Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah Negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya tersebut telah mempamerkan keunikan Negara kita. Kefahaman guru terhadap kewujudan pelbagai budaya dalam masyarakat Malaysia menjadi pemangkin kea rah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya dan seterusnya melahirkan warganegara bersatu padu. Dalam tugasan ini, saya telah memilih satu etnik di Malaysia iaitu etnik Bajau yang merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah. Dalam kandungan tugasan ini, saya mengkaji tentang etnik Bajau dari aspek bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa, adat resam, jantina dan aspek-aspek lain yang signifikan. Selain penghuraian mengenai etnik Bajau itu, saya juga ada menyatakan mengenai implikasi kepelbagaian sosi-budaya tersebut di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah serta beberapa cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Hasil pembelajaran kerja kursus ini adalah mencakupi kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran untuk ilmu pendidikan bagi semester 5.

1.0 Pengenalan Etnik Bajau Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ianun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.

Menurut I.H.N. Evans, (1992: 52), masyarakat Bajau adalah satu kelompok Melayu Proto yang bersifat maritime atau berhubung rapat dengan laut. Manakala D.E. Sopher (1965: 50-1) mengklasifikasikan masyarakat Bajau sebagai satu kelompok nomadic seafolks atau boat nomads. Budaya asal kelompok boat nomads ini adalah jenis yang primitif dari segi sosial dan teknologi. Mereka lebih gemar menjadi penghuni perahu (boat dwellers) dan kegiatan ekonomi mereka adalah mengumpul hasil laut. Tempat tinggal mereka biasanya di pulau-pulau kerana memudahkan mendapat hasil laut. Namun begitu mereka bukanlah dari kalangan nelayan komersial kerana penggunaan teknologi yang primitif dan masih miskin dari segi kebendaan.

Bentuk

rupa

masyarakat

boat

nomads

(Bajau)

mempunyai

ciri-ciri

kemelayuan atau Palaeomongoloid dan ciri-ciri Veddid. Mereka hidup dalam komuniti perahu yang kecil iaitu merupakan beberapa buah keluarga yang hidup harmoni di bawah satu pimpinan ketua secara nominal. Mereka juga bergantung kepada kelompok yang lebih maju dari segi politik dan ekonomi walaupun mereka tidak suka berhubungan sosial dengan masyarakat lain atau orang di kawasan darat.

Menurut Sopher, orang Bajau menetap di beberapa tempat, antaranya di Kepulauan Sulu (selatan Filipina), Sabah dan bahagian timur Indonesia ( pantai Sulawesi). Orang Bajau di pantai timur pulau Borneo, termasuk Sabah, mempunyai pertalian dengan Bajau Kepulauan Sulu dan Sulawesi. Menurut C. Sather, (1978 : 172), orang Bajau paling ramai di selatan Filipina iaitu 90000 orang. Di Sabah, seramai 72000 orang. Di bahagian timur Indonesia, orang Bajau Cuma antara 30000 hingga 40000 orang. Di Sabah, orang Bajau terdapat di kedua-dua pantai barat dan

timur. Di kepulauan Sulu, orang bajau berada di Zamboanga dan pulau-pulau lain di selatan, di Basilan, Jolo, Siasi, Tawi-tawi dan Sibutu.

1.1 Istilah Bajau

Menurut John Crawfurd, nama Bajau diberi oleh orang Bugis dengan sebutan Waju yang bermaksud men that go in troops atau orang yang bergerak secara kumpulan. Ben J. Wallace (1971 : 43) mengatakan perkataan bajau berasal danpada rangkai kata bajak laut atau baja laut. Menurut orang bajau Semporna, nama Bajau dipetik daripada perkataan berjauhan kerana dahulu orang Bajau sentiasa berada di laut dan jauh dari daratan. Walau bagaimanapun, menurut C. A. Sather, orang Bajau menggunakan nama Sama atau Aasama dan bukan Bajau yang merupakan nama pemberian oleh orang asing.

Tambahan pula, Asmah Hj. Omar (1983: 102) menerangkan bahawa istilah sama mula digunakan. Menurut cerita orang Bajau sendiri, apabila mereka bertemu semula selepas berpisah, mereka segera mengenali antara satu sama lain dan mengganggap mereka serupa dan dari kelompok etnik yang sama sahaja. Namun begitu, mereka tinggal berjauhan antara satu sama lain. Oleh itu, wujud perkataan Bajau, (imbuhan ba- dan kata dasar jau(jauh)) yang membawa erti duduk jauh antara satu sama lain.

Dalam keterangan Wilfredo F. Arce (1963 : 244), dalam kalangan penduduk Kepulauan Sulu terdapat kecenderungan untuk membeza-bezakan kedua-dua golongan masyarakat Bajau. Orang yang beragama Islam dan tinggal di dalam rumah dikenali sebagai Samal dan mereka yang bukan beragama Islam dan tinggal di dalam perahu dikenali sebagai Pala-u(nama lain Lutaw dan Luwa-an). Orang Samal dipandang lebih tinggi kedudukannya. Namun begitu, di Kepulauan Sulu, kedudukan mereka masih dianggap lebih rendah daripada kedudukan orang Taosug( penduduk asal Kepulauan Sulu).

1.2 Asal Usul dan Sejarah Awal Masyarakat Bajau

Keterangan Orang Bajau Pulau Omadal Akibat kalah dalam perlumbaan ke Pulau Angsor, Selangaya Bongsu tidak dapat berkahwin dengan Siti Zairan Kabaran puteri Sultan Iskandar Alam. Kemudian, Selangaya Bongsu merajuk dan belayar ke Filipina dan singgah di Pulau Mindanao dan Zamboanga(nama asal sembuang/pancang yang telah dipacak kan di laut untuk menambat perahu di laut). Selangaya Bongsu menetap di Pulau Setaluk yang diubah namanya kepada Pulau Siasi. Berlaku penghijrahan keturunan dari sana ke negeri Sabah dikenali sebagai Tanah Mengirah.
Keterangan Cyrill Alliston (1966:23-4) Puteri Sultan Johor, Dayang Ayesya perlu dikahwinkan dengan Sultan Sulu walaupun puteri lebih suka kepada Sultan Brunei. Dalam perjalanan ke Sulu, puteri telah diculik oleh Sultan Brunei. Akibatnya, pengiring-pengiring puteri tidak berani lagi kembali ke Johor kerana takut dimurkai oleh Sultan Johor. Mereka terus menjadi pengembara laut dan kehidupan bergantung dengan hasil laut. Lama-kelamaan, mereka menetap di pulau-pulau terpencil dan di kawasan pantai barat laut dan timur laut Pulau Borneo dan sesetengah tinggal di dalam perahiu sehingga kini. Keterangan Helen Follet Pada abad dahulu, Orang Bajau tinggal di dalam perahu di daerah Semenanjung Tanah Melayu. Mereka adalah nelayan dan takut kepada orang di darat. Ketua penduduk darat telah melarikan anak perempuan Ketua masyarakat Bajau tetapi berjaya selamatkan diri dan pulang kepangkuan bapanya. Oleh sebab takut orang darat membalas dendam, maka, orang Bajau meninggalkan kawasan darat dan tiba di Laut Sulu dan menetap di situ.

Kesimpulan daripada cerita legenda di atas, jelas menunjukkan bahawa orang Bajau berasal dari negeri Johor. David E. Sopher (1965:352) telah membuat andaian bahawa nenek moyang orang Bajau daerah Borneo-Filipina berasal dari Kepulauan Riau-Lingga yang pernah menjadi penghuni perahu sebelum berpindah ke sana. Andaian dibuat berdasarkan ciri persamaan dari segi kebudayaan, linguistik dan fizikal.

Menurut Sixto Y. Orosa (1970:62-3), beliau menyifatkan orang Bajau Sulu adalah penakut dan jika perasaan mereka tersinggung, mereka akan berpindah ke tempat lain dengan mudah kerana menetap di dalam perahu. Orang Bajau juga berasa lebih selamat ketika di dalam perahu dan jatuh sakit jika mereka berada di darat. Namun kini, orang Bajau Sabah telah banyak mendirikan rumah sendiri dan tidak lagi menjadikan perahu sebagai tempat kediaman. Perahu hanya akan digunakan untuk ke laut mencari hasil laut sahaja.

1.3 Bangsa Bajau Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli).

Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

1.4 Orang Bajau di Sabah Orang Bajau Omadal Beragama Islam (penting untuk meningkatkan peradaban yang tinggi, mencapai kesatuan ummah). Menjadi penghuni rumah. Orang Bajau Laut Baru terdedah dengan agama Islam tetapi masih ramai belum memeluk agama Islam(kafir). Lebih suka tinggal di dalam perahu.

1.5 Struktur Masyarakat / Kelas Sosial

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai Koboi Timur kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan

Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.

Pada skala lokal, paling tepat dikatakan jika unit organisasi sosial utama dalam masyarakat Bajau adalah rumah tangga, yang terdiri dari keluarga inti, yang jumlahnya kemudian sering bertambah, tergantung tahap perkembangan keluarga. Pertalian keluarga adalah hal penting dalam membentuk struktur rumah tangga dan berbagai bidang menurut wewenangnya, seperti warisan dan merawat orang tua, tapi rumah tangga Bajau lebih dikelola atas dasar pilihan tempat tinggal daripada peran keluarga yang sudah ditetapkan.

1.6 Kepercayaan Masyarakat Etnik Bajau

Agama juga berperanan besar dalam organisasi sosial. Untuk orang Bajau, menjadi orang Bajau bererti menjadi Muslim dan tidak ada yang namanya nonMuslim. Hal ini kerana kehidupan masyarakat Bajau, seperti ibadah Ramadhan dan Hari Raya Puasa, tidaklah sukar untuk difahami dan dilaksanakan terutama yang baru menganut agama Islam. Agama Islam menjaring pengikutnya dalam sistem dan ritual kepercayaan adat, sekaligus menyertakan maksud dan tujuannya dalama aktiviti harian. Seratus peratus masyarakat Bajau menganut agama Islam. Orang Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Dalam pengamalan kehidupan harian masyarakat Bajau, terdapat beberapa adat dan pantang larang mengenai upacara kematian yang dipercayai dan masih lagi dipegang dan diamalkan dalam kalangan masyarakat Bajau. Amalan-amalan
6

tersebut merupakan adat-adat yang telah dibentuk dari zaman dahulu dan ianya tidak boleh tidak ianya mesti dipatuhi untuk kesejahteraan si mati dan keluarganya, malah untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Kemasukan unsur-unsur agama Islam sedikit sebanyak telah mengubah kesesuaian adat dan kepercayaan tersebut selaras dengan syariat Islam.

Berikut merupakan antara amalan-amalan yang sering diadakan semasa berlakunya kematian. Bengkai-bengkaian Bengkai-Bengkaian ialah tilam atau tikar yang dibuka dan dihamparkan di tengah-tengah rumah. Ia bertujuan untuk meletakkan pakaian si mati selepas si mati meninggal dunia. Pakaian tersebut akan diletakkan selama tujuh hari tujuh malam sebagai tanda berkabung. Setelah genap tujuh hari si mati meninggal dunia, pakaian-pakaian tersebut akan disedekahkan kepada orang yang memandikan mayat, mengkafankan mayat dan orang yang terlibat dalam menguruskan jenazah tersebut.

Berjogo (berjaga) Berjogo dilakukan untuk menjaga Bengkai-Bengkaian. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada si mati diambil oleh makhluk lain iaitu Hantu BalanBalan. Berjogo ini dilakukan selama tujuh hari tujuh malam berturut-turut selepas si mati meninggal dunia. Keluarga terdekat dan saudara mara si mati akan Berjogo sepanjang tujuh hari tujuh malam secara bergilir-gilir kerana mereka perlu ada wakil yang berjaga pada waktu malam dan tidak dibenarkan tidur. Sepanjang malam, mereka akan bergilir-gilir membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada si mati dan untuk menjaga Bengkai-Bengkaian. Menurut cerita zaman dahulu kala, apabila Hantu Balan-Balan menjelirkan lidah ke arah Bengkai-Bengkaian dan apabila lidahnya sampai ke arah Bengkai-Bengkaian, mereka percaya bahawa Hantu Balan-Balan akan dapat mengambil mayat si mati tersebut di dalam kubur. Oleh sebab itulah, Bengkai-Bengkaian amat dijaga dan tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa seorang wakil.

Pesuk Setelah mayat tersebut selesai dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan mayat tersebut akan diletakkan di dalam keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan. Namun begitu, sebelum mayat tersebut dibawa ke tanah perkuburan, keluarga dan saudara mara si mati akan lalu di bawah keranda tersebut sebanyak tiga kali semasa keranda tersebut diangkat. Ia dipanggil sebagai Pesuk di kalangan masyarakat Bajau di Kota Belud. Ini bertujuan supaya keluarga dan saudara mara si mati tidak merasa rindu kepada si mati.

Kenduri Arwah & Bacaan Tahlil Kenduri arwah akan dilakukan pada setiap pagi dan petang selama tujuh hari berturut-turut yang dikenali sebagai Mangan Bangi. Ia dilakukan pada hari ke 3, ke 7, ke 10, ke 20, ke 40, ke 100 dan selepas setahun selepas si mati meninggal dunia di rumah si mati. Kenduri arwah dan bacaan tahlil juga dilakukan selang 10 hari sehingga genap 100 hari selepas kematian si mati. Ia wajib dilakukan mengikut kemampuan. Namun begitu, Mangan Bangi pada hari ke 7, ke 20, ke 40, ke 100 dan genap setahun selepas kematian si mati, bungkusan makanan yang terdiri daripada lauk pauk dan kuih muih akan diagihkan kepada Fakir iaitu tetamu yang datang ke rumah si mati. Bungkusan ini dipanggil sebagai Duang oleh masyarakat Bajau di Kota Belud.

1.7 Bahasa Etnik Bajau

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.

Bahasa Bajau atau Bahasa Sama-Bajau merupakan bahasa yang dituturkan oleh sesetengah penduduk di Sabah, Kepulauan Sulu, selatan Filipina, dan

timur Kalimantan, terutamanya oleh Orang Bajau. Bahasa Bajau terbahagi kepada tiga, iaitu Bajau Kota Belud, Bajau Semporna, dan Bajau Sungai. Bahasa Bajau ini hampir-hampir sama dengan Bahasa Kadazan.

Bahasa Bajau merupakan salah satu daripada cabang Bahasa Melayu Deutro. Mungkin sesetengah pendengar akan merasa seperti seakan-akan pernah mendengar dan faham, atau "tidak pernah mendengar" bahasa ini, dan merasa terlalu asing bahkan janggal bila mendengarnya. Walhal, jika diamati dan mendengarnya dengan lebih teliti, maka akan didapati bahawa Bahasa Bajau ini amat mirip dengan bahasa Malaysia yang digunakan pada hari ini.
8

Hanya yang membezakannya dengan bahasa Malaysia ialah sebutan vokal atau konsonan pada awal, tengah ataupun hujung perkataan tersebut. contohnya "tetak" disebut "tetok", "sepak" disebut "sipak", "kucing" disebut "kuting", "satu" disebut "issa" yang mana asal perkataan ini ialah "ESA" bermaksud "satu" ataupun "tunggal" dan sebagainya.

Bahkan, jika diteliti dengan lebih tuntas lagi, kita bakal mendapati ia tidak lain tidak bukan merupakan iras-iras bahasa Melayu Kuno yang masih lagi mengekalkan beberapa ciri sebutan Bahasa Melayu Kuno misalnya "di" disebut "ni", "nya" disebut "na" dan tidak hairanlah jika dalam bahasa ini sangat kurang menggunakan abjad vokal "e" pepet mahupun "e" taling.

Bahasa Bajau juga merupakan suatu perkataan yang cukup fleksibel untuk dibentuk dan disokong oleh beberapa imbuhan bagi menghasilkan sesuatu frasa yang dimaksudkan dan makna yang ingin disampaikan berbeza-beza.

1.8 Adat Resam Etnik Bajau Seperti masyarakat etnik yang lain masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat dan budaya mereka yang pelbagai dan unik. Dari segi perkahwinan, kelahiran, dan, kematian masyarakat Bajau mempunyai adat mereka yang tersendiri.

Bagi adat perkahwinan, majlis dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional. Sehari sebelum perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam.

Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Setelah tiba
9

waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang. Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, disandingkan. kedua dua mempelai itu

Adat kelahiran masyarakat Bajau pula ialah sewaktu mengandung, terdapat beberapa adat yang dijalankan antaranya ialah seperti berpantang. Bagi

mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak.

Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan. Setelah diikat pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu.

Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah dia boleh menyusu. Kemudian tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri.

Selepas bersalin, ibu akan mendapat rawatan daripada bidan selama 44 hari. Ibu yang bersalin perlu mengamalkan adat berpantang semula. . Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selepas tujuh hari, ibu tidak boleh minum air biasa dan hanya minum air daripada ramuan akar-akar kayu untuk memulihkan kesihatan. Kenduri tambahan diadakan pada hari yang sama dan diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di

10

kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali.

Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut.

Bagi adat kematian pula, semasa kematian apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat Bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya, mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam.

Semasa pengebumian, selepas disembahyangkan si mati akan di kebumikan. Adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara-mara terdekat akan dilakukan.Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil.Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa.Seterusnya upacara keagamaan seperti yang dilakukan oleh masyarakat islam lain akan diadakan. Biasanya dari hari pertama hingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang. Antaranya ialah,dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.

1.9 Jantina Orang Bajau

11

Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak-kanak tersebut.

Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Setelah meninggalkan kehidupan laut, mereka mula menternak dan menjadi peladang. Mereka dikenali sebagai koboi timur kerana mahir berkuda. Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun.

Kaum wanita Bajau pula terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih. Mereka juga mahir menghasilkan tengkolok tradisional dan juga membuat sulaman yang ditampalkan pada kain sarung mereka. Barang perhiasan yang dipakai wanita Bajau ini ialah galang yang diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai subang atau anting-anting yang diperbuat daripada emas atau perak. Selain daripada itu mereka juga memakai tali pinggang yang dipanggil ingkot pangkat dan kebiasaannya pada zaman dahulu ia diperbuat daripada logam perak..

Aspek-Aspek lain Etnik Bajau 1.10 Makanan Masyarakat Bajau Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri, seperti makanan tradisional, tarian dan sebagainya. Dari segi makanan, terdapat pelbagai jenis makanan. Antaranya ialah kima, putu, dan Tompe atau tinompeh. Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies, antaranya lapiran, kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang. Ia juga boleh di makan bersama sayur.
12

Selain itu, makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga warna kekuning-kuningan.

1.11 Tarian Masyarakat Bajau Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai dan Runsai. Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan buat sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan kabul.

Tarian

Limbai

diiringi

oleh

irama

kulin

tangan.Kumpulan

muzik

ini

mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan,dua orang pemukul gendang, dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil. Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

Selain tarian Limbai, Runsai juga merupakan tarian tradisional suku kaum Bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkahwinan pada sebelah malam. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

1.12 Pakaian Masyarakat Bajau ( Pakaian Adat Perkahwinan) Bagi pakaian tradisional suku Kaum Bajau, wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar. Manakala, pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian
13

adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

2.0 Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Di Dalam Bilik Darjah Terhadap Murid, Guru dan Sekolah

Secara umumnya, perkembangan sistem pendidikan Malaysia mendapat impak daripada kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita secara tidak langsung dan khasnya kepada suasana pembelajaran. Oleh itu sebagai pendidik adalah sangat penting untuk mengetahui dan memainkan peranan sebagai seorang guru serta mengetahui implikasi kepada murid, sekolah dan kurikulum tersirat.

2.1 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya kepada Guru

Setiap guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Mereka seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid dan dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka sahaja dan dalam satu kumpulan sahaja. Contohnya, kaum Bajau berada dalam satu kumpulan, kaum Kadazan dalam satu kumpulan dan lain-lain. Sebaliknya setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx pula menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezabezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah.

Oleh yang demikian, kelas sosial murid juga harus diberikan perhatian oleh guru. Mereka digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid perlu dilayan sama rata tanpa ada perasaan bias terhadap murid. Contohnya,
14

guru hanya memberi layanan dan perhatian kepada murid dari keluarga berada sahaja dan meminggirkan murid yang dari keluarga miskin. Perbezaan kelas sosial ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dan berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.(Ahmad Subki Maskon,Syed Ismail Syed Mustapa.2010: 55-56)

Kebijaksanaan guru mengendalikan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok hanya dalam kaum sahaja. Murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya walaupun berbeza masyarakat. Hal ini berkaitan dengan masyarakat Bajau yang tidak suka bersosial dengan masyarakat lain kecuali ada kepentingan seperti perniagaan. Melalui cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan kepada murid-murid.

Di samping itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menolong murid membentuk konsep kendiri positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik di samping meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya.

Guru juga perlu menghormati murid seperti orang lain dan bersikap adil kepada semua murid. Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana boleh menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Hal ini sering terjadi dalam kalangan murid kerana mereka memerlukan perhatian daripada guru dan guru seharusnya membimbing murid itu sehingga objektif pengajaran yang dirancang dapat dicapai. Contohnya, masyarakat Bajau iaitu masyarakat peribumi atau indigenious yang memerlukan bimbingan yang lebih dan pembelajaran berpusatkan murid.

15

Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan perkara yang boleh meniupkan api perkauman dalam kalangan murid. Guru seharusnya menanam perasaan saling menghormati antara satu sama lain dan menghapuskan perasaan kekitaan semasa di dalam bilik darjah mahu pun di luar bilik darjah. Guru juga bertanggungjawab dalam membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio -budaya.

Dari aspek kepercayaaan pula guru harus tidak menyentuh isu-isu sensitif kaum atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka sebaliknya menerima setiap nilai dan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid dengan seadanya. Contoh kepercayaan masyarakat Bajau seperti, Bengkaibengkaian, Pesuk, Berjogo(berjaga) dan kenduri arwah dan tahlil. Guru perlulah merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran. Jika bahasa dialek digunakan, kemungkinan kaum atau bangsa yang lain tidak memahaminya dan sukar untuk berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam semua aktiviti pembelajaran. Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi Negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas.

Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran. Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid,tanpa mengira jantina dengan memberi peluang yang sama kepada setiap murid dalam menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk
16

persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

2.2 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya kepada Murid

Di dalam bilik darjah, guru memberi khidmat kepada muridnya yang diumpamakan sebagai pelanggannya. Banyak masa diisikan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Murid merupakan individu yang unik dan berbeza latar belakang serta tumbesaran mereka dipengaruhi oleh hasil interaksi persekitaran. Oleh itu, guru sewajarnya

menggunakan kemahiran yang efektif dalam pengurusan bilik darjah. Contohnya, guru perlu memahami tingkah laku dan budaya murid Bajau jika ditugaskan

mengajar di petempatan orang Bajau agar tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul.

Dalam mengurus tingkah laku murid, guru boleh menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui seperti peraturan, sebab dan objektifnya serta mereka wajib mematuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid yang terdiri daripada etnik Bajau ini harus bersosial dengan pelbagai etnik dan bangsa lain dalam kelompok mereka terutamanya ketika melakukan aktiviti dalam pembelajaran. Sikap prejudis terhadap bangsa lain harus dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam kalangan murid, tidak seharusnya timbul pertikaian kepercayaan yang diamalkan masing-masing. Contohnya, murid tidak boleh mempersendakan kepercayaan masyarakat Bajau dan juga kepercayaan masyarakat lain. Hal ini akan mengundang sensitiviti sesuatu bangsa atau etnik itu. Guru perlu merancang aktiviti yang dapat menyemai semangat saling mempercayai dalam jiwa murid.

Pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan dengan mengembangkan proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama. Hal ini telah mewujudkan semangat perpaduan dan mampu membentuk masyarakat yang bertoleransi ke arah memacu pembangunan Negara.

17

Murid haruslah mengamalkan penggunaan bahasa yang standard semasa berinteraksi dan tidak menggunakan unsur-unsur dialek mengikut kaum. Walaupun begitu, penggunaan bahasa standard bukanlah satu ideologi untuk menghapuskan bahasa dialek mengikut kaum. Murid perlu menggunakan bahasa yang betul dan laras bahasa yang tepat mengikut kesesuaian situasi. Untuk memantapkan tahap penguasaan bahasa murid, guru boleh merancang satu aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa seperti menambahkan perbendaharaan kata yang tepat untuk membantu murid mencapai kematangan sosial mereka.

Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Murid juga perlulah diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina ini. Penglibatan rakan yang berlainan jantina boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian tugasan yang diberikan semasa aktiviti dalam pembelajaran.

Guru yang menanam sikap penyayang berupaya mendidik murid-murid untuk bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, yang akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan percepatkan pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.

Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, maka suasana pembelajaran yang lebih dinamik dapat dihasilkan dan mewujudkan budaya penyayang. Sebagai pengalaman dan pengetahuan, guru digalakkan untuk cuba memperlajari bahasa tempatan seperti bahasa Bajau untuk memudahkan pemahaman dan penerimaan bahasa harian murid-murid Bajau. Komunikasi berkesan dapat dilihat melalui cara bertutur, bahasa badan dan penggunaan teknologi seperti komputer. Melalui cara ini, pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran-kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.

Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
18

dan pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid, yang dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut.

2.3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya kepada Sekolah

Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik murid akan dibawa masuk ke sekolah dan mempengaruhi sosio-budaya sekolah. Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah, terdapat sekolah kebangsaan, SK, sekolah jenis kebangsaan Cina, SJKC dan sekolah jenis kebangsaan Tamil, SJKT. Pada peringkat menengah pula, terdapat sekolah berasrama penuh, SBP, sekolah menengah teknik, SMT, sekolah menengah kebangsaan agama, SMKA, Sekolah Model Khas dan SMK Harian. Di kalangan sekolah-sekolah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengadakan sekolah khusus untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan menengah termasuk sekolah menengah pendidikan khas vokasional, SMPKV.

Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan di mana sekolah yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pula adalah sekolah yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah sekolah yang menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama.

Di peringkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bermatlamat memberi peluang kepada murid cemerlang khususnya dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah Menengah Teknik (SMT) memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam kepada murid. la adalah untuk memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepemimpinan. Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah
19

penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina, dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosio budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah terutamanya melalui kegiatan sukan dan ko -kurikulum. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Di Sabah terdapat pelbagai suku kaum dan etnik, antaranya seperti Murut, Bajau, Kadazan-Dusun dan lain-lain, walaupun mereka berada di satu negeri, tetapi tidak berhubungan social antara satu sama lain. Jadi, pihak sekolah memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan memerlukan aktiviti yang bersifatkan koperatif.

Sekolah juga merupakan ruang untuk pendidik menerapkan kepercayaaan dan nilai dalam masyarakat. Murid harus diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio budaya mereka. Pihak sekolah perlulah menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi. Murid harus diingatkan agar sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Di kawasan penempatan masyarakat Bajau yang menggunakan bahasa Bajau sepenuhnya, guru boleh menggalakkan murid Bajau untuk melibatkan diri dalam aktiviti bahasa seperti pidato Bahasa Melayu, syarahan Bahasa Melayu dan pertandingan pantun. Dalam masa yang sama sekolah perlulah memberikan sokongan sama ada berbentuk moral atau material kepada pihak yang berkewajipan mengembangkan pengetahuan bahasa kepada murid.

Pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat. Penduduk bandar dan luar bandar diberikan peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya. Murid dari luar bandar juga kini telah menerima segala kemudahan yang penah dinikmati oleh murid di bandar suatu ketika dahulu. Malah kita boleh melihat bagaimana murid dari kaum yang berlainan mula menerima budaya dari kaum-kaum yang lain. Terdapat juga murid dari kaum Melayu dan India
20

yang telah bersekolah di sekolah Cina. Begitu juga sebaliknya. Masyarakat Bajau juga ada menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan untuk mendapat pendidikan awal. Ini menunjukkan integrasi antara kaum telah berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain tetapi kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid dari kaum Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, ini dapat melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Tidak ketinggalan juga pelbagai etnik termasuk etnik Bajau yang berada di dalam satu sekolah dan menerima budaya pembelajaran yang sama dengan kaum atau etnik lain. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu sejak dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih boleh dilentur.

3.0 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar adalah melalui pengajaran. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan

pengubahsuaian yang berlaku terhadap murid-murid.

Oleh itu, perancangan dan kaedah perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif dan matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan yang mana di dalam kelas mempunyai murid-murid pelbagai latar belakang, kaum dan agama contohnya orang Melayu, Cina, India, Bajau, Murut dan Kadazan-Dusun. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid.

21

Terdapat

pelbagai

kaedah

yang

boleh

diguna

dalam

mewujudkan

persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa sangat penting kepada guru dalam merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di mana semua bangsa mempunyai hak yang sama rata dan mereka berpeluang untuk belajar dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai yang telah dirancang oleh guru.

Pembelajaran secara koperatif adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya. Melalui kaedah ini, guru menjadi fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif yang mana tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya.

Murid-murid juga perlu disusun dalam satu kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar belakang, bangsa dan agama. Contohnya dalam satu kumpulan terdapat bangsa Melayu, Cina,India, Bajau, Murut dan Bidayuh. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat murid-murid dalam aktiviti pembelajaran apabila berlaku komunikasi antara mereka dan proses perbincangan tentang perkara berkaitan asal usul bangsa mereka.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh tanpa mengira bangsa. Guru boleh menyediakan aktiviti yang berpusatkan murid. Setiap murid mendapat tugasan dan berusaha menyiapkannya di samping menimbulkan keseronokan kepada mereka. Penglibatan aktif ini dapat mewujudkan kelas yang mesra budaya dengan pelbagai bangsa dalam kalangan murid bekerjasama.

Selain itu, dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya, guru juga perlu merancang dan menyediakan modul dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai kepada murid yang berlainan bangsa seperti menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti dan mengikut kesesuaian semua bangsa dan tidak menyentuh sensitiviti sesuatu bangsa atau kaum. Contohnya, tidak memperkecilkan pekerjaan
22

sebagai nelayan kerana dalam masyarakat Bajau, mereka adalah pelaut dan mendapat hasil dan rezeki dari laut.

Sesi pembelajaran akan berjalan dengan lancar apabila suasana bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan tanpa mengira perbezaan bangsa. Hak kesaksamaan rata perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Oleh itu, murid tidak akan dipinggirkan dan mendapat hak yang sama rata. Jika hanya sebilangan kecil sahaja kaum Bajau di dalam kelas, guru perlu memberi hak dan layanan yang sama rata juga seperti murid bangsa lain.

Guru juga perlu menjadi kreatif dengan merancang aktiviti yang sesuai bagi semua bangsa. Contohnya, menyediakan bahasa, kuiz dan sebagainya. Permainan bahasa ini mendorong murid untuk bertukar-tukar maklumat tentang sebutan sesuatu perkara mengikut bahasa mereka sendiri. Contohnya sebutan apa khabar dalam bahasa Melayu, ni hao ma dalam bahasa Cina dan Ai/I habbal? dalam bahasa Bajau.

Di samping itu, guru juga perlu memainkan peranan yang penting dan menjadi contoh kepada murid untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Contohnya guru memberi peluang kepada murid untuk membuat persembahan. Guru boleh memilih tajuk seperti pakaian tradisional. Di dalam satu kumpulan yang pelbagai bangsa mereka perlu memperagakan pakaian tradisional mereka seperti baju kurung, cheong sam, sari, blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit dan lain-lain lagi.

Penutup

Dalam pembelajaran budaya di Malaysia, saya dapat mengetahui tentang kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat dalam negara kita. Selain itu, pemahaman saya mengenai konsep sosio-budaya di Malaysia semakin bertambah. Antaranya saya dapat mempelajari pelbagai ilmu baru seperti adat resam dan pantang larang Etnik Bajau. Jika sebelum ini saya tidak mengambil tahu tentang kebudayaan kaum
23

lain selain kaum Melayu, tapi setelah mempelajari subjek ini saya telah mendapat ilmu baru mengenai perbezaan amalan budaya setiap kaum di negara ini yang sangat menarik dan unik.

Selain itu, sebagai bakal guru amat penting untuk saya mengetahui tentang kepelbagaian sosio-budaya di negara ini kerana apabila berada di sekolah kelak, saya perlu berdepan dengan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Oleh itu sebagai seorang guru saya perlu bersikap adil dalam mencurahkan ilmu dan tidak memilih kasih berdasarkan kaum-kaum tertentu. Setiap murid diberikan layanan yang adil dan sama rata. Ini adalah penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara selain untuk meningkatkan mutu pendidikan tanpa mengira kaum.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI Rujukan buku : Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2011). Siri Pendidikan Guru Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.. Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama United Nations Childrens Fund(UNICEF).(1998). Budaya, Pantang Larang dan Amalan Kesihatan Orang Asli Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur. Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd..

24

Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur. Maskha Sdn.Bhd.. Sharifah Md. Nor. (2000). Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Universiti Putra Malaysia, Serdang. Yap Beng Liang. (1993). Orang Bajau Pulau Omadal (Aspek-Aspek Budaya). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan internet : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia#Suku_Bajau http://babybearbabyboo.blogspot.com/2009/03/kepercayaan-orang-bajau.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/7481etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-kebudayaan.html http://misi.sabda.org/orang_bajau_di_pesisir_barat_brunei http://tunjulia.com/?p=648 http://myvoiceeheart.blogspot.com/2010/03/asal-usul-suku-kaum-bajau-disabah.html http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/157.html http://silamgemilang.wordpress.com/2009/05/18/makanan-tradisional-suku-kaumbajau-satu-tarikan-industri-pelancongan-1sabah/ http://www.sabahforum.com/forum/bajau-other-races/topic2935.html http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm http://perotojr.blogspot.com/2010/05/implikasi-kepelbagaian-sosio-budaya.html http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-3-implikasi-kepada-kepelbagaian.html http://www.sabah.edu.my/kds/bajau.htm http://www.kickstory.net/2011/08/bilik-darjah-mesra-budaya.html

Isi kandungan
25

Bil 1. 2. 3. 4. 5. Biodata

Kandungan

Muka surat i ii iii 1 2-15

Soalan Tugasan Penghargaan Pengenalan 1.0 Etnik yang dipilih: -Etnik Bajau

6.

2.0 Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam bilik darjah terhadap: -guru -murid -sekolah

15-22

7.

3.0 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

22-25

8. 9.

Penutup Rujukan/Bibliografi

25 26 27

10. Lampiran

PENGHARGAAN
26

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek bagi subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106) dengan sempurna dan jayanya. Kejayaan ini dicapai dengan bantuan, bimbingan, dan kerjasama daripada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Muharam bin Gaya selaku pensyarah saya yang telah banyak memberi sokongan dan bimbingan dalam usaha melengkapkan kerja kursus ini. Walaupun saya mempunyai banyak kesulitan dalam menyempurnakan tugasan ini, namun, hasil daripada kerjasama dan bimbingan yang diberikan oleh beliau, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada sahabat -sahabat yang telah memberi tunjuk ajar dan bantuan serta perkongsian idea mereka semasa menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih juga kepada ibu saya dan kakak saya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk saya terus berusaha dalam pelajaran. Kepada pihak pengarah IPGKTHO, terima kasih diucapkan kerana memberi laluan untuk menyiapkan kerja kursus ini dan juga kepada pusat sumber atas bantuan bahan sumber rujukan. Semoga segala usaha dan kerjasama kalian akan diberkati oleh Allah S.W.T. hendaknya. InsyaAllah. Diharap tugasan ini dapat memberi manfaat kepada saya dan juga orang lain mengenai etnik Bajau dan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah.

Sekian, terima kasih.

27

Anda mungkin juga menyukai