Anda di halaman 1dari 20

SYAIR IKAN

TERUBUK
DEFINISI

~Syair merupakan sejenis puisi berlagu.


~Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat
Melayu lama.
~Setiap rangkap dalam syair mengandungi 4 baris dan kesemuanya membawa
makna isi dan maksud yang ingin disampaikan.
~Keempat-empat baris tersebut berirama sama.
~Syair juga sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat
,sindiran ,nasihat ,pengajaran ,agama dan juga berasaskan sejarah atau cerita
dongeng.
FUNGSI KARYA

Sebagai alat untuk


Sebagai alat Sebagai alat
menyampaikan
pengajaran. hiburan. sindiran
MAKSUD SETIAP RANGKAP
 Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji
kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan malam kepada setiap
umat Islam.

 Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan
pemerintahannya) kerana bersedih .

 Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada
dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
 Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah
gelisah.

 Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu,
sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.

 Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu  yang tinggal di dalam sebuah kolam
(air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-
santun.
Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya
lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.

 Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi
resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)

 Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan
terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan
terubuk teringatkan tuan puteri
Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan
raja yang berdaulat semoga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.

 Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut  dimulaikan dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan
diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).

 Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan
nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya
diperkenankan.
 Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah
nenek moyangnya dari kayangan.

 Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat
cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.

 Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-
tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas
pucuknya.
Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belum pun sempat berlaku
apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.

 Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah
naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

 Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita
kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
 Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia
berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan
terubuk ke laut Negara.

 Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air
mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah
menghilangkan diri.

 Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba
salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .
Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang
terpaksa dihadapinya.

 Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.

 Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya
untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya.
TEMA

~ Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari


perbezaan status.
PERSOALAN
• Persoalan keelokan tingkah laku golongan bangsawan
Contohnya, Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti
hingga memikat hati orang yang melihatnya.Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah
laku yang baik

• Persoalan Pengharapan pada yang Esa/Doa


Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada Allah  agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan
terubuk.

•  Persoalan tentang kerinduan


 Contohnya, Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya
sedih dan gelisah.
• Persoalan  tentang kejadian luar biasa
Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat,
semoga Allah akan memakbulkan permintaannya. Apabila Tuan Puteri puyu-
puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan
kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat belum pun
sempat berkata apa-apa tuan puteri puyu-puyu menghilangkan diri.

•    Persoalan kekecewaan
Contohnya, ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-
puyu sering termenung dan berada dalam gundah gulana.
GAYA BAHASA
i) Asonansi
- Perulangan bunyi vokal dalam baris.
Contoh: kepada segala mukmin dan Islam

ii) Aliterasi
- Perulangan bunyi konsonan dalam baris.
Contoh: lalai memandang ikan di lubuk
iii) Responsi
-Perulangan perkataan yang sama di tengah baris yang berurutan
Contoh:
Puteri puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya

iv) Personafikasi
- Memberikan sifat manusia kepada benda-benda tidak bernyawa
Contoh: Berbunyilah guruh mendayu-dayu,
v) Simile
- Perbandingan setara yang menggunakan perkataan seperti,bak,umpama,bagai
Contoh: hati dan jantung bagai serbuk

vi) Hiperbola
- Perbandingan secara melampau/berlebih-lebihan.
Contoh: Hancur luluh rasa hatinya
vii) Fakta: Inversi
- Pembalikan kata
Contoh: Pertama mula terubuk merayu
Sepatutnya, “Pertama terubuk mula merayu,”
BENTUK
• Rangkap, syair mempunyai 24 rangkap.
• Baris, setiap rangkap mempunyai 4 baris. Setiap baris merupakan maksud. Binaan seluruh
baris dalam rangkap membawa satu kesatuan maksud yang lengkap
• Binaan patah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan sebaris.
Contoh perkataan terpendek:
eloknya tidaklah ternilai
Contoh perkataan terpanjang:
di dalam kolam konon tempatnya
• Binaan patah suku kata antara 8 hingga 13 suku kata sebaris.
Contoh suku kata terpendek:
da/tang /da/ri /tan/jung /ba/lai”
Contoh suku kata terpanjang:
per/ka/ta/an / pu/te/ri/ / ter/hen/ti/lah / i/a

• Rima, rima akhir syair ini tetap atau sama, iaitu a,a,a,a
• Contoh:

• Bentuk puisi ini adalah terikat. Dari segi binaan rangkap dan rima akhir yang sekata.

Anda mungkin juga menyukai