Anda di halaman 1dari 10

ABSTRAK

Dalam bidang Pendidikan islam, kemahiran membaca dan menulis jawi amat dititik
beratkan oleh kerana bahan bantu mengajar atau modul pengajaran subjek
Pendidikan Islam adalah dalam bentuk penulisan jawi. Guru-guru Pendidikan Islam
sering menghadapi cabaran dalam mengajar subjek Pendidikan islam iaitu kemahiran
membaca dan menulis jawi.permasalahan yang di hadapi ini perlu di ambil kira supaya
ia tidak berpanjangan sehingga murid menjejakkan kaki ke sekolah menengah pula.
Kaedah dan juga Teknik sedia ada sememangnya sudah cukup berkesan bagi murid
yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam peringkat sederhana dan lemah tahap
penguasaanya. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu
beberapa orang murid yang dikesan menghadapi masalah dalam menyambung huruf-
huruf jawi bagi membentuk perkataan. Kajian ini juga dapat membantu murid dalam
pelaksanaan membaca dan menulis jawi dengan lebih mudah dalam subjek
Pendidikan Islam.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Berdasarkan pengalaman sepanjang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam,


didapati terdapat beberapa orang murid kurang menguasai kemahiran menulis dan
membaca dalam jawi. Majoriti pelajar di sekolah ini berbangsa melayu dan beragama
islam serta kebanyakannya tinggal di kawasan perkampungan. Amalan dan
penghayatan isi mata pelajaran Pendidikan Islam hanya tertumpu di sekolah dan tidak
dilanjutkan di rumah. Malahan ramai dikalangan ibu bapa pelajar tidak tahu membaca
dan menulis jawi. Oleh itu, saya sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah ini
bertanggungjawab dalam memberi pendedahan serta penekanan untuk membina
asas yang kukuh dalam pegangan hidup beragama serta memberi panduan agar
mereka mahir dalam asas membaca dan menulis jawi.
Kegagalan menguasai kemahiran jawi akan menyukarkan pelajar membaca
bahan-bahan dan modul pembelajaran contohnya kandungan isi pelajaran buku teks,
buku rujukan, lembaran kerja, buku aktiviti dan asbab daripadaa itu juga akan
menyebabkan pelajar tidak fokus dan malas membuat aktiviti dan latihan yang
diberikan oleh guru. Dalam kajian ini saya akan merungkaikan permasalahan yang
dihadapi oleh responden dari kalangan pelajar saya sendiri.

1
2.0 MASALAH KAJIAN

Pelajar secara amnya sudah mengenali 37 huruf-huruf jawi namun kelemahan


mereka adalah dalam menyambung dan mengenal bunyi huruf jawi itu sendiri.
Permasalahan ini menyukarkan pelajar untuk kekal fokus dan berasa tidak seronok
ketika mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Kelemahan ini bukan hanya
berpunca daripada pelajar sahaja, tetapi sebagai seorang guru yang professional
saya perlu meningkatkan dan memperbaiki amalan pedagogi dan berusaha
memberikan pendedahan serta melahirkan minat pelajar dalam menguasai amalan
membaca dan menulis jawi dengan baik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

1) Menguasai kemahiran asas jawi iaitu membaca dan menulis dalam tulisan jawi.
2) Menambah minat dan pencapaian pelajar dalam pelajaran jawi.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS


1) Pelajar dapat mengenal pasti huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh
disambung.
2) Pelajar mengetahui bagaimana bentuk huruf di awal, di tengah dan di akhir
apabila bersambung.
3) Mengatasi masalah pelajar dalam menyambungkan huruf-huruf jawi menjadi
satu perkataan.
4) Pelajar dapat mengetahui bunyi bagi setiap huruf-huruf jawi yang
disambungkan.

2
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 6 orang murid tahun 3. Masalah yang


dihadapi oleh mereka adalah tidak mengetahui huruf-huruf yang boleh dan tidak
boleh disambung serta tidak tahu menyambung huruf tunggal jawi menjadi satu
perkataan. Nama-nama pelajar menjadi sasaran:

1) ARSYAD NAUFAL BIN KIFRAIEE


2) AZZALEA BATRISYIA BINTI SAHARI
3) NUR ZULAIKHA BINTI ZAINUDDIN
4) MOHAMAD ADAM ADRIAN BIN YAAKUB
5) MOHAMAD ALIEF BIN MAHRUP
6) MUHAMMAD FAIRUZ BIN MAJID

5.0 LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada cara untuk mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah yang wujud melalui pengumpulan data mengikut Langkah-langkah berikut:

5.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan masalah telah saya laksanakan semasa mengajar dari segi temu bual
bersama pelajar, sendiri, berdasarkan pandangan guru-guru lain dan berdasarkan
latihan bertulis dan lisan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang diberi:

5.1.1 Pemerhatian
5.1.2 Temubual
5.1.3 Latihan

5.1.2 PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian terhadap pelajar semasa pengajaran dan


pembelajaran dilaksanakan didapati pelajar:

1) Tidak aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.


2) Tidak yakin dan mahu cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh
guru.

3
3) Kurang minat dan tidak fokus semasa pembelajaran dilaksanakan.
4) Tidak dapat menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru.
5) Tidak dapat menyelesaikan ujian yang diberikan oleh guru.

5.1.3 TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK

Berdasarkan temubual dan soal selidik bersama responden disimpulkan


bahawa :

1) Tidak berminat untuk belajar dan merasa diri sukar mengikuti apa yang
diajar.
2) Tiada sokongan daripada ahli keluarga dan ibu bapa kerana mereka sendiri
tidak mahir dalam menulis dan membaca jawi.
3) Merasa diri banyak kekurangan, kurang keyakinan dan malu untuk
mencuba.
4) Tidak biasa menggunakan bahan bacaan jawi seperti buku cerita dan akhbar
tulisan jawi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.

5.1.4 LATIHAN DAN UJIAN

Setelah murid diberikan ujian bertulis untuk menyambung huruf-huruf jawi


didapati berlaku banyak kesalahan. Antara kesilapan yang dibuat adalah:

1) Menyambung huruf sesuka hati.


2) Menyambung dengan bentuk dan cara yang salah.
3) Tidak menyambung tetapi cuma merapatkan huruf sahaja.

5.2 METHODOLOGI PELAKSANAAN KAJIAN

5.2.1 PERANCANGAN KAJIAN

Bagi menarik minat perhatian murid, saya merancang aktiviti yang berkaitan
kehidupan harian mereka. Persekitaran mereka sinonim dengan kawasan kampung
yang tenang dan terhadap haiwan seperti ayam dan dipenuhi dengan kehijauan

4
pokok-pokok yng nyaman. Kawasan mereka juga terdapat sungai untuk menangkap
ikan. Saya namakan aktiviti permainan saya ini sejajar dengan kehidupan mereka.

Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan murid mengingat huruf-huruf yang


boleh disambung dan tidak boleh disambung. Berdasarkan pengetahuan sedia ada
murid telah menghafal semua huruf jawi tetapi masih tidak tahu menyambungnya.
Malah amat keliru bagaimana untuk menyambung huruf jika ia di awal, tengah dan
akhir. Tempoh masa yang diambil bermula awal bulan 7 sehingga akhir bulan 8 kira-
kira 6 minggu untuk melihat hasil pencapaian murid. Jika terdapat cuti panjang saya
akan menyediakan lembaran kerja berkaitan jawi agar murid mahir dalam
menyambung dan mengeja perkataan jawi.

Langkah pertama saya akan pastikan murid benar-benar mengenal huruf-


huruf jawi. Kemudian mengetahui padanan huruf jawi dengan huruf rumi. Ini akan
memudahkan murid untuk menulis dan menyebut suku kata dan perkataan nanti.
Saya membekalkan murid dengan sehelai kertas A4 yang telah delaminate sebagai
panduan dan hafalan. Setelah diuji semua murid dapat menyebut padanan yang betul
barulah saya akan mulakan aktiviti permainan yang saya rancang.

5.2.2 AKTIVITI 1 (PERMAINAN BOLA JAWI)

Aktiviti pertama dimulakan dengan memperkenalkan huruf sama ada boleh


sambung atau tidak. Huruf dibahagikan kepada 3 pecahan.

1. EH, SOMBONGNYA DIA.


- ALIF
- WAU
- DZAL
- RA
- ZAI

2. MEMANG SOMBONG.
- HAMZAH

5
3. KITA KAN KAWAN.
- SEMUA HURUF JAWI KECUALI HURUF DIATAS.

Murid akan diberi 3 keping kad poket untuk menghafal huruf di atas di mana
sahaja mereka berada. Kad-kad ini diberi nama Kad Sombong, kad memang
sombong dan kad kawan.

1) Kad Sombong bermakna huruf tersebut boleh disambung oleh huruf lain tetapi
tidak boleh menyambung huruf lain.
2) Kad Memang Sombong bermakna huruf tersebut tidak langsung boleh
disambung dan menyambung.
3) Kad Kawan bermakna huruf yang boleh disambung dan malah huruf itu juga
boleh menyambung huruf lain.

Apabila murid telah menghafalnya setelah diberi tempoh beberapa hari aktiviti
permainan dijalankan. Permainan diberi nama Bola Jawi. Caranya murid perlu
mengambil bola pinpong yang telah dilekat beberapa huruf jawi padanya dan murid
perlu membaling bola tersebut mengikut kategori yang telah ditentukan seperti
sombong, memang sombong dan kita kawan. Kemudian murid perlu mengambil bola
tersebut dan tulis pada mini whiteboard apakah kategorinya dan jawab secara lisan.
Saya akan memberi 2 markah bagi jawapan yang betul. Jika masih ada yang belum
mahir dia akan diberi tempoh untuk menghafalnya.

Selesai aktiviti ini murid akan diedarkan dengan latihan bertulis (sila lihat
lampiran) bagi mengukuhkan ingatan. Responden diminta menanda / jika huruf itu
boleh disambung dan x jika tidak boleh disambung apabila kedudukan huruf tersebut
berada di awal, tengah dan akhir.

5.2.3 AKTIVITI 2 (PERMAINAN MEMANCING HURUF)

Setelah melepasi tahap pertama bermain permainan “bola jawi” beberapa


pusingan murid boleh terus kepada permainan kedua yang dinamakan ‘Memancing
Huruf’. Ia terdapat persamaan dengan aktiviti memancing ikan yang dijalankan oleh
penduduk di sini. Sebelum itu guru akan memberi panduan dan murid menulis

6
mengikut contoh iaitu bagaimana bentuk huruf apabila bersambung di awal, di tengah
dan di akhir. Tidak semua huruf ditampilkan. Murid diberi contoh huruf yang sama
bentuknya sahaja. Contohnya huruf seperti ba, ta, dan tha. Cuma huruf ba sahaja
diterangkan. Cara permainannya adalah dengan murid diberikan pancing yang
diletakkan magnet pada hujungnya. Murid akan cuba memancing huruf di dalam
kotak atau bekas yang besar. Tidak semua huruf diletakkan magnet untuk permainan
yang lebih mencabar. Setelah berjaya memancing, murid akan cuba mengisi jadual
yang disediakan.

5.3 REFLEKSI KAJIAN DAN PENILAIAN

5.3.1 Hasil pemerhatian cara belajar dan sikap yang ditunjukkan oleh responden
sebelum pelaksanaan kajian ini amat mengecewakan dan tidak membantu ke arah
peningkatan diri. Namun apabila murid telah dipilih untuk melibatkan diri dalam kajian
ini mereka mula menunjukkan perubahan dari aspek sikap dan penguasaan
kemahiran menulis jawi. Mereka bermain dengan gembira dan dalam masa yang
sama dapat memahirkan diri untuk mengenal huruf yang boleh disambung atau tidak
dan menyambung huruf jawi.

Perubahan dari aspek sikap :

1) Rasa diberi perhatian dan ingin melibatkan diri.


2) Yakin diri berada di samping rakan-rakan lain di dalam kelas.
3) Berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya.

Perubahan dari aspek pembelajaran :

1) Tidak keliru dalam menyambung huruf jawi.


2) Dapat menyambung huruf sama ada di awal, di tengah dan akhir.
3) Dapat menulis dan menyebut perkataan yang dieja.
4) Menjawab soalan yang diberikan dengan betul.

7
RESPONDEN Pusingan 1 Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 3 Pusingan 4 Pusingan 4
Kali 1 Kali 2 Kali 1 Kali 2 Kali 1 Kali 2 Kali 1 Kali 2
1) ARSYAD 0 2 2 2 2 2 2 2
2) AZZALEA 2 2 2 2 0 2 0 0
3) ZULAIKHA 0 2 0 0 2 2 0 2
4) ADAM 2 2 2 0 0 2 2 2
5) ALIEF 0 0 2 2 0 2 0 2
6) FAIRUZ 2 0 2 2 0 2 0 2

Jadual pemarkahan murid bermain ‘bola jawi’ untuk kali pertama dan kedua,

Di sini dilampirkan jadual jawapan yang telah dijawab oleh murid dalam pusingan
kali pertama dan kedua melalui aktiviti Bola Jawi.

Berdasarkan jadual pencapaian, jelas menampakkan kebolehan murid


menyatakan dengan betul huruf-huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh
disambung. Berikut merupakan jumlah markah yang diperolehi melalui permainan
memancing huruf.

NAMA JUMLAH MARKAH


1) ALIEF 60
2) ARSYAD 75
3) ZULAIKHA 70
4) FAIRUZ 50
5) AZZALEA 80
6) ADAM 85 PEMENANG

Murid yang mendapat tempat tertinggi diberikan ganjaran. Ini akan mendorong
murid lain untuk cuba menjawab soalan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Permainan ini akan cuba dilaksanakan secara berterusan apabila ada masa terluang.

8
7.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKKAN UNTUK KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan


batasan-batasan kajian ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan. Kajian
perlu melibatkan jenis responden dengan bilangan yang lebih besar. Kajian ini
merupakan kajian yang melibatkan hanya 6 orang pelajar tahun 3 Sekolah
Kebangsaan Niup sahaja. Pemerhatian kajian ini hanya dilakukan pada murid tahun
3 sahaja. Diharapkan pemerhatian seterusnya dapat dilakukan kepada murid tahun
lain juga. Kajian perbandingan yang melibatkan dua atau lebih sekolah yang
melibatkan jenis peserta kajian dengan bilangan yang lebih besar adalah sangat
sesuai dilakukan. Ini mungkin boleh mencapai kajian pada peringkat lebih besar yang
bersepadu dimana hasilnya amat bermanfaat untuk golongan pelajar dan juga
pendidik.

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan


yang positif dari segi amalan pembelajaran murid dan penguasaan murid dalam
kemahiran jawi. Mereka lebih yakin dan berani berada di samping rakan sekelas.
Namun demikian itu, belum cukup untuk mereka bersaing dengan murid lain yang
lebih mahir menulis dan membaca jawi. Oleh itu, saya berhasrat untuk melanjutkan
kajian berkaitan kemahiran membina dan menulis pelbagai jenis ayat mudah dan
ringkas. Bimbingan dan perhatian yang berterusan akan meningkatkan motivasi
dalam diri murid-murid seterusnya mendorong mereka menguasai pembelajaran.
Dengan harapan, untuk penambahbaikkan kaedah dan strategi kajian ini supay
penggunaan ict dapat diterapkan juga supaya murid-murid lebih cenderung atau
mahir dalam ICT sejajar dengan PAK-21.

8.0 KESIMPULAN

Walaupun kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid, namun aktiviti
yang direka juga sesuai untuk dijalankan di dalam kelas lain dan murid lain yang
mempunyai masalah dari segi mengeja perkataan dan menyambung perkataan jawi.
Semoga ianya menjadi panduan perkongsian buat guru-guru lain. Kajian ini adalah
untuk memastikan murid tidak jauh ketinggalan dalam penguasaan kemahiran
penulisan dan pembacaan jawi. Secara peribadinya, saya sebagai pengkaji dan Guru
Pendidikan Islam merasakan usaha ini dapat menyumbang kepada tahap

9
pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana Pelajaran Jawi
berkait rapat dengan sumber dan bahan bacaan untuk matapelajaran Pendidikan
Islam. Sebagai usaha untuk membantu murid mahir dalam pembacaan jawi, saya
telah memberi murid beberapa majalah dan buku cerita yang ditulis dalam tulisan
jawi dan rumi untuk bahan bacaan mereka. Semoga murid yang terhasil di bawah
acuan kita adalah murid yang celik jawi.

10

Anda mungkin juga menyukai