Anda di halaman 1dari 8

KAUM MELAYU

KAUM CINA
KAUM INDIA
ETNIK-ETNIK DI MALAYSIA

Antaranya ialah :

Bajau

 Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah
antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak
kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan
Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.
 Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke
Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.
 100 % suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat
menekankan hubungan kekeluargaan dan “le’od” iaitu kelompok sedaerah.
 Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan
daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk
sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.
 Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara
seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
 

Baba dan Nyonya

 Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di
Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di
negeri Melaka.
 Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah
orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini.
 Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab
tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
 Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana
kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai
unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
 Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di
persekitaran mereka pada zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang
berlaku antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa
generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”.
 
Iban

 Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah
sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban
merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.
 Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang,
Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang.
 Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dipanggil
tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.
 Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang
dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat
ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan
menuai padi sepanjang tahun ini.
 

Bugis

 Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat dalam kelompok
ras berbilang bangsa di negeri Sabah.
 Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah
Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
 Sejarah kedatangan Bugis dipercayai telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi
menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo
sejak abad ke-16.
 

Melanau

 Melanau terdapat di Sarawak.


 Umumnya masyarakat ini mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu
dari segi kebudayaan , kepercayaan dan adat resam.
 Oleh itu, masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu.
 Masyarakat Melanau mempunyai budaya dan adat resam mereka yang
tersendiri seperti dalam aspek kehidupan seperti kelahiran, perkahwinan dan
kematian.
 

Bisaya
 Kaum Bisaya berasal dari barat laut borneo di Sabah dan Timur Sarawak.
 Kaum Bisaya dikaitkan dengan kaum bisaya(Visayan) di Filipina tetapi secara
dasarnya, suku Bisaya hanya terdapat di Borneo sahaja, tetapi Visaya yang
terdapat di Filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan Bisaya di
Borneo.
 Melalui perbandingan bahasa, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat
dengan bahasa Melayu daripada bahasa suku Bisaya di Filipina.
 

Minangkabau

 Orang Minangkabau berasal dari Sumatra Barat di Indonesia.


 Mengamalkan adat Matrilineal iaitu harta diwariskan daripada ibu kepada anak
perempuan.
 Mula menetap di Negeri Sembilan pada abad ke-14.
 Daripada suku inilah lahirnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang
dipanggil ‘Penghulu’ kemudiannya ‘Undang’ dan akhir sekali Yang di-Pertuan
Besar.
 Negeri Sembilan berada di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.
 

Kenyah

 Kaum Kenyah ialah kaum terbesar (Bumiputera) yang mendiami di kawasan


pedalam daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta Kalimantan,
Indonesia.
 Asal usul masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sekitar
1400-1700 masihi.
 Masyarakat Kenyah membina rumah panjang berdekatan dengan sungai, iaiti
merupakan jalan perhubungan mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain
menggunakan sampan.

Anda mungkin juga menyukai