanya.
• Keberanian. Berani melakukan tindakan dan tanggungjawab.
Ikan pari berani menyampaikan berita kepada ikan terubuk.
Contohnya;
Pari pun kembali menghadap baginda,
Berdatang sembah lakunya syahda,
Daulat tuanku jangan ketara,
Silakan tuanku ke laut negara.
PENGAJARAN
• Kita mestilah memohon kepada Tuhan bagi melancarkan serta
memudahkan apa saja kerja yang hendak dilakukan. Contohnya
tindakan puteri puyu-puyu yang bermohon daripada Tuhan agar
memudahkan urusannya untuk menerima atau menolak
perhubungannya dengan ikan terubuk.
Contohnya;
Ya Ilahi Ya Tuhanku
Apakah sudah demikian laku
Dengan berkat nenek moyangku
Datuk nenek turun dari udara.
• Kita hendaklah menjadi manusia yang berbudi bahasa
apabila berbicara dengan orang lain. Setiap individu
perlu meletakkan kedudukan budi itu sesuatu yang amat
mulia dii sisi mereka.
Contohnya;
Puteri Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya,
Cantik mejelis barang lakunya,
Patutlah dengan budi bahasanya.
• Kita mestilah patuh kepada segala arahan raja. Sebagai
rakyat yang sentiasa menjunjung titah raja, segala arahan
yang diarahkan oleh raja mesti dilakukan dengan penuh
rasa penghormatan.
Contohnya;
Terubuk berenang lalu ke laut,
Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.
• Kita hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab
dengan melaksanakan segala amanah dengan baik.
Misalnya ikan pari bertanggungjawab menyampaikan
berita tentang puteri puyu-puyu kepada ikan terubuk.
Contohnya;
Pari pun kembali menghadap baginda,
Berdatang sembah lakunya syahda,
Daulat tuanku duli Seripada,
Tuan puteri sudah tiada.
• Kita mestilah sedar akan dimana letaknya darjat dan
kedudukan kita apabila ingin bercinta dengan
seseorang. Kemungkinan besar cinta yang tidak
sedarjat itu tidak akan bersatu.
Contohnya;
Gundah gulana tidak ketahuan,
Lalulah pulang muda bangsawan,
Setelah sampai ke Tanjung Tuan,
Siang dan malam igau-igauan.
• Kita mestilah bekerjasama apabila melakukan sesuatu
pekerjaan. Kerjasama yang padu akan memudahkan kerja
dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Contohnya;
Terubuk berenang lalu ke laut,
Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.
TERIMA
KASIH
Daripada kami: Tanesh, Jack, Aliff, Helmi

Anda mungkin juga menyukai