Anda di halaman 1dari 72

Oleh kerana ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan

maklumat tentang sembilan cabaran Wawasan 2020, maka saya


perturunkan seluruh nota saya di blog ini.
Nota ini telah saya siapkan semasa bertugas sebagai Pegawai
Penerangan di Jabatan Penerangan Malaysia kira-kira tahun
1980han.

CABARAN PERTAMA.
Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai
cabaran pertama Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa
ia adalah cabaran terpenting. Gambaran ini adalah tepat kerana
pembentukan bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam
menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di dalam
Wawasan 2020.

Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang


sekalipun jika sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan
bekerjasama. Kita akur dengan kata-kata seperti Muafakat
membawa berkat. Kita akui kebijaksanaan kata-kata pusaka Bulat
air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kita juga
sering melaungkan Bersatu Teguh Bercerai Runtuh. Negara hanya
dapat dibina di dalam suasana yang aman dan damai. Ketenteraman
ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di antara
rakyat.

Kita juga telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang


menderita akibat dilanda sengketa dan rusuhan kaum. Oleh itu
Malaysia menjalankan berbagai usaha untuk menjauhkan rakyat dari
1

bencana ini. Perpaduan di antara rakyat berbilang kaum adalah asas


yang kukuh untuk pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan
perpaduan ini dapatlah kita berusaha menangani cabaran-cabaran
seterusnya bagi merealisasikan wawasan gemilang sebagai bangsa
Malaysia yang berkeyakinan, demokratik, makmur, bertolak ansur,
liberal, saintifik, progresif, penyayang, bermoral dan beretika.
Pengertian Bangsa Malaysia yang Bersatupadu
Apakah yang kita maksudkan dengan ungkapan Bangsa Malaysia
yang Bersatupadu? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada bangsa
Malaysia yang bersatupadu? Atau dengan kata lain, di dalam situasi
bagaimanakah maka kita dapat menganggap yang negara telah
berjaya mengatasi cabaran yang pertama ini.
Bangsa Malaysia yang bersatupadu bererti:
-Setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas menerima negara Malaysia
sebagai tanahair yang tunggal dengan kesetiaan yang tidak berbelah
bagi.
- Setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan cita-cita negara.
Ini bermakna matlamat negara telah dikongsi bersama oleh setiap
rakyat.
-Setiap rakyat dengan rasa bangga mengidentifikasikan diri sebagai
warga Malaysia dan tidak seagai golongan sesuatu etinik, ras atau
penghuni dari sesuatu wilayah atau daerah. Adalah amat ideal kalau
semuanya mengamalkan cara hidup atau berbudaya Malaysia dan
menghapuskan ciri-ciri yang menonjolkan pengenalan mereka
sebagai berketurunan tertentu. Pendek kata mereka berjiwa Malaysia
dan berupa Malaysia. Namun walaupun masih ada ciri-ciri keturunan
dan kedaerahan yang diwarisi, mereka tidak akan membiarkannya
menjaid sentimen sehingga mencetuskan persengketaan.
- Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak
bercanggah di antara satu sama lain dan tidak merasa perlu untuk
berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu pegangan hidup
yang mungkin berbeza dengan orang lain. Di sini tetap wujud sikap
bertolak ansur demi keharmonian bersama.
Usaha untuk membina bangsa yang bersatupadu

Apakah langkah yang sedang dijalankan bagi mencapai hasrat


pembinaan bangsa Malaysia yang bersatupadu?
Sebahagian dari langkah-langkah ini dapat dirumuskan oleh petikan
ucapan Dato Seri Dr Mahathir di bawah ini,
Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah
memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh
tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasu
Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah
memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh
tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar
Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan negara adalah matlamat
penting dalam dasar dan program berkenaan. Kesemua dasar dan
program ini boleh menyumbangkan ke arah hubungan sosial yang
sihat di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian nilai dan
persepsi, persamaan ideniti sebagai rakyat Malaysia dan
kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa.
Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap di majlis makan
malam anjuran Kelab Harvard di Kuala Lumpur pada 31 Januari
1992. Petikan ini menjelaskan bahawa Kerajaan telah melancarkan
dasar-dasar yang bermatlamatkan penyatuan dan perpaduan rakyat.
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar Pembangunan Nasional
(DPN).
DPN telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991
bagi meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi
Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan
negara.
DPN menggariskan eberapa startegi yang diantaranya jelas
mencerminkan cita-cita memakmur dan membina bangsa yang
bersatupadu. Ianya mengambil langkah-langkah agi memastikan
3

pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi


untuk membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama rata dan
saling melengkapi di antara satu dengan lain, memajukan sumber
manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif
serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran
pembangunan dalam masyarakat perindustrian melalui s satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyususnan semula
masyarakat.
DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan keadaan
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan
perkongsian faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih
adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. Adalah menjadi citacita DPN bagi memperkukuh integrasi nasional dnegan
mengurangkan jurang yang luas dalam pembangunan ekonomi
antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar dan
dengan ini berupaya membangun sebuah masyarakat progresif di
mana kesejahteraan dinikmati oleh semua rakyat di samping memiliki
sikap dan nilai kerohanian yang positif serta menghayati perasaan
bangga dan cintakan negara.
Usaha-usaha yang lebih gigih dilaksanakan untk mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayan
khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negerinegeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemisikinan di
bandar-bandar juga dipertingkatkan. Kemiskinan relatif akan
dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk
meningkatkan pendapatan dan kemudahan awam. Bandar dan desa
di bangunkan dengan lebih teratur pertumbuhan setinggan dikawal,
peluang-peluang untuk peniaga dan pengusaha kecil dibuka.
Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan
penyusnan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di
bawah strategi ini. Kedudukan ini boleh dicapai dengan perlaksanaan
strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera.
Matlamat penyususnan semula gunatenaga akan memastikan corak
gunatenaga di berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi
mencerminkan komposisi berbagai kumpulan etnik dalam negara.
2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan satu
masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi
4

keperluan tenaga rakyat yang lebih terlatih bagi pembangunan


negara.
Dengan hasrta ini lahirlah Falsafah Pendidikan Negara yang memberi
penek Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi garis panduan dalam
membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan
antarabangsa.
Prinsip-prinsip Kebudayaan Kebangsaan yang telah dikenalpasti
ialah:
1) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan persamaan
di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu
Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan
alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.
Unsur-unsur budaya lain seperti Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain
yang sesuai dan wajar boleh diberi pertimbangan dan penerimaan
selagi tidak wujud percanggahan dengan Perlembagaan Negara dan
prinsip-prinsip Rukunegara dan kepentingan nasional, serta asasasas moral dan kerohanian sejagat amnya dan pada Islam sebagai
agama rasmi negara khasnya.
3) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan.
Agama merupakan unsur penting dalam proses pembangunan
negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperiadi
mulia. Penerimaan unsur-unsur budaya lain boleh dipertimbangkan
selagi ia tidak mencemarkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Negara, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan segala usaha Kerajaan ini hanya akan
berjaya jika semua warga negara mencapai taraf perpaduan yang
sebenarnya.

CABARAN KEDUA
MEMBINA MASYARAKAT BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN
BERKEYAKINAN

Cabaran kedua Wawasan 2020 sepenuhnya berbunyi :Mewujudkan


masyarakat yang berjiwabebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, b angga dengan apa yang dicapai
serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
Dari cabaran kedua kita dapat menyenaraikan sifat-sifat yang
dikehendaki ada pada setiap rakyat atau bangsa Malaysia supaya
mereka dapat membina sebuah negara yang maju di dalam setiap
bidang.Sifat-sifat ini ialah:
Berjiwa bebas
mempunyai fikiran dan perasaan yang tenteram
sentiasa mahukan kemajuan
memiliki keyakinan terhadap kebolehandiri sendiri

merasa bangga dengan apa yang dicapai


gagahataukuatmenghadapipelbagaimasalah

Cabaran kedua ini jelas tertumpu kepada factor pembinaan insan,


faktor kejiwaan dan pembinaan semangat rakyat sebagai syarat
penting di dalam pembinaan Negara maju.
Secara ringkas ini dapat ditakrifkan:

1)Berjiwabebas
Jiwa yang bebas adalah jiwa yang tidak terkongkong dan terbelenggu
dengan sesuatu fahaman hingga menolak pembaharuan dan
kemajuan. Akibat dari cengkaman penjajah kita telah menyaksikan
bagaimana rakyat begitu memandang tinggi kepada dunia Barat.
Penjajah telah Berjaya sedikit sebanyak membunuh keyakinan rakyat
terhadap diri sendiri. Sikap ini pernah disifatkan sebagai
BerjiwaHamba. Pejuang-pejuang kemerdekaan juga terpaksa
berhadapan dengan sikap ini dan berusaha menghapuskannya
sebelum rakyat bersedia menyokong perjuangan menuntut
kemerdekaan negara.

Padatahun 1982, Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar


Pandang KeTimur sebagai satu usaha mengalihkan pandangan
rakyat dari terlalu membesarkan kemajuan negara Barat. Rakyat
diminta supaya beralih untuk melihat kebaikan yang terdapat di
negara-negaraTimur seperti Jepun dan Korea. Dasar Pandang
keTimur ialah usaha untuk mencari kekuatan dari nilai-nilai ketimuran
termasuk nilai-nilaipositif yang kita warisi dari peradaban kitasendiri.

Barat sebenarnya masih menjalankan berbagai-bagai taktik untuk


menguasai kita. Dr.Mahathir pernah mengingatkan supaya sentiasa
berwaspada kerana pada zaman ini terdapat penjajahan fikiran
dalam bentuk baru.Misalnya terdapat sekumpulan manusia yang
cuba menasihatkan rakyat supaya jangan bekerja kuat kerana
kononnya ini akan menjadikan manusia sebagai robot, sebagai
hamba kepada majikan, sebagai orang yang taksub dengan
kebendaan.
Seterus nya Dr.Mahathir berkata, Mereka dari Negara maju, sudah
mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang
bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat
bertanding dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita
telah dipermainkan oleh mereka, bahawa walaupun Negara telah
dibebaskan, fikiran kita masih dijajah. Bilakah kita akan sedar
bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita
bekerja, dan bekerja dengan rajin, bukan sebagai hamba kepada
upahan tetapi kerana tanggungjawab dan kesayangan kepada
kebebasan dan maruahkita. (Perutusan PM sempenaTahunBaru
82).

2)Memiliki perasaan dan fikiran yang tenteram


Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang amat berharga. Bahkan
ketenteraman boleh dianggap sebagai kebahagiaan.Seseorang amat
memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran bagi menghadapi pelbagai
cabaran di dalam dunia moden ini. Kita sedang menyaksikan
bagaimana sesetengah masyarakat di dunia kucar-kacir akibat
pembangunan fizikal tidak disembangi dengan pembinaan jiwa dan
kekuatan rohani bagai menghadapi pelbagai cabaran.Ketenteraman
jiwa juga berkait rapat dengan pembentukan akhlak dan penyuburan
iman supaya sentiasa tidak hilang pedoman hidup. Ketenteraman
dan ketenangan fikiran juga akan memungkinkan pelbagai penemuan
idea dan inovasi yang meningkatkan lagi taraf kehidupan manusia.

3)Membina bangsa yang gagah

Wawasan 2020 bertujuan melahirkan satu bangsa yang kuat, kukuh


dan tahan menghadapi segala ujian.Kegagahan juga bererti
ketahanan fizikal dan mental, serta kekuatan dari segi kerohanian
dan kejiwaan.
Wawasan ini selaras dengan pandangan Islam khasnya hadis
Rasulullah s.a.w yang bermaksud Bahawa seorang mukmin yang
kuat itu lebih baik dan dikasihi Allah SWT daripadaseorangmukmin
yang lemah.

Ini menjelas kan bahawa kekuatan jasmani dan rohani, akal dan
emosi perlulah diseimbangkan. Rakyat perlu mempunyai jiwa yang
kuat dan tahan.Bagi menjamin kekuatan Negara lebih-lebih lagi
ketika dunia sedang tercabar dengan berbagai anasir yang negatif.
Selain dari bermatlamatkan pembinaan bangsa yang bersatu padu,
system pendidikan di Negara kita juga berusaha mencipta insan yang
sempurna dari segi fizikal dan mentalnya. Kita berpegang kepada
hakikat bahawa otak yang baik berada di dalam badan yang sihat.
Sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh generasi muda
masakini berpunca dari kelemahan mereka menghadapi cabaran di
sekelilingnya. Kelemahan itu membuatkan mereka mudah
terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan
etika, akhlak, malah merosakkan akidah dan kehidupan. Jika
kekuatan sebegini tidak dibina maka masa depan negara dan bangsa
tidak akan terjamin.
Terdapat hubungan yang rapat di antara wawasan membina
kekuatan dan pembinaan jiwa.Cara untuk mengecap erti kebebasan
yang sebenarnya ialah dengan membina kekuatan di bidang ilmu
pengetahuan, ekonomi dan kejiwaan.Dengan penguasaan ilmu kita
akan bebas untuk mengendalikan teraju Negara kita sendiri dan
mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di dunia.
Sebaliknya, kelemahan akan menyebabkan kita terus bergantung
kepada negara lain. Dr.Mahathir terus member penekanan kepada
aspek ini.Mengikut Dr.Mahathir kekuatan ini akan membebaskan
kita daripada pergantungan sepanjang masa kepada ilmu dan
kebolehan serta kekayaan negara-negara maju. Selagi kita jahil
dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di
zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita
terpaksa tunduk kepada kuasa asing.(PerutusanPerdanaMenteri
sempenaTahunBaru 1982).

10

Jika kita terus bergantung kepada orang lain, selama itulah kita
mudah diperhambakan.
Dr.Mahathir mengingatkan bahawa Amerika Syarikat berusaha
mencampuri urusan dalaman mana-mana Negara dengan alas an
untuk menegakkan hak asasi kemanusiaan akhir-akhir ini.Motif
tersembunyi adalah untuk memaksa Negara membangun tetap
bergantung kepadanya sehingga Amerika Syarikat boleh mengambil
sumber daya Negara membangun dengan bebasnya untuk
kepentingan dan kejayaannya sendiri.
Dengan terbinanya masyarakat Malaysia yang gagah kita akan
menguasai teknologi dan tidak ketinggalan di belakang. Masyarakat
Malaysia bergerak maju dengan penuh daya saing dan
dinamik.Dengan fikiran yang terbuka rakyat Malaysia sentiasa
bersedia untuk menerima perubahan dan kemajuan di samping dapat
menilai dan menyesuaikan perubahan dengan nilai hidup yang
unggul.

Cabaran kedua ini membuktikan bahawa Wawasan 2020


bukanlahsemata-mata wawasan ekonomi yang tertumpu kepada
pembangunan negara perindustriansemata-mata. Ianya tetap
mementingkan aspek kerohanian dan pembinaan sikap positif serta
nilai-nilai murni bagi mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.

11

CABARAN KETIGA

MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT


DEMOKRATIK YANG MATANG

Cabaran ketiga ini memperlihatkan hasrat Wawasan 2020 untuk


memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan sistem demokrasi Malaysia yang berorientasikan
masyarakat dan berasaskan muafakat dan musyawarah.
Cabaran ini merujuk kepada corak Kerajaan dan pentadbiran kerana
sebuah kerajaan yang bersih dan mantap adalah amat penting di
dalam perjalanan dan pembangunan sesebuah negara. Sebuah
negara yang tidak mempunyai kerajaan yang sah dan kukuh akan
menghadapai kekacauan dan huru hara. Kita melihat bagaimana
beberapa negara di dunia menjadi kucar-kacir akibat tidak ditadbir
oleh kerajaan yang kuat dan diterima oleh rakyat. Kerajaan adalah
payung yang melindungi rakyat. Kerajaan memegang teraju dan
menentukan perjalanan negara. Kestabilan kerajaan adalah sesuatu
yang amat diperlukan di dalam usaha kita untuk menuju taraf negara
maju.

12

Oleh kerana itulah, Malaysia perlu mempunyai kerajaan yang kuat


yang dapat melindungi dan meninggikan taraf hidup rakyat. Kita
berpegang kepada sistem demokrasi kerana kita yakin bahawa ia
adalah sistem yang terbaik. Rakyat Malaysia amat mengharapkan
yang kemurnian demokrasi di negara ini akan terus terpelihara.
Rakyat diberi hak untuk memilih Kerajaan kerana kita ingin
memelihara hak sebagai warga negara Malaysia yang berdaulat.
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang adalah
cita-cita kita bersama. Dengan sistem demokratik yang matang
bererti rakyat memiliki kebebasan dalam memilih kerajaan yang akan
memegang teraju pemerintahan negara. Rakyat juga memiliki
kebebasan untuk melahirkan pendapat dan idea. Kematangan di sini
menunjukkan bahawa idea yang disuarakan oleh rakyat itu pula
adalah idea yang matang dan bernas. Kematangan juga bererti
rakyat menyuarakan sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab,
dengan fikiran yang waras dan berlandaskan kepada kebenaran.
Mereka menyuarakan sesuatu hanya setelah berfikir dengan teliti dan
rasional dan sentiasa mengutamakan kepentingan golongan
terbanyak.
Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak
demokrasi mereka dengan cara yang sewajarnya. Mereka sentiasa
peka akan keadaan di sekeliling dan sentiasa berusaha agar semua
rakyat dilindungi. Jika ada sesuatu bantahan maka bantahan itu
disampaikan dengan cara yang bersopan dan berbudaya.
Sepertimana mereka mahukan pendapat mereka didengar dan
dihormati mereka juga bersedia untuk mendengar dan menghormati
fikiran orang lain. Masyarakat dikatakan telah matang dengan adanya
sikap bertolak ansur dan bertoleransi sesama sendiri. Dengan
kematangan ini tidak akan wujud kumpulan-kumpulan pelampau
yang menuntut sesuatu dengan menggunakan kekerasan. Sifat-sifat
kesederhanaan menjadi amalan masyarakat.
Di dalam perkataan Dr. Mahathir Sesebuah negara atau masyarakat
hanya akan selamat dan stabil jika rakyatnya mempunyai sifat-sifat
kesederhanaan. Kita harus ingat bahawa dalam mana-mana
13

masyarakat pun tidak ada sesiapa yang akan mendapat semua


kehendak hatinya. Sudah tentu ada pihak yang tidak puas hati
dengan tuntutan pihak lain. Dengan itu perselisihan faham akan
berlaku. apatah lagi dalam masyarakat berbilang kaum seperti
Malaysia. Jika ada sikap yang rasional serta perasaan
bertanggungjawab dan bertimbangrasa, maka perbezaan pendapat
tidak akan membawa rusuhan. Sebaliknya akan wujud kesanggupan
untuk bertolak ansur. (Perutusan Tahun Baru 1992)
Rakyat yang demokratik tidak membiarkan negara diperintah dengan
cara kuku besi dan sentiasa berusaha agar setiap rakyat dilindungi.
Unsur demokrasi di dalam masyarakat Melayu terlihat di dalam
pepatah yang berbunyi Raja adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah.Oleh itu setiap orang tidak seharusnya membiarkan
sesuatu kezaliman berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan.
Sebarang tindakan yang diambil untuk membetulkan pemimpin tidak
boleh diambil dengan cara yang melanggar peraturan negara.
Kedaulatan undang-undang perlu dipelihara. Setiap rakyat harus
menghormati hak-hak yang telah dipersetujui bersama yang
termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia kerana perlembagaan
itulah tonggak yang menegakkan negara.
Sikap bertolak ansur antara kaum mesti diteruskan. Di dalam konteks
ini, Perdana Menteri, Dr. Mahathir sering menekankan bahawa
demokrasi bukanlah bererti kebebasan yang tidak terbatas. Beliau
berkata Demokrasi hanya boleh hidup, boleh mendatangkan
kemajuan, kalau kita tahu menggunakan hak kita sebagai rakyat
yang berpegang kepada demokrasi. (Ucapan ketika melancarkan
Gerakan Semarak di Lubuk Jong, Pasir Mas, Kelantan pada 6 Mac
1988)
Memetik kata-kata Dato Seri Dr. Mahathir, Kita perlu menjalankan
tugas dan tanggungjawab kita menurut kehendak Perlembagaan,
samada yang berhubung dengan politik,kewarganegaraan, peluangpeluang sosio ekonomi, bahasa, agama atau berkaitan dengan kuasa
14

Kerajaan Pusat dan Negeri. Kita semua telah berikrar untuk


menyempurnakan tugas dan tanggungjawab ini bila kita mencapai
persetujuan dahulu. Ikrar yang dibuat ini mesti ditunaikan
sepenuhnya dengan ikhlas dan jujur (Ucapan di Majlis Makan Malam
anjuran Kelab Harvard Malaysia, Kuala Lumpur, pada 31 Januari,
1992)
Ini bererti rakyat merasa komited untuk menjamin kestabilan negara.
Pemimpin yang demokratik juga bersedia menerima teguran dan
sanggup bertindak mengikut pendapat yang bernas dalam usahanya
untuk menjayakan Wawasan 2020. Sebenarnya apa yang telah
dilakukan oleh Kerajaan adalah hasil kesanggupan Kerajaan
membentuk pendekatan-pendekatan berdasarkan cadangancadangan baru dari dalam dan luar Kerajaan.
Sikap terbuka Kerajaan akan diteruskan tetapi Kerajaan juga tidak
akan lupa akan tanggungjawab terutamanya mengenai keselamatan
dan kestabilan negara. Orang asing tidak berhak menentukan apa
yang baik untuk negara ini. Hanya warganegara Malaysia sahaja
yang berhak dan mereka boleh menyarankan pendirian mereka
dengan cara yang tertib khususnya melalui proses pilihanraya yang
diperuntukkanoleh Perlembagaan. Walau bagaimanapun kita merasa
agak kesal bila mengetahui masih ramai rakyat negara ini yang tidak
mendaftar sebagai pengundi. Kita merasa hairan kerana peratus
rakyat yang keluar mengundi adalah rendah. Hal ini amat
mendukacitakan kerana di sesetengah negara rakyat bermati-matian
dan terpaksa bertumpah darah untuk mendapat hak mengundi. Di
negara-negara lain rakyat terpaksa menempuh huru-hara bila
diadakan pilihanraya. Seseorang rakyat yang keluar mengundi
terpaksa pula menghadapi berbagai risiko. Malah ada yang terkorban
di tengah jalan. Kita patut bersyukur yang keadaan sedemikiantidak
berlaku di negara kita. Kita tidak perlu bersusah-payah untuk
mendaftar sebagai pemilih. Malah ada gerakan melawat dari rumah
ke rumah untuk mendaftar pemilih baru. Bila tiba hari mengundi kita
akan dijemput dengan kereta hingga ke pintu pagar. Namun begitu
masih ramai yang tidak mendaftar dan masih ramai yang tidak mahu
keluar mengundi. Ini adalah realiti yang menyedihkan.

15

Demokrasi dianggap sebagai sistem yang terbaik untuk menjamin


kesejahteraan rakyat kerana pemimpin rakyat di negara yang
demokratik sebenarnya terdiri dari rakyat sendiri, Pemimpin juga
adalah rakyat yang telah dipilih oleh rakyat untuk memimpin. Mereka
adalah rakyat yang telah dipilih oleh rakyat hanya untuk mewakili
rakyat. Untuk bekerja bagi kepentingan rakyat supaya rakyat di
negara ini dapat hidup lebih bahagia.
Mengikut Dr. Mahathir demokrasi dipilih kerana kerajaan yakin akan
kematangan rakyat untuk memilih kerajaan. Kita telah memilih
demokrasi sebgai dasar pemerintahan negara kita. Kita percaya
rakyat bijak menentukan pilihan.Rakyat boleh dipercayai untuk
menggunakan hak untuk memilih pemimpin-pemimpin yang boleh
berkhidmat kepada mereka. Sebab itu kita dapat mendirikan kerajaan
yang sentiasa memikirkan tentang kepentingan rakyat. (Ucapan di
pelancaran Gerakan Semarak, Kelantan, 6 Mac 1988).
Mewujudkan Masyarakat Demokratik yang matang adalah penting
untuk menjamin kestabilan negara. Dr. Mahathir mengingatkan
Kalau di negara kita ini asyik berlaku kekacauan politik maka
kerajaan tidak dapat menumpukan masa untuk mempertingkatkan
kemajuan. Kitalah yang akan rugi. Oleh itu sistem demokrasi dan
kemulian demokrasi haruslah dipelihara dengan sebaik-baiknya.
CABARAN KEEMPAT

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT


YANG BERMORAL DAN BERETIKA

16

Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi


sebuah negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang
mampan. Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan
ini bukanlah di bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang
dicita-citakan meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri
sering menjelaskan bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah
maju dari segi ekonomi, maruah dan martabat sebagai suatubangsa
yang dihormati.
Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak
menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya.
Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat
terancam oleh berbagai jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.
Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai
masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang
berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah
menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia,
semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah
negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan
yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Di kota-kota
besar, termasuk di Kuala Lumpur terdapat krisis moral yang
membimbangkan. Oleh yang demikian kemajuan sesuatu bangsa
tidak dapat diukur dari segi kebendaan semata-mata. Dr. Mahathir
menerangkan Sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan
mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan
rohaniah.
Negara kita sedang menjalankan berbagai usaha bagi mencapai
Wawasan 2020. Generasi muda menjadi golongan yang terpenting
kerana merekalah yang akan mewarisi negara ini sebagai pemimpin
dan sebagai penyumbang kepada kemajuannya. Segalanya akan
gagal jika mereka tidak bersedia untuk menerima dan meneruskan
tanggungjawab ini. Oleh itu adalah amat membimbangkan andainya
17

masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, masalah ponteng


sekolah, penagihan dadah dan berbagai kejadian jenayah juvana
tidak dapat dibendung dengan segera. Segala perancangan dan citacita negara akan gagal jika sekiranya kita tidak dapat mengatasi dan
menghapuskan keruntuhan akhlak dan hakisan nilia-nilai murni yang
sedang berlaku di kalangan rakyat terutama golongan remaja.
Tercapai atau tidaknya cita-cita untuk membina negara maju terletak
di bahu rakyat sendiri. Cita-cita ini hanya dapat dicapai jika setiap
rakyat bersedia untuk bekerja dengan rajin,jujur berdisplin dan
amanah. Segalanya akan gagal jika rakyat tidak rajin dan berdisplin.
Tanpa sifat-sifat jujur dan amanah akan berlaku tipu menipu, yang
satu cuba menjatuhkan dan merosakkan yang lain.
Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan
Wawasan 2020. Berjaya atau tidaknya Wawasan ini bergantung
kepada kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan
jujur dan bersungguh-sungguh. Kejayaan Wawasan tidak hanya
bergantung kepada kecanggihan teknologi atau kesempurnaan
sesuatu sistem yang diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang
canggih akan gagal jika rakyat tidak mengamalkan nilai-nilaimurni
seperti kejujuran, kerajinan, berdisplin, amanah dan sebagainya.
Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan
sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai
dan sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama
akan membantu pemupuk budaya dan membina bangsa. Nilai dan
sikap positif harus diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara
memberi penekanan kepada faktor pembangunan manusia. Kita
memberi penekanan kepada sistem keluarga kerana keluarga yang
sejahtera adalah asas kepada pembangunan masyarakat yang
sejahtera. Anak-anak yang terdidik di dalam suasana keluarga yang
penyayang akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilainilai positif, memiliki keyakinan diri dan mewarisi sifat-sifat yang
murni.

18

Dr. Mahathir memberi penekanan kepada kepentingan nilai-nilai


murni di dalam menjayakan Wawasan. Kita harus sedar akan
betapa pentingnya kita mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang
boleh menjayakan kita. Berjaya atau tidaknya seseorang, atau satu
kaum, atau satu bangsa bergantung kepada sifat-sifat yang ada
kepada individu, kaum ataupun bangsa itu. Jika pihak-pihak ini tidak
rajin, tidak jujur, tidak mempunyai pandangan yang jauh, tidak tertib
dan tidak mempunyai etika yang mulia, mereka tetap akan gagal.
Etika merupakan tingkah laku atau perangai yang boleh
dibandingkan dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat terbina di
atas tiga unsur iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Untuk
membentuk etika yang baik mestilah seseorang itu memiliki ilmu
pengetahuan, kemahiran dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur
penting itu perlu diasah dan dipupuk dan seterusnya dihayati bagi
melahirkan individu yang dinamik dan dapat meningkatkan hasil kerja
yang cemerlang.
Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap
amal ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi
ganjaran pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan
Islam kerana jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan
supaya membetulkan saf-saf. Kemajuan tercapai bila anggota
masyarakat terdidik dan menjalankan hidupnya dengan berperaturan
atau displin. Menghormati dan mengurus waktu dengan sempurna
adalah juga ciri penting di dalam Islam. Dengan moral dan etika yang
tinggi terbentuklah masyarakat yang berbudaya tinggi yang
mengutamakan kejujuran, displin, etika kerja, kegigihan, daya tahan,
daya saing, adil, berbudi, produktiviti, kecemerlangan, musyawarah,
muafakat, demokratis, adil, berbudi, kebajikan, penyayang, nilai
kekeluargaan, bertanggungjawab dan apa saja nilai yang positif dan
dinamik. Islam juga percaya bahawa manusia dilahirkan dalam
keadaan suci dan ia suka kepada segala yang baik dan ia benci pada
segala yang buruk.
Dengan masyarakat yang bermoral dan beretika bangsa Malaysia
akan mempunyai identiti yang sendiri yang dapat dicontohi oleh
19

seluruh dunia. Negara Malaysia akan menjadi maju dari segi ekonomi
dan berkualiti dan menghayati satu set nilai universal, yang
memungkinkan kewujudan warganegara yang maju dalam bidang
kerohanian dan kejiwaan. Kita sedang menjalankan berbagai usaha
untuk membina negara maju. Sebagai negara berbilang kaum kita
boleh memilih beberapa nilai-nilai bersama yang penting seperti
toleransi, berdisplin, hormat-menghormati.
Sistem keluarga adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat
yang bermoral dan beretika. Di samping itu Dasar Pendidikan
Kebangsaan juga diasaskan kepada hasrat yang sama. Falsafah
Pendidikan memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan
yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah
Pendidikan Negara mementingkan kemajuan potensi insan yang
seimbang dan harmonis. Generasi muda tidak sahaja didedahkan
dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguasai aspek kemahiran
tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Generasi penerus ini harus
menerima pendidikan yang berkualiti, dan disepadukan pembentukan
akal-fikir, nilai-budi dan keterampilannya. Mereka akan memiliki
keupayaan bersaing di segenap bidang yang melibatkan
pembangunan dan kemajuan. Mereka ini diharapkan akan dapat
memerangi dan mencegah perkara-perkara yang boleh meruntuhkan
kemuliaan dirinya.
Di dalam membina masyarakat bermoral dan beretika ini kita
menghadapi berbagai ancaman. Teknologi komunikasi yang canggih
menyebabkan kita menerima beberapa maklumat dari luar negeri.
Teknologi dan pelaburandari luar negara mempunyai unsur-unsur
yang negatif. Di dalam negeri pulaada beberapa golongan yang
mengeksploitasikan pembangunan ekonomi yang pesat untuk
mencari kekayaan sendiri tanpa mengambil kira apakah kesannya
kepada generasi muda dan golongan yang tidak boleh
mempertahankan diri sendiri. Di samping itu ada juga ancaman dari
dalam diri setiap individu itu sendiri. Manusia sentiasa lemah untuk
mempertahankan diri dari unsur negatif sehingga Islam menganggap
melawan kecenderungan kepada keburukan itu sebagai jihad yang
20

besar. Kisah dalam sejarah Islam ada menyebut tentang kepulangan


masyarakat Islam ke Madinah setelah menang di medan perang.
Mereka melaung-laungkan Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar
(peperangan kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar
(peperangan besar). Mengapa mereka mengatakan mereka akan
menghadapi peperangan yang lebih besar sedangkan mereka
kembali ke kota yang aman? Sebenarnya peperangan besar yang
mereka maksudkan ialah satu faktor yang akan menghalang usaha
ke arah kebaikan dan faktor itu ialah hasutan yang datangnya dari
jiwa kita sendiri, yang sentiasa menghasut kita agar kita melakukan
perkara-perkara yang buruk yang counter-produktif terhadap usahausaha murni yang dilakukan oleh keluarga dan kerajaan.

Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama,


budaya dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga,
institusi-institusi sosial seperti sekolah dan tempat bekerja.
Masyarakat harus membantu segala usaha untuk memupuk nilai-nilai
murni di dalam menjayakan Wawasan 2020.

21

CABARAN KELIMA
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MATANG, LIBERAL DAN
TOLERANSI
Di dalam mencapai Wawasan 2020 Malaysia memerlukan suasana
yang stabil, harmonis dan tenteram. Hanya di dalam suasana yang
tenteram rakyat dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan
mereka dan dapat memberikan hasil yang baik untuk kepentingan
negara. Hanya di dalam keadaan yang tenang, rakyat dapat
menyumbangkan buah fikiran bagi memajukan negara. Keadaan
yang tenteram ini tidak akan wujud seandainya rakyat sering
bersengketa dan berpecah belah. Oleh itu Cabaran Wawasan 2020
yang kelima yang perlu ditangani ialah mewujudkan masyarakat yang
matang, liberal dan toleransi.
Masyarakat yang matang bererti masyarakat yang dapat berfikir
secara rasional dan tidak emosional. Mereka berfikiran luas dan
sentiasa menimbangkan dengan saksama sama ada sesuatu
tindakan itu akan membawa kebaikan kepada semua rakyat.
Masyarakat yang matang tidak akan bertindak dengan melulu tanpa
berfikir panjang.
Masyarakat Liberal bererti masyarakat yang telah bebaskan diri dari
fahaman yang sempit. Masyarakat yang liberal akan berfikiran
terbuka untuk menerima pengetahuan baru, dan sentiasa bersedia
menimbang buah fikiran yang diberikan oleh orang lain.
Sikap Bertoleransi amat penting di dalam masyarakat yang berbilang
kaum seperti di Malaysia. Sikap liberal dan bertoleransi ini diperlukan
bagi keamanan negara. Tanpa sikap toleransi akan tercetus
pergeseran kaum yang membahayakan negara kerana sensitiviti isu
kaum dan agama mudah mengakibatkan keretakan, pecah-belah dan
ketegangan. Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
22

adalah syarat yang diperlukan bagi membina sebuah bangsa


Malaysia yang bersatu padu seperti mana yang digariskan pada
Cabaran Pertama Wawasan 2020.
Seperti yang kita maklum, rakyat Malaysia menganut berbilang
agama. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama
rasmi di samping memberi kebebasan kepada penganut-penganut
agama lain untuk mengamalkan agama mereka. Hal ini tidak
sepatutnya menjadi penghalang kepada perpaduan negara kerana
semua agama mengajar manusia untuk berbaik-baik di antara satu
sama lain. Rakyat Malaysia boleh mengamalkan nilai-nilai murni yang
diajar oleh agama masing-masing.
Perkara ini amat jelas di dalam agama Islam Al-Quran menyebut
Dan kami telah jadikan kamu semua (manusia) berbangsa-bangsa
dan berpuak-puak untuk saling kenal mengenali, saling tahu
mengetahui antara satu sama lain dan sesungguhnya manusia yang
paling mulia di sisi Allah ialah manusia yang paling bertaqwa
kepadaNya.
Ini bererti umat Islam harus sedar bahawa manusia ini terpaksa hidup
dengan kenyataan bahawa terdapat banyak kaum di sekeliling
mereka. Allah s.w.t. juga telah menyeru. Hendaklah kamu tolongmenolong, berbaik-baik dan bekerjasama dalam perkara yang
membawa kepada kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan kepada
Tuhan. Dan jangan kamu bekerjasama, tolong-menolong dalam
perkara yang menyahut dosa dan permusuhan
Jika masyarakat Malaysia telah matang, bersikap liberal dan
bertoleransi tidak ada masalah bagi rakyat untuk bekerjasama di
antara satu sama lain. Kerjasama yang diseru ialah dalam perkaraperkara kebaikan dan ditegah bekerjasama dalam perkara-perkara
yang membawa kerosakan.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil dalam usaha kita untuk
23

mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi ini?


Salah satu langkah yang berkesan ialah untuk semua komuniti
berusaha memupuk nilai-nilai seperti bertolak ansur dan sebagainya
di dalam komuniti masing-masin. Kebanyakan agama dalam dunia ini
memang sentiasa memberi penekanan bahawa perasaan muhibah
adalah lebih baik dari pergaduhan. Kita boleh mewujudkan
penyatuan kaum yang kuat di Malaysia sekiranya kita dapat
mengambil satu set nilai-nilai universal untuk semua kaum. Tiap
kaum boleh memainkan peranannya dari segi mendidik komuniti
masing-masing dengan mendidik anak-anak supaya berpegang
kepada satu set nilai yang baik supaya setiap individu bersedia untuk
bekerjasama tanpa mengira keturunan dan agama.
Di dalam Islam tidak ada masalah sama sekali untuk bekerjasama
dengan orang yang bukan Islam. Islam mengajar umatnya untuk
mencari kesejahteraan dunia dan akhirat dan tidak menghalang
mereka bekerjasama dalam mempertingkatkan kesejahteraan
bersama Kematangan fikiran, sikap liberal dan bertoleransi ini
dihargai oleh Islam yang menyeru umatnya mempertingkatkan ilmu
pengetahuan walaupun di negara yang bukan negara Islam. Ini jelas
dilihat dari hadis yang bermaksud Tuntutlah ilmu walaupun ke
negeri China.
Langkah ke arah toleransi kaum juga diambil melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Beberapa strategi Dasar pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin. Di
antara strategi pelaksanaannya ialah menjadikan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan
kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan
disiplin serta menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk
disiplin seperti pasukan-pasukan beruniform.
Di samping keluarga dan sekolah, pengaruh yang seterusnya ialah
media massa. Media massa mempunyai peranan penting di dalam
menangani cabaran kelima ini. Media massa boleh mendidik dan
24

menyuburkan nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, bertolak


ansur dan bertoleransi. Media massa patut mendedahkan anak-anak
kepada aspek-aspek budaya lain supaya mereka lebih memahami
dan dapat menerima cara hidup yang berlainan. Pepatah Melayu ada
menyatakan, Tak kenal maka tak cinta.
Seluruh rakyat Malaysia juga mestilah sentiasa mengingati dan
mengambil iktibar dari sejarah negara. Pada zaman Kesultanan
Melaka penduduk-penduduk yang berbagai kaum sudah dapat
menerima satu kebudayaan yang memang telah berakar umbi di
Melaka. Misalnya, orang Cina telah berjaya menyesuaikan diri
dengan persekitaran tempatan hingga terbentuknya masyarakat Cina
Peranakan yang lebih dikenali sebagai masyarakat Baba dan Nyonya
yang telah pun menerima beberapa unsur kebudayaan tempatan.
Setiap rakyat wajib mengingati sejarah negara di dalam mencapai
kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai ialah hasil kerjasama di
antara kaum yang telah bersetuju dengan beberapa perkara yang
menjadi asas Kemerdekaan dan Perlembagaan negara. Setiap
rakyat harus memahami bagaimana Perlembagaan mengiktiraf
keistimewaan kedudukan bumiputera dan hak kerakyatan bagi bukan
Melayu, yang layak dan memilih untuk menjadi warganegara.
Dengan persetujuan semua kaum juga agama Islam diiktiraf sebagai
agama rasmi Malaysia.
Mewujudkan masyarakat matang, liberal dan bertoleransi ini adalah
amat penting kerana Malaysia tentu tidak mahu peristiwa malang 13
Mei 1969 berulang lagi. Tanpa masyarakat yang matang, liberal dan
toleransi ini Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan malah
seluruh negara akan terjerumus ke jurang kehancuran.

25

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020


SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020

CABARAN KEEMPAT

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT


YANG BERMORAL DAN BERETIKA

26

Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi


sebuah negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang
mampan. Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan
ini bukanlah di bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang
dicita-citakan meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri
sering menjelaskan bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah
maju dari segi ekonomi, maruah dan martabat sebagai suatubangsa
yang dihormati.
Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak
menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya.
Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat
terancam oleh berbagai jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.
Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai
masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang
berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah
menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia,
semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah
negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan
yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Di kota-kota
besar, termasuk di Kuala Lumpur terdapat krisis moral yang
membimbangkan. Oleh yang demikian kemajuan sesuatu bangsa
tidak dapat diukur dari segi kebendaan semata-mata. Dr. Mahathir
menerangkan Sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan
mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan
rohaniah.
Negara kita sedang menjalankan berbagai usaha bagi mencapai
Wawasan 2020. Generasi muda menjadi golongan yang terpenting
kerana merekalah yang akan mewarisi negara ini sebagai pemimpin
dan sebagai penyumbang kepada kemajuannya. Segalanya akan
gagal jika mereka tidak bersedia untuk menerima dan meneruskan
tanggungjawab ini. Oleh itu adalah amat membimbangkan andainya
masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, masalah ponteng
sekolah, penagihan dadah dan berbagai kejadian jenayah juvana
tidak dapat dibendung dengan segera. Segala perancangan dan citacita negara akan gagal jika sekiranya kita tidak dapat mengatasi dan
menghapuskan keruntuhan akhlak dan hakisan nilia-nilai murni yang
27

sedang berlaku di kalangan rakyat terutama golongan remaja.


Tercapai atau tidaknya cita-cita untuk membina negara maju terletak
di bahu rakyat sendiri. Cita-cita ini hanya dapat dicapai jika setiap
rakyat bersedia untuk bekerja dengan rajin,jujur berdisplin dan
amanah. Segalanya akan gagal jika rakyat tidak rajin dan berdisplin.
Tanpa sifat-sifat jujur dan amanah akan berlaku tipu menipu, yang
satu cuba menjatuhkan dan merosakkan yang lain.
Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan
Wawasan 2020. Berjaya atau tidaknya Wawasan ini bergantung
kepada kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan
jujur dan bersungguh-sungguh. Kejayaan Wawasan tidak hanya
bergantung kepada kecanggihan teknologi atau kesempurnaan
sesuatu sistem yang diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang
canggih akan gagal jika rakyat tidak mengamalkan nilai-nilaimurni
seperti kejujuran, kerajinan, berdisplin, amanah dan sebagainya.
Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan
sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai
dan sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama
akan membantu pemupuk budaya dan membina bangsa. Nilai dan
sikap positif harus diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara
memberi penekanan kepada faktor pembangunan manusia. Kita
memberi penekanan kepada sistem keluarga kerana keluarga yang
sejahtera adalah asas kepada pembangunan masyarakat yang
sejahtera. Anak-anak yang terdidik di dalam suasana keluarga yang
penyayang akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilainilai positif, memiliki keyakinan diri dan mewarisi sifat-sifat yang
murni.
Dr. Mahathir memberi penekanan kepada kepentingan nilai-nilai
murni di dalam menjayakan Wawasan. Kita harus sedar akan
betapa pentingnya kita mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang
boleh menjayakan kita. Berjaya atau tidaknya seseorang, atau satu
kaum, atau satu bangsa bergantung kepada sifat-sifat yang ada
28

kepada individu, kaum ataupun bangsa itu. Jika pihak-pihak ini tidak
rajin, tidak jujur, tidak mempunyai pandangan yang jauh, tidak tertib
dan tidak mempunyai etika yang mulia, mereka tetap akan gagal.
Etika merupakan tingkah laku atau perangai yang boleh
dibandingkan dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat terbina di
atas tiga unsur iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Untuk
membentuk etika yang baik mestilah seseorang itu memiliki ilmu
pengetahuan, kemahiran dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur
penting itu perlu diasah dan dipupuk dan seterusnya dihayati bagi
melahirkan individu yang dinamik dan dapat meningkatkan hasil kerja
yang cemerlang.
Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap
amal ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi
ganjaran pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan
Islam kerana jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan
supaya membetulkan saf-saf. Kemajuan tercapai bila anggota
masyarakat terdidik dan menjalankan hidupnya dengan berperaturan
atau displin. Menghormati dan mengurus waktu dengan sempurna
adalah juga ciri penting di dalam Islam. Dengan moral dan etika yang
tinggi terbentuklah masyarakat yang berbudaya tinggi yang
mengutamakan kejujuran, displin, etika kerja, kegigihan, daya tahan,
daya saing, adil, berbudi, produktiviti, kecemerlangan, musyawarah,
muafakat, demokratis, adil, berbudi, kebajikan, penyayang, nilai
kekeluargaan, bertanggungjawab dan apa saja nilai yang positif dan
dinamik. Islam juga percaya bahawa manusia dilahirkan dalam
keadaan suci dan ia suka kepada segala yang baik dan ia benci pada
segala yang buruk.
Dengan masyarakat yang bermoral dan beretika bangsa Malaysia
akan mempunyai identiti yang sendiri yang dapat dicontohi oleh
seluruh dunia. Negara Malaysia akan menjadi maju dari segi ekonomi
dan berkualiti dan menghayati satu set nilai universal, yang
memungkinkan kewujudan warganegara yang maju dalam bidang
kerohanian dan kejiwaan. Kita sedang menjalankan berbagai usaha
untuk membina negara maju. Sebagai negara berbilang kaum kita
29

boleh memilih beberapa nilai-nilai bersama yang penting seperti


toleransi, berdisplin, hormat-menghormati.
Sistem keluarga adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat
yang bermoral dan beretika. Di samping itu Dasar Pendidikan
Kebangsaan juga diasaskan kepada hasrat yang sama. Falsafah
Pendidikan memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan
yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah
Pendidikan Negara mementingkan kemajuan potensi insan yang
seimbang dan harmonis. Generasi muda tidak sahaja didedahkan
dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguasai aspek kemahiran
tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Generasi penerus ini harus
menerima pendidikan yang berkualiti, dan disepadukan pembentukan
akal-fikir, nilai-budi dan keterampilannya. Mereka akan memiliki
keupayaan bersaing di segenap bidang yang melibatkan
pembangunan dan kemajuan. Mereka ini diharapkan akan dapat
memerangi dan mencegah perkara-perkara yang boleh meruntuhkan
kemuliaan dirinya.
Di dalam membina masyarakat bermoral dan beretika ini kita
menghadapi berbagai ancaman. Teknologi komunikasi yang canggih
menyebabkan kita menerima beberapa maklumat dari luar negeri.
Teknologi dan pelaburandari luar negara mempunyai unsur-unsur
yang negatif. Di dalam negeri pulaada beberapa golongan yang
mengeksploitasikan pembangunan ekonomi yang pesat untuk
mencari kekayaan sendiri tanpa mengambil kira apakah kesannya
kepada generasi muda dan golongan yang tidak boleh
mempertahankan diri sendiri. Di samping itu ada juga ancaman dari
dalam diri setiap individu itu sendiri. Manusia sentiasa lemah untuk
mempertahankan diri dari unsur negatif sehingga Islam menganggap
melawan kecenderungan kepada keburukan itu sebagai jihad yang
besar. Kisah dalam sejarah Islam ada menyebut tentang kepulangan
masyarakat Islam ke Madinah setelah menang di medan perang.
Mereka melaung-laungkan Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar
(peperangan kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar
(peperangan besar). Mengapa mereka mengatakan mereka akan
30

menghadapi peperangan yang lebih besar sedangkan mereka


kembali ke kota yang aman? Sebenarnya peperangan besar yang
mereka maksudkan ialah satu faktor yang akan menghalang usaha
ke arah kebaikan dan faktor itu ialah hasutan yang datangnya dari
jiwa kita sendiri, yang sentiasa menghasut kita agar kita melakukan
perkara-perkara yang buruk yang counter-produktif terhadap usahausaha murni yang dilakukan oleh keluarga dan kerajaan.
Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama,
budaya dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga,
institusi-institusi sosial seperti sekolah dan tempat bekerja.
Masyarakat harus membantu segala usaha untuk memupuk nilai-nilai
murni di dalam menjayakan Wawasan 2020.

31

CABARAN KELIMA
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MATANG, LIBERAL DAN
TOLERANSI

Di dalam mencapaiWawasan 2020 Malaysia memerlukansuasana


yang stabil, harmonisdantenteram.Hanya di dalamsuasana yang
tenteramrakyatdapatmenumpukanperhatiankepadapekerjaanmereka
danmemberikanhasil yang baikuntukkepentingannegara.Keadaan
yang
tenteraminitidakakanwujudseandainyarakyatseringbersengketadanbe
rpecahbelah. OlehituCabaranWawasan 2020 yang kelima yang
perluditanganiialahmewujudkanmasyarakat yang matang, liberal
dantoleransi.

32

Masyarakat yang matangberertimasyarakat yang


dapatberfikirsecararasionaldantidakemosional.Merekaberfikiranluasd
ansentiasamenimbangkandengansaksamasamaadasesuatutindakani
tuakanmembawakebaikankepadasemuarakyat. Masyarakat yang
matangtidakakanbertindakdenganmelulutanpaberfikirpanjang.

Masyarakat Liberal berertimasyarakat yang


telahmembebaskandiridarifahaman yang sempit.Masyarakat yang
liberal akanberfikiranterbukauntukmenerimapengetahuanbaru,
dansentiasabersediamenimbangbuahfikiran yang diberikanoleh orang
lain.
SikapBertoleransiamatpenting di dalammasyarakat yang
berbilangkaumseperti di Malaysia.Sikap liberal
danbertoleransiinidiperlukanbagikeamanan
Negara.Tanpasikaptoleransiakantercetuspergeserankaum yang
membahayakannegarakeranasensitivitiisukaumdan agama
mudahmengakibatkankeretakan, pecah-belahdanketegangan.
Masyarakat yang matang, liberal danbertoleransiadalahsyarat yang
diperlukanbagimembinasebuahbangsa Malaysia yang
bersatupadusepertimana yang
digariskanpadaCabaranPertamaWawasan 2020.

Seperti yang kitamaklum, rakyat Malaysia menganutberbilang


agama.Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama
rasmi di samping member kebebasan kepada penganut-penganut
agama lain untukmengamalkan agama mereka. Hal ini tidak
sepatutnya menjadi penghalang kepada perpaduan Negara kerana
33

semua agama mengajar manusia untuk berbaik-baik di antara


satusama lain. Rakyat Malaysia boleh mengamalkan nilai-nilai murni
yang diajar oleh agama masing-masing.

Perkara ini amat jelas di dalam agama Islam seperti ayat Al-Quran
yang bermaksud Dan Kami telah jadikankamusemua (manusia)
berbangsa-bangsadanberpuak-puakuntuksalingkenal-mengenali,
salingtahumengetahuiantarasatusama lain
dansesungguhnyamanusia yang paling mulia di sisi Allah
ialahmanusia yang paling bertaqwakepadaNya.

Iniberertiumat Islam harussedarbahawamanusia in


terpaksahidupdengankenyataanbahawaterdapatbanyakkaum di
sekelilingmereka.Allah SWT jugatelahmenyeru
Hendaklahkamutolong-menolong, berbaikbaikdanbekerjasamadalamperkara yang membawakepadakebaikan,
kebajikandanketaqwaankepadaTuhan.Dan jangankamubekerjasama,
tolong-menolongdalamperkara yang menyahutdosadanpermusuhan.

Jikamasyarakat Malaysia telahmatang, liberal


danbertoleransitidakadamasalahbagirakyatuntukbekerjasama di
antarasatusama lain. Kerjasama yang diseruialahdalamperkaraperkarakebaikandanditegahbekerjasamadalamperkara-perkra yang
membawakerosakan.

34

Apakahlangkah-langkah yang bolehdiambil di


dalamusahakitauntukmewujudkanmasyarakat yang matang, liberal
danbertoleransiini?Salah satulangkah yang
berkesanialahuntuksemuakomunitiberusahamemupuknilainilaisepertibertolakansurdansebagainya di dalamkomunitimasingmasing.Kebanyakan agama di
dalamduniainimemangsentiasamemberipenekananbahawaperasaan
muhibahadalahlebihbaikdaripergaduhan. Kita
bolehmewujudkanpenyatuankaum yang kuat di Malaysia
sekiranyakitadapatmengambilsatu set nilai-nilai universal
untuksemuakaum.
Tiapkaumbolehmemainkanperanannyadarisegimendidikkomunitimasi
ng-masingdenganmendidikanak-anaksupayaberpegangkepadasatu
set nilai yang
baiksupayasetiapindividubersediauntukbekerjasamatanpamengiraket
urunandan agama.
Di dalam Islam
tidakadamasalahsamasekaliuntukbekerjasamadengan orang yang
bukan Islam. Islam
mengajarumatnyauntukmencarikesejahteraanduniadanakhiratdantida
kmenghalangmerekabekerjasamadalammempertingkatkankesejahter
aanbersama. Kematanganfikiran, sikap liberal
danbertoleransiinidihargaioleh Islam yang
menyeruumatnyamempertingkatilmupengetahuanwalaupun di negara
yang bukannegara Islam.Inijelasdilihatdarihadis yang bermaksud
Tuntutlahilmuwalaupunkenegeri China.

LangkahkearahtoleransikaumjugadiambilmelaluiDasarPendidikanKeb
35

angsaandanDasarKebudayaanKebangsaan.BeberapastrategiDasarP
endidikanKebangsaanbermatlamatuntukmelahirkansatumasyarakat
yang bersatupadudanberdisiplin. Di
antarastrategipelaksanaannyaialamenjadikanBahasaKebangsaanseb
agaibahasapengantar yang utama, mengadakankurikulum yang
samadanberorientasikan Malaysia bagisemuajenissekolah,
mempertingkatkanpendidikankerohanian, moral dandisiplin,
sertamenggalakkanaktivitiko-kurikulum yang
memupukdisiplinsepertipasukan-pasukanberuniform.

Di sampingkeluargadansekolah, pengaruh yang seterusnyaialah


media massa. Media massamempunyaiperanan yang penting di
dalammenanganicabarankelimaini. Media
massabolehmendidikdanmenyuburkannilainilaimurnisepertihormatmenghormati, bertolakansurdanbertoleransi.
Media massapatutmendedahkananak-anakkepadaaspekaspekbudaya lain
supayamerekalebihmemahamidandapatmenerimacarahidup yang
berlainan. PepatahMelayuadamenyatakan Takkenalmakatakcinta.
Seluruhrakyat Malaysia
jugamestilahsentiasamengingatdanmengambiliktibardarisejarahnegar
a.PadazamanKesultanan Melaka penduduk-penduduk yang
berbagaikaumsudahdapatmenerimasatukebudayaan yang
memangtelahberakarumbi di Melaka.Misalnya, orang
Cinatelahberjayamenyesuaikandiridenganpersekitarantempatanhingg
aterbentuknyamasyarakatCinaPeranakan yang
lebihdikenalsebagaimasyarakat Baba danNyonya yang telah pun
menerimabeberapaunsurkebudayaantempatan.
Setiaprakyatwajibmengingatisejarahnegara di
dalammencapaikemerdekaan.Kemerdekaan yang
dicapaiadalahhasilkerjasama di antarakaum yang
telahbersetujudenganbeberapaperkara yang
menjadiasasKemerdekaandanPerlembagaannegara.Setiaprakyathar
36

usmemahamibagaimanaPerlembagaanmengiktirafkeistimewaankedu
dukanbumiputeradanhakkerakyatanbagibukanMelayu,yanglayakdan
memilihuntukmenjadiwarganegara.
Denganpersetujuansemuakaumjuga agama Islam diiktirafsebagai
agama rasmi Malaysia.

Mewujudkanmasyarakatmatang, liberal
danbertoleransiiniadalahamatpentingkerana Malaysia
tentutidakmahuperistiwamalang 13 Mei 1969 berulanglagi.
Tanpamasyarakat yang matang, liberal dantoleransiiniWawasan 2020
tidakakanmenjadikenyataanmalahseluruhnegaraakanterjerumuskejur
angkehancuran.

m/s 37-42
CABARAN KEENAM

37

MEMBINA MASYARAKAT YANG MAJU DAN SAINTIFIK


Cabaran keenam Wawasan 2020 memperlihatkan bahawa
masyarakat yang diingini oleh Wawasan 2020 ialah masyarakat yang
maju, saintifik, dan progresif.
Masyarakat yang maju bererti masyarakat yang sentiasa bersedia
menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan bererti
berubah dari keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih
baik. Masyarakat yang maju sentiasa terbuka untuk menerima idea
dan dapat mengubahsuai dengan situasi yang baru demi
meningkatkan taraf hidup mereka. Masyarakat yang berdaya maju
tidak akan menutup pemikiran mereka kepada unsur-unsur dari luar
selagi mana unsur-unsur itu dapat digunakan untuk kebaikan.
Masyarakat progresif tidak kekal di dalam kekolotan tetapi sentiasa
mengikuti peredaran zaman.
Perkataan saintifik pula merujuk kepada pengetahuan atau ilmu yang
sistematik dan dapat dibuktikan kebenarannya. Oleh itu maju dan
saintifik bermaksud sentiasa meningkatkan mutu kehidupan dengan
cara meningkatkan pengetahuan yang saintifik.
Di dalam menuju negara maju, Dato Seri Dr. Mahathir sentiasa
menekankan bahawa perubahan sikap rakyat ialah faktor penentu
berjaya atau tidaknya impian kita. Orang Melayu tidak mampu untuk
mengasingkan diri mereka daripada perubahan yang berlaku di
sekeliling.
Oleh sebab orang Melayu tidak mengubah cara hidup mereka
dengan cepat, mereka ditewas dan ditakluk. Hampir empat ratus lima
puluh tahun. Tetapi kemerdekaan yang diperolehi bukan terjamin
selama-lamanya. Jika kita tidak bersedia untuk mengikuti perubahan
zaman, pihak yang dahulu menjajah akan menjajah kita semua.
Hanya kali ini pendekatan penjajahan adalah berbeza. Mereka tidak
38

lagi perlu menempatkan tentera dan pentadbiran mereka untuk


menakluk kita. Melalui ilmu dan kepintaran serta kekayaan, mereka
dapat menguasai kita.
Islam sentiasa menyeru umatnya untuk bergerak ke hadapan.
Manusia diseru supaya berikhtiar dan bersedia untuk berubah.
Terdapat ayat Quran yang bermaksud Sesungguhnya Allah tidak
mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ( Surah Al Raad
Ayat 11). Konsep Hijrah pula bererti berpindah dari keadaan yang
kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Manusia disuruh
berikhtiar dan tidak hanya menyerah kepada takdir. Berputus asa dari
rahmat Allah adalah sesuatu yang ditegah oleh Islam. Terdapat ayat
Quran yang berbunyi Janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah.
Menyerah kepada takdir semata-mata bererti tidak berjiwa maju.
Memetik pandangan Dr. Mahathir, Orang Islam yang hanya
menyalahkan takdir sedangkan ia boleh memperbaiki nasibnya
adalah orang yang kurang percaya kepada keadilan Allah s.w.t. Allah
s.w.t. tidak memberi akal fikiran, tenaga dan pancaindera kepada
manusia jika mereka hanya dikehendaki menunggu dan menerima
nasibnya sahaja. Segala anggota, tenaga dan akal fikiran diberi
kepada makhluk Allah s.w.t. untuk digunakan bagi menyelamat dan
menjayakan diri mereka. Manusia disuruh berdoa tetapi doa mesti
disertakan dengan usaha.
Zaman beredar dan semuanya beredar dan berubah dengannya.
Mereka yang tidak sanggup berubah akan ketinggalan zaman. Tidak
ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada
perubahan yang berlaku diseluruh dunia moden ini.
Kata Dr. Mahathir lagi Kejayaan atau kegagalan seseorang banyak
bergantung pada dirinya sendiri. Bangsa yang dikelilingi oleh
keadaan yang menekan boleh berjaya sedangkan bangsa yang
mempunyai negara yang serba mewah mungkin lebih miskin dan
39

lemah. Sebabnya ialah kualiti dan sifat yang ada pada bangsabangsa berkenaan.
Hanya jika kita dapat menjadi negara maju barulah kita akan dapat
bertahan jika sekatan dagang dan lain-lain ancaman bukan tentera
dilancarkan terhadap kita. ( Ucapan Dr. Mahathir di Pusat Dagangan
Dunia Putera 8 Nov, 1991).
Bagaimanakah maksud negara maju yang dimaksudkan oleh Dr.
Mahathir? Mengikut beliau Kita telah membentuk Wawasan 2020
yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang
tahun 2020. Negara maju yang dimaksudkan bukan semata-mata
negara industri yang pendapatan per kapitanya adalah sekian
banyak. Yang dimaksudkan dengan negara maju ialah negara yang
berupaya membangunkan diri sendiri melalui penguasaan ilmu,
kecekapan dan moral yang tinggi yang akan membolehkan kita
bersaing dengan negara maju yang lain dalam semua bidang.
( Pusat Dagangan Dunia Putra 8 Nov. 1991)
Dr. Mahathir sentiasa menekankan kepentingan berjiwa maju dan
menguasai ilmu pengetahuan. Sesungguhnya tanpa ilmu
pengetahuan kemajuan tidak mungkin tercapai. Masyarakat Malaysia
perlu bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan
menguasai teknologi serta sentiasa berfikir dan mencipta sesuatu
yang lebih baik. Pengetahuan yang saintifik adalah penting untuk
membina generasi yang mempunyai kecekapan dan kemahiran di
dalam berbagai-bagai bidang. Tanpa ilmu dan pengetahuan saintifik
masyarakat tidak mungkin mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Islam amat mendorong manusia untuk menimba ilmu dan
menggunakan akal fikiran. Manusia dikurniai akal fikiran dan inilah
yang meningkatkan martabat mereka sebagai makhluk ciptaan Allah.
Allah telah mengajar Nabi Adam tentang nama-nama benda, dan
dengan ilmu pengetahuan ini martabat Adam dilebihkan dari Malaikat
dan iblis.

40

Terdapat banyak sekali ayat Quran yang menyeru manusia


menggunakan daya intelek. Allah menjelaskan bahawa setiap
sesuatu telah dijadikan untuk kebaikan manusia seandainya manusia
mahu berfikir. Al-Quran menerangkan bahawa manusia haruslah
memerhati dan memandang dengan mata hati segala sesuatu yang
ada di sekelilingnya, seperti bukit-bukau, gunung-ganang, tiupan
angin dan bayu kerana semuanya mengandungi pengajaran.
Dengan ilmu yang saintifik dan pemikiran yang kreatif manusia akan
mendapat penemuan-penemuan baru yang memberi manfaat kepada
kehidupan. Manusia diingatkan bahawa menuntut ilmu adalah wajib
bagi orang Islam yang lelaki ataupun perempuan. Di dalam Islam
menuntut ilmu adalah proses seumur hidup iaitu dari buaian hingga
ke liang lahat.
Untuk menjadi maju dan progresif sesuatu masyarakat perlulah
sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling dan
sanggup belajar dari siapa sahaja. Ada hadis yang bermaksud
bahawa umat Islam diseru untuk belajar walaupun hingga ke negeri
China, dan menuntut itu adalah proses yang berterusan seumur
hidup, dari buaian hingga ke liang lahat. Ilmu pengetahuan disifatkan
sebagai kriteria kekuatan ummah. Alam ini dicipta sebegitu rupa
supaya manusia dapat menggunakan akal fikirannya secara
bijaksana. Surah Al-Mukminun ayat 6 bermaksud, Orang mukmin
adalah orang yang bersegera untuk mendapatkan segala kebaikan
dan merekalah orang yang berada di hadapan dalam mendapatkan
kebaikan itu.
Wawasan 2020 bertujuan membawa negara kepada tahap kemajuan
yang setaraf dengan negara-negara maju. Ini tidak bermakna kita
ingin kepada keadaan seperti keruntuhan moral dan keangkuhan
kuasa yang melanda sesetengah negara maju. Yang kita maksudkan
ialah kebolehan, pengetahuan dan kecekapan serta taraf yang sama
atau lebih baik daripada negara maju. Kemajuan yang diingini ialah
kemajuan yang lebih menyeluruh dengan mengambil iktibar dari
keruntuhan aspek kerohanian yang berlaku di negara maju.
41

Usaha serta tenaga yang berlipat ganda perlulah dicurahkan untuk


menjamin masa depan yang lebih gemilang bagi seluruh masyarakat
Malaysia.

CABARAN KETUJUH
MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG DAN BUDAYA
PENYAYANG
Y.A.B. Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya
penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat
lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada
negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga
yang kukuh. ( Ucapan Dr. Mahathir sempena persidangan pertama
Majlis Perdagangan Malaysia, 28 Feb. 1991)
Dengan kata lain masyarakat penyayang ialah masyarakat yang
hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan
bertimbang rasa. Setiap orang saling faham memahami dan hormatmenghormati. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua
mengasihi yang muda.
Individu di dalam sebuah masyarakat penyayang tidak hanya
mementingkan dirinya sendiri sahaja. Mereka tidak akan melakukan
sesuatu yang jelas akan membawa bencana kepada orang-orang di
42

sekeliling.
Sifat-sifat inilah yang diperlukan dalam usaha mencapai Wawasan
2020. Matlamat Wawasan 2020 ialah pembangunan yang seimbang.
Wawasan 2020 bertujuan membawa negara kepada kemajuan yang
setaraf dengan negara-negara maju. Ini tidak bermakna kita ingin
kepada keadaan seperti keruntuhan moral dan keangkuhan kuasa
yang melanda sesetengah negara maju. Tujuan Wawasan ialah
kemajuan material yang diimbangi dengan pembangunan rohani
serta pengekalan nilai-nilai murni kita. Malaysia akan menjadi sebuah
negara maju yang berperibadi. Tanpa jiwa penyayang kita akan
mengulangi kesalahan negara maju yang mengalami keruntuhan
moral. Manusia sanggup menghancurkan manusia lain dalam usaha
mencari kekayaan. Walaupun demikian segala kekayaan tidak dapat
membahagiakan bila jiwa sentiasa dihimpit keresahan dan
kebimbangan.
Pengwujudan masyarakat penyayang dan budaya penyayang amat
perlu diberi perhatian dalam usaha kita menuju negara maju. Pada
masa ini rakyat Malaysia kelihatan sebagai rakyat yang pemurah dan
sering memberi sambutan baik terhadap rayuan-rayuan derma dan
bantuan dari masa ke semasa, namun terdapat pula kejadian seperti
membuang dan mendera anak, mengabaikan orang tua-tua,
merosakkan harta benda awam, membinasakan alam sekitar serta
kegiatan antisosial yang berleluasa. Tanpa budaya penyayang akan
berlaku lebih banyak kerosakan kepada manusia dan alam sekitar.
Asas yang paling kukuh untuk membina budaya penyayang ini ialah
institusi keluarga. Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan
penuh kasih sayang di dalam keluarga yang bahagia akan membesar
sebagai individu yang berkualiti. Anak-anak ini akan mewarisi sifatsifat positif dan nilai-nilai murni dari ibu bapa mereka. Oleh kerana
itulah kita memberi penekanan kepada pembentukan keluarga yang
bahagia. Ibu bapa diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab
mereka untuk memelihara keluarga dan mengasuh anak-anak untuk
menjadi warga yang berguna. Di dalam al-Quran dan hadis dapat
ditemui banyak ayat-ayat yang mengingatkan manusia akan
43

tanggungjawab memelihara keluarga supaya terselamat dari


kesengsaraan dan api neraka. Rasulullah s.a.w juga telah bersabda
seutama-utamanya dinar ialah dinar yang dibelanjakan oleh
seseorang kepada keluarganya. Ini bermakna manusia mesti
memberi keutamaan kepada kebajikan keluarganya sebelum
memberi bantuan kepada orang lain.
Setelah menunaikan tanggungjawab kepada keluarga, manusia juga
diingatkan bahawa kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap
jiran dan manusia lain di sekeliling kita. Di dalam Islam terdapat hakhak seorang jiran dan terdapat seruan agar manusia berbaik-baik
sesama sendiri. Manusia diingatkan bahawa menjaga hubungannya
dengan manusia
( Hablumminannas) itu adalah penting seperti mana hubungannya
dengan Tuhan
( Hablumminnallah ). Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang
mencegah manusia dari menyakiti sesama manusia. Islam juga
mewajibkan zakat. Melalui amalan berzakat ini orang-orang yang
berharta boleh menolong golongan yang memerlukan pertolongan.
Islam memuliakan umat yang pemurah. Amalan bersedekah akan
mendapat ganjaran pahala dan pahala ini akan berterusan walaupun
setelah orang yang memberinya telah meninggal dunia. Rasulullah
s.a.w juga bersabda yang bermaksud Orang bodoh yang dermawan
itu lebih dicintai oleh Allah daripada seorang alim yang kedekut dan
penyakit (hati) yang paling teruk ialah kedekut.
Amalan masyarakat penyayang amat lumrah di dalam kehidupan
nenek moyang kita. Kehidupan mereka penuh dengan kegiatankegiatan bersama. Mereka mengamalkan bergotong-royong dan
berderau untuk mencari rezeki ataupun bila mendirikan rumah
mengadakan kenduri kendera dan sebagainya. Anggota masyarakat
tradisi tidak mengelak bila diajak menyumbangkan tenaga bahkan
mereka akan merasa tersinggung dan tersisih jika tidak diajak turut
serta di dalam aktiviti masyarakat. Sikap inilah yang menjadi asas
44

kepada pembinaan masyarakat yang bermuafakat. Tanpa perasaan


muafakat kita tidak akan dapat menangani cabaran pertama
Wawasan 2020iaitu membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Warganegara yang diidamkan oleh Wawasan 2020 ialah
warganegara yang setia dan sanggup bekerjasama. Keran itulah kita
menjalankan berbagai usaha untuk menanam perasaan berbaik
sangka sesama manusia. Warga yang penyayang tidak sekali-kali
bersifat ganas, jauh sekali dari merosakkan keharmonian hidup
sendiri atau orang-orang lain di sekelilingnya.
Golongan remaja adalah golongan terpenting di dalam konteks
Wawasan 2020 kerana golongan inilah yang akan menyaksikan
Wawasan ini menjadi kenyataan dan merekalah yang bakal
menerajui negara ini pada masa hadapan. Malangnya pada masa ini
terdapat berbagai-bagai masalah sosial yang melanda kaum remaja.
Gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak, ponteng
sekolah dan berbagai jenayah juvana adalah amat membimbangkan.
Masalah ini perlu diatasi kerana ia boleh menggagalkan cita-cita
Wawasan 2020.
Jika diamati, gejala-gejala ini tidak akan berleluasa jika telah wujud
budaya penyayang di dalam masyarakat kita. Setiap orang menjalan
peranan untuk mengawasi, menasihati dan membetulkan tingkah
laku anak-anak remaja yang berada di hadapan mereka. Adalah lebih
mudah untuk mencegah dan membendung sebarang kelakuan yang
buruk di peringkat awal lagi.
Keluarga adalah asas pembinaan masyarakat. Di dalam keluarga
yang bahagia, anak-anak mendapat didikan yang sempurna. Mereka
akan membesar sebagai individu yang berkualiti yang akan memberi
sumbangan kepada pembangunan bangsa dan negara.
Salah satu faktor yang sering diberikan sebagai penyebab masalah
moral remaja alah kesibukan ibu bapa. Ibu-ibu yang bekerja di luar
45

rumah tidak dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada


anak-anak. Tetapi jika kita renungkan sejenak maka kita dapati
bahawa kesibukan ibu bapa bukanlah suatu perkara yang baru di
dalam masyarakat kita. Pada masa dahulu pun ibu-ibu keluar
membanting tulang di sawah-sawah dan di ladang-ladang. Namun
begitu pada masa dahulu cara hidup masyarakat adalah berbeza dari
masa sekarang. Bila ibu bapa tidak ada di rumah, jiran-jiran
mengambil alih peranan mereka sepenuhnya. Mereka mengawasi
anak-anak orang-orang lain seperti mana mereka mengawasi anakanak mereka sendiri. Mereka menjaga kebajikan dan menegur ajar
anak-anak jiran dan begitulah juga mereka mengharapkan jiran-jiran
menegur ajar anak-anak mereka semasa mereka tidak ada di rumah.
Ibu bapa juga mengajar anak-anak mereka supaya menghormati jiran
seperti mana mereka mahu anak-anak menghormati mereka.
Dengan cara ini anak-anak tidak berani berbuat perkara-perkara
yang tidak baik kerana takut dilihat oleh jiran-jiran.
Tetapi pada masa ini cara hidup yang sebegini boleh dikatakan
hampir pupus lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar. Ramai jiran
yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil
berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Tidak kurang pula yang mudah
merasa tersinggung jika ada jiran-jiran yang menegur mana-mana
kelakuan anak-anak mereka. Oleh itu anak-anak yang ditinggalkan
bersendirian di rumah merasa bebas untuk melakukan apa sahaja.
Kerajaan telah menjalankan berbagai program bagi mengukuhkan
semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan rakyat. Menerusi
program Kampungku juga boleh disemai kembali kebijaksanaan
budaya nenek moyang kita yang mencintai kampung halaman.
Perasaan cintakan kampung halaman inilah menjadi asas kepada
kegiatan-kegiatan bergotong-royong. Lebih dari itu perasaan inilah
juga yang menyebabkan individu di dalam masyarakat tidak berani
berbuat sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik kampung
halaman. Orang-orang tua sering berpesan supaya Jangan beri
malu orang kampung. Menjaga nama baik kampung menjadi
tanggungjawab semua penduduk. Pepatah ada mengatakan Adat
berkampung, kampung dipertahankan. Mempertahankan kampung
yang dimaksudkan di sini bukanlah sekadar mempertahankannya
46

dari serangan musuh tetapi mempertahankan nama baik dengan


sama-sama menjaga tingkah laku dan budi pekerti. Ini bererti setiap
individu sangat mengambil berat akan pandangan masyarakat
terhadap mereka. Ini adalah salah satu ciri-ciri caring society atau
masyarakat penyayang.
Di dalam kehidupan dunia moden ini, anak-anak sering terpaksa
hidup berjauhan dari ibu bapa, sama ada untuk belajar atau bekerja.
Ribuan remaja meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di
kilang-kilang. Belia-belia yang berhijrah ke bandar menghadapi
kejutan budaya dan sesetengahnya terpengaruh oleh gejala-gejala
yang negatif. Ini menyebabkan bertambahnya masalah sosial di
kalangan remaja. Keadaan ini semakin buruk jika masyarakat
mengamalkan sikap tidak peduli. Keadaan ini juga boleh dikawal
dengan wujudnya masyarakat penyayang di mana anggota
masyarakat tidak mengamalkan sikap tidak peduli. Masyarakat
mestilah turut sama membimbing dan mengawasi anak-anak remaja
yang kini telah jauh dari pengawasan ibu bapa. Di dalam hal ini juga
kita harus mengambil teladan dari masyarakat tradisi. Suatu ketika
dahulu seseorang tidak berani berbuat sesuatu yang menyalahi etika
jika mengetahui orang kampungnya ada berdekatan kerana takut
perkara itu akan dilaporkan kepada ibu bapa dan takut perbuatannya
itu akan turut memalukan orang kampung.
Amalan masyarakat penyayang sepatutnyalah diteruskan pada masa
ini. persatuan-persatuan sukarela boleh melibatkan belia-belia ke
dalam program-program kekeluargaan pihak majikan sepatutnya
memberi perhatian kepada kebajikan pekerja dan mengisi
kekosongan mereka yang jauh dari ibu bapa. Ini akan menolong
memberikan ketenangan jiwa yang akan dapat meningkatkan kualiti
mereka sebagai pekerja.
Masyarakat yang penyayang merupakan masyarakat yang terbaik
kerana di sinilah terdapatnya segala nilai-nilai murni yang akan terus
menjamin kewujudan kita sebagai bangsa yang maju dan dihormati
dunia.

47

CABARAN KELAPAN
MENJAMIN SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL DAN SAKSAMA
EKONOMINYA

48

Cabaran yang kelapan ini memberikan tumpuan kepada bidang


ekonomi. Ekonomi dianggap sebagai keperluan asas sesebuah
negara. Masyarakat perlu berada pada tahap ekonomi yang
memuaskan sebelum ia dapat membangunkan aspek-aspek yang
lain.
Keadaan ekonomi yang baik akan dapat membangunkan
kesejahteraan dan kebajikan yang lain. Sejak merdeka negara kita
telah menjalankan berbagai program dan rancangan untuk
meninggikan taraf ekonomi rakyat. Berbagai projek telah
dilaksanakan seperti Rancangan Pembangunan Luar Bandar,
berbagai rancangan penerokaan tanah hinggalah ke Dasar Ekonomi
Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Program-program
pembangunan ekonomi dijalankan dengan tujuan untuk membasmi
kemiskinan dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
Menjelang tahun 2020 masyarakat Malaysia diharapkan dapat
menikmati ekonomi yang adil dan saksama.
Bagaimanakah keadaan ekonomi masyarakat Malaysia seperti yang
dicita-citakan oleh Wawasan 2020? Dan apakah yang dimaksudkan
dengan ungkapan masyarakat yang adil ekonominya?
Pengertian masyarakat yang adil ekonominya bolehlah dirumuskan
seperti berikut:
1. Keadaan bila semua rakyat terlepas dari kemiskinan mutlak
2. Tiada rakyat yang menderita akibat kekurangan zat makanan dan
makanan tersedia secukupnya.
49

3. Tempat berlindung, perkhidmatan perubatan dan keperluan asas


adalah mencukupi.
4. Golongan menengah yang besar lagi giat.
5. Peluang-peluang tersedia untuk golongan yang berada pada taraf
ekonomi yang rendah untuk memperbaiki keadaan hidup mereka.
6. Terdapat imbangan yang wajar dalam bidang-bidang iktisas dari
semua jenis pekerjaan yang utama.
7. Terbentuknya sebuah komuniti perdagangan dan industri
bumiputera.
8. Perkongsian sepenuhnya kemajuan ekonomi. Pengagihan yang
adil dari segala segi.
9. Terdapat imbangan yang adil di kalangan kelompok-kelompok
etnik termasuk bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi
penyertaan dan sumbangan terhadap sektor-sektor moden.

Apakah langkah-langkah yang telah dijalankan bagi mencapai


matlamat keadilan ekonomi untuk masyarakat Malaysia? Apakah
usaha-usaha kita untuk memastikan bahawa pembangunan ekonomi
boleh dirasai bersama oleh semua rakyat dengan tidak mengira
keturunan dan wilayah mereka berada?

50

Mengikut Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir keadilan ini hanya


dapat dicapai dengan usaha yang bukan sahaja bersungguhsungguh tetapi mestilah dijalankan dengan penuh kejujuran.

Peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran bahawa Kerajaan tidak


lagi dapat membiarkan haluan negara berkembang mengikut arusarusnya yang tersendiri. Justeru itu Rukunegara telah diisytiharkan
pada tahun 1971. Rukunegara menjadi pegangan dan prinsip negara.
Justeru itu juga Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1970.
Dasar Ekonomi Baru mempunyai matlamat penting untuk membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang perbedaan
antara rakyat serta menghapuskan identiti pekerjaan dengan
keturunan. Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, dan seterusnya
Keempat mengamalkan Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini tidak
bertujuan untuk mengambil hak sesuatu kaum tetapi untuk
merapatkan jurang perbedaan antara yang berada dengan yang tidak
berada,tanpa mengira keturunan masing-masing.
Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula untuk membetulkan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara kita ini di
antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasankawasan di wilayah yang sama. Matlamat utama ialah perpaduan
negara.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

51

i. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum


ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi.

Kemiskinan merupakan sebab utama yang boleh menimbulkan rasa


kecewa dan tidak puas hati di kalangan rakyat, tidak kira di bandar
atau di luar bandar yang melibatkan semua kumpulan kaum.
Kemiskinan juga menimbulkan satu putaran yang berulang dari segi
kejahilan, kesengsaraan, daya pengeluaran yang rendah dan
keadaan hidup yang daif.
Di negara kita ini, suasana kemiskinan boleh mencacatkan
perpaduan negara. Kaum bumiputera telah jauh ketinggalan dan
keadaan ini boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati yang boleh
mengancam keselamatan dan kedamaian negara.

DEB berusaha menyusun semula masyarakat dengan cara:

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan


miskin di luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan
luar bandar.
52

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna


tenaga yang terdapat sekarang, dengan cara yang progresif dan
menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya, supaya penyertaan
berbagai kaum dalam sektor-sektor utama ekonomi akan
mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum
menjelang 1990.

Matlamat Dasar Pembangunan Negara (DPN)


Tempoh Dasar Ekonomi Baru telah tamat pada tahun 1990. Pada
tahun 1991 Kerajaan telah mengumumkan Dasar Pembangunan
Negara (DPN). DPN mengekalkan strategi asas DEB iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk
memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum
dan dengan ini akan menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan
negara.
DPN menjurus secara langsung kepada matlamat mencapai keadilan
ekonomi. Ini termasuklah mewujudkan keseimbangan yang optimum
di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang
saksama, memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektorsektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan menjadi
lebih sama rata dan saling melengkapi dan membantu di antara satu
dengan lain. DPN juga mempunyai strategi untuk mengurangkan dan
akhirnya menghapuskan keadaan ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang
diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk
semua rakyat Malaysia. DPN juga menggalakkan dan
memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan bandar dan luar bandar serta membangunkan sebuah
53

masyarakat progresif di mana kesejahteraan dinikmati oleh semua


rakyat, di samping memiliki sikap dan nilai kerohanian yang positif.
Di samping meneruskan cita-cita DEB, DPN mengemukakan
beberapa strategi baru iaitu:
Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. ( MPPB)
Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan
diri dalam proses penyusunan masyarakat.
Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia
termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
Usaha-usaha yang lebih gigih dijalankan untuk mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah khususnya di
antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar


juga dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif
dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk
meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan,
pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga diambil
melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang
sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur.
Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasankawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang
kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.
54

Peningkatan taraf sosial dan ekonomi masyarakat bumiputera boleh


dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan
penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan
membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.
Gunatenaga di berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi
disusun supaya mencerminkan komposisi berbagai kumpulan etnik
dalam negara. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat
dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan
pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan
memperkukuhkan negara.
Kerajaan telah mengadakan berbagai usaha. Usaha ini tidak akan
berjaya tanpa penglibatan rakyat. Dr Mahathir sering mengingatkan
kaum bumiputera bahawa semangat ingin berjaya dan berdikari
membolehkan mereka bersaing dan merebut peluang-peluang yang
timbul daripada pembangunan ekonomi.

Mengikut Dr. Mahathir Kerajaan akan terus berusaha membantu


kaum bumiputera supaya setanding dengan bukan bumiputera di
dalam lapangan perdagangan dan perindustrian. Tetapi tumpuan
akan diberi kepada pengwujudan pengurus-pengurus dan
pengusaha-pengusaha yang berpengalaman, cekap, berinisiatif,
berdikari dan dapat bersaing di pasaran terbuka. Kerajaan mahukan
satu masyarakat perniagaan dan perindustrian Bumiputera yang
berdayamaju, berdaya saing, dinamik dan progresif setanding
dengan kaum-kaum lain.

55

Ketika merasmikan Kongres Ekonomi Cina pada 18 Ogos 1992. Dr.


Mahathir mengingatkan kaum bumiputera supaya menggunakan
peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Mereka juga boleh
menjalankan usaha sama dengan kaum-kaum lain dan menerusi
usaha sama seperti ini mereka boleh mempelajari selok-belok
perniagaan dari orang yang lebih berpengalaman, bukan sematamata dengan niat untuk menjadi cepat kaya. Kaum lain pula
hendaklah menganggap rakan usaha sama Melayu mereka sebagai
equal and real partners dan bukannya sebagai alat ataupun front
untuk mendapatkan kemudahan kerajaan. Sikap positif seperti ini
akan menjayakan rancangan pembangunan ekonomi yang
berkekalan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Selain kegigihan dan kecekapan, kejujuran juga menjadi faktor di
dalam menentukan kejayaan DPN. Kaum bumiputera tidak
seharusnya mengulangi beberapa kesalahan yang telah dibuat di
dalam tempoh DEB.
Mengikut Dr. Mahathir DEB tidak dapat mencapai sepenuhnya
matlamat yang ditentukan bukan kerana kelemahan Kerajaan. Jika
dijumlahkan semua agihan kekayaan yang dibuat oleh Kerajaan
selama 20 tahun DEB dilaksanakan, mungkin bumiputera hari ini
akan memiliki lebih daripada 30 peratus ekonomi negara. Tetapi
kerana ada yang tidak cekap atau kurang amanah, maka sebahagian
daripada apa yang diperolehi telah terlepas daripada tangan
bumiputera dan kembali kepada pihak lain. Sebab itulah juga badanbadan amanah diperlukan bagi mengawal pemilikan saham
bumiputera.
Di bawah DPN kerajaan akan terus memberi peluang dan
mengagihkan sebahagian daripada punca kekayaan negara kepada
bumiputera. Tetapi kerajaan tidak boleh menentukan bahawa
bahagian yang diperuntukkan kepada bumiputera akan kekal dan
bertambah. Bumiputera sendirilah yang harus berusaha dan
bertanggungjawab untuk memelihara dan melipatgandakan harta
56

kekayaan mereka.
Dr. Mahathir juga sering mengingatkan bahawa kaum-kaum lain tidak
sepatutnya merasa bimbang dengan segala langkah yang diambil
untuk membantu bumiputera kerana langkah-langkah ini akan
membawa kebaikan jangka panjang kepada negara dan semua
rakyat. Kejayaan ini kelak akan menjamin keadilan sosial dan
pengagihan ekonomi yang saksama seperti yang dicita-citakan oleh
wawasan 2020 dan tertera melalui cabaran kelapan ini.

CABARAN KESEMBILAN

MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT MAKMUR

Cabaran kesembilan Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat


makmur, dengan ekonomi yang sesungguhnya berdaya-saing,
dinamik, tahan lasak dan mempunyai daya ketahanan .

57

Pengertian Masyarakat Makmur:


Masyarakat makmur bererti masyarakat yang berada pada tahap
ekonomi yang sangat baik.
Di dalam kamus Dewan perkataan Makmur bererti mempunyai
hasil yang banyak. Penduduk yang makmur hidup mewah dan serba
cukup. Ini bererti di dalam masyarakat makmur rakyat menikmati
hidup yang serba serbi mencukupi dan mampu menikmati taraf hidup
yang baik.
Makmur juga merujuk kepada keadaan serba ada dan kaya raya. Di
dalam masyarakat makmur tidak akan wujud kemiskinan dan
kesengsaraan yang disebabkan oleh kemiskinan. Oleh itu perkataan
Makmur merojok kepada kemajuan dari segi kebendaan. Cabaran
kesembilan ini menumpukan perhatiannya kepada bidang ekonomi
dan pembangunan fizikal.
Pada tahun 2020 negara Malaysia diharapkan akan mempunyai
ekonomi yang pelbagai dan seimbang. Hasil negara akan
dilipatgandakan di dalam semua bidang. Sektor industri akan
berkembang pesat. Sektor pertanian pula bertambah moden dan
produktif. Pertumbuhan ekonomi negara disokong pula oleh sektor
perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Untuk menjamin kemakmuran negara, Malaysia harus mempunyai
kegiatan ekonomi yang mampu untuk bertindak dengan pantas dan
dapat menyesuaikan diri mengikut perubahan penawaran,
permintaan dan persaingan antarabangsa.

58

Untuk mencapai taraf masyarakat makmur, rakyat negara ini mestilah


mempunyai daya keusahawanan yang tinggi, mampu berfikir, mahir,
tekun, bermaklumat dan bijak bertindak. Mereka hendaklah bersedia
dan berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan di dalam
pencapaian mereka. Semua ini didokong oleh penggunaan teknologi
tinggi dan sentiasa diubahsuai untuk meningkatkan kekesanan.
Peningkatan teknologi dan pendapatan rakyat tidak pula bermakna
kos sara hidup akan turut meninggi. Kehidupan rakyat akan menjadi
lebih sejahtera dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah.
Negara makmur yang kita ingini ialah negara yang gagah di dalam
bidang industri dan perdagangan dan indah pula dari segi budaya
dan peribadi. Setiap rakyat bekerja dengan tekun untuk
meningkatkan kecemerlangan diri tetapi tidak melupakan
tanggungjawab sosial kepada bangsa dan negara.

Pandangan Islam Terhadap Masyarakat Makmur


Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk memperbaiki keadaan
ekonomi dan menyeru manusia supaya bekerja keras bagi mencari
rezeki di atas muka bumi. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa setiap
sesuatu ciptaanNya di muka bumi ini adalah untuk dimanfaatkan
demi kesejahteraan hidup manusia.
Islam tidak melarang umatnya mengumpul harta atau mencari
kekayaan. Apa yang dipentingkan ialah harta yang dicari itu ialah dari
sumber yang halal. Islam mewajibkan zakat dan menyeru umatnya
mengeluarkan sedekah jariah supaya kekayaan dapat dimanfaatkan
bersama oleh orang-orang lain. Islam menegaskan bahawa apabila
59

manusia mati kebaikan dari sedekah jariahnya akan terus


menyambung pahalanya walaupun amalan lain telah terputus
darinya. Kemuliaan orang yang mengeluarkan sedekah jelas dilihat
kerana Tangan yang memberi dianggap lebih baik dari tangan yang
menerima. Di dalam Islam harta adalah pemberian Allah kepada
manusia sebagai amanah untuk manusia mengurus, mengerjakan
dan melaksanakan pada jalan yang diredai. Kemiskinan juga
dikatakan sebagai hampir kepada kekufuran.
Dalam masyarakat Islam hari ini ternyata bahawa kemunduran
ekonomi adalah faktor utama yang menyebabkan umat Islam tidak
berjaya untuk maju dalam dunia antarabangsa.

Apakah langkah-langkah dan usaha kita untuk mencapai matlamat


Pengwujudan Masyarakat Makmur?
Sejak merdeka kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai projek
pembangunan yang bertujuan membantu rakyat memperbaiki taraf
hidup mereka. Kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan
ekonomi kerana tanpa ekonomi yang baik tidak mungkin akan
tercapai kemajuan di bidang-bidang lain seperti pendidikan,
kesihatan, budaya dan sebagainya. Dari sejak Rancangan Malaysia
Pertama hinggalah ke pada masa sekarang, tumpuan diberikan
kepada rancangan membasmi kemiskinan.
Sejak peristiwa 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan
dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat bagi mencapai perpaduan negara. Sejak 1990,
DEB telah digantikan dengan Dasar Pembangunan. (DPN) yang
mempunyai matlamat yang sama dengan beberapa pendekatan yang
baru.

60

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


DPN dapat membantu mencapai cita-cita mengwujudkan masyarakat
makmur. Di bawah DPN langkah-langkah telah diambil untuk
mencapai integrasi nasional melalui pengagihan ekonomi yang
saksama. Selain dari itu tumpuan yang sama penting ialah bagi
memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama
ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan yang lebih sama rata dan
saling melengkapi di antara satu dengan lain. Melalui DPN juga
usaha-usaha dijalankan bagi membangunkan sebuah masyarakat
yang progresif di mana rakyat menikmati kesejahteraan dan memiliki
sikap dan nilai kerohanian yang positif serta memiliki rasa bangga
dan cintakan negara.
Di bawah DPN, tumpuan diberikan bagi memajukan sumber manusia
dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif khasnya
melalui program latihan untuk meningkatkan kemahiran dan sikap
bagi mencapai kecemerlangan.
Di samping itu DPN juga menjadikan sains dan teknologi sebagai
satu asas penting dalam perancangan dan pembangunan sosio
ekonomi dalam usaha membangunkan sebuah negara perindustrian
moden.
Turut diberikan perhatian di dalam DPN ialah pemeliharaan alam
sekitar dan ekologi supaya jangka panjang, pembangunan dan
sumber negara dapat dikekalkan secara berterusan di samping
meningkatkan kualiti hidup rakyat.
DPN juga menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
61

masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera bagi


meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan bumiputera
dalam kegiatan ekonomi.

Dasar Perindustrian Negara


Sejak tahun 70-an kerajaan menitikberatkan pertumbuhan industri
bagi menampung keperluan pekerjaan. Mulai tahun 80-an, program
perindustrian negara mengalami perubahan dengan galakkan industri
berat yang bertujuan memperkukuhkan asas perindustrian negara
dan menambah kemahiran rakyat yang dapat mempercepatkan
proses pembinaan sebuah negara perindustrian.
Kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Perindustrian yang
mengandungi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh
membawa Malaysia ke dalam era sebuah negara perindustrian dan
seterusnya menjadi teras kepada sebuah negara maju. Pertumbuhan
ekonomi Malaysia akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam
sektor eksport.

Dasar Pertanian Negara


Dasar ini digubal untuk memaksimakan pendapatan sektor pertanian.
62

Melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan


berkesan. Usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan daya
pengeluaran dan pendapatan pengusaha dan pekebun kecil. Dasar
ini juga bertujuan memaju dan meningkatkan hasil dan mutu
komoditi-komoditi terpilih untuk bahan makanan dan perindustrian.

Persyarikatan Malaysia
Melalui Persyarikatan Malaysia kedua-dua sektor awam dan swasta
bekerjasama dan saling bantu-membantu untuk meningkatkan hasil
negara.
Selain dari dasar-dasar kerajaan yang tersebut di atas usaha-usaha
ke arah negara makmur juga dijalankan melalui bidang-bidang lain
seperti pendidikan dan berbagai program pembaharuan dan
peningkatan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan awam.
Tumpuan kepada daya pengeluaran dibuat kerana ia merupakan
kunci kepada semua masalah ekonomi. Bukan sahaja pengeluaran
boleh menambahkan pendapat dan kebahagiaan hidup tetapi ia juga
penting bagi mengatasi masalah inflasi dan lain-lain malapetaka
ekonomi.
Bagi Dr. Mahathir adalah penting bagi Malaysia mencapai kemajuan
material kerana kemajuan material akan membebaskan kita daripada
pergantungan sepanjang masa kepada negara-negara maju.
Pergantungan akan menggugat kemerdekaan. Apabila kita telah
mencapai taraf kemakmuran atau serba cukup kita tidak lagi dapat
digugat dan dipaksa tunduk kepada kuasa asing.

63

Pembangunan ekonomi adalah keperluan asas bagi pencapaian


Wawasan 2020. Dr.Mahathir berkata, Untuk mencapai Wawasan
2020 kita perlu pertumbuhan ekonomi diparas tujuh peratus setahun
atau sekali ganda setiap sepuluh-tahun. Ini bermakna pada tahun
2020 ekonomi kita akan menjadi lapan kali lebih besar daripada
sekarang.
Setakat manakah kita mempunyai peluang untuk mencapai cita-cita
ini? Mengikut Dr. Mahathir, peluang kita adalah cerah. Beliau
mempunyai pandangan yang positif. Di dalam perutusan khas
menyambut tahun baru 1992, Dr. Mahathir berkata, Dalam masa 34
tahun kita telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita yang
dianggap sebagai ukuran pembangunan, sebanyak hampir sembilan
kali ganda. Untuk Wawasan 2020 kita perlu tingkatkan pendapatan
per kapita sebanyak lapan kali ganda dalam 30 tahun. Dengan rekod
ini matlamat bukan mustahil.
Ketika berucap di Perhimpunan UMNO di PWTC pada 8hb.
November 1991, Dr. Mahathir sekali lagi memberikan harapan
bahawa Wawasan 2020 ini akan tercapai. Ia tidak mustahil kerana
purata pertumbuhan dalam dekad 70 dan 80 an ialah hampir tujuh
peratus. Lagipun segala infrastruktur sudah atau sedang disediakan.
Sistem politik dan pentadbiran yang kukuh dan cekap sudah
terbentuk. Sistem kewangan urusan bank, pasaran saham dan modal
sudah wujud dan mampu menampung segala keperluan. Demikian
juga dengan peningkatan kebolehan dalam bidang industri dan
dagangan. Pendekatan baru dalam semua bidang boleh diterima dan
diamalkan dengan cepat.
Oleh yang demikian setiap rakyat Malaysia patutlah menggandakan
usaha dengan penuh keyakinan.

64

BIBLIOGRAFI
1. Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia Melangkah Ke Hadapan (kertas
kerja) 28.2.1991
2. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan di Majlis Makan Malam Kelab
Harvard, Kuala Lumpur, 31 Januari 1992.
3. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan sempena Tahun Baru 82 melalui
RTM.
4. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan sempena Tahun Baru 92 melalui
RTM.
5. Dr.Mahathir Mohamad, Ucapan di Pusat Dagangan Dunia Putera,
8 November 1991.
6. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan perasmian Kongres Ekonomi
Cina, Kuala Lumpur, 18 Ogos 1992.
7. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan di Perhimpunan UMNO di Pusat
Dagangan Dunia Putera, 8 November 1991.
8. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Dasar- Dasar
65

Negara, 1993.
9. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Rakyat adalah
Pemimpin, Pemimpin adalah Rakyat (Ucapan Dr. Mahathir Mohamad
di Lubuk Jong, Pasir Mas, Kelantan) 6 Mac 1988.
10. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Mahathir, Pimpinan
Cemerlang, 1986.
11. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Rancangan
Malaysia Keenam, 1991.
12. Aziz Deraman Wawasan Kebudayaan 2020 Membina
Masyarakat Unggul dlm. Jurij Haji Jalaludin, Wawasan 2020 Aspek
Politik dan Sosial.

66

Kejayaan Wawasan 2020 terletak kepada sejauh mana rakyat


memahami hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya, seperti
kata Perdana Menteri.

Kita tidak boleh bertindak dengan berkesan tanpa memahami apa


yang kita buat dan apa hasil daripadanya. Setiap rakyat perlu
memahami pembabitan mereka dalam proses pembangunan negara
( Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Wawancara RTM Bersama
Perdana Menteri Julai 1993).

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita


akhirnya mengatasi sembilan cabaran strategi yang kita hadapi sejak
kelahiran kita sebagai negara merdeka ( Dr. Mahathir Mohamad,
kertas kerja, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, 28. Feb. 1991)

67

Transcript of CABARAN DALAM


MEMBANGUNKAN MALAYSIA
CABARAN DALAM MEMBANGUNKAN MALAYSIA
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat
majmuk yang hidup dalam suasana aman damai
dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam
serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi
yang mantap.
Ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan
kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara
maju tanpa menghiraukan ideologi yang diamalkan
oleh negara tersebut.
Namun yang sedemikian terdapat perlbagai cabaran
yang harus dihadapi dalam membangunkan
Malaysia.
Terdapat 5 cabaran di dalam membangunkan
Malaysia
1) Penafian agama islam sebagai agama rasmi.
A) Negara yang begitu unik dengan memiliki
pelbagai bangsa dan agama.
i) Kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara
digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan.
B) Tuduhan tentang agama Islam tidak pernah
dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di
dalam Perlembagaan Persekutuan.
i) Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam
adalah agama negara dan ia boleh difahami sebagai
agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi
yang dianuti oleh rakyat negara ini.

68

ii)Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang


pengamalan agama-agama lain .
2) Pelaksanan sistem pendidikan Negara.
A) Tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang
kukuh.
i) Masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem
persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah
jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan
Tamil.
3) Keselamatan Negara.
A) Menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis
kaum dan penyimpang agama.
i) Mereka sanggup melakukan sesuatu di luar batas
kemanusiaan demi mencapai matlamat masingmasing.
B) Kehadiran dan lambakan pendatanga asing sama
ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau
haram.
i) Mereka suka menimbulkan masalah dan
menghuru-harakan keselamatan negara.
C) Kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting
kerajaan
i) Pemalsuan pasport antarabangsa Malaysia, kad
pengenalan dan sijil lahir dan membolehkan
penjenayah penjenayah mempunyai identiti palsu.
D) Ancaman dari dalam negara kita yang hadir dari
luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan
menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata
69

kuasa-kuasa besar.
i) Mereka ingin mengambil kesempatan untuk
mengeksploitasi perkembangan pembangunan
ekonomi dan sosio politik Malaysia melalui badanbadan bukan kerajaan yang aktif.
ii) Ancaman melalui internet yang disalahguna untuk
mengedarkan pelbagai bahan anti kerajaan,
menjatuhkan kerajaan dan promosi aktiviti yang
boleh menggoyahkan kestabilan keselamatan Negara

E) Tuntutan hak kemanusiaan.


i) Menyebabkan rusuhan kaum, pembunuhan dan
kemusnahan harta untuk menegakkan hak masing
masing. Mengadakan demontrasi di jalanan dan akan
menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

4) EKONOMI
A) Pendapatan kerajaan semakin berkurangan dan
krisis ekonomi.
i) Krisis hutang Eropah, krisis tenaga dan makanan
dunia dan hutang Negara yang mencecah billion
ringgit.
ii) Bencana alam yang sukar diramal boleh berlaku
pada bila-bila masa meningkatkan lagi kesan krisis
tenaga dan makanan dunia.
70

B) Peningkatan kuantiti tenaga yang boleh


diperbaharui bakal mengurangkan tekanan harga
tenaga elektrik yang akan ditanggung.
i) Peningkatan harga minyak dan gas memberi kesan
kepada harga barang dan tenaga elektrik.
ii) Peningkatan harga beras iaitu makanan rugi rakyat
Malaysia.
C) Dasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang
pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan
kepada pelabur asing di Malaysia.
i) Menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan.
ii) Rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan dan
kadar pengangguran semakin meningkat.
iii) Pengaliran keluar mata wang negara pada kadar
yang banyak pada setiap bulan merugikan negara
dari segi tukaran wang asing dan akan
menguntungkan negara asal pekerja asing ini.
5) Pembentukan generasi baru atau Gen-Y.
A) Generasi muda kita semakin hari semakin jauh
dari agama.
i) Sukar untuk kita mengenali identiti seseorang.
ii) Pergaulan bebas.
iii) Gejala sosial.
B) Penyalahgunaan Internet.
i) Remaja mudah untuk mendapatkan bahan bahan
yang tidak sepatutnya dilihat dan didedahkan
kepada mereka.

71

72

Anda mungkin juga menyukai