Anda di halaman 1dari 7

Huraikan strategi, kaedah, teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran jawi.

Pilih satu kaedah dan huraikan cara perlaksanaanya di dalam kelas. 1. PENGENALAN Masalah penguasaan jawi di kalangan murid-murid menjadi isu hangat yang diperkatakan. Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi murid-murid yang lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian saya, didapati mereka mengalami masalah dalam banyak perkara. Antara masalahmasalahnya ialah mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal. Jadi,persediaan secara teori dan amali membolehkan sesuatu tugas itu dijalankan secara professional. Sebagai langkah awal, pembinaan strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi amat penting bagi mencapai matlamat yang sebenar.

2. OBJEKTIF 2.1 Dapat memulihkan murid yang keciciran jawi dan mewujudkan suasana pembelajaranyang seronok dan aktif dalam pelajaran.

2.2 Dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal.

2.3 Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih menarikdan menyeronokkan.

2.4 Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui Seni dalam Pendidikanmelalui kaedah permainan

KELAS PEMULIHAN JAWI MENGIKUT PANDUAN j-QAF


Pengenalan Konsep Pemulihan Jawi Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan Jawi j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal,menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata pelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid, mudah dan tidak membebankan. Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuan murid-murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI


Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.

PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KAEDAH PERMAINAN DAN NYANYIAN


1. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar . Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik.

Contoh Pelaksanaan di dalam kelas

Tahun Bilangan Murid Masa tajuk

1 Kreatif & 1 Inovatif 25 orang 60 minit Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf ba dan ta I. Murid boleh membaca suku kata terbuka daripada hurufl ba dan taII. Murid boleh menulis huruf konsonan ba dan ta yang disambung dengan huruf vokal alif, wa dan ya Dari mudah kepada susah Langkah 11.1 Guru memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk huruf(a) Menggunakan mounting board (kad imbasan)(b) Membentuk huruf ba dan ta dengan menggunakan plastesin1.2 Menyebut huruf secara latih tubi, individu, jantina dan kumpulan1.3 Guru memperkenalkan huruf vokal alif, wau dan ya 1.4 Latih tubi membaca suku kataLangkah 2Membina dan menulis perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari. Guru juga boleh

Objektif

Strategi

Cadangan aktiviti

menggunakan teknik2.1 Tunjuk cara- teknik yang digunakan oleh guru sewaktu menjalankan pengajaran yang memerlukan pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulusebelum aktiviti sebenar dijalankanContoh: + = + = + =

2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta perkataan daripada suku kata yang telah dipelajariII.2Penyelesaian masalah- guru menyediakan beberapa perkataan baru di dalam tulisan rumi. Pelajar dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari tadi.Langkah 3Bermain permainan pancing ikan.Alatan: Objek ikan dikerat duaBatang pancingKad suku kataPersediaanObjek ikan diperbuat daripada polistrin atau kad manilaLetakkan magnet pada ikan dan tali pancing

Cara permainan: Permainan dijalankan secara berkumpulan

Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor ikan bagi membentuk perkata an

Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang.

Menyanyi lagu vokal dan suku kata berdasarkan suku kata yang dipelajari.

KEKUATAN Guru tidak membelakangkan murid semasa proses PGuru dapat mengenal dengan mudah kemampuan/kelemahan mereka.Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka. Penglibatan daripada semua murid.Murid tidak merasa bosan atau jemu & P berjalan.

KELEMAHAN

Memerlukan peruntukan kewanganTidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini.Sedikit membebankan guru menyediakan BBM. Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.

2.KAEDAH PANDANG SEBUT


KEKUATAN Melahirkan kepimpinan muridMenambah minat membaca Al-Quran.Mengasah potensi di kalangan murid-murid.Keyakinan diri pelajar semakin bertambah. Murid berani mencuba.Semua murid terlibat.Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.

KELEMAHAN

Murid yang lemah rasa rendah diri.Perancangan dan persediaan yang teliti. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.

3.KAEDAH LATIH TUBI


Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

KEKUATAN

Menambah minatMelahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.Mengasah potensi murid-murid.Keyakinan diri murid bertambah.Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.ayat atau mengingat faktafakta penting. Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya.

KELEMAHAN

Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti.Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar Murid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiriMenghadkan kebebasan berfikir murid

4. KAEDAH IMLAK
Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana.

KEKUATAN

Guru tidak membelakangkan murid semasa proses PMembantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.Mengukuhkan ejaan.Penglibatan daripada semua murid.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas. & P berjalan.

KELEMAHAN

Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Penglibatan

daripada semua murid.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan baik.5.Perancangan dan persediaan yang teliti.Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.

5.KAEDAH MENGEJA
KEKUATAN Penglibatan daripada semua murid.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.

KELEMAHAN

Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.

6.KAEDAH KEFAHAMAN
KEKUATAN Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.Mengasah potensi murid-murid.Keyakinan diri murid bertambah.Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.

KELEMAHAN

MSebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti.Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar Jawi ini.urid yang lemah rasa rendah diri.

7.KAEDAH HURUF
KEKUATAN Mengasah potensi di kalangan murid-murid.Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.Murid berani mencuba.Semua murid terlibat.Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.

KELEMAHAN

Murid yang lemah rasa rendah diri.Perancangan dan persediaan yang teliti.Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.

8.KAEDAH PENGAYAAN
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

KEKUATAN

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

KELEMAHAN

Murid cepat bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka buat.Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.

REFLEKSI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN JAWI


Konsep kelas pemulihan jawi yang dlaksanakan di bawah j-Qaf adalah satu alternatif yang harus diberi pujian kerana ia adalah usaha murni untuk memartabatkan jawi seterusnya dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Ini adalah kerana murid yang celik Jawi dapat menguasai pelajaran Agama dengan lebih mudah. Pelaksanaan pemulihan Jawi sedikit sebanyak dapat membantu murid yang lemah, dengan wujudnya kelas ini dapat memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada proses pengajaran mereka walaubagamanapun pelaksanaan pengajaran Jawi tidak dapat lari daripada kebaikan dan kelemahannya.

Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru pemulihan Jawi terdapat kelebihannya dari segi proses P & P yang lebih kepada permainan.Ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dlaksanakan seperti yang telah diterangkan dibawah tajuk kaedah pengajaran Jawi, namun masih ada kelemahan dari segi pelaksanaan kerana mungkin di sekolah yang saya mengajar terdapat ramai murid pemulihan kerana kelas kami digabungkan iaitu dua dalam satu. Ini manyebabkan guru tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah. Alat-alat permainan juga terhad, jadi tidak semua murid dapat mengambil bahagian .Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. Selain daripada itu peruntukan masa

untuk pemulihan jawi hanya sejam seminggu, pada pendapat saya ia tidak mencukupi kerana mereka perlu diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan.

Sebagai tindakan , sebagai guru pemulihan jawi, teknik yang pelbagai perlu di aplikasikan agar proses p & p dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru juga tidak seharusnya bergantung kepada ABM yang disediakn oleh jabatan sebaliknya menggunakan kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan teknik dan strategi. Selain daripada itu kelas pemulihan Jawi memerlukan ramai guru terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid khasnya seperti sekolah kami yang menggabungkan dua kelas pada satu masa. Bilangan murid yang ramai tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan.

PENUTUP

Alhamdulillah dengan keizinanNya tugasan ini dapat disiapkan. Harapan saya(hamba Allah) semoga tugasan ini dapat memberi sedikit panduan untuk pembelajaran jawi yang dijalankan di sekolah. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan cacat cela yang terdapat dalam folio ini.(hamba Allah, unknown forward e.mail)

BIBLIOGRAFI

Che Siah Che Man,( 2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum,( 2004).Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai