Anda di halaman 1dari 14

TAJUK: Masyarakat Melanau

1.0 Pendahuluan
Saya telah memilih masyarakat Melanau sebagai pilihan saya. Saya memilih masyarakat
Melanau kerana etnik ini mengamalkan pelbagai adat unik yang sangat diambil berat kerana
mempunyai implikasi sosial yang tersendiri. Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik
besar yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan
masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu
masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat
Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas
terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat
resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
Masyarakat Melanau sangat unik. Hal ini demikian kerana, sekiranya mereka sudah menganuti
agama Islam maka kehidupan harian mereka akan dipengaruhi oleh hukum agama Islam. Oleh
hal yang demikian, mereka hanya boleh mengamalkan adat kaum Melanau yang tidak
bercanggah dengan hukum agama Islam sahaja. Mereka perlu mempertahankan adat dalam
agama Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bab-bab seperti adat perkahwinan.
Hal ini sama seperti masyarakat Melanau yang sudah memeluk agama Kristian kerana kumpulan
ini juga mempunyai pantang larang tersendiri. Secara tuntasnya, hanya masyarakat Melanau
yang pagen sahaja yang masih mengikuti adat tulin masyarakat Melanau. Dalam laporan ini saya
akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang masyarakat Melanau dari aspek latar belakang,
budaya, adat resam dan dinamika identiti masyarakat Melanau.

2.1 Latar Belakang Masyarakat Melanau


Masyarakat Melanau mempunyai pelbagai latar belakang. Etnik Melanau dipercayai berasal dari
pelbagai tempat. Antaranya ialah negara Filipina, Indonesia dan Mongolia yang lebih dikenali
sebagai selatan China. Hal ini demikian kerana, pakaian tradisi mereka menunjukkan persamaan
dengan masyarakat Jawa di Indonesia. Namun begitu, dari segi amalan hidup seperti makanan
tradisional dan bahasa pertuturan, etnik Melanau mempunyai banyak persamaan dengan
masyarakat Mongolia. Masyarakat Mongolia juga gemar memakan makanan yang direbus atau
separuh masak. Ada juga bukti yang mengukuhkan bahawa etnik Melanau boleh dikaitkan
dengan sesuatu etnik di Filipina. Hal ini demikian kerana, sejarah zaman zilam membuktikan
bahawa negara Mongolia dan selatan Filipina ada hubungan migrasi yang berterusan. Selain itu,
negara Brunei juga pernah diperintah oleh kerajaan Mongolia pada suatu ketika dahulu. Hal ini
mengukuhkan lagi kemuskilan ini. Walau bagaimanapun, tiada bukti sejarah yang kukuh untuk
mengesahkan asal usul kaum Melanau dengan tepat. Pelbagai pendapat yang bercanggah ini
tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana dalam sejarah sesuatu fakta perlulah disokong oleh
sumber yang jelas dan benar. Namun satu kenyataan yang pasti ialah etnik Melanau dikenali
sebagai perantau, pelayar atau pelaut yang berani. Bagi sebahagian besar penduduk negeri
Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan
sebagainya. Hal ini demikian kerana, etnik Melanau juga merupakan satu kumpulan etnik yang
terbesar di Sarawak sama seperti bangsa-bangsa yang lain di Sarawak seperti Iban, Melayu dan
sebagainya.
Ada juga mitos yang menjelaskan tentang asal usul etnik Melanau di Sarawak.
Kira-kira setengah abad yang lalu iaitu pada zaman pemerintahan Kesultanan Brunei, daerah
Bintulu berada di bawah naungan Kerajaan Kesultanan Brunei. Pada masa ini, kerap kali Sultan

Brunei akan kunjungi daerah Bintulu untuk membuat rondaan bagi memastikan daerah naungan
berada dalam keadaan yang terkawal. Baginda juga akan datang untuk memungut hasil daripada
penduduknya. Hal ini merupakan satu tradisi pada masa lampau di mana negeri naungan akan
membayar ufti kepada kerajaan yang memerintahnya. Pada suatu hari semasa sebuah perahu
kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba perahu telah bertembung dengan
beberapa buah perahu lain yang menuju ke tempat yang sama. Peristiwa ini telah menimbulkan
keraguan lalu nakhoda kapal terus bertanya kepada seorang kelasinya bahawa, "Perahu siapakah
yang banyak di hadapan kita?" Kelasi kapal itu juga terus menjawab bahawa, "Perahu orang
memanau, datuk. Lama-kelamaan, perkataan memanau telah bertukar menjadi perkataan
Melanau. Oleh itu, asal usul etnik Melanau dipercayai berasal daripada perkataan memanau.
Oleh itu, masyarakat Melanau dikatakan pandai dalam aktiviti memanau. Dalam dialek Bintulu
pula perkataan panau bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu
sehingga kini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan
ini dipercayai dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang yang mempunyai perkarangan yang
lengkap. Perkarangan itu dikenali sebagai perkarangan "Idus". Mereka akan pergi ke tengah laut
sejauh enam atau tujuh batu untuk memanau. Daun-daun 'mulong' dijadikan umpan. Kawasan di
tengah-tengah laut adalah sangat berbahaya kerana kawasan ini sering dilanda oleh ribut yang
kencang dan gelombang besar yang datang secara mengejut. Sekiranya mereka memakai perahu
yang kecil, sudah tentu mereka tenggelam dalam air. Ramai nyawa terancam semasa rebut dan
tiupan angin kencang. Mereka sanggup berkorban nyawa demi menyara kehidupan seharian
mereka. Hal ini menyebabkan orang 'Melanau', disanjung tinggi dalam kalangan masyarakat
orang Sarawak. Etnik Melanau dihormati kerana mempunyai martabat dan pangkat yang tinggi.
Ianya bukanlah semata-mata dianggap sebagai satu pekerjaan yang dipusakai oleh nenek moyang

mereka, malah dianggap sebagai satu pekerjaan yang amat disanjung tinggi. Hal ini demikian
kerana, pekerjaan ini penh dengan bahaya dan etnik Melanau sangat berani menghadapi cabaran
di tengah laut. Selain itu, asal usul nama Melanau juga ada kaitannya dengan nama 'Meranau'
(Maranao) atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum di
Mindanao Tengah yang lebih dikenali sebagai lanun. Kumpulan lanun ini dikatakan sering
menyerang kawasan persisiran Sarawak sebagai mata pencarian. Lama-kelamaan kaum ini
dipercayai telah mendiami kawasan persisiran Sarawak. Merekalah dikenali sebagai orang
Melanau sekarang. Sebagai rumusan, terdapat pelbagai etimologi dan sejarah asal usul etnik
Melanau. Kita tidak boleh mempercayai mana-mana sumber yang tidak dibuktikan kerana fakta
itu mungkin salah atau tidak tepat. Oleh itu, kita perlulah menganalisis sesuatu sumber sejarah
sebelum membuat keputusan yang pasti kerana kadang-kadang fakta itu mungkin hanya sesuatu
rekaan atau cerita dongeng sahaja.
2.2 Budaya Masyarakat Melanau
a)Bahasa Masyarakat Melanau
Bahasa Melanau tergolong di bawah induk bahasa Melayu-Polinesia atau bahasa Austronesia.
Bahasa Austronesia merupakan bahasa yang berasal dari filum Austris dalam kebudayaan Dong
Son di selatan negeri China sekitar tahun 2500 S.M. Bahasa Melanau paling banyak dituturkan di
beberapa kawasan penempatan utama etnik Melanau. Terdapat empat kelompok penempatan
yang utama iaitu kawasan Rajang, kawasan Mukah, kawasan Balingian-Tatau dan kawasan
Bintulu. Di kawasan-kawasan ini, terdapat banyak daerah yang didiami oleh ramai masyarakat
Melanau yang menggunakan bahasa Melanau dalam kehidupan seharian mereka. Antara daerahdaerah itu ialah daerah Belawai, Rajang, Paloh, Daro dan Matu di sekitar kawasan Rajang,

daerah Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan Mukah-Dalat di persekitaran kawasan
Mukah, daerah Tatau yang meliputi Sungai Balingian dan Sungai Tatau terutamanya di muara
sungai dan kawasan persisiran serta daerah Sungai Kemena dan Sebiew di kawasan Bintulu.
Dalam buku Sarawak Gazzette yang dihasilkan pada tahun 1972, penulisnya Clayre
mengatakan bahawa bahasa orang Siteng di Mukah hampir sama dengan bahasa orang Melanau
di Tatau dan bahasa yang digunakan oleh orang Punan Ba. Selain itu, Clayre juga mengatakan
bahawa dialek Melanau di Bintulu juga hampir sama dengan bahasa kaum Sekapan di Belanga
yang banyak mempunyai bunyi sebutan /y/, /z/, dan /q/. Dalam kertas kerja yang bertajuk
Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal yang dibentangkan dalam Seminar Budaya Melanau
1988, Encik Zaini Oze dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak menyatakan bahawa
bahasa Bintulu mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melanau. Namun begitu, bahasa
Bintulu tidak dapat difahami oleh etnik Melanau kecuali melalui pembelajaran. Oleh itu, dapat
dibuktikan bahawa bahasa Melanau merupakan antara bahasa yang terkenal di Sarawak.
b)Agama Masyarakat Melanau
Masyarakat Melanau di Sarawak terdiri daripada pelbagai agama yang berbeza. Dipercayai
bahawa kira-kira 80 peratus daripada masyarakat Melanau di Sarawak adalah beragama Islam.
Mereka yang telah memeluk agama Islam mempunyai adat dan tradisi yang sedikit berbeza
dengan adat masyarakat Melanau. Hal ini demikian kerana mereka perlu memastikan bahawa
adat yang diamalkan tidak bercanggah dengan hukum agama Islam. Perkara yang dilarang dalam
agama Islam perlu dielakkan sama sekali. Selain agama Islam, kira-kira lebih daripada 15
peratus masyarakat Melanau di Sarawak dikatakan beragama Kristian pula. Sama seperti agama
Islam, agama Kristian juga mempunyai beberapa hukum yang perlu dipatuhi oleh penganutnya.
Oleh itu, etnik Melanau yang beragama Kristian juga tidak boleh mengikuti segala adat dan

peraturan etnik Melanau dengan sepenuhnya. Etnik Melanau yang selebihnya pula dikenali
sebagai pagan. Pagan bermaksud kelompok masyarakat yang tidak beragama. Orang pagan
tidak mengakui kewujudan tuhan, malah mereka menyembah mahkluk ghaib. Mereka
mempercayai bahawa segala benda di alam semulajadi mempunyai kuasa yang menentukan dan
mengawal kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melanau yang dikenali pagan ini masih
meneruskan segala adat dan peraturan yang diwarisi oleh nenek moyang etnik Melanau. Hal ini
demikian kerana, mereka tidak mempunyai sebarang larangan agama kerana mereka merupakan
kelompok yang tidak beragama.
c)Makanan Tradisional Masyarakat Melanau
Terdapat pelbagai jenis makanan tradisinal masyarakat Melanau. Pertamanya ialah umai ikan.
Umai ikan dibuat daripada ikan segar yang diperam dengan air limau kasturi. Kemudian ikan ini
akan dicampur dengan bahan tumbuk seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili pedas.
Bawang besar yang dihiris bulat akan ditambah untuk menambahkan kesedapan. Kacang tumbuk
yang ditambah dengan sedikit garam dan serbuk perasa memberi kesedapan yang teramat. Umai
ikan sangat digemari oleh masyarakat Melanau. Seterusnya ialah sesar unjur. Di Sarawak sesar
unjur dikenali sebagai makanan bermusim kerana udang di laut sukar didapati. Sesar unjur dibuat
daripada udang biasa yang dijemur akan di atas bara api sehingga kering. Ini merupakan salah
satu makanan yang asli kerana tidak akan dicampur dengan garam atau serbuk perasa. Hanya
udang segar yang dibuang kulit sahaja digunakan untuk disusur menegak dan dijemur di atas
bara api sehingga kering. Makanan ini sedikit manis kerana udang segar dikatakan mempunyai
manisnya sendiri. Bukan sahaja itu, linut juga merupakan makanan tradisional etnik Melanau.
Linut dibuat daripada tepung sagu. Makanan yang berwarna putih ini menjadi kegemaran orang
Melanau. Selain itu, ulat mulung juga terkenal di kalangan masyarakat melanau. Namun begitu,

majority orang melanau Matu Daro tidak memakan ulat mulung. Ulat mulung ini dikatakan lebih
sedap daripada udang goreng. Makanan seterusnya adalah kuih Tebes. Daun nipah muda
digunakan untuk membalut kuih Tebes. Linut mentah dan kelapa parut merupakan bahan-bahan
utama untuk membuat Tebes. Linut mentah dibasahkan dan diayak sehingga menjadi butiranbutiran halus. Campuran air yang banyak akan menyebabkan adunan kuih ini kurang sempurna.
Kuih Tebes dibuat dengan menaburkan serbuk linut dan kelapa secara rata di dalam kuali dan
ditutup menggunakan daun nipah muda supaya adunan itu menjadi seperti lempeng dan teradun
rata. Setelah siap dimasak, Tebes akan disaji bersama gula apong atau kuah satey sebagai
penambah perisa. Ini merupakan contoh-contoh makanan tradisional etnik Melanau yang popular
di Sarawak.
d)Seni Persembahan Masyarakat Melanau
Seni persembahan masyarakat Melanau amat berbeza berbanding etnik lain di Malaysia.
Kebanyakan tarian dan persembahan etnik Melanau bertujuan untuk memuja ipok atau untuk
menghargai pelbagai jenis semangat seperti semangat laut, tanah, hutan dan kebun mereka.
Mereka mempercayai bahawa persembahan ini dapat menyembuhkan sesuatu penyakit. Perayaan
yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melanau ialah Perayaan Kaul. Perayaan Kaul
merupakan hari kebesaran yang dirayakan secara besar-besaran oleh masyarakat Melanau di
Sarawak. Biasanya perayaan ini akan diraikan pada akhir bulan Mac atau awal bulan April setiap
tahun. Pesta warna-warni ini akan diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai dan makananmakanan Melanau yang sedap. Perayaan ini akan diraikan dengan begitu meriah sekali sampai
seminggu. Pada masa ini, pelbagai jenis tarian dan seni persembahan akan dilakukan bagi
meriahkan lagi perayaan itu. Masyarakat Melanau mempunyai banyak unsur keseniannya yang
unik, halus dan menawan. Mereka juga akan mempersembahkan tarian-tarian ketika menyambut

orang kenamaan serta upacara perkahwinan. Namun begitu, pada masa ini masih banyak tarian
masyarakat Melanau yang belum diketahui oleh orang ramai. Antara tarian masyarakat Melanau
yang popular pada masa ini adalah tarian Menyak, tarian Seladai, tarian Alu-Alu, tarian
Mengalai, tarian Nyambut Tua Labeh, tarian Makak dan tarian Seraheng. Tarian-tarian
masyarakat Melanau ini dipercayai dicipta daripada mimpi, aktiviti seharian mereka, perubatan
tradisional dan perayaan seperti Pesta Kaul. Gerak tari dalam tarian Melanau dipengaruhi oleh
unsur gerak kehidupan seharian mereka seperti aktiviti mengayuh sampan, gerak silat dan gerak
berbentuk ritual yang berlaku tanpa disedari. Dalam tarian masyarakat Melanau, penari biasanya
menari secara berpasangan atau secara berkumpulan. Tarian masyarakat Melanau tidak akan
ditarikan secara individu oleh lelaki ataupun wanita. Seni persembahan yang sangat popular
dalam kalangan masyarakat Melanau ialah tarian Menyak. Tarian Menyak menggambarkan
kehidupan desa masyarakat Melanau yang tinggal di pesisiran Sarawak. Mereka biasanya terlibat
dalam aktiviti membuat sagu. Gerak tarian ini dipengaruhi oleh kegiatan pembuatan sagu seperti
aktiviti memotong, mengikis dan menginjak

untuk mengeluarkan sagu. Tarian ini juga,

menggambarkan kerjasama antara kaum lelaki dan kaum wanita untuk bekerja dalam keadaan
harmoni dalam kehidupan seharian mereka. Seni persembahan masyarakat Melanau
sememangnya sangat menarik dan unik.
e)Pakaian Masyarakat Melanau
Masyarakat Melanau terkenal dengan pakaian tradisional yang amat menarik. Kaum wanita dan
juga kaum lelaki mempunyai pakaian tradisional yang berbeza. Biasanya pakaian ini akan
dipamerkan semasa musim perayaan seperti perayaan Kaul. Selain itu, pakaian tradisional juga
digunakan semasa persembahan tarian seperi tarian Menyak dan hari-hari kebesaran seperti
majlis perkahwinan. Wanita Melanau terkenal dengan baju baldu. Baju baldu hitam dengan

sarung songket Brunei tenunan Sarawak sangat popular dalam kalangan wanita Melanau. Baju
baldu akan dipakai bersama tali pinggang pending besar. Mereka juga akan diserikan dengan
dokoh dan perhiasan kepala seperti kepih sanggul. Pakaian dan perhiasan tradisional yang
memberikan kecantikan yang tidak ternilai kepada wanita-wanita Melanau. Pakaian pengantin
bagi wanita Melanau pula dikenali sebagai baju baban. Baju baban ialah baju kurung pendek
yang berwarna hitam yang dipadankan dengan kain songket. Mereka juga akan memakai dua
helai selendang merah pada dada. Mereka turut menghiaskan diri dengan kepih dada dan kepih
sanggul. Di samping itu, pakaian tradisional bagi lelaki Melanau pula tidak banyak. Lelaki
Melanau terkenal dengan baju potongan moden yang dihias dengan broked berwarna oren
keemasan. Mereka juga akan memakai selendang sifon di pinggang dan memakai kopiah Jawa di
kepala.
f)Permainan Tradisi Masyarakat Melanau
Permainan tradisi masyarakat Melanau yang terkenal ialah permainan Tibow. Permainan Tibow
juga dikenali sebagai Pisa Tibow. Permainan Tibow menjadi tarikan pendatang yang
mengunjungi perayaan Pesta Kaul. Permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampong etnik
Melanau sebagai simbol perpaduaan dalam kalangan mereka. Permainan ini juga diadakan bagi
tujuan bersuka ria bagi memmeriahkan perayaan Pesta Kaul. Tibow juga merupakan salah satu
permainan yang sangat digemari oleh golongan remaja. Hal ini demikian kerana, pada masa
inilah anak-anak muda akan berkaul dan mencari jodoh. Permainan ini biasanya dimainkan di
kawasan lapang di kampung kerana tapak untuk permainan ini perlulah lembut dan tidak
mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Permainan ini biasanya diadakan pada musim buah dan
pada musim bulan mengembang. Hal ini demikian kerana, pada masa inilah tapak permainan
akan nampak terang dan selamat untuk bermain. Permainan Tibow ini tidak mudah kerana

mengikut tradisi orang Melanau permainan ini agak sukar untuk dimainkan. Terdapat beberapa
pantang larang dan peraturan dalam permainan ini. Para pemain haruslah mematuhi beberapa
peraturan tertentu bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada para pemain. Peralatan yang
digunakan untuk menyediakan permainan Tibow perlu kukuh dan dibuat kemas agar tidak
mendatangkan sebarang kemalangan ketika permainan berlangsung. Hal ini demikian kerana,
permainan ini agak berbahaya sekiranya tidak dimainkan dengan cara yang betul. Oleh itu,
jelaslah bahawa permainan tradisi masyarakat Melanau ialah permaian Tibow. Melalui
permainan ini, kita dapat memahami serba sedikit tentang budaya masyarakat Melanau dengan
lebih lanjut. Bukan sahaja permainan Tibow, malah sepanjang Pesta Kaul berlangsung pelbagai
aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sekeliling.
2.3 Adat Resam Masyarakat Melanau
Masyarakat Melanau mempunyai banyak adat dan pantang larang yang perlu dipatuhi. Adat-adat
ini wajib dipatuhi dalam upacara-upacara tertentu seperti perkahwinan, kelahiran, kematian dan
perayaan tertentu, khususnya perayaan Pesta Kaul. Pertamanya, adat yang perlu dipatuhi semasa
upacara kelahiran. Dari hari pertama seorang ibu mula mengandung sehinggalah bayi selamat
dilahirkan, terdapat banyak peraturan dan pantang larang yang perlu dipatuhi oleh si ibu tersebut.
Semasa mengandung, si ibu mempunyai banyak pantang larang dari segi pemakanan.
Contonhya, mereka tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau
ulam seperti petai kerana badan mereka akan berbau busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak
boleh memakan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Perkara yang sangat
penting ialah haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita
hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Selain itu, suami
wanita hamil juga tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana

dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing dan suami juga tidak boleh mengecat kerana anak
dalam kandungan akan diiringi minyak. Suami dan isteri juga tidak boleh menghadiri upadara
kematian kerana bayi yang dilahirkan boleh menghidap penyakit. Semasa mengandung juga
wanita hamil tidak boleh ditakut-takutkan kerana bayi kandungan cacat ataupun gugur. Selepas
bayi dilahirkan, masyarakat Melanau dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan.
Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin,
ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan.
Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari.
Selain itu, makanan dan barang-barang di dalam rumah juga tidak boleh dipinjam atau dibawa
keluar kerana bayi tersebut akan jatuh sakit atau meninggal.
Dalam adat perkahwinan pula, aspek pangkat sangat dititikberatkan. Masyarakat Melanau
juga begitu mementingkan status sosial mereka seperti sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih
dan lima betirih. Walaupun asas adat perkahwinan seperti merisik, meminang dan majlis
perkahwinan adalah sama tetapi hadiah dan mas kahwin yang akan diberikan adalah berbeza
mengikut status sosial masing-masing. Perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang
sama dikenali dengan sama gara manakala perkahwinan antara pasangan yang berlainan status
sosial dikenali sebagai sida adat. Pada hari meminang, barang hantaran seperti cincin emas,
senjata, padi, kelapa dan satu pikul barang tembaga akan diberikan. Pertunangan boleh
diputuskan sekiranya mana-mana pihak melanggar adat pertunangan. Sekiranya sebelah pihak
perempuan memutuskan pertunangan, maka barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada
pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskan pertunangan maka barang-barang itu tidak
perlu dikembalikan. Persandingan ialah kemuncak majlis perkahwinan. Persandingan pertama
akan diadakan di rumah pengantin lelaki dan persandingan kedua akan diadakan di rumah

pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional
bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan. Wakil keluarga pengantin lelaki
akan menghadiahkan adat pahe kepada pengantin perempuan. Penyerahan hadiah ini sangat
penting kerana sebelum menerima hadiah tersebut, pihak pengantin perempuan dilarang
memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki. Setelah semua majlis berlangsung, pada
sebelah malam pihak pengantin perempuan akan mengadakan upacara makan nasi temuan di
rumah mereka diikuti dengan upacara begendang, iaitu tari-menari. Akhirnya, pada hari ketujuh
upacara membebaskan mereka daripada pantang akan diadakan. Upacara membuang pantang ini
juga bertujuan untuk membuang segala bencana yang mungkin mengancam pasangan suami
isteri itu ke dalam laut.

3.0 Kesimpulan
Kaum melanau mempunyai pelbagai keunikan yang telah menjadikan negara Malaysia sebagai
sebuah negara yang unik. Keindahan seni dan keunikan adat dan tradisi kehidupan masyarakat
etnik Melanau yang saling berbaur menjadikannya unggul dalam kelas yang tersendiri.
Masyarakat Melanau mempunyai sedikit persamaan dengan masyarakat India baik dari segi
kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Adat resam yang jelas kelihatan ialah dalam aspek
kehidupan mereka seperti adat kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Contohnya, kaum
India juga mempunyai pelbagai jenis pantang larang bagi ibu yang baru melahirkan anak. Ibu itu
akan berpantang selama enam belas hari dan dilarang untuk memakan segelintir makanan yang
dipercayaai akan mendatangkan mudarat kepada dirinya dan juga kepada anak. Selain itu,
terdapat juga persamaan dari segi adat perkahwinan. Menurut tradisi orang India, kedua-dua
pihak keluarga pengantin perempuan dan pengantin perempuan akan bertukar-tukar hadiah
semasa perkahwinan. Hal ini menampakkan sedikit persamaan dengan adat etnik Melanau.
Namun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang
tersendiri. Adat resam dan kepercayaan ini diwarisi sejak turun-temurun dan masih diteruskan
sehingga ke hari ini. Selain itu, etnik Melanau juga mempamerkan keunikan mereka yang
tersendiri. Contohnya, dari segi seni bina, pakaian, makanan, seni tarian, kraf tangan dan
sebagainya. Namun, pengaruh budaya barat mula menghakis dan mencemarkan adat dan tradisi
timur kita. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bertanggungjawab untuk
mempertahankan keunikan adat dan tradisi negara kita yang diwarisi sejak bertahun-tahun agar
generasi akan datang dapat mempelajari keunikan yang tidak ternilai ini.

Anda mungkin juga menyukai