Anda di halaman 1dari 1

Apakah kepentingan pendidikan terhadap pembangunan negara Malaysia?

Selepas pembentukkan Malaysia pada tahun 1963, struktur pendidikan telah berubah dimana rancangan pembangunan negara dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem pendidikan negara dan membina perpaduan sosial , ekonomi dan politik. Pendidikan merupakan asset penting dalam pembangunan negara . Dasar pendidikan ,kurikulum yang ditawarkan, pedagogi yang dipakai dan metodologi yang digunakan bersifat dinamik. Malaysia sentiasa menyemak aspek-aspek yang disebut itu supaya sistem pendidikan negara up-to-date dan mampu meningkat ke tahap dunia. Sistem pendidikan negara yang menyumbang terhadap pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara. Sistem pendidikan yang mampu memenuhi kehendak komersial dan industri boleh menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif , dan produktif dan berkemahiran. Tenaga kerja ini merupakan input yang sangat penting dari segi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Dari segi sosialnya pula, pendidikan amat penting untuk berdepan dengan situasi masyarakat yang majmuk sifatnya. Masyarakat yang berbilang bangsa amat memerlukan kepada nilai, akhlak dan etika. Komunikasi dan interaksi antara kaum menuntut adab kesantunan yang tinggi. Ini adalah asas integrasi antara kaum dan sifat kesalingan itu bakal memupuk pengertian mendalam tentang keperluan perhubungan yang sihat. Ada yang berpendapat bahawa pendidkan agama moral dan sivik tidak memberi nilai ekonomi untuk menghadapi persaingan global , subjek-subjek yang releven dengan keperluan dengan keperluan pasaran kerja dan perkembangan industri lebih diutamakan. Tetapi, sifat amanah , jujur , dedikasi , adil dan saksama amat diperlukan dalam diri seseorang dan perkara ini amat menyumbang terhadap pembangunan negara. Oleh itu, kerosakkan sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat kini memerlukan input nilai dalam sistem pendidikan supaya pelajar lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan yang mencabar. Kerajaan juga amat mengambil berat tentang kepentingan pendidikan dengan menyediakan persekitaran serta kemudahan seperti menggalakkan wujud sistem satu sekolah dari peringkat pra hingga universiti,satu bahasa perantaraan dan peperiksaan yang sama sekaligus jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Selain itu, kerajaan juga memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam Bandar atau di luar bandar dengan infrastruktur yang sama. Kesimpulanya, kepentingan pendidikan di Malaysia, memainkan peranan yng penting bukan saja memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan dan mejana pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai