Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH INSTITUT

PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


SEMPENA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR
KALI KE-4 2016
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terima kasih Pengacara Majlis.
Yang dihormati Dr Boon Poon Ying, Setiausaha Akademik
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa,
Semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit,
Para pensyarah,
Jawatankuasa Penganjur Majlis Apresiasi Kecemerlangan
PElajar (MAKEP) kali ke-4,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa,
Dan para hadirin yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu ingin saya ucapkan syabas kepada Unit


Kokurikulum IPGKBA, Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKBA,
PISM TESL JAN 2014, dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGKBA Sesi 2016/2017 kerana dapat melaksanakan Majlis
Apresiasi Kecemerlangan Pelajar (MAKEP) dengan jayanya.
Walau apa nama diberikan sekalipun, yang pasti majlis ini
merupakan satu majlis khas untuk meraikan siswa pendidik
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa yang
telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang
akademik dan juga kokurikulum.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah pada
hari ini tidak kiralah kepada penerima Anugerah Akademik iaitu
siswa pendidik yang mendapat anugerah Cemerlang dan
Anugerah Pengarah bagi mereka yang mendapat CGPA 3.80
ke atas mahupun kepada penerima Anugerah Kokurikulum
secara Berpasukan dan anugerah individu. Anugerah-anugerah
yang akan disampaikan pada hari ini merupakan hasil kata
sepakat daripada ahli panel yang telah duduk berbincang untuk

membuat penilaian terhadap pemilihan pelajar untuk menerima


anugerah berdasarkan beberapa kriteria terpilih.
Dengan kata sepakat dari semua ahli panel, anugerah
diberikan kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama
IPGKBA dalam semua bidang yang mereka ceburi. Justeru itu,
saya berasa amat gembira dan berbangga kerana siswa
pendidik dapat berkumpul pada hari ini untuk sama-sama
meraikan pencapaian siswa pendidik IPGKBA yang telah
banyak menyumbang kepada kecemerlangan IPGKBA.
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Kecemerlangan yang terhasil dari kerja keras para pelajar
yang diraikan amat bermakna dan menjadi penyambung tradisi
kecemerlangan

sejak

sekian

lama.

Semoga

dengan

berbekalkan kejayaan cemerlang ini, para pelajar semua dapat


mengamalkan semua ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan seharian. Berbekalkan tema DNA GURU, majlis
kali ini meraikan bakal guru yang telah menunjukkan
kemampuan dan bakat mereka dalam pelbagai aspek.

MAKEP merupakan platform untuk menghargai sumbangan


dan jasa pelajar dalam perkembangan akademik dan bidang
kokurikulum di IPGKBA. Pencapaian cemerlang daripada
pelajar juga disambut untuk dijadikan pembakar semangat dan
mengembangkan bakat pelajar-pelajar di IPGKBA dalam
pelbagai

lapangan

kesempurnaan
Falsafah

Ini

bertepatan

peribadi

Pendidikan

seperti

dengan

yang

Kebangsaan

pembentukan

termaktub

dalam

usaha

dalam
untuk

membentuk guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi,


rohani, intelek dan juga sosial (JERIS).
Sejujurnya, saya berasa amat berbangga dengan pencapaian
siswa pendidik IPGKBA bukan sahaja mampu untuk cemerlang
dari segi akademik malah mampu bersaing dengan IPG lain
dalam aktiviti sukan dan pertandingan luar seperti pidato dan
lain-lain. Ini kerana peranan guru pada hari ini jauh lebih
mencabar untuk memimpin dan menentukan hala tuju yang
betul dalam kalangan anak didik. Oleh itu, di sini lah tempat
anda semua menimba ilmu pengetahuan. Inilah kualiti siswa
pendidik yang kita ingini agar mampu menjadi guru yang

berdaya saing dan holistik pada masa hadapan ketika


menjalankan khidmat mendidik anak murid.
Selain itu, MAKEP juga dapat memberikan input dan
panduan mengenai panduan pengelolaan sesebuah majlis bagi
pelajar-pelajar yang terlibat dalam pengendalian majlis hari ini.
Majlis pada hari ini merupakan satu penjelmaan kesepaduan
yang akrab terjalin antara semua pihak di IPGKBA. Oleh itu,
janganlah dilihat majlis ini sebagai suatu upacara dan keraian
semata-mata.

Lebih daripada itu,

acara

pada

hari

ini

merupakan suatu simbolik yang memaknakan kejayaan semua


pihak, iaitu individu atau entiti yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari di
sebalik jejak tapak kecemerlangan yang telah dirintis oleh
mereka.
Syabas

atas

kesepaduan

tenaga

antara

semua

pensyarah, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017


dan siswa pendidik PISMP TESL JAN 2014 dalam usaha
memupuk

sifat

kepimpinan

dan

kesiapsiagaan

dalam

mengatasi sebarang masalah yang timbul. Semoga majlis hari

ini secara tidak langsung terus memekarkan semangat kerja


berpasukan dalam kalangan pensyarah dan siswa pendidik.
Kerja berpasukan mempunyai banyak kelebihan kerana ia
saling

bergantung

dari

kepakaran, kemahiran
terhadap

prestasi

segi

kesefahaman,

keupayaan,

dan pengetahuan serta komitmen

pasukan dan

bersedia melaksanakan

tugasan secara bersama. Nilai kerja ini seharusnya dikekalkan


agar dapat memberi manfaat kepada IPGKBA serta menjadi
budaya kerja kepada semua.
Besarlah harapan saya agar lebih ramai pelajar yang
mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan
mendapat Anugerah Pengarah. Bagi yang tidak berjaya, anda
boleh cuba lagi untuk peperiksaan akan datang. Bagi penerima
anugerah Pengarah, kekalkan prestasi anda dan cuba yang
terbaik untuk meningkatkan lagi pencapaian yang sedia ada.
Aktifkan diri anda dalam bidang sukan untuk memastikan
pembanguan peribadi yang mapan dan berterusan.

Akhir kata, terima dua rangkap pantun dari saya;


Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Kekal cemerlang sepanjang zaman.

Madah diungkap santun batara,


Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.

Digerak

oleh

MERASMIKAN
PELAJAR

iltizam

mencapai

kecemerlangan,

MAJLIS APRESIASI

INSTITUT

PENDIDIKAN

BAHASA ANTARABANGSA KALI KE-4.


Sekian, terima kasih.

saya

KECEMERLANGAN
GURU

KAMPUS

Anda mungkin juga menyukai