Anda di halaman 1dari 4

MEMBANTU MURID PEMULIHAN DAN TAHAP 1 MENGUASAI KEMAHIRAN MELIHAT, MENDENGAR,

MENGECAM, MENGISYARAT DAN MENYEBUT ABJAD A HINGGA Z DENGAN MENGGUNAKAN KIT


PERMAINAN ZIPZAP

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid pemulihan dan murid tahap Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka menguasai kmahiran melihat, mendengar, mengecam,
mengisyarat dan menyebut abjad A hingga Z dengan menggunakan Kit Permainan Zipzap.

Seramai 3 orang murid Tahun 1 Anggerik dan seorang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian
ini. Tinjauan awal telah dijalankan secara lisan, bacaan, dan isyarat secara individu. Hasil secara
amnya, murid-muris tidak dapat mengeja, membaca dan mengisyaratkan perkataan tersebut. Secara
amnya murid-murid dapat mengeja tetapi tidak dapat membaca dan mengisyaratkan perkataan
tersebut dengan lancar dan betul. Sepanjang tempoh kajian dijalankan sama ada secara langsung
atau tidak langsung, murid-murid sebenarnya perlu diberi bimbingan dan latih tubi yang lebih secara
individu untuk meningkatkan penguasaan dalam membaca. Hal ini kerana murid-murid merupakan
sekumpulan murid yang mempunyai tahap kebolehan membaca dan daya ingatan yang berbeza di
antara satu sama lain. Sebenarnya kumpulan murid ini juga telah ditapis melalui ujian-ujian yang
telah disediakan.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu

Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Perkembangan Bahasa Melayu seramai 3 orang
murid Tahun 1 Anggerik tidak dapat mengeja, membaca dan menisyarat perkataan dengan lancar dan
betul. Kebanyakkan dari mereka tidak tahu bagaimana hendak mengeja, membaca, mengecam
gambar dan isyarat perkataan tersebut. Contohnya seperti baju, buku, pasu dan lain-lain.

Mereka kerap keliru dan tidak boleh membaca perkataan dan isyaratkan gambar yang telah
diberikan kepada mereka.

Berdasarkan data ujian saringan yang telah diberikan kepada murid-murid Tahun 1 masih belum
menguasai kemahiran membaca. Masalah ini akan memberi impak yang besar jika masalah ini tidak
dapat diatasi segera. Bagi mengatasi masalah ini beberapa langkah perlu dijalankan agar murid tidak
terus ketingglan mencapai kemahairan membaca.

2. Fokus Kajian
Berdasarkan masalah yang dikenalpasti ternyalah murid-murid Tahun 1 kurang kemahiran dalam
penguasaan membaca, mengeja dan mengisyaratkan perkataan dengan lancar dan betul. Selain itu
juga banyak melakukan kesilapan seperti:

a) Membaca perkataan
b) Kesilapan ejaan dalam perkataan.
c) Mengisyarat perkataan

3. Objektif Kajian

3.1 Objektif Am
a) Mempertingkatkan penggunaan dan membetulkan ejaan dalam perkataan dan isyarat
yang betul dalam membaca perkataan.
3.2 Objektif Khusus
a) Mempertingkatkan kemahiran murid mengeja, membaca dan mengisyarat perkataan
dengan menggunakan kod yang betul.
b) Menimbulkan minat dan keseronokan membaca dengan menggunakan teknik yang
latih tubi.
c) Mempelbagaikan teknik dan pendekatan supaya murid cepat menguasai kemahiran.

4. Perlaksanaan Kajian

4.1 Tinjauan Awalan


Tinjauan awal mendapati ini boleh mengenal abjad dengan baik dan boleh mengeja
menggunakan kod isyarat yang betul. Guru mengenal pasti murid-murid yang bermasalah menguasai
kemahiran membaca perkataan, mengeja dan mengisyaratkan perkataan dengan lebih mendalam.

i) Bacaan secara individu dijalankan bagi mengenal pasti kemahiran murid.


ii) Latih tubi bacaan akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan kemahiran mengeja,
membaca dan isyarat seterusnya.

5. Analisi Tinjauan Awal


i) Guru minta murid mengeja perkataan yang diberi
ii) Guru menerangkan kepada murid cara meengeja, membaca dan isyarat yang betul
perkatan tersebut.
iii) Guru menunjukkan gambar berdasarkan perkatan yang diberikan kepada murid.

BIL PERKATAAN ISYARAT GAMBAR


1 Baju
2 Buku
3 Meja
4 Kuda
5 Mata
6 Dadu
7 Kasut
8 Lobak
9 Kereta

Kesimpulan awal yang dapat dibuat berdasarkan tinjauan awal ini ialah murid-murid ini sebenarnya
boleh mengeja tetapi tidak boleh membaca menggunakan isyarat yang betul. Ini menunjukkan murid-
murid perlu diberi bimbingan dan latih tubi secara individu pada peringkat awalnya. Murid-murid ini
juga kurang keyakina diri untuk membaca dan sebagai seorang guru adalah penting untuk meberikan
keyakinan diri murid-murid ini dengan memberi tunjuk motivasi dan galakan untuk minat membaca.

Tindakan yang dijalankan


Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat beberapa tindakan telah dijalankan bagi mengatasi masalah
ini.

1. Murid-murid perlu diberi bimbingan awal di dalam kelas dengan bantuan bahan-bahan tunggal
bergambar. Murid-murid akan akan cuba mengeja, membaca dan menisyaratkan perkataan yang
diberikan secara latih tubi. Pada peringkat awal bahan-bahan bergambar dan disertakan kod isyarat
adalah penting sebagai rasangan kepada murid-murid untuk menyebut/membaca perkataan tersebut
dengan betul.
2. Murid-murid juga akan disediakan dengan bahan bacaan yang mempunyai perkatan dan kod isyarat
berserta gambar . Ini akan memudahkan murid-murid meengeja dan membaca perkataan tersebut
menggunakan kod isyarat yang betul. Bagi memudahkan murid-murid membaca, guru menyediakan
kad perkataan, isyarat dan gambar perkataan tersebut.

Analisis Ujian Tindakan 1

Pada awal pemerhatian didapati murid-murid kurang berminat dengan kaedah yang digunakan
kerana mereka perlu mengeja setiap perkataan secara latih tubi. Sebagaimana yang kita ketahui
murid-murid pendidikan khas mempunyai kemahiran mengingat sangat singkat dan perlu dibuat
teknik pengulangan yang banyak untuk memberikan mereka ingat lebih lama. Secara umumnya
hanya 50 peratus sahaja murid-murid dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Murid-
murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai ssedikit sisa pendenganran dan murid yang betul-
betul berminat dengan pelajaran mereka serta memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Ujian
dijalankan secara individu kerana keputusan lebih telus. Murid yang tidak menguasai sebanyak 50
peratus. Guru perlu memikirkan kaedah yang berlainan untuk mengatasi masalah ini. Hal ini juga
disebabkan murid-murid mempunyai daya ingatan dan perkembangan otak yang berbeza di antara
satu sama lain.

Analisis Soal selidik -Tindakan 2

Berdasarkan soal selidik daripada tindakan yang telah dijalankan beberapa ubahsuai kaedah pertama
perlu dibuat untuk meningkatkan penguasaan murid-murid mengeja, membaca dan isyaratkan
perkataan dengan betul. Ini kerana murid-murid tahun 1 anggerik mempunya tahap mengingat yang
berbeza. Terdapat murid yang terlalu pasig dan tidak dapat memberikan tumpuan yang lama dalam
proses pembelajaran. Kumpulan murid ini agak sukar dibimbing kerana mempunyai minat yang
kurang terhadap pelajaran dan kurang daya mengingat pelajaran.

Tindakan yang diambil dengan mengubah suai kaedah pertama tadi:


1. Guru perlu terus membuat latih tubi mengeja perkataan dihadapan murid laian. Selain bacaan
secara individu Murid-murid juga diminta membaca dengan menggunakan kod isyarat yang betul
secara latih tubi. Secara tidak langsung murid yang lemah akan turut mengeja dan membuat isyarat
dengan rakan-rakan mereka yang lain. Hal ini dibuat murid yang rajin mengeja dan membaca
menggunakan kod isyarat secara latih tubi akan mudah menguasaai kemahiran membaca.

2. Apa yang dapat dilihat selepas guru mengubah kaedah pengajaran iaitu menggunakan kad bacaan
perkataan, gambar dan isyarat didapati murid lebih menumpukan perhatian dan lebih seronok
mencuba kaedah yang digunakan oleh guru, kerana murid sendiri menggunakan bahan dan cuba
sendiri mengeja daan membaca menggubakan bahaan tersebut. Selain iti aktiviti ini dijalankan dalam
bentuk permainan dan sebagainya yang tidak membosankan murid.

Analisis Pemerhatian -Tindakan 3

Setelah tindakan kedua dibuat, terdapat peningkatan penguasaan dalam mengeja dikalangan
muridini. Perkara ini dapat dilihat pada kumpulan A ini, yang sudah dapat mengeja, membaca
perkataan menggunakan kod isyarat yang betul daripada tinjauan awal dulu. Manakala kumpulan
murid B(murid sederhana) juga dapat memgeja, membaca dengan menggunakan kod isyarat yang
betul walaupunmemerlukan bimbingan guru berbanding dengan peringkat awal tadi. Ini menunjukan
adanya peningkatan pengayaan dan pengukuhan dikalangan murid-murid ini. Murid-murid akan
diberi kad-kad perkataan, lembaran perkataan dan buku bacaan yang mudah. Murid-murid daripada
kumpulan a sudah dapat mengeja dengan lancar tanpa bahan bergambar manakala kumpulan B juga
sudah boleh mengeja tanpa gambar dalam perkataan dengan bimbingan guru.
5. Refleksi Kajian
Dari pengalaman menjalankan kajian ini, dikenali pasti bahawa pengubahsuaian kaedah mengajar
dapat meningkat prestasi murid-murid keperluan khas dalam menguasai kemahiran mengeja,
membaca dan mengisyaratkan perkataan dengan betul. Bagi menjayakan kajian ini beberapa
tindakan perlu diambil dan diubahsuai untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Murid kumpulan A
berjaya mengeja dan membaca perkataan tanpa melihat gambar manakalan kumpulan B murid dapat
mengeja dan membaca tanpa melihat gambar dengan bimbingan guru. Berdasarkan soalan-soalan
yang diberikan kepada murid, data-data yang dikumpulkan menunjukkan kad perkataan berserta
gambar dan kod isyarat dapat menarik minat murid dan berasa lebih seronok dengan pengajaran dan
pembelajaran. Sikap kurang keyakinan diri untuk membaca pada peringkat awal dapat diatasi dengan
mengguunakan kaedah ini.

6. Cadangan kaedah seterusnya


Rumusan daripada kajian yang telah dijalankan didapati terdapat perubahan yang ketara dalam
amalan pengajaran guru dan amalam pengajaran murid. Guru sebenarnya memerlukan banyak
strategik untuk mengajar murid-murid keperluan khas yang agak mencabar ini. Satu bahagian penting
di mana memahami strategik-strategik dan sintaksis boleh membuat satu perbezaan besar adalah
mengajar dan belajar. Kenapa murid sukar memahami apa yang cikgu ajar? Saya berpendapat ada dua
sebab utama iaitu bagaimana pendekatan cikgu mengajar dan cara pemahaman murid yang berbeza
digunakan pendekatan yang sama. Oleh sebab itu saya berharap , agar kajian tindakan ini dapat
mengubah sikap guru dan murid dalam menangani masalah membaca dikalangan murid-murid. Guru
memainkan peranan besar dalam membantu murid-murid menguasai 3M.

Anda mungkin juga menyukai