Anda di halaman 1dari 30

Bina Insan Guru Fasa 4 2014

SEMESTER 4

1
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

BIODATA
PELAJAR

BIODATA PELAJAR

2
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

NAMA : BARATHY A/P CHANDRASEGRAN

NO.K/P : 931117-08-5876

KURSUS : PISMP SEMESTER 4

PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN PEMULIHAN PENDIDIKAN RENDAH SJKT

NO.MATRIK : WMA0002/G/012013/PM001

NAMA BAPA : EN. CHANDRASEGRAN A/L ARUMUGAM

NAMA IBU : PN. JAYA A/P SUBRAMANIAM

ALAMAT : NO.7, JALAN BUNGA CEMPAKA, TAMAN PARIT JAYA, 32800

PARIT, PERAK.

NO.H/P : 016-9162372

3
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

4
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Bersyukur kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan


semua rakanseperjuangan yang terlibat dalam Program Bina
Insan Guru Fasa Empat sehingga berjaya.Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
telahterlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
perlaksanaan program Bina Insan Guru ini.Dengan kerjasama
dan sokongan dari semua pihak maka program ini
dapatdilaksanakan dengan sempurnanya.
Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada En Amir Hamzah bin
Amanselaku penasihat dan pensyarah tutor kami kerana beliau banyak meluangkan
masadan tenaga dalam membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami
jalankan.Saya memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekasaran
bahasaatau kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang program ini.
Akhir kata, Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang
diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
sehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang
kelak.Sekian terima kasih.

Yang Benar,

……………………

(BARATHY A/P CHANDRASEGRAN)

5
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Isi Kandungan
Biodata Pelajar 2-3
Penghargaan 4-5
Isi Kandungan 6
Pendahuluan 7-8
Objektif Bina Insan Guru 9-10
Kertas Kerja Bina Insan Guru 11
Laporan Bina Insan Guru 12
Refleksi 13-20
Lampiran 21 >>

6
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

PENDAHULUAN

7
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Pendahuluan
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang dilaksanakan
oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti,
fleksibel, berkemahiran serta mempunyai kualiti sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan
Program Bina Insan Guru yang dirancang oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) ini, para
guru pelatih bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan dan kualiti ilmu dari pelbagai
domain tetapi perlu juga mempraktikannya.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Program Bina Insan Guru ini mencakupi aktiviti
khidmat masyarakat yang mana dapat menjadi aspek yang berkesan untuk
membentukpelajar yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan mewujudkan
kerjasama yang erat antara pelajar serta mengembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Bagi peserta kursus Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah SJKT (G4.1) program
ini tidak terkecuali. Program BIG ini perlu bagi melengkapkan jumlah jam kredit yang
diperuntukan untuk memenuhi syarat pengajian kami. Di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Cheras (IPGKIK), program ini dijalankan secara langsung di bawah
Unit Gerko. Untuk fasa 4 ini, jawatankuasa telah memutuskan untuk mengadakannya di
Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor selama 3 hari 2 malam iaitu pada 27
Oktober hingga 29 Oktober 2014.

Untuk menjayakan Program Bina Insan Guru (BIG) ini, beberapa fasa
perancangan, perbincangan dan pelaksanaan telah dijalankan. Dengan itu,
jawatankuasa kecil telah dibentuk bagi melincinkan lagi Program BIG ini. Melalui
penubuhan jawatankuasa kecil tersebut, kebijaksanaan merancang dan mengurus mula
diuji. Sifat-sifat keguruan seperti fleksibel, kesabaran, amanah dan segala kekuatan dan
kelemahan mulai terpancar satu demi satu agar sebagai seorang guru pelatih kita lebih
mengenali profesion keguruan serta mengenali kebihan dan kelemahan diri sendiri.

8
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

OBJEKTIF PROGRAM BINA


INSAN GURU FASA 4

9
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Objektif Program Bina Insan Guru

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, guru pelatih dapat ;

a) Menunjukkan tingkah laku ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada
ajaran agama.
b) Memupuk semangat sukarela dalam kalangan pelajar.
c) Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan
d) Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para pelajar.
e) Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan komuniti.

10
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN


GURU (BIG)
PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI
2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

11
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU


(BIG)
PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI
2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

12
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

REFLEKSI

13
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Refleksi

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, kami
kumpulan G 4.1 PISMP Semester 4 opsyenPendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
SJKT telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) pada 27 Oktober
hingga 29 Oktober 2014 , bertempat di Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor
.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran para pelajar
tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan, sikap bekerjasama antara satu dengan
lain di samping membentukpelajar yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan
memupuk nilai komuniti dalam diri individu. Ini merupakan kali keempat saya
mengikutiaktiviti sebegini dan saya berharap program ini boleh memberi satu
pengalaman yang sukar dilupakan dalam kehidupan saya.

14
Bina Insan Guru Fasa 4 2014
Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan
pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan program ini. Pengalaman dan
pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat
perancangan awal lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program Bina Insan Guru dan
pembahagian tugasan yang diberi.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Kampung Felda Soeharto, Kuala


Kubu,Selangor meninjau kenangan silam semasa tinggal di estet pada zaman kanak-
kanak. Kampung ini sangat cantik pemandangannya dan aman. Saya dan rakan-rakan
berkumpul di dalam kelas Dewan Komuniti Kampung Felda Soeharto bersama-
sama  pelajar-pelajar daripada kumpulan pengajian lain dalam program yang
dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini guru-guru pelatih yang terlibat
ialah dari kelas G41.1 hingga G4.11. Saya berasa sangat seronok kerana dapat
menjalankan aktiviti bersama pelajar-pelajar yang sungguh kreatif dan bersemangat.
Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk
berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum menjalankan gotong-
royong ini kami semua iaitu seramai 215 orang pelajar telah diberikan satu tugas pada
satu masa seperti ketua, setiausaha, AJK makanan, AJK kebersihan, tugas-tugas khas
dan lain-lain lagi. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai
memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem
yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin. Pendedahan ini
merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya.
Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut
atau ketika berada di alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan
menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin. 

Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program
BIG ini kerana diadakan di dalam kawasan yang agak selamat dan dari segi
pengangkutan kami tidak perlu besusah payah untuk mencari kenderaan . Kesemua
aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan
di dalam tentatif program BIG ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti iaitu persekitaran

15
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Kampung Felda Soeharto juga lebih selamat dan selesa serta mempunyai kemudahan
yang cukup kondusif.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi
dan sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja
yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid
kita. Hal ini demikian kerana apabila kami memulakan aktiviti khidmat masyarakat, kami
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang pertama ditugaskan
untuk bergotong-royong dewan serbaguna 2, kumpulan yang kedua ditugaskan untuk
bergotong-royong persekitaran dewan komuniti, kumpulan yang ketiga diberi tugas
untuk membersihkan surau, dan kumpulan keempat diberi tugas untuk membantu
membersihkan rumah ibu tunggal dan warga emas di Kampung Felda Soeharto. Saya
berasa sangat terharu apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja
yang diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah
memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup
berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-
mata untuk tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus
berkorban apa jua, sama ada masa, tenaga, jiwa raga, dan sebagainya untuk
kebaikan dan masa depan murid dan sekolah kita. Secara peribadi, saya dan rakan-
rakan sekelas saya diketegorikan dalam kumpulan 1 pada hari tersebut. Namun, kami
tetap memberikan bantuan kepada kumpulan satu dan kumpulan dua apabila mereka
memerlukan bantuan kami. Situasi ini juga menyedarkan saya bahawa sebagai
seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan kelompok, kita harus
memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan
kami, tanpa mengira kaum, bangsa dan ras

Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah.
Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat
menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan
manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru
bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-
kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap
teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah

16
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

sentiasa peka dengan informasi-informasi baharu dengan mengamalkan adab-adab


yang terpelihara.

Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapat mempelajari pelbagai
aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak
terhingga kepada para mentor, pensyarah dan kem komandan yang banyak
membimbing saya sebagai pelajar di IPG Kampus Ilmu Khas. Tanpa pensyarah sehebat
mereka siapalah saya dan terima kasih juga kepada Enci Amir Hamzah bin Aman
sebagai mentor kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada
saya dan rakan sekelas semasa menjalankan aktiviti  khidmat masyarakat bina insan
guru . Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankan di
Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor, telah menyedarkan saya sebagai
seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru
yang kompiten, yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas
sahaja tetapi meliputi segala aspek samaada luar atau dalam kelas termasuk aspek
kebersihan.  

Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap
pelajar yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan
dewan serbaguna 2 tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan,
dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjaun di tapak yang akan kami
bersihkan.  Sebagai seorang pelajar, saya perlu membuang satu-satunya kelemahan
diri saya iaitu perasaan malu untuk berkomunikasi dengan dengan masyarakat. Semasa
menjalankan kerja, saya turut bersama-sama masyarakat Kampung Felda Soeharto
untuk membersihkan kawasan dewan serbaguna 2 tersebut.

Saya dan rakan-rakan mendengar penerangan daripada kem komandan dan


pengerusi BIG sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan. Kami ditugaskan untuk
menghias mencuci tandas dan mengutip sampah sarap di kawasan luar dewan
tersebut. Kami juga ditugaskan untuk mengecat pasu bunga prasekolah Kampung
Felda Soeharto. Rakan-rakan lain pula, ditugaskan untuk membuat mengatur batu bata
dan membuat batas bagi menanm pokok bunga. Mereka bersama-sama berkerjasama

17
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

bagi memindahkan tanah ke dalam batas batu bata di sepanjang kawasan pagar
prasekolah dan melakukan kerja pembersihan longkang di sepanjang kawasan
prasekolah tersebut.

Pada pendapat saya, saya  rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan
lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi
pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika
saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting
nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai
kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang
kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai
program seperti gotong-royong dan sebagainya.

Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang
pelajar yang akan bergelar seorang guru tidak lama lagi. Melalui program ini saya
dapat  belajar cara yang baik untuk membimbing para pelajar pada masa hadapan
dalam bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum. Program ini juga membantu saya
untuk memantapkan jati diri saya dan membentuk peribadi mulia. Selain itu, program ini
juga membantu saya untuk menjadi setanding modal insan kelas pertama yang mantap
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial. Saya juga belajar cara-cara yang
betul untuk menghiaskan bilik darjah dan menyusun bilik darjah . Saya berharap segala
ilmu ini akan dapat saya aplikasi apabila saya bergelar seorang guru pemulihan pada
masa hadapan.

Saya juga amat bersyukur kerana program bina insan ini dilaksanakan di
Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor kerana sebagai seorang guru
pemulihan saya dapat berbual-bual dengan guru prasekolah kampung tersebut dan
mendapat info-info berguna tentang masalah para pelajar saya pada masa hadapan.
Hal ini kerana, para pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan sekiranya
mereka gagal menguasai kemahiran asas membaca,  menulis dan mengira (3M),
semasa berada di prasekolah. Oleh itu, saya haruslah mengajar daripada peringkat
kemahiran asas paling bawah supaya mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M dan

18
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

dapat berada di dalam kelas arus perdana bersama-sama rakan-rakan lain. Antara
nasihat yang saya dapat perolehi daripada guru prasekolah tersebut adalah, mengajar
para pelajar dari senang kepada sukar, konkrit kepada abstrak. Antara tip-tip mengajar
yang saya perolehi pula adalah kaedah belajar melalui bermain dan kaedah VAKT.
Kaedah ini amat berkesan apabila diberi peneguhan positif contohnya hadiah. Hal ini
kerana, memang intuisi seorang pelajar untuk bermain.

Selepas menyiapkan semua tugasan di bahagian luar prasekolah dan dewan


serbaguna tersebut, saya turut membantu rakan-rakan yang kelihatan kepenatan
mengutip sampah di bahagian hadapan dewan. Walaupun sangat penat mereka
kelihatan sangat gembira. Kedengaran suara mereka sangat riuh sekali. Kami bersama-
sama bekerjasama membantu antara satu sama lain. Selepas itu, kami makan
bersama-sama. Saya sangat berterima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah dan
semua warga Kampung Felda Soeharto, Kuala Kubu, Selangor  yang banyak
memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dalam
meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan seorang guru yang berguna pada
masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam perhubungan
sosial ketika bergaul dengan  rakan-rakan kumpulan lain.Tetapi saya telah cuba sedaya
upaya meningkatkan dan mempelajari bagaimana cara untuk  meningkatkan keupayaan
berinteraksi dengan mereka. Dalam program ini saya juga dapat berkenalan dengan
beberapa orang pelajar kursus pengajian lain yang sebelum ini kami hanya sekadar
membalas senyuman sahaja.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator
dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat
sepanjang saya berada di prasekolah ini. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu
yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan
mencucuri rahmat ke atas kalian.Di samping itu, saya juga telah mendapat satu
pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat
ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat.
Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan,
memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan,

19
Bina Insan Guru Fasa 4 2014
berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang
lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang
dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita
menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil contoh khidmat masyarakat pada kali
ini, saya berpeluang untuk berinteraksi dan berbual-bual dengan masyarakat Kampung
Felda Soeharto dan para pensyarah. Daripada interaksi dan perbualan kami, saya telah
mengetahui serba sedikit tentang gaya hidup mereka. Semua maklumat atau informasi
yang saya peroleh sepanjang interaksi tersebut adalah amat penting untuk saya jadikan
sebagai panduan suluh api pada masa hadapan. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial
yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan
berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Malah, saya juga percaya
bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah berani berhadapan dengan
masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni dan baik dengan
mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani tanya tentang bagaimana hendak
mengecat pasu bunga mustahil saya akan dapat mendapatkan maklumat atau infomasi
baru seperti yang dinyatakan di atas.
Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas kerana menyediakan
program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina Insan Guru untuk
mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru
yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan
meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan
cinta akan pekerjaannya. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada Encik
Amir Hamzah bin Aman , mentor G4.1 tutor kumpulan kami untuk mengambil berat,
membimbing, membantu dan menolong kami. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan
kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena
dengan program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Selain itu, dari segi keperluan makanan adalah mencukupi dan menyeronokkan
apabila kami dapat makan bersama-sama selepas penat bergotong-royong dengan
rakan sekelas dan rakan dari kelas lain. Hal ini akan dapat membina semangat

20
Bina Insan Guru Fasa 4 2014
kekeluargaan dan kasih sayang di antara kami . Dari segi keselamatan pula, sepanjang
program ini tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang serius.

Tambahan pula, persiapan dalam kalangan ahli kumpulan ahli jawatankuasa


adalah rapi dan cukup bersedia. Kesemua peserta berjaya melaksanakkan tugasan
mereka dengan sempurna. Semua pelajar dapat memberikan kerjasama dan
memberikan komitmen yang terbaik semasa gotong royong dijalankan.

Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada kali ini telah mencapai objektif
utamanya iaitu membentukpelajar yang mempunyai sifat bertanggungjawab serta
memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara sukarela. Ini merupakan kaedah yang baik untuk
membentuk insan guru yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi,
dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi
sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini
juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia
untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu
sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih
agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara.Segalanya
berjalan dengan begitu sempuran tanpa sebarang kekangan. Namun begitu, kelemahan
yang dikenal pasti juga perlu diambil kira supaya penambahbaikan boleh diberi untuk
program sebegini yang bakal kami adakan pada masa akan datang.

21
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

22
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

LAMPIRAN

23
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Sebelum Menjalankan
Aktiviti Gotong-Royong

24
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Kelihatan sebelum menjalankan aktiviti gotong-


royong

25
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Semasa Menjalankan
Aktiviti Gotong-Royong

26
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Mengeluarkan bahan-bahan dan fail-fail dari bilik


dokumentasi

Aktiviti Melabel “ labeling” dan


Menghiaskan Papan Kenyataan
27
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

Selepas Menjalankan
Aktiviti Gotong-
Royong

28
Bina Insan Guru Fasa 4 2014

29
Bina Insan Guru Fasa 4 2014
SEBELUM SELEPAS

30

Anda mungkin juga menyukai