Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

Kerja Kursus Pendek (KKP) merupakan satu tanggungjawab rutin yang diamanahkan kepada guru pelatih bagi menunjukkan adanya bukti pengaliran ilmu berlaku antara pensyarah dan guru pelatih. Kemunculannya sering kali mengundang pelbagai senario berbeza yang menjelma dalam minda kita. Ada yang menganggap kehadirannya sebagai aset pengalaman bermakna dan ada juga yang berasa kewujudannya hanya sebagai beban yang menyusahkan. Namun apa pun perasaan itu, setiap guru pelatih perlu dengan minda terbuka kerana KKP merupakan salah satu pengaliran ilmu secara tidak disedari yang mampu memberi kesan jangka panjang kepada guru pelatih.

Jika dihalusi objektif KKP ini, dapat difahami misinya ialah pengaplikasian penaakulan ilmu yang diperoleh melalui renungan kendiri secara reflektif mahupun pembacaan intensif dalam menghasilkan rancangan pengajaran dan

pembelajaran yang mantap dan mampu mengatasi jurang pemikiran yang berbeza antara murid. Saya sangat bersyukur terhadap Allah atas kurniaan dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugasan ini dengan baik.Tugasan ini menghendaki saya secara individu membincangkan kerja khusus pendek(KKP) berrtajuk Konsep Ibadah Dalam Islam . Ianya memerlukan saya menyelidiki tentang konsep ibadah dalam Islam dan menghurai dan menerangkan jenis-jenis ibadah serta membincangkan nilai-nilai murni dn keistimewaan yang terdapat dalam fardhu kifayah. Setelah mendapat tugasan itu mulalah saya membuat pertemuan dengan rakan rakan sekuliah dan berbincang bagaimana tugasan ini akan dilaksanakan. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil dari awal hingga siap tugasan tersebut. Pada awalnya saya rasa tugasan ini begitu sukar difahami apatah lagi untuk melaksanakannya. Dengan penerangan dan bimbingan dari pensyarah dan sokongan dari rakan-rakan saya cubalah sedikit demi sedikit menerokai iaitu mencari bahan-bahan yang diperlukan dalam tugasan ini. Saya juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih terhadap pensyarah pembimbing Encik Mohd

Chik kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan semasa proses membuat tugasan., Perpustakaan dan internet adalah sumber utama saya mencari bahan-bahan tugasan. Beberapa hari berbuat demikian saya dapat mengumpul maklumat dan bahan yang dikehendaki. Bila saya membaca buku-buku dan artikel artikel yang saya perolehi,saya menyedari tugasan ini memberi makna yang amat mendalam buat saya.Ini adalah kerana masih banyak perkara yang saya belum tahu dan banyak perkara yang telah saya pelajari dulu telah saya lupakan. Strategi,kaedah dan teknik-teknik yang saya temui adalah penting untuk saya sebagai guru untuk diaplikasikan dalam pengajaran saya setiap hari. Dalam tugasan ini juga menghendaki saya menggunakan kemahiran berfikir (KBKK) bagi menjelaskan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam ibadah,apakah kaedah-kaedah terkini yang sesuai digunakan dalam p&p ibadah. Saya dikehendaki merekabentuk grafik untuk menggambar dan menjelaskan maksud kaedah yang digunakan dalam p&p itu. Selain itu juga saya juga dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) yang sesuai dengan mengandungi item-item yang perlu ada dalam format RPH. RPH dalam tugasan ini kami dikehendaki melakukannya dalam kumpulan. Sesi perbincangan terus diadakan sebaik kami mendapat tugasan. Kumpulan saya telah memilih tajuk Bersuci Dari Najis. Beberapa kaedah yang sesuai telah dipilih dan seorang dari kami telah melaksanakan nya dalam P&P.

1. KEKUATAN Dari tugasan ini banyak memberikan pengalaman dan maklumat yang sangat berguna kepada saya dimana sebelum ini saya kurang membuat kajian tentang ilmu-ilmu ibadah untuk amalan diri atau mengaplikasikan kepada anak-anak didik saya. Sebelum ini saya tidak memahami bagaimana untuk merekabentuk grafik yang baik. Dengan tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan kolaborasi rakan-rakan saya boleh melaksanakannya tanpa bantuan mereka lagi.

2.KELEMAHAN

Kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah hasil perbincangan rakan sekumpulan terdapat sedikit kelemahan dalam mikro pengajaran dimana masa yang tidak mencukupi semasa menjalankan P&P tersebut.

3.3

LANGKAH MENGATASI

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan lagi supaya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran saya pada masa yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan micro pengajaran kali ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa semasa menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketepatan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P. Mengenai latihan yang cepat di jawab oleh murid, saya menyangka mereka susah untuk menjawab tetapi mereka dapat menjawab dengan mudah, lain kali saya akan memberi latihan yang lebih sesuai bagi mencabar minda mereka untuk berfikir. Saya telah mencuba sedaya upaya mencari bahan dan maklumat untuk digunakan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya akan sentiasa berusaha untuk mencuba mengakses maklumat daripada internet atau sumber yang lain atas usaha saya sendiri. Dalam proses pengajaran akan datang saya akan cuba menggunakan perisian multimedia supaya P&P lebih

menyeronokkan. Saya bertambah yakin untuk menjadi guru yang baik dan berkualiti kebijaksanaan memilih pendekatan dan kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang optimum.Pemilihan itu juga haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teoriteori pembelajaran .Saya amat bersyukur tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Harapan saya tugasan ini telah menepati sebagaimana yang dikehendaki.

Anda mungkin juga menyukai