Anda di halaman 1dari 5

Raja Suran Masuk ke Laut

Tersebutlah kisah seorang raja yang tersohor bernama


Raja Suran. Baginda keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Baginda memerintah negeri bernama Makadunia. Baginda
sangat suka menakluk negeri dengan berperang. Baginda
puas mengembara ke seluruh dunia sehinggakan tidak ada
tempat yang belum baginda pergi kecuali dunia lautan.

Justeru baginda menitah semua tukang yang mahir dan


bijaksana membuat sebuah peti untuk masuk ke dalam
laut. Peti itu mestilah dibuat daripada kaca, supaya
baginda dapat melihat dari dalam segala isi di dalam
lautan

Semua tukang membuat peti yang dikehendaki oleh


raja bekerja bersungguh-sungguh. Segala pengetahuan
digunakan dengan sebaik-baiknya.Tidak lama kemudian,
siaplah sebuah peti yang sangat menakjubkan.

Raja Suran berasa sangat gembira apabila melihat


peti yang diidamkan selama ini telah pun siap. Baginda
memberikan hadiah yang lumayan kepada semua tukang
yang telah membuat peti itu.

Baginda pun menetapkan hari yang sesuai untuk


masuk ke dalam laut. Baginda bersama para menteri
menaiki sebuah bahtera yang besar. Pada masa itu,
keadaan laut bergelora dan angin bertiup kencang.
1
Setelah keadaan laut tenang, baginda masuk ke dalam
peti itu lalu menguncikan dari dalam. Kemudian, baginda
mengarahkan agar peti tersebut diturunkan ke dalam laut.

Peti dihulurkan semakin dalam barulah pemandangan


agak terang. Baginda melihat ikan yang besar-besar
berenang di keliling peti itu. Baginda amat takjub melihat
benda dan kehidupan di bawah laut itu.

Peti itu turun perlahan-lahan. Air laut itu menjadi


gelap dan akhirnya menjadi terang semula. Raja Suran
mendapati ada sebuah negeri di dasar laut.

Tiba-tiba peti itu tersentap dengan kuat kemudian


bergerak dengan pantas. Akhirnya peti itu terjatuh tak
di dasar laut. Nasib baik peti itu tidak pecah.

Tiba-tiba baginda dikerumuni oleh beberapa orang


lelaki. Mereka membawa Raja Suran menghadap raja
mereka. Setelah beberapa lama berjalan, mereka pun tiba
di sebuah bandar besar dan ramai penduduknya.

Sejurus kemudian mereka sampai di hadapan sebuah


istana lalu masuk menghadap raja. Raja negeri itu
sebenarnya bernama Raja Aftabul Ard. Baginda sungguh
hairan melihat pakaian Raja Suran yang begitu cantik.

Baginda bertanya, "Dari manakah kamu datang?" Raja


2
Suran pun menjawab, "Hamba ini datang dari dalam dunia."
Raja Aftabul Ard hairan mendengar jawapan Raja Suran.
Baginda berkata, "Rupa-rupanya ada dunia lain selain dunia
kami ini.”Baginda bertanya lagi, "Siapakah kamu ini dan
apakah tujuan kamu datang ke sini?" Raja Suran menjawab
dengan sopan, "Hamba ini bernama Raja Suran. Hamba
ialah raja segala manusia di dunia. Tujuan hamba ke sini
kerana benar-benar ingin melihat keadaan di dasar laut
yang belum pernah hamba lihat”. Setelah mendengar
semua jawapan, barulah puas rasa hati Raja Aftabul Ard.

Dengan ikhlas Raja Aftabul Ard mempelawa Raja


Suran untuk tinggal di istananya. Raja Suran menerima
pelawaan itu dengan hati yang senang.

Raja Aftabul Ard mempunyai seorang puteri yang


cantik rupawan bernama Puteri Mahtabul Bahri. Baginda
pun mengahwinkan puterinya itu dengan Raja Suran. Hasil
perkahwinan mereka dikurniakan dengan tiga orang
putera.

Pada suatu hari, baginda bermain dengan putera-


puteranya. Terfikir dalam hatinya, "Apakah yang terjadi
kepada putera-puteranya jika terus tinggal di negeri Dika
itu?"
Sedang Raja Suran berfikir, datang seorang raja
jin. Baginda pun menyuruh raja jin itu membuat tiga buah
mahkota untuk putera-puteranya. Pada mahkota itu
hendaklah ada tanda kebesaran Raja Iskandar Zulkarnain.
3
Raja jin itu setuju lalu ghaib kemudian muncul membawa
tiga buah mahkota.

Tanpa membuang masa, baginda membawa ketiga-tiga


putera itu menghadap Raja Aftabul Ard. Raja Suran
menyatakan hasrat hati kepada ayahanda mertuanya
untuk membawa ketiga-tiga putera pulang ke dunia.Raja
Aftabul Ard bersetuju dengan syarat setelah ketiga-tiga
cucuda dewasa barulah dibenarkan pulang ke dunia. Raja
Suran tetap dengan keputusannya untuk kembali ke dunia
walaupun terpaksa meninggalkan ketiga-tiga anak dan
isterinya yang tersayang.

Raja Aftabul Ard menganugerahkan seekor kuda


semberani jantan yang tangkas kepada Raja Suran. Dalam
sekelip mata sahaja Raja Suran telah meninggalkan negeri
Dika dan akhirnya sampai di permukaan laut. Tidak lama
kemudian, Raja Suran sampai ke negerinya. Rakyat sangat
gembira kerana raja mereka masih hidup dan telah
kembali. Raja Suran menceritakan semua peristiwa yang
telah dialaminya. Semua yang mendengar cerita Raja
Suran tercengang.

Tersebutlah kisah Raja Aftabul Ard di negeri Dika.


Baginda membesarkan cucu-cucunya dengan penuh kasih
sayang. Mereka diajar dengan pelbagai ilmu dan
kepandaian. Setelah ketiga-tiga anak tersebut dewasa,
akhirnya mereka dihantar ke dunia. Putera-putera ini
mempunyai kesaktian dan menjadi lagenda dalam lipatan
4
sejarah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai