Anda di halaman 1dari 15

SYAIR IKAN TERUBUK

DEFINISI SYAIR 

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan


menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair mengandungi
sebanyak 4 baris dan kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin
disaampaikan. Keempat-empat baris tersebut berirama sama.Syair juga sering membawa
makna isi yang behubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga
berasaskan sejarah atau dongen.

SYAIR IKAN TERUBUK

Bismillah itu permulaan kalam


Dengan nama Alllah khalik al-alam
Melimpahkan rahmat siang dan malam
kepada segala mukmin dan islam

mula dikarang ikan terubuk


lalai memandang ikan di lubuk
hatidan jantung bagai serbuk
laksana kayu dimakan bubuk

asal terubuk ikan puaka


tempatnya konon dilaut melaka
siang dan malam berhati duka
sedikit tidak menaruh suka

pagi dan petang duduk bercinta


berendam dengan airnya mata
kalbunya tidak menderita
kerana mendengar khabar berita
pertama mula terubuk merayu
berbunyilah guruh mendayu-dayu
senantiasa berhati sayu
terkenangkan puteri ikan puyu-puyu

puteri puyu-puyu kon namanya


di dalam kolam konon tempatnya
cantik menjelis barang lakunya
patutlah dengan budi bahasanya

koolamnya konon di Tanjung Padang


di sana lah tempat terubuk bertandang
pinggangnya ramping dadanya bidang
hancurlah hati terubuk memandang

muda menentang dari saujana


melihat puteri terlalu lena
hati di dalam bimbang gulana
duduk bercinta tiada semena

gundah gulana tiada ketahuan


lalulah pulang muda bangsawan
setelah sampai ke Tanjung Tuan
siang dan malam igau-igauan

setelah hari hampirkan senja


puteri siap hendak memuja
jika sungguh asal raja
disampaikan Allah barang disaja
berlimau mandi tuan puteri
lalulah masuk kedalam puri
meminta dia seorang diri
sampailah waktu dinihari

Ya Ilahi ,Ya Tuhanku


apakah sudah demikian laku
dengan berkat nenek moyangku
disampaikan dewata barang pintaku

selang tidak berapa antara


turunlah ribut dengan segera
kilat dan petir tidak terkira
datuk nenek turun dari udara

membawa sepohon batangnya pulai


datang dari Tanjung Balai
eloknya tidaklah ternilai
puteri melihat hairan terlalai

pulainya rendang dengan rampaknya


di tengah kolah terdiri dianya
sampailah waktu dengan janjinya
puteri melompat keatas pucuknya

dengan berkat segala aulia


perkataan puteri terhentilah ia
belum;lah sampai daya upaya
tiada pertemuan apakan daya
berlida menyahut sambil bercura
lemah lembut bunyi suara
puteri nin sudah naik udara
dengan bala segala tentera

pari pun kembali menghadap baginda


berdatang sembah lakunya syahda
dualat tuanku dule seripada
tuan puteri sudah tiada

sudah naik ke atas udara


belida gerangan punya bicara
kepada tuanku jangan ketara
silakan tuanku ke laut negara

demi baginda mendengar kata


tunduk berhamburan airnya mata
putuslah harap rasnya beta
belumlah lagi pertemuan kita

terubuk berenang lalu ke laut


sekalian ramai yang mengikut
hati di dalam terlalu kusut
bagaikan datang rasanya takut

kain putih bersampul pulih


pakaian anak raja perempuan
yang dicita tidaklah boleh
sudahlah nasib badanku tuan
anggur jabat tanaman Judah
tanam melati di jambangan
janganlah dijabat yang telah sudah
rosaklah hati yang berpanjangan

muda pun datang kepada tempatnya


hancur luluh rasa hatinya
sebab tak sampai bagai kehendaknya
duduk bercinta di dalam hatinya

MAKSUD SETIAP RANGKAP

 Rangkap 1:

Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan
memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan
malam kepada setiap umat Islam.

 Rangkap 2:

Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan
pemerintahannya) kerana bersedih .

 Rangkap 3:

Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk
berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.

 Rangkap 4:

Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah
apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.

 Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga
menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.

 Rangkap 6:

Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu  yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar)
Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.

 Rangkap 7:

Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu
jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.

 Rangkap 8:

Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi
resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)

 Rangkap 9:

Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan
terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan
terubuk teringatkan tuan puteri.

 Rangkap 10:

Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang
berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.

 Rangkap 11:

Upacara berdoa tersebut  dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke
tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).

 Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia
juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.

 Rangkap 13:

Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek
moyangnya dari kayangan.

 Rangkap 14:

Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik
apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.

 Rangkap 15:

Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah
kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.

 Rangkap 16:

Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-
apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.

 Rangkap 17:

Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah
naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

 Rangkap 18:

Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita
kehilangan tuan puteri puyu-puyu.

 Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan
belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia
mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.

 Rangkap 20:

Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya
menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan
puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.

 Rangkap 21:

Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi
rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .

 Rangkap 22:

Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib
yang terpaksa dihadapinya.

 Rangkap 23:

Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.

 Rangkap 24:

Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat
hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam
kalbunya.

SINOPSIS

Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut
Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu
yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada
sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta
bersopan-santun.
            Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan
terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan
ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk.
Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan akhirnya
sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat
ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.

            Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan
oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang
digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk
memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.

            Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-
sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk
kembali ke tempat aslanya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak
kesampaian.

CIRI-CIRI SYAIR

Fakta ; Terdiri daripada empat baris serangkap

Huraian ; Kesemua 24 rangkap terdiri daripada 4 baris

Contoh ; Bismillah itu permulaan kalam,

Dengan nama Allah khalik al-alam

Melimpahkan rahmat siang dan malam,

Kepada segala mukmin dan Islam.

          

Fakta ; bilangan patah perkataan

Huraian ; Keseluruhan syair mempunyai 3 higga 5 patah perkataan

ContoH > 3 patah perkataan-rangkap 14 baris 3 :

Eloknya tidaklah ternilai

Ø  5 patah perkataan-rangkap 6 baris 2

Di dalam kolam konon tempatnya


Fakta ;  Bilangan suku kata

Huraian ; Mempunyai suku kata antara 8 hingga 13 suku kata

Contoh  >  8 suku kata-rangkap 14 baris 2

Da/tang /da/ri /Tan/jung/ Ba/lai

Ø  13 suku kata-rangkap 16 baris 2

Per/ka/ta/an/ pu/te/ri/ ter/hen/ti/lah/ ia

Fakta ; Rima akhirnya

Huraian ; Rima akhir syair ini tetap iaitu a-a-a-a

Contoh ; Mula dikarang ikan terubuk,

               Lalai memandang ikan di lubuk,

               Hati dan jantung bagai serbuk,

               Laksana kayu dimakan bubuk.

FUNGSI KARYA

*Sebagai hiburan

*Alat menyampaikan pengajaran

* Alat Sindiran

GAYA BAHASA

Fakta ; Penggunaan bahasa asing

Huraian ; Penggunaan bahasa arab dalam syair

Contoh ; Rangkap 1 baris 1-bismillah

Rangkap 1 baris 2-khalikal-alam

Rangkap 1 baris 3-rahmat

Rangkap 1 baris 4-mukmin dan islam

Rangkap 12 baris 1-Ya Ilahi


Fakta ; Metafora

Huraian ; Penggunan unsur abstrak dan konkrit dalam ayat

Contoh ; Rangkap 20 baris 2

Rangkap 22 baris 1

FaktA ; Hiperbola

Huraian ; Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan

Contoh ; Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk

Rangkap 4 baris 1-pagi dan petang duduk bercinta

Rangkap 15 baris 4-puteri melompat ke atas pucuknya

Fakta ; Personafikasi

Huraian ; Sifat manusia yang diberi pada objek atau benda

Contoh ; Rangkap 13 baris 2-turunlah rebut dengan segera

Rangkap 15 baris 3-sampailah waktu dengan janjinya

Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut

Fakta ; Simile

Huraian ; Perbandingan setara yang menggunakan perkataan seperti,bak,umpama,bagai

Contoh ; Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk

Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut


Fakta ; Kata ganda berirama

Huraian ; Kata yang digandakan dengan penambahan imbuhan atau perubakan kata

Contoh  ; Rangkap 9 baris 1-gundah gulana tidak keruan

Rangkap 9 baris 4-siang dan malam igau-igauan

Rangkap 16 baris 3-belumlah sampai daya upaya

Tema
 Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status .

Persoalan

·         Persoalan percintaan .

Huraian ,Percintaan yang melibatkan perbezaan status / darjat yang membawa kepada kegagalan dalam
percintaan tersebut.

Contohnya,Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan air masin dengan puteri
ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

·         Persoalan Pengharapan pada yang Esa./Doa

 Huraian , Segala harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa,

Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada Allah  agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan
teubuk.

·         Persoalan tentang kerinduan

Huraian ,Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan
gelisah.
 Contohnya,Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya
sedih dan gelisah.

·         Persoalan tentang kedaulatan. (keluarga raja)

 Huraian ,Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri.

Contohnya,Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta barang
jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara
aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan
akhirnya hilang.

·         Persoalan tentang kejadian luar biasa / aneh

 Huraian ,Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan
sesuatu keadaan.

 Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut
diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat.

·         Persoalan tentang kecantikan golongan bangsawan.

Huraian ,Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik , contohnya tuan puteri
puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik,

Contohnya Cantik mejelis barang lakunya.

·         Persoalan keelokkan tingkah laku golongan bangsawan

Huraian ,Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat
hati orang yang melihatnya.

Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.


·         Persoalan tentang putus asa / kecewa

 Huraian , Apabila berdepan dengan kegagalan dalam percintaan, perasaan putus asa dan kecewa sering
menghantui diri.

Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering termenung
dan berada dalam gundah gulana

Sarwajagat(pemikiran masyarakat)

1.         Perbezaan darjat/keturunan
Boleh membawa kegagalan dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk  yang gagal
memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk berasal dari
kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

2.         Keagungan tuhan      

Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah dipohon    bagi
memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-
puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak   ikan terubuk.

3.         Konsep daulat.

Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan
membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti
apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan
untuk menghilangkan diri.

4.         Kejadian luar biasa.

Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah .   Pemerintah atau
raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair  ikan terubuk kejadian aneh yang
berlaku ialah ribut, kilat dan petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.
Nilai kemanusiaan:

            i.          Nilai kasih sayang

            ii.         Keberanian

            iii.        Kegigihan

            iv.        Keyakinan

Nilai kemasyarakatan
           

            i.          Kerjasama

            ii.         Kesetiaan kepada pemerintah

Nilai kepercayaan

            i.          Kepercayaan tentang ikan terubuk adalah ikan yang memiliki roh jahat.

            ii.         Kepercayaan terhadap kejadian luar biasa

Nilai Keagamaan

            i.          Memuliakan Tuhan sebagai pentadbir alam

            ii.         Limpahan rahmat untuk semua makhluk.       

Anda mungkin juga menyukai