Anda di halaman 1dari 2

Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal dikawasan pedalaman tanah

tinggi Borneo iaitu Kalimantan Timur, Brunei, Sabah danSarawak. Di Sarawak, mereka
digolongkan dalam kelompok masyarakat Orang Ulu.
Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Murut kolor atau Murut Sipitang atau
Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal adalah mereka yang tinggal di
hulu sungai), seperti di Kg. Long Pasia dan Kg. Long Mio, Maligan,Sipitang, Sabah. Sementara
di Sarawak dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang
tempatan atau orang pribumi. Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga
terdapat di sepanjang persisiran sungaiLawas, Trusan dan Limbang.

Asal-usul
Sejarah asal penempatan awal suku kaum Lun Bawang ialah di tanah tinggi Kerayan Kelabit
kawasan tengah utara Borneo. Mereka telah berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Brunei sekitar
abad ke-16 dan ke-17 akan tetepi kebanyakan mereka masih ada di Kalimantan.

Budaya dan cara hidup


Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan. Ini dapat dilihat
juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi (Lati ba').
Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip dipanggil Nuba'
Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan di dalam buluh selama
lebih sebulan dipanggil telu serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari
suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai (narar).
Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang
main. Dikawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan
serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak
pengantin perempuan yang dipanggil purut.
Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki
diperbuat dari kulit kayu yang dipanggilkuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula
dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang diikat
dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka
mengenakan pata di kepala,beret di pinggang, bane di leher dan gileng atau pakel di tangan
serta lengan. Suku kaum Lun Bawang juga sangat popular dengan alat muzik yang diperbuat
dari buluh. Mereka memainkan ini dalam kumpulan. Perempuan meniup suling dan lelaki
meniup bass.
Di Sarawak bermula pada 1hb Jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakan Irau Aco
Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hari Gawai Dayak. Semasa
perayaan ini berlangsung pelbagai pertunjukan kebudayaan dari suku kaum Lun Bawang dapat
disaksikan.

Agama
Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah disebarkan oleh mubaligh
Kristian sekitar tahun 1928-1930an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei majoriti mereka dari aliran
gereja Sidang Injil Borneo (SIB). Arwah Datuk Racha Umung adalah Presiden pertama SIB dan
ahli adun negeri Lawas (1960an) serta menjadi ahli Parlimen Bukit Mas (Lawas), Sarawak yang
pertama pada tahun 1976, sewaktu Tun Dr. Mahathir masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada
julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas
helikopter pada 2004 di Ba'kelalan, Sarawak juga adalah dari suku Kaum Lun Bawang dan
membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.

Taraf hidup
Sistem pendidikan agak lewat sampai diantara suku kaum Lun Bawang, dan sehingga kini belum
ada pembinaan sekolah menengah di kawasan Long Pasia atau Ba'kelalan. Mereka juga kurang
mengisi peluang-peluang pekerjaan di syarikat-syarikat besar. Namun begitu atas usaha yang
berterusan, ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih
dari 20 orang peguam dan 10 orang bergelar doktor dari suku bangsa Lun Bawang pada 2012. [

Anda mungkin juga menyukai