Anda di halaman 1dari 29

1.

Pengenalan

Setiap negara mempunyai matlamat dan cita-citanya sendiri. Begitu juga dengan negara kita, Malaysia. Sebagai negara yang majmuk yakni terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya, pemimpin negara kita haruslah tahu merancang dan mengatur strategi-strategi demi untuk memakmurkan dan memajukan negara bukan sahaja dari aspek ekonomi, malah merangkumi politik, budaya, psikologi dan kerohanian. Peranan ini haruslah disokong dan diberi kerjasama oleh anggota masyarakat itu sendiri demi untuk mencapai matlamat negara.

Di majlis pelancaran penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1994, mantan Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed telah membentangkan kertas kerjanya yang berjudul Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Di dalam kertas kerja tersebut, beliau telah mengemukakan beberapa pandangan beliau tentang arah pembangunan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan ini bukan sekadar mengikut contoh negara-negara yang dianggap maju tetapi kemajuan menurut acuan negara kita sendiri.

Menurut mantan Perdana Menteri, matlamat menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju dalam industri tidak akan tercapai sehingga rakyat ataupun masyarakat majmuk ini tidak dapat mengatasi sembilan cabaran asas yang strategik. Cabaran-cabaran ini sebenarnya telah kita

hadapi sejak kelahiran negara ini sebagai negara merdeka. Cabaran-cabaran ini juga telah diterima ramai sebagai satu wawasan yang menjadi panduan dalam usaha membangunkan negara. Wawasan ini memberi arah untuk negara ini menjadi sebuah negara yang benar-benar maju. Mantan Perdana Menteri juga merasakan bahawa kesembilan-sembilan cabaran ini dapat dipenuhi dalam masa tiga puluh tahun iaitu menjelang tahun 2020 dan ia dipanggil sebagai Wawasan 2020.

Wawasan

2020

seperti

yang

telah

dijelaskan

awal-awal

tadi

merupakan satu wawasan (vision) strategik jangka panjang yang merupakan panduan ke arah dasar yang luas yang meliputi perbagai aspek berkaitan dengan pembangunan negara. Ini meliputi keseluruhan aspek dalaman dan luaran. Dengan lain perkataan, ia memberi arah tujuan dan sasaran untuk negara ini dalam mencapai satu tahap negara maju sepenuhnya (fully developed nation) dengan nilai-nilai positif yang tersendiri. Ia juga menetapkan satu jangka masa 30 tahun sebagai panduan untuk mencapai matlamat di atas.

Wawasan 2020 juga adalah satu pandangan berfokus dan penetapan rangka kerja dalam mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya berteraskan industri menjelang tahun 2020 mengikut acuan Malaysia sendiri. Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi semua bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, saikologikal dan kebudayaan.

Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. Wawasan yang difikirkan perlu berasaskan faktor-faktor berikut : i ii iii iv Fokus Kebangsaan Konsensus Nasional Perjanjian Sosio Politik Agenda Pembangunan Nasional

Sembilan cabaran utama yang disenaraikan dalam wawasan tersebut iaitu: 1. Negara bangsa yang bersatu padu 2. Masyarakat yang berjiwa bebas 3. Masyarakat yang demokratik 4. Masyarakat yang bermoral dan beretika 5. Masyarakat yang liberal 6. Masyarakat yang saintifik dan progesif 7. Masyarakat yang penyayang 8. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi 9. Masyarakat yang makmur

2.0

Sembilan Cabaran Wawasan 2020

2.1

Cabaran Pertama: Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu

Cabaran ini dianggap oleh mantan Perdana Menteri sebagai cabaran asas dan paling utama. Ini adalah kerana tanpa perpaduan segala cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju tidak akan tercapai. Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat . Walaupun Rukun Negara tidak disebut secara jelas bagi menangani cabaran ini dan cabaran-cabaran yang lain, tetapi semangat dan falsafahnya masih didukung teguh dalam mencapai Wawasan 2020, terutama dalam proses pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu.

Cabaran ini membawa maksud bahawa untuk mewujudkan sesebuah negara yang maju dan aman kita seharusnya menyatupadukan rakyatnya terlebih dahulu supaya tidak akan wujud perbezaan rasa perkauman. Perpaduan antara kaum amatlah penting kerana melalui perpaduan dan hidup bersatu padu barulah kita dapat melahirkan sebuah negara yang aman dan damai tanpa kekecohan. Ini dapat dilihat daripada lapisan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak. Orang Melayu pula terbahagi kepada orang Jawa, Banjar, Boyan dan Minangkabau manakala bumiputera Sarawak terdiri daripada Orang Ulu, Bidayuh, Iban, Melayu, Kayan, Kelabit, Murut, Penan, Punan, Melanau, Kedayan dan Bisayah. Bumiputera Sabah pula terdiri daripada Kadazan,

Bajau Darat, Bajau Laut, Dusun, Murut, Loh Luyuh, Bisaya, Kadayan, Orang Sungai, Suang Latut dan Melayu Brunei. Jika semunya bersatu padu dan bekerjasama, pasti semua ini akan terealisasi bak aur dengan tebing.

Perpaduan yang dimaksudkan di sini bukan sekadar mewujudkan integrasi di kalangan kelompok etnik dan wilayah, tetapi lebih dari itu. Negara bangsa yang bersatu padu itu mestilah dicirikan oleh kesejahteraan rakyatnya menikmati bersama suasana kehidupan yang sejahtera dan persamaan hak serta keadilan. Hanya apabila kesejahteraan hidup ini dicapai barulah proses pembentukan satu Bangsa Malaysia yang taat setia dan sanggup mengabadikan diri terhadap negara bangsa tersebut boleh dipupuk. Ia mempunyai perkaitan rapat dengan pernyataan yang dibuat di dalam laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) yang menyatakan bahawa : ..untuk mencapai perpaduan negara dan satu identiti Malaysia, rakyat Malaysia harus menyedari dan berazam menerima negara Malaysia sebagai negara kita, Bahasa Malaysia tanpa menjejaskan identiti mana-mana kaum.

Untuk menguat dan mengubah kepada perasaan bangga sebagai bangsa Malaysia, kerajaan hendaklah mempraktikkan keazaman ini dengan mengiktiraf satu bangsa dan satu negara (Seru, 1992). Jadi, cabaran ini bolehlah dianggap sebagai pengukuhan seruan yang dibuat oleh MAPEN di dalam laporannya dan sekaligus menekankan bahawa pembentukan Bangsa Malaysia dan sebuah negara bangsa yang bersatu padu hanya boleh dicapai

semua rakyatnya hidup sejahtera dan berfungsi persamaan hak dan keadilan. Ini bertepatan dengan kata-kata Allah dalam Al-Quran iaitu :

Bermaksud : Berpegang teguhlah pada tali Allah dan jangan berpecahbelah antara kamu semua.

Konsep satu negara juga mempunyai makna yang mendalam kerana ia bermaksud negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Dalam konteks masyarakat

Malaysia, ini bermaksud semua kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lainlain tidak mengira agama akan bersatu padu untuk menjayakan semua aktiviti di bawah satu payung. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi prasyarat kepada kemajuan kerana hanya rakyat yang mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, akan menjamin sebuah negara yang maju dan makmur.

Beberapa strategi telah dilaksanakan bagi menerajui cabaran ini, contohnya kongsi raya dan sambutan hari kemerdekaan. Malahan pelbagai program-program telah dilaksanakan di bangku sekolah lagi. Contohnya Program Khidmat Negara dilaksanakan terhadap remaja yang berusia 18 tahun untuk memupuk semangat patriotik dan semangat perpaduan. Berkesinambungan daripada itu, sekolah wawasan juga telah diperkenalkan untuk tujuan tersebut.

2.2

Cabaran Kedua: Melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin diri dan sendiri, bangga dengan keadaannya kini dan segala yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala jenis rintangan

Masyarakat yang bebas dan teguh, anggota-anggotanya penuh yakin dengan kebolehan masing-masing adalah prasyarat penting dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang benar-benar maju. Ini akan mewujudkan warga yang cukup tangkas untuk menghadapi segala halangan. Dalam konteks ini juga, kerajaan telah memperkasakan sistem pertahanan negara melalui Kementerian Pertahanan Negara dengan menaik taraf dan memperbaiki status dan warga askar. Dengan kebajikan yang sentiasa dipelihara bermula daripada anak-anak sehinggalah keluarga besar askar akan meningkatkan komitmen semua pihak untuk menjana dan berani mempertahankan negara dengan semangat patriotik yang tinggi di samping semangat cintakan negara yang tinggi dan utuh.

Warga yang tidak terkongkong jiwanya, akan menyedari segala kebolehan dirinya dan yakin serta berani mengejar kecemerlangan. Anggota masyarakat yang sedemikian akan dihormati oleh bangsa-bangsa lain. Sebagai contoh, apabila orang dari dunia kaca yang lain memandang negara kita yang tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang merosakkan seperti seks rambang, pembuangan anak, penagihan dan pengedaran dadah, merosakkan harta benda awam dan sebagainya, mereka akan tercari-cari

apakah resepi yang telah diguna pakai oleh kerajaan kita bagi merealisasikan masyarakat yang mempunyai jiwa yang teguh, berprinsip dan mempunyai matlamat yang utuh tidak seperti lalang yang ditiup angin.

Untuk memenuhi cabaran kedua ini, anggota masyarakat mestilah dididik dan dilatih dengan baik. Melalui latihan dan didikan, keyakinan diri dapat diperteguhkan dan ini dapat membantu mewujudkan negara yang dinamik serta mampu menghadapi segala cabaran dan halangan. Anggota masyarakat sebagai sumber manusia dan mesti dibangunkan. Mereka mesti diberikan semua bentuk pendidikan dan latihan bukan sahaja dari segi pengetahuan malah dari segi kemahiran. Minda mereka juga haruslah sentiasa diperkembangkan dengan ilmu pengetahuan, pengalaman yang berpanjangan, pengamalan budaya ilmu yang berterusan, pembacaan yang diulami dengan penyelidikan yang mendalam dan sebagainya.

Justeru pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara juga adalah satu contoh program yang amat berkesan untuk melahirkan generasi muda supaya lebih cekal, teguh, serta menanam semangat yakin diri sebagai

senjata yang mantap dan berkesan bagi menghadapi segala rintangan. Idea untuk mengadakan Kerahan Tenaga juga adalah untuk menyediakan golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara, menangani perubahan-perubahan seperti teknologi baru, globalisasi, desakan badan bukan kerajaan antarabangsa yang tidak demokratik dan menanam semangat kesukarelaan kepada golongan muda.

Usaha yang berterusan untuk membentuk modal insan yang berjiwa tinggi dan penuh yakin diri haruslah terus dipupuk dan dijana. Masyarakat yang lemah sudah tentu akan terkubur di bumi sendiri jika sikap kental untuk menghadapi segala rintangan yang bakal dihadapi sekiranya tidak dibentuk untuk menjadi negara Malaysia yang maju pada abad akan datang.

2.3

Cabaran Ketiga: Mewujudkan sebuah masyarakat yang matang yang bersifat toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan

agamanya tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut

Hak setiap warga bangsa Malaysia untuk mengamalkan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan masing-masing telah dilindungi dan dijamin oleh undang-undang negara. Akan tetapi yang paling penting adalah rakyat dari berbilang kaum itu sendiri mesti dengan ikhlas dan penuh toleran menerima dan melindungi hak mereka yang bukan seagama dan sebudaya dengannya, mengamalkan kebudayaan serta kepercayaan masing-masing. Hal ini dapat menjamin dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam jangka masa yang lama. Dalam konteks ini pula, dalam kita menganuti pelbagai agama, agama Islam yang merupakan agama rasmi negara tidak akan menekan mana-mana agama lain dengan pengamalan dan kebebasan mereka mengamalkan

agama dan kebudayaan masing-masing. Ini dipetik daripada firman Allah dalam Al-Quran :

Maksudnya : bagi kamu agama agama kamu, bagiku agamaku. Ayat ini menjelaskan bahawa semua agama bukan sahaja yang terdapat di negara ini malah di dunia bebas mengamalkan kepercayaan dan ibadat masing-masing tanpa sebarang sekatan atau provokasi. Ini bermakna, jika seseorang individu yang beragama Buddha mahu bersembahyang dengan membakar colok mereka, individu lain tidak boleh menghalangnya dengan alasan ia mengganggu ketenteraman dan persekitaran kerana bau yang terhasil daripada colok tersebut berbau tengik dan busuk. Sebagai contoh yang lain, jika seorang individu yang berbangsa India yang merayakan perayaan Deepavali, individu lain tidak boleh mempertikaikan individu tersebut contohnya pakaian orang India yang terlalu terang-benderang, membazirkan kelapa apabila ingin menebus dosa dengan membaling kepala di jalan raya utama.

Ini

bukan

satu

perkara

yang

mudah

untuk

menyatupadukan

masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum, keturunan, pelbagai budaya dan agama. Setiap lapisan masyarakat harus dipupuk untuk lebih bersikap terbuka dan bersifat toleransi, menghormati antara satu sama lain supaya rakyat sentiasa bersatu padu dan tidak mementingkan sesuatu kaum dan menindas kaum yang lain. Jika berlaku demikian, negara akan menjadi porak-peranda dan Wawasan 2020 hanya tinggal impian. Jangan kita

10

terlalu bercita-cita tinggi mengecapi Wawasan sedangkan unsur-unsur untuk kita menjayakan wawasan tersebut kita telah diketepikan sama sekali.

Pengajaran harus diambil daripada negara yang telah dimusnahkan sekelip mata oleh penjajah yang kononnya menegakkan keamanan serantau tetapi mereka mempunyai agenda lain. Mereka melaga-lagakan rakyat supaya lemah dan senang ditakluki. Akhirnya rakyat merana akibat tidak bersatu padu dalam menentang penjajah dari luar. Jika masyarakat ingin menikmati hasil Wawasan 2020, kita haruslah sentiasa kekal bersatu padu dan bertolerensi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, kita amat mengharapkan dengan adanya Wawasan 2020 negara ini akan bebas

daripada penjajahan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi yang lebih utama adalah penjajahan minda. Sebagai contoh penjajahan minda adalah kelemahan minda kita untuk menerima arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang menuntut kita supaya bermujahadah dan refleksi diri yang tinggi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah minda rakyat kita sentiasa ditapis dengan kemasukan unsur-unsur yang merosakkan seperti budaya punk, budaya kuning, gotic, materialistik, tidak mampu untuk berfikir panjang, malas berfikir, memikirkan masalah dengan emosional dan sebagainya. Ini diharapkan dapat dijauhkan supaya minda rakyat kita sentiasa bersih dan berkilat dari sebarang kekotoran.

11

2.4

Cabaran Keempat: Mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, warganegaranya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang murni dan disertai dengan budi yang luhur

Cabaran keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. Cabaran ini untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan

beretika. Warganegaranya yang teguh dalam nilai agama dan kerohaniannya perlu didokong oleh nilai etika yang paling tinggi.

Masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai moral yang kukuh dan nilai keagamaan yang utuh pastilah akan dipandang mulia. Justeru masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral yang tinggi, etika, keagamaan dan kerohanian yang utuh adalah tunjang kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Perkara ini dapat membantu ke arah pembentukan masyarakat yang lebih demokratik dan matang, bebas serta teguh. Masyarakat yang matang dan demokratik ini kemudiannya mampu melahirkan rakyat yang berkeyakinan diri yang tinggi. Apabila rakyat negara ini mempunyai rakyat yang berkeyakinan tinggi, mereka akan sanggup mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara mereka dengan sepenuh hati daripada sebarang penjajahan. Keyakinan yang tinggi ini seharusnya diterapkan dengan baik supaya anak bangsa kita lebih

12

tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba, mehnah dan tribulasi.

Oleh

yang

demikian,

nilai-nilai

tersebut

perlu

dipupuk

dan

diperkembangkan di setiap lapisan rakyat. Penerapan nilainilai tersebut bukanlah satu usaha yang mudah, kerana pembentukan sebuah masyarakat yang betulbetul matang memerlukan tindakan yang berterusan tanpa mengira latar belakang budaya atau agama. Jika kita lupakan prinsip ini, sudah tentu Wawasan negara akan gagal dan goyah kerana persekitaran negara kita sendiri terdiri daripada rakyat yang mempunyai variasi agama, kepercayaan, anutan, kebudayaan dan konsep keTuhanan yang berbeza. Dan jika melihat kepada konsep agama itu sendiri, semua agama menyeru ke arah kebaikan dan menjauhkan diri daripada kejahatan dan keburukan seperti membunuh, mencuri, berzina, meninggalkan ibadah wajib sepeti berpuasa dan menunaikan zakat bagi orang Islam dan banyak lagi.

Pembangunan yang seimbang pula perlu mengambil kira beberapa aspek-aspek tertentu seperti dari segi moral dan etika setiap anggota masyarakatnya. Masyarakat yang terlibat dalam dunia perniagaan mestilah memiliki nilai, moral dan etika yang sesuai. Tanpa memiliki nilai, moral dan etika yang tinggi, mereka tidak boleh menjamin pertumbuhan ekonomi negara secara berkesan. Ahli-ahli perniagaan yang mempunyai nilai, moral dan etika yang baik, tidak akan terlibat dalam gejala rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya yang akan membawa kepada kemusnahan. Bermula dengan pendidikan metematiklah manusia itu dididik di sekolah dengan baik.

13

Contohnya, satu tambah satu bersamaan dengan dua. Jika guru mengajar songsang dan tidak baik, sudah pasti pelajar akan melebih dan

mengurangkan sesuatu perkiraan. Ini dianggap sesuatu yang tidak baik kerana tidak adil dalam timbangan, menipu dalam perkiraan dan tidak beramanah dan jujur dalam perhitungan. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara .

2.5

Cabaran Kelima: Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara

Cabaran kelima pula adalah untuk mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

14

Sepertimana yang kita maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Setiap kaum dan kumpulan etnik mempunyai adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing yang berbeza. Rakyat kita di Malaysia ini bebas untuk mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing. Justeru, sifat rakyat yang saling hormatmenghormati antara satu sama lain dan saling bertolak ansur di kalangan masyarakat kita akan menjadi batu loncatan yang merupakan asas kepada negara yang maju dan makmur sesuai dengan acuan sendiri.

Pada masa kini semua lapisan masyarakat kita di Malaysia tidak mengira kaum dan agama dapat merayakan perayaan masing-masing. Ini menunjukkan bahawa walaupun masyarakat kita terdiri masyarakat yang

majmuk tetapi kita masih dapat hidup bertoleransi dan bersatu padu dalam satu negara. Ini merupakan satu petunjuk kepada suatu langkah yang baik ke arah merealisasikan Wawasan 2020 yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju tanpa sebarang pertelingkahan, pergaduhan, bermasam muka, bercakaran sesama sendiri, egoistik, mementingkan darjat dan keturunan melebihi permuafakatan kerana semua ini akan menjadi barah dan api kepada sistem sosial yang rosak dan susah untuk dididik ke arah kebaikan.

Kebebasan yang dinikmati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia hari ini akan menjadi contoh kepada negara-negara lain untuk mencontohinya. Semua rakyat mempunyai hak yang sama dan tidak ada satu kaum pun yang tertindas. Keamanan dan kemakmuran yang dinikmati kita sekarang ialah

15

hasil rakyat yang mempunyai toleransi yang tingi. Setiap rakyat boleh bertolak ansur dan bersifat liberal. Dengan ini negara Malaysia akan terus maju pada masa akan datang seperti mana yang telah dirancang mengikut kata dan telunjuk para pemimpin negara kita yang mahukan kecemerlangan dan kegemilangan negara terus berterusan dan boleh dikecapi oleh generasi seterusnya. Ini sekaligus ibarat serampang dua mata iaitu kecemerlangan yang dimiliki disulami dengan sifat yang mulia seperti bebas mengemukakan idea dan berdiri di atas kaki sendiri tanpa sebarang keraguan.

Negara yang maju diistilahkan sebagai sebuah negara yang dapat mengagihkan hasil kekayaan negerinya dengan adil dan saksama pada semua rakyatnya. Rakyat akan mendapat hak yang sama dan wujud perkongsian sepenuhnya sumber-sumber negara dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih berlaku pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan masalah kaum seperti yang berlaku seperti orang Melayu mengamalkan ekonomi sara diri berasaskan pertanian, orang Cina terlibat dengan perlombongan dan perniagaan manakala orang India bekerja sebagai buruh di ladang dan tapak pembinaan. Kesannya, masyarakat akan mementingkan diri sendiri, ketinggalan jauh ke belakang, lambat untuk menerima pembaharuan dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan.

Jika diteliti daripada sejarah lampau negara sebelum kedatangan British, sosio ekonomi penduduk bumiputera telah dibuktikan. Orang Melayu tertumpu di kawasan pantai, muara dan lembah sungai kerana menjalankan

16

aktiviti pertanian dan perikanan. Selain itu, masyarakat desa telah mengamalkan ekonomi sara diri berasaskan pertanian di samping cara hidup yang dipengaruhi oleh sistem feudal iaitu sistem pemerintahan beraja dan bersultan. Selain itu, Orang Asli pula bekerja sebagai pemburu dan memungut hasil hutan serta tinggal di kawasan pedalaman dan terpencil. Dengan mengamalkan pertanian pindah, bercucuk tanam dan menangkap ikan telah menjadi budaya yang sedikit sebanyak kekal hingga ke hari ini walaupun tampak lebih moden dan bermutu sedikit. Bagi bumiputera Sarawak pula, mereka tinggal di pesisiran pantai, di kawasan subur antara lembah sungai dan bukit dengan aktiviti utama seperti menangkap ikan, menanam padi, pertanian pindah, memburu dan mencari hasil hutan. Lain pula dengan bumiputera Sabah pula seperti suku kaum Dusun dan Kadazan merupakan golongan petani yang mendiami di kawasan dataran dan di lembah sungai manakala suku kaum Murut tinggal di pedalaman dan mengusahakan pertanian pindah.

Oleh itu, pengagihan kekayaan secara adil dan saksama di kalangan rakyat membawa kepada wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi yang mampan. Rakyat juga perlu diberi dan bersedia menerima latihan yang secukupnya. Latihan yang bersepadu dapat melahirkan satu pasukan tenaga kerja yang berkualiti justeru membolehkan mereka memperolehi pekerjaan dengan pendapatan yang berpatutan dan seterusnya menjamin taraf hidup yang lebih baik.

17

2.6

Cabaran Keenam: Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan

Pembangunan masyarakat saintifik dan maju merupakan cabaran yang keenam Wawasan 2020. Dalam arus perkembangan dunia yang semakin canggih, sains dan teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam membawa kemajuan ekonomi dan material ke dalam sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian, segala usaha untuk menjadikan negara maju perlu mengambil kira pembangunan sains dan teknologi. Dan kita melihat perkembangan ini suatu yang sangat positif bermula apabila Perdana Menteri Malaysia amat menggalakkan perkembangan bioteknologi dalam negara sebagai perantara ke arah pembentukan budaya sains dan teknologi yang terkehadapan berbanding negara lain. Selain itu, kewujudan bandar Multimedia Super Corridor ( MSC ) merancakkan lagi perkembangan yang positif ini. Semetelahan itu, banyak universiti ditubuhkan bagi menjayakan visi negara. Antara institusi yang dimaksudkan adalah seperti Universiti Multimedia ( MMU ) di Melaka, Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia ( KUSTEM ), Kolej Universiti Kejuteraan Malaysia ( KUKTEM ) di Perlis dan Kolej Universiti Islam Malaysia ( KUIM ) di Bangi, Selangor dan diharapkan agar perkembangan positif ini akan membawa kita ke arah dunia tanpa sempadan yang lebih luas.

18

Dalam konteks ini, Malaysia perlu membentuk sebuah masyarakat sains yang progresif dalam usaha untuk menjadi sebuah negara industri yang maju. Anggota-anggota masyarakatnya perlu memanfaatkan teknologi terkini dan rakyat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh juga perlu diwujudkan jika kita hendak menjadi negara industri yang disegani di kaca mata dunia. Oleh yang demikian, institusi-institusi yang terlibat seperti Pusat Sains Negara, Planetarium Negara di Bukit Kiara Kuala Lumpur, Jabatan Atom Dan Nuklear di Bangi, Pusat Racun Negara, Jabatan Neurologi, Jabatan Kajicuaca dan sebagainya perlu memainkan peranan yang lebih penting dan mantap menerusi medium dan agenda masing-masing ke arah mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dan celik sains sesuai dengan peredaran zaman terkini.

Selain itu, kita tidak boleh terikat dengan amalan tradisional yang hanya bergantung sepenuhnya kepada tenaga pekerja dan pengeluaran bahan-bahan mentah. Pertukaran atau pemindahan kepada pertumbuhan yang berorentasikan produktiviti dan feadah kompetitif memerlukan usaha yang berterusan terutamanya bagi mempercepatkan kemajuan teknologi dan inovasi. Malah untuk mencapai mutu atau kualiti yang cemerlang, penyelidikan dan pembangunan yang berasakan sains dan teknologi perlu dilaksanakan dengan segera dan lebih meluas ke arah merealisasikan tujuan di atas.

Ini

bermakna

untuk

mencapai

pembangunan

berasaskan

pertumbuhan, ekonomi memerlukan kewujudan industri yang berdaya saing

19

dan ini hanya dapat dicapai melalui perkembangan teknologi dan inovasi. Oleh yang demikian, pembangunan sains dan teknologi yang pesat perlu diwujudkan. Ini adalah kerana ia menjadi penggerak utama dalam pertumbuhan ekonomi yang menjadi prasyarat kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Strategi-strategi yang berkesan juga perlu difikir dan digubal bukan sahaja untuk mempercepatkan penerapan teknologi ke dalam berbagai-bagai sektor ekonomi negara tetapi juga bagi penciptaan teknologi baru. Apabila Malaysia berjaya menjadi negara pengguna teknologi dan pencipta teknologi baru, akan terbentuk satu masyarakat yang saintifik dan progresif seperti yang dicitakan oleh mantan Perdana Menteri. Mantan meminta supaya supaya membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif (Adnan Baharom, 1997 ) .

2.7

Cabaran Ketujuh: Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh

Wawasan 2020 turut meneliti cabaran dalam membentuk sebuah masyarakat penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri. Selain itu, dalam sistem ini kebajikan rakyat tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi berasaskan sistem keluarga

20

yang kukuh dan mantap.

Kesejahteraan bukan sahaja dinikmati oleh diri

sendiri tetapi juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain agar ia akan menjadi suatu budaya yang baik di kalangan masyarakat kerana budaya ini akan melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, komuniti masyarakat yang berada di sekelilingnya dan negara.

Lantaran itu, Wawasan 2020 telah memberi tumpuan kepada pembangunan keluarga. Ini adalah kerana keluarga memainkan peranan dan merupakan merupakan asas pembentukan masyarakat, manakala masyarakat

asas pembinaan negara.

Hal ini membawa maksud bahawa

kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan bergantung kepada keluarga dan masyarakat.

Oleh yang demikian, Kementerian Pelancongan telah menggalakkan pelancongan sekeluarga melalui program Cuti-cuti Malaysia. Ahli-ahli

keluarga dapat menggunakan peluang ini untuk memahami dan mengeratkan hubungan antara mereka. Disamping itu, masalah sosial akibat krisis

keluarga juga dapat dikurangkan ke tahap yang minimum seperti penceraian, penderaan kanak-kanak, sumbang mahram dan lain-lain lagi.

Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga dan masyarakat memainkan peranan yang terpenting untuk mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan bakal menjadi pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam

21

wawasan ini hendaklah dipupuk sejak awal lagi agar rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan sesebuah negara. Oleh

yang demikian, pelbagai langkah yang efektif perlu diambil untuk tujuan pengwujudan keluarga dan masyarakat penyayang.

2.8

Cabaran Kelapan: Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi

Istilah negara yang maju ialah sebuah negara yang dapat mengagihkan hasil kekayaan negeri-negeri dengan adil dan saksama kepada semua rakyat jelatanya. Sebagai titik permualaan satu era yang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, penggubalan Perangkaan Rancangan Jangka Panjang Kedua yang berasaskan Dasar Pambangunan Nasional (DPN) telah dilakukan.

Penggubalan ini mengharapkan rakyat akan mendapat hak yang sama dan wujud perkongsian sepenuh sumber-sumber negara dalam perkembangan ekonomi.

Pencapaian

sedemikian

tidak

akan

terbentuk

selagi

terdapat

penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu. Tidak dapat dinafikan bahawa pewujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Bagi mencapai impian Malaysia, fenomena ketidakadilan pembahagian kekayaan

22

harus diatasi agar tidak wujud golongan yang tercicir dalam menikmati kemodenan dan kemajuan yang dicapai.

Oleh itu, pembasmian kemiskinan mutlak tanpa mengira bangsa mahupun lokasi wilayah serta penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi asas yang tertentu merupakan pendekatan utama yang dilancarkan dalam pencapaian matlamat tersebut. Demi melepaskan diri rakyat Malaysia daripada perangkap kemiskinan, kerajaan mesti

menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang mencukupnya seperti perumahan, perubatan serta bekalan elektrik dan air, khasnya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Kita harus berusaha memastikan imbangan

kaum yang wajar dalam bidang ikhtisas dan semua jenis pekerjaan yang utama. Dalam konteks tersebut, pembangunan sumber tenaga manusia

kebangsaan adalah amat mustahak sekali.

Pernyataan cabaran wawasan ini merupakan penekanan semula ke atas isu yang sentiasa menjadi perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Semua rakyat Malaysia diseru agar tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum atau golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Ke-enam.

23

Kejayaan negara kita dari segi perubahan corak ekonomi dan kehidupannya daripada bidang pertanian kepada bidang perindustrian telah menghalakan kita ke status negara maju. Namun, proses transformasi yang telah dimulakan sejak merdeka lagi perlu diteruskan seperti mana yang ditegaskan dalam Wawasan 2020. Ini kerana matlamat kita bukan sahaja inginkan transformasi kehidupan bertani kepada perindustrian tetapi juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Oleh itu, pembentukan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai daya ketahanan turut dilaungkan sebagai matlamat rakyat kita. Apalah gunanya jika kita hanya mampu membangun dari aspek pertanian tetapi ketinggalan dalam aspek teknologi pertanian. Ini akan membantutkan semua usaha ke arah menjayakan negara kita yang inginkan kemajuan yang tinggi dalam pertanian dengan mengadaptasi teknologi tinggi dalam pembuatan dan eksport seperti menjimatkan masa, kos dan tenaga kerja.

Atas usaha mencapai matlamat Wawasan 2020, Dasar Perindustrian Negara telah digubal untuk mempergiatkan proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Di bawah dasar ini, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah digubal. PIP merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke era sebuah negara perindustrian dan lantas menjadi teras kepada sebuah negara maju. Dengan ini dipercayai pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang

24

berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking melaluinya. Ini memang kita tidak boleh nafikan.

2.9

Cabaran Kesembilan: Mewujudkan masyarakat yang makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental

Ekonomi yang berdaya saing mestilah mampu menyara diri dalam jangka panjang dan hendaklah bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan. Ekonomi tersebut mestilah bersifat pelbagai lagi seimbang, mempunyai sektor industri yang matang dengan asasnya yang luas, mempunyai sektor pertanian yang moden dan mantap. Selain mempunyai sektor perkhidmatan yang cekap, produktiviti dan tidak kurang matangnya. Ia juga mestilah ditunjangi oleh etika kerja yang unggul, kepekaan akan mutu dan keghairahan terhadap kecemerlangan dan dikawal oleh disiplin yang mantap dan tata aturan kuasa-kuasa pasaran.

Usaha membentuk masyarakat yang makmur bukanlah satu proses yang mudah terutamanya dalam era globalisasi ekonomi dunia. Malaysia sebagai sebuah negara kapitalis di dalam global village kini terpaksa bersaing dengan negara-negara lain yang juga sedang berusaha untuk menjadi negara maju. Di samping proses globalisasi ini, beberapa arah aliran juga sedang berlaku seperti blok perdagangan, kemunculan dan kematangan pasaran bebas sosialis, penswastaan, kebangkitan pacific rim dan pertumbuhan ekonomi Amerika Latin dan juga Afrika. Dengan munculnya

25

perkembangan ini, Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara lain yang sedang berlumba-lumba mencapai kemakmuran untuk rakyatnya. Untuk berjaya dalam persaingan ini dan mencapai kemakmuran untuk rakyat adalah wajar bagi Malaysia mewujudkan suatu ekonomi yang bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

Untuk mencapai sifat-sifat ini, ekonomi negara mestilah melalui transformasi struktual. Ini merangkumi perubahan seperti penurunan

sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Negara Kasar (KNK), dan kenaikan dalam sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Struktur pengeluaran mesti berubah ke arah pertambahan nilai yang lebih tinggi, kemahiran yang lebih tinggi dan aktiviti-aktiviti yang lebih intensif dari segi teknologi dan pengetahuan. Selain itu, bagi menyokong usaha ini eksport negara mesti dipertingkatkan dengan barangan buatan menjadi bahan eksport yang utama, dan pada masa yang sama industri-industri yang mempunyai daya saing terus dipupuk (Seru, 1992: 24).

Kesemua ini memerlukan pengorbanan dan iltizam bukan sahaja daripada negara tetapi juga daripada sektor swasta. Pengkorporatan Malaysia merupakan satu usaha untuk mencapai matlamat ini, iaitu untuk mewujudkan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, tangkas, kental, sebagai satu prasyarat kepada pembentukan masyarakat yang makmur.

26

3.0

Kesimpulan

Wawasan 2020 sebenarnya bukanlah hanya suatu visi dan impian seorang pemimpin, malah ia menjadi harapan bagi semua rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan selesa dalam suasana harmoni. Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi sematamata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian akan tetapi jika ia dihalusi ia sebenarnya lebih menyentuh tentang perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, sumber manusia, politik dan lainlain. Namun begitu, untuk menjadikan wawasan ini sebagai satu kenyataan bukanlah semudah yang disangkakan.

Oleh demikian, kerjasama yang erat dan menyeluruh di antara rakyat Malaysia amat diperlukan dalam pelaksanaannya. Wawasan 2020 bukanlah satu slogan yang dilaung-laungkan sahaja. Kita tidak mahu idea Wawasan 2020 menjadi 'was-was 2020'. Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia kita harus berani menerima perubahan dan bersedia berubah untuk memasuki abad yang ke-21

27

Rujukan Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum ak Jawan (1997). Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Kamarudin Jaffar & Hazami Habib (ed) 1993. Wawasan 2020, Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar

Sosioeconomic Research Unit (SERU) 1992. National Seminar Towards a Developed and Industrialised Society : Understanding the Concept, Implications and Challenges of Vision 2020 _ Proceeding. Kuala Lumpur: Prime Ministers Department.

Hamidon Pawanteh.2003. Pengajian Am. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam, Selangor.

Kamarudin Jaffar & Hazami Habib ( ed ).1993. Wawasan 2020, Kuala Lumpur : Institut Dasar Kerajaan.

Malaysia Kita, Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan. International Law Book Services, 2000.

Wawasan 2020, Institut Kajian Dasar. Kuala Lumpur, 1993.

Perspektif Wawasan 2020. http://vlib.unitarklj1.edu.my/htm/wawasan.html

Wawasan

2020

Malaysia

Sebagai

Negara

Maju

Sepenuhnya.

http://juruteknologis-makmal.um.edu.my

28

Panduan Lengkap Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)Adnan Baharom, Anas Suray, Daud Md. Saman,.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Cetakan pertama 2007.

29

Anda mungkin juga menyukai