Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana


dengan izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi
subjek BMM3103 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penysarah pembimbing subjek
BMM3103 kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar
sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan
setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan
rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses
menyiapkan kerja kursus ini.
Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak
yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri.
Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus,
saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa
kini dan masa hadapan. Hampir kesemua tugasan yang diarahkan memerlukan kemahiran
menggunakan enjin pencari, sebagai contoh; mencari hukum-hukum tang terdapat dalam
ilmu sintaksis. Hal ini membolehkan saya dan rakan-rakan memperoleh banyak maklumat
atau bahan yang berguna dan sesuai dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak.
Dengan adanya bahan-bahan tersebut, ianya akan membantu saya untuk melancarkan lagi
pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan sendiri satu hari nanti
memandangkan kesemua bahan telah disimpan dalam folder tertentu dan boleh digunakan
pada bila-bila masa sahaja.
Selain

itu,

kemahiran-kemahiran

yang

dipelajari

turut

membantu

dalam

mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap
tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut.
Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus dipelajari lagi. Sebagai contoh,
dalam penggunaan grafik slaid yang mana kami gunakan bagi tujuan membuat peta minda.
Tugasan kerja kursus projek ini juga turut memberi saya satu pengalaman yang
sangat menyeronokkan, di mana buat julung kalinya saya telah menganalisis artikel atau
petikan yang terdapat di dalam majalah Dewan bahasa. Secara keseluruhannya, kerja
kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri
sebagai seorang pendidik yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang
teknologi. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan
manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak

terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian,
terima kasih. Assalamualaikum...

Anda mungkin juga menyukai