Anda di halaman 1dari 3

AMIR ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN

901101065793

Hala Tuju Negara Malaysia


Sebagaimana negara-negara lain di dunia ini, sebagai sebuah negara yang
ingin maju ke hadapan dan berdaya saing, Malaysia juga mempunyai hala tuju
negaranya yang tersendiri. Hala tuju sesebuah negara amatlah penting dalam
merangka dan merancang pembangunan serta kemajuan sesebuah negara. Tanpa
hala tuju yang jelas, sesebuah negara mungkin akan sukar untuk bertahan dan
sekaligus menyumbang kepada hal-hal yang tidak diingingi seperti kemerosotan
ekonomi, pergolakan serta ketidakstabilan politik, dan yang paling teruk kehancuran
sesebuah negara.
Sepanjang sejarah negara Malaysia, pemimpin-pemimpin yang hadir telah
banyak menyumbang idea yang bernas dan bermanfaat untuk kesejahteraan rakyat
Malaysia. Para Perdana Menteri yang telah berkhidmat sebelum ini telah
memperkenalkan beberapa dasar pada era pemerintahan masing-masing, sebagai
contoh Datuk Seri Ismail Yaakob dengan konsep Keluarga Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dengan Kerajaan Prihatin, dan Datuk Seri Najib Tun Razak
dengan 1Malaysia. Perdana Menteri Malaysia ke 10 dan terkini Malaysia, Datuk Seri
Anwar Ibrahim juga mengambil pendekatan yang sama dengan memperkenalkan
dasar “Malaysia Madani” yang akan menjadi garis panduan buat rakyat Malaysia,
dan juga sebagai hala tuju dalam membantu beliau dan Kerajaan Perpaduan
pimpinan beliau mengemudi negara sepanjang pentadbiran beliau.
Dasar Malaysia MADANI berlandaskan 6 rukun; keMampanan,
kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan, dan keenam-enam rukun
ini akan menjadi asas panduan dalam merangka dasar mahupun perancangan untuk
lapan aspek yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, iaitu
Ekonomi dan Kewangan, Perundangan, Institusi, Pendidikan, Kemasyarakatan,
Budaya, Bandar, dan Luar Bandar. Dalam kata lain, sebarang perancangan hala tuju
buat lapan aspek sasaran tersebut akan dibuat berlandaskan 6 rukun MADANI bagi
memastikan setiap pembangunan yang dicapai selaras dengan aspirasi yang
dipromosikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Sebagai contoh, saranan
Perdana Menteri yang menekankan pengurusan kewangan yang baik dan bebas
daripada unsur-unsur korupsi, rasuah dan salah guana kuasa bertepatan dengan
rukun kesejAhteraan dari aspek kewangan dan ekonomi. Hal yang demikian amat
penting kerana pengurusan kewangan sesebuah negara yang buruk boleh
memudaratkan negara dan rakyat untuk jangka masa panjang.
Sebagai sebuah dasar yang mana salah satu daripada agendanya adalah
untuk memenuhi keperluan semasa negara dan menyentuh pencorakan masa
hadapan, konsep Malaysia Madani turut diaplikasikan ke dalam Kementerian
Pendidikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek. Hal
yang demikian bertepatan dengan salah satu daripada lapan aspek sasaran yang
AMIR ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN
901101065793

ditetapkan oleh Perdana Menteri, iaitu Pendidikan. Maka wujudlah 7 Teras


sebagaimana yang baru diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Fokus utama 7 Teras ini ialah isu keciciran pembelajaran, kemiskinan dan
malnutrisi dalam kalangan pelajar, kedaifan sekolah, kebajikan guru, komunikasi
antara kementerian dan sekolah, pembangunan aspek insaniah, dan keupayaan
pembelajaran digital di sekolah. 7 Teras ini menjadi tumpuan utama pihak
Kementerian Pendidikan kerana kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan 7 isu
terbabit akan menjejaskan perancangan masa depan negara dalam memenuhi
keperluan semasa negara dan mencorak masa hadapan negara yang mana akan
ditunjangi oleh generasi akan datang. Justeru, amatlah penting bagi kerajaan untuk
menitikberatkan isu pendidikan di negara ini dalam memastikan negara dapat
melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berdaya saing dan berkemahiran
dalam ilmu dan bidang yang bersifat tradisional mahupun baru.
Inisiatif kerajaan yang mahu menambahbaik dan menaiktaraf sekolah-sekolah
daif yang selalunya berlokasi di kawasan luar bandar juga membuktikan yang dasar
Malaysi Madani tidak meminggirkan masyarakat luar bandar yang kini menjadi salah
satu daripada aspek sasaran dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10
ini.
Salah satu daripada 7 Teras tersebut, iaitu peningkatan keupayaan
pembelajaran digital di sekolah amat berguna untuk sesebuah negara melahirkan
generasi yang celik IT dan bersifat global. Hal yang demikian bertepatan dengan
salah satu agenda Malaysia Madani untuk memenuhi potensi rakyat dan negara.
Selain daripada melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada
pembangunan negara, 7 Teras tersebut juga berupaya mewujudkan generasi baru
yang bersahsiah tinggi, berkeyakinan, berakhlak mulia dan berintegriti, dan juga
saling menghormati. Tidak dinafikan, sifat-sifat positif tersebut penting bukan sahaja
untuk aspek kerohanian seseorang pelajar pelajar, malahan juga dapat memastikan
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama terus aman dan makmur.
Namun begitu, bagi menjayakan dasar Malaysia Madani, Perlembagaan
Malaysia yang merupakan undang-undang tertinggi dan asas kepada apa jua hala
tuju negara tidak boleh diabaikan sama sekali. Rakyat mestilah menghayati 5 prinsip
Rukunegara bagi memastikan konsep Malaysia Madani ini tidak tersasar daripada
Perlembagaan negara. Falsafah Bernegara juga haruslah diamalkan oleh setiap
rakyat negara ini bagi memastikan perpaduan yang dari sejak dulu menjadi kunci
utama kesejahteraan negara terus terjaga. Pemahaman yang baik tentang konsep
Kenegaraan, Keadilan Sosial, dan Penerimaan sepertimana yang tercatat dalam
Falsafah Bernegara amatlah penting dalam memastikan rakyat Malaysia terus
bersatu padu dan saling menghormati, serta saling bekerjasama dalam memacu
Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia
mestilah memahami setiap dasar dan falsafah yang dibawa oleh para pemimpin
negara bagi memastikan setiap idea yang dibawa dapat direalisasikan dengan
jayanya.
AMIR ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN
901101065793

Anda mungkin juga menyukai