Anda di halaman 1dari 5

Teks ucapan majlis perasmian penutupan Program

“Finishing School” IPGKBA 2017 bagi kumpulan PISMP

TESL JAN 2014

Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang dihormati Puan

_________________________________, Penyelaras

Program Finishing School bagi tahun 2017, para

pensyarah seterusnya siswa pendidik yang dikasihi

sekalian.

Bersyukur kita pada hari ini kerana dapat kita semua

berkumpul bersama-sama pada pagi ini untuk menjayakan

Majlis Perasmian Penutupan Program Finishing School

IPGKBA 2017 bagi kumpulan PISMP TESL Ambilan

JANUARI 2014.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima

kasih dan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana

Program Finishing School pada kali ini, iaitu pihak Unit

Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Bahasa

Antarabangsa yang semestinya telah bertungkus lumus

untuk memastikan kelancaran program yang telah bermula

pada 13 November dan berakhir pada hari ini, pada 17

November 2017. Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama

dari pihak pelaksana dan juga peserta program amat saya

hargai.

Para hadirin ssekalian,

Saya difahamkan bahawa kesemua 38 guru pelatih

yang bakal meninggalkan IPGKBA telah melibatkan diri

dengan aktif dalam program ini yang telah bermula mulai

hari Isnin yang lepas. Ini merupakan satu komitmen yang


memberangsangkan dan sekaligus menunjukkan guru-

guru pelatih mempunyai komitmen yang jitu dan sangat

bersemangat untuk menimba ilmu tidak kira masa.

Penganjuran program ini ialah untuk memperlengkap diri

peserta dengan kemahiran-kemahiran insaniah khusus

untuk siswa pendidik semester akhir. Persaingan sengit

antara graduan-graduan di pasaran kerja menunjukkan

bahawa hanya graduan yang benar-benar berkualiti

mendapat penempatan awal. Graduan berkualiti bukan

sahaja merangkumi aspek akademik tetapi juga

penampilan diri semasa menghadiri temuduga. Graduan

harus berupaya menyampaikan maklumat dan pandangan

dengan jelas dan lancar.

Saya lihat beberapa slot sepanjang program ini di mana

intipati ceramah disampaikan oleh pensyarah-pensyarah

IPGKBA dan juga pihak luar seperti Bahagian Tajaan KPM


dan juga wakil daripada Jabatan Pendidikan Wilayah

Persekutuan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua.

Program ini juga bertujuan untuk membantu peserta untuk

meningkatkan keyakinan diri dalam dunia pekerjaan dan

berkeupayaan dalam berfikir dan kemairan berkomunikasi.

Bengkel untuk memperkembangkan pemikiran aras tinggi

ke arah keberhasilan Pembelajaran Abad Ke-21 di dalam

kelas juga merupakan satu usaha yang perlu dikagumi. Ini

kerana kita mahukan produk keluaran IPGKBA yang boleh

bersaing dengan kompetitif dengan peredaran zaman

semasa.

Bagi saya, pengisian program ini cukup bermakna

dalam usaha untuk mempersiapkan graduan untuk

menghadapi sesi temu duga dan juga mempraktikkan

kemahiran yang dimiliki serta membentuk jati diri, integriti

dan kemahiran memimpin dalam kalangan bakal pendidik

melalui latihan dalam kumpulan yang diadakan sepanjang

program ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini,

saya ingin mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada

semua siswa pendidik PISMP TESL Ambilan Januari 2014.

Semoga segala ilmu yang telah saudara saudari pelajari

selama 5 tahun setengah di IPGKBA dapat dipraktikkan

apabila keluar menempuhi alam pekerjaan. Saya dengan

ini merasmikan penutupan Program “Finishing School”

IPGKBA 2017 bagi kumpulan PISMP Tesl Jan 2014.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Melarik halus papan di Jawa,

Tersergam kukuh di gerbang batu;

Adat berjumpa terpisah jua,

Moga ketemu di lain waktu.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai